Saturday, May 31, 2008

Majlis 'SUNTIKAN SEMANGAT SATRIA' hanya retorik


Majlis, ' Suntikan Semangat Satria' bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran MINDA MELAYU KREATIF KELAB CINTA AMANAH MELAYU & ARENA PJS 14, berlaku tidak sebagaimana jemputan yang diterima melalui sms. Tawar dan Lembab.

Semalam jejak saja kaki di lapangan terbang KLIA, masuk sms yang berbunyi "TERKINI: Esok, 31hb. Mei, SABTU jam 9am d KRISTAL CROWN HOTEL PJ, Tun M akan buat PENDEDAHAN terbuka DEMI MENYELAMAT MELAYU DAN NEGARA. TIDAK APA RAHSIA LAGI YNG NAK D SIMPAN. MELAyU DAN NEGARA MESTI D SELAMATKAN dan kalau ingin nak tahu d jemput datang kalau rasa diri melayu serta sayang Bangsa@Negara.

Rasa tertipu ada rasa tolol pun ada, tertipu kerana percaya kapada sms dan tolol kerana tidak bertanya kabar dengan kawan kawan peri hal majlis tersebut, walau bagaimana pun ada sedikit terubat apabila Sdr Ruhanie Ahmad, Bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam dalam ceramah pendeknya dengan bersahaja membangkikan isu iskandar malaysia, yang menurutnya rakyat johor(beliau) akan berjuang bagi mempastikan projek itu gagal.

Dalam ucapan Tun Mahathir tidak ada apa perkara baru, bahkan gimik yang mengatakan seperti yang didapati dalam sms bahawa Tun Mahatihir akan membuka segala rahsia semuanya auta. Tun hanya mengupas sejarah Melayu sejak zaman Dato' Onn hinggalah kepada Tun Husein Onn, termasuk di zaman Tengku Ab.Rahman dan Tun Abdul Razak, semua pemimpin ini berjasa besar pada Negara.

Mengikut Tun Mahathir, semua pembesar ini berjiwa besar terutamanya Dato' Onn yang melepaskan jawatan Presiden UMNO apabila dapati bahawa ahli-ahli sudah tidak bersetuju dengan pendapatnya untuk membuka ruang kepada bangsa yang bukan melayu menyertai UMNO dan begitu juga YTM Tengku Ab.Rahman yang melepaskan jawatan juga kerana sedar kepimpinan beliau tidak lagi menguntungkan negara dan parti.

Disamping menegaskan lagi bahawa beliau keluar UMNO dengan bersyarat, iaitu beliau akan kembali menjadi ahli UMNO setelah Pak Lah berhenti jadi Presiden UMNO. Beliau juga melahirkan kekecewaan berlakunya rasuah dalam pemilihan pucuk pempinan parti, sebagai contoh kekalahan beliau untuk menjadi wakil UMNO Bahagian Kubang Pasu yang beliau pernah menjadi Ketua Bahagian selama 22 tahun adalah kerana politik wang yang berharga RM200 seorang. Dan beliau mengakhiri ucapannya dengan menzahirkan bahawa beliau masih MENCINTAI parti UMNO.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat yang pernah berkuasa".

Friday, May 30, 2008

TOL pula naik, harap rakyat Indonesia tak naik 'minyak'

Hari ini Kerajaan Indonesia mula menguatkuasa menaikkan bayaran TOL sebanyak 12%, wah gawak lagi di Negara jiran kita ini. Isu kenaikan harga minyak petrol masih belum reda, tunjuk perasaan berlaku setiap masa, hari ini ditambah pula dengan isu baru. Memeng hebat negara jiran kita ini. Sesuai lah slogan "Indonesia BISA" dilancarkan hari ini.

Pagi ini kota Jakarta tenang, rakyat menjalankan kehidupan harian seperti biasa, jalan jam, kenderaan sesak dijalanraya. tapi air tenang jangan disangka tiada buaya, kebetulan pula hari ini hari Jumaat, hari kebiasaan berlakunya unjuk rasa. Biasanya lepas solat Jumaat akan berlaku malapetaka dengan tiba tiba.

Dengan dua isu yang ada kaitan terus dengan kehidupan manusia, saya rasa suasana disini tidak akan setenang seperti hari ketibaan saya, desas desus kedengaran bahawa rakyat jelata tidak akan membiarkan beban kehidupan ditanggong demikian rupa. Kerajaan harus didesak, supaya rakyat akan hidup selesa. Walau pun mereka CINTA pada negara, tapi mereka juga tidak akan setia sekiranya periuk nasi mereka tidak terbela.

Di Malaysia lain pula cerita, soal kaji semula subsidi, agenda politik diteruskan, YBM Tengku Razaleigh akan terus dengan agendanya untuk memberi khidmat kepada negara melalui proses demokerasi ala UMNO.

Dengar khabar, bermula hari ini beliau akan turun bertemu dengan ahli ahli diperingkat akar umbi di negeri kelahirannya, Kelantan Darul Naim. Satu tindakan yang betul, berjemak berkira dengan anak beranak untuk memulakan kenduri yang besar adalah satu amalan yang bijaksana, dan anak beranak pun tak boleh membuat helah, untuk tidak menyertai sama bagi menjayakan kenduri tersebut, kalau ada waris warah tak ikut sama bagi memeriahkan kenduri tersebut, ini bermakna orang itu sebanarnya, jahat budi halor basa.

Begitu jugalah dalam politik, untuk kita menawarkan diri mahu bertanding sesuatu jawatan, adalah manis kita berjemak berkira dikalangan sahabat handai, kawan rapat dan penyokong. kerana mereka akan membantu kita dalam apa hal sekali pun. Soal kalah menang bukan perkara pokok untuk menghalang daripada menawarkan diri untuk bertanding disaat ini.

Apabila sampai saat dan waktu, pertimbangan yang waras hendaklah dibuat, sama ada mahu meneruskan hasrat ataupun tidak apabila ada sifir yang perlu dibaca dan ada jawapan yang boleh menentukan menang ataupun kalah dan apabila dah tahu nak kalah tak usah terak untuk meneruskan pertandingan kerana kalau teruskan juga tak cerdik namanya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "usah dirayu pada yang tak sudi".

Thursday, May 29, 2008

Malaysia "BOLEH", Indonesia "BISA"

Di Indonesia besuk (30hb, Mei) satu sambutan 'Hari Kebangkitan Indonesia 100 Tahun' akan berlangsung dengan tema "INDONESIA BISA", sambutan ini dianjur oleh Kerajaan Indonesia bagi memperingati kebangkitan Bangsa Indonesia untuk menanam semangat terhadap rakyatnya supaya lebih menCINTAI tanahair dalam tindakan dan keputusan walau berada dalam setuasi apa sekali pun.

Ini juga barangkali salah satu program kerajaan Indonesia kearah persiapan bagi menghadapi hari Pemilu (Pilihanraya) negara pada tahun 2009, Dengan bertemakan Indonesia "Bisa", nampaknya kerajaan Indonesia mahu mengajak rakyatnya, bersama-sama Presiden SBY bagi membangun Negara Indonesia dari segi peningkatan pendapatan rakyat dari terus dibelengu arus kemiskinan. Indonesia "Bisa" ertinya Kerajaan dan Rakyat mampu melaksana cita cita besar Kerajaan Indonesia. Terbaru Indonesia "Bisa" ialah apabila Kerajaannya istihar keluar dari Persatuan Pengeluar Minyak Dunia 'OPEC'.

Indonesia "Bisa" apabila tiap-tiap hari bermula dari Kerajaan Indonesia mengistiharkan harga minyak petrol naik rakyatnya terutama pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan, bukan saja dalam kampus tapi telah menjalar kejalanan, yang terbaru kelmarin (28hb. Mei) apabila dua kumpulan pelajar(yang pro kerajaan dan yang menentang kenaikan harga minyak) dari dua buah universiti bertembung dan bergaduh dengan mambaling batu yang memaksa polis tidak dapat berbuat apa apa, hanya menjadi penuntun melihat kejadian yang agak ngeri dihadapan mata. Inilah keajaiban Indonesia, semuanya "Bisa". sehingga pihak penguatkuasa tak dapat berbuat apa apa.

Entah apa lagi "Bisa" berlaku di Indonesia, Hari ini, Besuk ataupun Lusa. Telah menjadi adat percakapan rakyat Indonesia apabila kita tanya ataupun suruh membuat sesuatu jawapan yang kita terima "Bisa di atur pak", maka sesuailah tema menyambut 100 Tahun Hari Kebangkitan Nasional dengan slogan "Indonesia BISA". kerana semua rakyatnya bisa melakukan apa saja.

Tak kurang juga kita di Malaysia, Slogan "Malaysia BOLEH" kadang kadang jadi bahan ketawa, terutamanya apabila pemimpin parti pembangkang sebut dalam ucapan, hari ini slogan "Malaysia BOLEH" diakaitkan dengan berbagai bagai isu:-

  • BOLEH rasuah
  • BOLEH tukar ugama
  • BOLEH runding terus
  • BOLEH keluar masuk parti
  • BOLEH suruh PM pecat menteri
  • BOLEH tukar kerajaan
  • BOLEH, BOLEH, BOLEH apa saja.

Inilah diantara slogan dan slogan ini kadang-kadang jadi kenyataan, dan dalam kedua dua slogan diantara Malaysia dan Indonesia nampaknya ada persamaan dalam tindakan, hanya sebutan saja lain iaitu "BOLEH dan BISA".

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "BOLEH lah, BISA aje".

Wednesday, May 28, 2008

sakit, sakit, sakit.

sakit hati, jalan jam.

bagaimana orangramai boleh berkumpul disenjahari. bukan satu tempat, banyak tempat, diatas jalanraya dikotaraya Jakarta. Tunjuk perasaan ini semakin besar, dan semakin ramai dan mungkin semakin hebat menjelang hari jumaat ini.

Ini adalah gara gara harga minyak naik. penduduk Indonesia tidak boleh terima hakikat kenaikan minyak petrol. katanya, mana mungkin harga harus mahal sekali sedangkan pendapatannya tak berubah. Aduh, sakit pak. mahu makan apa sekarang, minyak mobil ditelan sebegitu rupa.

Beginilah suasana dikotaraya jakarta ini, betullah istilah,kejam kejam ibu tiri, kejam lagi ibu kota, taraf kehidupan penduduknya mangkin mendesak, semuanya mahal dan kenaikan harga minyak petrol serta kekurangan bekalan minyak masak memanaskan lagi keadaan. Hati penduduk Indonesia telah terbakar, tapi mujurlah sehingga kehari ini tidak begitu marak lagi, entah besuk atau lusa api kemarahan akan terus membakar, panas dan marak sehingga tak dapat dikawal. Dan sekiranya ini terjadi maka satu lagi malapetaka akan berlaku dibumi Allah ini.

Saya bimbang, Panas di jakarta akan tepias ke negara kita, kerana rakyat kita juga sedang mengeluh, merunggut pasal bahan bakar, Bagaimana keadeh yang akan diguna pakai oleh kerajaan kita bagi mengurangkan beban yang akan ditanggong oleh rakyat sekiranya harga minyak terus naik.

Tapi untungnya, negara kita penduduknya tidak seramai Indonesia, mudah bagi kerajaan untuk menyelesaikan masaalah yang akan melanda, negara kita ada banyak wang, negara kita sudah kaya raya, sebab itulah kita ada banyak projek besar besar,boleh belanja berbilion billion, orang kaya kaya pun ramai, dermawan pun banyak, sebut saja ada trajedi dimuka bumi ini, wang derma akan dapat mencurah curah. tak pe lek langsung.

Oleh itu tak usahlah kita bimbang, Panas di Indonesia lain dan panas ditempat kita lain, walau pun istilah panas itu sama. Dalam hal minyak ini kita tidak semacam cubit paha kanan paha kira akan terasa sakit. kerana ianya berlainan faktor, yang sakit hanya mereka yang selama ini mencari keuntungan jual minyak subsidi kepada orang asing dan apabila kerajaan mengenakan syarat bagi mengelakkan perkara ini, maka hilanglah rezeki terlarang mereka itu.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "sakitnya hati ini".

Harga Minyak Dan Harga Nyawa

Hari ini saya di Jakarta Indonesia. Apa yang saya lihat dan saya dengar di sini kalau dibandingkan dengan negara kita Malaysia jauh berbeza.

Di sini isu kenaikan harga minyak disambut oleh rakyatnya dengan perasaan amat marah sekali. Pertempuran pelajar yang protes dengan pihak polis mencetuskan tindakan liar yang boleh mengorbankan nyawa kedua-dua belah pihak. Ada yang cedera dan ramai pelajar yang ditangkap. Nampaknya mereka yang tunjuk perasaan atas isu kenaikan harga barang tidak menghiraukan harga nyawa mereka.

Boleh jadi pada rakyat di sini kalau harga minyak mahal mati pun tak kisah. Kata mereka. Minyak-minyak kita tapi kenapa harga mesti naik. Dan hendaknya di negara kita Malaysia yang kita CINTAI ini tidak akan ada rakyat rela mati kerana kenaikan harga minyak. Masih ada jalan lain untuk mhidup tanpa minyak.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA "tak rela mati sia-sia."

Tuesday, May 27, 2008

seorang insan yang bernama EZAM.

Jam 00.01 (27hb. Mei 2008) saya terima talipon daripada salah seorang sahabat karib saya iaitu sdr Mohd Ezam Mohd Nor, katanya baru sampai di Kuala Lumpur dari Jakarta. Beliau sepatutnya pulang ke tanahair tengahari ini tapi diperawalkan. Apabila ditanya kenapa pulang awal, beliau ketawa.

Sebagai orang politik, dia tak perlu memberitahu saya kenapa beliau pulang awal dan saya pun tak perlu usul banyak banyak. tapi yang mistinya hari ini beliau akan diburu oleh surat kabar dan tv, ingin tahu apa kesudahan dengan berita yang paparkan sehari dua ini, iaitu perihal beliau akan menyertai parti UMNO.

Benarkah Ezam akan menyertai UMNO?

Bersyarat kah beliau menyertai UMNO, ada tawarankah beliau menyertai UMNO, ada tujuan tersirat kah beliau menyertai UMNO, atau beliau mahu berjuang bersama UMNO untuk memperkasakan maruah bangsa dan tanahair terCINTA.

Banyak sangat jadi tanya tanda, banyak orang beri komen dan pendapat, banyak orang suka bercakap dan kadang kadang cakap itu jadi sombong dan angkuh. Apa perlu di persoalkan sekiranya Ezam masuk UMNO, kan dah ramai manusia dibumi malaysia ini, hari ini jadi ahli UMNO, dan keluar, lepas tu masuk kembali. Kenapa hendak dikenakan syarat, kenapa hendak di sediakan soalan untuk beliau jawab. Apakah nak masuk UMNO lebih payah daripada orang yang bukan Islam nak memeluk Islam.

UMNO sebuah parti untuk rakyat malaysia, semua orang boleh menyertainya asalkan dia orang melayu dan ikhlas dalam perjuangan, hanya yang kita tidak mahu, orang yang masuk UMNO semata mata nak mencari keuntungan, masuk UMNO kerana nak dapat projek, masuk UMNO nak dapat AP, masuk UMNO nak dapat lesen Outsourcing Pekerja Asing dapat kuota dari Menteri dan jual kepada Ajen Haram dengan mendapat wang mudah secara menipu permohonan dan kelulusan.

Orang macam Ezam ni rezekinya murah, tak usahlah nak berdengki dengan dia, dia masuk UMNO ke, Tak masuk UMNO ke, dia boleh hidup, kerana dirinya itu macam 'sabut', dia bukan mencari kekayaaan dengan hanya menyertai mana mana parti politik.

Saya harap hari ini seperti hari hari sebelum daripada ini, tak akan berlaku bencana yang boleh meragutkan nyawa manusia, tidak akan berlaku gempa bumi seperti negeri indonesia dan china, tidak akan berlaku angin puting beliung seperti di Amerika. Kita doakan semuga Tuhan memberi petunjuk kepada seorang insan yang bernama Ezam.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, " dimanakah nilai setia"

Tan Sri Muhyiddin & Shahrir Samad sama berani.

Apa yang disuarakan oleh YB. Dato' Shahrir Abdul Samad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu betul. Sindrom bisu memangnya berlaku dalam UMNO, ini ketara berlaku di zaman Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, bukan setakat ahli-ahli UMNO takut untuk bersuara, bahkan demokerasi dalam UMNO pun dimatikan.

Sebagai contoh kelasik,(di suatu masa dulu) Seluruh Bahagian UMNO Negeri Kelantan dilarang dari mengamalkan demokerasi, semua jawatan tidak dibenarkan ada pertandingan. Pakai ikut dia tunjuk saja, yang sepatut dah tak boleh jadi Ketua Bahagian, selamat, Ahli dah muak pun dikekalkan lagi sebagai Ketua Bahagian. Dan sedikit sebanyak sistem yang tidak demokerasi yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir di Kelantan menyebabkan sehingga hari ini UMNO gagal untuk memerintah negeri kelantan, yang tinggal hanya mereka yang menCINTAI parti tapi perlu ada peluang (gian). Faham fahamkan lah.

Dibawah ini diperturunkan catitan untuk tatapan kita bersama:

Shahrir: Umno terlalu tebal feudalisme.


Umno terlalu tebal dengan feudalisme sehingga ia menjadi antara punca parti itu semakin kurang mendapat sokongan orang Melayu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad."Selagi amalan ini tidak dibuang, tidak dihapuskan, Umno tidak akan berjaya sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu, dan rakyat amnya," katanya.Shahrir berkata budaya "feudal" yang dimaksudkannya itu sikap pemimpin bawahan yang "takut bersuara" kerana tidak mahu mengatasi pemimpin atasan, lapor Bernama."Mereka takut bersuara kerana takut dikatakan melebih-lebih. Mereka tunggu pemimpin atas bersuara. "Pemimpin bawahan juga takut bersuara menegur jika apa yang dirasakan mereka tidak kena. Semuanya takut," beliau dipetik sebagai berkata.Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap itu terbentuk kerana pemimpin berkenaan mahu menjaga kepentingan sendiri. "Ya, mereka tak nak bersuara takut kedudukan mereka terjejas. Inilah juga masalah dalam parti sekarang. Mereka bukan lagi nak perjuangkan parti dan bangsa, tetapi untuk diri sendiri," katanya lagi. Shahrir, yang menyifatkan feudalisme itu sebagai "api dalam sekam", berkata pemimpin sedia ada harus berbalik kepada asas penubuhan Umno jika benar-benar sayangkan parti. "Jika dilihat daripada sejarah Umno, kekuatan Umno sebagai sebuah gerakan popular masyarakat Melayu ialah kerana Umno bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan."Dia (Umno) melihat kepada masalah masyarakat, dan menyelesaikan masalah masyarakat, dia mendengar pandangan masyarakat, Umno menjadi saluran kepada pandangan masyarakat dan ini memberikan satu sistem maklum balas yang demokratik," katanya.Pada zaman itu juga, tambah Shahrir, apabila pemimpin Umno bercakap sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan, mereka mewakili pandangan orang ramai bukan pandangan sendiri.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "marah tu, kerana sayang & cinta yang mendalam".

Monday, May 26, 2008

Tahniah POLIS, khasnya Dato' Mohd Bakri Zihin, Pengarah JSJ.

Pagi pagi lagi dihadapan rumah saya didatangi oleh 2buah kereta peronda polis, agaknya jiran sebelah dah panggil polis kerana tak tahan dengar bunyi bising pergaduhan sepasang kekasih keturunan cina berkelahi dengan maki hamun. Tak sampai setengah jam polis dapat menyuraikan pergaduhan itu dengan membawa kedua dua menaiki kereta peronda barangkali dibawa ke balai polis.

Begitu jugalah barang kali dalam keadaan biasa, apabila ada saja lapuran dibuat maka pihak polis akan terus bertindak, tak kira masa dan tempat, tugas dan tanggongjawab akan dipikul bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. sesuai dengan slogan "Tegas, Adil dan Berhemah".

Begitu juga peranan polis dalam menentukan jenayah, terutamanya jenayah berat dapat dikurangkan ataupun dihapuskan, mereka peka kepada keadaan sekeliling, kadang-kadang berlaku perbuatan jenayah yang boleh membimbangkan keselamatan masyarakat, tapi dengan kecekapan anggota polis kita hari ini, jenayah semakin kurang kedengaran.

Jenayah seperti merompak,mencuri,samun,bunuh boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari tanpa dapat dikesan ataupun ditangkap sebelum daripada ini, kalau ada pun tidak merudum turun angka jenayah tersebut. Tapi perubahan sudah terasa kini, semenjak ramai ahli ahli kumpulan penjenayah dapat ditangkap dan di tembak mati oleh pasukan polis kita.

Kita tahu bukan senang kerja polis, ia terdedah kepada bahaya daripada penjenayah dan juga terdedah dari kritikan masyarakat. Wal hal tugas dan tanggongjawab yang dipikul amat berat dan mencabar kadang-kadang tak setimpal dengan pendapatan. Kepada mereka lebih mudah berhadapan dengan penjenayah daripada berhadapan dengan ejakan dan kritikan masyarakat.

Sebagai contoh, apabila mereka berhadapan dengan penjenayah mereka akan bertindak untuk menangkap dan kalau penjenayah itu melawan dengan senjata merbahaya mereka akan menembak sekurang-kurang untuk mempertahankan diri. Tapi dengan masyarakat mereka tak dapat berbuat apa apa, tadah telinga dan kadang kadang merajuk hati kena pujuk sendiri.

Oleh itu masyarakat kena adil, kena banyak memberi kerjasama, sokongan supaya mereka rasa dihargai terhadap tugas dan jasanya kepada orangramai. Jangan seperti kata peribahasa, kerana seekor kerbau membawa lupur, tercalit semuanya. Ini tidak adil namanya. Yang jurus, jujur dan bagus bagus hendak diiktiraf akan perkhidmatannya, yang harus dinaikkan pangkat jangan pula dibekukan kerana tak sebulu dengan tokay. (kalu ada).

Yang ku dengar,

Masyarakat sekarang ini sudah boleh lena tidur, sejak pihak polis mula menembak mati ahli-ahli kumpulan rompak, samun dan gengstar. Kes-Kes jenayah berat nampaknya semakin kurang, Tuan Tuan OCPD & OCCI nampaknya berkerja keras kearah mengurangkan jenayah ditempat masing-masing. Ini semua hasil ketegasan dan keberanian angggota polis kita. TAHNIAH.

Tahniah harus diberi kepada Dato Mohd Bakri bin Mohd Zihin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberi input kepada anak buahnya di Negeri dan Daerah sehingga mereka dibawah berani berkerja dengan lebih tegas lagi sebab ketuanya adalah seorang yang akan mengambil tanggongjawab diatas sebarang kemungkinan.

Satu perkara yang harus diingat, kegiatan jenayah rompak dan samun tidak akan berkurangan sekiranya penduduk ataupun orang yang berada di sini tidak ada wang untuk makan dan pakai, terutamanya orang asing, yang pada asalnya datang untuk mencari pekerjaan tapi berakhir menjadi pekerja tanpa izin, yang tidak ada dekumen yang sah, nak balik ke negeri asal pun tak boleh, maka tinggallah di negara yang kita CINTAI ini untuk hidup. Tapi menjadi manusia yang ganas, dah lah menumpang, mencuri dan merompak, mencederakan orang dan membunuh pula. Sebelum mereka membunuh rakyat kita, apa yang harus kita lakukan?.

Sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Bakri tidak saja harus mendengar arahan dari Ketua atau pun Menteri, tapi beliau boleh juga memberi arahan melalui cadangan kepada Ketua dan Menterinya semuga rakyat asing tidak menjadi penjenayah di bumi Malaysia ini.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "tepuk dada tanya selera"

Sunday, May 25, 2008

CINTA ANAK & CITA-CITA AYAH BONDA.





'SELAMAT PENGANTIN BARU'
istimewa untuk
FARID RAFIQ & NUR SALWANI


Nur Salwani Bt Alias telah melangsungkan persandingan pada 24hb. Mei 2008 di kediaman ayahnda dan bonda beliau bersama Suaminya iaitu Farid Rafiq Bin Mohd Atan, di majlis yang gilang gemilang.


Pernikahan pasangan sejoli itu telah selamat diijak kabulkan pada 23hb. Mei, 2008 jam 10.00 malam dengan disaksikan oleh keluarga kedua dua belah pihak. Saya dan hajjah Ani pun turut sama bagi memeriahkan majlis pernikahan itu yang mana tentunya pernikahan mereka berdua itu berlandaskan diatas perasaan CINTA dan MENCINTAI diantara satu sama lain.






Pengantin sedang asyik melihat tarian silat pulut

Tahniah diucapkan kepada Pengantin Baru daripada Uncle Haji dan Auntie Hajjah. Semuga Nur & Farid akan sentiasa Bahagia, Aman dan Makmur dan dikurniakan cahayamata yang comel-comel, seperti Papa dan Mama.


Ingat Nur&Farid, dalam anda memenuhi CINTA yang dibina bersama. Jangan lupa tunai dan anugerahkan Cita-Cita Ayah dan Bonda.


Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "bukit akan ku daki, lurah akan ku turuni".



Puan Azizah & Haji Alias, senyum kegembiraan mendapat menantu.


Saturday, May 24, 2008

'NAFSU'

Istilah 'Duri Dalam Daging' yang di war war kan oleh Tun Musa Hitam terhadap Tun Mahathir telah dijawab oleh Tun Mahatihir dalam blognya. Diantara isi yang menarik ialah bagaimana Tun Musa hitam mempergunakan YBM Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Tun Mahathir.

Begitulah dunia politik, apabila kita mengatakan orang tak betul, orang juga boleh mengatakan kita tak betul, tapi orang ramai boleh menilai terhadap tindakan kita, sejarah hidup kita, rekod perkhidmatan kita dsb. Oleh itu dalam kemelut politik UMNO hari ini,kita akan berdepan dengan banyak perkara, selain dari kemelut kepimpinan ianya juga menyentuh peri hal penyokong yang menyokong secara membabi buta, tanpa fakta dan sejarah yang betul. Pakai tangkap maut saja. Ini yang akan menyebabkan UMNO semakin parah.

Semua orang yang berkepentingan, akan berpihak kepada pemimpin yang ada kuasa, pemimpin yang boleh memberi mereka keuntungan, boleh menjamin masa depan mereka dan boleh beri apa yang mereka minta, ertinya mereka tak akan menilai terhadap pemimpin. Pemimpin boleh buat apa yang dia suka, tidak ada siapa yang peduli asalkan permintaannya ditunai. Lainlah yang berkepentingan tapi tak dapat apa, mereka ini akan sentiasa menilai pemimpin, mana yang pemimpin lakukan perkara yang tidak betul mereka belasah.

Jesteru itu, dalam masyarakat hari ini dihidangkan berbagai-bagai parti politik, UMNO, PAS & Keadilan (Melayu) sebenarnya tujuan sama, nak berkuasa dan konon nya nak melaksanakan tanggongjawab. Kalau yang jadi PM besar kuasanya, boleh buat apa yang dia suka, nak beri projek kepada anak bini ke, nak pergi melawat ke luar negara ke, nak dapat komisen projek ke, semuanya boleh, TPM pun begitu tapi kena sedikit berhati-hati, Menteri pun sama, gomol setakat nak selagi ada peluang.

Sebut saja ada kuasa, cita cita pun besar, nafsu pun besar, makan pun besar. Maklumlah orang panggil pembesar, dan untuk mempertahankan kuasa yang besar besar ini, mereka gunakan slogan, "Berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara". slogan CINTA pada tanahair akan dijaja diseluruh pelusuk negara, rakyat pun telopong mendengar syarahan. Yang miskin terus jadi papa kedana. Para pembesar terus jadi kaya raya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "pilih intan ataupun permata".

Friday, May 23, 2008

Mari bermain politik

Politik di Malaysia seperti sejenis permainan, boleh pilih nak bermain parti mana, boleh keluar masuk, boleh nak kata apa apa yang kita suka, boleh pilih nak bergu dengan siapa, hari ini dengan si anu dan minggu depan dengan si anu. Hari ini boleh caci dan mengatakan kepada orang yang kita tak suka, esok boleh puji pada orang yang sama.

Tun Mahathir keluar parti UMNO. Isunya belum lagi reda ada yang ikut jejaknya dan ada usaha untuk memujuk beliau padamkan hasratnya, ada orang kata tindakan beliau itu seperti marahkan nyamok bakar kelambu (banyak sangat nyamok, termasuk nyamok eades, sehingga membuatkan kita tak nyenyak tidur) sembur reset pun nyamok tak mampus, so apa tindakan yang patut diambil. Sebenarnya Tun Mahathir tak bakar kelambu, beliau hanya lari dari tempat tidurnya sementara menunggu nyamok nyamok itu mampus dengan sendiri apabila kenyang menghisap darah (seperti toyol).

Meminjam kata-kata YB. Dato' Seri Syed Hamid Albar, UMNO bukan milik sesiapa, UMNO milik ahli-ahlinya. Beliau akan tentukan UMNO selamat dan akan terus menjadi pelindung kepada bangsa melayu. Sedap bahasa yang digunakan, memanglah UMNO akan jadi pelindung kepada bangsa melayu, tapi yang malangnya ada bekas menteri menjadi pelindung kepada bangsa asing (agen haram) yang ada hubungan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Apa tindakan YB. Dato Seri Syed Hamid selaku Menteri yang bertanggongjawab dalam hal KESELAMATAN dalam negeri.

Berita terbaru pula kisah seorang sahabat akan menyertai UMNO. Sdr Ezam Mohd. Nor orang yang tersohor dalam era reformasi untuk mempertahankan Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi mangsa keganasan politik Tun Mahathir, di ura ura akan menyertai UMNO dalam masa terdekat. Apa yang tersirat dalam isu ini masih jadi tanda tanya saya. Saya cuba menghubungi beliau pagi ini tapi telepon tak diangkat, saya hanya mahu dengar sendiri dari beliau dan mahu pengesahan berita ini dari tuan yang ampunya diri.

Saya sedang menghitung apa sebenarnya akan berlaku:-

  • Adakah Ezam akan masuk UMNO kerana Tun Mahathir dah keluar UMNO
  • Adakah akan berlaku peralihan kuasa dalam UMNO dan Kerajaan dalam masa terdekat
  • Adakah Ezam masih menCINTAI parti UMNO.

Atas alasan apa sekalipun, sekiranya ia belaku, sememangnya lah politik di malaysia ini hanya sebagai satu permainan. Ditendang pun boleh, di kendong pun boleh, ikut suka pemimpin saja bagaimana cara dan keadah seseorang ketua itu memimpin. Perjuangan sebenarnya dimana? dan untuk siapa?

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "bercina buta".

roti oh roti, "PAS & ROTI"

roti

Semasa saya di Kelantan, saya sempat singah di kedai kopi dikampung, sambil duduk dan minum bersama dengan orang kampung, bercerita berbagai bagai hal, termasuk politik dan ekonomi penduduk kampung, tentunya tajuk harga beras naik dan harga padi tak naik.

Orang kampung mengeluh, kalau dulu nasi boleh di makan 3 kali sehari, kini keluarga kena bertegat (berjimat), kadang kadang makan nasi 1 kali sehari, dan bagi mengalas perut cari sumber lain untuk makan. Apa kah infalsi akan bermula.

Kebetulan di kedai kopi yang saya singah itu ada jual roti, boleh lah orang kampun makan roti, ada roti keling dan ada roti cina, melayu tak buat roti untuk dijual di kedai kopi. Yang paling melucukan dibawah perukup (saji) tuan kedai letak dua biji roti dalam satu pinggang dan diatas roti tersebut di taruh air gula berwarna hijau. apa muslihat tuan kedai saya tak tahu tapi para penganalisa politik kampung di kelantan itu adalah menandakan sayang dan CINTAnya orang kelantan kepada parti PAS, sehingga diatas makanan pun di pamerkan logo parti kesayangan mereka.

Adakah ini dipanggil fanatik politik atau hendak melahirkan bahawa kesayangan mereka kepada parti PAS sehingga sanggup melakukan apa saja asalkan cita cita mereka tercapai.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA," apa nak jadi jadilah, aku tetap setia".


Thursday, May 22, 2008

UMNO akan hancur, apabila Ahli MT berkepentingan diri.

  • Semalam MT UMNO Bermesyuarat lagi.

Dua perkara dibincangkan. salah satunya berhubung dengan surat Tun Mahatihir keluar UMNO dan saya dapat melihat 'KEBIJAKSANAAN' ahli ahli MT buat keputusan, seperti pepatah melayu mengatakan, tarik rambut dalam tepung. Tidak emosinal, tertib dan bertamakninah. Kenyataan Dato' Seri Najib mengambarkan segala-galanya.

Perkara pokoknya apakah perlu ahli-ahli dibawah juga boleh memberi pendapat dan pandangan dan sekiranya perlu maka MT bolehlah mengambil keputusan membenarkan ataupun mengarahkan UMNO Bahagian-Bahagian mengadakan mesyuarat Agong Khas bagi membincangkan hala tuju UMNO selepas Pasca Pilihanraya UMUM lalu dengan membiarkan suara diakar umbi berkumandang memberi pandangan dan pendapat dan mengambil keputusan untuk diberi perhatian dan tindakan oleh MT.

Keputusan yang dibuat oleh ahli ahli di peringkat akar umbi, itulah sebenarnya ubat yang paling mujarab untuk dilaksanakan oleh pihak pucuk pimpinan, Dengan keputusan itulah juga yang akan meletakkan landasan perjuangan era baru kepada parti. Ianya merupakan perubatan pakar bagi menyembuhkan penyakit tak kira penyakit itu hanya selsema biasa ataupun penyakit kronik yang perlu pada pembedahan.

Dan melaksanakan keputusan akar umbi akan lebih memantapkan lagi perjuangan parti yang benar benar melahirkan perasaan CINTA kepada Agama, Bangsa dan Tanahair dan ianya akan meletakkan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa diminati oleh rakyat keseluruhannya.

Pulihkan sokongan rakyat kepada UMNO, bagaimana caranya terserahlah kepada pucuk pimpinan, tapi ingat bagi menjayakan plan pemulihan ini suara keramat dari ahli ahli biasa hendaklah didengar dan diambil kira, kerana sebenarnya juak juak UMNO dikampung, ditanah rancangan, dipendalaman, petani dan peladang adalah orang yang benar benar menCINTAI UMNO dengan seikhlas hati dan perasaan, tidak seperti setengah pemimpin diperingkat atasan berjuang hanya untuk memperkayakan diri dan mengautkan keuntungan diatas sokongan rakyat yang masih marhain di luar bandar.

UMNO akan hancur bukan kerana Tun Mahathir keluar parti, bukan kerana YBM Tengku Razaleigh nak lawan Presiden parti disember ini, tapi UMNO akan hancur kerana ahli ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak 'bijaksanaan' merealisasikan kehendak ahli parti diperingkat akar umbi dan rakyat malaysia keseluruhannya.

Pandang Pandangkan lah dicermin.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "cukup sampai disini".

Kemana mereka yang hilang? 'HIDUP' ataupun 'DAH MATI'

Untuk Renungan Kita Bersama,
  • JENAYAH


    -->
    242 kanak-kanak hilang hingga Mac

  • KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen (gambar).

  • Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

  • Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.

  • ''Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita,'' katanya.

  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

  • Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.

  • Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.
    ''Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan,'' ujarnya.

  • Sementara itu, beliau berkata, lebih 2,000 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun di negara ini berada dalam penjara kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.

  • Katanya, 400 daripada mereka masih ditahan reman bagi menanti kes dibawa ke mahkamah.

  • Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan ialah samun, bunuh, jual cakera padat haram dan sebagainya.

  • ''Saya dimaklumkan ada kalangan remaja ini yang terpaksa menunggu sehingga tiga tahun untuk kes mereka dibawa ke mahkamah.

  • ''Sehubungan itu, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu agar kes mereka dapat dipercepatkan,'' katanya.

Wednesday, May 21, 2008

AMAN di kampung 'GONDANG'


Upacara Perasmian Penutup Pesta Sukan Tahunan Sek.Kebangsaan Gondang,Keterah,Kelantan.





Suasana diibu kota dua tiga hari ini membosankan, melayu berkelahi dengan melayu, Tun Mahathir keluar UMNO, anaknya YB. Mukhris kekal sebagai ahli UMNO, Dr. Siti Hasmah dan anaknya Mokhzani keluar UMNO, YB. Mukhris minta Pak Lah berhenti jadi Perdana Menteri, berhenti jadi Presiden UMNO sebelum julai ini. Dato' Seri Hisahmuddin, Ketua Pemuda UMNO nampaknya marah pada YB. Mukhris. Para pemimpin Majlis Tertinggi UMNO macam-macam pendapat dan kadang kadang mereka itu tak sedar diri bagaimana beliau diasuh supaya budaya melayu iaitu Berbudi, Mengenang Budi dan Membalas Budi diamalkan.


Kebetulan pada hari ini saya terpaksa berada di Kelantan kerana menunaikan janji yang saya telah memberi persetujuan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Gondang bagi merasmikan majlis penutup 'Sukan Tahunan Sekolah 2008', Sekolah Kebangsaan Gondang terlekat dalam Bahagian Parlimen KETERAH dan DUN Kok Lanas.


YB. Parlimen KETERAH ialah Aziz Ab. Kadir(PKR) dan Ahli Dewan Undangan Kok Lanas ialah Datuk Haji Ali Che Mat (UMNO) Kedua duanya adalah anak buah saya semasa saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Peringat,Kelantan. Dato' Haji Alwi adalah Naib saya dan Ab. Aziz Kadir adalah Setiausaha saya.


Saya cukup berbangga diatas kejayaan mereka berdua dalam arena politik, Dato' Haji Alwi adalah Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia (Pak Lah) dan Sdr Ab. Aziz Kadir adalah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan. (Diiringi dengan doa semuga rezekinya akan bertambah). Sejarah perjuangan mereka berdua dalam politik UMNO Bahagian Keterah akan saya paparkan apabila tiba masa yang sesuai.


Berbalik kepada Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Gondang, bersama ini saya paparkan gambar-gambar kenangan bagi melahirkan rasa tenang dan amannya apabila kita berada dikawasan perkampungan melayu yang jauh dari kebisingan dan kehangatan yang melanda ibu kota sehari dua ini.


Di Kampung kita boleh merasai semangat muhibbah dan perasaan kasih sayang diantara anak, ibu dan bapa yang dizahirkan secara terus perasaan CINTA diantara satu sama lain. Di Kampung kita akan dapat melihat dengan mata akan keikhlasan seseorang itu.


Bak Kata Ayat-Ayat CINTA, " dari mata turun kehati, dari hati berputiknya CINTA".










Silat, tarik tali diantara aturcara sukan. Dalam gambar kelihatan Mohd.Asri atau lebih dikenali 'Mat Tongkat' sedang beraksi silat, keistimewaan beliau ialah walaupun mengunakan kekuatan satu kaki dan tongkat beliau mempu bersilat dengan baik dan bertenaga.












  • B
  • E
  • R
  • S
  • A
  • T
  • U
  • K
  • I
  • T
  • A
  • B
  • E
  • R
  • S
  • A
  • T
  • U

  • jangan kita roboh.

  • bersatu teguh,
  • bersatu teguh,
  • bersatu teguh,bersatu teguh,bersatu teguh.
  • bersatulah wahai pemimpin melayu, buang yang keruh,
  • berkorbanlah kerana ianya tuntutan pengorbanan.

Tun Mahathir Keluar Parti

"Ujian Kebijaksanaan MT UMNO"
Pengisytiharan keluar parti oleh Tun Dr Mahathir Mohammed ianya memberi kesan yang mendalam kepada parti dan sekaligus akan menguji kebijaksanaan ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.
Mengikut perlembagaan parti, seseorang itu akan diputus oleh Majlis Tertinggi UMNO samada menerima atau menolak permohonan seseorang ahli untuk keluar daripada parti.
Ini bukan perkara kecil kerana ia akan melibatkan perlembagaan parti dan akan memberi kesan terhadap ahli-ahli. UMNO bukan sebuah parti cacarmarba yang mana ahli boleh bertindak sesuka-hati sebagaimana mengunjungi ke rumah pelacur yang mana boleh memilih mengikut sesuka hati. Kalau berkenan diambil dan kalau tak berkenan ditolak.
Setiausaha Agong UMNO hendaklah berhati-hati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tentang keahlian kerana sekiranya tersalah urus ia boleh mengakibatkan UMNO akan diharamkan sekali lagi.
Telah terbukti terdahulu daripada ini bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak bijaksana dalam menangani isu tun Dr Mahathir Mohammed apabila beliau menawar diri untuk menjadi Pewakilan Perhimpunan Agong tahun 2004 sebagai Perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu.
Tak masuk akal bekas seorang Presiden Parti dan bekas Perdana Menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun gagal untuk mendapat sokongan ahli parti hanya sekadar untuk menjadi Perwakilan UMNO bahagian. Sepatutnya, ahli Majlis Tertinggi UMNO boleh memainkan peranan supaya Tun Mahathir diberi tempat sebagai Perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu kerana saya yakin dan percaya masih ramai ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO bahagian Kubang Pasu masih menCINTAI beliau.


Bak Kata Ayat-Ayat CINTA "MENUMPANG PADA YANG CINTA"

Tuesday, May 20, 2008

RTM & ruangan ahli UMNO keluar parti

Adalah disarankan kepada RTM, TV3, Astro dan rangkaian television serta semua surat kabar supaya mengadakan ruangan poll atau jaringan SMS untuk ahli-ahli UMNO seluruh negara memberi pendapat ataupun memaklumkan pendirian masing masing iaitu bersetuju atau pun tidak untuk menjejak langkah Tun Dr. Mahathir, keluar daripada menjadi ahli UMNO dan akan menyertai kembali apabila Pak Lah berhenti jadi Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia.

Kita akan dapat tahu dalam masa terdekat apakah ada kesan terhadap parti dengan tindakan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir, kita tidak mahu hanya pemimpin diperingkat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Perhubungan ataupun Ketua Bahagian saja yang memberi pendapat dan disiarkan oleh media cetak dan eletronik, pendapat ahli ahli diakar umbi pun kita hendak tahu, barulah dapat kita nilaikan keberkesanan sebenar.

Musa Hitam kata, tindakan Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO kena pada masanya kerana sudah tercabut duri dalam daging, perlu diingat beliau ada masaalah dengan Tun Dr. Mahathir, YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir kerana beliau ada agenda untuk memertabatkan parti apabila diberi mandat menjadi Presiden UMNO pada bulan Disember nanti. Dato' Shahril Samad mengangarkan Pilihanraya UMUM akan diadakan bagi membolehkan Kerajaan Baru dibentuk sekiranya terdapat beberapa Ahli Parlimen dari UMNO mengikut jejak Tun Dr. Mahathir. Beliau pernah keluar UMNO dan bertanding atas tiket bebas bagi menunjukkan protes terhadap Tun. Dr. Mahatihir semasa Tun jadi Perdana Menteri.

Dulu semasa Tun Dr. Mahathir berlawan dengan Musa Hitam dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, beliau ada Tan Sri Sanusi Joned, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai hulubalang bagi membelasah sesiapa saja yang menyentuh kepimpian Tun Dr. Mahathir. Tapi kini suasana dah berlainan. Tun masih di CINTAI oleh Tan Sri Sanusi tapi dalam posisi yang berlainan. Dato' Seri Anwsar Ibrahim pula sudah dijadikan musuh oleh Tun. Bagaimana perjalanan Tun seterusnya?, siapa tokoh yang ternama akan bersama Tun. Ramai lagikah orang masih MENYINTAI Tun? apa yang ditakuti adalah seperti kata:-

Ayat-Ayat CINTA, "habis madu sepah dibuang"

Monday, May 19, 2008

Anugerah Tun Mahathir pada Pak Lah

SAH, Tun Dr. Mahadhir Mohamed, Bekas Presiden UMNO mengumumkan keluar daripada parti pagi ini (19hb. Mei 2oo8) di Alor Star Kedah, tanah tumpah kelahirannya kerana beliau tidak mahu menjadi ahli UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Presiden UMNO dan beliau akan menyertai UMNO kembali setelah UMNO tidak diterajui oleh Pak Lah.

Seingat saya, inilah kali kedua Tun Dr. Mahathir tidak menjadi ahli UMNO, pertama kali semasa beliau dipecat oleh Tengku Ab.Rahman setelah beliau didapati berceramah diatas platfom PAS kerana mengkritik kepimpian Tengku dan hari ini beliau sendiri keluar parti kerana tidak bersetuju dengan cara dan gaya Pak Lah memimpin parti.

Berita ini sememangnya mengejutkan bukan saja kepada ahli parti tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Tentu ada perkara besar yang akan berlaku selepas ini, tentunya Tun Dr. Mahathir ada stertegi tertentu sehingga beliau sanggup membuat keputusan yang berani ini. Dan bagaimana UMNO dikatakan masih releven sekiranya orang yang ada otok dan vision yang jelas serta ilmu yang tinggi mengambil keputusan untuk keluar daripada menjadi ahli UMNO.

Yang anihnya parti UMNO yang dikatakan keramat ini, semua bekas Presiden parti diakhir hayatnya tidak menjadi ahli parti, Allahyarham Dato Onn, Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj,Allahyarham Tun Husein Onn meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO. Tun Razak meninggal dunia semasa menjadi Presiden UMNO.

Apakah nasib Tun Dr. Mahathir akan menjejaki bekas bekas Presiden parti, dan ini tidak mustahil berlaku sekiranya umor Pak Lah akan mengatasi umor Tun Mahathir. Hanya dengan cara peralihan kuasa ataupun Pak Lah kalah dalam pemilihan parti Disember nanti yang akan boleh merubahkan keadaan Tun Dr. Mahathir akan kembali kepangkuan UMNO.

Orang yang sayang kepada Tun Dr. Mahathir tentunya mereka berusaha supaya Pak Lah cepat-cepat berundur dari memegang jawatan Presiden parti, tapi kepada penyokong penyokong Pak Lah, mereka tentunya akan mempersetankan keputusan Tun. Dr. Mahathir.

Yang pentingnya, kalau UMNO itu parti untuk orang Melayu dan Islam, dan ahli ahli parti sebenarnya CINTAkan kepada perpaduan, kerana perpaduanlah yang akan menentukan hala tuju untuk memperkuatkan perjuangan, maka satu semangat hendaklah dipupuk dikalangan pemimpin dan ahli-ahli iaitu PENGORBANAN.

Dan falasafah yang selalu disebut-sebutkan oleh Tan Sri Husein Ahmad, Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, iaitu untuk mencapai satu satu matlamat Bangsa kita hendaklah mengamalkan tiga prinsip pengorbanan:-
  1. Sanggup Berkorban
  2. Sanggup Di Korban
  3. Sanggup jadi Pengkorban.

Oleh itu ahli-ahli parti dan pemimpin hendaklah membuat sesuatu supaya parti UMNO terus diminati oleh rakyat Malaysia dan akan kekal releven sebagaimana bangsa kita seperti kata Laksaman Hang Tuan, 'Melayu Tak Akan Hilang Di Dunia'.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berkorban apa saja"

Pekerja Asing {cari kekuatan bukan kelainan} Di Meja Bulat.

yang ku dengar
YAB. Dato' Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang tidak mahu pekerja asing bekerja di Pahang, apa alasan yang menasabah tak tahu, dah tak resional barangkali Tok Nan ini sejak istihar berminat nak bertanding Naib Presiden UMNO. Sedangkan di Pahang banyak majikan memerlukan tenaga kerja, sedarkah Tok Nan berapa banyak rancangan pembangunan tanah di Pahang yang memerlukan tenaga kerja, cukupkah rakyat Pahang bekerja untuk rancangan pembangunan tanah ini?

Jawabnya tidak cukup, kalau rakyat pahang tidak berminat untuk bekerja ladang, apakah ladang itu dibiarkan tidak mengeluarkan hasil, maka peninglah pemimpim negara akan memikirkan satu keadah bagaimana cara untuk mengeluarkan hasil dari bumi dengan tidak memakaikan tenaga pekerja manusia?

Semua majikan yang memerlukan tenaga manusia mahu kepada pekerja asing, tanpa pekerja tidak ada hasil, nak cari pekerja tempatan tak mencukupi, Pemimpin pula asyik bercakap nak tutup kemasukan pekerja asing dan dalam masa yang sama bercakap untuk menambah baik pengeluaran hasil negara, binggong. Siapa yang binggong?, Majikan akan jadi binggong dan yang lebih binggong adalah orang yang bercakap supaya ditutup kelulusan membawa masuk pekerja asing, dia sendiri tak ada pengalaman tapi macam tahu semua hal pekerja asing.

Cakap nak tutup mudah, "Bermula hari ini semua kelulusan membawa masuk pekerkja asing ditutup sehingga diberitahu kelak", panggil surat kabar, panggil RTM,TV3 buat pengumuman. selesai. Apa akan jadi kepada kilang-kilang yang memerlukan tenaga kerja terutamanya pelabur asing yang dulunya kerajaan menjemput mereka datang kemari dengan berbagai bagai insantif termasuk tenaga boroh yang murah dan berpatutan, tiba-tiba apabila malas memikir cara dan keadah bagaimana nak mengatasi sedikit masaalah pekerja asing dan tak tahu nak ujudkan sistem yang berkesan maka cakap baik tutup.

Saya syorkan kepada Kerajaan, khasnya kepada YB. Menteri Dalam Negeri (KDN) supaya diadakan PERBINCANGAN MEJA BULAT untuk mencari satu sistem terbaik bagi diguna pakai oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia dengan pegawai pegawai yang terlibat boleh meminta pandangan daripada NGO ataupun orang perseorangan yang tahu selok belok dalam pengurusan pekerja asing.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hendaklah mencari kekuatan hujah bagi merealisasikan sistem kemasukan pekerja asing dengan izin supaya tidak bertukar menjadi pendatang tanpa izin, kerana tanpa sistem yang baik yang dapat dilaksanakan dengan kemas dan bertanggongjawab, maka negara yang kita CINTAI ini akan menjadi tempat LAMBAKAN pekerja tanpa izin.

Jangan hanya untuk mempermudahkan tugas dan tanggongjawab maka kita mencari kelainan jawapan daripada yang disarankan oleh saya ini. Percayalah dari perspektif majikan masih banyak majikan sedang menunggu bagi mendapat kelulusan membawa masuk pekerja asing daripada kerajaan. dan ini bukan kerana majikan tidak berminat untuk mengambil pekerja tempatan tapi terpaksa mengambil pekerja asing oleh kerana tuntutan keperluan.

Bab kat Ayat-Ayat CINTA, " tegur adalah tanda CINTA dan sayang".

Sunday, May 18, 2008

Bekas Presiden dan Calun Presiden


Yang ku dengar

Pada 19hb. Mei 2008,(hari isnin) Negeri Kedah yang terkenal dengan negeri jelapang padi akan dikunjungi oleh dua orang tokoh politik tanahair, Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Calun Presiden UMNO, YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Khabarnya kedua-dua akan hadir dalam majlis berasingan yang diatur untuk mereka memberi ucapan.

Tun Dr. Mahathir bersama masyarakat disebuah hotel sebelah pagi yang akan memberi ucapan berhubung dengan kemelut politik hari ini dan YBM. Tengku Razaleigh di hotel lain waktu petang akan memberi penjelasan mengapa beliau bersedia bertanding jawatan presiden parti disember ini. Program ini dianjurkan oleh pakatan cawangan-cawangan UMNO.

Nampaknya makin rancak program-program yang dianjur oleh pakatan cawangan-cawangan UMNO, ini menunjukkan rakyat diakar umbi mula memberi ruang kepada orang-orang yang ingin menyampaikan isu-isu semasa untuk didengar dan dapat memberi pendapat bagi melahirkan perasaan sebenar rakyat dibawah.

Kalau dulu program sentiasa diatur diperingkat Bahagian tapi kini trend sudah berubah, cawangan dah pandai mengatur perjumpaan yang dihadiri oleh tokoh tokoh yang hebat. Kenapa jarang terdengar bahagian UMNO mengadakan program dan menjemput tokoh tokoh seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed bekas Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, Bekas Setiausaha Agong UMNO, YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Bendahari Agong UMNO, Tan Sri Husein Ahmad, Bekas Ketua Penerangan UMNO (Tokoh yang tidak hipokret) mereka ini tentunya ada pandaangan dan pendapat bagaimana hendak memperkasakan UMNO dimasa yang akan datang.

Tokoh-tokoh yang saya sebutkan ini telah berjasa kepada parti, mereka semua CINTA kepada parti, mereka CINTA kepada bangsa Melayu yang mendokong parti UMNO, apa salahnya kalau Bahagian-Bahagian UMNO mengadakan majlis ataupun perhimpunan dengan menjemput mereka untuk membakar semangat ahli-ahli parti tentang perlunya meluaskan langkah bagi memantapkan perjuangan supaya pilihanraya umum yang akan datang UMNO boleh menebus maruahnya yang telah terhakis.

Kalaulah betul Ketua Ketua UMNO Bahagian diseluruh negara jujur untuk berjuang bagi menegakkan perjuangan UMNO, sayang dan CINTA kepada parti, maka mereka harus memulakan langkah, kumpulkan tokoh-tokoh yang terdahulu dan jemputlah ke bahagian masing-masing bercakaplah secara anak beranak, mintalah pandangan dan nasihat supaya matlamat dan tujuan akan sampai ke distinasi iaitu Negara Aman rakyat Selamat.

Hilang kah jawatan Ketua Bahagian, sekiranya mengadakan majlis untuk menjemput tokoh tersebut hadir memberi ucapan. Atau hanya takut bayang-bayang, takut hilang rezeki cari makan. Percayalah Pak Lah tak akan halang sekiranya Ketua Bahagian mengadakan majlis dengan menjemput tokoh untuk memberi panduan dan tunjuk jalan kearah KEBENARAN.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berani kerana benar"



RUMI & JULI akhirnya berpisah.

  • Al-Fatihah.

Pelakon filem 'LOVE' yang hangat ditayang diseluruh panggong wayang Indonesia sekarang Sophan Sophian telah meninggalkan dunia semalam (17hb.Mei 2008) akibat kemalangan jalan raya disempadan Sragen dengan Nagwi dijawa tengah .

Peristiwa malang ini berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi yang allahyarham pandu terjerumus kedalam lubang besar serta terhantuk batu jalan. Allahyarham dalam perjalanan pulang ke Jakarta bersama rombongan "jalur Kebangkitan" yang merupakan satu kegiatan bagi menyemarakkan sambutan 100 tahun Kebangkitan Nasional Indonesia.

Allahyarham juga seorang ahli politik dan pernah menjadi wakil rakyat, jiwanya yang CINTAkan pada negara membuat beliau bersedia menunggang motosikal beribu ribu batu bagi melahirkan sokongan kepada gerakan jalur kebangkitan walaupun usianya sudah berumur iaitu 62tahun.

Allahyarham mula-mula dikenali melalui filem 'Pengantin Remaja' berlakun bersama seorang gadis yang cantik molek ketika itu Widyawati dan akhirnya menjadi pasangan hidup sebagai suami isteri sehinggalah Widyawati menjadi balu bermula kelamarin. CINTA mereka berputik semasa mereka berlakun bersama.

Bak kata ayat-ayat CINTA, "alangkah enaknya masa berCINTA".

Saturday, May 17, 2008

'signal' kepada MELAYU

BERSATU !

bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu.

ayat keramat ini akan tinggal sebagai nyanyian anak cucu cicit kita dimasa yang akan datang sekiranya tingkah laku dan peal perangai para pemimpin MELAYU seperti hari ini berterusan tanpa penghujungnya.

Lantaran RTM mengadakan siaran langsung selama setengah jam untuk rakyat mengikuti persidangan parlimen maka terpaparlah gelagak para pemimpin yang dipilih oleh rakyat secara demokerasi. Setengah orang kata macam serkes bermakna seperti badot dan segala macam binatang piliharan seperti Singa, Harimau, Gajah, Kuda, Anjing, Monyet dll.

Kadang-kadang perbahasan terpesong dari tajuk asal, kata mengata dengan ayat yang menyakitkan hati, jadi kacau bilau tak tentu arah, bahkan kadang-kadang seperti tidak bertamaddun dan memalukan. Anak anak yang kurang faham melihat siaran itu seperti melihat program cerita lucu, tunjuk menunjuk, kata mengata menjadi mainan biasa. Inikah wajah wajah yang akan membuat dasar negara. teruk teruk dan dah melampau.

Yang sedihnya, mereka yang bercakaran itu adalah anak-anak bangsa MELAYU yang berpendidikan, yang dicanangkan akan menjadi pemimpin besar negara dimasa yang akan datang, yang selalu memberi pedato berapi-api, soal ketuanan melayu, soal membasmikan kemiskinan melayu, soal masa depan bangsa melayu dan soal perpaduan orang-orang melayu. Sedangkan dalam Dewan Rakyat yang mulia mereka menzahirkan perangai tidak ada persefahaman diantara pemimpin melayu.

mana slogan kepimpinan melalui teladan, mana slogan BERSATU, mana slogan hidup MELAYU, adakah slogan-slogan ini hanya retorik untuk menjaja diri supaya dipilih menjadi salah seorang pemimpin melayu, walhal hipokret penuh dibadan yang didalamnya ada nanah yang punah.

Sedarlah pemimpin bangsaku. bersikaplah semacam pahlawan melayu yang CINTAkan negeri melaka dizaman dulu. Tunjukkan sebagai seorang melayu yang penoh dengan ilmu persilatan yang menang bertarung tanpa mengunakan senjata. Bangkitlah dengan kesedaran bahawa perjuangan sebenarnya untuk Agama, Bangsa dan Negara, Kikiskanlah sifat permusuhan sesama sabangsa, ikhlaslah dalam memberi dan menerima salam. Pacukanlah semangat ingin BERSATU kerana bersatu kita teguh.

Signal telah kita terima, masa sudah tidak mengizinkan kita untuk bercakaran sesama MELAYU, kerana melayu itu ISLAM dan SULTAN adalah ketua Agama ISLAM dan adat istiadat Melayu.

Melayu telah dihina dan Sultan telah dipersenda.

Mana kasih sayang dan CINTA kita pada Agama dan Raja, sedangkan wakil kita berada didalam dewan yang mulia tidak buat apa-apa, bahkan masih bersengketa, bangsa lain ambil kesempatan cerca Bangsa kita, kita hanya boleh berkata-kata tapi kuasanya dimana?.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "jangan hanya CINTA dibibir saja"

Friday, May 16, 2008

PEKERJA ASING "dengan izin" = "tanpa izin"


Seramai lebih sejuta orang pekerja asing dengan izin mencari sumber pendapatan di negara kita yang kita CINTAI ini. Kebenaran yang diberi oleh Kerajaan adalah untuk menampung kekurangan pekerja di berbagai-bagai sektor yang boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga menunaikan tuntutan syarikat-syarikat dan kilang yang menghadapi masaalah boroh/pekerja ditempat masing-masing.


Sekiranya kita tidak dapat membekalkan pekerja kepada syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang(khasnya syarikat ataupun kilang asing) yang memerlukan tenaga kerja bagi menentukan hasil pengeluaran mencukupi untuk dibekalkan atas permintaan, kita bimbang syarikat ataupun kilang tersebut tidak akan beroperasi disini dan boleh menyebabkan hasil ekonomi negara yang berasaskan pelabur asing akan hilang.


Jesteru itu, keperluan pekerja asing memang banyak diminta oleh syarikat atau kilang buat masa ini, menyekat permintaan bermakna menutup perniagaan yang berasaskan tenaga kerja manusia dan dalam dunia ini tidak ada masaalah yang tak boleh diselesaikan dengan izin Allah.


Saya percaya kemasukan pekerja asing dengan izin tidak akan melambakkan pekerja asing tanpa izin sekiranya ada sistem yang benar-benar bertanggongjawab, telus dan diiktiraf oleh kerajaan negara sumber. Tapi malapetaka akan ditanggong oleh negara kita sekiranya sistem sekarang tidak diubah yang mana pekerja asing yang datang kesini dengan izin akhirnya akan bertukar menjadi pekerja asing tanpa izin.

Sistem sekarang, mana-mana majikan yang mahu pekerja asing boleh memohon terus kepada Bahagian Boroh Asing, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk negara sumber saja, tidak termasuk dari Bangladesh, India dan China (Negera ini kena dapat SPECIAL KELULUSAN daripada YB. Menteri KDN) dan apabila dapat kelulusan bolehlah membayar LEVI di Bahagian Boroh Asing Jabatan Imigresan seterusnya akan dikeluarkan VISA dan majikan boleh sambut pekerja mereka dipintu-pintu masuk negara.


Cukup setahun pekerja hendaklah membayar Levi kepada kerajaan dan begitulah seterusnya sehingga tamat tempoh kebenaran selama tiga hingga tujuh tahun yang diluluskan oleh kerajaan. Dimana sebenarnya mereka berkerja tidak ada siapa yang tahu kecuali sekali sekala ada pekerja asing ditangkap lantaran ada operasi oleh pihak POLIS, JABATAN IMIGRESAN, RELA, maka hebohlah dalam surat khabar, yang ditangkap hanya........? yang lain bagaimana?.


Walau bagaimana pun kerajaan tak salah, dasar buka pintu kepada pekerja asing telah menjadi negara kita dihormati oleh negera-negara yang rakyatnya boleh menumpang kasih dan rezeki dengan negara kita. Terutamanya Negara Bangladesh yang rakyatnya rata-rata berugama Islam dan miskin teramat berterima kasih diatas kebenaran kerajaan menerima rakyatnya berkerja disini.


Sebenarnya rakyat Bangladesh CINTAKAN negara kita, sehingga apabila tempoh visa untuk berkerja di negera kita sudah tamat mereka masih mahu tinggal disini dan tak mahu pulang ke negaranya, Mereka juga bukan setakat CINTA berkerja tapi mahu berCINTA dengan orang kita dan ada juga sempat jatuh CINTA sehingga mendapat taraf PERMENANT RESIDENT (PR) negara kita. (Mudah dan Senang untuk mendapat PR semasa Menteri dulu).


Yang dapat PR tu kadang kadang bukan CINTA sangat kepada Negara kita, tapi sekadar hendak bermegah dan mendapat perlindungan kerana aktibiti-aktibiti sebagai agen haram di negara kita.


Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "mudah mendapat rahsia melalui CINTA".

Pekerja Asing & Keselamatan Negara.

Hari ini (16hb. mei) saya baca kenyataan YB. Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dalam surat khabar Utusan Malaysia bertajuk 'Keberkesanan syarikat bekal pekerja asing dikaji yang mana beliau mengatakan setakat ini terdapat 27 syarikat mebekal pekerja secara penyumberan luar yang berdaftar dan diberi kebenaran oleh Kementerian untuk menjalankan aktibiti membekal dan mengurus pekerja asing (Outsourcing).

Kenyataan ini diberi semasa menjawab soalan dari Khalid Abdul Samad (Pas - Shah Alam). Betul kah hanya terdapat 27 syarikat yang diberi kebenaran atau surat khabar tersalah lapur. Dan soal pekerja asing ini sepatutnya tak perlu dibincang lagi, yang penting kerajaan mesti memandang serius perkara ini dan ambil pendekatan dan tindakan.

Tiap-tiap kali parlimen bersidang, ada saja soalan diajukan kepada YB. Menteri (KDN), lain menteri lain jawabnya, lain menteri lain pendekatan yang dilakukan, lain menteri lain keadah dilaksanakan. Dan sekarang pegawai-pegawai KDN dan Imigresan akan berhadapan dengan tugas dan tanggongjawab baru apabila berkerja dengan menteri baru.
Sebagai contoh, apabila bertukar saja menteri, proses kemasukan pekerja asing terutamanya warganegara Bangladesh terhenti seperti kenderaan kehabisan beteri, semua jam, hon tak ada, lampu tak menyala, stat pun tak hidup. Rakyat bengladesh yang sudah tamprin di Dhaka tak dapat datang kerana Calling Visa tak keluar, majikan tak dapat pekerja mengakibatkan pengeluaran terjejas dan menanggong kerugian.

Sedangkan para Agen (Agen haram dan tak haram) telah mendapat bahagiannya, wang upah untuk mendapatkan kelulusan dari menteri (menteri sebelum YB. Syed Hamid Albar) dah jadi tahi. rakyat Bangladesh yang nak datang bekerja disini telah membayar wang dengan meminjam dan berhutang, lambat dia datang risiko akan dihadapi. Kalau ada orang yang berpengalaman dalam hal mengurus pekerja bangladesh nak tolong beri pandangan menteri tak nak dengar. Tak apa! nanti apabila dah tak jadi menteri nanti baru sedar.

Tahukah wahai rakyat Malaysia,

Kemasukan pekerja asing ke Negara kita yang sudah melebihi 2 juta orang, sekiranya tidak ditangani dengan berhati-hati dalam masa setahun dua ini akan mengakibatkan pula menjalar kepada penyakit sosial dan menjurus kearah mengacam KESELAMATAN NEGARA?.
Dan kerana CINTAkan Negaralah saya melemparkan Tajuk Keselamatan Negara ini kerana saya teramat yakin YB. Menteri juga menCINTAI negara ini, Bagaimana ia boleh mengacamkan negara ialah disebabkan kerana apabila terlalu ramai pekerja asing yang datang tak ada kerja dan gaji tak mencukupi untuk makan maka akan berlakulah lambakan pendatang tanpa izin kerana merekan itu sudah tidak mampu lagi untuk membayar LEVI kepada kerajaan.

Untuk mendapat penjelasan seterusnya dampinganilah blog ini, bak kata Ayat-Ayat CINTA, "untuk mengetahui hati budi seseorang itu kita hendaklah berusaha untuk dia menCINTAI kita".

Thursday, May 15, 2008

Naib Presiden UMNO, berapa harganya?

Laris jawatan Naib Presiden UMNO.

Dato' Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin pastinya akan mempertahankan jawatannya, Tan Sri Isa Samad (belum kedengaran), walau bagaimanapun mungkin senario penjawat jawatan akan berubah sekiranya UMNO Bahagian membuat pencalunan memihak kepada YB. Tan Sri Muhyuddin untuk ditonjolkan sebagai Timbalan Presiden berganding dengan YAB. Dato' Seri Najib yang akan dicalunkan sebagai Presiden sekiranya peralihan kuasa berlaku sebelum pemilihan parti.

Sekiranya andaian ini berlaku, maka ada kekosangan dijawatan Naib Presiden yang mana Dato' Seri Mohamed Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Sahidan Kassim, Bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Ketua Menteri Melaka dan Dato' Seri Adnan Yaakub, Menteri Besar Pahang telah melahirkan hasrat untuk bertanding. Mungkin ada dikalangan menteri juga bersedia untuk bertanding seperti Dato' Zahid Hamidi, Menteri dijabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan Tan Sri Muhd Mohamad Taib, Menteri Pembanguan Luar Bandar.

Semuanya hebat-hebat, ada gaya dan ada penyokong. Mereka tentunya ada tujuan dan matlamat untuk menjadi Naib Presiden UMNO, sekurang-kurangnya mereka menCINTAI pada jawatan itu dan selebihnya mereka saja yang tahu, Untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO harganya tidak murah. Hati penyokong hendaklah dijaga, lawatan ke negeri-negeri hendaklah dibuat bagi mendampingi perwakilan, kena juga berhadapan dengan jawatakuasa 'mandi' dan yang paling takut apabila menang kena tindakan disiplin, jadi mangsa keadaan, jadi kambing hitam untuk mencerminkan bahawa pemilihan dalam parti adalah putih bersih.

Jawatankuasa disiplin pun orang, ada yang dia suka terlepas dan yang kurang berkenan dihukum sesuka hati. Tidak mengambarkan menghukum untuk pengajaran, rezeki orang yang melayang bersama jawatan, sedangkan orang itu berjuang untuk parti habis berjuta wang tidak diambil sebagai pakatan. Pemimpin minta ahli berkorban untuk parti, parti tak pernahpun berkorban untuk ahli.

Dulu politik wang dan sekarang nak tukar jadi rasuah politik, dua kali satu, satu kali dua pun sama. Apa hal nak menghalang orang berbelanja sakan, biarkan lah mereka, kerana mereka ada banyak wang untuk mencari kemenangan. Dalam pilihanraya pun guna wang, kadang kadang guna wang kerajaan untuk mencapai kemenangan. (hukum menghalalkan cara).

Dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding tentunya tahu, tatacara pertandingan yang boleh merosakkan perjuangan, mereka adalah pemimpin yang telah menaburkan CINTA kepada parti, meraka mahu berkhidmat kerana mereka tidak mahu CINTAnya kepada parti terhalang. Biarkan pertandingan menjadi satu temasya untuk rakan-rakan. Ada ubi ada batas, ada undi boleh kebas.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "pilihlah antara Uda atau Aduka"

Wednesday, May 14, 2008

"Ayat-Ayat Cinta" cerita atau sememangnya.

"AYAT-AYAT CINTA" adalah judul sebuah filem dari negara seberang Indonesia yang bermula dengan novel kemudian ke layar perak yang berkisarkan CINTA seorang mahasiswa Universiti Al Azhar, Mesir dengan beberapa orang gadis yang menaruh minat terhadapnya sehingga berkahwain dan berpoligami seterusnya tinggal serumah yang akan ditayangkan dipawangan tempatan pada 16hb. Jun, ini.

Filem ini bercirikan Islam yang memberi tumpuan kepada kepentingan keikhlasan dan kesabaran dalam mengharungi kehidupan dan banyak pengajaran boleh dicontohi dalam filem ini terutamanya kewajaran untuk hidup berpoligami, kisah CINTA bertepuk sebelah tangan, Menfitnah, Kedahagaan Sex dan tanggongjawab hati terhadap insan yang di CINTAI dan paling asyik, bagaimana hendak menjaga kesemua hati orang yang menCINTAI kita.

Tutur kata adalah sebahagian tingkah laku dan perangai kita, ia dapat dilihat dengan perbuatan dan tindakan yang kita ambil. Begitu lah diri kita. Apa yang kita laksana dan buat akan diperhatikan oleh orang sekeliling kita, oleh masyarakat kita, oleh rakyat jelata. Tidak mudah untuk jadi orang yang suka dimiliki, tapi senang untuk jadi orang yang dicaci dan dibenci.

Setiap filem CINTA tentu ada adegan duka, perpisahan mata bukan bererti berpisahan hati, kematian orang yang disayangi penyudah kisah, menangis, tersedu sudah jadi lumrah. Walau bagaimana pun yang hidup harus meneruskan kehidupan kerana CINTA ada dimana-mana.

CINTA mengajar kita untuk berlembut, menerima dan memberi, sabar dan ikhlas. Begitu juga pemimpin, amalkanlah, Ayat-Ayat CINTA, "berkorban apa saja untuk Agama, Bangsa dan Negara". Nescaya hidup berkat selamanya.




DELIMA ! DELIMA ! DELIMA !

(mungkinkah anak kecil molek ini jadi PM wanita pertama?)

Sdr/Sdri yang dihormati sekalian,

Tun Dr. Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia pernah menulis buku berjudul " Delima Melayu" yang diharamkan untuk dijual kepada umum semasa Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj menjadi Perdana Menteri. Sekarang ini telah meletakkan rakyat dalam keadaan DELIMA, khususnya ahli-ahli UMNO yang CINTAkan pada perjuangan parti yang slogannya ' Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'. Yang beliau pernah mengatakan dalam keadaan sekarang ialah ditelan mati emak diluah mati bapa.

Umum sedia maklum bahawa beliau telah menyarankan supaya YAB Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti UMNO dan juga jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sehingga beliau mengatakan itulah diantara janji-janji manis sebelum beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah.

Tidak ada siapa tahu, apakah perjanjian dan persetujuan yang telah dibuat oleh mereka berdua melainkan Allah s.w.t dan para melaikat yang mencatit pahala dan dosa dan tentunya mereka berdua tidak sanggup berdosa apatah lagi menanggong azab dan seksa diakhirat nanti. Mereka pemimpin besar, mereka tahu bahawa pahala membawanya ke Syurga.

Kalau dulu kita bincang pasal Delima Melayu, hari ini banyak Delima kena bincang, iaitu:

  • Delima UMNO - bagaimana keadaan talihayatnya, siapa lawan priseden, siapa bakal Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Puteri.
  • Delima Barisan Nasional - bagaimana sokongan parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan terutamanya parti-parti kompenan dari Sabah dan Serawak, apakah mereka setakat mengugut saja atau ada kesungguhan usaha bersama parti-parti pembangkang lain untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia Baru.
  • Delima YAB. Dato' Seri Najib - bagaimana peralihan kuasa akan berlaku, bila waktunya yang sesuai dan yang takutnya peralihan kuasa ini tidak sempat berlaku, kerana sekiranya Pak Lah akan bersara selepas pemilihan pucuk pimpinan parti Disember ini, beliau gagal mempertahankan kedudukan selaku Presiden. (Kemungkinan berlaku atau tidak TUHAN saja yang menentukan).

Orang UMNO sekarang terbahagi kepada dua, satu hidup nak cari makan dan menumpang mendapat rezeki dengan mudah daripada orang yang berkuasa dan satu lagi berjuang kerana jiwaraganya CINTA kepada Agama, Bangsa dan Negara, makan sekadar rezeki yang ada untuk hidup. Dan dah ramai belajar untuk berani berjuang bagi menegakkan kesamarataan.

Marilah kita ambil perhatian perihal DELIMA ini.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berani buat, berani tanggong".

Tuesday, May 13, 2008

POLITIK SABAH 'pisau sudah ditangan'

YB. Abdul Ghafur Salleh dan YB. Anifah Aman dari Sabah, dua nama yang tak asing lagi bagi pemerhati politik tanahair sejak kabinet baru Pak Lah diumumkan. Penolakan jawatan Timbalan Menteri oleh mereka berdua memangnya atas sifat kepentingan peribadi. Mereka ada alasan yang menasabah menolak jawatan tersebut, apatah lagi bagi mereka wang ringgit dan pangkat bukan menjadi kejarannya, Dan kini mereka berdua menjadi hero didalam Parlimen.

Tuntutan supaya kerajaan jangan jadikan Sabah negeri kelas 2 memeranjatkan rakyat jelata,khasnya dari semenanjong, rata-rata berpendapat tuntutan ini semacam memberi kata dua kepada Kerajaan supaya negeri Sabah diberi perhatian yang khusus setelah rakyat Sabah memberi kemenangan yang cemerlang kepada Barisan Nasional (BN). Terutamanya peruntukan Pembangunan dan Jawatan Menteri Penoh dan kanan.

Perkataan perkataan seperti: menyakitkan hati, lebih baik tinggal dirumah teres daripada tinggal dirumah banglo tapi tercuruk ditepi tandas, atau pun terpaksa tinggal dirumah kampung seperti signal kepada kerajaan, kalau tak turut kehendak mereka,maka mereka bersedia untuk keluar daripada BN dan menubuhkan parti baru (bererti pembangkang).

Semacam ada persetujuan diantara mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila isu royalti minyak untuk sabah dinaikkan 20% daripada kadar sekarang dibangkitkan, dan diharapkan isu yang sama ini tidak menjuruskan pula sebagai pakatan untuk meruntuhkan kerajaan BN, seperti yang menjadi pokok perbincangan rakyat hari ini.

Nampaknya orang Sabah banyak pilihan kali ini, sekiranya mereka tidak menyukai kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Pak Lah, mereka boleh mencadangkan peralihan kuasa berlaku sebelum bermulanya persidangan UMNO Bahagian pada bulan Julai nanti dengan mencadangkan YAB Dato' Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri atau kalau mahu tukar Presiden Parti UMNO mereka bolehlah mencalunkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO untuk bertanding pada bulan Disember ini dan sekiranya mereka sudah muak dengan pemimpin UMNO mereka bolehlah melompat keluar dan menyokong Parti PKR,DAP dan PAS dan membentuk 'Kerajaan Malaysia Baru' yang akan dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tak payah ugut-ugut, pisau sudah ditangan. Buatlah apa yang suka, jangan pula tersalah teka, CINTA yang dicampak, malapetaka yang menyusun tiba. Apabila sifir tidak kena,rakyat nanti akan bertanya, yang terjadi ini angkara siapa? dan apabila rakyat murka, padah jawabnya.

Bak kata Ayat0-Ayat CINTA, "hubaya-hubaya lah bermain CINTA, kalau tersilap sangka tubah badan akan merana".

Monday, May 12, 2008

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.


AWAS!!! apabila kemalangan.
Walaupun orang langgar kita, kita yang salah.
Ini terjadi pada sahabat saya petang ini. Kereta yang dipandu dilanggar oleh sebuah motorsikal di jalan Ampang. Kereta itu keluar dari tempat cuci kereta dan motorsikal memotong kereta yang sehala dengannya ditengah-tengah jalan. Yang salahnya kereta?.




KETUA PEMUDA ' ramai bertanding lagi seronok' !!!

Tajuk yang hangat ' Calun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia'. Siapa lawan siapa dan siapa yang paling layak?, inilah perbincangan yang bermain dibibir peminat politik UMNO hari ini terutamanya genarasi muda, ekoran pengumuman YB. Dato. Seri Hisahamuddin Tun Husein Onn yang tidak lagi mahu memimpin Pergerakan Pemuda dan berhasrat menawarkan diri untuk calun Naib Presiden UMNO Malaysia.

Ekoran daripada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob bahawa 14 Bahagian Pemuda UMNO Pahang mengumumkan akan mencalunkan YAB. Dato' Seri Adanan Yaakub, Menteri Besar Pahang untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan Disember nanti.

Diikuti pula dengan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor. Sdr Razali Ibrahim yang menyambut baik hasrat YAB. Menteri Besar Pahang(Tok Nan) itu asalkan Tok Nan ada tiga kriteria utama iaitu memahami aspirasi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO serta boleh diterima oleh semua orang melayu tidak mengira parti-(bersyarat pula).

Lain pula dengan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Negeri Sembilan, mereka ini menyokong YB. Sdr Khairy Jamaluddin (KJ) dan akan mencalunkan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. bersandarkan bahawa berlaku peralihan kuasa dalam Pergerakan Pemuda UMNO kerana sekarang ini YB. Khairy (KJ) adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Lain-lain calun yang disebut-sebut ialah YB. Sdr Mukhris Mahadhir dan Dato' Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor, tapi sehingga kini tidak ada suara dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ataupun Bahagian yang sokong secara terbuka pada mereka.

Mana suara Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, diam membisu seribu bahasa, apakah oleh kerana sekarang ini apabila Dato' Khir Toyo tidak lagi jadi menteri besar Selangor maka sokongan pun hilang bersama jawatan Menteri Besar. Mana setia kawan dan persahabatan yang sentiasa diamalkan dalam Islam, apakah sudah hilang perasaan CINTA apabila seseorang itu sudah tidak ada jawatan dan kuasa, melayu misti tinggi budi bahasa dan CINTA, kalau tidak masyarakat akan pandang jejek dan hina. Apa salahnya memberi sokongan dan semangat dan terserahlah pada umum ahli-ahli untuk menilainya. Apakah belum sampai masa untuk melahirkan sokongan terbuka, percayalah tak akan hilang bisa apabila kita kata setia kepada bekas ketua yang kita CINTA.

Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, YB.Sdr Mukhris dari negeri kedah tak boleh kah beri peluang kepada anak kelahiran kedah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menjadi pencadang dan penyokong.

Dan bagaimana dengan Pergerakan Pemuda UMNO negeri negeri lain, seperti Pulau Pinang, Perlis, Wilayah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sabah, kepada siapa kah hendak dilahirkan CINTA, sama ada dengan cara setia atau harta benda.

Ramai-ramai menawarkan diri untuk bertanding, menyeronokkan. Percayalah!!!

Bak kata Ayat-Ayat CINTA,"bukan kerana harta benda,barulah lahir CINTA seia sekata"

Sunday, May 11, 2008

Tan Sri Muhyiddin, berani kerana benar.

Jam 10.56 pagi, saya terima sms dari seorang sahabat yang berbunyi ' C STAR 2day. Muhyiddin n T Razaleigh. dan saya ke laman web The Star untuk meneliti berita apakah yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Dan tidak sia-sia apabila saya membuka laman web tersebut.

Temuramah Tan Sri Mahyuddin dengan The Star memberi ruang khasnya kepada ahli-ahli UMO berfikir dan mencari jawapan, apakah yang patut dilaksanakan oleh seluruh ahli parti UMNO menjelang pemilihan pucuk pimpinan disemua peringkat, sama ada diperingkat Cawangan, Bahagian dan Kebangsaan(Malaysia).

Kepada saya saranan dan pandangan YB. Tan Sri Muhyuddin sangat berguna dan patut disokong. Kerana beliau menyatakan demikian kerana prihatin dan CINTAnya kepada parti dan ingin meneruskan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara melalui UMNO. Begitu juga saya.

Oleh itu bagi mendengar penjelasan beliau, bolehlah membuka laman web http//:ThestarOnline.tv. "Muhyiddin Talks Politisc,Part I dan Part II. dan kita hendaklah memberi semangat kepada YB. Tan Sri Muhyiddin bagi meneruskan hasrat dan cita-citanya untuk mengekalkan servival parti UMNO dan UMNO masih releven.

bak kata Ayat-Ayat CINTA, "jauh dimata dekat dihati".

Saturday, May 10, 2008

Mahkamah Syariah menunaikan 'rayuan siti fatimah'

Blog Mohd Sayuti Omar, http://www.msomelayu.blogspot.com/ semalam (9.5.2008) bertajuk 'Antara Raja Petra & Siti Fatimah' membuka ruang untuk ummat Islam berfikir dan mencari natijah sebenar, apa dah nak jadi dengan Ummat Islam di Malaysia?. Betul dan benar tulisan Tuan Haji Mohd Sayuti Omar itu, bahawa tidak ada lapuran dan komen dari pemimpin politik tanah air berhubung dengan keputusan mahkamah syariah yanag membenar Siti Fatimah murtad.



Sebagai seorang hamba yang beragama Islam, saya terasa jejek dengan keputusan itu, apatah lagi negara kita diiktiraf sebagai negara Islam oleh seluruh penduduk dunia, tiba-tiba rakyat yang dah beragama Islam dibenarkan MURTAD oleh sebuah mahkamah ISLAM dan para pemimpin Islam berdiam diri terutama pemimpin politik daripada parti PAS yang senonim dengan ISLAM.


Bahkah di laman utama blog Mohd Sayuti Omar (MSO) terpapar gambar YAB Tok Guru Nik Aziz, apa komen beliau dengan keputusan ini, dibawah pula ada gambar Sdr Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri sekiranya Parti Pakatan Rakyat menguasai parlimen, YAB Pak Lah Perdana Menteri Malaysia dan YBM Tengku Razaliegh Hamzah, orang yang disebut-sebut akan mengantikan Pak Lah apabila cukup pencalunan bagi menawarkan diri menjadi Presiden UMNO Malaysia pada Disember 2008 nanti.


Tapi malangnya nama-nama yang saya sebut diatas itu diam membisu seribu bahasa, mereka adalah penganut Islam bahkan boleh ditafsirkan mereka adalah pemimpim dan bakal memimpin negara Islam (Malaysia).


Mana afdalnya CINTA kita kepada agama apabila kita tidak memberi pendapat dan pandangan yang membolehkan rakyat yang kurang arif memahami keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berhubung dengan kes Murtad Siti Fatimah secara bijaksana.


Betul kata Haji Mohd Sayuti Omar, kalau isu-isu yang boleh menguntungkan kepentingan politik kepartian maka semua orang mahu bercakap dan memberi komen,bahkan sanggup mengadakan demostarsi jalanan untuk menampilkan kesombongan dan keangkuhan puak-puak, sedangankan kerja itu boleh menggangukan ketenteraman awam dan keselesaan hidup rakyat.


Saya tabik pada Haji Mohd Sayuti Omar kerana ketengahkan isu Siti Fatimah ini dan saya percaya beliau sebagai orang Islam yang mempunyai perasaan CINTA yang mendalam terhadap Agamanya maka beliau meluahkan perasaan ini untuk dimengertikan oleh pucuk pimpinan dan mereka-mereka yang digelar pemimpin dan menganggap mereka itu pemimpin. TABIK.


Bat kata Ayat-Ayat CINTA, "rayulah sehingga kehendak kita akhirnya berjaya"

Friday, May 9, 2008

Penyanyi Azharina dah jadi JANDA

Berita dalam Utusan Malaysia,muka surat 13 agak mengemparkan peminat-peminat hiburan ditanahair hari ini (9hb.Mei 2008). Penyanyi Azharina mengaku bercerai dengan Dato' Syukri Mohd sejak tiga bulan lalu.

Dia bercerai dengan talak satu, ini bermakna mereka berdua bolih rujuk balik dan kita kena ingat pertemuan dan jodoh itu takdir illahi, dua minggu lepas saya lihat gambar pasangan ini dalam akhbar seperti cerita hindustan, nampak kemesraan terjalin erat seakan-akan mereka baru berCINTA. woo.....hebat kawan saya ini, kata ku apabila terpapar gambar didada akhbar tempoh hari dengan gayanya yang tersendiri.

Hari ini lain pula ceritanya, penyanyi dengan lagu Elegi Sepi ini mendedahkan kisah perceraian beliau, dengan alasan ada pihak yang kurang senang terhadap rumah tangga mereka. walaupun beliau mengaku masih menCINTAI Dato' Syukri dan bekas suaminya itu juga menCINTAI beliau.

Waduh......kurang faham saya.

CINTA tapi bercerai, Apa dah nak jadi dengan dunia ini, mana perjuangan CINTA sejati, kalau hanya sekadar ada orang yang berdengki dan kurang senang dengan rumah tangga kita maka kita ambil keputusan untuk bercerai. Walau bagimanapun marilah kita sama-sama berdoa semuga mereka berdua akan berada adalam keadaan yang baik dan aman.

Nampaknya dalam suasana sekarang orang politik dan artis tak lepas dari mendapat perhatian dan menjadi bahan berita, mak Long dan mak Ngah akan mengambil kesempatan bagi mempercepatkan proses perceraian Mak Su kerana mereka mahu memiliki tanpa berkongsi kasih dengan orang lain.

Dalam hal ini Dato' dan Azharina kena tabah,
Kerana Ayat-Ayat CINTA mengatakan"Berpisah bukan berertinya mengaku kalah"

Thursday, May 8, 2008

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. untuk siapa?

semalam ku dengar
  • UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, akan ada pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian, Datuk Kamaruddin Md.Nor Ketua UMNO Bahagian sekarang akan dicabar dan beberapa nama telah disebut iaitu Sdr Awi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian sekarang, Sdr Hashim Naib Ketua UMNO Bahagian sekarang dan Dato' Shukri Mohamed seorang peguam dan pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian tapi tewas ditangan Dato' Kamaruddin Md.Nor.

  • Inilah Empat (4) nama-nama yang disebut akan menawarkan diri, untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, setakat semalam dan berkemungkinan bertambah calun untuk menawarkan diri mungkin juga berlaku kerana di Bahagian Pasir Puteh ini ramai pemimpin hebat-hebat dan kaya raya dan bergelar Dato' diantaranya:

  • Dato' Wan Mohd Najib, Dato' Suhaimi Yaakob, Dato' Yazid Othman dan Dato' Fahmi Rejab dan sekiranya orang-orang ini juga ingin menawarkan diri maka UMNO Bahagian Pasir Puteh akan mencipta sejarah Negara kerana lapan orang calun akan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian. tidak mustahil! sekiranya pencalunan tidak mengikut kouta dan hanya 2 pencalunan sudah cukup untuk membolehkan seseoarang itu menawarkan diri.

Bagaimana agaknya pesta akan berlaku di Bahagian Pasir Puteh dengan Orang-orang kaya dan berpangkat Dato' berkempen untuk mendapat sokongan, tentu agaknya hebat ada jamuan,perjumpaan, hulur sana hulur sini, tentunya mewah dan meriah. Maka disinilah akan lahir pemimpin yang betul-betul berkualiti, ahli-ahli tentunya akan dapat menilai yang mana orang yang harus dipilih sebagai pemimpin untuk menentukan parti UMNO akan dapat mengalah PAS dalam pilihanray umum yang akan datang, kerana apabila ramai calun maka kuranglah berpuak-puak.

Apabila selesai pemilihan tentunya calun-calun yang kalah tidak akan berkecil hati dan kecewa kerana ramai ramai yang kalah dan ini dapat mengelakkan ada puak di Bahagian dan tentunya memudahkan Ketua untuk melantik mereka menduduki jawatankuasa Bahagian kerana mereka telah melahirkan semangat untuk berkerja bagi memperkukuhkan parti kerana mereka telah memberi komitmen denga menawarkan diri untuk berkhidmat pada parti.

Sesuai dengan slogan UMNO, bersatu,bersetia den berkhidmat maka menjadi harapan dari ahli-ahli parti dari akar umbi ingin melihat para pemimpinnya mengamalkan slogan keramat UMNO itu dan tentunya sebagai pemimpin mereka juga kena peka terhadap harapan ahli-ahlinya.

Dan diantara sebab mengapat UMNO Kelantan kalah teruk dalam pilihanraya lalu kerana pemimpin dan ahli-ahlinya tidak memegang pada slogan UMNO itu sendiri iaitu 'BARSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT kerana masih ada lagi pemimpin UMNO Bahagian yang kurang sedar siapa mereka sebenarnya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "kalau dah setuju,lautan dalam akan diselami".

Wednesday, May 7, 2008

Karpal, kurang ajar dan biadab

Perbuatan biadab. inilah tajuk berita Utusan Malaysia hari ini 7hb, Mei 2008, hari rabu. mengesehkan tindakan Karpal Singh mencabar,kedaulatan sultan, Kenyataan ini dibuat oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kurang senang beliau terhadap tindakan Karpal Singh selaku Pengerusi parti DAP yang terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Setiap kenyataan Karpal Singh disokong kuat oleh anaknya Gobind Singh Deo. kedua beranak itu adalah ahli parlimen. Yang menariknya ramai orang bercakap sama ada ahli politik dari parti BN ataupun orang awam dan juga peguam mengatakan ucapan Karpal Singh itu berbau hasutan dan melaga-lagakan rakyat dan Istana.

Perbuatan dan kenyataan Karpal Singh itu telah melukakan perasaan orang melayu tapi nampaknya orang melayu tidak lagi marah membara, kerajaan sudah boleh bertindak dengan mendakwa Karpal Singh kerana menghasut, jangan nanti rakyat melayu membuat undang-undang sendiri yang boleh mengeruhkan suasana kerahmonian rakyat ditanah air terCINTA ini.

Semua ini tercetus kerana tidak bijaksananya menteri besar Perak mentadbir negeri, kerana kurang pengalaman dan riak maka Menteri Besar Perak membuat keputusan yang mendatangkan kecamukan diantara kerajaan perak dan Istana, Lantas isu ini merebak ke peringkat Nasional dan menjadi bahan perbahasan didalam perlimen.

Tahukah kita didalam Parlimen Malaysia hari ini banyak rekod dicipta diantaranya:-

1. Perdana Menteri dan menantu
a) Pal Lah dan khairy (Bapa mertua dan menantu)

2. Ibu dan anak(PKR)
a) Wan Azizah dan Izzah (Ibu dan Anak)

3. Bapa dan anak (DAP)
a) Karpal Singh dan Gobind Deo Singh (Bapa dan anak)
b) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (Bapa dan anak)

juga menarik tentang Dato' Ibrahim Ali, yang menang bertanding diatas tiket PAS tapi menjadi wakil bebas dalam Perliman dan beliau juga adalah orang yang mencipta sejarah tersendiri yang mana beliau adalah orang yang pernah mewakili tiga parti berada didalam perlimen, yang mana beliau pernah menjadi YB. UMNO (BN), YB. Semangat 46 dan terkini YB. PAS/BEBAS.

Sekarang Dato' Ibrahim sedang menunggu untuk berCINTA dengan sesiapa yang ikhlas untuk mendampinginya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA ialah "CINTA tak kenal siapa dan tak memilih asal usulnya".