Monday, June 30, 2008

Malaysia Hari Ini.

apa komen dato' nori.

  1. Tun Mahathir Keluar UMNO
  2. Dato' Hishamuddin tak nak jadi Ketua Pemuda UMNO
  3. Ong Ka Ting tak nak jadi Presiden MCA
  4. Ketua Pemuda MIC keluar parti
  5. Rosmah di tuduh oleh Raja Petra.
  6. Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi di tuduh liwat
Inilah diantara isu yang bersangkutan dengan individu ternama tanahair dimasa kini. maka sudah reda isu kenaikan harga minyak buat dua tiga hari ini, masyarakat sekarang sedang menunggu berita lanjut dari polis berhubung dengan kes liwat yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah beliau akan ditangkap dan didakwa atau tidak ada bukti yang boleh dikaitkan dengan beliau.

Persoalannya, apakah saiful bahari buat repot kerana beliau diliwat secara paksa atau diperkosa atau bermain liwat kerana suka sama suka. Adakah usungan tilam akan berlaku lagi dalam babak babak yang mengelikan hati nanti. tungguuuuuu.

Bak Kata Ayat Ayat CINTA, "kerana mulut badan binasa".

Sunday, June 29, 2008

Apa dah nak jadi !

Jam 23.05 (28hb. Jun 2008) saya ada terima sms dengan cerita yang agak memeranjakan dan dah tak masuk akal, sms tersebut berbunyi;

POLIS TELAH MENAHAN PEMBANTU KHAS DSAI SAIFUL BAHARI PTG INI DAN MEMAKSA BELIAU MEMBUAT PENGAKUAN DILIWAT. POLIS DIJANGKA MENAHAN DSAI HARI INI.

dan sms yang kedua saya terima pada jam 00.44 (29hb. Jun 2008) yang berbunyi;

DSAI PUNYA DOKUMEN BARU PEMBABITAN MUSA HASSAN DAN GANI PATAIL MEREKACIPTA BUKTI PALSU DLM KES ANWAR 98, SBB ITU MUSA & GANI CUBA TANGKAP ANWAR.

sms ini mengambarkan ada cerita baru dalam senario politik tanahair, sejak keputusan pilihanraya lalu yang mengakibatkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkan, koram di parlimen BN tak cukup 2/3, SAPP tak percaya kepada kemimpinan Pak Lah dan kemelut melanda dalam pakatan rakyat yang mana wang derma bagi merayakan 100 hari kerajaan pakatan rakyat diselangor dimasukkan kedalam akaun PKR, serta Raja Petra membuat kenyataan bersumpah tentang Rosmah Mansor isteri Timbalan Perdana Menteri dan hari ini ada cerita baru pasal LIWAT.

Betul atau tidak sms tersebut belum boleh dipercayai selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada kerajaan ataupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri. tapi ini lah hakikatnya kemajuan, ada kemudahan penyebaran maklumat, dan maklumat itu pula kadang kadang betul dan ada yang tidak betul langsung dan cerita gossip, sensasi dan ala fitnah selalunya mudah dihebohkan dan akan jadi topik perbincangan umum.

Selalunya kerajaan apabila menghadapi setuasi yang mencemaskan kedudukan maka ada isu baru yang diperbesarkan supaya rakyat ubah haluan, sebagai contoh, sekarang ini soal harga minyak dan infalsi menjadi topik hangat kepada masyarakat umum dan saya percaya sekiranya berita sms berhubung liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim benar polis buat tangkapan maka isu beras, minyak dll akan sejuk dan tidak menjadi bahan perbincangan utama lagi.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "usah dikenang kisah yang lalu".

Saturday, June 28, 2008

etika UMNO yang memalukan

entah apa malangnya nasib UMNO

Nampak sangat ahli ahli UMNO dah tidak berdisplin. Dah tak dapat dikawal lagi, dah tak dengar kata (cakap), itulah sebabnya buku merah tataetika ahli UMNO dikeluarkan .

Untuk siapa sebenarnya tataetika ini diadakan, adakah untuk Tan Sri Mohd Isa Samad atau YB.Mukhris Tun Mahathir, atau YB. Khir Toyo atau YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau untuk semua orang yang menyalahi tataetika tersebut. Atau hanya individu terpilih untuk dijadikan mangsa kezaliman seperti Tan Sri Mohd Isa Samad.

Tataetika tersebut banyak melarang daripada memberi nasihat, kempen tak boleh atur majlis sendiri kena Bahagian atau Perhubungan atur, berapa kali sangat Bahagian nak atur progrem untuk orang yang nak lawan Ketua Bahagian begitu juga Perhubungan berapa kali akan diatur program kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Satu lagi ialah derma kewangan, kena bagi melalui Bahagian atau Perhubungan, bagaimana derma itu akan dibelanjakan atau masuk poket Ketua bahagian dan Pengerusi Perhubungan atau dengan duit itu mereka yang berkuasa buat progrem untuk kepentingan peribadi mereka pula. Orang yang derma tersengeh sengeh macam kera serkis saja.

Yang saya tertanya tanya, yang tak disebut dalam tataetika iaitu bagaimana kalau seorang calun itu menabur janji kepada perwakilan, kalau yang nak bertanding Ketua Bahagian, perwakilan dijanjikan dengan nak bawa Umrah lah, nak melawat Bangkok, Manila atau Jakarta lah, atau nak beri jawatan Guru Kemas, Tak Penghulu dan sebagainya, apa tindakan yang boleh diambil sedangkan belum ada barang kes lagi.

Begitu juga dengan ugutan dari pihak yang sudah berkuasa sekarang, contohnya kalau perwakilan atau Ketua Cawangan itu guru, diugutnya nak tukar ke sabah atau ke serawak, Guru Kemas akan tidak disambung perkhidmatan begitu juga KPPM Tok gawa dan Tok Penghulu, ini pun belum ada bukti, bagaimana kesudahannya.

*Nota, harap maaf dua tiga hari ini blog tak update kerana masaalah serve. dan juga badan menjadi lemah tidak bermaya apabila membaca buku merah tataetika ahli UMNO kerana buku itu seakan akan UMNO sudah nazak.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "sudah tidak bermaya lagi".

Tuesday, June 24, 2008

Tan Sri Mohd Isa Samad, Naib Presiden UMNO 'yang tak jadi'.

Tan Sri Mohd Isa Samad, Naib Presiden UMNO yang menang dengan mendapat 1507 undi dan telah direhat oleh Majlis Tertinggi UMNO selama 3 tahun telah pun selesai menjalankan edahnya dan telah berhak untuk memilih dan dipilih disebarang jawatan dalam UMNO.

Semasa beliau mendapat surat pengantungan kerana dituduh melanggar peraturan pertandingan dalam parti beliau ketawa dan hari yang beliau menerima surat pelepasan dari digantung beliau tersenyum. Ketawa kerana hukuman yang diterima adalah ciptaan manusia untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai salah seorang pemimpin dalam parti UMNO dan senyum kerana Allah telah menunjuk kebenaran serta membebaskan beliau dari deraan yang dicipta manusia.

Beliau yang CINTA pada perjuangan melalui UMNO akan terus berkhidmat kepada Parti,Agama dan Negara selagi hayat dikandung badan, dalam pertemuan ringkas dengan beliau malam tadi apabila ditanya jawatan apa yang akan ditandingi pada pemilihan UMNO Disember ini, beliau mengatakan bahawa dua jawatan yang belliau tidak akan bertanding iaitu jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi dan yang tentunya beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang beliau telah pun dipilih dengan kemenangan besar pada pemilihan yang lalu.

Hilang jawatan dalam parti dan kerajaan merupakan sejarah hitam dalam perjuangan beliau, sejarah yang tidak akan dilupakan bahawa ada angkara dalam menjatuhkan hukuman kepada beliau dan hari ini beliau akan terus melangkah untuk membersihkan nama baiknya melalui menawarkan diri kembali dalam saf kepimpinan UMNO.

Sejak berita pelepasan beliau dari digantung memegang jawatan dalam parti, saya diberitahu sudah 600 orang kawan kawan telah menalephone sehingga jam 10 malam tadi, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang beri semangat untuk terus berkhidmat kepada parti dan ada juga memberi sokongan akan bersama sama beliau dalam usaha mendapat pencalunan dalam pemilihan nanti.

Nama Tan Sri Mohd Isa Samad akan terus disebut sebut, bukan kerana nama beliau MUHAMMAD dan ISA yang serupa nama nabi nabi ataupun nama ayahnya SAMAD yang juga serupa salah satu nama Tuhan, tapi nama beliau disebut sebagai contoh seorang pejuang yang sentiasa taat dan setia kepada parti walau pun beliau tahu hukuman yang dijatuhkan kepada beliau adalah hanya semata mata kerana 'thomah' sebab beliau dilihat lemah dan terlalu baik.

Dengan tidak ada sebarang jawatan dalam parti dan kerajaan, mampukah Tan Sri Isa mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, bolehkah beliau menyamai rekod yang dipegang oleh Tun Ghafar dan Dato' Harun walau pun tanpa jawatan dan kuasa masih dipilih dan terpilih kerana dalam masa 3 tahun menjalani hukuman beliau hanya menghitung hari hari bahagia seperti hari ini, tanpa kuasa yang boleh memberi menafaat kepada rakan rakan terdekat masih lagikah berbisa.

Masih ada sinarkah dihujung terowong untuk Tan Sri Mohd Isa pada waktu ini kerana terdapat ramai lagi orang yang akan menawarkan diri untuk menduduki jawatan Naib Presiden UMNO selain Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Ali Rastam yang akan mempertahankan jawatan. Calun calun lain yang disebut sebut yang mempunyai kuasa dan harta adalah:-

  1. Dato' Hishamuddin Tun Husein Onn
  2. Dato Khalid Nordin
  3. Dato Syed Hamid Albar
  4. Dato' Rais Yatim
  5. Dato' Hassan Mohamed
  6. Tan Sri Rahim Tamby Chik
  7. Dato' Adnen Yaacob
  8. Dato' Zahid Hamidi
  9. Dato' Muhammad Md. Taib.
Yang mempertahankan jawatan adalah:-
  1. Tan Sri Mohd Isa Samad
  2. Dato' Seri Ali Rastam
  3. Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Inilah diantara orang orang yang disebut sebut akan menduduki tiga kerusi Naib Presiden UMNO bagi sesi 2008 - 2011 dan akan disambung perkhidmatannya sehingga selepas pilihanraya yang ke 13 dijangka berlaku pada tahun 2012 atau kalau Pak Lah lagi jadi Presiden dan Perdana Menteri berkemungkinan besar pilihanraya yang ke 13 akan diadakan pada tahun 2013, yang mana 13 adalah nombor kesukaan Pak Lah.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "Budi baik dikenang juga".

Monday, June 23, 2008

Pak Lah di 'ASAK' !!

Pak Lah tidak keseorangan ditentang dalam pemilihan UMNO akan datang sekiranya ahli ahli UMNO berminat untuk melihat Demokrasi tulen berlaku dalam pertubuhan yang dinamakan UMNO. Ini kerana selain daripada jawatan presidan yang disandang oleh beliau sekarang, orang yang rapat dengan beliau pun akan ditentang.

YB. Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga menantu Pak Lah akan dicabar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan nanti.

Begitu juga Pegawai Khas kepada Pak Lah, Dato' Zaki Zahid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan dicabar juga kedengaran jauh jauh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah iaitu Datuk Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Keterah juga akan dicabar dalam pemilihan UMNO Bahagian nanti. Yang belum kedengaran hanya lah Sdr Rizeal Marican, Setiausaha Politik Pak Lah di Kementerian Kewangan.

Sekiranya cerita yang saya dengar ini benar benar berlaku, adalah teramat malang nasib Pak Lah, kenapa orang sekelilingnya hendak dicabar, sepatutnya perkara ini tidak berlaku keatas seorang Presiden dan Perdana Menteri, kalau pun beliau sendiri yang hendak ditentang mengapa orang kelilingnya kena menghadapi pertandingan.

Kalau KJ ada perlawanan tidak mengapa kerana KJ tidak makan gaji dengan Pak Lah, hanya secara kebetulan saja beliau menjadi menantu Pak Lah kalau tidak beliau tidak ada kaitan langsung dengan Pak Lah, tapi Dato' Zaki Zahid dan Datuk Alwi Che Mat kena lebih bertanggongjawab bagi menjaga kedudukan Pak Lah kerana mereka berdua dibayar gaji untuk itu.

Maka adalah lebih baik bagi mereka memberi perhatian kepada kedudukan Pak Lah, tambah tambah lagi waktu sekarang ini Pak Lah sedang diasak oleh Tun Dr. Mahatihir dan Gangnya supaya melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, disamping kesanggupan YBM Tengku Razaleihg akan menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Kalau pegawai Pak Lah yang dibayar gaji tidak memberi cukup perhatian kepada beliau, siapa lagi yang akan menjadi hulubalang hadapan untuk mempertahankan "taukeh" dalam keadaan suasana yang tidak menentu ini. Atau sebenarnya mereka ini adalah Datuk Dato' dizaman kerajaan melayu melaka dulu yang membuka pintu kota istana kerana mahu terus hidup.

Dalam ucapan kita pernah dengar, 'jawatan tidak penting, tugas, tanggongjawab dan amanah adalah lebih penting' dan sekiranya kata kata ini dapat di amalkan maka bertuahlah Pak Lah mendapat pegawai yang dibayar gaji yang faham dengan tugas sebenar. Alhamdulillah.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jangan sokong membawa rebah".


Sunday, June 22, 2008

Diantara 'nasib', ' tidak rela' & RELA

Tak rela,

Itulah kata kata yang terkeluar dari peminat bolasepak euro 2008 apabila pasukan yang mereka sokong iaitu Croatia kecundang kepada Turki dengan sepakan penalti. Inilah dikatakan nasib. bukannya salah ibu mengandong. Bagi penyokong pasukan Turki pula teramat gembira walaupun mereka tahu kemenangan yang diperolehi pasukan Turki itu pun kerana nasib.

Begitulah kejadian didunai ini, walaupun nampak kuat tidak semestinya akan sentiasa menang, kalau dah nasib, jatuh juga akhirnya. Oleh itu ambillah iktibar dari kejadian perlawanan bolasepak diantara pasukan Croatia dan Turki itu dan hendaklah dijadikan pedoman kepada mereka yang akan bertanding dalam pemilihan parti UMNO nanti. Turki menang kerana gol di saat saat akhir, dalam masa kecederaan pasukan Turki yang dah kalah dalam masa sebenar telah dapat menyamakan gol yang membawa kepada tendangan penalti.

Dan kelmarin (21hb. Jun) tokoh tokoh politik tanahair yang ingin melihat kejatuhan YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah telah menyerang negeri Perak, Tun Mahathir, Tengku Razaleigh mengadakan perjumpaan dengan orangramai dan ahli ahli UMNO supaya tidak menyokong Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Hari ini selain daripada Tengku Razaleigh masih berada di Perak, Tan Sri Sanusi Junid, Dato' Ibrahim Ali dan Ruhanie Ahmad telah diundang memberi ucaptama bagi mengupas isu Pasca PRU 12 dan mengupas suasana politik tanahair hari ini. dan dengarnya mereka ini akan terus mejelajah kepelusuk tanahair bagi bertemu rakyat untuk mendapat sokongan supaya Pak Lah akan jatuh sebelum pemilihan parti UMNO peringkat Bahagian yang akan bermula Ogos ini.

Kepada mereka yang menyokong Pak Lah sudah semestinya mereka itu tidak rela melihat Pak Lah akan jatuh sebagai Perdana Menteri, kerana sekiranya Pak Lah jatuh bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan yang mewah sebagaimana mereka kecapi pada hari ini. Mereka itu akan berusaha dengan apacara sekalipun untuk mempertahankan kedududak Pak Lah, terutamanya mereka yang dapat nikmat kemewahan yang diberi oleh Pak Lah.

Kepada mereka yang sayangkan UMNO, mereka juga tidak rela melihat pengaruh UMNO akan terhakis sedikit demi sedikit kerana Pak Lah masih memberi kepercayaan kepada orang orang yang sudah menjadi bebanan kepada parti dan kerajaan, termasuklah beberapa orang menteri dan para wazirnya.

Selain cerita serangan tokoh tokoh politik di negeri Perak ini, saya juga ada mendengar cerita perihal ahli RELA yang mengunakan kedudukan mengutip wang dari taukeh taukeh yang berniaga dalam gelap sebagai wang perlindungan dan sekiranya amalan ini terus berlaku maka kepercayaan orang ramai terhadap ahli ahli RELA akan terhapus dan kegiatan pasukan RELA sudah tidak berguna lagi, perbelanjaan bagi mengurus agensi ini akan sia sia kerana rakyat sudah tidak mempercayai RELA lagi.

Peristiwa Kawasan kuala Sepetang, Daerah Taiping, Perak hendaklah diberi perhatian oleh orang kuat RELA di putrajaya. semuga nama baik RELA tidak tercalar oleh mereka yang tidak jujur dan amanah.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"kenapa ini harus terjadi".


Saturday, June 21, 2008

suhu bertambah panas

Dhaka, Jakarta, Manila dan lain-lain Negara yang ibu kotanya kejam, hari ini sudah tidak sehebat kekejaman Ibu Kota Kuala Lumpur. Penat badan dan otak bukan kerana kerja diladang, bukan kerana mendaki bukit dan gunong pun bukan menuai padi dibendang, tapi letih memikirkan bagaimana akan terjadi bumi Malaysia ini dalam sebulan dua lagi.

Berbagai bagai peristiwa politik berlaku sejak seluruh rakyat malaysia yang cukup umur 21 tahun membuang undi bagi memilih parti politik untuk mewakili tempat masing masing. keputusan yang tidak memberangsankan bagi parti BN mencetuskan sedikit kemelut dalam parti UMNO sebagai parti yang menerajui BN.

Ada suara yang meminta supaya Pak Lah menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada timbalannya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak secara peralihan kuasa yang bersopan, ada yang meminta YBM Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk jadi Presiden UMNO dengan bertanding dalam pemilihan parti dan ada suara yang hendak supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan ahli ahli Parlimen BN melompat menyertai Parti Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail. Mujurlah tidak ada suara yang mahu tentera menjadi kerajaan dengan cara rampasan kuasa.

Apabila bekas bekas hakim mengatakan Tun Mahathir diktator, setelah diberi wang saguhati dengan nilainya dirahsiakan memanaskan lagi suhu politik negara, tambah memanaskan lagi apabila Raja Petra Kamarudin mengatakan Datin Rosmah Mansor dan dua orang lagi tahu Antatuya dibunoh. Kepanasan ini tidak mudah sejuk, kerana tentu ada tindakbalas bagi pihak pihak yang dituduh membela diri.

Semua hal ini tentunya ada kaitan dengan politik dan kuasa, tak kan saja saja ada orang nak jual cerita, seperti juga tindakan SAPP, untuk apa hari ini baru mengatakan sudah tidak percaya kepada Perdana Menteri, mesti ada startegi politik. Inilah hukum hakam permainan merebut kuasa, yang perlu didedah didedahkan, yang harus dipersalah dipersalahkan sehingga kadang kadang orang yang tak bersalah masuk penjara, yang rompak harta rakyat kaya raya, tak salah pun kerana starteginya betul.

Kejam sungguh kejam, yang alim pun tak dapat tidur lena kerana politik, kerana kuasa yang akan menentukan segala galanya, yang paling menyakitkan apabila orang yang berkuasa memerintah dengan cara Nafsu menguasai Akal, Pilih Kasih dan Berdendam. Maka hancurlah harapan rakyat sebuah negara yang aman apabila pemimpin tidak bijaksana menentukan kesetabilan keselamatan dan ekonomi negara.

Keselamatan dan Ekonomi punca keamanan negara. Negara yang keselamatannya terjamin tanpa digangu gugat oleh dengki dan fitnah dan poket berisi dengan kekayaan ekonomi sumber pemberian Allah swt akan mengamankan Negara dan Rakyat Malaysia yang kita CINTAI ini.


Dan Kuala Lumpur tidak akan menjadi Ibu Kota yang kejam,
seperti kejamnya ibu tiri yang hanya gilakan harta benda suami yang bergelar ayah. Suami pula usianya muda baru berumur sekitar 30an telah mengumpul harta kekayaan berjuta juta ringgit hasil daripada rompakan melalui minda dan kuasa politik tanpa mengira kepentingan Bangsa dan Negara jauh sekali takut kepada Allah yang akan melaknatkan mereka. Apabila semua orang takut masuk kedalam NERAKA.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"panas membara".


Friday, June 20, 2008

KEGELISAHAN PENEROKA

Pengakutan utama peneroka didalam rancangan rancangan tanah ialah motorsikal, sama ada untuk menghantar anak anak ke sekolah atau ke ladang ladang untuk bekerja menoreh atau pun memunggut hasil buah kelapa sawit.

Baru baru ini Tan Sri Yusof Noor, Pengerusi FELDA ada mengatakan kenaikan harga minyak petrol tidak menjejaskan sara hidup peneroka kerana pendapatan peneroka sekarang dianggarkan dari RM3,000 hingga RM6,000 sebulan. Tapi apabila saya tinjau digagasan Tanah Rancangan FELDA pendapatan sebenarnya peneroka apabila ditolak itu dan ini tinggal lebih kurang RM800 hingga RM1,000 sebulan. Dengan keadaan kenaikan harga keperluan harian, pendapatan sebanyak itu tidak memewahkan kehidupan mereka.

Maka dengan kenaikan harga petrol, ekonomi mereka juga turut terjejas, kerana kebanyakan mereka tidak dapat nikmat 'rebet minyak' sebanyak RM150.00 seperti yang dinikmati oleh pemilik motorsikal lain. Ini kerana kepada peneroka yang motosikalnya telah lama, mereka sudah tidak ada geran motorsikal dan dinafikan haknya untuk mendapat rebet tersebut.

Kegelisahan rakyat sudah dirasai sekarang, terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah, bukan saja kerana kenaikan harga petrol, bahkan bahan bahan keperluan harian juga sudah meningkat naik, maka betullah cadangan Dato' Mustpaha Mohamed, Menteri Asas Tani supaya rakyat mula makan ubi mengantikan beras bagi mengurangkan kos pembelian beras yang mahal.

Persidangan Parlimen pada Isnin ini diharap dapat membuahkan hasil, supaya kegelisahan rakyat berhubung dengan kenaikan harga minyak dan barang barang keperluan lain dapat ditangani dengan mengurungkan beban kehidupan rakyat jelata daripada berkelahi untuk mempromosikan diri ahli ahli Yang Berhormat yang tidak menguntungkan Bangsa dan Negara.

Kurang ajar seorang YB. daripada parti DAP johor harus diambil perhatian oleh seluruh rakyat jelata yang keturunan melayu, bahawa perbuatan sedemikian oleh mereka yang tidak setia kepada keharmonian kaum akan mengaibkan melayu dimasa yang akan datang sekiranya pemimpin melayu asyik bercakaran sesama sendiri tanpa menanamkan perasaan CINTA diantara satu sama lain.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "ingat sebelum terlambat".


Thursday, June 19, 2008

Dato' Seri Mohd Najib, Presiden UMNO, sempatkah?

Yang dipapar ini, buka kisah yang ku dengar dan ku lihat, tapi dari pandangan peribadi untuk dikongsi bersama bagi mencari jawapan sebenar apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia, berhubung dengan kemelut dalam UMNO sekarang terutamanya isu peralihan kuasa.

Dato' Najib kata, dia tidak akan mengkhianati UMNO kerana Ayahnda beliau, Tun Abdul Razak Husein adalah salah sorang pengasas UMNO, tapi beliau juga tidak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menawarkan diri sebagai Presiden UMNO walaupun beliau tahu keadaan UMNO sekarang berada dalam keadaan tenat setalah 5 negeri jatuh ketangan pembangkang dan 3 negeri yang dulunya dikuasai UMNO telah tumbang.

Presiden UMNO saja yang boleh mengatur corak dan kaedah bagi mempastikan hala tuju UMNO akan datang bagi mempastikan rakyat yakin kepada perjuangan parti politik yang tertua di negara kita ini. Betul kah tindakan Dato' Najib dengan hanya menjadi orang no2 tidak dianggap sebagai pengkhianat kepada UMNO sedangkan rata rata ahli UMNO akar umbi mengharapkan supaya beliau menggantikan Pak Lah sekarang. Kalau akar umbi tidak mahu beliau mengganti Pak Lah kenapa ada desakan supaya berlaku peralihan kuasa.

Apakah Dato' Najib akan tunggu dan tunggu setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dah jadi Perdana Menteri, barulah beliau mahu jadi Presiden UMNO dan pada waktu itu untuk apa jadi Presiden yang partinya sudah hilang kuasa, dah jadi parti pembangkang.

UMNO perlu pemimpin baru, dan apakah setelah Pak Lah berhenti jadi Presiden dan Tengku Razaleigh cukup pencalunan baru Dato' Najib mahu menawarkan diri untuk merebut jawatan Presiden, jadi kalau lawan Tengku Li tak apa, tapi kalau lawan Pak Lah tak boleh takut ahli parti berpecah. Sayang kepada parti mesti amalkan perlembagaan dan perlembagaan diadakan untuk menjadi panduan ahli ahlinya, perlembagaan mengatakan setiap 3tahun sekali mesti diadakan pemilihan jawatan.

Kenapa pemilihan dibanarkan, kerana hendak beri peluang kepada ahli ahli memilih pemimpin, dan pemimpin kenalah terima hakikat bahawa ahli ahli ada hak untuk memilih mereka,jangan pula ada tekanan dan ugutan apabila ada orang yang hendak sama sama menawarkan diri menjadi pemimpin.

Bak kata Ayat Ayat CINTA."pilihlah daku jadi temanmu".



Di mana silapnya.

Lagi kisah polis traffic.

Mengapa? ada yang kena tunggu sampai 10 hari baru dapat keputusan report kemalangan jalanraya dan ada yang hanya dalam masa 24jam dah dapat keputusan report. Adakah di Bahagian polis traffic juga mengamalkan pilih kasih atau ada kong kali kong.

Selalunya apabila kereta yang berlaku kemalangan teruk dan kos bagi membaik pulihnya agak lumayan kepada workshop maka keputusan report akan dapat dalam masa 24jam, tapi kalau kemalangan biasa dan kos sedikit maka tuan punya kereta terpaksa tunggu dalam masa 10 hari.

Saya rasa ada yang tak kena, apabila cerita ini dimaklumkan kepada saya, slogan BERSIH, CEKAP & AMANAH barangkali sudah punah dalam sistem perkhidmatan polis traffic di negara kita.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"ingat sebelum kena".

Tuesday, June 17, 2008

Harga Petrol & Saman Polis

Kereta tak putus putus menjalar dijalanraya, sama ada di lebuhraya ataupun di jalan persekutuan termasuk dalam bandar, walau pun harga minyak dikatakan teramat mahal, keperluan kenderaan berenjin menjadi keperluan utama rakyat malaysia untuk bergerak. Ada yang mengunakannya untuk pergi bekerja, pergi berniaga dan berpoya untuk bersuka suka, ertinya walau semahal mana pun harga petrol, kenderaan menjadi kewajipan untuk bergerak.

Apabila kita mengunakan kenderaan dijalan raya, undang undang negara kena kita patuhi, dalam memandu dijalan raya ada undang undangnya, terutama had kelajuan memandu, ada yang 60, 70, 90 dan 110 kmj. dan pihak polis traffic akan mematau pemandu supaya berhati hati memandu, kadang kadang pihak polis traffic memasangkan perangkap laju.

Perangkap laju dipasang untuk apa? untuk mengelak pemandu memandu laju kah? atau untuk pihak polis dapat mengeluarkan saman supaya kerajaan dapat hasil daripada saman tersebut. kerana dengan memasang perangkap laju tidak juga boleh merubah perangai pemandu yang suka memandu laju. Satu cara yang akan berkesan supaya pemandu tidak memandu lebih daripada had laju, limitkan enjin semua jenis kenderaan yang terdapat di malaysia ini supaya kelajuan tidak melebihi 110 kmj dan semua tempat hanya dibenar memandu setakat 110 kmj.

Didalam bandar pula parking menjadi masaalah utama, kepada pemandu yang ada urusan dengan bank atau pejabat pos,yang hanya memerlukan 10 hinnga 15 minit masa selalunya pemandu parking tidak dapat mengikut aturan kerana tidak ada ruang untuk parking,kalau nak pusing cari parking tentunya minyak diperlukan, maka mereka parking ikut sedap saja. Dan malangnya apabila diwaktu itu polis traffic lalu ataupun oleh kerana kecekapan polis traffic kenderaan mereka kena saman disebabkan salah meletak kenderaan ditempat yang tidak dibenarkan.

Dah lah minyak mahal, kena saman pula atas kesalahan yang kecil tapi kena keluar wang banyak untuk bayar saman itu, sedangkan wang untuk bayar saman itu sudah cukup membeli bekalan makanan untuk anak dan isteri bagi keperluan dalam masa seminggu. Rugikah kerajaan sekiranya saman salah parking dan lari laju dimansuhkan buat masa ini bagi meringankan beban rakyat kerana rakyat sudah berat memikul bayar harga minyak petrol yang naik mendadak ini.

Bak kata Ayat Ayat CINTA," rayu pada yang kasih".

Monday, June 16, 2008

Perdagangan Manusia 'terhalang'

Berita MP Barisan Nasional akan lompat parti telah reda, timbul pula kemponan Barisan Nasional akan keluar dari BN yang disebut bukan dari semenanjung. Dan terbaru ada ura ura MP daripada Pakatan Rakyat akan menyertai BN menjelang sidang Parlimen yang akan datang. Ini semua isu politik Malaysia, bercakap sambil duduk bersahaja, buat cerita untuk menarik perhatian dan hanya untuk menjadi model berbual. Betul atau tidak masa yang akan menentukan. Kalau cerita yang dibawa itu betul berlaku, maka bertepuk lah orang yang memulakan cerita itu dengan megahnya berkata 'memang aku tahu, first hand news' megah. nak kata dia lah orang yang hebat.

Kalau apa yang di cerita tak menjadi kenyataan, tak rugi apa pun, boleh adakan cerita baru, seperti saya cerita ini, "10 orang ahli Parlimen dari Parti Pakatan Rakyat akan menyertai Barisan nasional (BN) pada persidangan parlimen akan datang dan sekiranya berita ini menjadi kenyataan maka Kerajaan BN akan melebihi 2/3 penyokong di Parlimen. Mustahil atau tidak berita ini sama sama lah kita tunggu, kalau tak berlaku jangan marah kan saya, marah lah kepada Ahli Perlimen yang tak menyertai BN.

Yang hebatnya berita hari ini ialah ketegasan Dato' Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang serta merta membekukan kelulusan kemasukan pekerja asing sektor urut urutan dan akan mengkaji beberapa sektor lain bersama dengan Kementerian Sumber Manusia. Katanya, kenapa peluang pekerja tersebut tidak diserahkan kepada rakyat Malaysia.

Kerja urut urutan cara tradisional memang dah dikerjakan oleh rakyat tempatan, tapi kerja urut urutan yang terdapat di SPA dan Rumah Rumah Urut yang diusahakan oleh taukeh taukeh keturunan Cina tidak sesuai dikerjakan oleh rakyat tempatan terutamanya pekerja itu terdiri dari perempuan, kalau tak percaya cubalah Dato' Menteri pergi berurut di SPA ataupun rumah urut yang kelulusan kemasukan pekerja asing wanita diluluskan begitu banyak oleh bekas Menteri dulu. Apa dan cara bagaimana urut urutan dilakukan.

Dengan pengumuman Dato' Seri Syed Hamid Albar itu, maka kuranglah perniagaan perdagangan 'DAGING MANUSIA' dipusat pusat ilmu kesihatan (SPA & Rumah Urut) yang beribu ribu tempat terdapat di Malaysia ini. Maka satu lagi barang keperluan manusia akan naik harga, mungkin juga harganya akan meningkat 40% sama dengan kenaikan harga minyak.

Soal nak kaji sektor lain, saya syorkan pada Dato' Menteri KDN, perkara yang disebutkan itu tak payah nak kaji, pegawai pegawai Dato' di Kementerian KDN dah tahu apa yang patut dilaksanakan, yang tinggal lagi berilah mereka tugas dan kuasa untuk melaksanakan dasar yang terbaik bagi mempastikan sektor mana yang harus dikurangkan dan sektor mana yang harus diperbanyakkan. mereka akan pening sekiranya setiap Menteri bertukar, maka ada ada saja perkara baru hendak dikaji. sedangkan tindakan tak dapat dilaksanakan kerana Dato' Menteri dan Pegawai Dato' Menteri dan Sahabat Dato' Menteri campurtangan banyak sangat.

Yang saya kaji ialah bagaimana calling visa pekerja bagi negara Bangledash lambat keluar walaupun masa nak dapat kelulusan khas Menteri dulu wang berjuta ringgit telah dibayar melalui agen agen haram yang tedapat disekeliling pejabat Imigresan Putrajaya.

Siasat siapa dalang, tak payah kaji kaji.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"hendak seribu daya".

(Nota: kepada pegawai YB. Menteri KDN atau kakitangan KDN yang baca blog ini diharap persampaikanlah cerita ini kepada beliau. TK).

Sunday, June 15, 2008

4 Ketua Bahagian UMNO selamat di Kelantan.

10 orang harapan Pak Lah di Kelantan tidak bersatu, masing masing dengan gaya dan stailnya. mereka merancang bukan untuk nak jaga Pak Lah, tapi ada dikalangan mereka merancang untuk diri masing masing, nak cari keteguhan kedudukan dalam politik, guna apa cara semuga kedudukannya di Bahagian tidak terjejas, cakap untuk perpaduan tapi perbuatan mendatangkan perpecahan dan berpuak puak, panggil makan nasi beriani pun pilih pilih orang, perbelanjaan entah duit sendiri ataupun duit keraian, tidak ada siapa yang tahu, BPR pun tidak tahu.

Lagak lebih daripada Perdana Menteri, nak kena orang pergi dekat dan hulur tangan baru nak bersalam, kalau dulu belum orang tegur dialah yang dulu tegur, pasal nak cari pengaruh, nak suruh orang kata dia budak berjurus (baik). Dah ada jawatan yang digaji oleh Pak Lah, buat buat sibuk, kononnya nak jaga Pak Lah, kalau dia tak buat kerja Pak Lah tak selesai. Pooorah.

Inilah orang kata, sokong membawa rebah, lebih lajak dari laju, lebih kuah dari sudu, dah lah nasib Pak Lah kurang baik selepas pilihanraya dulu, kini bertambah celaka dengan budak yang tak tahu hala tuju, cara dan keadah nak jaga taukeh. Kawan kawan Pak Lah tidak dilayan takut kalau dilayan hilang peluang.

Tidak semua pegawai Pak Lah yang bergaji di Kelantan ini bermasaalah, ada yang dapat menunaikan tanggongjawab dengan baik dan dapat menentukan kedudukan pak Lah di Kelantan tidak se parah yang digembar gemburkan. Dari 14 Bahagian di Kelantan, 3 saja yang selamat untuk Pak Lah iaitu Bahagian Ketereh, Bachok dan Tumpat itu pun sekiranya suasana hari ini dapat diuruskan sehingga selesai hari persidangan perwakilan Bahagian nanti.

Di sepuloh (10) Bahagian semuanya ada pertandingan peringkat Ketua Bahagian, hanya jeli yang belum diputuskan sama ada YB.Adhan Awang Kecik akan mencabar Dato' Mustapha Mohamed ataupun tidak. Ditempat lain granti ada pertandingan. Dan ini mengambarkan dari awal lagi Pegawai Pak Lah di Kelantan yang bergaji tersangat rapuh ukurannya bagi menjaminkan pengaruh Pak Lah kuat di Kelantan. Tan Sri Datuk Seri Penglima Annuar Musa tidak mampu membendung gejala ini bersendirian, beliau hanya bekerja dengan semangat dan teori tanpa sokongan dari rakan rakan lain yang hanya pandai berkata kata sambil mendabit dada.

Bak Kata Ayat Ayat CINTA,"hanya manis dibibir saja".

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz tak akan lepas!

Berada di Kelantan selama 3 hari, macam macam cerita politik boleh di dengar, sama ada politik Parti PAS dan juga UMNO, Keadilan tidak ada apa yang menarik. Semuanya membincangkan tokoh tokoh politik negeri.

Selepas kepulangan Menteri Besar Kelantan Tok Guru Dato' Nik Aziz dari menunaikan ummrah baru baru ini, ramai pemerhati politik menunggu satu senerio baru didalam kepimpinan PAS negeri kerana sebelum beliau berlepas ke tanah suci ada ura ura mengatakan bahawa setelah beliau pulang ke tahan air, beliau akan melepaskan jawatan Menteri Besar, nampaknya ura ura itu tidak jadi kenyataan sehingga kini.

Jawatan Ketua Cawangan pun orang tak mahu lepas , inikan pula jawatan Menteri Besar, yang ada kuasa dan gaji lumayan serta kemudahan yang menakjubkan, mudah kah seseorang itu untuk melepaskan kuasa begitu saja, Tok Guru Dato' Nik Aziz pun tidak mudah untuk melepaskan jawatan yang memberi kemudahan dan kesenangan serta kuasa kepada beliau kerana dia juga seorang manusia biasa, tambah tambah lagi kedudukannya yang diiktiraf sebagai Tok Guru akan lebih selesa kedudukannya kerana tidak akan ada orang yang akan mencabar.

Duduk lah wahai Tok Guru menerajui Kerajaan Negeri Kelantan sehingga keakhir hayat, kerana tidak ada apa yang perlu dilakukan sebab rakyat Kelantan telah memberi lebih kepercayaan kepada Tok Guru. Dakaplah kuasa dan kesenangan itu erat erat. kerana peluang jarang datang untuk kali kedua.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "takkan persia siakan peluang ini"

Saturday, June 14, 2008

Kelantan Kosong.

Tiada debaran berlaku. Tak ada apa apa special untuk rakyat Kelantan, Lawatan Perdana Menteri Pak Lah di Kelantan tidak seperti yang dijangkakan, tidak seperti beliau lakukan di Trengganu hari ini, rakyat Trengganu boleh berasa bangga kerana royalti minyak diserahkan kembali kepada Kerajaan Trengganu disamping mengumumkan mat Said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Trengganu.

Di Kelantan Tan Sri Datuk Seri Penglima Haji Annuar Musa memberi jaminan kepada Pak Lah, bahawa ahli ahli UMNO di akar umbi masih setia kepada UMNO. Ketua Ketua Cawangan tidak ada yang keluar parti mengikut jejak Tun Mahathir.

Beliau juga melingkar sejarah bahawa sejak UMNO Kelantan jatuh ketangan PAS dizaman Tan Sri Mohamad Yaacob menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sehingga pilihanraya lepas UMNO tidak dapat menumbangkan Kerajaan PAS walaupun beberapa orang telah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan termasuk diri beliau sendiri.

Semasa Tun Mahathir jadi Pengerusi, UMNO kalah, semasa Tengku Razaleigh Pengerusi juga kalah, semasa Dato' Mustapha Mohammad hampir nak menang juga kalah dan pilihanraya yang lepas semasa beliau menjadi Pengerusi nampak macam nak menang tapi kalah. Inilah nasib UMNO Kelantan.

Kelmarin saya membariskan 9 orang kuat Pak Lah yang bergaji, sebenarnya 10 orang tambah seorang lagi iaitu orang kanan Pak Lah Dato' Ramzi Abdul Rahman Pengerusi KESEDAR. 10 orang ini bertanggongjawab menjaga 13 Bahagian bagi mempastikan tidak ada Bahagian yang akan mencalunkan Tengku Razaleigh sebagai calun Presiden UMNO.

Kalau ada juga Bahgian yang mencalunkan Tengku Razaleigh selain Bahagian Gua Musang, maka dari segi moralnya mereka semua kenalah cermin cerminkan diri.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "sudah tidak berguna lagi".

Friday, June 13, 2008

Pak Lah Di Kelantan, Tg Li Ke Trengganu,

Kelmarin hari khamis, (12hb. Jun 2008) saya tidak dapat mengisi blog ini kerana pagi pagi lagi bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, singgah di Kuantan bertemu dengan kawan kawan politik bagi meninjau perkembangan politik semasa di negeri Pahang, topiknya pertandingan dalam pemilihan UMNO. Apa yang dapat saya gambarkan sekurang kurangnya 5 Bahagian akan ada pertandingan pencalunan jawatan Presiden diantara Pak Lah dan Tengku Razaleigh. Bak Dato' Najib belum lagi diputuskan tapi sekiranya Pak Lah buat pengumuman tidak akan menawarkan diri untuk calun Presiden hanya 2 Bahagian saja yang akan berpihak pada Tengku Razaiegh.

Dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu melalui Jabor, saya singgah di Kuala Berang, Hulu Trengganu, terbaca satu kain rentang yang menjemput orangramai supaya keluar pada malam ini untuk mendengar ucapan Tengku Razaleigh Hamzah. Dan di Kota Bharu malam ini Pak Lah akan berucap di YKK.

Nampaknya dua tokoh ini telah turun untuk berjumpa akar umbi bagi mendapat sokongan dan menjelaskan visi masing masing bagi memperkasakan kembali UMNO yang seakan akan telah terhakis sokongan akar umbi dalam pilihanraya lalu.

Kedatangan Pak Lah di Kelantan adalah untuk memberi semangat kepada Katua Ketua UMNO Bahagian untuk terus berjuang bersama beliau bagi mendapat sokongan rakyat untuk meletakkan UMNO sebagai parti yang akan membela Bangsa dan Negara dan akan kekal memerintah Malaysia. Pak Lah tidak keseorangan dalam usaha membangun semula semangat ahli ahli UMNO Kelantan, beliau ada ramai penyokong yang bergaji di Kelantan, diantaranya:-

1. Tan Sri Annuar Haji Musa, Pengerusi KADA

2. Dato' Awang Adek Husein, Pengerusi PNS

3. Dato' Mustapha Mohammad, Menteri Pertanian dan Asas Tani

4. Datuk Zahid Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

5. Datuk Alwi Che Mat, Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri

6. Dato' Fatmi Haji Salleh, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri

7. Sdr Imran Mohd Noor, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan

8. Dr. Azmi Setapa, Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Asas Tani.

9. Datuk Md. Zain Rantau Panjang , Pengerusi LTN.

Mereka mereka ini lah yang akan memberi lapuran dan cadangan kepada Pak Lah, bagi menentukan Pak Lah dapat bertindak untuk mempastikan UMNO Kelantan dapat menumbangkan Kerajaan PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Inilah harapan seorang Perdana Menteri dan Presiden Parti, kalau betul lapuran yang mereka ini beri, maka betullah tindakan Pak Lah, kalau sombongnya mereka ini maka Pak Lah juga akan kelihatan sombong.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kerana nila"

Wednesday, June 11, 2008

Puluhan Ribu Rakyat Menganggur?

Kawan saya Abdul Hamid bertanya, kemana pelajar pelajar yang akan tamat persekolahan di universiti nanti akan bekerja sekiranya kerajaan tidak bercadang menambah kakitangan perkhidmatan awam dan sektor swasta tidak akan menambah bilangan pekerjanya ekoran kemelut ekonomi hasil kenaikan harga minyak petrol.

Beliau adalah bekas kakitangan Petronas, melalui sms kepada saya, beliau mencadangkan supaya kerajaan hendaklah memberi subsidi kepada seluruh rakyat melalui keuntungan petronas kerana rakyat akan terhutang budi kepada kerajaan diwaktu negara lain berhadapan dengan harga minyak yang tinggi kerajaan kita masih dapat mempertahankan harga minyak yang asal.

Dan sekiranya rakyat tidak ada pekerjaan, masaalah sosial akan menjadi penyakit yang boleh mempurak purandakan negara, rakyat perlukan makan minum dan pakai, tak kira rakyat itu berpelajaran ataupun tidak, bagi mengikuti kemahuan mereka akan melakukan apa saja untuk cari makan dan apabila ini berlaku, cerita curi, samun, merompak akan menjadi bahan berita utama. akibatnya keseluruhan rakyat sudah tidak selamat.

Soal keselamatan menjadi keutamaan peranan kerajaan, sekiranya kerajaan sudah tidak mampu membendungkan keselamatan negara, maka negara itu akan kelam kabut dan ketenteraman negara akan terancam. Kos bagi membangun semula negara yang dilanda masaalah keselamatan dan ketenteraman akan lebih besar daripada kos yang kerajaan tanggong untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya pelajara yang menganggur.

Yang peliknya, stop subsidi minyak, peluang pekerjaan juga dibekukan. sepatutnya wang yang banyak untuk subsidi itu digunakan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat yang menganggor. Kemana sebenarnya wang berbillion itu hendak dibelanjakan?.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "tak ada guna menyesal kelak".

muak dan "LU'GA" !!!

Perdana Menteri Malaysia,(Pak Lah) akan ke kelantan esok (jumaat, 12hb. Jun 2008) lawatan sambil bertemu rakyat kelantan dan berjumpa denga ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri. Inilah lawatan pertama Perdana Menteri ke Kelantan selepas pilihanraya umum lalu. Rakyat kelantan menunggu kedatangan Pak Lah dengan debar.

Kerana semasa lawatan Pak Lah ke Sabah banyak peruntukan dicurah disana, begitu juga lawatan Pak Lah ke Serawak, 1billion dicurahkan. dah tentu kedua negeri tersebut dapat habuan kerana BN menang hebat di kedua negeri tersebut. Kelantan pula kecundang begitu teruk dan tentunya Pak Lah ada plan untuyk kebaikan UMNO Negeri Kelantan.

Anugerah Bintang Tan Sri kepada Annuar Musa, Perlantikan Setiausaha Politik kepada Haji Alwi Che Mat dan Awang Adek Husein diberi tanggonjawab sebagai Pengerusi disebuah agensi kerajaan serta jawatan Menteri penoh kepada Mustapha Mohamed dan Zaid Ibrahim, menunjukkan Pak Lah teramat sayang kepada mereka semua, tapi yang menjadi debarannya apakah Pak Lah sayang kepada ahli ahli UMNO Kelantan.

Kesian rakyat kelantan yang menetap di dalam negeri, selepas mereka muak dengan makan gulai kenduri kahwin, baca doa dan majlis kesyukuran baru baru ini, mereka pula akan berhadapan dengan kemuakan makan durian, kerana musim buah buahan terutama durian mula berbuah. Muak makanan tidak memudaratkan kepada keteguhan kuasa, yang takutnya rakyat kelantan akan muak kepada pemimpin dan apabila ini berlaku ia akan memberi kesan kepada kekuasaan sesebuah kerajaan.

Diharap dalam rangka lawatan Pak Lah ke Kelantan, satu usaha dapat dibuat supaya rakyat kelantan keseluruhannya akan kembali menyokong UMNO dan tentunya Pak Lah tahu apa yang patut dibuat kerana Haji Alwi Che Mat selaku Setiausaha Politik beliau boleh memberi gambaran sebenar apa kehendak rakyat kelantan, Dalam hal ini Haji Alwi hendaklah jangan menyembunyikan perkara sebenar apa tindakan yang patut dilaksanakan oleh Pak Lah untuk kebangiktan rakyat kelantan menentang PAS.

Jangan pula kemuakan rakyat kelantan akan bertukar menjadi LU'GA kerana Pak Lah gagal menunaikan tanggongjawab sebagai pemimpin nomber satu parti UMNO dengan tidak mengindahkan kehendak keseluruhan rakyat kelantan.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "ditelan walaupun pahit".

Tuesday, June 10, 2008

Jangan Biarkan, "Nafsu menguasai Akal".

Dalam seminggu ini banyak kematian di Kelantan disebabkan kemalangan jalanraya, semuanya parah & ngeri dan ada yang terbakar hidup hidup. Adakah kerana kecuaian manusia atau memang sudah nasib badan. Kempen keselamatan jalanraya tak berkesan, perangkap had laju tidak dapat menyelesaikan masaalah, hukuman penjara pun tidak dapat mengelakan kemalangan jiwa berlaku.

Apa lagi usaha yang harus dilakukan oleh kerajaan, sifat manusia agaknya kecelakaan berlaku atau masih ada kaedah dan cara bagi mengatasi kemalangan maut dari terus melanda kecelakaan ini.

Ahli ahli politik parti yang memerintah dok asyik atur startegi nak berlawan sesama sendiri, kalau ada seminar hal keselamatan jalanraya pun ambil kisah batuk ditangga saja, tidak ada kesungguhan untuk berbincang secara lebih serius hanya harap pada agensi yang bertanggongjawab saja.

Dalam pertemuan politik untuk mengempen dapat pencalunan nak bertanding, isu kematian kerana kecelakaan jalanraya tidak pernah diketengahkan. Kecelakaan yang merupakan nasib telah tersurat tak dapat dielakkan, tapi kecelakaan atas kecuaian dapat dikurangkan asal saja slogan 'berhati hati dijalan raya' diamalkan oleh semua pemandu.

Begitu juga dengan pemimpin parti pembangkang, tidak ada cadangan yang diutarakan bagi mengelakkan kecelakaan kemalangan jiwa berlaku, asyik dok hentam kerajaan saja, soal nyawa manusia tidak dijadikan agenda perjuangan mereka.

Tali keledar tidak juga boleh menyelamatkan nyawa sekiranya pertembungan berlaku berdepan, tentunya kenderaan yang dipandu laju akan menghancurkan muka dan kepala manusia, usahkan manusia besi kereta yang pejal pun hancur lebur. Tapi manusia ini, walaupun melihat dengan mata lendir sekali pun tidak menginsafkan, tak serik dan tak rasa takut. Pada mereka yang kaki pecut tak kisah langsung kengerian yang berlaku.

Hanya manusia yang ada akal dan mengunakan akal dengan baik, kecelakaan jalanraya akan dapat dikurangkan itupun sekiranya nafsu tidak menguasai akal.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jangan tak sayang nyawa".

Monday, June 9, 2008

Menteri dan Bekas Menteri Luar akan dicabar?

yang ku dengar

Selain Pak Lah yang akan dicabar sebagai Presiden Parti UMNO oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada Persidangan Agong UMNO disember ini, dan kedudukan Dato' Najib semakin kukuh selaku Timbalan Presiden, ada pula kedudukan Ketua UMNO Bahagian yang bertaraf menteri akan dicabar.

Setakat hari ini, Menteri Luar Dato' Seri Rais Yatim ura ura akan dicabar oleh Timbalan Ketua Bahagian beliau iaitu Yb. Sdr Yunus Rahmat, Bekas Setiausaha Politik beliau sendiri, apa malaputaka kita tak tahu, tapi tentunya Yunus ada alasan untuk mencabar beliau. Begitu juga dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (bekas menteri luar) Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mungkin akan ditentang oleh Sdr Daeang Malik, Naib Ketua UMNO Bahagian pun tentunya ada sebab tersendiri.

Sebab sebab mahu bertanding itu mungkin tak puas hati cara kepimpinan Ketua Bahagian, sama ada tak berbagi rezeki sepencarian kah, Tak barbagi kuasa kah, atau memimpin dengan cara diktator. Tentu orang Bahagian masing masing tahu sebab dan musebabnya.

Hal Menteri yang akan dicabar ini sudah lama dihebohkan, sama ada dalam blog ataupun surat kabar arus perdana, tapi tak dengar pun dikalangan pemimpin hipokrit bersuara memberi nasihat supaya orang yang nak cabar menteri itu fikirkan tentang perpecahan dalam parti sekiranya berlaku pertandingan. Tidak seperti ulasan soal Tengku Razaleigh nak lawan Pak Lah yang mana sesetangah pemimpin diperingkat ahli Majlis Tertinggi berkata pertandingan akan memecah belah kan ahli ahli parti.

Adakah sebab menteri yang akan ditentang, mereka berdiam diri, kalau kalau menteri itu kalah dan dah tak jadi Ketua Bahagian tentunya susah nak menang ahli Majlis Tertinggi, apatah lagi Dato' Seri Rais Yatim dan Dato' Seri Syed Hamid adalah berhasrat nak bertanding Naib Presiden UMNO lagi susah. Dan apabila mereka kalah peluang jadi menteri akan terhakis dan bolehlah kekosongan itu diisi oleh mereka yang mengidam nak jadi menteri.

Inilah politk UMNO, apabila kuat kedudukan mereka disokong dan didokung, apabila nampak cula nak jatuh dan dah tak dapat nak tumpang mereka dibiarkan tumbang, tambah tambah lagi semasa mereka ada kuasa tak pernah berbudi dengan orang kalau berbudi pun bukan dengan harta sendiri tapi dengan wang rakyat peruntukan kerajaan. kedekut mampus kata orang.

Dan siapa lagi agaknya ketua ketua UMNO Bahagian yang akan ditentang diperingkat Bahagian, kalau di Johor dan Negeri Sembilan sudah terdengar ura uranya, di Kelantan juga tidak kurang hebatnya, setakat ini di Bahagian Pasir Putih pasti akan berlaku pertandingan, Dato' kamaruddin Md. Nor dah tak boleh duduk diam, Sdr Zawawi Ketua Pemuda akan menentang.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "biar perpatah arang".

Sunday, June 8, 2008

PETROL NAIK UNTUK MENURUKKAN KUASA MELAYU!

yang ku lihat.

pagi ini tidak ramai penghuni kotaraya keluar minum di lotus jalan binjal, tidak seperti hari minggu sebelum kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak 3hari lalu. parking kereta pun senang dan tempat duduk masih banyak kosong. Sambil minum kami berborak dengan isteri sambil memerhati aparment 'Binjal " dihadapan yang telah hampir siap.

Aparment itu didirikan diatas tanah yang dulunya rumah kediaman Pengerusi MARA, yang dikenali dengan rumah MARA, sesuai dengan bandaraya yang pesat membangun tanah itu juga dibangunkan setelah tanah kepunyaan MARA (Majlis Amanah Rakyat) diserahkan kepada ahli koprat melayu, Dato' Nazmi Salleh hasil darIpada pengswastaan MARA Holding kepada beliau yang kini di kenali dengan nama Nadi Corp. Sdn. Bhd.

Dan tanah MARA (Majlis AMANAH Rakyat) yang telah diserahkan kepada ahli perniagaan melayu kini menjadi milik siapa? setelah dibangunkan menjadi rumah kediaman (apartmen) yang tentunya dijual bukan saja kepada orang melayu tapi mampu dimilik oleh bangsa asing. Slogan CINTA kan tanah air hanyut bersama kerakusan mendapat keuntungan wang jutaaan ringgit tanpa segan silu tidak mempertahankan sekeping tanah sejarah melambangkan kemegahan Bangsa Melayu yang dimiliki oleh MARA.

Dah lah memiliki MARA Holding dengan harga yang teramat murah, semacam dapat free, nama dan harta sejarah ketuanan melayu tidak dipertahankan. Tamak dan Haloba dikuasai oleh nafsu yang gila kepada kemewahan hidup. Orang macam ini lah yang di pandang oleh Kerajaan dibawah kepimpinan Tun Mahathir dulu, kalaulah kerajaan pada masa itu memberi pengswastaan kepada kakitangan MARA Holding saya yakin tanah milik MARA ini tidak akan didagang seperti hari ini dan marwah MARA akan dipertahankan.

Sambil minum sambil baca surat kabar, terbaca kenyataan Tan Sri Yusof Nor, Pengerusi FELDA , beliau mengatakan bahawa kenaikan harga minyak tidak jejaskan peneroka kerana pendapatan peneroka pada masa ini diantara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan. Betul atau tidak kenyataan beliau itu nantilah kita pakat pakat tengok (lihat). Apakah dengan kenaikan harga petrol, peneroka felda tidak merunggut, akan senyum sepanjang masa kerana pendapatan mereka lumayan. mereka tak payah isi minyak kereta (boleh jadi peneroka tak ada kereta), makan minum tak payah keluar duit, barulah tidak ada kesan, tapi kalau peneroka kena belanja untuk hidup tentunya ada kesan, kerana kenaikan harga petrol akan mengakibatkan barang barang keperluan untuk hidup juga akan naik.

Tahukah bahawa saya terpaksa membayar bil minuman air mineral sebotol pada pagi ini dengan harga RM1,60 direstoran Lotus, boleh jadi Tan Sri Yusof Nor membandingkan perbelanjaan di kotaraya dengan di rancanagan maka peneroka tidak terjejas dengan kenaikan harga petrol, kerana di tanah rancangan minum air free.

Pada saya, hasil kenaikan harga petrol secara mendadak dan peratusan yang tinggi ini, akan dibayar oleh rakyat menjelang pilihanraya umum ke13. dan angka tiga belas akan mencipta satu lagi sejarah hitam tanah air iaitu lenyapnya pemerintahan UMNO (UMNO ADALAH PERTI ORANG ORANG MELAYU) di tanah orang orang melayu seperti lenyapnya tanah MARA (majlis AMANAH rakyat) yang mana MARA juga ditubuh untuk menjaga kepentingan melayu di tanah ORANG ORANG MELAYU. malaysia ini.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "tak rela berputih mata".

Saturday, June 7, 2008

cuti 'harijadi KDYMM SPB Yang DiPertuan Agong' berbedza dengan cuti hari agong saya.

Kelmarin Dato' Seri Penglima Annuar Haji Musa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini telah bertukar panggilan, Ketua UMNO & KAFA saya ini telah dianugerahkan Bintang yang bergelar TAN SRI HAJI ANNUAR MUSA, oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. satu nama baru kepada masyarakat Ketereh diatas pengurniaan pangkat kepada beliau. Tahniah Tan Sri dan dalam jawapan beliau melalui sms T Kaseh n salam.

Hari ini semua pejabat kerajaan cuti umum sempena sambuatan hari jadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, kedai runcit pun tutup, kakitangan kerajaan yang berminat main golf tentunya bermain se awal pagi, yang lain bersantai bersama keluarga dan kekasih yang mereka CINTAI, tak kira bangsa dan keturunan apa, walau pun negara malaysia penduduknya berbilang bangsa tapi tetap aman dan bahagia.

Dalam ucapannya baginda titah supaya rakyat jangan gundah gulana pasal isu kenaikan harga minyak, bersabarlah dalam menempuh dugaan hidup, ini adalah dugaan TUHAN yang harus diterima pakai. Kerajaan akan memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi masalaah rakyat jelata. Bersabarlah.

Sampai bila kena bersabar, orang gaji mahal tak apalah, menteri tak payah bayar minyak, kerajaan tanggong, pengerusi agensi kerajaan pun minyak kerajaan tanggong, yang kerajaan tak tanggong presiden KAFA atau pun penolong bendahari KAFA. Nasib baik dah pergi haji bertaubat, kalau tidak hidup susah mati pun susah.

Disamping pegawai kerajaan dan pekerja swasta gembira kerana bercuti, menyambut hari jadi Yang Di Pertuan Agong, saya pula parah kerana menyambut hari jadi Agong saya, iaitu isteri terCINTA, yang mana semua orang bercuti, anak-anak bercuti, orang gaji juga bercuti, nak baca surat kabar anak tak mahu pergi beli kerana katanya hari ini hari cuti sempena sambutan hari jadi bonda dan orang gaji juga bercuti sehingga saya nak minum pagi pun tak ada apa yang disediakan.

Hebatnya sambutan Harijadi, sama ada harijadi KDYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong ataupun sambutan harijadi Agong saya, semuanya bercuti.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "agongnya cinta"



SELAMAT HARI JADI KU UCAPKAN PADA ISTERIKU YANG DICINTAI.

Puan Hajjah Materah binti Haji Abd. Ghani
dilahirkan di Kedai Kadok, Kelantan. Pada 7hb. Jun 1958.
===================================

ISTERIKU

SELAMAT HARIJADI.

terima kasih tuhan
kau masih memajangkan usia isteriku
tanpa dia
aku, anak-anak dan cucu
mungkin kaku.
DIA
masih sayang padaku
hari hari
pagi, petang, siang, malam
tak jemu jemu
mengurus rumahtangga
tanda setia pada keluarga tercinta.
ANI
aku ucapkan
selamat hari jadi
semuga tuhan sayang padamu
aku juga begitu.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "bercerai mati".

Friday, June 6, 2008

"CALUN PRESIDEN UMNO", Pak Lah, Ku Li dan Dato' Najib, tak cukup 'PENCALUNAN'?

Kalau pemimpin UMNO Bahagian Bahagian diseluruh negara, tidak berminat untuk melihat perpecahan berlaku akibat pertandingan presiden UMNO( kalau betul dakwaan, pertandingan itu membawa kepada perpecahan, seperti dihujahkan oleh setengah pemimpin MT UMNO), saya mengsyorkan supaya semangat kenegerian ditanam dalam diri masing masing supaya pemerhati politik tanahair boleh membuat kesimpulan bahawa kepimpinan UMNO Bahagian tiap tiap negeri telah dilihat bersatu, seperti mana slogan UMNO, Bersatu, Bersetia Berkhidmat. yang menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Bahagian benar benar CINTAkan semangat perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu.


Semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hendaklah bermuafakat dikalangan Ketua Ketua UMNO Bahagian dinegeri masing masing supaya mesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian yang akan berlangsung nanti hendaklah mencalunkan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri masing masing sebagai calun Presiden UMNO. Maka Pak Lah, Ku Li, Dato' Najib tidak akan cukup pencalunan.

Dan sekiranya ini dapat di tunaikan, maka pendapat ahli ahli parti di peringkat akar umbi boleh dilaksanakan, kerana sistem kouta sudah tidak revelan lagi untuk di guna pakai dalam pemilihan Presiden UMNO, kerana semua yang berhajat untuk menjadi presiden UMNO tidak cukup pencalunan.

Ini memaksa UMNO Malaysia mengadakan mesyuarat Agong Khas bagi meminda peraturan mesyuarat bahawa sistem kouta hendaklah dihapuskan dan barulah sisitem demokerasi dalam UMNO boleh dihidupkan semula dengan cara yang lebaih telus. Maka pemilihan pemimpin akan lebih bermakna kepada ahli ahli UMNO yang berjuang bukan kerana kepentingan peribadi tapi meletakkan perjuangan untuk Agama Bangsa dan Negara lebih dari segala galanya hatta terpaksa mencurahkan harta dan nyawa.


Bak kata Ayuat Ayat CINTA,"usah dikenang masa yang dulu".



Thursday, June 5, 2008

Sekarang ini terlalu ramai pemimpin 'musang berbulu ayam' kata, Dato' Rais Yatim.

Saya setuju dengan kenyataan Dato' Rais Yatim, dalam Utusan Malaysia hari ini, bahawa tugas jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO adalah untuk mengambil tindakan terhadap ahli ahli yang ingin merosakkan parti, seperti kesalahan rasuah politik, mendustakan Perlembagaan serta menjatuhkan maruah orang melayu.

Di samping itu juga ramai rakan rakan peminat politik UMNO tanahair melalui sms kepada saya ingin mengesyurkan kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin parti supaya mengambil tindakan kepada ahli ahli parti yang telah menyalahgunakan peruntukan pilihanraya musim lalu. terutama pada calun calun, pengarah pilihanraya peringkat Perliman dan DUN dan juga Ketua Peti Undi, yang dapat peruntukan tapi tidak berbelanja dengan cara berhemah. Inilah diantara pemimpin apa yang dikatakan oleh Dato' Rais Yatim, terlalu ramai pemimpin "musang berbulu ayam".

Yang peliknya mereka yang bercakap supaya parti mengambil tidakan kepada si polan itu dan si polan ini, mereka itu adalah terdiri daripada Ketua UMNO Bahgian, maka eloklah sempena mesyuarat Agong UMNO Bahagian dia, bawa usul supaya Lembaga Disiplin Parti menyiasat kesalahan sesorang itu dengan adil dan seksama.

Lembaga Disiplin hendaklah bertindak dengan "Adil, Berani dan Tegas" jangan mengamalkan 'SAYANG BERTOPOK BENCI MERATA' seperti nasib yang menimpa kepada Tan Sri Isa Samad. Sehingga menampakkan dalam pemilihan UMNO itu, Tan Sri Isa adalah orang yang jahat kerana ingkar kepada peraturan "musang berbulu ayam". Betul betul berbulu dengan pemimpin bikin tak serupa cakap.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "memang nasib celaka badan".

Negara ada banyak wang, kenapa rakyat menanggong beban?

Pagi ini saya senang hati, kerana saya dapat mengisi minyak kereta yang semalam sudah timbul signal kuning yang menandakan minyak hampir habis. senang hati kerana kejadian yang mengejutkan samalam membuat saya tak lena tidur takut takut hari ini kereta saya tak dapat di isikan minyak, kerana saya ada temujanji di Trengganu. Maklumlah semalam bandar Kota Bharu jam teruk kerana jalan jalan yang terdapat stesyen minyak di banjiri oleh kenderaan bagi mengisikan minyak kereta. Tak lina tidor takut hari ini semua stesyen minyak tutup kerana kehabisan minyak, mujur anggapan saya salah, kerana ada lagi minyak walaupun semalam diserbu oleh pemilik kenderaan bagi mengisi minyak penoh tangki kerana hendak menyelamatkan wang sekitar RM30 hingga RM60 saja.

Harga minyak petrol naik 40%, selepas jam 12 malam semalam, setengah rakyat malaysia serbu di pam minyak bagi mengisi minyak penoh tangki, rela beratur panjang, tunggu sampai 1 jam lebih ada yang bermula tunggu jam 7 malam jam 9 baru dapat isi minyak. Ini gara gara nak jimat wang sebanyak RM60 paling banyak. Dan tentunya besok mereka yang mempunyai kenderaan yang semalam mereka isi penoh tangki, akan isi minyak pula. Kadang kadang tindakan kita tak berbaloi dengan hasil yang kita dapat.

Hasil dari pengumuman kerajaan itu, semua rakyat mengeluh dan ini merupakan satu sejarah Malaysia Boleh, boleh menaikkan harga minyak sampai ketahap 40% peratus dan apabila pemimpin ditanya kenapa harga minyak harus dinaikkan, maka jawabnya isu global, minyak dunia naik, dan dibandingkan dengan harga minyak di negara jiran, Thailand, Singapore. Kenapa tak dibandingankan dengan Negara Brunei atau Arab Saudi?

Dau malam lepas Tan Sri Menteri Kewangan kedua dalam rancangan 60 minit bersama menteri anjuran RTM1, apabila beliau ditanya, kenapa bagi membendungkan kenaikan harga petrol, kerajaan tidak mengarahkan supaya subsidi ditanggong oleh Petronas, Beliau jawab, boleh tapi wang keuntungan Pertonas akan diguna untuk membangun negara dan untuk digunakan dimasa akan datang bagi menjamin masa depan anak cucu.

Kalau dah boleh, selesaikan masaalah sekarang, biar rakyat sekarang dapat menafaat dari hasil negara yang dianugerahkan TUHAN, untuk anak cuca masa depan serahkanlah kepada pemimpin masa depan, tahulah mereka untuk mencari rezeki dibumi malaysia yang kita CINTA ini diatas limpah rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Buat apa rakyat sekarang harus tanggong beban kesusahan untuk genarasi yang akan datang.

Bak kata Ayat Ayat CINTA' "sayang biar bertempat".

Wednesday, June 4, 2008

dua anak mamat, bertarung di 'PASIR MAS'

Haji Fauzi Muhammad, bekas wakil rakyat DUN Tendong, Pasir Mas, telah melahirkan keinginan beliau untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, setelah Dato' Rahim Ab.Rahman Ketua UMNO Bahagian sekarang telah mengumumkan tidak akan pertahankan jawatan tersebut.

Keinginan beliau itu belum tentu akan menjadi kenyataan dengan mudah apabila saya dengar iaitu Hanafi Mamat, juga bekas wakil rakyat DUN Pengkalan Pasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sekarang juga mahu menjadi Ketua UMNO Bahagian.

Ini bermakna akan berlaku pertandingan merebut jawatan Ketua di Bahagian Pasir Mas, mereka berdua ini tentu mempunyai alasan dan agenda, kalau kita tanya mereka berdua, apakah tidak akan berlaku perpecahan dikalangan ahli ahli akibat daripada mereka bertanding, tentunya mereka berdua akan menafikan akan berlaku perpecahan.

Haji Fauzi adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas semasa Dato' Ibrahim Ali jadi Ketua Bahagian, begitu juga Hanafi Mamat pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian. Nampaknya kedua tokoh ini ada kekuatan masing masing hanya yang tinggal lagi ukuran kewangan memihak kepada Hanafi Mamat. (antara isu).

Rata rata bercakap tentang tokoh yang nak bertanding, mengikut Sr kamal Bahrin (Satu watak kesukaan) pertandingan antara Haji fauzi dan Hanafi Mamat seperti berlawan antara 'tokoh koprat' dan 'tokoh rakyat', kerana Hanafi banyak wang, Haji Fauzi pula tak banyak wang tapi banyak kawan. Dan sekiranya ini sungguh sebagai alasan untuk bertanding maka dapatlah kita menilai nanti, apakah orang UMNO di Pasir Mas memilih pemimpin mereka kerana wang atau kerana berkawan.

Yang pastinya, apa yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Cenok, Tok Uban pada tanggal 27hb. Mei lalu telah menjurus kepada senario bermulanya kempen untuk merebut jawatan dalam parti, maka 15 orang Ketua Cawangan yang hadir dalam perjumpaan tentu tahu sebab musababnya.

Pendapat ini sedang dibincangkan di kedai kedai kopi kawasan Tok Uban, Bandar Pasir Mas dan Bunut Susu, dan tentunya pertandingan dalam parti UMNO tak sunyi dengan majlis majlis kesukaan, maka kedia kopi akan hidup kerana orang yang nak bertanding mesti ada puak dan puak ini hendaklah dibelanja sekurang kurangnya air secawan dan rokok sebatang.

Dan dalam seminggu dua lagi kita akan dapat tahu barisan puak puak, siapa yang akan menjadi Timbalan dan Naib kepada Haji Fauzi dan siapa pula disebelah Hanafi Mamat, dan tentunya slogan mereka yang hendak bertanding tak sunyi dengan ucapan nak berkhidmat pada Rakyat untuk kepentingan Agama dan Bangsa yang di CINTAI.

Maka bermulalah langkah Haji Fauzi menuju ke Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, dengarnya beliau mempunyai 2 kolam besar dan 1 kolam kecil untuk menjadi pemimpin yang terbilang dan cemerlang di Pasir Mas. Kerana Dato' Azmi sepupu Dato' Najib berkata kalau nak cari pemimpin yang boleh membantu rakyat dan parti kena pilih pemimpin yang ada kolam, tapi jangan banyak kolam sangat nanti takut tenggelam, tapi setakat dua tu ok lah. Dato' Azmi ketawa dan tentunya cerita ini akan sampai kepada Dato' Najib.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "berkasih biar satu".

Tuesday, June 3, 2008

Ku Li vs Pak Lah, Shahrizat vs Rafidah, ramalan awal.

Dalam suasana YBM Tengku Razaleigh Hamzah, turun ke bawah bertemu ahli UMNO diperingkat akar umbi di seluruh Bahagian di Negeri Kelantan, yang tentunya mendapat sambutan yang memberangsankan, ada juga adegan yang agak memeranjakan berlaku di negeri Kelantan sehari dua yang lalu.

Kemunculan Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil di Negeri Cik Siti Wan Kembang dimana negeri kelahiran suami beliau ini tidak sunyi dengan berita hangat dalam pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Setelah sempat saya berbual dengan beberapa pemimpin wanita UMNO Bahagian, memang ada signal daripada Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia itu.

Kalau sebelum ini ahli ahli UMNO dihidangkan dengan berita pertandingan Presiden parti dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini kita akan dihidangkan dengan berita bahawa Shahrizat Jalil sanggup menawarkan diri untuk menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sekiranya ada pencalunan yang cukup.

Sekiranya berita yang saya dengar ini benar, dak boleh dikatakan benar kerana saya diberitahu oleh beberapa orang pemimpin Wanita UMNO Kelantan bahawa dalam rangka lawatan Shahrizat itu, tajuk pertandingan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ada dibincangkan dikalangan mereka.

Respon daripada wanita UMNO Kelantan samalah respon dari ahli ahli UMNO di selurh negara sepertimana mereka mengatakan sekirannya YBM Tengku Razaliegh mendapat cukup pencalunan untuk jawatan Presiden maka peratus kemenangan akan berpihak kepada Tengku Razaliegh dan begitu jugalah akan berlaku kepada Shahrizat Jalil.

Apabila saya ajukan pertanyaan kepada pemimpin Wanita Bahagian yang menjadi penyokong kuat Shahrizat di Kelantan, apa tujuan beliau nak lawan Rafidah, jawabnya nak rasa Ketua baru dan nak menentukan wanita akan lebih mantap lagi bagi menentukan wanita melayu malaysai yang CINTAkan tanah air akan terus menyokong UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang. Bunyi nya sedap, lena lah tidur.

Kalau di Kelantan ada berita dijaja oleh setengah orang bahawa YBM Tengku Razaleigh nak lawan Pak Lah, bukan kerana apa, hanya nak melihat UMNO hancur dan ahli ahli berpecah belah, tapi kalau dia dulu lawan Ketua bahagian, tak berpecah belah ke, kalau Shahrizat lawan Rafidah tak berpecah ke, dan kalau ada orang lawan Ketua Bahagian sekarang tak berpecah belah ke dan kalau berlawan untuk merebut jawatan dalam parti boleh berpecah belah dan boleh menghancurkan parti, maka Ahli Majlis tertinggi UMNO kena bawa usul dan menetapkan syarat bahawa Ketua parti UMNO di peringkat mana sekali pun tidak boleh ditandingi sehingga penjawat itu telah DITANAM(mati) baru jawatan itu boleh diisi oleh orang lain.

Sedih, sekarang para penjawat pegawai dalam parti, bersyarah dok tipu ahli ahli, asalkan dia senang dan dianggap hero oleh pucuk pimpinan,maka beliau ,menggunakan kedudukan dok beri penjelasan yang hanya menguntungkan diri sendiri saja. Ahli ahli disumbat dengan kenyataan palsu dan kadang kadang seperti mengacam kebebasan ahli ahli bersuara.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "dengarlah rayuan ini".

Monday, June 2, 2008

Takaful Merdeka, janji tinggal janji? & pesta lumba motor haram.

Semalam di Kok Lanas Ketereh, di Restoran 'Kapila' ramai ketua ketua cawangan bersantai disana, saya sempat duduk dengan mereka untuk bertanya kabar perkembangan politik semasa dalam Bahagian, cerita yang paling mendapat sambutan berhubung dengan janji pilihanraya. Rata rata melahirkan rasa terkilan apabila pilihanraya berlalu maka janji pilihanraya pun berlalu tanpa penghujung.

Skim 'Takaful Merdeka' diujudkan oleh UMNO kerana nak lawan dengan skim Takaful Kifalah yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Orang yang mati disogok dengan wang, kerana skim ini bukan bertujuan kebajikan tulin, kebajikan cari pengaruh politik, skim nak membuta hati rakyat. Saya mengatakan demikian kerana sesiapa yang ingin mendapat bantuan skim ini mesti melalui satu proses bersyarat.

Kalau ikhlas, sama ada kerajaan PAS di Kelantan atau pun UMNO Kelantan, kenapa mesti melalui proses bersyarat, kenapa tidak dilaksanakan kepada semua rakyat negeri Kelantan, mati saja tak kira rakyat itu dari parti politik mana sekali pun, wang takaful itu hendaklah diberi kepada waris terdekat simati itu.

Skim ini nampaknya nak berjasa kepada orang yang telah mati disamping boleh memikat undi daripada saudara mara simati, yang nampaknya tidak ikhlas, kerana kalau sungguh sungguh ikhlas kenapa setelah lepas pilihanraya perkara ini masih berbangkit. Nampak sangat skim nak pancing undi.

Sekarang yang menanggong beban, orang kuat parti di peringkat akar umbi, mereka ditanya oleh rakyat dan dibeban pula wang pendahuluan yang dikeluarkan sebelam pilihanraya tak dapat pulangan balik kerana skim ini dah jadi cacamarba.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kok Lanas, lebih kurang jam 1 pagi, saya dihubungi oleh rakan karib saya iaitu Sdr Aziz Deraman, Ketua UMNO Cawangan. (Aziz Deraman lebih di kenali dengah nama Aziz Kayu Besar,oleh orang orang kampung dan juga kaum kerabat anak anak kelantan di Kuala Lumpur terutamanya disekitar Masjid Pakistan di Chow Kit) beliau meminta saya datang di kedai kopi dekat rumahnya di Padang Kala, Melor.

Katanya ada beberapa Ketua Cawangan nak jumpa dan nak bertanya berita politik Kuala Lumpur, bagi tidak menghampakan permintaan rakan rakan saya terus kesana dan bersembang lebih kurang 1 jam dan dalam perjalanan saya untuk pulang kerumah lebih kurang jam 2.30pagi melalui jalan pasir puteh, disepanjang jalan dari wakaf tok wali ke Pasir Tumbuh saya lihat semacam ada pesta kerana dikiri kanan jalan dipenohi oleh anak anak muda lelaki dan perempuan yang belum tidur sepanjang lebih kurang 5 kilo meter.

Setelah saya melihat gelagat anak anak muda itu saya dapat meneka, bahawa mereka itu penuntun lumba motorsikal haram, nampaknya budaya lumba motor haram ini berlaku dimana mana, Apakah ini satu kemajuan genarasi muda, dan nampaknya dakwah yang dititik berat oleh kerajaan PAS di Kelantan supaya genarasi muda menjadi pemangkin pembangunan Bangsa dan Agama belum berkesan untuk menginsafkan anak anak muda Kelantan supaya CINTAkan nyawa mereka. Teruskan usaha Tok Guru.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "Janji mesti ditepati".

Sunday, June 1, 2008

KENDURI, GULAI & BACA DOA SELAMAT

Sempena dengan cuti sekolah di Kelantan terutamanya majlis kenduri kahwin, bergulai dan baca doa selamat berlaku hari-hari sehingga nak makan gulai pun dah naik muak apatah lagi di Kelantan ini sambil makan gulai sambil bercerita politik. Cerita politik di Kelantan ini macam makan gulai.
Kadang-kadang perjumpaan politik diadakan untuk pemimpin cerita pasal diri masing-masing yang kadanag-kadang orang mendengar akan naik muak macam makan gulai kenduri hingga geleng-geleng kepala mujur tak jeluak (muntah).
Sehari dua ini, sudah 9 bahagian UMNO di kelantan diterokai oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk perjumpaan dengan akar umbi bagi menjelaskan pendirian beliau untuk bertanding sebagai Presiden Parti UMNO pada Disember ini. Dengar khabar sambutan amat menggalakkan. Kempen pertandingan di peringkat bahagian pun sudah mula terasa. Calon-calon yang hendak bertanding, peringkat pegawai di bahagian sudah pun menayang body untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Ada ketua-ketua bahagian yang sudah tak senang duduk dan mula memaksa ketua-ketua cawangan supaya hanya menyokong puaknya sahaja. Budaya ugut mengugut sudah pun bermula dan demokrasi dalam parti makin terhakis. Inilah budaya UMNO, budaya ugut & budaya takut.
Bak Kata Ayat-ayat CINTA " Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai "