Monday, August 18, 2008

Kes liwat, Pemimpin Islam Berpecah?.

Kehebatan Negara kita Malaysia, Rakyatnya berbilang bangsa dan berbagai penganut Agama, walaupun Islam adalah Agama rasmi. Sempena cuti sekolah kebanyakan hotel hotel dibandar bandar utama setiap negeri penoh berikutan pakej percutian cuti-cuti Malaysia satu petanda bahawa negara kita adalah sebuah negara yang aman dan damai.

Kehebatan dan kedamaian ini harus dipertahankan sampai bila bila oleh kita sebagai rakyat yang bertanggonjawab untuk melihat anak cucu kita dimasa yang akan datang boleh hidup senang dan selesa sebagaimana yang kita alamai pada hari ini. Ini semua akan kekal sekiranya negara kita berada dalam paras yang baik disegi kekuatan ek0nomi dan kesetabilan politik.

Persoalannya apakah ekonomi negara kita akan berkembang maju dan politik negara akan terus stabil, apabila berbagai isu sedang diketengahkan untuk diperdebatkan oleh rakyat jelata, terutamanya apabila pemimpin Melayu dan Islam tidak sekata dalam banyak hal. Contoh terdekat perbedzaan pendapat dan pandangan dalam isu "liwat, Saiful Bukhari Azlan dan sumpah laknat".

Bagi pemimpin yang tak suka kepada Anwar Ibrahim, isu ini dijadikan modal kecaman dan asakan supaya Anwar Ibrahim ikut jejak langkah Saiful bersumpah dalam Masjid dengan membaca nota. manakala yang mahu mempertahankan Anwar Ibrahim menganggap perbuatan Saiful itu adalah tindakan bagi menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim dalam waktu Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil bagi melayakkan dirinya berada dalam parlimen untuk menyuarakan hasrat rakyat yang mahu wang negara diurus dengan baik tanpa berlaku penyelewangan dan rasuah seperti pernah diperjuangkan oleh sdr Ezam Md.Nor yang sekarang ini sudah hilang taringnya.

Dengan mendesak Anwar Ibrahim supaya bersumpah, apakah isu liwat ini akan padam, apakah kerajaan akan menarik balik tudahan terhadap Anwar Ibrahim, bagaimana dengan Saiful, adakah kerajaan akan mendakwa beliau dimahkamah dengan tuduhan fitnah dan palsu. Semua ini tidak mungkin dan perbalahan diantara pemimpin Melayu dan Islam akan terus berlaku kerana isunya bukan soal perpaduan dan perdamaian, tapi menjurus kepada kegilaan mendapat kuasa dan memerintah negara.

Katakanlah Anwar Ibrahim menggangkat sumpah hari ini menafikan bahawa beliau tidak masukkan zakarnya kedalam jubur Saifil Bukhari Azaan, siapa boleh memberi jaminan minggu depan ataupun bulan depan tidak ada orang lain pula yang membuat tuduhan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dan sekiranya ini berlaku apakah Anwar Ibrahim kena pergi ke Masjid dan menggangkat sumpah lagi, maka tak habislah cerita angkat sumpah, dan Islam dipermain mainkan, masjid tempah beribadat dan tempat suci bagi orang Islam dijadikan tempat mengeluarkan kata kata jijek seperti lubang jubur. Malu dan memalukan.

Sekarang, Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari Azlan, besuk siapa pula?

siapa makan cili.


Sunday, August 17, 2008

hantu dipermatang pauh.

HANTU BERMUSIM

Dimana ada pilihanraya kecil. disitu ada hantu.
kalau dulu kita selalu dengar pengundi hantu
tapi sekarang hantu lain pula timbul.

hantu dipermatang pauh, suka pukul orang
hantu dipermatang pauh, suka raba punggung puteri
hantu dipermatang pauh, sekarang ada beribu ribu,
ada sewa rumah, ada tumpang rumah kawan,
ada yang berulang alik dari hotel,
hantu hantu ini akan berada disana sehingga 26hb. ogos,
selesai pilihanraya kecil, hantu ini akan balik ketempat asal,
hantu ini juga akan mengacau ditempatnya,
sehingga pemilihan Bahagian selesai
dan
hantu hantu ini akan turun ke Kuala Lumpur
menjelang perhimpunan agung,
hantu hantu ini akan jadi broker
sokong sokong sokong
sebenarnya kosong, kerana hantu ini tidak jadi perwakilan.

talam dua muka.

Saturday, August 16, 2008

Siapa yang AIB?

Hari ini sudah ditentukan, hari penamaan calun bagi pilihanraya kecil Perlimen Permatang Pauh, P44. Calun BN pun telah ditentukan iaitu YB. Datuk Ariff Shah Omar Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya yang menang dengan mejoriti 533 undi. Calun PKR pula ialah Penasihat parti tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas budak suruhannya iaitu Saiful Bukhari Azlan, anak kepada kakitangan MKN di Jabatan Perdana Menteri.

Saiful Bukhari Azlan telah pun bersumpah di Masjid dengan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya kedalam lubang jubur beliau, tapi Saiful tidak memberitahu sama ada semasa zakar Anwar Ibrahim dimasukkan beliau merasa sedap ataupun sakit. Sebenarnya ramai orang mahu tahu reaksi Saiful semasa batang zakar Anwar Ibrahim dimasuk kedalam juburnya sepertimana yang didakwa oleh beliau itu.

Aibnya Anwar Ibrahim tentulah tidak terkira dengan tuduhan tersebut, bukan setakat Anwar, Isteri dan anak anaknya juga teramat malu dan aib, cerita bahan jubur bukan cerita main-main, perbuatan ini memang di kutuk oleh Allah swt. Betul atau tidak sudah tidak menjadi persoalan lagi, yang nyata publisiti boleh mengalahkan peristiwa sabra dan satila.

Tapi yang lebih mengaibkan sekiranya BN tewas dengan mejoriti besar berpihak kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya nanti, yang menunjukkan atas alasan apa sekalipun rakyat Permatang Pauh tetap setia bersama Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim akan menerima aib yang ketiga sekiranya beliau kecundang dalam pilihanraya nanti.

P44, Perlimen Permatang pauh membawa maksud, mati mati. pertarungan disini agaknya akan menentukan parti mana yang akan mati dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti, signalnya akan ditentukan dalam keputusan pilihanraya kecil perlimen Permatang Pauh ini pada 26hb. Ogos 2008.

Ada udang disebalik batu.

Friday, August 15, 2008

Pilihanraya Permatang Pauh tidak mendebarkan!

Ramai orang politik sekarang tertumpu ke Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tak kira dia itu pemimpin besar atau pemimpin kecil, juga pemerhati politik dari golongan Bangsawan, Karyawan, Usahawan, Kakitangan Awam dan Orang Awam semuanya memberi perhatian ke Permatang Pauh, kerana ingin menyaksikan kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil yang di jadualkan hari penamaan calun besok (16hb. Ogos) dan hari membuang undi pada 26hb. Ogos nanti.

YB. Ariff Shah bin Omar Shah telah dipilih oleh pucuk pimpinan bagi mewakili Barisan Nasional dalam pertandingan nanti yang belum pasti berapa orang yang akan masuk bertanding, sekiranya tidak ada calun bebas maka pertandingan akan berlaku satu lawan satu.

Ada rakan rakan dalam UMNO berkata, pertandingan nanti akan menyaksikan pertemuan buku dengan ruas kerana pengaruh diantara kedua orang ini sama kuat dan YB. Ariff Shah telah menang dalam piliharaya Dewan Undangan Negeri (DUN bukannya Perlimen) lalu dengan mendapat 533 mejoriti. Hanya dengan membekalkan mejoriti 533 undi mampukan BN menewas calun PKR yang mana terbukti pengundi di Parlimen Permatang Pauh telah sekian lama memberi sokongan kepada PKR apa tah lagi calun yang akan diletakkan disitu ialah idola rakyat tempatan sejak muda remaja lagi.

Apa yang membimbangkan saya ialah sekiranya nanti mejoriti keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini melonjak lebih tinggi daripada mejoriti yang didapati oleh Datin Seri Wan Azizah dalam pilihanraya yang lalu. Apa bacaan rakyat terhadap kemampuan Barisan Nasional terutamanya UMNO, apa hala tuju UMNO selepas daripada ini dan bagaimana mahu diperjelaskan kepada rakyat bahawa UMNO masih kuat di Permatang Pauh, khasnya di Pulai Pinang.

Sekiranya dalam keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi kes yang memalukan dan dalam proses pendakwaan beliau masih menang dalam pilihanraya kecil nanti, apa lagi senjata UMNO untuk meruntuhkan pengaruh beliau, maka adalah diharapkan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Parmatang Pauh hendaklah berpihak kepada Barisan Nasional supaya suasana politik di Malaysia tidak akan terus gawat dan mendebarkan.

Sebut saja bertanding tentu sekali dapat melihatkan pengaruh masing-masing, kalau BN kalah dengan mejoriti yang besar, akibatnya tidak baik tapi kalau BN dapat mengambil kerusi Parlimen Permatang Pauh maka riwayat Parti PKR akan terus hanyut dan lenyap begitu saja. Dari segi logiknya memang susah BN mahu menang, sebab itulah pandangan daripada Tan Sri Annuar Musa supaya BN boikot pilihanraya ini saya sokong kerana daripada menerima aib dan orang dapat membaca kekuatan dan kelemahan kita lebih baik kita tidak mencuba di gelangang lawan. Tidak bertanding dan berdiam diri bukan bererti mengaku kalah.

Apabila orang bertanya saya, siapa yang akan menang, saya hanya sekadar berkata:-

sudah gaharu cendana pula.

Thursday, August 14, 2008

Takziah dan diiringi dengan doa buat Allahyarham Abang Haji Soh.

AL-FATIHAH

Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham
TUAN HAJI YUSSOF AB.RAHMAN
(Abang Haji Soh)
Ketua UMNO Cawangan Kubang Tok Sut, Bahagian Keterah,Kelantan.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan tanah perkuburan di kampung Kubang Tok Sut dan sembahyang jenazah akan disempurnakan jam 2 petang ini.
Allahyarham meninggal dunia setelah dimasukkan ke wad ICU 5 hari lepas kerana tidak sedarkan diri, Allahyarham adalah orang yang terawal berjanji untuk mencalunkan saya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian, tapi dihalang.
Peristiwa hitam ini akan saya paparkan setelah tempoh 40 hari berakhir.

Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Keterah, sempat menzairahi Allahyarham semasa beliau sedang tenat di wad ICU. di Hospital Kota Bharu.

AMIM.

UMNO BAHAGIAN KETERAH, AMAN.

Tanggal 13hb. saya tidak menulis, kerana saya takut pada angka tersebut, ada beberapa sebab yang membuat saya membiarkan tanggal 13 berlalu begitu saja, selain dari sejarah hitam negara iaitu persitiwa 13 mei, tanggal 13 juga membawa nasib malang kepada Barisan Nasional apabila kepimpinan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum dan hasilnya 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Begitu juga nasib politik saya dimasa depan, setelah selesai UMNO Bahagian Keterah mengadakan mesyuarat cawangan 2 hari lalu, saya hanya mendapat 13 pencalunan daripada 130 cawangan yang bermesyuarat sekadar cukup untuk menawarkan diri bagi dipilih jawatan Niab Ketua Bahagian, itu pun kalau pihak Bahagian tidak membatalkan mana mana cawangan yang mencalunkan saya, kalau ada unsur unsur yang tidak baik maka pencalunan saya mungkin kurang dan saya tidak layak untuk menawarkan diri untuk bertanding. Itulah yang agak malang dengan angka 13.

Berpegan kepada semangat berpatang maut sebelum ajal, usaha masih diteruskan untuk saya mendapat pencalunan lebih daripada 13 pencalunan kerana ada 3 cawangan lagi yang tertangguh mesyuarat termasuk cawangan saya sendiri dan sekiranya saya mendapat 14 pencalunan badi 13 akan terlepas dan saya berkeyakinan penuh saya layak untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Keterah yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Bahagian yang menang tanpa bertanding dan Datuk Alwi Che Mat Timbalan Ketua UMNO Bahagian juga menang tanpa bertanding dan alangkah bahagianya saya sekiranya di nobat oleh para perwakilan sebagai Naib Ketua Bahagian yang akan bernaung dibawah dua orang tokoh yang tak asing lagi di Negari Kelantan dan juga Malaysia.

Saya berbangga sekiranya dapat membantu Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Datuk Alwi Che Mat selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan bagi mempastikan UMNO Kelantan akan terus diperkasa bagi menghasilkan sebuah Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Cik Siti Wan Kembang pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Dalam berpolitik bagi memperkuatkan parti saya masih berpegan kepada pesanan pemimpin iaitu, kepentingan parti hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi, maka sebab itulah saya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti UMNO melalui sebuah jawatan yang dipanggil Naib Ketua.

Tak kenal maka tak cinta.

Tuesday, August 12, 2008

Tahniah Annuar Musa & Alwi Che Mat

UMNO Bahagian Keterah yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah sempurna mengadakan mesyuarat Agong Cawangan Cawangan hanya tinggal 2 Cawangan yang belum selesai dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Alwi Che Mat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah menang tanpa bertanding dijawatan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian sementara jawatan Naib Ketua belum boleh diumumkan menang tanpa bertanding dan diharap tidak akan berlaku pertandingan dijawatan tersebut supaya semua ahli parti dapat memberi tumpuan kepada gerakan bagi memperkasakan parti untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Di peringkat Pergerakan Pemuda penyelesaian belum lagi berhasil supaya tidak berlaku pertandingan di peringkat Ketua dan Naib Ketua iaitu di antara Adik Mat (Ahmad Abdullah) dan Mat Wi jawatan Ketua dan Iswadi, Hisham dan Zuri di peringkat Naib Ketua. Manakala Pergerakan Wanita dan Puteri semuanya menang tanpa bertanding.

Hanya bagi ahli ahli UMNO dalam DUN Kadok mereka mengharapkan Tan Sri Annuar Musa dapat memberi perhatian yang lebih kerana kekuatan PAS dalam DUN ini boleh menjejaskan peluang kemenangan kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang akan datang.

Ada ubi ada batas.


Sunday, August 3, 2008

6 Bahagian di Kelantan bersih !

Tan Sri Annuar Musa semasa berucap dalam majlis perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan dalam Bahagian Keterah, yang mana beliau adalah Ketuanya telah menekankan supaya tidak akan ada berlaku pertandingan merebut jawatan. Katanya biarlah UMNO Bahagian Keterah menjadi contoh kepada Bahagian Bahagian lain di Kelantan. Ucapan tersebut merupakan arahan beliau kepada Ketua Ketua Cawangan supaya tidak tergelibat nama -nama lain yang akan dicalunkan begi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua. Ahli UMNO Ketereh memang faham dengan stail dan cara kepimpinan beliau.

Dan saya cukup yakin, kehendak beliau itu akan dipatuhi oleh sebilangan besar Ketua Ketua UMNO Cawangan terutamanya kepada Ketua ketua Cawangan yang tidak mahu sakit kepala memikirkan soal pertandingan, apa tah lagi, parti baru saja berdukacita dengan kekalahan dalam pilihanraya baru lalu. Hanya kalau ada beberapa Cawangan yang mencalunkan orang lain daripada penjawat yang sedia ada, bukanlah kerana tidak mematuhi kehendak Tan Sri Annuar Musa tapi sebagai memberi sedikit pandangan kalau boleh penyusunan pentadbiran Bahagian di perkemaskan lagi dengan memberi ruang kepada orang yang boleh memberi sumbangan yang lebih dari apa yang ada hari ini. Itu pun kalau boleh dan dipersetujui.

Mengikuti blog sahabat saya Sayuti Omar MSO, saya tidak sependapat dengan beliau dalam isu supaya Tan Sri Annuar Musa mencontohi pendapat beliau sendiri semasa memberi pandangan dalam pertemuan dengan Tun Mahathir, supaya Tun meletak jawatan kerana UMNO pada ketika itu semakin tenat dibawah kepimpinan Tun Mahathir. Kerana di Bahagian Keterah belum ada pengganti yang cukup sesuai buat masa ini, kerana Timbalan beliau sendiripun belum bersedia untuk menjadi pengganti.

Adalah diharap, UMNO Keterah akan menjadi Bahagian yang akan memulakan kerja dengan penyusunan program bagi merampas kerusi kerusi yang tewas dalam pilihanraya yang lalu bermula dari sekarang kerana suasana dalam Bahgian yang tenang diatas daya usaha Tan Sri Annuar Musa menyusun barisan kepimpinan yang mengutamakan tugas dan tanggongjawab lebih daripada kepentingan peribadi.

Dengan demikian, Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bolehlah tolong jengok jengok ke Bahagian lain yang telah bermasaalah seperti UMNO Bahagian Tanah Merah dan Kubang Kerian, serta Bahagian yang akan berdebu seperti Bahagian Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir puteh, Pengkalan Chepa, Pasir Mas dan Kuala Krai. Yang menang tanpa bertanding ialah Tumpat,Gua Musang dan tentunya Keterah, Jeli dan Bachok termasuklah Macang kalau tak ada unsur luar.

Melihat kepada keadaan ini, adakah demokerasi dalam UMNO Kelantan akan dimatikan sekali lagi sebagaimana Tun Mahathir telah melakukan dulu iaitu Negeri Kelantan tidak payah ada pertandingan hanya beliau melantik orang yang beliau suka menjadi Ketua Bahagian. dan sekiranya perkara yang sama hendak dilakukan diatas alasan kalau bertanding akan berlaku perpecahan, maka pendapat sayuti itu boleh diterima pakai.