Saturday, November 29, 2008

Ingkar pada Akta Pertubuhan dan Tataetika Ahli UMNO, masih dibela!!

Sibuk saya dua tiga hari ini di kota Jakarta, banyak masa untuk bertemu dengan rakan kongsi bagi menyiapkan semua dekuman untuk akhir tahun. tambahan pula tahun 2009, negara Indonesia akan ada pilihanraya untuk memilih presiden baru.

Di Negara kita Malaysia pada bulan mac, yang pastinya UMNO akan mendapat Presiden baru, dan tradisinya Presiden UMNO akan dilantik menjadi Perdana Menteri, oleh itu prinsipnya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru pada tahun 2009, apakah Indonesia juga akan bertukar Presiden, sama-samalah kita tunggu.

Di Kelantan pula, sosek sosek mengatakan edah Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri juga akan berakhir, ini kerana Tan Sri Annuar Musa sendiri telah melahirkan hasrat untuk melepaskan jawatan itu, dan langkah terawal beliau ambil ialah dengan tidak bertanding Majlis Tertinggi.

Annuar Musa kearah ingin bersara dari politik, sama ada sementara ataupun tidak hanya beliau yang tahu, tapi orang no 2 dibahagian dah mula pasang bodi, langkah kedua nak cuba dalam majlis tertinggi pula, kerana usaha untuk memusnahkan bekas ketua pemudanya dari mendapat tempat dalam kepimpinan bahagiannya telah berhasil. Dengan Tan Sri Annuar Musa diminta tidak meneruskan usaha bagi membolehkan proses demokerasi berlaku dalam bahagian Ketereh.

Perlantikan pegawai dalam bahagian ketereh baru baru ini, sudah terang lagi bersuluh. Orang yang sentiasa mengikuti perkembangan politik bahagian keterah tentu arif dengan permainan dan lakunan, usaha saya untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa masih terhalang dan dihalang, kemana kah UMNO ketereh hendak dibawa sebenarnya, apabila ada lagi orang yang tidak mahu melihat demokerasi subur di dalam bahagian ketereh masih diberi tugas dan peranan dalam Biro Politik.

Dan orang yang dilarang aktif dalam parti mengikut akta pertubuhan dan Tataetika Ahli Umno, masih diberi tempat dan memegang steering didalam Bahagian. Siapakah orang itu? walaupun tidak diberi jawatan mengikut kelaziman dalam parti tapi diujudkan pos khas didalam bahagian. Untuk apa sebenarnya.

Pejabat Setiausaha Agong UMNO Malaysia tentunya tak peduli. Kerana UNMO dah tidak dijadikan sebagai parti untuk wadah perjuangan untuk bangsa lagi, dah jadi milik orang orang tertentu yang disukai saja. Kemana lagi Melayu hendak bergantung?.

Wednesday, November 26, 2008

Warga Asing & PR

Kerajaan Malaysia hendaklah menjaga Hak Warganegara, jangan jadi istilah kera dihutan disusukan, Dengar kabar Pak habib menteri dalam negeri beriya benar nak beri PR kepada Warganegara Asing., dengan cara hendak mempermudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan.

Dengan disokong oleh Ketua Setiausaha Negara, maka proses untuk kelulusan permohonan PR oleh warganegara Asing akan jadi cepat dan mudah, maka dalam sekelip mata saja, Negara kita akan dipenohi oleh rakyat asing yang ada PR, apatah lagi bukan setakat itu saja, dengar kabar mana mana Pegawai Dagang dengan keluarganya nak diberi kerja dengan otomatik. Siapa punya otak tak tahulah yang cadangkan benda ni.

Kerajaan Malaysia tentunya peka kepada masaalah rakyatnya sendiri, ramai lagi rakyat yang digelar lepasan mahasiswa masih menganggor, bahkan bilangannya ribuan. Tiba tiba ada suara yang hendak membela warga asing di bumi bertuah Malaysia, cadangan itu pula datang dari Menteri dan Pejawat Awam yang paling tinggi.l Meraka itu patut pertahankan 'hak rakyat' tapi nampaknya nak buka peluang kepada warga asing, baik bunyinya, tapi akan mendatangkan bencana kepada negara dimasa yang akan datang.

Kepada mereka yang ada KUASA, janganlah nak jadi jagoh kepada rakyat asing, jadil;ah jagoj kepada anak bangsa sendiri, jangan jual maruh kerana nak tunjuk baik hati dan prihatin kepada sesama manusia, sedangkan manusia warganegara Malaysia masih lagi mengharapkan pembelaan nasibnya kepada kerajaan dan para pemimpin.

Pegawai Pegawai Kerajaan yang diberi tugas dan tanggongjawab janganlah jadi pak angguk saja, kenalah bantah terhadap cadangan yang tidak menguntungkan nasib bangsa, menteri pun kalau buat keputusan yang tidak berapa kena hendaklah ditegur dan beri pandangan balas, begitu juga pada KSN, tidak semestinya dia jadi orang No 1. dalam pentadbiran awam keputusannya betul belaka.

Sekiranya Kerajaan hari ini mahu terus mendapat sokongan daripada pegawai kerajaan, maka perkara perkara yang difikirkan tidak menguntungkan nasib rakyat jangan diarah pegawai melaksanakan. Bincang dan kupaslah biar lumut dulu, berilah peluang kepada pelaksana memberi komen dan pandangan jangan ikut sedap arah saja, kerana tindakan yang terburu buru dan ikut sedap akan memuakkan pegawai pelaksana. dan ini tidak menguntungkan kerajaan dari segi mengekalkan kuasa dan kekuatan parti.

Jangan pandang rendah kepada pegawaui pelaksanaan dasar. mereka juga ada buah fikiran yang baik kerana meraka dilatih untuk menjaga kepentingan kerajaan.

Membenarkan warga asing mendapat PR secara mudah dan cepat dan memberi peluang kepada anak anak warga asing mendapat pekerjaan secara otomatik adalah mengundang padah bukan saja kepada Kerajaan bahkan kepada suasana rakyat yang tidak selesa.

Jangan ambil tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan.

Monday, November 24, 2008

Malaysia tanahairku......dimana tanah melayu?

Datang lagi ke jakarta, hari ini bertemu dengan beberapa ahli perwakilan rakyat, bertanya kabar persiapan pemilu 2009. banjir mula melanda didaerah pendalaman, isu kemiskinan masih jadi topik politik, isu kurapsi dan penyalahgunaan kuasa dan kestabilan ekonomi juga menjadi topik hangat didada akhbar. Semuanya pasal pilihanraya.

Bagi rakyat yang miskin, mereka sudah tidak tahan lagi tinggal dikampung halaman, mereka pasrah sekiranya dijemput untuk berhijrah ke kota atau pun kenagara lain untuk mencari rezeki, mereka akan ingkar terhadap peribahasa, hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri, kerana mereka sudah tidak tahan dengan kecelakaan kesempitan hidup yang dialaminya.

Oleh itu mereka memilih negara tetangga, Malaysia. mereka bersedia menjadi koli asalkan boleh makan dan pakai dan sedikit bekalan untuk hari tua selain dapat berbelanja untuk keluarga dihari lambaran disamping menanggong perbelanjaan sekolah anak-anak. Mereka rela ditempatkan dirumah-rumah kongsi yang serba kekurangan, mereka jua rela kadang-kadang diserkah oleh majikan dengan kata kata kasar dan kesat. hanya kerana perit untuk hidup di negara sendiri yang lebih daif.

Kita pula rakyat Malaysia, kadang kadang tidak memikirkan soal kemiskinan, kerana purata rakyat kita hidup dialam serba ada, serba dapat, ada tempat tinggal, tempat makan dan tempat beribadat dan bagi kaki rewan ada tempat istirehat dan berkumpul untuk berborak.

Kadang kadang kita biarkan sesetengah pihak memperkotak katikkan keharmonian rakyat, kesejahtera dan perpaduan yang sudah lama ujud mula dipertikaikan, ada pemimpin politik cuba membakar kemarahan golongan tertentu. Peristiwa papan tanda di Pinang sekiranya dibiarkan berlarutan akan mencetuskan hura hara, dan apabila hura hara berlaku didalam sebuah negara itu maka akan jadi kucar kacir, maka ekonomi pun tidak stabil, politik hancur dan negara akan jatuh papa, yang ditanggong oleh rakyat adalah kehancuran, maka rakyat juga akan jadi miskin sekiranya negara tidak aman. Apakah kita pula akan lari ke negara jiran bagi mencari rezeki untuk hidup?

Bersatulah bangsa melayu, UMNO, PKR, PAS dan lain lain anggota politik melayu, diminta pandang diri masing-masing, apakah diwaktu ini masih memikirkan kemenangan ideologi perjuangan masing-masing daripada mahu melihat Melayu Utuh dan Kuat. Sekiranya kamu wahai para pemimpin ummah masih sayang pada pangkat dan darjat maka akibatnya anak cucu cicik kamu yang bernama keturunan MELAYU akan hilang didunia ini.

Lim Guang Eng akan jadi hero pada bangsanya.

mahukah kita.

Sunday, November 23, 2008

Pemuda & Wanita, Melayu & Kuasa.

Pemuda UMNO akan dapat ketua baru menjelang mac 2009, begitu juga wanita UMNO apabila Sharizat Jalil umum akan tanding Ketua. Ini bermakna peralihan kuasa gagal, kerana cara peralihan kuasa itu sendiri sudah tidak cerdik dan memalukan wanita. Pemuda pula jadi tidak cerdik apabila calun calunnya iaitu Mukhriz dan Khir Toyo royak tak mahu jadi menteri apabila menang jadi Ketua Pemuda, Lepas tu kalau kalah bagaimana, sekiranya Dato' Najib nak lantik jadi menteri tak mahu kah mereka berdua itu?.

Pemuda UMNO akan lebih maju sekiranya ahli ahli perwakilan memilih pemimpin mengikut anjakan, iaitu pemimpin yang telah dilatih dan diberi peluang untuk memimpin, begitu juga dengan Wanita, yang nak berhenti tu berhentilah tak usaha nak tunggu hanya selama 3 bulan, beri lah kawan naik pangkat jangan dok nak tongkat langit.

Khairy dan Shahrizat mampu memimpin pergerakan sayap parti, mereka berdua telah dilatih untuk memimpin, kerana sekarang ini mereka adalah Naib kepada ketua dipergerakan sayap parti, pengalaman sebagai naib yang selalu membantu ketua boleh dijadikan modal untuk meneruskan perjuangan.

Melayu hari ini nampak sedikit tergugat, Ibrahim Ali tubuh PERKASA kerana nak perkasakan melayu, dah bermacam pertemuan dan wacana diaturkan untuk mencari formula supaya melayu tetap utuh dibumi Malaysia ini, semua orang dan tenaga digunakan untuk tujuan yang baik itu, mereka yang bersara diajak bersama berganding bahu untuk memperkuatkan organisasi PERKASA supaya nampak perkasa dan berjasa. Mudah mudahan usaha Ibrahim Ali akan didukong oleh khairy dan Shahrizat bagi memperkasakan ketuanan Melayu.

UMNO melalui pemuda dan wanita mampu menjadi juara kepada orang orang melayu dan akan menjadi barisan depan untuk memperkasa dan mempertahakan maruah melayu dibumi kelahiran bangsanya. Melayu tetap akan bermegah selagi pemimpinnya meletakkan keutamaan perjuangan bangsa didepan lebih dari perkara bercakaran sesama sendiri untuk mencari pepuloriti diri.

Bagi mempastikan pemimpin melayu dihormati ianya tak boleh lari dengan kuasa, oleh itu sesiapa yang ada jawatan tapi tak ada kuasa dalam dunia akhir zaman ini tidak akan dapat sokongan dan dokongan, oleh itu bercakap tak mahu jawatan apabila menang dalam sebarang pertandingan sebenarnya omong kosong yang tidak datang dari lubuk hati sejati. Waspadalah orang semacam ini.

Kuasa akan menentukan hala tuju perjuangan. tanpa kuasa, pemimpin akan jadi macam tepong apam, jadi makanan pagi kepada pengulas politik di kedai kopi.

Thursday, November 20, 2008

Rasuah, Artis, Politik Wang dan Tanah Suci.

Di Jakarta, gambar gambar calun untuk menjadi Wakil dalam pemilihan Pemilu (Pilihanraya) 2009 untuk negara Indonesia dan lambang parti yang ingin bertanding telah dipamirkan secara billboard ataupun poster, Macam macam telah dilakukan para pendokong parti, semangat para pengikutnya telah ditanam, slogan slogan yang indah telah dipamirkan. Hebat Jakarat menjelang Pilihanraya Presiden 2009 nanti. Apakah SBY mampu terus menjadi Presiden Indonesia.

Disamping berita biasa, berita yang hangat sehari dua ini berhubung mantan Menteri Setiausaha Negara, Sdr Yusril Ihza Mahendar, beliau telah dipanggil oleh pejabat Pendakwaraya dan telah memberi keterangan sebagai saksi diatas satu kes yang melibatkan pegawai pegawai atasan semasa beliau menjadi Menteri Kehakiman dulu berhubungan komisen sebanyak USD33 juta lebih, beliau memberi keterangan selama 8 jam.

Beliau adalah kenalan rapat saya, hari ini dipanggil lagi untuk terus memberi keterangan, jadual sepatutnya makan tengahari bersama saya ditanggohkan kemalam nanti. Sementera berita hangat dikalangan artis pula ialah Nia Rudhani (Bawang Merah) sedang asyik bercinta dengan anak Lelaki bongsu Abu Rizal Bakrie, Menteri Kebajikan dan salah seorang yang terkaya di Indonesia ketika ini. Nia telah pun sempat berada di Malaysia dan Kelantan pada tahun 2006 atas undangan seorang Ketua Pemuda UMNO di Kelantan.

Yang pasti, bayaran untuk seorang muslim menunaikan haji dari Indonesia lebih mahal dari rakyat Malaysia. Dengarnya selepas musim haji nanti ramai orang politik di Malaysia akan menunaikan Umrah dengan membawa sama balaci balaci tukang kempen sebagai hadiah diatas kejayaan dipilih dan terpilih dalam mesyuarat Agong UMNO Bahagian yang baru lalu.

Apakah membuat kebajikan dengan membawa orang kuat ketanah suci untuk Umrah menjadi kesalahan dari segi Tataetika Ahli UMNO dan boleh diketogeri sebagai Politik Wang. Berfungsikah Ibu Pejabat UMNO selagi mereka mereka itu masih disitu?.

Monday, November 17, 2008

UMNO, LARUT & MALANG.


UMNO

Mengapa orang bercakap pasal UMNO, kerana UMNO adalah sebuah parti yang menjadi tunggak kepada Barisan Nasional dalam pentadbiran negara. Perdana Menteri adalah dari parti UMNO, suka tak suka, sokong ataupun tidak cerita lain, realitinya. UMNO tetap jadi perhatian rakyat malaysia, dulu dan kini, masa depan belum tahu.

UMNO dah selesai proses pemilihan pemimpin, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan diistihar sebagai Presiden UMNO pada 24hb. Mac, 2009 nanti di Dewan Merdeka, PWTC, dan selepas daripada itu apabila dapat perkenan daripada Yang Di Pertuan Agong beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Setelah Dato Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka beliau akan membariskan jemaah menteri dibawah pentadbirannya. Disini akan melihatkan kemampuan Dato' Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Bersih kah Menteri yang dilantik, atau mereka yang telah ditolak oleh rakyat akan terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. 2009 akan menentukannya.

LARUT

Walaupun proses pemilihan pemimpin hampir 100% selesai, tapi ada lagi 5 Bahagian sedang meniti arus, bagaimana nasib yang akan diterimanya, Ibu Pejabat UMNO sedang berkarang skrip bagi dilakunkan oleh watak watak yang akan diberi peranan, kerana parti UMNO sekarang telah terpesong dari matlamat asalnya supaya bersikap ADIL.

UMNO akan larut pengaruhnya, seperti sebutir garam, dari masim sudah terasa payau dan tentunya air garam itu tidak akan dapat dibeku semula sekiranya mesin teknologi tidak diampungkan, untuk menyelamatkan garam supaya beku semula, IBU PEJABAT UMNO kenalah diperbetulkan.

Supaya UMNO Bahagian Larut dapat diselesaikan dengan cara kemanusian dan kekeluargaan. Jangan biarkan tangan tangan halus meraba kesucian perjuangan ahli ahli UMNO disana, kerana tangan tangan halus itu seperti racun yang teramat bisa. Dia boleh menentukan ikut kehandak hatinya, ikut kemahuan kaum kerabatnya. untuk menunjukkan kerakusan kuasanya. Kelak nanti UMNO yang akan punah ranah dan membuat melayu sudah serik untuk menyokong UMNO.

Jangan biarkan UMNO akan hilang dalam kelarutan.


MALANG


Maka malanglah nasib orang melayu yang menjadi ahli parti UMNO untuk menyerah nasib bangsanya kepada perjuangan yang bermoto "BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT," YANG MENGHARAPKAN KEPADA PEMIMPINAN MELAYU YANG BERUGAMA ISLAM. dan bertambah malang lagi sekiranya pemimpin yang dilantik yang diharapkan menjalankan kerja dengan setia dan usaha telah memesongkan akidah perjuangan kerana hanya menghitung keuntungan peribadi dengan menafikan hak hak ahli secara adil.

Apabila ahli merasa nasibnya akan malang bersama UMNO, maka ia akan tinggalkan perjuangan itu, buka dia seorang tapi bersekali dengan anak bini, keluargan, sahabat dan pengikutnya sekali, dan apabila ini terjadi maka UMNO lah yang akan diLARUTkan menjadi nasib yang MALANG.

Siapakah orangnya, yang membuat UMNO, LARUT ,MALANG sudah terang lagi bersuluh.

Sunday, November 16, 2008

ALLAH selamatkan UMNO

Assalaimualaikum. Para pembaca bolg yang dihormati sekalian, pertamanya saya memohon maaf kerana dua tiga hari ini tidak sempat menyampaikan berita yang ku dengar dan ku lihat kerana masaalah teknikal (seperti teknikal pencalunan saya untuk bertanding naib ketua umno bahagian keterah tempoh hari).

Hari ini kita akan membicarakan 2 topik berhubung dengan UMNO.

1. Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO malaysia.

Persoalan yang timbul kenapa Rafidah masih berdegil untuk menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia selama 3 bulan selepas Pergerakan itu akan selesaikan mengadakan Mesyuarat Agong pada bulam Mac 2009. Yang peliknya Exco Wanita UMNO turut setuju dan juga mahu supaya Sharizat Jalil menjadi Pemangku Ketua Wanita UMNO selama 2 setengah tahun tanpa ada pembantu iaitu Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kenapa begitu ceteknya otak Exco Wanita UMNO, bunyi wanita dah jauh hebat kedepan, rupa-rupanya belang sudah pecah, wanita UMNO hari ini tidak sehebat macam wanita dizalam Tan Sri Fatimah Hashim ataupun di masa Tan Sri Aisah Ghani, kental dan waras dalam membuat keputusan. Tidak seperti Wanita UMNO di Zaman Rafidah, kaku dan kelu, bercakap saja lebih tapi apabila berhadapan dengan setuasi untuk kepentingan parti mereka itu jadi merapu.

Kedudukan Wanita UMNO sekarang terletak diatas kebijkasaan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian2 dan perwakilan. Kalau diharapkan kepada Exco Wanita maka kelemababpan gerak kerja wanita UMNO masa depan boleh meranapkan UMNO dimasa akan datang. Wanita UMNO mesti terus kemas dan mantap, baru boleh mendatangkan hasil yang memuaskan, tidak seperti Rafidah hanya glamour dengan AP, yang tidak sedar bahawa UMNO itu untuk orangramai bukan untuk dibungkus bersama usianya.

Shahrizat Jalil kena terus berjuang untuk menerajui Wanita UMNO, dizaman ini peluang tidak mudah datang, usaha kena diteruskan, peduli apa kepada seorang dua Exco Wanita yang otaknya sudah punah, yang tak reti membedzakan antara sokong orang dan sokong perjuangan. Mereka yang sokong Rafidah supaya terus mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO selamat tiga bulan, sebenarnya mereka itu sudah buta hati, sudah ditutup kewarasannya oleh para hantu dan syaitan.

Tun Mahathir tentunya lebih tahu pail dan perangai Rafidah. Bercakaplah wahai TUN sepertimana Tun bercakap dalam blog Che Dek kepada orang lain, fail-fail BPR yang sampai kemeja TUN semasa menjadi Perdana Menteri tak usah disembunyikan lagi, bercakap supaya UMNO terus kuat, inilah masanya untuk membersihkan supaya orang orang dizaman TUN Mahathir dulu direhatkan menerajui kabinet Malaysia.

2. Displin dalam UMNO.

Satu lagi perkara yang agak muak untuk dibicarakan, pemimpin UMNO bercakap berdegar degar tentang Tataetika Ahli UMNO, sebuah buku merah dikeluarkan dan diedarkan keseluruh negara supaya ahli ahli UMNO mematuhi Tataetika Ahli UMNO bagi mengelakkan supaya persidangan Cawangan, Persidangan Bahagian dan Perhimpinan Agong UMNO tidak dipengaruhi oleh Politik Wang dan penyalahgunaan Kuasa.

Contoh yang terdekat, ialah lapuran politik wang dan tataetika ahli ahli UMNO yang telah dilapur melalui Pengerusi Lembaga Displin Parti dan Setiausaha Agong UMNO, sehingga hari ini tidak kedengaran satu tindakan pun yang telah diambil setelah semua UMNO Bahagian selesai mengadakanb mesyuarat Agong Bahagian.

Apakah dari 900 hingga ke 1000 lapuran yang telah diterima oleh Ibu Pejabat UNMO tidak ada satu pun lapuran itu yang boleh disabitkan kesalahan, yang mana dalam buku merah Tataetika Ahli UMNO perkara 5. telah dengan terang melarang ahli parti yang hendak bertanding tak boleh buat perjumpaan dan jamuan untuk tujuan berkempen. Dan setelah lapuran diserah kepada IBU PEJABAT UMNO, maka tugas Setiausaha Agong UMNO iaitu Tengku Adnan Mansor mestilah ambil tindakan. sekarang apa dah jadi dengan lapuran itu? setelah 2bulan berlalu, kedudukan masih lagi sepi, sedangkan orang yang membuat kesalahan dan melanggar peraturan Tataetika Ahli UMNO sekarang ini sedang bermegah dan bergaya dengan jawatan yang dimenanginya dan ada yang telah dipilih sebagai Wakil ke Perhimpunan Agong UMNO (G7) pada mac 2009 nanti.

Mungkin dibulan mei 2009 nanti maka adalah seorang pula yang menang jawatan MT atau Naib Presiden akan digantung keahliannya dan dilucutkan jawatan kerana menyalahi Tataetika Ahli UMNO untuk dijadikan "bahan" bahawa UMNO telah membenteraskan politik wang dan kuasa.

Sedangkan orang yang berkuasa di Ibu Pejabat UMNO terus bermaharajalela mengunakan kuasa denga angkuh dan rakus yang telah melanggar perkara 8. tataetika ahli UMNO. Bertindak Adil lah kepad ahli, supaya UMNO tidak dihancur kerana kejahatan oleh pentadbir.

Selamatkan UMNO untuk Islam&Melayu.

Wednesday, November 12, 2008

lantik jangan tak lantik

perlantikan jawatankuasa Bahagian ketereh oleh Tan Sri Annuar Musa ditunggu tunggu oleh ahli ahli parti, kerana jawatankuasa yang akan dilantik nanti akan berperanan bekerja bersama sama bagi memperkasakan semula UMNO ketereh. Dua tokoh ini disebut sebut diantara beberapa orang lain yang akan dilantik oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Bahagian 2008/2011.
yang dijangka dilantik sebagai jawatankuasa UMNO Bahagian ketereh. yang mana ustaz mat harun dari DUN Melor dan Mat Ghani dari DUN Kok Lanas. dari DUN Kadok tak payah lantik jawatankuasa kerana sudah 8 orang menang dalam pertandingan jawatankuasa Bahagian, manakala dari DUN Kok Lanas dan Melor masing masing ada 6 orang jawatankuasa yang menang.

Dengar kabar banyak kemungkinan akan berlaku di Bahagian Ketereh, cerita perlantikan senator dan timbalan menteri kedengaran sosek sosek. kalau ini terjadi memang ahli ahli UMNO ketereh perlu gah kerana ahlinya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan. tapi nak dilantik senator tu mesti rekod peribadinya clear. Sanggupkah Tan Sri Annuar Musa tolong selesaikan masaalah orang itu.

Tuesday, November 11, 2008

Apabila SETIAUSAHA AGONG, tidak setia dan tidak usaha?

Tataetika Ahli UMNO Perkara 5. SALAHLAKU. Ahli Ahli parti dilarang daripada melakukan perkara perkara berikut:-




5.1 Rasuah/Sogokan Politik.
5.1.1 menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
CONTOH (b) muka surat 8 dalam buku Tataetika Ahli UMNO iaitu mengguna wang untuk mendapat undi.

Dalam hal ini Lembaga Displin parti tentunya akan mengambil ,perhatian yang serius kerana pelapur telah membuat aduan secara rasmi kepada SETIAUSAHA AGONG UMNO dengan membuat Aduan secara bersumpah serta dengan barang bukti iaitu wang tunai sebanyak RM1,300 ringgit.

Sekiranya lapuran yang dibuat oleh Ilias bin Hamad itu betul, alamatnya UMNO sudah tidak dihormati oleh pemimpinnya sendiri, kalau diri sendiri tak hormati perjuangan maka tak lama akan terkuburlah sebuah perjuangan itu.

Apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan oleh mereka yang mempersendakan Tataetika Ahli UMNO yang dicipta sebegitu rupa untuk menyedarkan ahli ahli parti, sama samalah kita tunggu sekiranya mereka yang didakwa itu benar benar bersalah.

Kalau Dato' Mat Zain, bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang sekadar digantung keahliannya selama 3 tahun kerana didapati bersekokong dengan calun bebas dalam pilihanraya lalu, sementara Zaharin Mat Yasin (Sang Kelembai) dipecat dari UMNO kerana mengkritik pemimpin, apakah bentuk tindakan bagi mereka melanggar Tataetika UMNO?.

Kalau mereka melakukannya di UMNO Bahagian Ketereh, mungkin mereka itu terlepas daripada tindakan kerana SETIAUSAHA AGONG UMNO akan minta Ketua Bahagian menyelesaikan masaalah. Dan mana mungkin sebagai seorang ketua akan menghukum akan buahnya dengan menjatuhkan hukuman yang berat, kalau nak hukum pun hanya sekadar memberi amaran keras seperti mana Lembaga Displin menjatuhkan hukuman kepada Ketua UMNO bahagian Seremban tempoh hari.

Dato' Najib nampaknya akan menanggong beban diatas kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa di IBU PEJABAT UMNO dengan membelakangkan Perlembagaan Parti Fasal 20 (20.8) dan Tataetika Ahli UMNO Perkara 8. Tingkahlaku Sewaktu Menjawat Jawatan Dalam Parti.

Di Ibu Pejabat UMNO kadang kadang keputusan dibuat tanpa menyiasat secara terperinci setiap aduan dan rayuan yang dibuat terutamanya oleh SETIAUSAHA KERJA, yang kadang kadang lebih berkuasa daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong.

Parti UMNO akan hancur sekiranya orang orang yang tidak amanah dan ikhlas dilantik. tambahan pula wajah orang itu suka menyalahgunakan kuasa dengan rakus dan sombong.

Monday, November 10, 2008

TATAETIKA AHLI UMNO PERKARA 8 (8.1)

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam meminta Lembaga Disiplin Umno agar menyegerakan siasatan berhubung gejala politik wang bagi menghalang individu yang bersalah daripada bertanding pada pemilihan parti Mac tahun depan.Tengku Adnan membuat saranan itu sebagai memanjangkan permintaan Presiden UMNO yang mahukan siasatan disegerakan supaya mereka yang bersalah (terlibat) tidak boleh bertanding.

Permintaan ini ada logiknya kerana kalau ada yang bersalah tetapi terpilih memenangi jawatan, mereka perlu melepaskan jawatan itu atau akur dengan penemuan dan arahan Lembaga Disiplin," katanya kepada pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya semalam.Lagipun menurut Tengku Adnan, keputusan itu dibuat oleh Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam mesyuarat melibatkan Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail, Tengku Adnan dan Abdullah sendiri.Tengku Rithauddeen berkata ada calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan Umno, termasuk bagi jawatan tertinggi peringkat Pusat, mungkin didakwa kerana kesalahan rasuah sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Persoalannya, apakah keputusan ini hanya untuk calon yang bertanding untuk jawatan tinggi parti atau turut membabitkan pertandingan Ketua Bahagian?Dan cadangan itu bagi calon yang bertanding.

Bagaimana dengan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Setiausaha Agung Umno itu sendiri kerana didakwa menyalahguna kuasa berkaitan mesyuarat dan pencalonan peringkat Bahagian-Bahagian UMNO?Apakah kes ini turut dikategorikan sebagai rasuah politik atau apa?

Semalam, mengulas mengenai masalah di beberapa bahagian, termasuk Umno Bahagian Tanah Merah yang membuat laporan polis terhadap Tengku Adnan kerana didakwa menyalahguna kuasa serta Umno Bahagian Larut berhubung pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata:“Jawatankuasa Pengurusan akan menentukan dasar dan tafsiran terhadap perlembagaan dan peraturan, manakala ibu pejabat pula meneliti dari segi fakta.“Peranan jawatankuasa perhubungan negeri pula memantau dan memberi maklumat secara tepat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi masalah timbul sebab fakta disampaikan bercanggah yang akhirnya menyebabkan keputusan berbeza dan ini yang perlu diselesaikan,” katanya.

Persoalannya apakah Lembaga Disiplin akan turut menilai kes-kes seumpama ini atau sekadar memperbetulkan ‘kesilapan’ dan ‘penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung”, jika ada.Setakat ini, dua bahagian jelas tidak berpuashati dengan arahan Setiausaha Agung iaitu Bahagian Tanah Merah dan Larut.Pada, 7 Nov ember lalu, Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di Kuala Lumpur terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Bahagian itu Amran Abdul Rahman di Balai Polis Sentul di sini tengah hari tadi.Amran berkata laporan itu dibuat kerana Tengku Adnan didakwa menyalahgunakan kuasanya berhubung satu arahan bertulis kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan berkaitan mesyuarat cawangan.

Selain laporan polis, seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu kelmarin bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz bersidang.Mereka didakwa tidak membuat pembayaran yuran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Ikmal Hisham sepatutnya diumumkan sebagai Ketua Bahagian yang baru setelah menang tanpa bertanding.Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik di kelamrin terpaksa ditangguhkan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

Sementara dalam kes UMNO Bahagian Larut, ia turut membabitkan isu yuran keahlian dan membatalkan pencalonan Ahli Parlimen Larut , Datuk Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Bahagian.Tengku Adnan minggu lalu menjelaskan Hamzah boleh bertanding Ketua UMNO Bahagian Larut berdasarkan Perkara 6.3 yang dibaca bersama Perkara 6.3.8 Perlembagaan UMNO.

Di bawah perkara itu, seseorang yang belum menggunakan haknya di Bahagian lama boleh menggunakan haknya di Bahagian yang baru termasuk memilih dan dipilih.Beliau kata demikian kepada Agendadaily Isnin lalu sebagai mengulas keputusan Bahagian Larut batalkan pencalonan Hamzah.Menurut Tengku Adnan Ketua UMNO bahagian itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar boleh dikenakan tindakan jika tidak mengadakan mesyuarat UMNO bahagian sehingga tarikh akhir semua mesyuarat bahagian ditetapkan perlu diadakan iaitu pada 9 November.

UMNO Bahagian Tanah Merah dan Larut kini mengharapkan Najib melihat masalah mereka dan dengan beberapa bahagian UMNO lain yang ditangguh mesyuarat, kedua-duanya mahu keputusan dan budi bicara Tengku Adnan terhadap orang tertentu turut disiasat.Dilaporkan, Lembaga Disiplin Umno dan BPR sudah menemui mekanisme yang akan digunakan untuk menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang mesyuarat perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu.

BPR dengan kerjasama Lembaga Disiplin Umno akan mendakwa pemimpin dan ahli Umno yang terbabit rasuah, politik wang dan salah guna kuasa, walaupun selepas Perhimpunan Agung Umno Mac depan.Pengarah BPR Sabah yang baru, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Jalil Jaaffar, kelmarin berkata dua pemimpin Umno peringkat bahagian yang disiasat BPR kerana dipercayai cuba menyogok perwakilan pada persidangan perwakilan Umno bahagian baru-baru ini, akan didakwa tidak lama lagi mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

(dari blog Hambali Latiff)

seketika di ketereh




cikgu mat yani, menang no 1 dalam pemilihan G7. salah seorang yang menjadi ketakutan oleh puak yang didokong oleh........kerana berani bercakap terus terang. (beliau juga menang j/kuasa bahagian)

cikgu jemi (azmi ishak) bekas wakil rakyat, dapat no 2 dalam G7. dibelakang beliau ialah cikgu ghazi dan sdr mat ghani.










cikgu seman omar, no 3 dalam G7, tapi dapat no 1 dalam jawatankuasa, undi tertinggi hampir 100%, mengalahkan abang Datuk Hj.Alwi, ustaz zubir che mat yang dapat tempat ketiga.




gambar semasa persidangan UMNO Bahagian Keterehustaz harun penyokong ku li dan cikgu mat amin tarik diri bertanding G7.




abang daud kedai piah, orang lama.







inilah orangnya yang menghalang proses demokerasi berjalan dengan baik di bahagian ketereh. namanya ustaz kamaruddin said, kerja sebagai pegawai JASA. tapi nasibnya masih baik, menang no4. G7. dah pergi haji tapi.......?



cikgu jali jusoh, hampir tewas dalam pertarungan G7, menang yang ke 7 lebih satu undi dengan mat jelira, bekas ketua pemuda. dibelakang dia cikgu baharuddin md noor dan yang pegan songkok ialah cikgu azawi, yang kempen jawatankuasa dengan memberi pemetik api (mencis) tapi tewas walaupun diberi kesempatan berkempen dengan menjadi wakil menyokong usul.

Antara Bahaya dan Lebih Bahaya.

Perlantikan Menteri

Jawatan dalam kerajaan terutamanya menteri hendaklah diberi kepada orang yang betul betul mampu untuk merealisasikan wadah perjuangan negara, mereka yang betul betul bersih dari segi perangai dan mental. tidak hipokrit. serta jujur dan amanah. Rakyat akan menilai dari masa ke masa dan akan membuat keputusan memilih sebuah kerajaan apabila pilihanraya diadakan nanti.

Pak Lah boleh melantik sesiapa saja yang dia suka, kerana kuasa beliau sebagai Perdana Menteri adalah kuasa mutlak, walaupun kena dapat perkenan dari Yang DiPertua Agong. Tapi dengan melantik seseorang menteri kerana nak jaga hati seseorang ataupun karabat dalam barisan ianya akan membuka ruang kepada pembangkang untuk mempengaruhi rakyat sekiranya perlantikan orang itu penoh kontravasi.

Kerajaan sekarang berada dalam keadaan bahaya, Anwar Ibrahim sentiasa mengintai peluang untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara demokerasi. MCA pula sedang berkira kira bagaimana hendak memberi ruang kepada Timbalan Presidennya supaya berada sama dalam kabinet.

Pak Lah perlu bijaksana, jangan pisang berbuah dua kali, skandal video lucah masih difikiran rakyat jelata, salah membuat perhitungan rakyat yang akan menerima padah terutamanya yang menyokong UMNO dan BN.

Bahaya kepada BN kalau kehendak rakan dalam barisan tidak ditunai, tapi dalam menentukan kepentingan negara pucuk pimpinan hendaklah menghitungkan keputusan yang tidak lebih bahaya. Perlantikan jemaah menteri adalah ukuran sebenar kemampuan seorang Perdana Menteri.

Diharap dizaman Dato' Najib nanti faktor di Antara Bahaya dan Lebih bahaya diambil kira.

Tolak calun yang payah dihubungi sebelum ini.

Siapa bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2009. Inilah topik yang sedang dibuka untuk perbincangan rakyat Malaysia hari ini. Dan siapa pula yang dipilih oleh perwakilan UMNO untuk diamanah sebagai Naib- Naib Presiden UMNO nanti.

Tiga wajah telah diberi peluang untuk menunjukkan kepimpinan, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Datuk Seri Ali Rastam dan Tan Sri Muhammad Mat Taib, Rekod perkhidmatan kepada parti kah yang akan dinilai oleh perwakilan nanti, atau ada faktor lain yang akan diberi perhatian untuk membolehkan salah seorang itu dimahkotakan sebagai Timbalan Presiden Parti.

Ketiga tiga mereka itu ada pengalaman dalam mentadbir negeri, selain daripada Ali Rastam yang sekarang menjadi Ketua Menteri, Tan Sri Mahyuddin dan Mat Taib juga pernah menjadi Menteri Besar, yang lebih pengalaman sedikit ialah Tan Sri Mahyuddin kerana beliau telah menjadi Menteri dibanyak Kementerian.

Naib Presiden pula semuanya muka muka baru, ada golongan tua dan ada golongan muda, Syed Hamid dan Rais Yatim adalah pelengkap seri bagi memeriahkan pemilihan Naib Presiden nanti supaya tidak menjadi tegang. Pemilihan Naib kali ini dikira pesta dalam pemilihan UMNO kerana calun calun yang layak untuk bertanding adalah terdiri daripada mereka yang betul betul berkemampuan dari segi kepimpinan dan pentadbiran.

Oleh itu bagi mengalakkan suasana jadi lebih meriah, Tataetika Ahli UMNO dikecualikan kepada calun calun naib presiden, berilah ruang kepada mereka untuk turun bertemu dengan perwakilan disetiap Negeri dan Bahagian, buatlah jamuan dan majlis dan tunjukkanlah mutu persembahan yang bagus untuk menarik perwakilan memilihnya.

Dan kepada perwakilan diminta supaya menjadi duta kecil Bahagian bagi mengisi tabung parti, carilah ruang dan peluang untuk memperkasakan UMNO Bahagian dengan mandat yang telah diberi oleh perwakilan yang telah memilih mereka itu sebagai G7 dan Pegawai Parti.

Pilihlah calun Naib Naib presiden yang boleh membantu ahli ahli parti. dan setelah menang mudah untuk dijumpai walaupun dia itu menteri. Calun calun yang sombong dan angkuh eloklah diketepi kerana dia hanya mahu mencari rezeki untuk perutnya sendiri.

8 muka baru dalam UMNO Ketereh.

UMNO Bahagian Ketereh selamat menjalankan Persidangan pada 8hb. Nov. 2008 dengan sempurna tanpa perkara yang tak diingini berlaku, ini semua kerana ahli ahli parti meletakkan keutamaan perjuangan lebih dari kepentingan lain dan juga diatas kebijaksanaan Tan Sri Annuar Musa mengendalikan isu dan suasana.

Dengan pengalaman yang begitu banyak semasa memimpin UMNO Bahagian, beliau telah meletakkan garis panduan kepada ahli ahli supaya lebih bersifat seperti aur dengan tebing dalam pakatan untuk mengukuhkan perjuangan dan meletakkan matlamat untuk mempastikan UMNO akan menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Semasa berucapa dalam majlis perasmian selain daripada merakamkan ucapan penghargaan terima kasih diatas khidmat Pak Lah sebagai Presiden dan Perdana Menteri dan keikhlasan dalam membawa UMNO terus stabil dengan memberi laluan kepada Dato' Seri Najib dan ucapan tahniah kepada Dato' Seri Najib yang akan dinobatkan sebagai Presiden pada bulan Mac 2009 nanti, beliau juga berharap ahli ahli UMNO di Ketereh dapat terus bersatu selepas pemilihan jawatan.

Katanya semua yang bertanding akan menang dan sebahagian akan menduduki jawatankuasa bahagian, yang tidak berpeluang diminta terus berkhidmat dan janganlah nanti ada diantaranya yang akan menjadi gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam.

Dalam pemilihan jawatankuasa bahagian beberap muka baru diberi kepercayaan oleh perwakilan seperti Suradi Muhammad, Wan Ghani Wan Pi, Ahmad Yani Muhammad, Nor Azme Hj Mohamad, Zakarian Ab.Rahman, Hj.Ab. Aziz Awang, Ahmad Deraman dan Hjh Hanisah Yaacob.

Lapan muka baru ini akan membantu Tan Sri Annuar Musa, untuk tempoh tiga tahun yang akan datang bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. Beriku adalah senarai Jawatankuasa UMNO bahagian Ketereh bagi penggal 2008/2011.

Tan Sri Annuar Mus, Ketua Bahagian (Menang Tanpa Bertanding)

Dato' Alwi Che Mat, Timbalan Ketua (Menang Tanpa Bertanding)

Ismail Latiff, Naib Ketua (Menang Teknikal)

Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan akan dimaklum setelah dibuat perlantikan.

Jawatankuasa yang kekal ialah, Hj.Mohd Amin Hj Yusoff, Hj. Sudin Ismail, Hj. Ariffin Yaacob, Ustaz Zubir Che Mat, Dr.Sanusi Mat Yajid, Mohamed Othman Omar, Md.Noor Jusoh, Hj. Ghazali Hj. Yusof, Hj. Mohamad Basri Hj.Awang, Aziz Deraman, Hj Mohd Pauzi Zakaria, Puad Zaki Zakaria.

Sementara Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO pada 24hb. Mac,2009 nanti ialah:

Yang Menang:-

1. Ahmad Yani Muhammad (Cik Gu Mat Yani)

2. Azmi Ishak (Cik Gu Jemi)

3. Mohamed Othman Omar (Cik Gu Seman)

4. Ust Kamarudin Said

5. Muhd Alwi Ali

6. Suhaidi Yusoff (Boh Di)

7. Hj. Ghazali Hj Jusoh.

Setelah selesai persidangan UMNO Bahagian, biasalah maka adalah yang tak puas hati, dengar kabar pejabat YKK ditingkat bawah diarah supaya ditutup oleh orang tertentu kerana tak puas hati dengan ucapan penangguhan yang telah disuarakan oleh Cik Gu Mat Yani, yang meminta supaya Ketua Bahagian, Tan Sri ASnnuar Musa menyusun pentadbiaran UMNO Bahagian yang didapati tidak begitu berfungsi untuk ahli ahli parti.

Diharap UMNO Ketereh tidak diundang masaalah selepas daripada ini.

Friday, November 7, 2008

Siapa jadi pilihan UMNO Ketereh.

Esok (8/11/08).

UMNO Bahagian Ketereh akan mengadakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian, Bahagian yang dikepalai oleh Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pemerhati politik sedang mengintai siapakah yang akan dicalun sebagai Timbalan Presiden dan Naib Naib Presiden.

Ini kerana Tan Sri Annuar sendiri sudah tekad dengan keputusannya yang belaiu tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat MT. Maka keputusan UMNO Bahagian Ketereh untuk mencalunkan sesiapa tidak akan terikat dalam sebarang senerio.

Datuk Seri Ali Rastam mengharapkan pencalunan dari Ketereh kerana beliau memerlukan cukup pencalunan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, begitu juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bagi jawatan Naib Presiden pula Dato' Rais Yatim dan Dato' Jamaluddin Jarjis juga mengharapkan keterbukaan ahli ahli UMNO Ketereh supaya mendapat pencalunan bagi mencukupkan untuk layak bertanding secara ramai-ramai.

Apakah hasrat Datuk Seri Ali Rastam, Tan Sri Muhammad Mat Taib, Dato' Rais Yatim dan Dato' Jamaluddin Jarjis mendapat simpati ahli ahli UMNO Ketereh terutamanya Tan Sri Annuar Musa dan ahli jawatankuasanya, Inilah yang ditunggu tunggu. Dalam hal ini kewarasan berpolitik hendaklah diambil kira tanpa memihak kerana urusan emosi dan berkepentingan.

Dan sekiranya ramai calun bertanding, bersukarialah mereka yang menjadi G7. Maka bertambah beratlah tugas Lembaga Displin, ,tapi mampukah?

Hanya sekadar mampu melihat, siapa yang makan nangka.

satukan OSAMA & OBAMA untuk keamanan!

O_AMA (S/B). Penohkan tempat kosong. Sekiranya dua orang manusia ini digabungkan bagi memperkasakan dunia, sudah tentu banyak keamanan akan dicapai terutamanya di Asia Barat. isu Plasten, Iraq, Iran Afgahnistan dan lain-lain dapat dileraikan dan dapat dimenafaatkan seperti menubuhkan sebuah syarikat Sendirian Berhad (S/B). Begitu jugalah akan kelihatan kehebatan apabila OSAMA/OBAMA disatukan untuk umat Islam dunia.

Thursday, November 6, 2008

tikus & labu di Ibu Pejabat UMNO.

UMNO punah berpunca dipejabat Setiausaha AGONG. Double Standard. Tidak prihatin kepada masaalah sebenar, ada pilih kasih dan kroni. tidak telus dan banyak lagi perbandingan yang boleh diucap bagi mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku di IBU PEJABAT UMNO. Ramai yang jadi mangsa termasuk saya.

Terbaru semalam saya terbaca berita berkenaan UMNO Bahagian Larut. Ketuanya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mempertikai kebenaran yang telah di keluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO yang membolehkan YB.Datuk Hamzah Zainuddin bertanding walaupun baru berpindah ahli dari Bahagian lain ke Bahagian Larut semata-mata nak bertanding Ketua UMNO Bahagian.

Kemudahan Datuk Hamzah berpindah ahli kerana beliau adalah kawan rapat dengan Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO, tiap waktu masa lapang beliau sentiasa bersama di restoran uncle don di Hartamas. Mudah dan senang kerja Datuk Hamzah manakala kedudukan Datuk Seri Raja Ahmad dalam delima, yang patut boleh menjadi Ketua bahagian dengan mudah tiba-tiba agak terancam sekiranya MT membenarkan Datuk Hamzah layak bertanding di Bahagian Larut. Datuk Tengku Adnan rujuk kepada perlembagaan bagi memperkuatkan hujahnya.

Tapi dalam kes saya, perlembagaan tidak diutamakan, melihat kes pun tak mahu, diserah bulat bulat kepada Setiauasah Kerja UMNO, tak layan langsung, apabila sempat bercakap melalui telepon seorang kawan beliau hanya memberi jawapan "kes kamu tu aku serah pada Annuar Musa". Oh hebat Setiausaha AGONG UMNO, bayangkanlah bagaimana saya akan mendapat keadilan, apabila kes saya diserah kepada Ketua Bahagian saya supaya diselesaikan. Saya disuruh merayu kepada orang yang telah menghukum saya.

Apabila kita orang kecil, kita tidak akan dilayan, budaya inilah yang akan melemahkan sokongan rakyat biasa kepada parti UMNO, hari ini keluarga saya kecewa dengan perbuatan orang hebat ibu pejabat UMNO, mungkin esok keluarga Datuk Seri Raja Ahmad pula kecewa, dan berapa ramai lagi yang akan turut kecewa kerana tidak ikhlasnya penjawat di Ibu Pejabat UMNO. Perlembagaan diguna ikut kehendak puak yang disukai saja.

Sekiranya perlembagaan dan peraturan diguna pakai, maka saya layak untuk bertanding kerana PERKARA 2, KUASA PERATURAN 2.2 dalam peraturan mesyuarat jelas mengatakan bahawa:

Jika persidangan atau mana mana mesyuarat jawatankuasanya didapati gagal mematuhi Peraturan Persidangan maka ini hendaklah dikira sebagai satu perkara luar aturan dan ianya tidaklah boleh membatalkan perjalanan Persidangan atau Keputusan yang telah dibuat.

Banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh Presiden parti terutamanya di Ibu Pejabat UMNO supaya parti untuk orang melayu berlindung akan terus didokong oleh rakyat dan tidak akan punah.

Jangan sampai terlambat!.

Sunday, November 2, 2008

Sesudah Subuh.

Beberapa UMNO Bahagian di kelantan selesai mengadakan mesyuarat agong semalam. keputusan pencalunan nampaknya bercampur-campur sama ada jawatan presiden,timbalan presiden dan naib naib presiden.

Ini menunjukkkan kehebatan ahli ahli UMNO kelantan bermain politik, terutamanya politik sesama sendiri. dan ia juga mengambarkan banyak ahli ahli peramal politik kecundang dalam membuat ramalan terutamanya pencalunan timbalan presiden.

Tapi ramalan calun presiden di Gua Musang adalah sangat tepat, hanya tiba tiba datuk shahril samad dicalunkan timbalan presiden jadi tanda tanya, apa muslihat Ku Li mencalun datuk shahril itu.

Ramalan yang tidak tepat sekali adalah pencalunan UMNO Bahagian Kota Bharu, rata rata pemerhati politik menganggapkan bahawa bahagian tersebut akan mencalun Datuk Ali Rastam sebagai timbalan presiden, ini kerana Datuk Ali Rastam adalah bapa angkat kepada UMNO Bahagian Kota Bharu, entah berapa banyak sumbangan yang telaqh dicurahkan oleh Datuk Ali Rastam kepada bahagian tersebut terutamanya semasa pilihanraya lalu.

Budi sudah tidak menjadi keutamaan dalam politik, terutamanya dalam UMNO. Budaya melayu sudah dipesongkan oleh pemimpin muda yang akan menjadi teraju kepada pemimpin negara dimasa yang akan datang. Bagaimana slogan hidup melayu hendak diperjuangkan sedangkan akar umbi perjuangan melayu berkait rapat dengan budi bahasa dan tata susila serta adat budaya yang menjadi pegangan orang orang melayu., sudah tidak didakap rapat oleh ahli ahli parti sekarang. budaya orang kita melayu iaitu berbudi, mengenang budi dan membalas budi sudah tiada dikalangan ahli ahli UMNO terutamanya di Kota Bharu dan Ketereh.

Saturday, November 1, 2008

daruratkan UMNO Kelantan.

Negeri Kelantan diperintah oleh PAS. Selepas pilihanraya umum yang baru lalu, kerajaan PAS terus berkempen dengan mengadakan ceramah dan aktibiti lain bagi mempastikan rakyat kelantan akan terus menyokong PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti.

UMNO adalah parti pembangkang di kelantan, tapi malangnya sejak kalah teruk dalam pilihanraya lalu tidak banyak aktiviti parti dijalankan sama ada diperingkat perhubungan ataupun diperingkat bahagain. yang nyata setiap pemimpin diperingkat bahagian menyusun cawangan cawangan supaya mereka kekal dipilih sebagai pemimpin di bahagian.

ekoran daripada itu, hasilnya beberapa bahagian didapati ketuanya menang tanpa bertanding dan tak kurang juga berlaku pertandingan yang agak hangat seperti bahagian pasir puteh dan pasir mas. Bahagian yang ketuanya menang tanpa bertanding dikira o.k, tapi bagaimana bahagian yang ada calun nak bertanding tapi dikalahkan sebelum bertanding seperti bahagian kota bharu, pengkalan chepa, kubang kerian, tanah merah, dan kuala krai. Apa agaknya hasil yang akan diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang?.

Inilah persoalan besar hasil daripada kesalahan teknikal yang berlaku dibahagian yang mana ketuanya menang tanpa bertanding tapi lawannya kalah belum bertanding, hasil daripada aturan dan peraturan yang dicipta oleh pembesar UMNO tanpa memikirkan implikasi kepada keutuhan parti untuk menang pilihanraya nanti, kerana buka ahli parti yang tidak menyokong UMNO tapi orang luar yang melihat cara dan keadah pemimpin UMNO bahagian membunuh politik ahli ahlinya sendiri yang membuat mereka itu muak untuk menyertai UMNO dan menyokong UMNO.

Buat apa wahai pemimpin, menang sorok. (tapi sebenarnya pemimpin yang macam ini tak kisah pun soal parti menang atau kalah, kerana mereka hanya perlu mendapat jawatan untuk menagih kuasa dan memperkosa harta dunia).

Dengan cara menafikan hak ahli untuk menawar diri bertanding diperingkat bahagian, UMNO Kelantan sekarang ini dah punah ranah, maka wajarlah pucuk pempinan mencari keadeh baru supaya UMNO kelantan akan kuat untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Cadangan saya, daruratkan dulu UMNO kelantan, Majlis tertinggi ambil alih perhubungan dan berkuasa melantik ketua ketua bahagian yang diyakini boleh membantu memperkuatkan parti dan pilihlah orang orang yang bersih dan gigih untuk berjuang bersekali dengan rakyat untuk mempertahankan ketuanan melayu.

Jangan biarkan rakyat kelantan serik untuk menyokong UMNO. kerana jentera penerangan UMNO kelantan tak dapat membedzakan yang mana dulu antara tuak dengan tuking.