Tuesday, April 28, 2009

Dairy JP. "Manohara bahagia dalam Istana".

Kenapa ramai lagi tidak mahu terima kenyataan, bahawa Cik Puan Temenggong CPT (Manohara) tidak disiksa, tidak dianiaya, tidak di silet-silet sebagaimana dakwaan Ibu Dasiy. Penjelasan, Gambar dan Visual kegembiraan dan keasyikan Cik Puan Temenggong nampak dengan jelas. Kenapa masih ada lagi orang "gila ingin bermusuh".

Kenapa mahu diseretkan permusuhan diantara kita, sedangkan banyak lagi kerja lain yang harus difikir dan diberi keutamaan untuk membina negara supaya lebih maju dan lebih kaya, semuga semua kita akan dapat hidup aman dan bahagia.

Kenapa anda yang menyokong Ibu Dasiy (ternyata dakwaannya bohong) mahu dikaitkan cerita fitnah itu dengan kemarahan terhadap rakyat Malaysia, sedangkan rakyat anda yang bernama Manohara dan diberi gelaran Cik Puan Temenggong di puja sebegitu rupa oleh pihak Istana Kelantan, kemana saja yang Cik Puan Temenggomg hadir dalam majlis rasmi CPT di PAYONG tanda kebesaran.

Apa sebenarnya yang tertanam dalam kepada anda, dalam kita usaha supaya keakraban terjalin erat diantara kita, ada suara--suara sumbang lahir supaya kita berbalah (berkelahi/bermusuh), kenapa kita harus berdengki dengan kebahagian Cik Puan Temenggong dengan YAM Tengku Temenggong, sepatutnya kita terus berdoa semuga mereka berdua diberi limpah rahmat dan percepatkan mendapat zuriat.

Marilah kita semua bertindak waras, jangan pula kita terikut tidak waras kerana dipengaruhi oleh lakunan ke tidak warasan Ibu Dasiy. kerana orang yang waras tidak akan membuat cerita untuk memburukkan anak dan menantu. Sebenarnya bukan Tengku Temenggong dituduh jahat yang hendak dipersembahkan oleh drama Ibu Dasiy, tapi dia usaha untuk mendapat simpati masyarakat kerana ingin melindungi "kasus-kasus lain yang telah dia lakukan" dan beliau berharap sangat untuk dapat bertemu dengan Manohara untuk membantu dan menolong kesempitan yang beliau akan hadapi nanti?.

Kapada anda yang bersimpati dengan Ibu Dasiy, boleh saja. tapi jangan cuba menyakiti dan menghina Tengku Temenggong yang sudah lama bersabar terhadap sikap Ibu Dasiy. Kesabaran Tengku Temenggong itulah yang sepatutnya kita mendokong, bukanya dengan mecaci. Anda yang tidak merasa keperitan yang ditanggong oleh YAM Tengku Temenggong yang direncanakan oleh Ibu Disay, tidak seharusnya menyokong Ibu Dasiy dengan membabi buta.

Sayalah orangnya yang boleh menjelaskan semua perkara, tapi saya tak mahu membuka pekong Ibu Dasiy, kerana akan menjatuhkan maruah. kepada Ibu Dasiy cukuplah usaha untuk memalukan YAM Tengku Temenggong kerana akhirnya tidak ada siapa yang untung, kerana kita wajib percaya, Jodoh pertemuan ditangan Tuhan.

Kepada Ibu Dasiy berdoalah, marilah kita sama-sama ke Mekkah untuk mengerjakan Ibadah Haji tahun ini sebagaimana kita berjanji di Mekkah, hantarlah Dewi belajar, duduklah di Appartment Pakubuwano itu, gunakanlah mobil CPT itu ibu. Bertaubatlah, buangkan yang keruh ambilkan yang jernih, saya sentiasa sedia membantu untuk kebaikan dan kebahagian Cik Puan Temenggong.

Dan kepada anda yang dengki atas kebahagian CPT dan TT, stoplah mencurah minyak, siapa saja yang ingin mendapat berita terbaru berhubung dengan kegiatan CPT bolehlah email saya yang terdapat disisi blog ini. bertanyalah dan saya akan menjawab secara jujur.

Monday, April 27, 2009

Baru Mukadimah dari dairy JP

Malam tadi saya dihubungi oleh TVONE Indonesia melalui telepon untuk siaran langsung diatas tajuk' Manohara' yang mana pihak TV mahu kepastian berhubung dengan cerita bohong yang telah dibuat oleh Ibu Desy.

Apabila saya ditanya, apakah benar Manohara dianaiyai oleh suaminya seperti dadanya silet-silet (celar-celar), saya jawab tidak, itu cerita bohong, Manohara sihat-sihat saja, kelmarin Manohara hadir di Majlis Kenduri merainkan perkahwinan Anak Husam Musa dengan gadis Indonesia dan pada malamnya TT dan Manohara bersama 100 ribu rakyat malaysia menyaksikan perlawanan akhir bolasepak diantara Kelantan dan Selangor. Lantas ibu Desy mencelah katanya itu tidak benar.

Saya tidak dberi banyak masa untuk menghuraikan kebohongan yang diceritakan Desy di media Indonesia berhubung dengan tuduhan fitnah yang dibuat terhadap YAM Tengku Temenggong Kelantan, (menantunya Desy), suaminya Manohara. Cerita yang sengaja diada-adakan itu bagi menjatuhkan maruah menantunya kerana teramat marah diatas tindakan TT membawa balik Isterinya kepangkuan setelah dipisahkan oleh Desy selama hampir 4 bulan.

Kepada rakyat Indonesia, cerita mengatakan Manohara di culik dan di silet silet dadanya tentulah menimbulkan kemarahan, bukan rakyat Indonesia saja yang marah, rakyat Malaysia juga marah, Kenapa begitu sekali jahatnya YAM Tengku Temenggong? terhadap seorang gadis yang cantik dan menawan. Kenapa begitu zalimnya YAM Tengku Temenggong terhadap Isterinya, inilah yang menjadi topik perbincangan yang dikira hangat juga di Indonesia dan Malaysia.

Ternyata tuduhan Desy terhadap YAM Tengku Temenggong itu tidak benar dan sengaja direka-reka untuk menarik perhatian bagi mencari simpati untuk Desy dapat berjumpa dengan anaknya yang telah dibawa pulang oleh TT ke Kelantan.

Desy tahu sekiranya diambil waktu yang lama, anaknya Manohara akan kurang mengikut cakapnya, kerana pekong akan terbuka. Desy juga tahu betapa sayangnya Manohara kepada TT sehingga Manohara menulis disehelai kertas mengatakan bahawa "saya kahwin dengan kamu kerana saya cinta kamu", ini di jelaskan dalam keterangan Desy kepada wartawan.

Soalan kedua yang diajukan kepada saya ialah, bolehkah dipertemukan Desy dengan Manohara, jawab saya senang, kenapa tak boleh?, Kan YAM Tengku Temenggong itu menantunya, hubungilah dengan berhemah, jangan sudah mencaci baru usaha nak jumpa dan kata saya lagi kalau mahu jumpa pun kenalah dalam keadaan yang waras. baru ada maknanya.

Kesimpulannya, pertemuan diantara Desy dan Manohara tidak boleh menentukan masa depan Manohara dan TT akan bahagia seperti hari ini, kerana Desy ada 'power' yang boleh mempengaruhi Monahara supaya ikut katanya 100%. Saya faham dan tahu perangai Desy setelah lebih 2 tahun mengenalinya.

Ada orang kata, kalau benar Manohara tidak di silet-selit kenapa tidak diketemukan Manohara dengan ibunya Desy, ketahuilah bukan pasal Monahara sakit yang membuatkan Desy mahu ketemu, tapi ada muslihat lain yang hendak disampaikan kepada anaknya. Kerana semasa Dewi berada di Malaysia dan sempat bertemu saya beliau lari tidak mahu berbicara pasal adiknya kerana saya memberitahu Manohara baik-baik saja.

Dalam hal ini eloklah Desy pasrah, tak usaha gembar gembur dengan menjaja berita palsu dan cuba mempengaruhi rakyat Indonesia supaya membenci bangsa Malaysia, tidak ada untung untuk negara Indonesia dan rakyatnya berkelahi dengan Malaysia kerana seorang Desy, sedangkan Manohara 'Cik Puan Temenggong Kelantan' aman bahagia dalam Istana Mahkota.

Sunday, April 26, 2009

Tahniah Selangor, Tahniah Kelantan.

YAM Tengku Temenggong Kelantan dan YAM Cik Puan Temenggong adalah diantara 100 ribu penuntun yang membanjiri Stadium Bukit Jalil, menyaksikan Perlawanan Akhir Bolasepak di Anatara Pasukan Kelantan melawan Selangor.

Apakah yang dibincangkan oleh TT dan CPT?


Adakah musang berbulu dua disini?
Steady je.....penyokong kelantan ni !

Ini adalah sebahagian penyokong fanatik Kelantan
jangan bakar sudahlah.

Adat berlawan ada menang dan ada kalah, dalam sukan ataupun politk, malam ini didalam arena sukan pasukan Kelantan kalah kepada Selangor dengan tendangan penalti, walaupun pada mulanya Kelantan telah menang dengan mendahului 1 gol kosong dan oleh kerana bola itu bulat kemenangan kelantan tidak kekal lama dan penyudahnya Kelantan terpaksa akur hanya menjadi pasukan naib johan dalam piala FA itu. Tahniah kepada Selangor kerana jadi juara.

Yang menariknya malam ini adalah Kemunculan YAM Tengku Temenggong Kelantan dengan isterinya yang cantik menawan YAM Cik Puan Temenggong Kelantan, kerana berita hangat dalam dua tiga hari ini menyentuh tentang hubungan mereka tidak baik.

Surat kabar dan TV di jakarta tiap tiap hari dari pagi hingga malam menuduh YAM Tengku TT telah mendera Isterinya, Telah Culik Isterinya, Telah Silet-Silet didada isterinya, tiba -tiba TT dan Isterinya muncul dalam khalayak ramai, bukan seribu orang tapi ratusan ribu orang bersama-sama TT dan CPT menonton bolasepak dan menyokong pasukan negerinya iaitu Kelantan.

gambar diatas mencerita kebenaran. redakanlah sengketa, buang yang kerah ambil yang jernih, waraslah dalam membuat keputusan, jangan mudah menuduh dan memburuk-burukkan terutama anak dan menantu kerana yang malu adalah kita, anak kita, cucu kita dan zuriat kita.

Kalau akhirnya TT dan CPT ditakdir berpisah, tapi orang tetap akan berbicara kerana apa yang terlontar kini sudah dianggap sejarah. Untungnya tak ada tapi malu dan hina akhirnya melekat ditubuh Ibu juga.

Cukuplah, lihatlah kebahagian mereka berdua.

Saturday, April 25, 2009

Kesal, SU Agong UMNO masih orang lama.

Terkejut saya apabila Dato' Najib umum nama Tengku Adnan Mansor sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia, terkejut bukan kerana benci Tengku Adnan tapi kerana sayangkan parti UMNO, parti yang dulu dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, perti tempat orang melayu bergantung harap, parti yang akan menentukan terbentuknya kerajaan. Parti yang saya harap dapat menumpang, tapi rupa-rupanya Dato' Najib selaku Presiden tidak melaksanakan kehendak akar umbi, kerana sudah terbukti dimasa Tengku Adnan jadi Setiausaha Agong tidak semua Bahagian dapat mengadakan persidangan perwakilan, bermaknanya ada Bahagian yang beliau tidak mampu menyelesaikan masaalah. Bahkan menimbulkan masaalah.

Masaalah kecil di Bahagian Ketereh pun beliau tidak mampu menyelesaikan, inilah rupanya pembaharuan yang hendak diterjemahkan dalam angkatan Dato' Najib. Saya khuatir UMNO nanti dipenohi oleh kroni-kroni, yang memutuskan segala keputusan dengan memihak, sebagaimana telah berlaku di Bahagian Ketereh.

UMNO akan lebih lagi parah, setelah pentadbirannya masih ditahap lama, orang lama dan keegoan terserlah. Apakah dalam 3 juta ahli UMNO diseluruh negara ini tidak ada seorang pun yang layak selain daripada Tengku Adnan. Tenangkah UMNO di Wilayah Perseketuan dengan melantik Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia. Kenapa Dato' Najib meletakkan nasib UMNO ditangan seorang yang ada masaalah pentadbiran yang tidak tulus dan cekap yang tidak mampu untuk menyelsaikan masalah yang kecil.

Sayang, UMNO yang sepatutnya menjadi product yang laris, tiba tiba menjadi product yang hilang pelanggangnya kerana kurang arif Presiden melantik pegawai pentadbira pengurusan penjualan tidak kena orangnya.

UMNO sebenarnya untuk siapa?


Friday, April 24, 2009

Terimalah Realiti, CPT tidak di silet-silet

Gambar-Gambar terbaru (22hb. April 2009)

YAM Cik Puan Temenggong
berangkat pulang dari berihat
di Fraser Hills.



Turun Dari Jet


menuju ke ruang ligar


menuju ke luar terminal


sambil menunggu mobil untuk pulang ke Istana,.
(dari bukit fraser, berkereta ke KL dan dari KL dengan jet ke KB).


Soalan: Adakah orang yang diseksa boleh berjalan tanpa dibantu?.
Adakah anda percaya gambar ini di superimpose?
Atau
Adakah gambar ini, gambar lama?
Tepuk dada tanya selera.

Thursday, April 23, 2009

Raja, Pekerja Asing, Pendatang Asing nonton Bola !

Kelantan bertemu Selangor.
Pada 25hb. April, 2009
Di Stadium Bukit Jalil.

Ya Allah Ya Tuhan Ku
Jauhkanlah segala bala dimalam itu.

Yang pasti dah ada orang cakap, Kalau Kelantan menang kerana berkat Tok Guru, kalau Kelantan kalah kerana Presidennya Tan Sri Annuar Musa. Nasib lah Tan Sri. Walau bagaimanapun diminta semua rakyat Kelantan yang berada di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Kuala Lumpur keluar menonton bersama isteri dan anak-anaknya, kepada rakyat Pasir Mas saya dimaklumkan bahawa Dato' Ibrahim telah menyediakan tiket-tiket percuma, tapi kena daftar dengan Kelab Penyokong Ibrahim Ali atau Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Dan kepada Rakyat Ketereh kepada siapa harus diminta tiket percuma kerana sehingga kini tidak ada riak dari mana-mana pemimpin untuk war warkan dimana kah untuk meminta tiket percuma, kerana semasa hampir pilihanraya dulu tiket percuma untuk menonton bolasepak tak payah diminta, jumpa saja diholur, tak mahu menonton pun di ajak terus untuk menonton.

Saya dah dihubungi oleh rakan-rakan, membantu setakat yang mampu. Nak umumkan tiket percuma kepada orang Ketereh nanti orang kata saya gila, kerana siapalah saya. Diiringi dengan doa semuga pasukan kita Kelantan menang dan berjaya.

Fikir-Fikirkanlah !!!

Hebat sungguh si Ibu Disey. Anaknya Manohara ada 2 kerakyatan. Indonesia dan Amerika, maka tertanya-tanyalah kita, siapa ayah kepada Manohara, Odelia Pinotkah. siapa pula ayahnya kepada si Dewi dan berapa orang semuanya suami Ibu Disey. Fikir-Fikirkanlah.

Ibu Disey juga pengsan selepas bertemu pemberita tadi. Pengsan tiba-tiba sepertimana pengsannya dia didepan pintu kapalterbang MAS semasa mahu berangkat pulang ke Indonesia pada pertengahan Mac lalu. Pengsannya didepan umum. Fikir-Fikirkanlah.

Jangan pisahkan.

Gambar, menunjukkan bahawa kebahagiaan rumahtangga YAM Tengku Temenggong Kelantan bersama Isterinya. Gambar yang dirakamkan pada tanggal 5hb. April 2009 ini dengan sendiri menafikan bahawa YAM TT bertindak kasar terhadap isteri yang di hebohkan oleh media di Indonesia. Berita yang sengaja diada-adakan untuk memalukan keluarga Istana Kelantan. Adalah diharapkan urusan keluarga dapat diselesaikan dengan baik, seeloknya pihak media tidak memburukkan suasana keharmonian diantara Mano dan TT.

Perpisahan diantara Ibu Disey dengan anaknya Manohara bukan bererti meraka tidak lagi akan bertemu, perpisahan ini adalah perpisahan mata, bukannya perpisahan hati. Perpisahan berlaku itu tentu ada hikmahnya apabila suami isteri, anak menantu sama sama bertemu Tuhan di Mekkah, tentunya ada janji diikat terutamanya di antara suami dan isteri. Allah maha adil.

Kejadian yang menimpa Ibu Disey itu adalah sebahagian daripada janjinya kepada Tuhan, janji yang mahu melihat anak dan menantunya bahagia dan mungkin perpisahan sementara inilah yang akan membahagiakan YAM Tengku Temenggong dengan Isterinya YAM Cik Puan Temenggong.

Boleh jadi Ibu Disey terlupa janjinya dengan Tuhan, maka beliau membuat semua orang 'penik', terutamanya rakyat Indonesia, Ibu Disey mengadakan sidang akhbar untuk memburuk-buruk nama menantunya kepada umum, ibu Disey terlupa anaknya terikut diburukkan. Ini pun mungkin dah ditakdirkan kerana janjinya kepada Tuhan.

Yang teranaiya sekarang siapa?, bukan Manohara, tapi TT, kerana TT dituduh dan difitnah mencalar dada Isterinya, menghetam Isterinya. TT yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan Ibu Disey dan kakak iparnya dewi terus diperlakukan untuk dimalukan. Kemudian pula ada penyokong yang ingin ambil kesempatan untuk jadi 'hero', nak cari publisiti, kononnya ingin membela rakyat Indonesia, tanpa usul periksa.

Siapa sebenarnya Manohara?, kerakyatan Indonesia kah?, kerakyatan Perancis kah,? atau kerakyatan Amerika kah? kerana setelah isu ini keluar banyak negara nak jadi jaguh untuk membela kerana dikatakan Manohara disiksa dalam Istana.

Sebenarnya semua yang menyokong cerita Ibu Disey itu tak tahu apa-apa, yang tahu adalah salah seorangnya 'tante meal' yang datang di Kelantan untuk upacara pernikahan Manohara dengan YAM Tengku Temenggong yang mana suaminya menjadi saksi bagi pihak Ibu Disey dan Manohara. Tanyalah mereka apa Ibu Disey lakukan kepada anaknya MANOHARA yang sekarang digelar "CIK PUAN TEMENGGONG" kesana kesini dipayung, juga disanjung sebagai sebutir mutiara dimata anak anak yatim.

Adalah diminta supaya semua kita berdoa, semuga masjid yang dibina oleh YAM Tengku Temenggong dan Cik Puan Temenggong atas suka sama suka itu tidak runtuh, kerana gejala disensasikan oleh media yang tidak menyelidik akan kebenarannya. Jangan pisahkan mereka yang sekarang amat-amat bahagia setelah tidak ada orang 'KETIGA'.

Wednesday, April 22, 2009

Berita BOHONG. Kerabat Kelantan dera isteri.


Terkejut saya apabila diberitahu oleh Abang Zainal bahawa dalam blog Malaysiakini keluar berita bertajuk 'Kerabat Kelantan didakwa dera isteri', pada mulanya saya tidak percaya kerana diwaktu itu saya dalam kereta bersama dengan YAM Tengku Temenggong Kelantan (TT) dari bercuti di Bukit Freser bersamanya dan Isterinya menuju pulang.

Apabila sampai dirumah saya buka blog Malaysiakini dan ternyata cerita Abang Zainal itu benar dan saya tersenyum sendirian. Kenapa cerita PALSU itu di siarkan dalam blog yang ada kualiti berita, mudah saja disiarkan berita yang dipetik dari surat kabar Indonesia, yang mana surat kabar dan TV Indonesia yang menyiarkan berita tentang keburukan YAM Tengku Temenggong Kelantan itu adalah PALSU dan FITNAH.

Isunya dalam berita berita yang disiarkan adalah:-

1. Penculikan.
Mana ada istilah menculik, apabila suami membawa pulang isterinya kerumah.

Mana ada istilah penculikan, apabila anak tak dapat berjumpa dengan maknya.

Culikkah namanya apabila suami mahu isteri tinggal bersama-samanya.

Culikkah namanya apabila suami hanya melayan kehendak isterinya dengan tidak melayan kehendak ibu mertua dan kakak iparnya.

Culikkah namanya apabila suami hidup aman bahagia dengan isterinya tanpa diganggu gugat oleh ibu metuanya dan kakak iparnya.

gambar-gambar dalam blog berikut adalah terjemahannya:-

http://www.toughlane.blogspot.com

Kita hendaklah adil dalam menyiarkan berita, supaya nama baik dan maruah orang dijaga. jangan kerana untuk mendapat pelanggang spt Malaysiakini terus menyiarkan berita yang tidak benar, walaupun pemberi maklumat itu adalah orang yang terdekat. Siasatlah dulu.


Saturday, April 18, 2009

Presiden UMNO jangan terpedaya?

Yang ku dengar, sama ada betul ataupun tidak harap dimaafkan, kerana takut-takut yang ku dengar ini betul betul berlaku dan terjadi, berakit rakit kehulu berenang renang ketepian, beringat dulu baru senang kamudian.

Pada 24hb. April nanti, kabarnya Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat, inilah mesyuarat pertama sejak Dato' Najib menjadi Presiden dan tentunya dalam mesyuarat pertama ini, soal perlantikan perlantikan akan dibuat terutamanya perlantikan pegawai parti di peringkat Ibu Pejabat, iaitu Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Bendahari serta 10 orang Ahli Majlis Tertinggi.

Pegawai parti ini akan jadi jentera kanan bagi mempastikan sesautu organisasi itu dapat berjalan dengan baik, sempurna dan jayanya, rusak jentara ini maka punah dan hancurlah organisasi tersebut, dalam erti katanya organisasi itu boleh dijual dengan timbang kati.

Mereka inilah yang akan menjualkan product UMNO, semuga UMNO laris dibeli oleh rakyat yang mana apabila laris dibeli maka terbelalah UMNO dan akan menanglah apabila setiap kali ada pilihanraya. Tapi kalau si pejual itu kelihatan tidak disukai oleh pembeli maka product yang bagus pun tidak akan laku dan sekiranya product itu tidak laku maknanya perniagaaan itu akan hancur dan bangkerap. UMNO akan bangkerap sekiranya pengerak penting dalam pentadbiran organisasi itu, orang ramai membencikannya terutamanya jawatan SETIAUSAHA AGONG.

Setiausaha Agong sekarang harus ditendang dari berada di Ibu Pejabat UMNO, apatah nak takbir supaya UMNO lebih mantap, kes-kes kecil pun tak mampu hendak diselesaikan, kalau UMNO masih mahu dijadikan parti yang relevan untuk rakyat Malaysia menyokong dan mendokongnya, disinilah Presiden UMNO kena serius untuk melantik orangnya, kekal Setiausaha Agong yang sedia ada bererti sengaja ingin menghilangkan kepercayaan rakyat untuk membeli product UMNO. Percayalah suara akar umbi.

Begitu juga dengan perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, berilah tugas kepada orang yang tidak membawa masaalah kepada perti, berilah tugas kepada orang yang ada semangat juang untuk memperkasakan parti, jangan lantik orang yang hanya pandai mendabik dada tapi rakyat telah muak kepadanya, asyik memperkayakan diri dan juak-juaknya saja, masaalah parti tidak diutamakan, bersungguh setelah pilihanraya hampir tiba kerana menanti peruntukan jatuh keriba.

Tulisan ini adalah SIGNAL awal dari akar umbi.

Tangkap, tapi jangan tidak didakwa.

Tahniah, Tahniah, Tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah menunjukkan kepakaran yang memberangsangkan dalam mengintip dan menangkap perasuah negara, iaitu seorang Pegawai Imigresen dan seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan, yang mana pegawai kerajaan ini adalah penjawat awam yang bertanggongjawab berhubung penguatkuasa yang ada hubungkait dengan Keselamatan Negara.

Kebocoran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang mengakibatkan orang asing boleh keluar masuk tanpa dekuman yang sah dengan mudah adalah satu perkara yang serius, perkara yang ada sangkut paut dengan keselamatan negara. Hancurlah negara sekiranya yang masuk ke negara ini bukan pendatang asing yang mahu datang mencari pekerjaan untuk sara hidup anak bini seperti 15 orang warga Bangladesh yang ditangkap oleh SPRM bersama seorang Pegawai Imigresen itu, Bagaimana kalau ada penyeludupan manusia yang didatangkan khas untuk mengintip dan menanam hasutan supaya rakyat kita benci kepada kerajaan.

Begitu juga dengan pegawai di Jabatan Peguan Negara, kalau amalan cari wang dengan mudah yang mana ada orang yang melakukan kesalahan tapi tidak didakwa kerana disogok dengan wang atau habuan lain, maka rakyat tidak lagi takut untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana ada jalan untuk melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada pegawai yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada satu-satu kes itu boleh didakwa ataupun tidak.

Inilah agaknya yang berlaku, apabila ada orang yang nampak melakukan rasuah dan apabila penyiasatan telah dibuat oleh SPRM, tunggu punya tunggu bertahun-tahun tidak ada pendakwaan dibuat. Rakyat tertanya tanya apa dah jadi dengan KES orang kenamaan yang disiasat oleh SPRM tapi tidak ada kesudahan?.

Apakah pendakwaan tidak dibuat juga kerana rasuah? dan siapa agaknya yang rasuah kerana orang yang disiasat berhubung dengan kes rasuah tidak didakwa.

Dua peristiwa diatas agak meragukan ketelusan kerajaan untuk membasmikan rasuah, kerana masih terdapat kes-kes yang dulu disebut oleh Dato' Seri Rais Yatim sebagai kes berprofail tinggi masih tidak ada tindakan pendakwaan yang dibuat.

Oleh itu adalah diharapkan kepada SPRM, jangan hanya pandai tangkap saja, biarlah ianya akan berakhir dengan pendakwaan dan pendakwaan pula janganlah dibuat pendakwaan terpilih. Rakyat akan sentiasa bangga dengan SPRM selagi ada kejujuran.

Friday, April 17, 2009

Pilihanraya serentak, DUN Perak dan Penanti?

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Zambry dan 6 orang lagi wakil rakyat daripada Ahli Dewan Undangan Perak terlepas dari digantung oleh Spekar dan boleh hadir persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. (belum tentu dapat diadakan)

Dewan Undangan Negeri Perak perlu bersidang sebelum 13 Mei,2009, kalau gagal bersidang maka Spekar berhak mengadap Sultan bagi membubarkan Dewan dan diadakan pilihanraya semula. yang menariknya perhatian sekarang, bilakah agaknya Dewan akan bersidang dan boleh kah bersidang sekiranya Spekar buat onar. Siapakah yang akan keluarkan surat perintah persidangan dan akan jadi perebutankah diantara Spekar dengan Timbalan Spekar untuk mempengerusi persidangan. Dan banyak lagi kemungkinan berlaku.

Oleh kerana negara sekarang dibayangi dengan pilihanraya kecil, kebetulan pula ADUN Penanti di Pulau Pinang letak jawatan dan kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya kecil, maka eloklah bagi meleraikan krisis siapa yang patut mentadbir kerajaan negeri Perak adalah lebih baik pihak kerajaan dan Istana Perak mengambil pendekatan gantleman supaya membubarkan dewan Undangan Negeri Perak dan serahkan kepada rakyat Perak untuk menentukan sekali lagi parti manakah yang diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri Parak dan pilihanraya boleh diadakan serentak dengan pilihanraya kecil ADUN Penanti.

Kerana umum mengetahui, sekiranya dibiarkan moral ADUN perak yang tercemar kerana 2 orang dari parti PKR dan 1 orang daripada DAP yang dipilih oleh rakyat supaya menyokong Pakatan Rakyat telah lari dan tidak ada semangat setiakawan oleh sebab-sebab tertentu, maka eloklah jangan biarkan Perak ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, dayus, hina dan memalukan, bukan saja kepada Kerajaan Perak dan rakyat negeri Perak bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Saya kira pilihanraya kali ini akan berpihak kepada, siapa yang benar.


Thursday, April 16, 2009

EXORA bagus, tapi Pengerusinya Cemar.

Tahniah sepatutnya diberi kepada Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir, Pengurus Besar PROTO Malaysia oleh seluruh rakyat Malaysia diatas kejayaan Proto mengeluarkan kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dalam masa 18 bulan.

Proto EXORA telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak semalam yang menandakan satu lagi kekuatan rakyat Malaysia kerana pengeluaran product tersebut adalah hasil usaha dan kepakaran 100% rakyat Malaysia.

Hasil pengeluaran EXORA atas kegigihan Datuk Syed Zainal yang berjaya meneraju Proto yang satu ketika dulu hampir-hampir gagal. Walau pun EXORA bukan hanya satu-satu model terbaru proto tapi kejayaan mengeluarkan MPV ini adalah merupakan satu kebangaan kepada rakyat Malaysia.

Kejayaan ini bukan kerana Pengerusi PROTO, Nazmi Salleh, kejayaan ini kerana semangat kerja gigih Datuk Syed Zainal Abidin dengan teamnya di proto sekarang, Nazmi Salleh hanya sekadar Pengerusi yang dilantik atas belas kasihan kerajaan. Nazmi sudah lama tinggalkan proto, kalau diharapkan kepada Nazmi Salleh mungkin proto akan merosuk seperti merosuknya pasukan Badminton Negara yang beliau terajui.

Kegagalan kedua Dato' Najib nanti kerana membiarkan Nazmi salleh terus diberi peranan sebagai Pengerusi Proto, yang akan membimbangkan nanti nasib proto jadi macam MARA HOLDING'S apabila ditukar nama kepada Nadi Corp's, maka pekerja melayu dihentikan kerana lebih melihat kepada untung yang besar daripada mengekalkan pekerja yang sudah lama berkhidmat untuk MARA HOLDING'S.

Macam mana orang yang tidak ada hati perut dilantik sebagai pengerusi dalam syarikat yang dimiliki oleh kerajaan, dimana orang-orang yang bernama Dato' Ibrahim Ali, Aziz Wali, Saharuddin dan beberapa orang lagi yang dulunya ada share dalam MARA HOLDING'S kerana projek pengswastaan tapi sekarang diam membisu. Apakah tidak salah dalam undang-undang sekuriti sekiranya dalam diam share telah bertukar tangan diwaktu tempuh tidak lagi tamat. Saya kurang cerdik dalam bab ini tapi Dato' Ibrahim Ali (Wakil Rakyat Parlimen bebas) tahu luar dalamnya.

Sayang bertompok, benci merata.

Kerajaan yang dibentuk oleh Dato' Najib hari ini akan terus kukuh sekiranya tidak ada sabotaj oleh pegawai-pegawai kerajaan, besar kuasa diperturunkan kepada pegawai-pegawai kerajaan, sekiranya pegawai kerajaan menyokong kerajaan hari ini, pasti kerajaan dibawah kepimpinan Dato' Najib akan kekal memerintah dan akan menang besar dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Kerajaan hari ini tidak dikuasai oleh parti UMNO, pemimpin UMNO hanya menjaga parti dan organisasi parti, pentadbiran negara akan diurus oleh pegawai tinggi kerajaan, yang mana pegawai tersebut mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan memutuskan dasar. Pegawai kerajaan bertanggongjawab melaksanakan kerja yang telah diputuskan oleh kabinet, pegawai kerajaan akan mempastikan nasib rakyat terbela. Jadi terserah kepada pegawai kerajaanlah untuk mencorakkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Kalau pegawai kerajaan kata bahawa kerajaan BN yang didokong oleh UMNO ini tidak bagus, maka pilihanraya yang ke 13 nanti rakyat tidak akan menyokong BN dan UMNO, kerana sebenarnya pegawai kerajaan itu amat berpengaruh untuk memberi pendapat kepada rakyat. Dan sekiranya pegawai kerajaan pula secara terang menyokong parti pembangkang, maka dalam pilihanraya nanti ramai rakyat yang akan ikut pegawai kerajaan yang sokong parti pembangkang dan akan mengakibatkan parti kerajaan hari ini iaitu BN/ UMNO akan kalah dalam pilihanraya.

Oleh itu untuk mempastikan pegawai kerajaan tidak menentang kerajaan dan tidak sabotaj dasar-dasar yang telah diluluskan oleh kerajaan, maka kerajaan hari ini hendaklah menentukan supaya dasar kenaikan pangkat, penempatan diukur melalui merit, prestasi kerja dan senioriti serta HAPUSKAN usaha untuk mengekalkan yang sudah bersara terus disambung kerana ada hubungan kroni dan kasih, jangan menyekat peluang orang lain dengan memberi keistimewaan kepada orang yang sudah pun patut bersara.

Pegawai kerajaan sebenarnya bukan benci kepada parti UMNO, tapi kadang-kadang benci kepada orang-orang UMNO yang mendabik dada, bahawa pegawai kerajaan misti ikut telunjuk mereka manakala peluang kenaikan pangkat tersekat kerana menyambung tugas kepada orang yang sepatutnya bersara. Sementara itu pegawai kerajaan perlu ingat jangan sengaja cari alasan untuk tidak mahu menyokong parti kerajaan, pegawai kerajaan hendaklah jangan amalkan budaya 'sayang bertompok benci merata', nanti orang panggil manusia yang tak mengenang budi.

Wednesday, April 15, 2009

Saya suka hati.

Hati saya hari ini terasa sedikit puas apabila baca surat kabar Utusan Malaysia yang memamparkan berita bertajuk "Bersatulah Melayu" dan Biro Pengaduan Awam BPA turun padang, kerana inilah yang selalu saya tulis untuk menyampaikan hasrat rakyat melalui apa yang saya dengar.

Bersatulah Melayu telah saya kisahkan kelmarin dengan menyediakan senikata lagu wairsan untuk dinyanyikan bagi memberi penghayatan kepada kita betapa akan hancur dan hilangnya kuasa kita dan tanah air kita sekiranya kita orang-orang melayu asyik berpecah belah terutamanya pemimpin melayu yang penting agenda politik tapi membelakangan kesejahteraan rakyat.

Kita kena terima hakikat bahawa 3 parti politik yang dipimpin oleh orang melayu yang mana mereka itu harus memikirkan untuk menentukan kuasa melayu tidak terhakis, orang melayu boleh hidup dengan aman dan damai, orang melayu boleh hidup senang dan sehajtera, orang melayu tidak akan menjadi bangsa yang meminta dibumi sendiri.

Dalam erti katanya, sekiranya kuasa melayu terhakis, sekiranya bangsa melayu sudah tidak dihormati lagi, mereka bertiga itulah yang bertanggongjawab sekarang ini, Dato' Najib, Anuar Ibrahim dan Haji Hadi kerana dalam keadaan bangsa lain telah secara terbuka menuntut hak sama rata dan sesekali semacam ada ugutan pemimpin melayu masih lagi membuka pekong didada, masih lagi mengata dan mencaci serta menghina sesama mereka.

Cepatlah wahai pemimpin bangsa ku, bangkit dan bersatu.


Perkara yang kedua yang paling menyukakan hati saya ialah dengan pengumuman oleh Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri berhubungan dengan peranan oleh Biro Pengaduan Awam BPA yang akan digerakkan supaya turun padang di segenap daerah bagi mempastikan masaalah rakyat dapat diselesaikan secepat mungkin, Tahniah.

Mengikut lapuran, bahawa pegawai-pegawai Biro Pengaduan Awam BPA bukan saja akan mendengar masaalah rakyat bahkan akan menyelesaikannya dengan kadar yang segera, bukan saja mendengar masaalah tapi juga melihat projek-projek yang ada kaitan dengan kegunaan rakyat supaya tidak terbengkalai dan siap pada waktu yang ditetapkan dan dapat digunakan oleh rakyat dengan sempurna.

Kita mengalu-alukan langkah bijak BPA itu, dengan kesungguhan itu maka terlaksanalah apa yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa Kerajaan hari ini adalah Kerajaan rakyat, maka dengan besar hati kita berharap semuga tidak akan menjadi "Cakap lain buat lain", dengan harapan masaalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

Sekiranya lepas daripada ini ada lagi sunggutan rakyat yang tidak diselesaikan, maka menteri yang bertanggongjawab ataupun timbalan menteri itu hendaklah dihadapkan kepada KPI Petunjuk Prestasi Utama. Kerana sekiranya masaalah rakyat tidak dapat diselesaikan maka rakyat akan selesaikan kerajaan dalam pilihanraya yang ke 13 nanti.

Tuesday, April 14, 2009

Lagu Warisan

Apa dah nak jadi dengan UMNO, dah lah kalah teruk dalam pilihanraya yang ke 12 lalu, beberapa negeri jatuh ketangan parti pembangkang, kini bercelaru pula di Negeri Trengganu, sikap yang kurang baik ditunjukkan oleh wakil rakyat UMNO, begitu juga di Negeri Perlis berlaku pertembungan diantara Menteri Besar dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Semua ini berlaku kerana roh perjuangan UMNO sudah tidak tebal dalam diri, sudah tidak peduli akan nasib anak bangsa dimasa yang akan datang, hilang pendoman, masing-masing gah dengan kedudukan, tanpa mengira rakyat yang dibawah, yang siang malam bekerja untuk kemenangan parti yang didokong iaitu UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) sebuah parti yang memperjuangkan untung nasib orang-orang melayu dulu, kini dan untuk selama-lamanya.

Tapi malang, orang yang diangkat dan dijulang telah mempersia-siakan mandat yang diberi oleh rakyat, mandat untuk menjaga kuasa orang-orang melayu, pemimpin UMNO ini tidak serik-serik dengan perpecahan melayu melalui berbagai bagai parti, sesama UMNO pun mereka mahu tunjuk tebiat berpecah. pemimpin apakah macam ini?.

Kalau orang yang diberi tempat dan kedudukan dalam parti tidak mengamalkan konsep perpaduan, konsep bersatu, bersetia, siapa lagi yang hendak diharap untuk memperkukuhkan perjuangan parti, inilah yang akan melemah dan mengalahkan parti, bukan rakyat dah tak sokong UMNO tapi pemimpin yang membuat rakyat muak untuk menyokong UMNO.

Mana Jawatankuasa Displin Parti, apakah JKDP bertugas hanya untuk mengenakan hukuman kepada orang yang mahu mencurahkan khidmat kepada parti dan tidak mengambil tindakan serta menghukum mereka yang ingin menjatuhkan maruah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Sungguh tidak adil dan bertambah tidak adil apabila hukuman yang dijatuhkan hanya kepada mereka yang dipilih untuk dihukum saja.

Marilah kita sama sama menghayati lagu warisan ini. semuga kita insaf dan sedar betapa perlunya kita bersatu, melayu bersatu dan bersatu.

Lagu Warisan

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah, bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
peribumi merintis sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati, terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati, bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tak ada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayukan gagah di nusantara.

Disebelah ada youtube untuk lagu warisan, sila klik untuk hafal menyanyi.

Monday, April 13, 2009

Kebanjiran Rakyat Asing, pucanya ialah Menteri?

Dalam Blog YAB Perdana Menteri, banyak orang memberi cadangan supaya Kerajaan mengkaji semula kemasukan orang asing ke dalam negara, kerana katanya sehingga kina lebih kurang 4 juta orang rakyat asing berada di Malaysia. 2.5 juta orang masuk secara sah dan halal dan 1.5 juta orang masuk secara gelap ataupun haram. satu angka yang boleh mengacam keselamatan negara.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Dr. S. Subramaniam bersimpati dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) yang meminta kerajaan mengkaji semula kadar bayaran levi pengambilan pekerja asing yang naik 100 peratus daripada RM 1,800 kepada RM 3,600 seorang yang akan berkuat kuasa mei 2009.

Sekiranya kadar bayaran levi begitu tinggi adalah dianggarkan sebanyak 40% restoran India malaysia akan ditutup yang mengakibatkan ramai pengusaha akan jadi bangkerap dan hilang pendapatan sara hidup. Ekoran rayuan itu lantas Menteri Sumber Manusia meminta ahli-ahli persatuan tersebut membuat cadangan baru dan diminta dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia atapun Kementerian Dalam Negeri KDN.

Permintaan Persatuan Pengusaha India Malaysia itu memang tepat, mana boleh kezaliman dibiarkan berlaku di malaysia ini, kenapa levi dinaikkan 100% bukan saja kepada sektor perkhidmatan tapi terlibat semua sektor. Apakah kerajaan sudah kurang mendapat hasil sehingga sanggup menghisap hasil daripada bayaran levi kegiatan rangsangan ekonomi negara.

bagaimana kalau kilang-kilang besar seperti Sony dan lain-lain tutup kilang dan pergi ke negara ketiga yang lain, maka bukan saja pekerja asing byang hilang pekerjaan tapi pekerja rakyat kita juga akan hilang pekerjaan dan menambahkan pengangguran, apabila pengangguran bertambah maka penyakit memberotak akan berlaku dan kebencian rakyat kepada kerajaan tidak dapat dibendong lagi.

Otak siapa sebenarnya yang membuat dasar untuk menaikkan levi pekerja sebanyak 100%, kerana dengan cara itu nampak kebodohan pihak kerajaan, kalau tak mahu pekerja asing datang bekerja di Malaysia, bukan cara dikenakan levi yang tinggi. Sepatutnya Kerajaan tidak meluluskan permohonan majikan untuk membawa masuk pekerja asing, maka tidak akan ada seorang pun pekerja asing dapat datang bekerja di Malaysia. Selesai masaalah.

Tapi malangnya, Menteri yang berkuasa untuk membenarkan pekerja asing datang bekerja di Malaysia ada agenda peribadi, Menteri lulus kebenaran untuk membawa masuk pekerja asing dengan syarat mendapat kelulusan khas dan untuk mendapat kelulusan khas Menteri berkenaan pasang kaki untuk memunggut wang secara rasuah, maka berlambaklah pekerja asing dibawa masuk ke Malaysia, walaupun tidak disedaikan pekerjaan.

Inilah rahsia sebenar berlaku kenapa terlalu ramai pekerja asing berada di Malaysia, selain daripada dibawa masuk untuk bekerja ada juga agen-agen membawa masuk dengan cara perdagangan manusia. Guna kuasa untuk jual kelulusan khas. Tapi menteri yang melakukan kerja terkutuk itu lepas bebas?.

Oleh itu Kerajaan dibawah pimpinan YAB Dato' Najib hari ini hendaklah menyusun semula cara dan kaedah bagaimana harus dipantau supaya sebegitu ramai pekerja asing di Malaysia hari ini tidak melakukan kesalahan dan mematuhi peraturan dan dasar kerajaan kita.

Kepada Datuk Seri Hishamuddin, Menteri Keselamatan Dalam Negeri KDN, rakyat asing boleh mengacamkan kestabilan negara sekiranya tidak ditandangi dengan berhemah, mereka boleh membolot kemewahan negara kita, mereka tidak bayar cukai pendapatan, mereka mengamalkan pemebersihan wang secara haram, mereka boleh merogol dan membunuh rakyat kita dan mereka menghina orang kita.

Maka eloklah di ketogerikan diantara rakyat asing yang datang sebagai pekerja asing dengan pendatang asing, yang datang sebagai pekerja asing adalah tanggongjawab majikan untuk menentukan meraka itu betul betul diberi pekerjaan, jangan ada majikan mengambil kesempatan menjual pekerja mereka dan akhirnya lari menjadi pendatang asing. Dan ini telah pun berlaku.

Maka pihak penguatkuasa di Kementerian Dalam Negeri KDN hendaklah menjalankan tanggongjawab dengan sempurna, jangan jadi istilah, harapkan pagar, pagar yang makan padi. saya yakin Dato' Seri Hishamuddin faham dan tahu untuk memperbetul dan bertindak kearah pembersihan gejala yang tidak sihat di Kementerian beliau.

Ada Duka dalam Suka !!!

Sejak Dato' Seri Najib umumkan Kabinet baru, macam-macam cerita saya dengar daripada macam-macam orang, ada yang suka, ada yang marah, ada yang angguk, ada yang geleng, ada yang senyum dan ada yang masam. Itu tandanya tidak semua orang setuju dengan perlantikan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu.

Yang jelasnya kepada tuan yang ampunya diri yang telah dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri, happy go lucky. Yang sudah jadi Menteri tapi tidak dilantik lagi ataupun istilah kasarnya digugurkan terasa dukacita, dukalara dan terluka dan yang tak tahu apa-apa tiba tiba dilantik sebagai Menteri teramat gembira rasmi yang lebih suka ialah mereka yang bertanding MT kalah tapi dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Mereka yang menang MT tapi tidak diberi apa-apa rasa terkilan, seakan-akan rekod perjuangannya tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan, kepercayaan yang telah diberi oleh perwakilan tidak diambil kira oleh Perdana Menteri, mereka didalamnya amat kecewa.

Betul kata Dato' Najib, memang susah untuk memuaskan hati semua orang, menunaikan kehendak semua orang. Biarlah Dato' Najib seorang saja yang jadi Perdana Menteri, jangan semua orang nak jadi Perdana Menteri dan melantik orang yang disukai saja jadi menteri kerana perlu pertolongan untuk kaya mudah.

Sudah tentu kepada mereka terutamanya ahli-ahli parlimen yang tidak dilantik oleh Dato' Najib terasa kilan, kerena kenapa mereka tidak dilantik sedangkan orang yang tak jadi ahli parlimen dilantik jadi menteri, atas dasar apa Dato' Najib berbuat demikian, itulah soalan yang saya dengar dari ahli parlimen yang menang MT tapi tidak diberi kepercayaan untuk menjadi menteri, katanya kalau nak dikira kelulusan akedamik dia lebih hebat dengan sesetengah menteri yang dilantik melalui tiket senator itu.

Yang bersuara begitu tidak seorang tapi banyak orang, buka sepuloh tapi lebih daripada sepuluh dan kalau lebih daripada 30 bagaimana?, kalau mereka itu berpakat untuk tidak menyokong Dato' Najib sebagai Perdana Menteri. Hura haralah pula jadinya.

Tapi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan bukan perkara mudah, tapi tidak juga payah apabila ada usaha dan ada kepala terutamanya kepala itu datangnya dari ahli parlimen UMNO. Dan kalau Tengku Razaleigh jadi kepala, perkara payah tentunya akan menjadi mudah, kerana dalam parlimen sekarang orang yang dulunya "team B" masih berbisa.

Apabila gabungan 3 pemimpin melayu ini, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi Awang terpanggil untuk berbincang pembentukan kerajaan baru dan jawatan Perdana Menteri tidak dijadikan kemestian kepada siapa maka dalam masa 6 bulan akan datang berbagai-bagai kejadian akan berlaku. Kerana dalam UMNO sekerang ini ada ahli parlimen yang teramat duka dengan perlantikan jemaah menteri baru.

Saya bukan buat cerita tapi saya dengar dari mereka-mereka yang terluka dan rasa terhina.

Sunday, April 12, 2009

Berdamailah kamu, wahai Ahmad Said & Idris Jusoh.

Apa kena dengan politik UMNO Trengganu. Tiba-tiba meletup ada berita mengatakan akan berlaku usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Trengganu, Ahmad Said. Penat lagilah UMNO, baru saja mengalami penderitaan kerana kalah dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau kini sebutir negeri pula nak dihadiahkan kepada pembangkang.

Dan kes di Trengganu ni nak disama pula dengan krisis politik negeri Perak, ini akibat jawapan Ahmad Said kepada media apabila ditanya berkenaan isu undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said kata hal ini kena tanya Tuanku. Wah Sultan lagi dilibatkan dengan politik UMNO. Ini adalah gambaran yang tidak enak kerana kalau ada saja krisis politk tanahair maka nama Tuanku dilibatkan.

Sudahlah di Perak belum selesai kini di Trengganu pula dikaitkan dengan nama Tuanku. Apakah politik UMNO selama ini dilindungi Sultan-Sultan, sedangkan Sultan adalah payung kepada semua rakyat dalam negara ini tak kira daripada parti politik mana sekali pun. Kenapa nama Sultan hendak dilibat.

Sepatutnya Ahmad Said boleh mengatakan kena tanya Dato' Najib kerana Dato' Najib Presiden Parti yang akan menentukan perlantikan Menteri Besar atas persetujuan Tuanku Sultan, kan manis didengar orang.

Walau apa pun diharapkan supaya usul undi tidak percaya tidak berlaku, kerana sekiranya Wakil Rakyat daripada UMNO yang membawa usul itu maka jatuhlah sebuah kerajaan BN dan sekiranya Tuanku berkenan untuk membuburkan Dewan Undangan Negeri, pada akalnya hilanglah sebutir lagi negeri yang dikuasai oleh BN.

Untuk UMNO dan untuk kestabilan kerajaan dibawah pimpinan Dato' Najib adalah diharapkan Ahmad Said dan Idris Jusoh berdamai, kerana mereka berdua sudah dapat rezeki lebih daripada yang lain, Ahmad Said dah jadi Menteri Besar dan Idris Jusoh dan jadi Pengerusi MARA. ada peluang gomollah jangan dok berkekoh.
Cameron Highlands Masih Hijau

RM 60 billion itu untuk siapa?

Rangsangan 60 billion itu untuk siapa? itulah satu persoalan dan tajuk yang dilemparkan oleh beberapa orang anak kelantan yang balik bercuti dan lepak di hotel renai di kota bharu pada hari jumaat lalu. Untuk siapa? adakah untuk kita-kita, rakyat dibawah ini?. jawabnya TIDAK.

Kerana sejak Kerajaan mengumunkan wang rangsangan sebanyak 60 billion itu, tidak ada satu sen pun dirasai oleh kita-kita. Minyak kereta untuk pulang kampung pun macam biasa, tambang kapal terbang pun seperti biasa, teh dan kopi di kedai che waa pun seperti biasa, pulut pagi dan nasi berlauk pun harga semakin mahal. Jadi siapa yang dapat rangsangan, keluh Asi, Diructor sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.

Realitynya siapa sebenar yang dapat rangsangan yang mana rangsangan itu sebenarnya membolehkan naik semangat dan apabila semangat naik kerja pun mesti kuat. Tapi sayangnya rakyat belum mendapat rangsangan, maka rakyat belum bersedia untuk bekerja kuat bagi mempertahankan kerajaan.

Di Bukit Gantang, rangsangan hanya diberi kepada segelintar pengampu saja, maka rakyat yang tak dapat rangsangan tidak mengundi parti kerajaan, menyebabkan BN Kalah di Bukit Gantang dan Selambau. Ini semua cakap saja mahu memberi rangsangan, tapi rangsangan tidak di agih-agihkan kepada orang yang memerlukan, rangsangan dicurahkan kepada orang telah telah banyak tenaga, kepada kroni-kroni, kepada GLC kepada syarikat-syarkat besar dan kepada yang ada lesen kelas F yang dipilih.

Rangsangan diberi kepada juak-juak yang sudah kaya dalam erti kata yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus papa kedana, sedangkan dinegara kita ini mejoriti pengundinya adalah rakyat yang miskin yang tidak ada pendapatan tetap tapi mahu kongsi bersama diatas kekayaan negara dan setelah mereka sedar bahawa wang rangsangan 60 billion itu tidak sampai atau tidak dapat dinikmati oleh mereka maka mereka itu akan membalas dengan undi apabila berlaku pilihanraya nanti. Yang untungnya parti pembangkang.

Sebenarnya wang rangsangan 60 billion itu adalah senjata yang akan makan tuan sekiranya, keadah, cara dan peraturan tidak dilihat sebagai satu persembahan yang boleh memberi tenaga yang kuat kepada rakyat untuk terus bangkit dengan rangsangan menyokong kerajaan yang sedia ada.

Kerajaan hari ini yang dinamakan kerajaan rakyat, maka otak rakyat semacam saya ini pun perlu diambil kira kalaulah benar kata-kata Perdana Menteri itu, "zaman orang atasan tahu semua atau berasa diri mereka sentiasa betul sudah berlalu", kerana yang membuat BN hampir hilang kerajaan dalam pilihanraya lalu disebabkan pemimpin parti UMNO diperingkat Bahagian banyak mengamalkan polisi diktator dan rasuah politik sementara Menteri pula meletak diri mereka itu lebih berkuasa daripada melaikat dan melayan rakyat secara terpilih.

Dalam masa 6 bulan ini adalah ujian kepada kerajaan pimpinan Dato' Najib, betulkah suara rakyat akan dijadkan suara keramat.

Friday, April 10, 2009

2000 sahabat PM hadir makan malam di Putrajaya.

Semalam hampir 2000 orang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dikediaman beliau Putrajaya, yang hadir itu adalah sahabat-sahabat YAB Perdana Menteri sejak beliau mula menceburkan dalam politik tanahair.

Nama sahabat saya iaitu Allahyarham Jamaluddin Bakar (JBL) disebut oleh YAB Dato' Najib bagi mengingati sejarah bagaimana Pemuda diwaktu menghadiri kursus yang dalam programnya tidak ada perbedzaan diantara menteri dan rakyat biasa. Pada waktu itu Dato; Najib adalah menteri dan Allahyarham Jamaluddin Bakar adalah ahli biasa tapi diletakkan dalam dom yang sama untuk tempat penginapan.

Cerita yang hendak disampaikan oleh Dato' Najib adalah UMNO hendaklah kembali kepada wadah perjuangan asal supaya semangat dan roh UMNO akan sebati dalam perjuangan, oleh itu Dato' Najib mahu program kursus-kursus secara bersepadu diadakan kembali bagi merapatkan hubungan diantara ahli-ahli dengan pemimpin.

Adakah lagi diwaktu sekarang ahli-ahli UMNO mahu mengikuti kursus yang diadakan di kem-kem atau di pusat-pusat latihan, kerana sudah sekian lama UMNO tidak mengadakan kursus sedemikian, apa yang dianjurkan oleh UMNO sekarang ini, kalau ada kursus pun diadakan di hotel-hotel mewah, hotel 5 bintang.

Inilah yang akan mengagalkan program yang diutarakan oleh Dato' Najib itu, kerana rata-rata ahli terutamanya pemuda buat masa ini mereka menyerati UMNO bukan kerana diatas kesedaran dan jiwa yang bersemangat untuk berjuang mempertahankan kemerdekaan tanahair, tapi mereka masuk UMNO kerana disitu ada peluang untuk mengubah cara hidup, dari berpakaian biasa kepada pakaian berjenama, dari kereta proto kepada sekurang-kurangnya volvo ataupun merc lampu kacang.

Tengoklah, setelah Dato' Najib mengumumkan kabinet hari ini, ada yang suka dan ada yang terluka, apa pula akan terjadi apabila Dato' Najib menyusun pentadbiran parti di Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan Badan-Badan Perhubungan UMNO Negeri dan di harap dalam penyusunan itu kelak biarlah ada yang terluka tapi jangan biarkan UMNO yang terseksa.

Thursday, April 9, 2009

Khairy, terhina?

Ketua Wanita UNNO Sharizat Jalil dilantik menteri penoh iaitu menteri pembangunan wanita sementara Ketua Puteri UMNO R0snah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, syabas diucapkan, yang tidak dilantik ialah Khairy Jamaluddin (KJ) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia., sabar diucapkan.

Inilah lumrah politik, ada hari bahagia dan ada hari luka, tapi jangan disangka dalam air tenang tak ada buaya. Khairy adalah mangsa keadaan, apabila dia menang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dihari itu juga ada usaha untuk mencemarkan nama beliau. .saya kira sekiranya Khairy kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda mungkin beliau dilantik menteri penoh. Sedangkan Mukhris yang kalah pun dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian yang kanan.

Sementara Naib Ketua Pemuda UMNO pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan ini menampakkan pimpinan Dato' Najib mahu pemuda UMNO dapat memperkasakan pemuda malaysia.

Inilah yang dikatakan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua, Khairy yang menang tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan manakalah Mukhris yang kalah diberi tempat dalam kerajaan. dan tjujuh orang menteri digugurkan walaupun ada yang menang dalam pemilihan Majlis Tertinggi lalu.

Merajuklah pada yang sayang.


Wednesday, April 8, 2009

SIAPA MENTERI RASUAH?

Debaran Pilihanraya kecil sudah selesai. Keputusannya kekal seperti dulu, yang BN dulu menang tetap pada BN dan yang Pakatan Rakyat menang tetap PR menang, yang pastinya kerajaan berbelanja wang yang banyak bagi mengadakan pilihanraya kecil itu. Kalau dicampurkan perbelanjaan Kerajaan dengan Parti-Parti yang bertanding, entah berapa puluh juta wang di belanja.


Kini tiba debaran perlantikan Menteri. Esok Dato' Najib akan umumkan siapakan Menteri yang akan bersama-sama beliau untuk mentadbir negara. Dengarnya ada yang digugur dan ada yang kekal dan tak ketinggalan juga ada yang muka baru, Ada gologan muda dan lama, mungkinkah juga ada yang sepatutnya dilantik tapi tidak diberi tempat. Sama-samalah kita dengar berita secara langsung esok jam 3.00 petang melalui semua saluran TV.


Banyak ramalan telah dibuat, yang saya tunggu hanya nak tahu siapa orang kelantan yang akan dilantik oleh Dato' Najib sebagai menteri, kekalkah Dato' Mustapha Mohammad (Tok Pa), Awang Adek dilantikkah, bagaimana dengan muka baru, atau seorang saja yang akan dilantik. inilah yang ditunggu-tunggu oleh orang kelantan.


Apa pun diharap Menteri diera Dato' Najib ini tidak sombong, riak dan takabur, melayan hanya orang yang terpilih, tidak berjiwa rakyat, itulah salah satu sebabnya mengapa rakyat sekarang ini muak dengan kerajaan dan UMNO.


Kalau para menteri tidak ubah sikap dan perangai alamatnya mereka itulah yang sebenarnya bekerja untuk menghancurkan kerajaan dan parti. beberapa nama yang tersimpan di dipejabat Peguan Negera itu jangan lagi lantik. Dan jangan oleh kerana na.k beri jawatan menteri maka sengaja dilantik sebagai senator.


Ujian pertama untuk Dato' Najib besuk ialah bagaimana beliau meletakkan moral pemuda UMNO dimata rakyat, kerana dengan tidak melantik Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam jemaah menterinya bererti Dato' Najib tidak iktiraf pemilihan yang telah dibuat secara demokersi oleh pemuda UMNO Malaysia kerana Khairy (KJ) adalah Ahli Parlimen, lainlah kalau yang tidak menjadi Ahli Parlimen.


Tunggu jawatan yang diberi untuk berkhidmat.

Tuesday, April 7, 2009

RTM Bodoh.

Wisel penamat hampir tiba, pengundi di tiga kawasan pilihanraya kecil akan buat keputusan hari ini, hari yang akan menentukan siapa yang akan dipilih sebagai wakil rakyat, dari parti mana dan akan memikul tugas dan tanggongjawab serta amanah.

Dato' Najib boleh tersenyum lebar sekiranya BN menang di ketiga-tiga kerusi itu, tersenyum kerana rakyat boleh terima plan pembaharuan politik dan kerajaan setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 6 dan akan lebih bersemangat lagi untuk turun kebawah memujuk dan memenangi hati rakyat supaya bersama-sama beliau membangunkan negara dan memperkasakan ekonomi rakyat.

Kerajaan rakyat yang dicipta oleh Dato' Najib akan berterusan diterima oleh rakyat sekiranya jentera parti dan kerajaan tidak mengamalkan rasuah dan pecah amanah, kerana inilah penyakit yang terdapat hari ini.

Anwar Ibrahim pula akan berlapang dada sekiranya DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang terus dikuasai oleh Pakatan Rakyat, beliau akan terus mengasak supaya kerajaan yang dipimpin oleh BN akan tumbang dalam masa terdekat, beliau adalah seorang pejuang, kalah tidak melemahkan semangat juangnya dan gagal bukanlah bererti kalah.

Keputusan pilihanraya hari ini juga akan ada kaitan dengan perlantikan jemaah menteri dan pentadbiran parti serta kerajaan, sekiranya kemenangan berpihak kepada parti pembangkang, Dato' Najib kena "check" parti mana yang tidak kerja secara ikhlas dalam proses kempen itu dan hendaklah dilakukan sesuatu supaya ianya tidak merebak kepada pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Hanya dalam kempen BN melalui RTM, TV Kerajaan diakhir-akhir ini sangat memuakkan dan tidak bermoral apabila sedutan sedutan ucapan Anwar Ibrahim semasa dalam Kerajaan dan UMNO disiar secara bertubi-tubi sedangkan sekarang ini Anwar sudah meninggalkan Kerajaan dan UMNO dan kenapa ucapan Tun Mahathir yang puji Anwar semasa Anwar hendak menyertai UMNO dulu tidak disiarkan, dan siarkan ucapan Dato' Najib sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memuji Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kalau disiarkan agaknya PKR akan menang mudah dalam pilihanraya kecil hari ini.

Saya kira RTM tidak bertamaddun, Pegawai yang melakukan slot ini, otaknya beku, kerana propaganda begitu boleh menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan RTM dan perkara sebegini hendaklah dielakkan supaya seluruh rakyat percaya kepada RTM yang menjadi saluran berguna untuk negara Malaysia. Kenapa RTM melakukan projek yang bodoh ini. Saya kira ramai rakyat yang benci kepada RTM daripada yang suka cara RTM berkempen itu.

Kalau BN kalah dalam pilihanraya kecil ini lagi malu, Kementerian Penerangan dan RTM juga perlu disusun semula, biar sesuai dengan kehendak zaman. Dan satu lagi kebodohan RTM ialah berhubung dengan berita orang Cina baca ayat Quran, untuk dapat penjelasan lebih lanjut sila baca Blog Sayuti Omar dengan tajuk, Salahkah orang kafir baca Quran?.


Monday, April 6, 2009

Keputusan Pilihanraya esok, bukan ujian pada Dato' Najib.

Esok (7hb. April, 2009) adalah hari mengundi bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Serawak. Ini adalah pilihanraya kecil diera Dato' Najib jadi Perdana Menteri Malaysia.

Ada pendapat mengatakan pilihanraya ini sebagai ujian kepada BN yang baru mendapat Perdana Menteri baru, sekiranya BN kalah di ketiga-tiga pilihanraya kecil ini, maka nasib BN dimasa akan datang tidak selamat. Pilihanraya yang ke 13 nanti tidak akan berpihak kepada BN untuk membentuk kerajaan, kemungkinan besar rakyat akan tolak parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBB, PBS dan lain-lain kompenan BN kerana rakyat ingin merasa kerajaan baru dibawah parti PKR, PAS dan DAP.

Sekira inilah terjadi bermakna Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang malang, kerana kerajaan dibawah kepimpinannya tidak tahan lama dan parti UMNO dibawah terajunya juga tidak dapat mempertahankan rekod sebagai sebuah parti yang tertua didunia menjadi kerajaan. Maka bersorak ria lah orang yang tak suka kepada Dato' Najib. sama ada diluar parti ataupun didalam parti.

Dan tentunya Dato' Najib tidak akan membiarkan, parti dibawah kepimpinannya akan hanyut, Beliau tidak akan membiarkan rakyat menolak kerajaan BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat, Beliau tidak akan leka untuk memperkasakan parti yang telah melalui jalan sukar selepas pilihanraya umum yang ke 12 dulu.

Dato' Najib tentunya sudah atur gerak kerja, bagaimana untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN, bagaimana hendak memberi keyakinan kepada rakyat bahawa hanya kerajaan BN yang mampu memulihkan ekonomi untuk kesehajteraan rakyat, mampu meletakkan suasana negara dalam keadaan stabil, makmur dan aman damai, Dato' Najib tahu bagaimana untuk memulakan langkah, beliau sangat arif untuk memahami jiwa dan perasaan rakyat, beliau mampu melaksanakannya.

Tinggal lagi adakah beliau mahu melaksanakan kehendak rakyat terbanyak, beliau terpaksa mengenepikan para sahabat dan penyokong yang dilihat tidak bersih yang tentunya rakyat akan muak sekiranya masih terdapat orang yang tidak bersih dilantik mentadbir parti dan kerajaan, perasuah dan pemecah amanah. Dan inilah yang rakyat akan perhatikan, perlantikan jemaah menteri nanti, orang-orang yang macam mana?,

Ukuran sebenar yang rakyat nanti-nanti bukanlah keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau atau di Batang Ai, keputusan itu tidak meletakkan kerajaan hari ini dibawah kepimpinan Dato' Najib akan tumbang sekiranya BN kalah di ketiga-tiga kawasan tersebut. Yang rakyat nak tunggu, apakah bentuk penyusunan semula pentadbiran parti dan kerajaan betul betul bersih dan beramanah.

Pentadbiran kerajaan, selain menteri dilantik dikalangan orang yang bersih, amanah dan tidak rasuah, pegawai kerajaan juga hendaklah dilantik mereka yang amanah dan bertanggongjawab dan ini hendaklah bermula dari Ketua Setiausaha Negara, orang yang memastikan perlantikan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian kementerian dan pegawai pegawai atasan hendaklah tidak dilantik terdiri daripada kroni-kroni, perlantikan hendaklah dibuah mengikut kepada kelayakan dan prestasi.

Begitu juga dengan pentadbiran parti, penyusunan semula bermula dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia seterusnya kepada peringkat Perhubungan Negeri dan Bahagian-Bahagian hendaklah dikemas kini, ertinya daripada Setiausaha Agong dan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri.

Dua manusia yang akan menerajui parti dan kerajaan hendaklah dilantik orang baru sebagai jentera pengerak bagi memperkukuhkan kerajaan dan parti iaitu Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Agong UMNO kerana ianya adalah nadi kepada pentadbiran, pincang disini pincanglah parti dan tumbanglah kerajaan.

Perlu diingat, dua kelompok ini yang akan menentukan kestabilan kerajaan dan negara. Rakyat yang menyokong dan menyertai parti UMNO dan Kakitangan kerajaan yang menyokong menteri dan pegawai-pegawai atasan mereka. sekiranya dua kelompok ini tidak dapat diuruskan dengan berkesan dibimbangi angin perubahan akan berlaku dan apabila rakyat memutuskan untuk menukarkan kerajaan maka diwaktu itu pitih mas tidak berharga lagi.

Sunday, April 5, 2009

"GANDUM" dibukit Selambau.

Naib Presiden PPP V-Nadarajan keluar parti itu dan menyertai PKR dengan pengumuman dibuat oleh Johari Abdul bahawa seramai 6000 ahli PKR sertai Keadilan dan PPP Negeri Kedah dibubarkan, manakala hari ini Timbalan PPP Kedah, K-Vadiveloo menafikan bahawa PPP kedah sudah dibubarkan.

India sudah main drama, kerana dua calun daripada parti yang besar bertanding di DUN Selambau adalah berbangsa India. Sebenarnya pentas di Selambau itu adalah pentas untuk orang India, maka kejutan yang dibuat oleh Dato' Najib membebaskan dua orang penyokong Hindraf daripada tahanan ISA sedikit sebanyak boleh mempengaruhi undi dikalangan orang-orang India.

Bagi mengambil kesempatan daripada itu, A. Latha sepupu kepada salah seorang pemimpin Hindraf yang belum lagi dibebaskan iaitu K. Vesanthakumar bersama-sama dengan P. Uthayakumar dan V. Ganabatirau telah menyeru supaya kerajaan membebaskan semua pemimpin Hindraf yang masih lagi ditahan itu dan memberi jaminan bahawa semua kaum India didalam DUN Selambau akan menyokong BN.

Gesaan yang dibuat oleh A. Latha itu, lebih menyusahkan lagi kepada tiga pemimpin Hindraf yang masih ditahan. Mana boleh kata kalau bebaskan mereka bertiga itu orang India akan sokong BN, mahu kecek Dato' Najib dengan belit India tak jalanlah.

Inilah gelagak orang India dalam pentas politik tanahair hari ini, seperti dapat tepong gandum dan sebenarnya politik orang India di DUN Selambau ini menguntungkan mereka, dari parti mana yang menang pun , orang India yang menang, asalkan jangan bebas melayu yang menang dan tak , mungkin pun.

Kita tunggu Samy Vellu dan Kavyes komen.

PPP MASUK PKR
OH! BUKAN
NAIB PRESIDEN PPP MASUK PKR
BETUL TAPI BUKAN
SEPERTI TUN MAHATHIR MASUK UMNO
KELUAR UMNO, MASUK UMNO.

renung-renungkan lah.

Saturday, April 4, 2009

Pak Lah, sudah jatuh ditimpa tangga !!!

Berita baik untuk sesiapa yang lari,terbuang ataupun dibuang dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menyertai kembali, Ini ditegaskan oleh Dato' Najib selaku Presiden UMNO dalam satu mjalis dimana beliau telah menerima borang keahlian UMNO daripada Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah dan Mokhzani yang ingin menyertai semula UMNO setelah beliau keluar UMNO dizaman Tun Abdullah (Pak Lah) jadi Presiden UMNO.

Inilah tauladan terbaik yang telah ditunjukkan oleh seorang Negarawan, keluar UMNO kerana tidak setuju dengan Presiden dan masuk semula UMNO bila bila masa dia suka, Dan Presiden kita yang baru pun mengalu-alukan, bukan setakat Tun Mahathir dengan anak beranaknya saja bahkan Presiden juga mengatakan, sesiapa saja boleh menyertai semula UMNO untuk memperkukuhkan parti.

Dalam hal ini, kepada orang-orang melayu yang dulu penyokong dan ahli UMNO, inilah masanya untuk menyertai kembali, peluang ini hendaklah dianggap sebagai peluang keemasan kerana peluang ini tidak lama. Terutama kepada wakil-wakil rakyat melayu yang tidak berada dalam UMNO, inilah masanya, kembali kepangkal jalan. Peluang sedang menanti.

Bagaimana dengan Dato' Ibrahim Ali, rasanya inilah masanya yang ditunggu-tunggu, idolanya , Tun Mahathir telah berkepik dengan Dato' Najib, Dato' Him bila lagi. Dan mereka yang dah jadi Yang Berhormat yang bercita-cita untuk menduduki dalam barisan kerajaan, inilah masanya berdamai dan berpaling tadah, terutamanya dok dalam Pakatan Rakyat pun sebagai pak turut saja, nak makan pun payah, hari hari dikejar pengundi.

Lepas tu sampai pilihanraya, kalau tak dipilih calun, keluar parti dulu, bertanding atas calun bebas ataupun calun parti lain, kalau kena pecat pun tak apa, dah menang tu, masuk balik UMNO tentu diterima balik seperti Tun Mahathir. apa susah, tukar parti bukannya tukar ugama. Lagipun ada orang ugamanya Islam tapi kehidupannya sebagai manusia munafik.

Bagaimana orang UMNO dikampung?, setuju tak !.

MCA mahu TPM dilantik orang Cina.

PAS dan PKR setujukah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia diberi kepada Cina? dan adakah Ahli Parlimen Melayu daripada parti pembangkang akan sokong sekiranya Perdana Menteri Malaysia akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada orang Cina.

Inilah isu baru yang dicetukan oleh Timbalan Setiausaha Agong MCA, Loke Yuen Yow serentak dengan perlantikan Dato' Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia kelmarin. Dan dalam suasana pilihanraya kecil dimana BN perlu untuk menang bagi memberi hadiah pertama kepada Dato' Najib, tiba-tiba MCA mengasak supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dilantik dikalangan orang Cina.

MCA tentu faham, tanpa sokongan orang Cina dan India di Perlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau agak susah BN akan menang, dan cadangan serta gesaan Loke Yuen Yow itu seakan-akan bermain politik dengan Dato' Najib, cuba untuk meremaskan usaha Dato' Najib bagi membentuk sebuah kerajaan rakyat.

MCA dah besar kepala, kerana hakikatnya apabila orang Cina tidak mengundi BN dalam pilihanraya maka undi BN akan merosot dan menyebabkan kerusi yang tempatnya orang Cina ramai pengundi, BN akan kalah, maka MCA buat tuntutan ugutan kepada Dato' Najib dan semacam memberi signal sekiranya Dato' Najib tidak tunai permintaam MCA itu maka dalam pilihanraya ke 13. MCA tidak bekerja untuk BN.

Esok mungkin MIC pula buat desakan dan ugutan yang sama, mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri diberi kepada orang India, kerana orang india juga turut menyokong untuk memerdekakan tanah melayu daripada dijajah oleh British.

Orang macam Loke inilah yang ingin melemahkan kepimpinan Dato' Najib, yang cuba mencari punca supaya Dato' Najib tidak popular dikalangan pengundi cina, apakah niat sebenar Loke diwaktu ini, diwaktu BN mahu mencari kemenangan dalam pilihanraya kecil itu. diwaktu Dato' Najib baru mahu memulakan langkah, tiba tiba Loke membawa isu sentimen perkauman.

Kita tunggu komen daripada pemimpin politik melayu, sama ada daripada UMNO. PAS ataupun Keadilan, apakah mereka itu bersetuju dengan desakan dan ugutan Loke itu? kepada diri saya, kenyataan Loke Yuen Yow itu tidak sesuai dan diharap tidak menjadi kenyataan selagi BN menjadi kerajaan.

Tapi tentunya ada dikalangan orang UMNO yang akan menyokong tuntutan Loke itu, kerana apabila Dato' Najib ada masaalah, mereka YANG TIDAK BERKENAN dengan Dato' Najib menjadi Perdana Menteri akan suka, dan dengan harapan Dato' Najib akan tersungkur jatuh dengan cepat.

Dato' Seri Najib, berhati-hatilah kepada penyokong yang ghairah itu (betul Dato', betul Dato', Yes Sir- Yes Sir), kerana kata bidalan, kerana penyokong yang beginilah dimaksudkan penyokong yang membawa rebah.

Friday, April 3, 2009

Tengku Abdul RA-H-M-A-N.

RAHMAN sudah lengkap.

Perkataan RAHMAN yang selalu disebut-sebut dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia, hari ini sudah diperlengkapkan apabila YAB. Dato' Seri Najib Tun Ab.Razak tepat jam 10.11 minit pagi tadi dengan secara rasminya telah bergelar Perdana Menteri Malaysia ke 6 setelah mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong, dibalai Rongseri, Istana Negara.


Dan selepas Dato' Seri Mohd. Najib siapa? adakah perkataan MUHAMMAD pula diambil kira kerana Timbalan Perdana Menteri adalah Muhyiddin (MU) dan lepas itu Hishammuddin(H) dan lepas itu Ahmad Zaid Hamidi (A)) dan lepas itu Mukhris Mahathir (MM) dan lepas itu siapa saja asalkan pangkalnya A, mungkin perempuan yang boleh jadi namanya Arisa(A) dan lepas itu D dengan membawa maksud Dunia Kiamat. MUHAMMAD adalah Rasul akhir zaman.

tulis pada dok saja, sambil tunggu solat jumaat.



PERDANA MENTERI MELAYSIA KE 6.

TAHNIAH

YAB.DATO' SERI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI,MALAYSIA.







Untuk menyakinkan rakyat jelata, dua perkara harus segera terjadi iaitu susun semula pentadbiran parti dan kerajaan, terutamanya tukar SUA dan KSN.

salam, selamat maju jaya.

IKHLAS dari amba, aku dan saya.




Thursday, April 2, 2009

Batal Permit, Gantong Pemilik?

Sebuah akhbar dengan tajuk 'gantung permit taksi degil' membuat saya berminat untuk memberi sedikit ulasan, yang mana dalam berita itu, JPJ akan membatalkan 612 permit teksi yang melakukan beberapa kesalahan, diantaranya tidak mengunakan meter, enggang mengambil penumpang, mengenakan tambang lebih, mengubahsuai meter, tidak mempamerkan kad pemandu, tidak mempunyai lesen PSV, dan warga negara asing jadi pemandu teksi. Sebenarnya bukan ratusan pemandu teksi yang jahat bahkan ribuan yang melakukan kesalahan terlepas dari tindakan.

Ini semua bukan cerita baru,. cerita lama, tapi JPJ dan kerajaan sengaja tidak mahu mengambil tindakan, kerana yang terlibat itu bukan hak milik syarikat orang miskin, pemiliknya dipunya orang kaya, sebelum dapat permit pemilik itu adalah kenalan baik kepada orang yang berkuasa untuk meluluskan permit tersebut. Siapa orang yang berkuasa itu, cari sendirilah, tak payah disebut-sebut dan yang dapat permit itu bukan hanya satu dua permit saja, bahkan ada yang dapat puluhan dan ratusan.

Inilah satu sebab mengapa kesalahan yang disebutkan itu tidak diambil tindakan oleh pihak JPJ ataupun Lembaga Pelesanan. Maka hari ini kecur cerita JPJ akan ambil tindakan hendak gantong permit teksi yang buat kesalahan. jangan gantong lagi batalkan terus, bukan batal yang itu saja, batal semua permit yang diberi kepada syarikat tersebut walaupun ada hanya satu kesalahan yang dapat ditangkap kerana satu itu sebenarnya menunjukkan syarikat tersebut tahu pemandunya membuat kesalahan.

Yang paling merbahaya, teksi diberi sewa kepada orang asing, dalam hal ini sepatutnya bukan saja pemandu teksi ditangkap dan didakwa pemilik teksi tersebut patut disumbat terus ke dalam penjara, kerana perbuatan itu bukan saja bahaya kepada penumpang tetapi terdedah kepada jenayah berat, seperti rompak, rogol dan bunuh, kerana tentunya orang asing yang berduit tidak mahu bekerja sebagai pemandu teksi, tapi mereka yang jahat tentunya sentiasa mengintai peluang untuk mendapat wang dengan cara mudah.

Dalam hal ini adalah disarankan, sekiranya didapati bersalah, permit teksi itu hendaklah dibatalkan dan tuan punya permit itu patut digantong, bukan permit yang digantong. kerana tuan punya permit itu dah lah dapat nikmat dengan mudah tapi masih lagi melindungi pemandu yang hisap darah orang ramai yang memerlukan perkhidmatan teksi dengan mengenakan tambang ikut suka mereka saja. Jahat sungguh jahat.

pacat.

mengambil dari senikata lagu dikir barat, petang-petang hujan turun lebat, tepi padang tengok dikir barat, rumput panjang tanah lembab, ingat gek weh, takut ada pacat, dalam seluar dalam, baju dalam pun dia hinggap, dara bujang, bini orang pun pacat kerabat, sebut kata pacat dia nak serupa dengan lintah, kakitangan melekat serupa orang comor getah, dan ketik ke pacat hak tak be'sa rasa nak muntah, kebanyakan dia ketik hak tempat luka dah.

petang-petang hujan turun lebat, pacat lintah orang panggil gak makhlok, pelek bedoah lambat galak kenyang menunduk, dia hisap darah, dia tak makan nasi pulut, dia tadak telinga, tadak mata tapi ada mulut. pacat bukit orang panggil kata pacat mawoh, ketik sakit, parut dia bekas lama, beringat adik takut pacat nya ketik demo, dan ketik adik eha eha tak puas nyawa.

petang-petang hujan turun lebat, pacat mawah dia tak serupa dengan pacat kampong, ketik orang tino dia cari hak golek punggong, dan ketik ke dia, lagi tak kenyang dia tak turun, ketik lama-lama hak perut kepeh tu gak jadi kembong.

petang-petang hujan turun lebat.

pacat suka hisap darah, jahat tapi tak boleh dipenjara.
manusia yang hisap darah, jahat, patut dipenjara.
adakah menteri atau bekas menteri seperti pacat yang boleh didakwa dan dipenjara?.


Wednesday, April 1, 2009

Najib is THE BEST !, kalau...

Tiap-tiap kali ada pertukaran, Ketua Polis Negeri (CPO) ataupun Ketua Polis Daerah (OCPD), maka akan berlakulah tangkapan dan serbuan di Negeri itu ataupun Daerah itu. Tangkapan penjenayah, Serbuan terhadap kaki Ekor, Kelab- Kelab, rumah urut, disko dan segala tempat maksiat akan menjadi agenda utama, ini untuk membuktikan tempat tersebut akan bersih daripada jenayah dan tempat maksiat.

Maka tersebarlah berita melalui media massa dan media cetak, kecut perutlah para taukeh maksiat dan taukeh judi haram, rakyat pun suka. Amanlah tempat tersebut, tapi tidak lama, selepas dari itu, keadaan kembali tenang kepada pengamal maksiat. Jarang-jarang sekali ada tangkapan dan serbuan, kecuali dimusim-musim perayaan. Kenapa?. Ini bukan bererti pihak yang berkuasa tidak bekerja dan tidak ambil tindakan, ini berlaku kerana perkara maksiat ini susah hendak dihapuskan kerana banyak sangat permintaan, macam goreng pisang panas.

Begitu jugalah agaknya akan berlaku dizaman Dato' Najib menjadi Perdana Menteri, kalau usaha untuk menghapuskan rasuah tidak dibuat secara drastik, secara bersungguh-sungguh tanpa lelah untuk bekerja menghapuskannya, rasuah akan kekal menjadi musuh negara kerana permintaan untuk melakukan rasuah begitu tinggi dinegara kita ini.

Mereka yang melakukan rasuah dan yang akan melakukannya akan terhenti seketika sekiranya agenda pertama Dato' Najib ialah untuk mendakwa mereka yang failnya sudah siap dipejabat Peguam Negara terus didakwa. Ini menampakkan bahawa Dato' Najib tidak akan berkompromi kepada orang yang melakukan rasuah dan dengan cara ini amalan rasuah boleh dibendongkan sama ada oleh pegawai kerajaan ataupun orang politik.

Cari, korek keakar umbi, korek walaupun kedalam lubang cacing, mereka yang didapati menyalahguna kuasa dan mengamalkan rasuah semasa mereka berkuasa. Dakwa mereka, hukum mereka seberat-beratnya sekira didapati bersalah. orang yang jenis ini perlu diajar untuk memberi kesedaran kepada yang lain, jangan lepaskan mereka dengan alasan mereka sudah tidak berkuasa lagi sekarang, jangan biarkan mereka hidup bebas atas kekayaan melalui kejahatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tangkap mereka, dakwa mereka. barulah rakyat kata Najib adalah Perdana Menteri yang BEST!.

Inilah salah satu yang rakyat tunggu-tunggu, membersihkan anggota kerajaan daripada berkhidmat dengan amalan rasuah, Menteri bersih, Ketua Setiausaha bersih, Pengarah-Pengarah bersih, wakil wakil rakyat bersih. Inilah kerajaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat dan sekali lagi rakyat akan berkata, Najib is THE BEST!

Pilihanraya yang ke 13 nanti, rakyat sedang menanti untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Dato' Najib, rakyat sedia menolak kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Selangor, waima di Kelantan sekiranya Dato' Najib boleh membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan beramanah dengan mengenepikan orang-orang tertentu dari menduduki kerusi menteri dan pegawai tinggi kerajaan. Dan sekiranya kehendak rakyat ini Dato' Najib dapat tunaikan maka sekali lagi rakyat akan tabik kata BEST! kepada Dato' Najib.

Hari Jumaat, (3.4.09) dengan izin Allah swt, Dato' Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 6. dan rakyat sedang menunggu, kerajaan bagaimana yang Dato' Najib akan bentuk dan siapa menteri dalam kabinetnya.

Betulkah?

Yang ku dengar:-

1. YB. Dato' Nik Amar Nik Abdullah akan ganti Tok Guru Nik Aziz akan jadi Menteri Besar Baru untuk Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

2. PAS akan menang besar di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

3. PKR akan tumbang di DUN Selambau.

4. Barisan Nasional menang di DUN Batang Air.

5. Dato' Najib akan jadi Perdana Menteri ke 6 Negara Malaysia pada Jumaat ini.

6. Tun Mahathir akan kembali masuk UMNO.

7. Tun Daim Zainuddin akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

8. Dato' Mustapha Mohammad akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang baru mengantikan Tan Sri Datuk Penglima Annuar Musa.

9. Dato' Khalid Nordin akan di kekalkan sebagai Menteri.

10. Dato' Mukhris Tun Mahathir akan dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia.