Friday, May 29, 2009

Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah, KDYMM Tuanku Al-Sultan Ismail Petra beransur pulih setelah mendapat rawatan susulan di Hospital Elezebth, Singapore, hari ini KDYMM Al-Sultan telah dipindahkan ke normal ward.

Diatas berkat doa seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia, adalah diharap Tuanku akan cepat semboh dan berada dalam keadaan baik seperti sediakala. Amin.

Saya berada di Singapore sejak semalam.

Thursday, May 28, 2009

'RAGUT' mencemaskan orangramai?

Kes ragut menjadi-jadi kini. Penyakit mendapat duit dengan mudah hingga menyebabkan kecederaan dan kematian tanpa belas kasihan tiap2 hari berlaku, ada yang dilapurkan oleh media dan ada juga yang tidak dilapurkan, hakikatnya keselamatan sudah tidak terjamin lagi.

Kepada mereka yang menerima nasib yang malang hanya simpati saja yang dapat diberi, sedangkan orang yang melakukannya jarang sekali dapat ditangkap dan dibukti. Kesimpulannya jenayah ragut sudah menjadi musuh utama dalam kehidupan kita sehari-hari. Undang-undang ada, orang yang menjalankan tugas juga ada, tapi manusia yang rakus terus bermaharajalela.

Oleh itu rakyat diminta menanamkan kesedaran untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa supaya musuh manusia itu dapat dicegah dengan harapan orangramai hendaklah peka terhadap kejadian yang berlaku didepan mata.

Sudah banyak nyawa hilang angkara perbuatan ragut, bagaimana untuk menghapuskannya?

Tuesday, May 26, 2009

kakitangan Kerajaan 'KECEWA' teramat.

UMNO boleh terus menubuhkan kerajaan pada pilihanraya yang ke 13 nanti sekiranya mendapat sokongan padu dari ahli-ahli parti dan penyokongnya serta kakitangan awam yang tidak kecewa terhadap sikap kerajaan menjaga kebajikan golongan mereka. Inilah dua faktor besar yang akan menjadi ukuran penentu sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Pengalaman Dato' Najib selama 33 tahun berada dalam kerajaan tentunya mampu mengatasi semua permasaalah rakyat, terutamanya membela kepentingan rakyat diluar bandar yang masih bergantung harap kepada bantuan kerajaan dan juga kakitangan awam yang masih berharap mendapat kedudukan yang sewajar dengan tugas yang dipikul dalam ertikata kenaikan pangkat tidak terhalang ataupun dihalang kerana perbuatan manusia.

Menyambung perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama satu tahun lagi kerana atas "KEPENTINGAN NEGARA" melahirkan rasa tidak puas hati dikalangan Pegawai Tadbir yang sedang menunggu kenaikan pangkat. Sambung seorang untuk terus meneraju kepimpinan Perkhidmatan Awam bererti menyekat peluang kenaikan pangkat orang lain. Sampai bila agaknya usaha menyekat kenaikan pangkat orang lain akan diamalkan didalam sektor perkhidmatan awam?.

Kepentingan Negara seperti apa sehingga KSN yang ada hari ini dipertahankan supaya tidak BERSARA, atau ada unsur lain seperti kedaerahan atau ampunisam atau memang dah tak ada orang lain yang layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) selain daripada yang ada hari ini. Tahukah Dato' Najib berapa ramai lagi orang yang kecewa dengan tindakan kerajaan yang terus menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya berihat dari menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Kalau setiap orang yang sudah sampai masanya untuk bersara dan oleh kerana mahu mengekalkan untuk memberi habuan dan kenikmatan kerana kenalan dan orang sekampung, maka adalah disarankan umur persara wajib hendaklah dihapuskan dan lebih baik digubalkan undang-undang supaya umur persaraan kakitangan awam ditetapkan kepada 99tahun ataupun sehingga mati. Maka tidak berlakulah penyekatan kenaikan pangkat dan boleh mengurangkan kekecewaan dikalangan kakitangan awam dan tidaklah akan memberi kesan yang mendalam kepada keputusan pilihanraya.

Jangan kerana hendak memperkasakan seseorang itu, maka kerajaan BN tumbang dan saya dengar banyak pegawai kerajaan dari bawah hingga keatas tidak senang dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini yang terus menyambung perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama setahun lagi. Jangan pula itu merupakan signal untuk kakitangan awam mengambil sikap tidak akan menyokong BN dalam pilihanraya yang ke 13 nanti. Parahlah BN.

Kenaikan gaji dan insantif lain tidak boleh mengubah kemarahan dikalangan sebilangan besar penjawat awam yang mengerti menilai kenapa seseorang itu dipertahankan untuk terus kekal memegang jawatannya. Mereka mahu keadilan dan hak mereka untuk terus diberi tempat yang sewajarnya tidak disekat atau tersekat. Apabila ada golongan baru yang tidak seronok kepada kerajaan maka bertambah satu lagi beban, apatah golongan baru ini yang dulunya menyokong BN dan akan mengubah haluan kelak. Ambillah perhatian supaya BN tidak menyesal kemudian nanti.

Monday, May 25, 2009

Apabila ahli tidak 'seronok'.

Seperti yang diduga, Tok Pa masih lagi penakut, takut untuk membuat perubahan yang drastik dalam menyusun kepimpinan UMNO Negeri Kelantan, takut menyahut signal Dato' Najib supaya UMNO mesti berubah sebelum direbah, takut melaksanakan amanat Dato' Najib yang mengatakan dalam UMNO sekarang perlu ada pembaharuan kerana ia adalah satu keperluan.

Tidak ada apa-apa yang boleh membanggakan UMNO Kelantan, gah pada permulaan pengumuman yang dibuat oleh Presiden parti dengan mengugurkan Anuar Musa diganti dengan Tok Pa dan akhirnya nampak lebih cacar marba kalau dibandingkan semasa UMNO Kelantan dibawah pimpinan Anuar Musa.

Gugurnya Alwi Che Mat sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan kerana tidak berfungsi, kata Tok Pa, dan membalas cara manis dengan melantik Alwi Che Mat sebagai Setiausaha BN Negeri Kelantan, jelas menampak Tok Pa masih lagi takut untuk membuat pembaharuan dalam kepimpinan UMNO Negeri.

Biro politk UMNO Kelantan kelihatan rapuh, ini menyebabkan UMNO turut rapuh dan barang rapuh bagaimana hendak diberkas dan sekiranya tak boleh dijadikan berkas maka tak bolehlah dibuat penyapu, apabila tak boleh buat penyapu, bagaimana untuk membersihkan PAS.

Orang kampung yang menyokong UMNO mahu melihat UMNO perkasa, UMNO kuat dan mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya. Tapi nampaknya pemimpin UMNO tidak mahu perhebatkan barisan kepimpian UMNO Negeri. Tidak serius untuk melihat UMNO menang. Apa salahnya sekiranya tidak dikalangan Ketua UMNO Bahagian dilantik menjadi pegawai parti yang dilantik, sebagai contoh, Ketua Penerangan UMNO Negeri, apa kurangnya sekiranya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dilantik dan diberi tugas dan tanggongjawab, Beliau berkemampuan.

Contoh lain seperti Bendahari UMNO Negeri, apa salahnya Zaiyadi Awang Noh diberi tugas dan amanah itu, beliau adalah bekas pemimpin UMNO Kelantan, jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri. Apa salahnya kalau disusun atur dikalangan pemimpin sekarang dengan bekas pemimpin lalu menjadi pengerak bagi memperhebatkan UMNO Negeri. Atau Tok Pa ada cadangan begitu,cadangan untuk tidak melantik dikalangan Ketua Bahagian tapi kerana ada desakan desakan maka Tok Pa pun TAKUT.

Bukan Ketua Bahagian yang dilantik tidak dapat menjalankan tugas, tapi disamping meramaikan kakitangan perlu juga supaya Ketua Bahagian menumpukan sepenuh perhatian dan gerak kerja di kawasan masing-masing bagi mempastikan di Parliman dan DUN dalam kawasan mereka, UMNO beroleh kemenangan yang cemerlang.

Yang ku dengar sekarang ini ramai ahli-ahli parti diakar umbi dah tidak seronok lagi kepada UMNO.

Friday, May 22, 2009

DUN Manik Urai, uji kepimpinan UMNO Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Manik Urai menanti Penanti. Sah Pilihanraya Kecil akan diadakan di DUN Manik Urai, Kelantan kerana kekosangan berlaku tiba-tiba setelah Ahli Dewan Undangan kawasan tersebut Ismail Yaacob kembali ke rahmatullah subah hari ini. AL FATIHAH.

Boleh jadi satu lagi kecelakaan akan menimpa UMNO, Walaupun DUN Manik Urai pernah di menang oleh UMNO tapi suasana politik diwaktu ini tidak memihak kepada UMNO, ia lebih senonim dengan parti PAS yang setiap hari mendapat sokongan rakyat, terutamanya di Kelantan yang rakyatnya rata-rata tidak berminat cara kepimpinan UMNO.

Hanya ada sedikit kelebihan kepada UMNO diwaktu ini setelah Dato' Najib Presiden UMNO mengugurkan Anuar Musa sebagai Pengerusi Perhubungan dengan di ganti kepada Tok Pa, itu pun tidak boleh di gahkan kerana Tok Pa juga dilihat terlalu lembek bagi menghadapi PAS yang semakin hari makin perkasa bukan saja di Kelantan bahkan di negeri-negeri lain.

Mampu kah Romzi Ab.Rahman Ketua UMNO bahagian Kuala Krai menebus kekalahan dalam pilihanraya umum lalu. Inilah waktu terbaik bagi UMNO Kuala Krai menunjukkan taringnya sekira UMNO menang dalam pilihanraya nanti. Inilah hadiah yang paling berharga untuk UMNO persembahkan kepada Dato' Najib setelah beliau menjadi Perdana Menteri ada juga pilihanraya kecil yang UMNO boleh menang terutamanya didalam Negeri Kelantan yang menjadi tungguk kekuatan parti PAS.

Dalam politik tidak mustahil UMNO boleh menang DUN Manik Urai. Inilah masanya Tok Pa dan Awang Adek merencanakan agendanya dan terjemahkan kepada rakyat untuk rakyat nikmati dan mendokong UMNO. Terutamanya gandingkan pemimpin UMNO yang ada sekarang dengan bekas-bekas pemimpin, jangan sisihkan bekas pemimpin yang mereka juga ada pengikut dan ideal bagi membantu UMNO.

Kemampuan kepimpinan UMNO Negeri Kelantan akan diukur dengan kemampuan UMNO bekerja dan menjajakan product UMNO yang ada kualiti tapi tidak ada pembeli diwaktu ini. Maju mundur UMNO akan dilihat cara dan kaedah UMNO ditadbir urus, Rakus cara tadbir maka UMNO akan ditolak oleh rakyat, amalan kroni, rasuah,pilih kasih dan tidak peka dengan kemahuan rakyat akan mengakibatkan UMNO sekali lagi akan ditolak oleh rakyat. Maka jadilah UMNO sebuah parti perhiasan dizama kepimpinan UMNO diterajui oleh Dato' Najib di peringkat Malaysia dan Tok Pa diperingkat negeri Kelantan.

Hasilnya, pilihanraya kecil DUN Manik Urai jadi ukuran.

Thursday, May 21, 2009

Anuar Musa, saya simpati !

Suasana UMNO Keterah masih suram, Gugurnya Anuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan kekalahan demi kekalahan Pasukan Bolasepak KAFA setiap kali perlawanan kini memerit ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Ketereh, tambahan pula beberapa orang ahli UMNO disekitar Kedai Ketereh setiap hari asyik membelasah Anuar Musa supaya beliau meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Mereka yang dulunya jadi pahlawan hadapan Anuar Musa kini sudah menjadi 'beruk' yang suka meniti diatas kayu bongkok, gugurnya Anuar Musa sebagai Pengerusi Perhubungan dijadikan alasan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan Anuar Musa di Bahagian Ketereh. Apakah tujuan dan maksud mereka itu kini?, kalau semasa Anuar Musa ada kuasa merekalah dibarisan hadapan, kini lain pula halnya.

Perlu diingat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh adalah Alwi Che Mat, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas setiausaha politik Anuar Musa semasa Anuar Musa jadi Menteri. Ilmu politik Alwi juga tinggi, Alwi tahu musim main politik dan suasana bagaimana untuk menjadi Ketua Bahagian secara mudah.

Kebetulan pula orang-orang yang tidak suka kepada Anuar Musa sekarang ini datangnya dalam DUN Kok Lanas yang mana Alwi Che Mat adalah wakil rakyatnya. Saya tidak menuduh bahawa ada gerakan untuk menyingkarkan Anuar Musa dari jawatan Ketua Bahagian Ketereh oleh orang-orang yang rapat dengan Alwi Che Mat, tapi saya percaya ada usaha untuk menyingkirkan Anuar Musa supaya tidak dilantik sebagai Pengerusi KADA (Lembaga Pengairan Pertanian Kemubu). yang tempoh perkhidmatannya akan berakhir pada 31hb. Mei 2009 ini.

Sekiranya betul apa yang saya dengar ini, maka nasib Anuar Musa dalam politik tidak ketentuan, Pengerusi Perhubungan UMNO digugur, Pengerusi KADA tidak disambung, Bolasepak terus menjunam yang mana beliau jadi Presidennya dan Bahagian UMNO yang beliau jadi Ketua pun ada masaalah. Sudah jatuh bukan lagi ditimpa tangga tapi ditimpa runtuhan bangunan batu yang beliau sendiri membinanya.

Akibat tersalah susun perlantikan Pegawai Parti di peringkat Bahagian, tidak mengambil kira pendapat dan pandangan akar umbi, maka Anuar Musa akan jadi mangsa keadaan, apa yang beliau bina sebelum ini akan menjadi musibah terhadap dirinya sendiri. Itulah sebabnya yang selalu saya ingatkan, jangan memilih orang tertentu supaya menyokong parti tapi biarlah orang yang datang menyokong parti.

Semuga yang ku dengar itu tidak semua betul. Harap-harap jawatan Pengerusi KADA itu dapat dikekalkan kepada Anuar Musa, sekurang-kurangnya ada jawatan yang beliau boleh gunakan untuk turun kebawah bertemu rakyat bagi membantu UMNO menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang.

Wednesday, May 20, 2009

UMNO kini.

Untungnya bangsa lain, kerana
Melayu berbalah sesama sendiri, Presiden UMNO
Najib terus memperkasakan Tengku Adnan Mansor
Orang harapannya sepanjang zaman

itulah

U
M

N
O OOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

seperti diatas.

Tuesday, May 19, 2009

Najib memperkasakan Tengku Adnan Mansor.

Kelmarin Di Hotel Golden Horse, bersebelahan kelab lumba kuda Selangor, PAS mengadakan satu majlis bagi memunggut derma untuk mengisi tabung Bangunan PAS Malaysia yang dihadiri oleh Presiden PAS Tok Guru Haji Hadi Awang.

Bukan tujuan saya hendak memberi promosi kegiatan PAS tapi hendak menyampaikan berita yang saya dengar berkenaan satu peristiwa yang berlaku didalam majlis tersebut. Mulanya saya tidak percaya tapi setelah saya bercakap sendiri dengan tuan yang ampunya diri maka sah lah berita yang saya dengar itu.

Kemunculan Sdr Tamrin Ghafar dalam majlis PAS itu telah menjadi tanda tanya banyak orang terutamanya para sahabat handai yang tiap hari bersamanya tidak menyangka bahawa Sdr Tamrin mempunyai jiwa besar sehingga sanggup hadir dalam majlis PAS yang dihadiri oleh semua tokoh PAS diperingat tertinggi.

Tentunya PAS dengan berbesar hati menyambut ketibaan Sdr Tamrin itu yang mana Tok Guru Haji Hadi Awang telah menyebut dalam ucapannya dengan berkata bahawa Sdr Tamrin Ghafar anak kepada negarawan ini adalah sahabat rapat saya semasa sama-sama jadi ahli Parlimen dulu.

Apakah ini langkah awal yang akan berlaku penghijarahan, yang mana bekas pemimpin parti yang telah disisihkan oleh UMNO kini akan meninggalkan UMNO bagi meneruskan perjuangan untuk memperkasakan bangsa melayu. Walau pun kelihatan lemah PAS kerana krisis kepimpinan sekarang ini tapi PAS tidak akan kalah dalam pilihanraya kerana orang melayu dan Islam ada pilihan untuk memberi sokongan kepada PAS dan PKR yang asas perjuangannya seakan-akan sama dengan UMNO.

Dato' Najib yang tiap-tiap hari memperkasakan Tengku Adnan dengan menambah tugas baru melantik Tengku Adnan sebagai SU Agong Barisan Nasional, akan berdepan dengan masaalah pengurusan yang tidak stabil, kerana melantik orang yang akan memberi masaalah kepada UMNO dan BN.

Persoalannya, untuk apa Dato' Najib begitu bersemangat membela Tengku Adnan dengan memperkasakan kedudukannya, wal hal UMNO dan BN akan lebih teruk di ejek oleh rakyat seluruhnya dengan perlantikan itu. Mana ucapan Dato' Najib mengatakan bahawa sudah sampai masanya UMNO diubah sebelum rakyat merebahkan UMNO.

Apakah Dato' Najib tidak percaya bahawa Pengurusan dan Pentadbiran yang baik dan cekap akan memperkuatkan sesebuah organisasi itu. Dan apabila ianya diurus oleh orang yang rakyatnya muak maka organisasi itu menerima padahnya dan inilah akan menimpa nasib pada UMNO sekiranya Pengurusan dan Pentadbiran Ibu Pejabat UMNO masih terdapat gambar Tengku Adnan Mansor disana.

Belum terlambat untuk Dato' Najib menukarkannya.

Monday, May 18, 2009

Bukan benci tapi sayang.

Negeri lain telah selesai membuat perlantikan pegawai parti diperingkat Perhubungan UMNO Negeri, tapi di Kelantan belum lagi. Boleh jadi Tok Pa (Dato' Mustapha Mohammed) belum mendapat ilham lagi ataupun beserabuk dengan pelobi-pelobi. Maka perlantikan belum dapat dibuat lagi, mungkin dalam dua tiga hari lagi Tok Pa akan mengumumkannya.

Jawatan Setiausaha Perhubungan, Bendahari dan Ketua Penerangan lebih baik tidak dilantik dikalangan Ketua UMNO Bahagian, ini bagi memantapkan gerakan di peringkat Bahagian yang menjadi teras kekuatan parti. Ketua Bahagian hendaklah memberi sepenoh perhatian di Bahagian masing-masing supaya setiap penjuru kekuatan parti lawan dapat UMNO menguasai.

Apatah lagi dengan berbuat demikian, UMNO Perhubungan mempunyai banyak tenaga dan fikiran untuk bertindak bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang telah begitu lama memerintah di Kelantan. Dengan penyusunan yang baik dan perancang yang mantap adalah tidak mustahil dalam pilihanraya yang ke 13 nanti, Kelantan diperintah UMNO walaupun mungkin negeri-negeri lain jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Kekuatan Ketua Bahagian UMNO di Kelantan tidak boleh dinafikan lagi, tenaga yang ada hari ini mampu merubah kekuatan PAS di Kelantan, mereka mempunyai buah fikiran yang baik, kemampuan kewangan yang kukuh, peribadi yang bersih serta ikhlas dalam perjuangan. Ini semua dapat dibuktikan setelah Tok Pa memberi arahan bagi memperkasakan UMNO Kelantan setelah tidak kedengaran suara sumbang di kedai kedai kopi atau pun coffe house.

Kalau selepas Tok Pa mengumumkan perlantikan pegawai parti Perhubungan dan masih ada Ketua Bahagian yang merunggut, tindakan displin hendaklah diambil bagi memberi pengajaran kepada ahli-ahli parti iaitu apabila rumah sudah siap pahat tak usahlah berbunyi lagi.

Diperingkat Bahagian pula, para pemimpin janganlah memilih orang untuk menjadi penyokong parti, biarlah orang ramai datang untuk menyokongkan parti, barulah parti itu kuat dan ada peluang untuk menang dalam pilihanraya. Selagi sikap pemimpin Bahagian yang memilih orang tertentu saja dipilih untuk menjadi penyokong parti, maka alamatlah bahawa pemimpin itu sebenarnya tidak mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya tapi sebenarnya pemimpin itu mahu kekalkan kuasanya sebagai ketua parti. maka mampuslah UMNO.

Seperti matinya UMNO dipenanti apabila UMNO tidak meletakkan calun dalam pilihanraya kecil nanti.

Sunday, May 17, 2009

Hari Guru diabaikan di Kelantan.

Yang ku dengar, hari ini di Kelantan Jabatan Pendidikan Negeri telah mengarahkan semua Sekolah Sekolah mengadakan sambutan hari Guru, menyahut seruan pemimpin negera supaya guru-guru dapat merainkan harinya bersama murid-murid, dalam suasana meriah dan sederhana.

Tapi dalam masa yang sama, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah tidak mengambil berat 'Perayaan Hari Guru' yang berlangsung hari ini, yang mana Jabatan Pendidikan telah mengarahkan semua PENGETUA supaya meninggalkan sekolah yang sedang mengadakan Hari Guru dan dipaksa hadir disatu Majlis yang lain.

Majlis tersebut diadakan di Sekolah Menengah Tendong yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan sempena dengan majlis 'Permata' bagi merainkan kanak-kanak. Apa yang peliknya disini ialah dalam jangka waktu sepatutnya Pengetua bersama dengan guru-guru lain menyambut Perayaan Hari Guru bersama murid-murid, tapi diminta meninggalkan majlis tersebut bagi meramaikan orang dimajlis yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah.

Jadinya, hasrat kerajaan pimpinan Dato' Najib supaya pegawai kerajaan menjadi contoh yang baik kepada rakyat telah tidak dianggap penting oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang masih hendak mendewa-dewakan orang atasannya sehingga sanggup mengarahkan PENGETUA meninggalkan program yang diadakan setahun sekali di sekolah supaya hadir dimajlis yang tidak begitu mustahak kerana ingin mengampu pegawai atasan.

Maka hasrat Dato' Najib telah diperlekehkan oleh sebuah agensi yang penting yang sepatutnya menunjukkan contoh yang biak kepada masyarakat terutama masyarakt pendidik yang tentunya berpengaruh terhadap masyarakat.

Oleh itu Tan Sri Muhyidden selaku Menteri Pendidikan kenalah tengok-tengok perkara yang mana Pegawai di Kemeteriannya telah tidak begitu sensitif terharap kehendak kerajaan supaya menunjukkan tauladan yang baik dan tidak mendewa-dewakan orang atasan kerana hendak mempertahankan jawatan, sedanghkan tugas dan tanggongjawab bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan pemimpin negera tidak diamalkan secara serius.

Di Kelantan, suasana di Jabatan Pendidikan Negeri tidak begitu tenang ekoran ada Pegawai yang irihati dan cemburu diatas keputusan Menteri terdahulu sehingga selepas saja menteri bertukar kerana penyususan kabinet baru, maka perkara balas dendam pun berlaku. Satu lagi contoh yang tidak baik berlaku di Jabatan Pendidikan.

Amalan yang tidak sihat ini jangan dibiarkan berlaku dan terus berlaku, Maka Menteri kena buat sesautu bagi menjamin kepercayaaan rakyat terhadap Kementerian dan Jabatan Pendidikan ini, kerana saya juga dengar setiap kali lawatan Timbalan Ketua Pengarah tersebut ke Kelantan maka beliau didampingi oleh PENGETUA-PENGETUA Wanita yang miripnya kepada parti pembangkan.

Friday, May 15, 2009

Doa untuk KDYMM Tuanku Sultan Kelantan.

diiringi dengan doa
Semuga KDYMM Tuanku Al- Sultan Ismail Petra diberkati oleh ALLAH swt dengan memberi kesihatan cepat semboh dan marilah kita semua rakyat Kelantan Darul Naim mengiringi Baginda dengan 'DOA' semuga Tuanku Al-Sultan cepat semboh dan pulih sihat sejahtera seperti sedia kala. Amin.

Wednesday, May 13, 2009

Kelantan kecundang lagi?

Semalam nasib pasukan bolasepak Kelantan KAFA malang lagi, kalah dengan Johor FC 1 - 3 di Stadium Bukit Jalil, Terdahulu kalah kepada Negeri Sembilan 0 - 2. Ini semua terjadi kerana badi kekalahan semasa pertandingan akhir piala FA pada 25hb. April yang kalah dengan tendangan pinalti 1 - 4.

Kekalahan demi kekalahan ini boleh menyebakan pasukan Kelantan akan menduduki tempat yang tersorok dalam liga super. Semestinya kena ada penyiasatan, apa sebenarnya berlaku sehingga pasukan kelantan yang seharusnya menjadi pasukan yang teratas tiba-tiba jatuh menjunam, tentu ada yang tak kena.

Ramai peminat mengeloh, kerana mereka yakin tahun ini pasukan Kelantan akan menjadi salah satu pasukan terbaik, peminat berharap pihak pengurusan pasukan akan berusaha memulihkan kekentalan pasukan, biar jadi macam bermulanya liga super.

Harapan masih ada untuk Kelantan menjulang piala liga super dan piala Malaysia, tapi susunan dan semangat pemain hendaklah diatasi, jangan sehingga penyokong berubah haluan. Presiden dan Ahli Majlis perlu bertindak segara supaya dapat menyelamatkan keadaan.

Apa yang saya dengar, pemain mula bersunggut bahawa diantara mereka sudah tidak ada persefahaman, pengurusan pula nampaknya lepas tangan dan jurulatih sudah hilang punca, maka satu tindakan menyusun semula kena bermula. Atasilah segera kerana peluang masih ada.

Peminat menunggu perlawanan dengan perlis nanti, kalau kalah lagi, nasib malanglah yang akan menanti.




Tuesday, May 12, 2009

Ubah SUA satu keperluan.

Setuju terAMAT sangat dengan kenyataan Dato' Najib yang menegaskan PERUBAHAN TERHADAP PARTI itu BUKAN lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi SATU KEPERLUAN yang TIDAK BOLEH dipandang ringan. Tahniah.

Tujuannya jelas, supaya parti UMNO yang memperjuangkan untuk Bangsa Melayu dan Ugama Islam akan terus kukuh dan releven, akan terus mendapat mandat daripada rakyat jelata bagi meneruskan memimpin negara, memperkasakan kedaulatan Negara, memakmurkan kehidupan rakyat jelata.

Yang PENTINGnya, perubahan itu hendaklah dilaksanakan, TIDAK hanya sebagai kata-kata, tidak hanya sebuah retorik sedangkan perubahan tidak berlaku, sebagai contoh yang JELAS, Dato' Najib tidak melaksanakan perubahan total di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, mengekalkan Tengku Adnan Mansor sebagai SETIAUSAHA AGONG UMNO MALAYSIA adalah bukti jelas bahawa Dato' Najib hanya bercakap sahaja untuk melakukan perubahan keperluan untuk memperkasakan UMNO, sedangkan bertindak tidak.

Rekod perkhidmatan Tengku Adnan Mansor yang lemah sebagai Setiausaha Agong telah terbukti apabila UMNO Bahagian Ipoh Timur tidak dapat mengadakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian baru baru ini disebabkan tidak ada ketegasan daripada Ibu Pejabat UMNO yang diterajui oleh Tengku Adnan Mansor.

Rakyat dan Ahli UMNO akan melihat dan menilai setiap kata-kata dan tindakan yang dibuat oleh Pemimpin Agong kita Dato' Najib, yang tentunya ahli ahli UMNO mengharapkan UMNO lebih kukuh dan lebih dihormati dibawah kepimpinan Dato' Najib.

Begitu juga perhatian hendaklah diberi kepada tiap-tiap negeri yang sudah jatuh ketangan pembangkang, lapuran yang sampai kemeja Presiden parti hendaklah lapuran yang benar, tak kira ianya menyentuh pemimpin diperingkat Negeri ataupun diperingkat Bahagian, yang perlu disingkir hendaklah disingkirkan, yang perlu diganti harus diganti, maka pegawai bagi pihak Prisedan itu hendaklah dilantik dikalangan orang yang tidak ada kepentingan, orang yang hanya mahu khidmat bagi melihat UMNO akan terus kukuh dan lebih gemilang dimasa yang akan datang.

Dato' Najib adalah tokoh yang dinanti-nanti kemunculan HEBATnya dengan ahli parti menunggu perubahan yang akan dilakukan, perubahan yang benar-benar menyentuh kalbu rakyat, perubahan yang boleh menyakinkan bahawa tidak ada orang bermain politik dengan beliau. Kita sedar Dato' Najib baru membuka langkah, maka langkah langkah seterus akan kita sokong dan dokong sekiranya benar akan berlaku ketegasan terhadap keperluan parti disaat ini.

Gajah didepan mata itu jangan tidak nampak untuk dilihat yang sedang memamah tanaman dan menghancurkan tapak semaian yang baru, bertindaklah sebelum terlambat, Dato' Najib mampu merubahkannya.

Monday, May 11, 2009

sesejuk pelukan IBU.

sambutan hari IBU.
anak cucu tidak ketinggalan memeriahkan suasana.
gambar-gambar sedang berbicara




Syed Harris


anak bongsu, milissa nadhira


rieni fahada natasha


mohd fais hazriqk


juhaida amalienna

qhariennah fatina

hari IBU, mendekatkan rasa kasih sayang, memperlihatkan kebahagian keluarga, berhimpun anak, cucu bagi melahirkan kerinduan, yang jauh didekatkan.semuga keluarga akan terus bahagia -itulah harapan seorang bapa.

Sunday, May 10, 2009

gambar kad&ani


Hari Ibu.

anak-anak menyediakan hadiah dan kad kepada emaknya, tentunya Ibu akan rasa gembir dan bangga diatas ingatan anak-anak kepadanya, semuga suasana kegembiraan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Saturday, May 9, 2009

UMNO baru, Kelantan MAJU.

Dalam keadaan Parti PAS Kelantan telah berkecamok, UMNO masih berpeluk tubuh, masih berfikir untuk membuat pembaharuan, perlantikan pegawai parti yang baru, penyusunan pentadbiran yang baru dan dengar kabar ada perlantikan diperingkat DUN yang mengikut sistem baru. Baguslah kerana semuanya baru.

Tentunya Tok Pa ada startegi baru untuk memulihkan UMNO kelantan yang semakin tidak laku lagi untuk dijual kepada rakyat kelantan terutamanya pengundi baru. Barangkali Tok Pa sedang persiapkan pahlawan perangnya untuk mencapai cita-cita UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan UBN di Kelantan.

Kita berharap Kelantan akan berubah dengan pentadbiran UMNO dibawah pimpinan Tok Pa yang akan dibantu oleh Dato' Awang Adik sebagai Timbalannya. Yang ditunggu-tunggu sekarang oleh rakyat Kelantan, siapakah lagi yang dilantik oleh Tok Pa untuk membantu beliau menguruskan UMNO Kelantan.

Tok Pa ada tiga pilihan untuk meneruskan pentadbiran UMNO Kelantan. Pertamanya Tok Pa boleh mengekalkan muka-muka lama tapi sumbatkan dengan peranan baru yang lebih menjurus kepada perpaduan dalam parti. Kedua Tok Pa boleh adunkan muka lama dan muka baru bagi membentuk satu pasukan yang serasi yang mana orang lama yang masih berbisa boleh bagi membantu orang baru yang mempunyai banyak tenaga tapi kurang penyakitnya atau yang ketiga Tok Pa boleh terus hapuskan muka lama dengan membuat penampilan baru yang mana sebagai satu percubaan. Tepuk dada tanya selera.

Walau apa pun, Tok Pa jangan takut untuk membuat perubahan dan perlantikan kerana ramai orang sedang memerhati Aura Tok Pa di Kelantan, kalau dulu Tok Pa dikatakan dibayangi oleh mereka yang gilakan pangkat didalam UMNO tapi kini orang itu sudah tidak ada dan tidak berkuasa lagi. Tok Pa ada kelebihannya.

Dan kini ada juga suara suara yang kurang senang dengan Tok Pa, itu adalah lumrah dalam sesebuah organisasi yang besar, yang perlunya Tok Pa mesti ada team yang kuat, team yang boleh menghadapi musuh sama ada diluar parti ataupun didalam parti, team yang boleh menjaja dan menjual UMNO kepada genarasi baru di Kelantan, team yang akan membawa sokongan yang padu, team yang ada hasrat ingin melihat UMNO Kelantan membentuk Kerajaan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, team yang mahu melihat Kelantan terus MAJU.

Friday, May 8, 2009

Wakil Rakyat memalukan Rakyat Perak.

Apabila wakil-wakil rakyat dari negeri Perak sudah tidak bermoral, sudah hilang kepercayaan terhadap rukun negara, tidak mengamalkan tatasusila, maka nama negeri perak telah tercemar dipeta dunai politik. Sungguh mengaibkan.

Tak kiralah mereka itu wakil rakyat bangsa melayukah, bangsa indiakah ataupun bangsa cinakah ,yang jelas dan nyata mereka itu telah mencemarkan nama negara Malaysia, yang mana masyarakat antarabangsa telah melihat wakil rakyat negeri Perak tidak bertamaddun.

Malu sungguh memalukan.

Rakyat negeri Perak telah diaibkan oleh wakil rakyat mereka sendiri, dan sekiranya ada pilihanraya sekali lagi untuk Dewan Undangan Negeri Perak, maka eloklah rakyat Perak memutuskan supaya kesemua wakil Rakyat yang ada hari ini ditolak dalam pilihanraya yang akan datang, tak kira dari parti mana sekali pun. Tunjukkan kuasa rakyat.

Thursday, May 7, 2009

isu menarik

berubahkah


UMNO Kelantan

Kepimpinan PAS

Kemenangan DUN Penanti

Kerajaan Perak

MB Trengganu

Sikap Ibu Dasiy Fajarina.

Tuesday, May 5, 2009

Demo. Niatnya teramat JAHAT.

Ha ha ha. Hari ini ada demo di depan pejabat Keduataan Malaysia di jakarta yang di kepalai oleh dua ekor pengacara yang mengambil kesempatan diatas kedukaan yang dialami YAM Tengku Temenggong Kelantan kerana di fitnah oleh ibu mertuanya yang belum lagi waras.

Mengiktu berita dari Jakarta lebih kurang 50 orang yang hadir berdemo terdiri dari mereka yang berada disekitar pejabat kedutaan yang berkerja boroh binaan dan parking kereta.

Khabarnya gambar saya dipamerkan kerana saya dikira orang yang cuba menyelamatkan runtuhnya sebuah masjid yang dibina oleh TT dan isteri kesayangan Manohara yang sekarang ini dianugerahkan oleh KDYMM Tuanku sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan. CPT

Mereka yang unjukrasa (demo) di Kedutaan kita itu dikepalai oleh pendokong nasrani yang sebenarnya tidak tahu apa pun tentang PERJALANAN HIDUP YANG BAHAGIAN DIANTARA TT DAN CIK PUAN TEMENGGONG (MANOHARA). Mereka itu dibohongi oleh Dasiy yang tidak mahu bersyukur diatas anugerah TUHAN dengan mendapat kereta (mobil) dan Appartmen yang mewah yang disempurnakan oleh menantunya Tengku Temenggong.

Rakyat di Indonesia dihidangkan dengan cerita tidak benar oleh Dasiy dengan dibantu oleh dua orang pengacara yang kurang faham hukum perkahwinan dalam ISLAM, mereka itu bekerja keras untuk membawa pulang Isteri orang kepada Ibunya, mereka tahu Manohara Cantik dan masih muda remaja, apakah ada balasan sekiranya mereka berjaya membawa lari Manohara pulang ke Jakarta dari Malaysia.

Sekiranya mereka pandai bercakap soal KEMANUSIAAN, mereka sepatutnya menyokong Tengku Temenggong kerana TT difitnah dan dihina oleh Dasiy, mereka sepatut menyumpah kepada Dasiy kerana berusaha terus untuk memisahkan anaknya dengan menantu. Mereka sepatutnya mendorong Daisy meminta maaf kepada pihak Istana kerana banyak kali janjinya tidak pernah dikota, selalu bercakap bohong dan pandai melakunkan adegan sedih sedihan.

Yang peliknya, realiti apa yang ditunjukkan oleh Manohara bahawa dia tidak dianiayai oleh suami kesayangannya tidak mahu diakur oleh Dasiy, Dewi dan pengikutnya yang buta hati dan buta mata. Sebenarnya ramai orang yang diperalatkan oleh Dasiy termasuk bijak pandai kerana Dasiy ada agenda peribadi untuk meneruskan hidupnya yang penuh dengan dosa.

Salam buat mereka yang simpati dengan TT dan Mano (CPT) dan diharap berdoalah untuk mereka supaya usaha Dasiy untuk memisahkan mereka tidak diizinkan oleh Allah swt. Amin.

Sunday, May 3, 2009

OC dah jadi Dasiy?

OC Kaligis kata saya menfitnah Daisy Fajarina kerana mendedahkan satu peristiwa yang berlaku dirumah' Gu' Kelantan tahun lalu (2008) berkaitan tingkah laku Daisy apabila menuntut kemahuannya dengan Tengku Temenggong tidak ditunaikan dengan segera.

Saya tidak bercadang untuk melayan tuduhan itu kerana saya tahu kalau dalam keadaan biasa OC tidak akan mengatakan saya seorang pemfitnah, tapi kerana OC adalah pengacara kepada Dasiy yang tentunya akan mendapat upah/bayaran, maka kata-kata menghina itu dihumbarkan kepada saya.

Semua ini bermula apabila Malaysiakini menyiarkan temuramah saya berhubung dengan punca kenapa Dasiy sanggup mengaibkan menantu dan anaknya yang mendapat liputan meluas di negara jiran kita Indonesia. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat dunia bahawa Dasiy Fajarina BERBOHONG mengatakan anaknya dianiaya oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan. dengan harapan isu itu tidak diperdebatkan untuk tujuan menghina institusi Istana Kelantan.

Lebih-lebih lagi mungkin ada orang orang mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan irihati terhadap kemakmuran dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia, mungkin juga ada orang dengki kerana YAM Tengku Temenggong menjadi pilihan oleh Manohara yang mana Manohara adalah seorang gadis yang cantik jelita yang tentunya akan menjadi idaman kepada mereka yang sukakan kepada seleberiti.

Sekarang kemana saja Manohara keluar untuk menjalankan tugas rasmi sebagai seorang PUTERI RAJA, beliau diiringi dengan pengampit dan dipayung, suasana ini diadakan kerana ianya merupakan adat budaya D'Raja dan mungkin kerana suasana inilah yang dapat kepada Manohara maka ada orang Indonesia lain berdengki dan sakit hati. Sepatutnya seluruh rakyat Indonesia melahirkan rasa gembira kerana rakyatnya dilayan baik oleh pihak Istana Kelantan.

OC sepatutnya menasihati Daisy Fajarina supaya kembali kepangkal jalan, sebagai seorang pengacara tidak patut untuk terus melayan pelanggang untuk mencari lebih banyak musuh dan mendedahkan pelanggangnya kepada banyak lagi orang cari untuk menuntut hutang dan meletak pelanggang dalam keadaan lebih bermasaalah lagi dimasa yang akan datang.

Mencabar saya tidak dapat menyelesaikan masaalah, berbicara secara baik dengan saya sekurang-kurangnya dapat merintis jalan pelanggang OC bagi menghampiri untuk bersua dengan anaknya. Saya tidak janji tapi mampu berusaha.

Harapan saya kepada semua yang ingin membantu Daisy, bantulah dengan jujur jangan tersalah bantu nanti Dasiy tertambah masaalah. Saya dapat rasakan akan ada gegaran hebat apabila membaca "PENGUMUMAN PENTING" dalam blog www.toughlane.blogspot.com.

Saturday, May 2, 2009

UMNO KELANTAN BARU?

Maaf dalam sehari dua ni sibuk balik kampung. tak dapat nak jengok blog. berita politik pun lesu selepas pengumuman barisan kepimpinan UMNO malaysia kerana tak ada apa yang boleh membanggakan kerana product UMNO nampaknya tak boleh dijual sebab muka tu juga yang menguasai Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Genarasi muda yang belum lagi menyertai UMNO tentunya akan lari jauh kerana masih terdapat orang yang sama mentadbir Ibu Pejabat UMNO, tak ada pembaharuan kerana mereka beranggapan dalam UMNO ni dah tak ada orang lain yang mempu mentadbir, asyik muka tu je dah tak ada selera.

Takkan lah dalam 3 juta ahli UMNO diseluruh negara, dah tak ada orang yang mampu menjadi Setiausaha Agong UMNO, dok muka tu saja. Tapi biarkanlah kerana perlantikan itu adalah kuasa Presiden, tentunya Presiden ada asas kenapa muka tu juga dikekalkan sebagai Setiausaha Agong UMNO walaupun Ketua Penerangan dan Bendahari di gugurkan.

Di Kelantan esok 2hb.mei dengar kabar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru Dato' Mustapha Mohamed akan berjumpa dengan pemimpin UMNO bahagian diseluruh negeri, eloklah tu, semuga perlantikan yang dibuat oleh Tok Pa nanti boleh menghilangkan 'loyo' rakyat kelantan terhadapat UMNO dan tentunya orang yang akan beri kepercayaan nanti adalah orang yang ada ilmu poilitik, jangan nanti perlantikan dibuat hanya dipilih kepada orang ada ilmu pengajian ilmiah saja tapi dalam ilmu politiknya kosong.

Tugas utama Tok Pa bagi menentukan UMNO mendapat sokongan daripada rakyat ialah memperbetulkan tanggapan dikalangan masyarakat bahawa pemimpin UMNO dizaman beliau ini tidak dijadikan jawatan yang disandang itu adalah untuk memperbuncitkan perut, mereka yang jadi pemimpin hendaknya tahu erti perjuangan untuk membela rakyat.

Kita tunggulah, kerana masa 30 bulan untuk memperkasa UMNO di kelantan bukannya kerja mudah, banyak rintangan Tok Pa akan tempuhi terutamanya untuk mendapat sokongan yang padu dari Bahagian-Bahagian, tapi Tok Pa mampu atasinya nanti. Insya Allah.