Sunday, August 30, 2009

Esok sambut MERDEKA !.

31hb. Ogos adalah hari sambutan kemerdekaan Tanah Melayu (1957 - 2009) bererti 52 tahun kita sudah merdeka. Negara telah membangun, banyak peristiwa telah berlaku ada yang suka dan ada yang duka, pemimpin telah silih berganti dan pilihnaraya yang ke 12 telah meletakkan parti politik bercelaru. Terutamanya Barisan Nasional.

UMNO tumbang dibeberapa buah negeri, PAS , Keadilan dan DAP meraih kerusi seakan-akan boleh menumbangkan Kerajaan dan setiap pilihanraya kecil UBN kalah, apakah ini semua menandakan Kemerdekaan negara kita sudah tua. Apakah Tanah Melayu yang bertukar nama kepada Malaysia akan bertukar nama lain selepas pilihanraya ke 13 nanti.

Inilah yang sedang berlaku sekarang apabila kompenan Barisan Nasional semangkin hancur, apabila setiap parti dalam BN berlaku perpecahan diperingkat tertinggi. Apa yang berlaku pada UMNO dulu nampaknya akan berlaku pada MCA dan MIC dan dalam keadaan hurahara itulah rakyat akan muak untuk menyokong BN.

Betul kata Dato' Najib, krisis dalam MCA akan menjejaskan imej BN dan juga Kerajaan, dan apabila BN terjejas maka ianya akan terbawa-bawa kepada pemilihan dalam Pilihanraya kelak dan sekiranya masaalah ini tidak dapat diatasi segera maka kesan kepada pilihanraya ke 13 nanti akan membawa padah kepada BN.

Begitu juga peerbalahan terbuka diantara Menteri dengan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan iaitu Ong Kee Teat dan Teong, ini semua boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada peminpin BN, kerana perbalahan itu berpunca daripada wang berbillion ringgit. Kerana wang terjadinya tuduh menuduh, wang pula bukan sedikit, kalau dimuat diatas lori tak tahu berapa biji lori digunakan untuk mengakut wang itu.

Apakah ini sebenarnya hasil daripada kemerdekaan negara, rezeki jadi melimpah ruah sehingga berlaku perbalahan terbuka, dimana letaknya disiplin Yang Berhormat BN, apakah tidak ada nasihat ataupun tindakan terhadap mereka. Apakah mereka itu lupa bahawa mereka itu masih ada ketua, atau kerana kaya dan ada kuasa mereka tidak kisah kepada sesiapa. Apakah mereka angkuh sehingga biarlah BN hancur asalkan meraka dapat bersendiwara.

Rakyat sedang menanti tindakan apa yang akan dikenakan kepada mereka berdua. Apakah kerana negara sudah merdeka mereka bebas melakukan apa saja?.

Thursday, August 27, 2009

Majlis Berbuka Puasa.

UMNO Bahagian di Kelantan selalunya mengadakan Majlis berbuka puasa di Bahagian masing-masing. Pada satu ketika dulu kecor disetiap Bahagian mengadakan majlis berbuka puasa dengan peruntukan yang besar sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak lojik. Tapi kini urusan majlis berbuka puasa berkurangan. Kenapa?

Yang jelasanya kerana tahun kedepan tidak ada pemilihan dalam Bahagian, juga tidak akan berlaku pilihanraya umum sebelum tahun 2012, jadi kegiatan untuk memacing undi sama ada pemilihan pucuk pimpinan parti atau pun pilihanraya tidak begitu hebat, maka sunyilah aktibiti majlis berbuka puasa dan pembahagian zakat.

Kalau ada pun secara sederhana, tidak ada peruntukan khas untuk UMNO Bahagian menganjurkan majlis berbuka puasa, tapi tradisi UMNO Negeri mengadakan majlis berbuka puasa bersama pemimpin tertinggi parti mungkin ada, itu pun nampaknya belum diputuskan lagi.

Yang menariknya kita akan menunggu acara majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh orang-orang UMNO Bahagian Rantau Panjang, kerana Bahagian ini ada dua kumpulan sepertimana yang telah berlaku Bahagian ini telah mengadakan Persidangan Bahagian yang baru lalu dianjurkan oleh dua kumpulan yang mengambarkan pentadbiran UMNO Bahagian Rantau Panjang masih bercelaru.

Di Bahagian Rantau Panjang ini tidak ada satu pun kerusi dimenangi oleh UMNO tapi orang-orang UMNO disini masih tidak bersatu, masih 'hagas' yang tidak mahu muhasabah diri, biar sama saja, hasilnya PAS yang mendapat keuntungan sedangkan UMNO boleh merampas balik kerusi yang telah kalah itu sekiranya kumpulan Abdullah/Shaari dan kumpulan Mat Zin/Ustaz Mat Daud berbaik sangka. Tapi nampaknya mereka itu sudah hilang pedoman. hanyut.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kena beri perhatian yang lebih sedikit di Bahagian ini, sekiranya perlu 'MAGERAN'kan dulu Bahagian ini, dan susunlah mengikut acuan yang diperlukan oleh akar umbi nescaya UMNO Bahagian Rantau Panjang akan menjadi lebih perkasa lagi bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Yang pastinya pada 31hb. Ogos nanti ada majlis berbuka puasa dianjurkan sempena menyambut hari kemerdekaan negara di Restoran Harison, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kelantan tapi para jemputannya terhad. Bukan anjuran UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Tuesday, August 25, 2009

Sahabat, 'NUR SYURGA' diwajah mu.

Umat ISLAM kalau mati mahu masuk syurga, tak kira syurga apa asalkan syurga, ini semua kerana apabila mati Allah janjikan kepada umatnya, sesiapa yang mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya maka syurgalah tempat hambanya. Bulan Ramadham ini adalah diantara bulan yang mulia kerana bulan ini dipilih untuk umatnya mengerjakan ibadat puasa sebulan.

Selain dari berpuasa umat Islam juga diwajibkan mengelurkan zakat dan fitrah, maka Mjalis Ugama Islam telah mengarahkan Iman-Iman dan wazirnya membuka gerai untuk umat Islam membayar fitrah dimerata tempat, di masjid, di supermarket dan dimana saja yang menjadi tempat tumpuan umat Islam. Kemudahan ini disediakan adalah untuk memudahkan umat Islam membayar fitrah supaya tidak lalai dari mengerjakan hukum Allah.

Begitu juga mereka yang mengerjakan untuk mencari kelibihan PAHALA dibulan puasa ini, mereka yang berada dengan rezeki anugerah Allah tentunya mengajurkan majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan berupa wang ringgit kepada anak-anak yatim dan fakir miskin, semua yang dilakukan kerana Allah.

Rezeki yang Allah hantar disampaikan pula kepada mereka yang memerlukan, Inilah keimanan dan kemulian umat yang sudah ada 'NUR' ahli syurga, yang dibuka pintu hati oleh Allah untuk menyempurnakan perjalanan hidup yang soleh yang suka membantu dan tidak takabur dengan kuasa yang ada. Umat sebegini sebenarnya jarang terdapat dizaman ini hanya mereka yang terpilih dan dipilih oleh Allah saja yang ada kemulian sebegini.

Kepada para sahabat saya hanya mampu berdoa semuga kita semua diberkati kehidupan oleh Allah swt. semuga kerja kebajikan kita diterima, semuga kemulian hati sahabat dilimpahkan rahmat oleh Allah swt. dan diakhirat nanti "SYURGA FIRDAUSI MENANTI KITA'. kerana Allah tidak pernah memungkirkan janji.

Permatang Pasir, UMNO tak ada resepi baru.

Pilihanraya kecil permatang pasir akan berlangsung hari ini (25.8.2009). Semua orang yang saya tanya mengatakan bahawa PAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di kawasan tersebut dan saya pun tak tanya banyak, malas untuk mengikuti perkembangan kerana pada saya agak susuh untuk BN menang kerana mejoriti PAS dikawasan tersebut dulu lebih daripada 5000 undi.

Setengah orang kata, dalam politik berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, hari ini kalah dan esok boleh menang, hari ini rakyat marah dan esok rakyat akan sokong, hari ini jadi menteri UMNO dan esok jadi pemimpin parti pembangkang pendeknya dalam politik seribu kemungkinan boleh berlaku, yang ku lihat hari ini dalam politik malaysia sesiapa yang pandai bodek dan ikut ponggong pemimpin dia akan dapat tempat dan cepat kaya. Orang macam aku yang dah tak pandai ikut buntut ni tak kaya-kaya.

Tapi lain di Permatang Pasir, kekuatan pengaruh Anwar Ibrahim masih lagi mendapat tempat dihati rakyat, masih tidak bergoncang, kemas kemin, tolak pun tak tumbang, buat habis ke beras sahaja. Maka keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir hari ini masih lagi dimenangi oleh PAS/Pakatan Rakyat kerana UMNO tidak ada resepi baru untuk dijual di Permatang Pasir tidak seperti di manik Urai yang mana Dato' mustapha Mohamed atau Tok Pa adalah resepi yang boleh diterima oleh rakyat Kelantan.

Walau bagaimana pun petang ini ataupun malam ini keputusan rasmi akan diumumkan oleh suruhanjaya pilihanraya dengan harapan sepanjang masa membuang undi berlangsung tidak akan berlaku perkara yang boleh merusakkan keamanan rakyat dan negara.

Sunday, August 23, 2009

MELAYU, ISLAM, HALAL & HARAM di MALAYSIA.


Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dua isu yang cukup tersentuh dihati saya, Isu yang selalu ku dengar dan ku lihat ini sesuai diamati oleh semua orang MELAYU yang berugama ISLAM dan peganglah sabagai satu wadah perjuangan yang akan diwariskan kepada anak cucu kita dimasa yang akan datang supaya MALAYSIA sentiasa jadi milik kita dan tidak ada penjajah baru mendakap hidup mati BANGSA kita. Pemimpin dan yang pimpin hendaklah bersatu bagi menjamin maruah dan kedaulatan BANGSA MELAYU dan UGAMA ISLAM tidak diganggu gugat dibumi tercinta ini, wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun sehingga ketitisan darah terakhir.

Perkara pertama adalah seperti artikal berikut:-

Bangkitlah Melayu...
SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...

Perkara kedua berhubung pendedahan JAKIM terhadap sijil halal di hotel-hotel yang mana daripada 2,000 hotel diseluruh Malaysia 1.4% yang ada sijil halal iaitu sebanyak 27 hotel saja, sedangkan majoriti yang makan dihotel-hotel adalah rakyat Malaysia yang berugama ISLAM terutamanya dibulan puasa ini. (baca berita penuh dihalaman utama MM/Utusan hari ini).

Yang menjadi persoalannya, kenapa hari ini baru JAKIM dedahkan, kenapa tidak diwar-warkan dari dulu dan kenapa JAKIM tidak mengesyurkan kepada Kerajaan supaya memwajibkan semua hotel adakan 'dapur halal'. Kalau sudah disyurkan, apakah Kerajaan diam dan tidak kisah soal makanan yang dimasak itu halal ataupun haram untuk dimakan oleh rakyat yang berugama ISLAM?

Disini nampak jelas, soal HALAL dan HARAM tidak menjadi keutamaan daripada pihak yang berkuasa, tambah lagi soal makanan yang menjadi darah daging kepada MANUSIA. tidak ada usaha yang terancang bagi mempastikan untuk menyekat supaya rakyat MELAYU yang berugama ISLAM tidak terjebak dari memakan makanan yang tidak HALAL bahkan HARAM pula.

Apakah di Malaysia sudah tidak selamat dari terjerumus memakan makanan yang tidak HALAL di hotel-hotel terutamanya para pelancong ISLAM yang datang ke Malaysia yang terkenal sebuah negara ISLAM?.

Kerajaan, do something now!

Saturday, August 22, 2009

Kenapa peruntukan terhad kepada Melayu?

Majlis Amanah Rakyat (MARA), nama itu sudah cukup membanggakan umat Islam terutamanya orang melayu diluar bandar bersesuaian dengan prinsip penubuhan agensi itu sendiri iaitu untuk membantu warganegara yang tidak mampu untuk berurusan dengan hidup, mahu meneroka perniagaan atau meneruskan persekolahan keperingkat lebih tinggi.

Tapi malangnya, semangkin negara maju semangkin payah pula MARA untuk membantu, terbaru bagaimana MARA menolak permohonan bantuan Pinjaman Pelajaran MARA bagi Pengajian di luar Negara dengan alasan MARA memperolehi peruntukan yang amat terhad pada tahun ini. Satu alasan yang menghina kemegahan agensi Melayu itu sendiri.

Apakah MARA sudah tidak mendapat keutamaan dari Kerajaan bagi membantu pelajar-pelajar Melayu untuk meneruskan pengajian diluar negara, atau Kerajaan sudah kekeringan wang khazanah negara untuk membantu pelajar Melayu tapi sanggup meneruskan projek berbillion ringgit bagi mengambil hati pemimpin-pemimpin negeri tertentu atau MARA itu sendiri akan dihapuskan kerana Melayu sudah tidak perlu diberi keutamaan lagi.

Satu Malaysia juga mencakupi keperluan untuk membantu bangsa Melayu, PERKASA ditubuhkan untuk mempertahankan maruah Melayu dan banyak lagi pertubuhan sukarela di Malaysia diujudkan untuk mempetahankan nama Melayu dibumi Melayu ini, tapi alasan MARA tidak dapat membantu seorang pelajar yang betul-betul susah dan memerlukan pertolongan dengan alasan peruntukan terhad adalah sangat memalukan Bangsa dan Maruah Melayu.

Sedutan penolakan surat rayuan pelajar tersebut berbunyi, Oleh yang demikian memandangkan MARA memperolehi peruntukan yang amat terhad pada masa ini maka permohonan tahun 2009 daripada pelajar-pelajar Bumiputra yang mengikut pengajian diperingkat Ijazah Pertama, Sarjana dan PhD di luar negara tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

'MARA terus mara'. Apakah kata-kata ini sebenarnya?

Bagaimana Malayu mahu menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang setelah Satu Malaysia dinobatkan, sedangkan pinjaman MARA peruntukannya teramat terhad. MARA perlu semak semula penolakan permohonan pinjaman MARA bagi pengajian di Luar Negara dengan SEGERA bagi memperbetulkan nawaitu penubuhannya yang di cetuskan oleh pemimpin dan negarawan yang terdahulu termasuk ayahnda YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Sekadar menyampaikan keluhan pengundi UMNO dalam Bahagian Ketereh.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA.


Esok kita mulai puasa.


Saya dan Isteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan'SELAMAT BERPUASA' kepada muslimin dan muslimat semua dimana saja berada, semuga kita tabah dan sabar mengerjakan ibadah puasa dengan penoh syukur yang pastinya nikmat sedang menanti kita nanti. Amin.



Tuesday, August 18, 2009

Anwar Ibrahim2 Ali.

Itu Dato' Ibrahim Ali terus mendapat jemputan bagi memberi syarahan, malam ini beliau di Trengganu berceramah atas jawatan Pengerusi PERKASA tapi bersekali dengan pemimpin UMNO. Wakil Rakyat yang menang bertanding atas tikit PAS, tapi istihar dirinya bebas dan sekarang bersyarah bersama orang UMNO. Pelik tapi benar.

Itulah kehebatan Dato' Ibrahim Ali, beliau benar-benar orang politik, semua parti melayu terbesar di malaysia pernah beliau menjadi ahli secara rasmi ataupun tidak rasmi dan beliau berjaya menyakinkan pemimpin parti tersebut sehingga diberi tempat untuk bertanding dan menang.

Pada pilihanraya ke 13 nanti, mampukah Dato' Ibrahim Ali mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen, atas lambang apakah beliau akan bertanding yang pastinya tidak atas lambang PAS, kalau tidak pakai lambang PAS mungkinkah lambang UMNO dan adakah UMNO akan menerima orang yang telah menderhaka kepadanya. Atau Dato' Ibrahim Ali akan bersama Anwar Ibrahim bertanding diatas tiket PKR dan ini boleh berlaku kerana dalam politik yang diamalkan oleh Dato' Ibrahim Ali serba mungkin.

Kalau di pilihanraya kecil Manik Urai, Dato' Ibrahim Ali telah dituduh membahagikan wang kepada pengundi supaya undi UMNO, bagaimana pula di DUN Permatang Pasir adakah Dato' Ibrahim Ali akan diberi tugas luaran oleh UMNO bagi membantu BN kelak setelah tenaga Dato' Ibrahim Ali digunakan di Manik Urai yang hampir mengalahkan parti PAS.

Sehingga kini belum kedengaran lagi ura-ura UMNO akan mengunakan tenaga Dato' Ibrahim Ali di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. UMNO sepatutnya mengambil kesempatan dengan menyediakan program ceramah kepada Dato' Ibrahim Ali supaya menyerang Anwar Ibrahim bagi mengurangkan pengaruh PKR di Permatang Pasir dan sekiranya Dato' ibrahim Ali menolak untuk ke Permatang Pasir maka UMNO akan kehilangan satu senjata yang boleh menyerang kehabatan Anwar Ibrahim. Atau UMNO Pulau Pinang sudah kuat untuk menumbangkan PKR dalam pilihanraya kecil nanti?.

Saturday, August 15, 2009

Nik Aziz menghadap Sultan Kelantan.

Alhamdullilah. KDYMM Tuanku Ismail Petra telah beransur sihat, dah boleh bercakap dan bercerita, bertanya kabar. Petang tadi YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan telah melawat baginda Tuanku selama 1jam di hospital. Tok Guru Menteri Besar diiringi oleh Exco Kanan Dato' Husam Musa serta YB. Senator Dato' Rusli Ibrahim dan Dato' Wan Hassan.

YAB Menteri Besar Kelantan itu disambut oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan, berada disamping Tuanku ialah KDYMM Raja Perempuan Kelantan. Mengikut Tok Guru, keadaan kesihatan Tuanku amat baik dan Tuanku sempat bertanya kabar keadaan rakyat dan keinginan baginda untuk bertemu rakyat jelata.

Ambo berdoa semuga Tuanku cepat semboh dan balik ke Kelantan secepat yang boleh dan amba minta semua rakyat Kelantan mendoakan semuga kesihatan Tuanku cepat semboh, berkata Tok Guru dalam perbualan dengan saya petang tadi di ruangan menunggu di Hospital.

Sememangnya KDYMM Tuanku teringin benar untuk bertemu dengan rakyat jelata kerana sudah 2 bulan lebih Tuanku tidak dapat bersama rakyat, oleh kerana Tuanku sudah hampir pulih seperti sediakala maka keinginan Tuanku untuk bertemu dengan rakyat kian memuncak. Oleh itu marilah semua rakyat memohon kehadrat Allah swt. semuga kesihatan Tuanku akan cepat semboh dan diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur Tuanku. Amin.

Friday, August 14, 2009

RENUNGAN JUMAAT:

dari haji alwi

'Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepadamu dan apabila kamu mati mereka akan menangisimu. jika andalah manusia itu berbahagialah. Sesungguhnya Allah sayang kepada hambanya yang berbuat kebaikan dan berkasih sayang" Wasslam,,,,perth.

Pagi ini di SAIGON saya ada menerima satu sms, sejuk hingga ke kalbu, tenang dan semacam dunia ini tidak ada kegelisahan yang berlaku. Tidak ada pembunuhan di Iraq, tidak ada bom di Pakistan dan tidak ada berita panas di Jakarta. Semuanya seakan-akan tenang sebagaimana akan tenangnya gelora politik di Bahagian Ketereh.

Sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan, menerima hakikat suara ramai dan meletakkan kepentingan orangramai dan negara sebagai perjuangan utama adalah jalan yang tidak akan menempuh hari-hari sukar, kalau tidak usaha dan jasa yang hulurkan akan jadi sia-sia sekira pada akhirmya kita tersungkur diatas perbuatan dan percakapan kita yang membuat orangramai muak dan murih.

Itulah lumrah hidup, Berbudi tidak mestinya dapat balasan yang baik, dunia hari ini sudah tandus manusia yang suka mengenang budi, apatah lagi untuk membalas budi. Yang maki hamun dan sabotaj kerja-kerja kebaikan yang akan dilakukan masih menebal dikalangan orang-orang dan ini juga berlaku dalam UMNO Bahagian Ketereh.

Kedatangan Ramadhan mengingatkan tebalnya persahabatan yang ditanam, buah tangan sebagai ingatan kepada para sahabat dan bantuan berupa zakat kepada golongan yang memerlukan akan lebih shaydu. Usaha ini akan diteruskan tapi dengan kaedah dan langkah yang lain semuga pengagihan tidak membazir dan betul betul dapat kepada orang yang layak.

Sahabat-sahabat saya yang sentiasa membantu iaitu Cik Gu Sukri, Cik Gu Zuni, Zudi, Zuri, Cik Mat Roni, Wan Hanafi, Din Peringat, Abang pin, Mee kak Nah, Cik Gu Rosli dan ramai lagi diharap dapat terus membantu sambi membuat kebajikan.

Yang dulu itu adalah sejarah dan dihadapan adalah khidmat yang ikhlas, Cetakkanlah isi blog ini dan sebarkanlah sepertimana yang telah disebarkan, wahai sahabatku. Salam.

Thursday, August 13, 2009

Pekerja Asing: Menteri kena bertindak.

Dalam berita Utusan Hari ini, Dato' Seri Hisahmuddin Tun Husein Onn selaku menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman bahawa Syarikat yang mempunyai lesen membawa masuk pekerja Asing akan ditarik sekiranya melakukan kesalahan. syabas,

Keputusan KDN itu memudahkan tugas pegawai kerajaan yang akan melaksanakan amanah yang diberi dapat bertindak bagi memperbetulkan sistem yang ada tapi dirusakkan oleh menteri yang diberi tanggongjawab. Allhamdulilah Hishamuddin telah nampak kejanggalan sistem yang ada terutamanya syarikat yang memegang lesen 'Out Sourcing'. Kelulusan khas yang diberi oleh menteri dengan mudah itu telah merusakkan sistem yang baik yang dicipta oleh pegawai di Kementerian.

KDN diminta memperbetulkan perlaksanaan sistem terhadap syarikat Out Sourcing supaya tidak berlaku lambakan pekerja asing yang berada di Malaysia yang tidak ada pekerjaan terutamanya pekerja warga Bangladesh. Lambakan pekerja Bangladesh kerana ada syarikat Out Sourcing yang dapat kouta dari menteri tapi tidak ada majikan, kelulusan diminta kerana mahu kouta untuk dijual kepada agen-agen di Bangladesh dengan mendapat wang secara mudah.

Oleh itu, pekerja asing yang datang dijual ikut suka hati dan tidak ada rekod dimanakah sekarang ini pekerja asing itu bekerja, selepas itu pekerja tidak bayar levi untuk tahun kedua maka terjadilah pekerja illegal, sedangkan syarikat Out Sourcing tersebut mendapat untung hanya menjual kelulusan khas yang diberi oleh menteri dengan cara tidak sihat. (bukan menteri sekarang).

Maka adalah sesuai sistem dikuatkuasakan, syarikat yang hanya diujudkan untuk mendapat kouta dan menjual kuota hendaklah ditarik balik manakala syarikat yang tidak dapat menunjukkan dimanakah pekerjanya sekarang berada hendaklah didakwa kerana pekerja itulah yang akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana pekerja asing itu tidak bertuan dan tidak mendapat pendapatan tetap yang boleh menjuruskan mereka itu melakukan pekerjaan yang menyalahi undang-undang negara kerana kesempitan hidup.

Manakala Syarikat Out Soucing yang dapat menunjukkan ketelusan dan memberi perkhidmatan dengan tidak menyalahi undang-undang dan peraturan hendaklah diberi keutamaan dan ditambahkan lagi kouta. memangnya banyak lagi keperluanan pekerja asing di Malaysia.

Jangan kerana hendak memuaskan hati menteri maka keperluan majikan terhadap pekerja asing dibekukan. Tidak salah membenarkan pekerja asing datang bekerja disini asalkan mengikut peraturan yang ada, apa yang berlaku lambakan pekerja asing itu kerana kelulusan yang diberi oleh menteri ketika itu hanya ikut selera tidak ikut keperluan.

Saya percaya membekukan kelulusan kemasukan pekerja asing tidak akan menyelesaikan masaalah, Oleh itu sistem yang ada hendaklah dikemas kini, One Stop Ajensi bagi menguruskan kemasukan dan kepulangan pekerja asing secara bersistem hendaklah diujudkan secara swasta yang dipantau oleh KDN Bahagian Pekerja Asing. Cubalah!.

Tuesday, August 11, 2009

'gantungkan' UMNO Ketereh !

Kepada kawan-kawan UMNO Bahagian Ketereh.

Haji Alwi telah memberitahu kepada sahabat saya bahawa pada tahun 1996, saya lawan Tok Gawa Ripin untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Peringat. Tok Gawa hanya hantar songkok, dia terlantar di hospital, dia terpilih juga sedangkan Sobrie kempen habis-habisan, dia kalah juga kepada songkok Tok Gawa Rippin. Dalam UMNO banyak perkara luarbiasa, ujar Hji Alwi.

Memang betul kata Hj.Alwi itu, saya tidak berpengaruh didalam UMNO Bahagian Ketereh (dulu Bahagian Peringat) sebab itulah apabila saya lawan Tok gawa Rippin (Ayah Pin) saya kalah sebanyak 12 undi, sedangkan pada masa itu Ayah Pin sakit stroke dan berada di Hospital. Suhaidi (boh di) hanya meletakkan songkok dari kepalanya diatas meja dibelakang nama Ayah Pin. Inilah kehebatan ahli-ahli UMNO pada masa itu, walaupun orang itu sedang uzur masih dipilih untuk jadi pemimpin.

Begitu juga semasa saya ingin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Ketereh pada musim lalu, oleh kerana saya tidak berpengaroh saya hanya mendapat 14 pencalunan yang mana sebanyak 13 pencalunan layak untuk bertanding, bermaknanya saya layak diberi peluang untuk bertanding sebagai calun Naib Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Tapi daripada 14 pencalunan yang saya dapat itu, 2 pencalunan saya di BATALKAN dan tinggal 12 pencalunan sahaja supaya saya tidak layak untuk bertanding, maka tidak layaklah saya untuk bertanding oleh itu Cik Gu Ismail Latiff diistiharkan menang tanpa bertanding. Kalau saya tidak ada pengaruh dan tidak ada pengikut kenapa Hj.Alwi dan rakan-rakan dalam Bahagian Ketereh bersusah payah menghalang supaya saya tidak layak untuk bertanding. Kenapa?

Orang UMNO dalam Bahagian Ketereh tahu kenapa saya dihalang untuk maju dan diiktiraf sebagai pemimpin, orang UMNO dalam Bahagian Ketereh tahu akan kemampuan saya untuk bersama-sama akar umbi bagi memperkuatkan parti dan Annuar Musa serta Haji Alwi tahu kemampuan saya sebenarnya. Itulah sebabnya saya dihalang diberi tempat dibarisan kepimpinan parti.

Hj.Alwi sebenarnya tahu saya kalah kepada Ayah Pin bukan kerana Ayah Pin tu kuat tapi kekalahan saya kerana campurtangan Annuar Musa (Ketua Bahagian) Suhaidi Yusof (Bendahari) dan kontrektor2 serta Penghulu dan Kemas yang jadi perwakilan dipaksa supaya tidak mengundi saya. Jadi sebenarnya saya bukan lawan Ayah Pin ataupun Songkok tapi saya lawan dengan seluruh anggota parti dalam Kerajaan yang dipimpin oleh Annuar Musa. Mahu tahu cerita yang lebih jelas tanyalah Abang Zainal (0123963537) kerana abang Zainal rapat dengan Annuar Musa pada waktu itu.

Apa kata kita minta UMNO Malaysia 'gantungkan' UMNO Bahagian Ketereh seketika dan kita adakan pemilihan semula untuk memilih barisan kepimpinan baru. Saya bersedia untuk bertanding dimana saja tempat Hj.Alwi bertanding atau kita minta Annuar Musa kosongkan jawatan Ketua Bahagian dan MT membenarkan jawatan Ketua Bahagian dipertandingkan, kita lihat siapa yang dipilih oleh akar umbi secara jujurnya.

*makluman*

saya tidak hadir pada mesyuarat Bahagian kerana saya tidak jadi perwakilan cawangan, itu bukan menunjukkan bahawa saya tiada komitmen terhadap perjuangan parti.

Monday, August 10, 2009

Saya, G7 UMNO Bahagian Ketereh, anehkan!

Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Ketereh sudah pun selesai dalam suasana baik, walaupun tidak semeriah persidangan Agong yang lalu. Pemilihan G7 tidaklah sehebat dulu, tidak ada anjuran majlis memperkenalkan calun, jamu sana jamu sini, bunuh tokoh supaya tidak dipilih sama ada dalam jawatan tertinggi ataupun dalam peringkat Bahagian semuanya tidak berlaku. Ini kerana Persidangan Bahagian tidak memilih pemimpin.

Dalam pemilihan G7 tidak ada pertandingan, semuanya diatur walaupun lebih daripada 7 orang yang layak bertanding dan oleh kerana diatur maka aku juga disenaraikan sebagai salah seorang yang mewakili UMNO Bahagian Ketereh ke Persidangan Agong UMNO Malaysia pada Oktober 2009 nanti.

Perwakilan tahun ini juga mustahak kerana UMNO Malaysia akan membawa usul supaya perlembagaan UMNO dipinda, terutamanya hak ahli memilih pemimpin, adakah mahu kekal seperti sekarang atau wakil cawangan ke mesyuarat Bahagian yang dianggarkan seramai 60,000 orang dibenrkan memilih atau semua ahli UMNO yang dianggarkan 3 juta orang akan memilih pemimpin. Dan keputusannya akan terjadi sepertimana kehendak Dato' Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO kerana dalam UMNO ada budaya tersendiri.

Tujuh orang yang disenaraikan sebagai wakil UMNO Bahagian Ketereh ke Kuala Lumpur nanti ialah:

  1. Mohd. Soberi Shafii (tidak J/K Bahagian)
  2. Mat Harun Ab. Rahman (tidak J/K Bahagian)
  3. Mat Wi Ab.Rahman (J/K Bahagian yang dilantik)
  4. Ab. Aziz Deraman (J/K Bahagian)
  5. Wan Ghani Che Pe' (J/K Bahagian)
  6. Mat Amin Yusof (J/K Bahagian)
  7. Suradi Mamat (J/K Bahagian)

Dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua cawangan yang mencalunkan saya dan kepada cawangan yang kedekut untuk mencalunkan saya juga saya ucapkan selamat menjadi tanah ko' kepada orang-orang tertentu dalam Bahagian Ketereh.

Yang menjadi tandatanya saya, berapa ramaikah perwakilan dari cawangan yang datang mesyuarat pada hari jumaat 7hb. Ogos 2009 itu yang sah kerana setahu saya ada cawangan yang hantar wakil tapi dicawangan tidak mengadakan mesyuarat mengikut peraturan dan perlembagaan UMNO. Maaf sekiranya maklumat saya ini tidak betul, tapi biasanya maklumat yang saya dapat adalah benar dan betul belaka.

Friday, August 7, 2009

Jangan lupa Tuhan.


Berita baik untuk anda yang bermasaalah.

Terapi solat pulihkan mati pucuk - Pakar UM
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.


Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.
"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.
"Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.
Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.

Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.
"Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.
"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.
"Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda,"

siapa agaknya mereka berdua itu?.

Thursday, August 6, 2009

sejarah mengajar kita !!

cinta dan airmata adalah realiti dalam kehidupan



tentunya ada sedih dan duka, ada suka dan ketawa. itulah lumrah bercinta. tt dan manohara alami itu semua dan prahara cinta sang pangeran mengumpul sejarah untuk kita tontun bersama.

Wednesday, August 5, 2009

anak gadis ini.

Negara ini masih lagi suci
dari teroris yang antagonis.

dulu tidak pernah ku dengar
bahasa demo dijalanan
tidak pernah ku lihat
ribuan manusia berjajaran

yang ku lihat
sawah dipenohi padi menguning
yang ku dengar
mersik suara bilal dilangit

Negara ini sudah tidak suci
kerana ada pelakun
membakar penuntun keluar berhimpun
teriak, pekik dan melolong
supaya hancurkan budaya
muafakat membawa berkat

buat apa berhimpun
untuk bermusuh
sedangkan cara haram boleh menghancurkan
sebuah negara yang bertamadun

tunggulah
kalau rakyat sudah sekata
mana-mana puak pun akan berkuasa
melalui demokerasi yang kita cipta
kerana
yang ku dengar
kerajaan yang sedia ada mungkin bertukar
sekiranya dialpa
sebaliknya
yang ku lihat
tidak ada apa yang boleh merosakkan
jiwa bangsa yang masih gigih
bersama kerajaan yang sedia ada

Apa pun, janganlah
anak bangsa yang menjadi mangsa
kerana anak gadis ini masih suci
dan tidak tahu apa-apa permainan
berebut kuasa.

kuala lumpur, segambut,
taman sejahtera.

Tuesday, August 4, 2009

Rehatkan Ketua Bahagian yang bermasaalah.


UMNO Kelantan sudah merasa segar setelah kerja kuat para pemimpin yang dikepalai oleh Dato' Mustapha Mohamed, Tok Pa dengan dibantu oleh Dato' Awang Adek Husein diwaktu orangramai sedang menghitung hari untuk meninggalkan UMNO tiba-tiba ada aura baru yang memberi ruang untuk rakyat memikir kembali bagi terus menyokong UMNO.



ini dapat dilihat semasa kedatangan Dato' Najib ke Kelantan selepas pilihanraya kecil Manik urai yang mana UMNO hampir merampas kerusi PAS itu.

Ada dua kemungkinan UMNO akan dapat menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan pada pilihanraya yang ke 13 nanti Itu semua tergantung kepada mahu atau tidak pemimpin UMNO di peringkat Bahagian merendah diri untuk mendapat sokongan rakyat nanti.

Pertamanya, semasa UMNO mengadakan sidang perwakilan, janganlah urusan berpuak-puak masih dijadikan alasan untuk mempertahankan diri menjadi pemimpin sehingga mati. Keduanya berilah laluan kepada semua lapisan ahli menyuarakan pandangan dan rapatkan barisan antara pemimpin dan bekas pemimpin dengan jangan berdendam.

Urusan pentadbiran parti hendaklah terbuka dan makluman kegiatan parti hendaklah disampaikan kepada semua lapisan jangan ada orang yang disisih kerana takut pepoluriti terancam. Serta janji-janji hendaklah ditunaikan supaya tidak mengecewakan hasrat ahli-ahli yang ramai.

Mengamal sikap, aku mahu berkuasa tanpa melihat kehancuran parti kerana perbuatan untuk mempertahankan kuasa tidak akan membuahkan hasil untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya. Ahli dan orangramai akan benci melihat tingkah laku pemimpin mencantas dan menyisihkan ahli yang berpontansi untuk memberi sumbangan bagi memperkuatkan parti kerana takut pada bayang-bayang.

Begitu juga dengan kewujudan Penyelia Kawasan Pilihanraya yang bergaji, ini boleh melemahkan semangat ahli dan orangramai untuk terus komited kepada UMNO kerana kadang-kadang orang yang mendapat gaji bekerjanya tidak seberapa tapi orang yang berjiwa besar untuk mendokong parti tidak dapat apa-apa sumbangan dan mereka memikirkan biarlah urusan parti dibuat oleh orang yang diberi gaji saja, maka disini akan hilanglah seri politik UMNO serta tenaga untuk memperkuatkan UMNO akan lemah.

Cita-cita pemimpin besar UMNO untuk melihat Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam pilihanraya yang ke 13 nanti tidak akan kesampaian kerana dasar UMNO itu sendiri yang mahu melemahkan semangat ahli biasa dan orangramai dari terus memberi sokongan dan dokongan kepada UMNO.

Teori mudah untuk menang ada ditangan 45orang politik UMNO Kelantan. Mereka itu hendaklah benar-benar bekerja kearah memperkukohkan sokongan rakyat kepada UMNO, jujur, ikhlas, amanah dan tidak kedekut hendaklah dimiliki oleh mereka yang diberi tugas dan tanggongjawab dari sekarang. Tok Pa dan Awang Adek hendaklah mengenal pasti, siapakah orang yang boleh diberi kepercayaan melaksanakan tugas penting itu. Nama-nama tak usah diminta daripada Ketua UMNO Bahagian dan sekiranya Ketua Bahagian yang akan memberi masaalah kepada parti mereka itu hendaklah direhatkan.

Saya yakin, Tok Pa dan Awang Adek boleh melakukannya, mereka bukan kaki ampu dan pengecut, mereka mahu tunjuk kepada rakyat bahawa mereka mampu merubah senario politik Kelantan, mereka mampu membangun Kelantan dan mereka mampu menumbang Kerajaan PAS Kelantan. Beranikah Tok Pa dan Awang Adek?.

Monday, August 3, 2009

ALLAH SELAMATKAN KAMU

'SELAMAT PENGANTIN BARU'

zAM & jAY



majlis akadnikah



Anakku yang kedua, Juhaida Amaleinna telah selamat diijakkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 2hb. Ogos 2009, jam 3 petang, majlis ringkas tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat. Semuga jodoh mereka berpanjangan. Amin.




Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih Najib, Terima Kasih MSO.

Pertama saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat saya Haji Sayuti Omar (MSO) kerana sudi mengiktiraf blog saya ini sebagai rakan beliau. Saya berbangga kerana penulis yang terkenal seperti beliau sering memberi nasihat untuk saya terus menulis dan belajar bagi mempertingkat isi kandungan dalam blog ini. Terima Kasih.

Dibawah ini dimuatkan sedutan ucapan Dato' Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa berada di Kelantan pada 1hb. Ogos, 2009 berhubung dengan isu royalti minyak yang sekarang sedang hangat diperbincangkan oleh rakyat kelantan.

Saya sempat menyambut ketibaan Dato' Najib diairport pengkalan Chepa dan sempat bersalam yang saya lihat hamparan karpit merah disediakan untuk menyambut ketibaan orang No.1 negara itu, sedangkan semasa mula-mula dilantik menjadi Perdana Menteri beliau menyatakan dizamanya tidak akan ada sambutan seperti itu. Tapi ramai orang berpendapat, acara sembutan pemimpin bagi menghampar karpit merah, bunga manggar dan berarak motorsikal tidak boleh ditiadakan kerana itu adalah sebahagian budaya rakyat malaysia untuk memberi penghormati kepada pemimpin.

Saya sebagai rakyat Kelantan terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan "Merakamkan Penghargaan Terima Kasih Kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana telah menunjukkan minat bagi menyelesaikan isu Royalti Minyak Kelantan" dengan harapan rakyat kelantan akan mendapat haknya.


(Isu Royalti Minyak)
Najib: Royalti minyak K'tan masih dikaji
Ogos 1, 09 6:45pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Katanya, kajian itu masih dijalankan oleh kerajaan pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu. "Royalti minyak masih dalam kajian kerajaan pusat. Bila hasil kajian selesai, saya akan menghantar wakil untuk menyampaikan (hasil kajian) kepada kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kota Bharu hari ini.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, ditanya mengenai perbincangannya dengan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 20 minit setibanya beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, hari ini, lapor Bernama.Nik Abdul Aziz sebelum ini telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.Pelabuhan di TumpatMenurut Najib lagi, dalam perjumpaan singkat dengan Nik Abdul Aziz itu, antara perkara lain yang dibangkitkan ialah cadangan membina pelabuhan di Tumpat, pembinaan jejantas dan sektor pelancongan.

Mengenai pembinaan pelabuhan itu, beliau berkata, adalah elok ia dikaji dalam projek-projek pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), manakala projek pembinaan jejambat telahpun diluluskan, cuma ada beberapa masalah perlu diselesaikan, termasuk isu pembekalan bahan pembinaan.

Katanya, tiada sebarang dokumen rasmi dari kerajaan negeri diserahkan kepadanya dalam pertemuan hari ini dan beliau menyambut baik perbincangan yang tidak dirancang itu dengan Nik Abdul Aziz kerana ia merupakan titik permulaan kerjasama yang baik. "Saya sempat memberitahu Nik Abdul Aziz supaya elok kita mengelak daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Najib mengingatkan sekali lagi kepada semua pemimpin dan ahli Umno supaya mengambil tindakan cepat dalam pemulihan Umno secara dalaman dan menumpukan untuk mendapat keyakinan rakyat.Beliau mahukan semua pihak memberi komitmen yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.Beliau mahukan tindakan Umno kini supaya mencerminkan hasrat parti untuk meraih keyakinan rakyat sekaligus memperolehi kedudukan yang lebih baik pada pilihanraya umum nanti.

Najib kemudian menghadiri majlis Jamuan Rakyat pada waktu tengah hari bersama 5,000 anggota masyarakat setempat sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada sebelah petang. 'Jagalah hati Umno'Sementara itu, dalam ucapannya, Najib meminta Nik Aziz supaya menjaga perasaan dan sensitif kepada ahli Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno itu berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini."Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya.Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat."Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah."Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah."Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.
(dipetik dari Malaysiakini).