Wednesday, September 30, 2009

Keluar Masuk UMNO, perkara biasa pada Tun M.

Kempen Tun Mahathir supaya Tan Sri Isa Samad tidak dipilih jadi calun BN di DUN N31 dalam pilihanraya kecil yang dijadualkan penamaan calun pada 3hb. Oktober 2009 nanti tidak menjadi. Semalam Tan Sri Muhyidden Yasssin, Timbalan Presiden UMNO telah mengumumkan dengan secara rasminya bahawa TS Isa Samad adalah calun pilihan UMNO.

Tun Mahathir tidak mahu Tan Sri Isa jadi calun kerana katanya TS ISa pernah dikena tindakan displin parti berhubung dengan politik wang. Tun Mahathir lupa dalam politik di Malaysia, rakyat tidak megukur kebersihan dan pail perangai calun untuk dipilih jadi wakil rakyat. Di Malaysia rakyat pilih wakil rakyat yang baik dan mudah kira bicara, rakyat tidak akan pilih calun yang kelihatan bersih tapi perangainya mengalahkan syaitan.

Semasa Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, beliau telah memilih calun yang rakyatnya tidak mahu kerana melakukan rasuah walaupun tidak ditangkap kerana dilindongi dan terbukti kalah dalam pilihanraya manakala ada calun Islam tapi kaki minum menang dalam plihanraya kerana calun itu senang berdamping dengan rakyat dan rakyat suka.

Apa muslihat Tun Mahathir tidak mahu TS Isa dipilih jadi calun sebenarnya, sedangkan TS Isa adalah calun popular disitu, peratus kemenangannya tinggi atau Tun Mahathir dapat lapuran dari akar umbi pengundi disana akan menolak BN sekiranya TS ISa Samad jadi calun. 11hb. Oktober akan terjawab segala-galanya.

Sekiranya TS ISa kalah, Tun Mahathir adalah seorang manusia keramat yang wajib diberi tempat untuk mendapat nasihat dari beliau bagi menjamin parti UMNO dan Kerajaan Malaysia akan sentiasa bertindak betul dalam membuat keputusan, tapi sekiranya TS ISa Samad menang dan mejoritinya pula bertambah adalah elok Tun Mahathir jangan campur lagi urusan parti dan kerajaan kerana dengan beliau bersuara sedikit sebanyak boleh mencegah kerancakan Dato' Seri Najib untuk terus membaiki pentadbiran parti dan kerajaan yang hampir rusak kerana kritikan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah dulu.

Atau Tun Mahathir mahu mengulangi sejarah silam dimasa Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj jadi Presiden Parti UMNO yang mana kerana beliau tidak senang hati terhadap Tengku, beliau memberi ucapan diatas pentas PAS dengan mengkritik UMNO. Apakah Tun Mahathir mahu mempertahankan prinsipnya yang tidak mahu TS Isa jadi calun dan untuk menyakinkan kata-katanya itu benar bahawa TS Isa tidak akan diterima oleh rakyat maka Tun Mahathir akan berkempen untuk mengalahkan TS Isa yang dikatakan tidak 'bersih' itu dengan menyokong calun PAS.

Tun Mahathir mampu melakukannya kerana keluar masuk UMNO tidak menjadi masaalah kepada beliau. Tun Mahathir boleh keluar UMNO hari ini dan masuk balik UMNO esok kerana tukar parti tidak murtad. Dan bolehlah Dato' Ibrahim Ali tumpang Tun Mahathir masuk UMNO nanti.

Monday, September 28, 2009

'Labu Sira' & Kerajaan Kelantan Cacamarba !

Assalaimualaikum.
Selamat berjumpa kembali setelah lama tidak up date blog ini kerana beraya sakan. Alhamdulillah bermula setelah kesihatan tubuh badan segar dapatlah kita sama-sama bertukar celoteh dengan beberapa topik yang didengar dan dilihat sepanjang 'Hari Raya' AidilFitri 2009 ini.

Raya tahun ini bukan saja menzairahi sanak saudara dikampung tapi berpeluang ke negeri jiran Trengganu untuk beraya dengan sahabat yang mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga. Raya ala orang kampung dengan jamuan yang enak dengan masakan daging gulai, sup tulang serta budu petai agak menyenangkan dan lalu makan sehingga bertambah suami isteri.

Yang paling menyeronokkan apabila dapat mengecap 'Labu Sira' yang sudah lama tidak merasa kerana berada di Ibu Kota tidak berjumpa dengan masakan "Labu Sira" lagi, tidak seperti budu dan petai senang didapati dimana-mana kedai masakan kelantan.

Beraya di Kampung Tok Dor, Jertih tidak terasa beraya dinegeri orang, seperti beraya di Kelantan juga kerana rata-rata penduduk disana bercakap pelek Kelantan dan gaya bahasa kelantan, masakan pun, masakan kelantan. Jadi betullah kata cerita orang, Jerih itu asalnya negeri kelantan hanya sejarah silam yang meletakkan jertih itu sebahagian negeri Trengganu. Itu adalah sejarah, tapi hakikatnya bagaimana?.

Selama 10hari berada di Kelantan semasa berpuasa dan berhari raya banyak cerita menarik didengar, ada yang seronok dan ada juga yang binggong terutama apabila melihat suasana pentadbiran kerajaan negeri yang semacam berkucar kacir. Ini kerana terdapat ada pegawai Kerajaan negeri yang berpangkat besar yang gajinya berpuluh ribu ringgit (Jusa) telah di 'Pool' dalam satu bilik kecil dengan satu meja dan lima biji kerusi.

Mereka yang di 'Pool' sekarang menerima gaji buta, tak diberi tugas untuk bekerja, yang peliknya dalam keadaan kerajaan negeri kekurang wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan ada pula trajedi kakitangan yang bertaraf Jusa yang gajinya lumayan tidak diberi tugas dan tanggongjawab. Ini membazirkan wang rakyat, berpuluh ribu ringgit dibuang begitu saja, sekiranya pegawai itu sudah tidak berguna lagi kepada pentadbiran kerajaan pecat saja mereka itu, kenapa dibiarkan berada dipejabat dengan dibayar gaji buta atau pegawai itu sengaja dibuat begitu kerana ada udang disebalik batu.

Yang peliknya lagi, YAB Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa, walaupun kejadian itu berlaku sudah hampir lebih 100 hari. Disini rakyat bertanya apa fungsi Menteri Besar dan Exco dalam menentukan Pentadbiran Negeri tidak menjadi cacamarba. sekiranya perkara sebegini berlaku tidak mustahil satu hari nanti hanya tinggal seorang saja penjawat tertinggi dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri kerana yang lain semuanya di 'Pool' sebab kuasa hanya berada ditangan beliau dan Menteri Besar dan Exco hanya menjadi papet dan boneka saja.

Sunday, September 13, 2009

SMS dari Masjid Nabi.

  • Jam 11.00malam di kota Madinah. Kawe baru selesai menunaikan solat Isya dan terawih 20 rekaat. Seluruh jemaah di Masjid Nabawi menangis syahdu mengaminkan doa iman pada solat witir ke 2, selama 20 minit. Imam memohon kehadrat ilahi agar umat Islam diseluruh dunia bersatu. Saling sayang menyayangi dan bersedia berkorban mempertahankan syariat Islam di bumi ini. Kawe sayu bila teringatkan umat Islam dibumi kita yang ralik dok berpecah, balah bermatian pertahankan politik puak masing-masing. Terasa sungguh damai dibumi anbia ini bila seluruh umat Islam dari seluruh pelbagai bangsa pelusuk dunia berkumpul mengabdi diri kepada penciptaNya tanpa batasan politik, puak dan negara. Mereka memuji Malaysia dan Mahathir. DS Najib, Muhyuddin, Anwar Ibrahim hatta Nik Aziz. Yang kurang dikenali disini bila kawe tanya kenal ko tidak Anuar Musa, Hj.Alwi dan Lim Kit Siang, mereka jadi terpinga2 bengong sebentar. Kawe pun rasa nak su'ka dan tergelak besar kerana Malaysia yang mereka puji sebenarnya amat dahysat perpaduan Islamiah. Kawe pun tak pasti sama ada ibadat kawe disini diterima oleh Allah swt. atau tidak kerana Nik Aziz kata orang UMNO tak bau syurga. Sekadar celoteh buat ilham demo tulis dalam blog.

Bersesuai dengan pengakuan Dato' Najib bahawa UMNO adalah parti Islam. dan PAS juga mengelar partinya adalah Parti Islam se Tanah Melayu, tepatlah isi kandungan yang dihantar oleh seorang hamba Allah yang berada di Madinah itu bahawa umat Islam dari negara lain memuji negara kita Malaysia yang mempunyai nama tersohor didunia dan pemimpinnya adalah berugama Islam.

tapi jauh dari itu kerana kepentingan politik nampaknya pemimpin Islam Malaysia tidak boleh bersatu,. salam yang diberi tidak disahut, tangan yang dihulur tidak disambut tawaran yang diberi tidak diterima dengan ikhlas bahkan dibalas dengan perli yang boleh menyakitkan hati. Malang sungguh semua pemimpin politik bercakap tentang perpaduan, kerana mereka tahu 'bersatu itu teguh' tapi mereka membiarkan supaya melayu tidak bersatu.

Pelawaan Dato' Najib kepada PAS untuk mencari titik permulaan supaya Melayu dan Islam bersatu disambut dingin oleh pemimpin PAS, kisah silam diungkit, sedangkan dalam Islam menuntut supaya bermaaf-maafan. Apakah PAS tidak boleh maaf sekiranya mereka berkecil hati terhadap UMNO setelah kerajaan campuran hancur. Sedangkan sekarang ini negara menuntut kepada perpaduan supaya kuasa MELAYU dan ISLAM terjamin sebagai pemerintah negara ini.

Kita tidak mahu negara kita nanti menjadi kerajaan boneka, pemimpinnya Melayu tapi segala dasar dan tindakan tidak menguntungkan Melayu dan Islam. Rekod UMNO telah terbukti sejak kita merdeka bahawa Melayu dan Islam terbela, jangan nanti kerana terlalu ghairah untuk menjadi jaguh kita menang sorak tapi negara tergadai. Oleh itu UMNO khasnya Dato' Najib kena bertindak bersihkan orang-orang yang tidak bersih dari memimpin parti diperingkat Bahagian dan Majlis Tertinggi supaya godaan PAS dan PKR tidak termakan dengan mudah oleh pengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.

UMNO dengarlah, masa masih ada. Ubahlah sebelum diubah.

Thursday, September 10, 2009

mesti bertegas

Isu Ancaman Bunuh

Panggil Rakyat Malaysia Balik dan Minta Rakyat Indonesia Pulang.

Yang ku dengar di Indonesia sekarang ini ada segelintir orang sedang buat sekatan jalanraya untuk mencari rakyat Malaysia kerana mahu dibunuh dengan bamboo runcing. Kumpulan yang bergelar BENDERA group (Benteng Demokrasi Rakyat). Satu ancaman keselamatan terhadap rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, serius dan bukan main-main kerana rakyat Indonesia terkenal dengan tindakan agresif yang menghalalkan cara untuk memuaskan nafsu diri.

Entah kenapa akhir-akhir ini, rakyat Indonesia terlalu amat marah kepada Malaysia, kes-kes kecil dan terpencil diambil dan diangkat sebagai kes besar sehingga boleh mengugatkan hubungan jalinan dua negara, kes seperti lagu-lagu, tarian, penderaan diperbesarkan seperti Malaysia ini sebuah negara yahudi dan melakukan kekejaman dan kezaliman lebih daripada negara isreal. Sehingga ada pertubuhan mendaftar rakyat Indonesia menjadi sukarelawan perang untuk bersiap mahu perang dengan malaysia.

Yang geli hatinya ada juga manusia yang pergi daftar untuk mengikut tindakan bodoh dan bahlol itu, walhal banyak lagi kerja yang seharus mereka lakukan untuk membangun dan membela bangsanya dari dibelengu kemiskinan, bukan orang kampung yang mengancam Malaysia ada juga dikalangan cerdik pandai dan yang berkedudukan sebagai pemimpin pun turut mengancam perang terhadap Malaysia.

Tapi nasib baik kita mempunyai pemimpin negara yang bijaksana, yang melihat isu-isu 'gila' itu sebagai cerita dongeng dan keluar dari mereka yang belum bertamaddun, tidak ambil kisah dan tidak layan bahkan semangkin memberi kerjasama dan bantuan keatas nasib rakyat Indonesia yang menerima malapetaka dan musibah. Malaysia insaf bahawa musibah itu kehendak Allah swt dan sebagai rakan terdekat dan rapat menjadi tanggongjawab sosial untuk Malaysia membantu Indonesia walaupun kadang-kadang pipi tak machung hidung tersorong-sorong.

Baik sangat kita Malaysia, sehingga boleh ditafsirkan 'tiada telor' kerana diwaktu rakyat kita diancam dengan pembunuhan kerajaan masih lagi bernyanyi dengan lagu 'senandung semalam' dengan hanya pihak kedutaan Malaysia memberi nasihat supaya menjaga diri masing-masing. Apa akan jadi terhadap nasib rakyat Malaysia yang berada di Indonesia sekiranya mereka yang mahu cari populoriti dengan cara tidak bertamaddun itu mengamuk, maka mati disembelahlah rakyat kita.

Yang peliknya, Pemerintah Indonesia masih membisu seribu bahasa, tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang mengeluar kenyataan dan perbuatan yang menggugut dan mengacam keselamatan rakyat Malaysia. Apakah ada rastu yang tersirat yang mahu dimainkan supaya Malaysia mengikut kehendak Indonesia dalam beberapa hal termasuklah syarat kemasukan pembantu rumah rakyat indonesia ke Malaysia.

Begitu juga dengan Kerajaan Malaysia, kenapa tidak panggil pulang saja rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, sama ada pelajar, peniaga dan pegawai kedutaan supaya rakyat kita terselamat dari ancaman bunuh dan minta supaya rakyat Indonesia meninggalkan negara kita dengan sukarela supaya tidak menimbulkan masaalah lain yang boleh menjejaskan hubungan baik diantara kerajaan.

Kerajaan kedua-dua pihak hendaklah mengajar rakyatnya supaya tidak terlalu sensitif terhadap isu-isu yang tidak disengajakan kerana sekiranya dibiarkan akan menimbul pula perasaan benci membenci diantara rakyat dan ini akan menyusahkan genarasi yang akan datang. jangan kerana Malaysia adalah lubuk rezeki kepada rakyat Indonesia yang miskin maka Malaysia hendak dimiliki dengan cara perang dan sengaja mencari isu untuk berperang, padahal sekira perang pun belum tentu Allah mengizinkan sebuah negara yang ramai penduduknya akan menang.

Tuesday, September 8, 2009

Jaminan hendaklah disertakan tindakan !

"diantara perkara yang paling suka diatas muka bumi ini, apabila para sahabat yang berstatus dan berpendidikan tinggi sudi hadir kemajlis yang dijemput. Terima Kasih para sahabat yang sudi hadir dimajlis berbuka puasa semalam (7hb. Sept.2009)".
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela kebajikan penjawat awam di negara ini.

    Beliau berkata bagaimanapun segala langkah yang diambil dalam membela nasib penjawat awam akan mengikut kemampuan yang ada pada kerajaan.

    "Bila saya buat tinjauan mesra walkabout, bila saya perkenalkan Rakyat Didahulukan (ia) termasuk juga penjawat awam, kita akan bela dengan kemampuan yang ada pada kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Komen saya,

Ini menunjukkan bahawa Dato' Najib faham betapa pentingnya penjawat awam dalam mengekalkan sokongan kepada kerajaan. Jentera yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat menyokong kerajaan yang didokong oleh UMNO dan BN. Bukan perkara mudah untuk mendapat sokongan yang jitu dari penjawat awam.

Oleh itu adalah diharapkan perhatian yang akan diberi oleh Dato' Najib terhadap penjawat awam itu tidak hanya manis dibibir saja, mesti dilakukan dengan tindakan yang bijak dan perhatian yang benar-benar boleh menyakinkan, kalau tidak bimbang nanti penjawat awam akan membalas dengan mengalih undi kepada parti pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Suara tidak puas hati dikalangan penjawat awam jangan diambil mudah dan dianggap remeh, kerana kalau pun ada tuntutan yang mereka minta itu adalah permintaan yang menasabah dan tidak keterlaluan dan permintaan mereka melalui pertubuhan tidak semestinya dilayan semua, tapi kena beri perhatian.

Suara penjawat awam yang tak puas hati didalam pentadbiran kerajaan juga hendaklah diberi perhatian dan diambil kira kerana luahan rasa mereka itu adalah sangat berasas dan memang berlaku, maka kerajaan kena juga akur ketidakpuasan dikalangan penjawat awan yang tidak puas hati diatas perlantikan pegawai tertinggi dalam kerajaan terutamanya mengamalkan keputusan yang suka menyambung perkhidmatan pegawai yang seharus dan wajib berpencen atau bersara.

Sambung perkhidamatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA dan KETUA POLIS NEGARA menunjukkan dalam pentadbiran kerajaan tidak ada pengganti ataupun pelapis yang berwibawa dan ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal dalam menyediakan pemimpin pentadbiran pelapis yang berwibawa, amalan ini amat bahaya kepada pentadbiran kerajaan kerena apabila tidak ada pelapis yang berwibawa maka kerajaan akan bermasaalah dan boleh menjejaskan pentadbiran awam yang mengakibat akan merosakkan imej kerajaan. Bagaimana sekiranya orang itu mati mengejut sedangkan tidak ada pelapis yang layak?

Lagi pun penyambungan perkhidamatan kepada orang yang sudah bersara bererti menyekat peluang kenaikan pangkat dan rezeki kepada orang lain, orang dibawah teringin juga mendapat jawatan yang tertinggi dan dengan menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya bersara ini mendatangkan kekecewaan kepada orang lain, maka perkhidmatan awam juga akan terjejas apabila mereka berkhidmat dengan perasaan kecewa.

Dan kepada orang yang disambung perkhidmatan itu harus juga sedar bahawa dengan mereka menerima tawaran untuk disambung itu bererti dia juga sedang menyekat peluang kenaikan pangkat rakan-rakannya dalam jabatan. Disinilah letaknya kehormatan, jangan sudah orang dibawah muak baru mahu gelungsur turun, jadilah pemimpin yang berkonsepkan 'kepimpinan melalui teladan'.

Monday, September 7, 2009

Amah Indonesia, kemasukan tanpa syarat?

Pihak Indonesia mahu rakyatnya yang datang bekerja sebagai Amah di Malaysia dibayar gaji minima sebanyak RM800 sebulan, itulah diantara beberapa syarat yang dituntut bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil Amah Indonesia untuk bekerja di Malaysia. Kerajaan Malaysia kerana menghormati Indonesia telah menghantar beberapa orang Pegawai Tinggi dari Kementerian Dalam Negeri ke Jakarta bagi merunding perkara tersebut.

Kenapa ada syarat bagi membolehkan rakyat Indonesia datang bekerja di Malaysia, sedangkan kita mahu memberi razeki kepada rakyat serumpun bagi memperolehi pendapatan untuk membaiki nasib mereka yang berpendapatan tidak menentu di negara mereka. Biarlah mereka yang mahu datang bekerja membuat pilihan sendiri, sekiranya mereka suka datang bekerja sebagai Amah di Malaysia biarlah mereka itu memutuskan sendiri berapa gaji yang mereka mahu.

Kalau susah sangat, cukuplah Kerajaan Malaysia melayan kehendak mereka, sekiranya rakyat Indonesia tidak mahu datang bekerja di Malaysia, biarkan saja kerana masih ramai rakyat negera lain yang mahu datang bekerja di Malaysia tanpa syarat, bahkan mereka rela membayar levi dan tambang sendiri untuk datang bekerja disini. Apa sepcial sangat mereka itu sehingga kita terpaksa akur kehendak mereka.

Saya syorkan, supaya Kerajaan Malaysia melalui KDN yang bertanggongjawab mengeluarkan permit kepada pekerja asing pembantu rumah supaya permudahkan syarat dengan membenarkan rakyat Indonesia yang mahu datang bekerja sebagai Amah di Malaysia diberi kelulusan Khas setelah majikan mereka memohon kepada KDN semasa mereka sudah berada disini. Kepada mereka yang mahu bekerja bolehlah terlebih dahulu datang ke Malaysia dengan mengunakan pasport pelancong dan proses untuk mendapat permit kerja boleh dibuat disini.

Biar orang berkata, Kerajaan Malaysia mudah basa dan senang bekira dalam usaha untuk mempermudahkan rakyat Malaysia untuk mendapat pekerja Amah dari negara Indonesia dan kos perbelanjaan untuk mendapat pekerja Pembantu rumah tidaklah semahal seperti sekarang dan gaji boleh ditetapkan oleh majikan dan pekerja tersebut secara suka sama suka. Syarat yang patut diketatkan ialah hukuman terhadap majikan yang mendera dan memperalatkan tenaga manusia secara zalim, majikan yang mengambil kesempatan dengan kemudahan yang kerajaan beri hendaklah dihukum penjara mendotori dan sebat.

Yang nak bekerja dipersilakan datang, yang tak mahu dan bersyarat tak usah datang. Apa susah sangat Kerajaan kita terpaksa berbelanja untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi beruding hanya untuk memuaskan pihak tertentu yang sengaja mahu menyusahkan proses pengambilan pekerja Amah rakyat mereka. Kita alu-alukan sekiranya perundingan itu menjurus kepada bagi menjaga keselamatan pekerja supaya tidak dianaiya atau didera oleh majikan tapi tidak meletakan syarat yang tidak logik yang sengaja untuk membebankan rakyat kita.

Cukuplah berunding perkara yang tidak logik, yang menghabiskan masa dan perbelanjaan, lebih baik pegawai kita tumpukan kepada perkara yang lain yang lebih utama, banyak lagi perkara yang mustahak yang hendak dilaksanakan oleh pegawai kita. Jangan meletihkan pegawai kita dengan kerja-kerja yang tidak masuk akal.

Kaedah mempermudahkan untuk mendapat tenaga kerja sebagai Amah hendaklah disegerakan, bagi membantu rakyat kita supaya urusan rumahtangga tidak tergendala, itulah yang dikatakan 'Satu Malaysia, Rakyat diutamakan'.

Sunday, September 6, 2009

Ujian sebenar kepada UMNO.

Pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bagan Pinang, PD, Negeri Sembilan ekoran kematian mengejut Allahyarham Azman Mohd.Noor. Kalau tak silap pilihanraya kecil ini adalah yang ke 10 selepas pilihanraya umum ke 12. Tumpuannya nanti adakah BN boleh mengekalkan kerusi tersebut atau mengalami kekalahan seperti di Trengganu dulu.

Adalah terlalu awal untuk membuat andaian kerana kalau mengikut hukum politik bermacam-macam perkara boleh berlaku sebelum hari mengundi dijalankan. Yang pastinya BN akan bekerja kuat untuk terus mengekalkan kemenangan di DUN ini dan tentunya akan berusaha bagi meningkatkan mejoriti. Sekiranya BN kalah, malu besarlah para pemimpin UMNO kerana mejoriti sebanyak 2000 lebih itu adalah seperti telah beroleh kemenagan dan berpihak kepada BN.

Di DUN ini sebanyak 30% pengundi adalah dikuasai oleh bukan melayu, iaitu Cina dan India, mampunkah MCA dan MIC mempengaruhi pengundi keterunan masing-masing memberi undi kepada calun melayu BN kerana kedua parti tersebut MCA dan MIC sekarang ini berada dalam suasana yang berkecamuk dan krisis kepimpinan dan sekiranya MCA dan MIC tidak berpihak kepada UMNO kemungkinan BN akan kalah tidak mustahil.

Faktor dalaman UMNO juga boleh mempengaruhi kekalahan kepada BN, sekiranya perebutan untuk menjadi calun berlaku dan ini juga tidak boleh dipandang remeh kerana tradisinya kerusi ini dimenangi oleh UMNO, maka melilihlah air liur para pemimpin UMNO dalam Bahagian ini untuk mengidam menjadi calun kerana wap kemenangan sedang menanti disini untuk dinobatkan sesiapa saja yang menjadi calun BN akan bergelar Yang Berhormat.

Inilah sebenarnya ujian terbesar kepada BN, apakah di DUN yang menang mejoriti yang besar dapat dikekalkan atau rakyat di kawasan ini akan menolak BN dan berpihak kepada pembangkang dengan sendirinya memberi signal tentang masa depan UMNO dan BN keseluruhannya dan kesan kepada pilihnaraya ke 13 nanti.

Satu Malaysia, Perpaduan dan Muhibbah adalah slogan untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini, slogan untuk menentukan negara berada dalam keadaan aman dan rakyat dapat hidup bersatu. Menjadikan negara maju tanpa rakyat miskin, rakyat diutamakan dan corok pembangunan negara yang lebih berdaya maju dan moden. Apakah semua itu akan dapat dikekalkan dan rakyat fahamkah apa yang tersirat bagi menjamin kestabilan negara.

Dan apabila rakyat faham, apakah para pemimpin akan terus mengambil kesempatan dengan slogan-slogan indah tapi terus menambah kekayaan melalui kuasa yang diamanahkan, sehingga janji sering tidak ditepati dan terus menolak untuk bertemu rakyat yang ingin memohon bantuan dan pertolongan. Sebelum jadi orang yang berkuasa senang dijumpai dan apabila berkuasa seribu alasan diberi untuk menjauhkan diri.

Pemimpin apakah jenis ini?.

Thursday, September 3, 2009

Permudahkan Dasar kemasukan pekerja asing.

Malaysia ketandusan pekerja walaupun ramai rakyatnya menganggur. Bekerja sebagai pembantu rumah dipandang rendah oleh rakyat negara ini begitu juga dengan gaji agak kecil kalau dibanding dengan kerja lain, maka tidak ada rakyat malaysia yang hendak menjadi orang gaji dan ini menimbulkan masaalah kepada majikan yang memerlukan pembantu untuk urusan rumah dan menjaga anak-anak. Terutamanya dikalangan mereka yang berpendapatan lumayan.

Biasanya rakyat Indonesia yang mahu datang untuk memberi perkhidmatan sebagai pembantu rumah, tapi baru-baru ini Pemerintah Indonesia membekukan rakyatnya datang bekerja di Malaysia kerana berlaku sedikit penderaan terhadap pembantu rumah oleh Majikan yang hilang ingatan dan tidak berperi kemanusiaan. Maka diadakan berbagai-bagai syarat untuk membolehkan rakyat Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah disini sehingga memaksa diadakan mesyuarat diantara kerajaan dengan kerajaan.

Lain pula dengan pekerja sebagai boroh asing, walaupun terdapat banyak kilang-kilang ataupun majikan memerlu tenaga kerja boroh asing bagi mempastikan pengeluaran dapat dihasilkan mengikut jadual tapi kerajaan sengaja mengetatkan syarat dan mengharamkan pekerja dari sesetengah negara datang berkerja di Malaysia.

Dasar kemasukan pekerja asing sebagai boroh berubah-ubah, lain Menteri lain cara dan keadehnya sehingga kadang-kadang keputusan yang dibuat ternampak zalim kepada orang yang mahu datang bekerja di Malaysia terutamanya warganegara Bangledesh. Asas kemanusia tidak dipertimbangkan, alasan mendatangkan penyakit sosial diwar-warkan sedangkan ada rakyat negara lain yang lebih teruk perangainya dijadikan negara sumber.

Begitulah resam yang terjadi sekarang ini, Kementerian Sumber Manusia mahu polisinya dipatuhi walaupun kadang-kadang polisi itu boleh menjejaskan kerancakan ekonomi negara, banyak pengeluaran tergendala kerana majikan tidak cukup pekerja yang tentunya mengecewakan pengusaha tambah-tambah lagi pengusaha dari luar negara yang datang untuk merangsangkan ekonomi negara.

Begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa asyik tidak berkenan dengan kemasukan pekerja asing walhal kerajaan tahu bahawa tenaga boroh masih berkurangan di negara ini walaupun ramai rakyat yang menganggur. Ini terjadi kerana rakyat kita memilih pekerjaan dan menghitung pendapatan. Adalah lebih baik Kerajaan membukakan pintu kemasukan pekerja asing tapi mesti dikemas kini cara kemasukan mereka itu, tidak hanya memberi kelulusan sesuka hati seperti yang dilakukan Menteri yang terdahulu itu. (Bukan Syed Hamid Albar). Walaupun tak ada kilang tapi kelulusan diberi. contohnya.

Dasar kemasukan pekerja sebagai pembantu rumah hendaklah dipermudahkan, Rakyat Indonesia boleh datang minta permit kerja di Malaysia tak usah ada agen dan orang tengah, ada majikan dah cukup sebagai syarat untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Senang dan ringkas dan boleh mengatasi masaalah kekurangan pembantu rumah. Rakyat malaysia suka hati dan pekerja Indonesia juga suka hati. suka sama suka. Beres.

Wednesday, September 2, 2009

UMNO lain, LDP lain?

Alhamdullilah, program Majlis berbuka Puasa bersama sahabat-sahabat UMNO Bahagian Ketereh di Harison Restaurant, Batu 4, jalan Kuala Krai telah sempurna pada 31hb. Ogos 2009, yang mana semua jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Ada sahabat bertanya, kenapa tahun ini tidak dijemput wanita dan puteri, jawabnya bukan tidak jemput memang telah dirancang kerana untuk wanita dan puteri UMNO Bahagian Ketereh akan diadakan diwaktu yang lain. Insya Allah.

Yang menariknya minggu ini, saya ada menerima satu sms daripada seorang sahabat yang bergelar Datuk yang juga penyokong kuat UMNO. Sms tersebut berbunyi:-

  • LDP rebah tersungkur kepada DPj selepas 54 tahun dengan 'gah'nya memerintah Jepun. Apa pengajaran yang boleh diambil oleh UMNO dari peristewa ini?. Apakah UMNO akan menerima nasib yang sama seperti LDP dalam PRU ke 13?. Najib mau UMNO berubah, kalau tidak rakyat akan mengubah UMNO dari Putrajaya. Berubahkan UMNO? tanyalah diri saudara dan jawablah dengan ikhlas. Saya hanya mampu berharap dan berdoa agar UMNO kekal memerintah negara untuk selamanya.

Sms ini bukan satu gurauan kepada saya, soalan yang dikemukakan juga perlu diambil perhatian kerana itulah sebenarnya realiti politik. Jatuh bangun menang kalah sudah menjadi permainan biasa dalam politik dunia, parti-parti besar dan kuat dulu telah tumbang dan pemimpin silih berganti sama ada negara yang mengamalkan sisitem dua parti ataupun banyak parti. Amerika Syarikat sering bertukar kerajaan, India, Indonesia dan kini jepun bertukar kerajaan.

Keputusan pilihanraya ke 12 memberi petunjuk bahawa UMNO bukan segagah dulu dan setelah Dato' Najib mengambil alih kepimpinan parti dan negara, beliau telah mengakui bahawa UMNO dan Kerajaan sekarang ini mesti berubah untuk terus berkuasa. Katanya, Perubahan adalah satu KEPERLUAN sama ada dalam parti UMNO ataupun Kerajaan supaya rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan.

Apakah perubahan telah berlaku dalam parti UMNO dan Kerajaan hari ini?

Yang nampak berubah adalah perlantikan Idris Jalal sebagai menteri yang diberi tanggongjawab melapurkan KPI kepada menteri (Ko Su Kur) dan yang nampak tidak berubah adalah masih mengekalkan Tengku Adnan Mansor sebagai Setiausaha Agong UMNO dan sambung perkhidmatan kepada Ketua Setiausaha Negara. Yang sepatutnya perlantikan itu hendaklah berubah.

Jangan terkejut sekiranya faktor ini boleh membuat rakyat muak dan menolak UMNO dalam pilihanraya yang ke 13 nanti seperti apa yang berlaku kepada LDP dijepun sekarang.