Thursday, November 5, 2009

Usahalah atas KEYAKINAN


Dato' Di, tokoh harapan UMNO Kelantan.

Gambar:

YB. Dato' Noor Zaidi (Dato' Di) Salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang juga sebagai SETIAUSAHA, Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Saya percaya, Dato' Mohd Najib akan tunai kata-katanya di Dewan Rakyat hari ini (4.11.09) berhubung dengan wang ihsan untuk rakyat Negeri Kelantan. Wang Ihsan itu adalah royalti minyak hasil daripada permohonan YAB Menteri Besar Kelantan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Nama tidak penting, yang pentingnya duit akan disalurkan ke Kelantan untuk rakyat Kelantan dan Negeri Kelantan, bagaimana cara dan keadehnya tidak perlu dipersoalkan lagi yang pentingnya Dato' Mohd Najib telah bersetuju untuk menyalurkan duit hasil bumi Kelantan ke Kelantan.

Jelas, tuntutan Kerajaan Kelantan telah berhasil supaya hasil dari lautan dalam kawasan Kelantan dikembalikan kepada rakyat Kelantan dan jelas juga bahawa slogan Dato' Mohd Najib iaitu 1Malaysia, rakyat didahulu telah tertunai sudah untuk rakyat Kelantan kerana itulah harapan seluruh rakyat Kelantan supaya Kelantan juga akan terus membangun bukan saja bersama Islam tapi membangun bersama pembangunan yang pesat dan moden.

Tapi siapakah sebenarnya yang untung, setelah wang ihsan mengalir di Kelantan?

Terdirinya bangunan pencakar langit yang 'gah', siapa punya, siapa kontartornya, lesen siapa yang dipakai. Terbinanya lebuhraya yang besar dan panjang siapa pembuatnya, lesen siapa punya dan harganya berapa ratus juta dan seturusnya pertanyaan, UMNO untungkah atau orang-orang terpilih dalam UMNO yang untung?.

PAS tentu untung kerana orang-orang PAS akan kata inilah "berkat" hasil doa Tok Guru, orang kampung akan percaya dan akan terus memangkah PAS dalam pilihanraya. Ini akan terjadi kerana sehingga kini ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak yakin UMNO dapat menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Kini, nampaknya Dato' Mohd Najib sudah YAKIN bahawa UMNO mempunyai peluang yang cerah untuk merampas Kelantan ketangan BN itulah sebabnya tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan disambut dengan lemah lembut dan diistihar bahawa rakyat Kelantan akan dapat menikmati hasil buminya dengan menyalurkan wang tersebut tanpa berselindung.

Dato' Mohd Najib sudah YAKIN, saya pun YAKIN dan sekiranya semua ahli UMNO YAKIN tidak ada sebab lagi untuk beberapa pemimpin UMNO Bahagian di Kelantan bercakaran sesama sendiri yang boleh merosakkan impian Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Mustapha Mohamed yang mahu melihat Kelantan diperintah oleh BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ahli-Ahli UMNO Kelantan bermulalah dengan YAKIN.

Wednesday, November 4, 2009

tahniah awal untuk ANNUAR MUSA.

dari madinah munawarrah
insyaAllah saya doakan untuk kemenangan
'KELANTAN juara piala MALAYSIA'

semangat rakyat kelantan yang bergelar 'wira merah' sehinggap sanggup mendabik dada mempamirkan nama KELANTAN.


KELANTAN
'juara piala'
MALAYSIA
2009

*kepada pengurusan KAFA adalah molek diberi sumbangan kepada anak-anak muda yang berani dan gagah seperti terdapat dalam gambar diatas sebagai penghargaan terhadap sokongan fanatik mereka itu*

Tuesday, November 3, 2009

Sokong Kerajaan Perpaduan.

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersuara bersetuju sebuah Kerajaan Perpaduan dengan Kerjasama PAS dapat diujudkan bukan kerana kepentingan politik tapi memenohi tuntutan Agama. Jelas UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak bersikap mementingkan diri dan sanggup berkongsi kuasa untuk pengukuhan Agama.

Semangat yang ditunjukkan oleh YAB Dato' Mohd Najib itu hendaklah disokong oleh semua rakyat Malaysia yang bergelar Melayu dan beragama Islam terutamanya kepada pemimpin parti politik Melayu tak kira dari PAS ataupun Keadilan, kerana peluang ini tidak selalunya datang apatah lagi untuk mengagihkan kuasa.

Sudah tentu sekiranya PAS atau pun Keadilan sanggup menerima tawaran yang dihulurkan oleh Dato' Seri Mohd Najib untuk membentuk Kerajaan Perpaduan pastinya satu atau dua kerusi untuk jawatan Menteri akan diberi kepada orang yang akan mewakili parti PAS atau Keadilan.

Apabila Kerajaan Perpaduan terbentuk maka kuasa melayu akan terus kukuh untuk mentadbirkan Kerajaan dan rakyat akan mendapat keuntungan dan keistimewaan kerana percangahan dikalangan pemimpin politik melayu akan terhapus. Negara Malaysia akan terus aman dan makmur dan rakyat akan hidup dalam rukun dan damai. Inilah kehebatan gaya kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib sekiranya impian dan cita-cita beliau menjadi kenyataan.

Yang jelas Dato' Mohd Najib ada keyakinan untuk membina sebuah Kerajaan yang kukuh dan gagah serta jujur untuk melihat perpaduan melayu menjadi kenyataan yang mana apabila melayu bersatu maka perpaduan kaum juga akan terus utuh bagi membina sebuah negara yang dikenali sebagai 1Malaysia.

Tinggal lagi sejauh mana sambutan lirik yang dicipta oleh Dato' Seri Mohd Najib itu dapat dinyanyikan oleh pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang serta pemimpin Keadilan Anwar Ibrahim yang juga diketegorikan sebagai pemimpim Islam. Apakah mereka itu pemimpin pembangkang ada cita-cita yang sama dengan Dato' Seri Mohd Najib untuk melihat rakyat Malaysia bersatu dan berpadu demi Agama dan Negara.

Sekiranya seruan Dato' Seri Mohd Najib itu tidak disambut dan mendapat reaksi dingin oleh pemimpin melayu dari parti pembangkang, itu bermakna nasib orang melayu di Malaysia ini masih ditahap yang sama, masih memerlukan subsidi untuk terus hidup, masih tidak dapat mendabik dada dengan gah ditanahair sendiri kerana kuasa ekonomi masih dibelit oleh bangsa yang bukan namanya melayu.

Apa pun adalah diharapkan, Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib itu hendaklah disokong oleh seluruh rakyat jelata, kerana dengan cara itulah kuasa melayu akan dapat dipertahankan dibumi Malaysia ini, tidak ada cara lain lagi dimusim hadapan untuk membenarkan kata-kata laksamana Hang Tuah bahawa Melayu tak akan hilang didunia, tapi sekiranya saranan dan cetusan yang dibuat oleh Dato' Seri Mohd Najib itu tidak dapat diamalkan percayalah hanya nama Melayu saja yang tidak hilang didunia tapi kuasanya akan ditelan zaman.

Melayu akan menangis dibumi sendiri setelah jari-jari pemimpin melayu hanya satu yang menunding kedepan dan empat lagi menunding ke diri sendiri. Malayu akan terbakar dan dibakar. Menangis tidak berguna lagi.

Monday, November 2, 2009

Nak royak sikit.

Assalaimualaikum.

Saya akan berangkat ketanah suci bagi mengerjakan HAJI pada 5hb. Nov. 2009, jam 7.15malam.

dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada anda sekiranya ada tersalah silap.

saya bersama isteri serta anak-anak rieni dan milissa dijangka pulang ketanah air pada 19hb. Disember 2009.

berbudi, mengenang budi, membalas budi

Email dari Nor Mazie Mohd Noor.


Sebahagian runggutan peminat BOLASEPAK KELANTAN apabila sudah perkasa.

Hari ini,(24hb. Oktober 2009) bolasepak Piala Malaysia separuh akhir antara Kelantan dan Perlis. Ramai yang mengamuk dan marah-marah di kedai-kedai kopi kerana susahnya nak mendapatkan tiket bola. Ramai ulat-ulat yang mengambil kesempatan menjual tiket black market pada harga sehingga RM100 untuk astaka dan RM30 untuk terbuka.

Dulu, masa mula-mula Tan Sri ambil alih pasukan Kelantan, kehulu kehilir diusung pemain2 Kelantan mencari sokongan peminat. Lalu tertubuh lah Kelab Penyokong Kelantan dengan dikenakan sedikit bayaran keahlian. Dapat la T-shirt tengkuk bulat sehelai seorang .Masa tu nak dapatkan tiket, boleh terus berhubung dgn pengurusan Kelab.

Tapi bila dah gah, dah hebat....dapat masuk semi final,dah ramai penyokong dapat sanjungan konon-konon nya, maka tak perlu lagi kepada Kelab Penyokong. Tinggal terus tak ada nilai satu sen pun. Di Ketereh, anak buah pemuda sendiri ada yang bergocoh berebut nak beli tiket. Ini penyakit UMNO Ketereh, hanya berguna untuk jadi jong kaka bila bekwah @kenduri , tinggal bila senang. Tan Sri kan Presiden, tidak kah boleh uruskan jualan sebahagian tiket untuk bahagian Ketereh ? Anak buah ramai dan tidak rugi kalu bui sedikit istimewa pada rakyat Ketereh. Bukan nya puak tu nak tiket percuma, tapi nak beli dengan pitih sendiri kerana nak MENYOKONG pasukan bolasepak Kelantan. Tan Sri kena ambik kira semua ni.


Nota:

Bukan salah Tan Sri, yang salahnya Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mahu perbesarkan Stadium, sekiranya Stadium Kelantan boleh memuatkan 50,000 tempat duduk, pasti soal nak beli tiket tidak timbul dan tak perlu 'bergocah', oleh itu marilah kita desak Kerajaan Negeri supaya percepatkan proses membina Stadium Baru yang boleh memuatkan penuntun yang lebih ramai.

Pada 7hb. Nov. 2009 nanti KELANTAN lawan N.SEMBILAN pertandingan akhir di Stadium Bukit Jalil dan tentunya diharap masaalah tiket tidak menjadi kekecohan lagi, yang pasti lebih 50,000 rakyat Kelantan akan membanjiri Stadium Bukit jalil.

Menteri Besar Negeri Sembilan berhadap sangat semuga pasukannya beroleh kejuaraan nanti sempena pertandingan akhir kerana berlaku pada tahun 09 dan sebagai hadiah kepada Yang DiPertuan yang baru ditabalkan dan untuk Kelantan saya doakan (diMasjid Nabawi) semuga Kelantan beroleh kemenangan sebagai hadiah kepada penyokong dan peneraju KAFA terutamanya Tan Sri Annuar Musa yang begitu berharap bagi meletakkan pasukan Kelantan sebagai sebuah pasukan gergasi dipantai timur dengan harapan dimusim depan banyak lagi kejuaraan akan diperolehi oleh pasukan Kelantan.

Kejayaan Pasukan Kelantan melayakkan diri ke pertandingan Akhir kerana Tan Sri Annuar Musa didokong dengan sokongan padu daripada Ahli-Ahli Majlis dan Pemain yang tidak mementingkan diri. Tidak seperti UMNO Bahagian Ketereh. (gambar tan sri annuar musa dipetik dari blog MSO).



Sunday, November 1, 2009

Foto Jamuan AidilFitri

Gambar sekitar Jamuan AidilFitri
anjuran
YAYASAN TENGKU TEMENGGONG KELANTAN
bersama
MAJLIS SENIBUDAYA KELANTAN
Pada 24hb. Oktober 2009. (Hari Sabtu)
di Kedai Kadok, Kota Bharu, Kelantan.

Al-Fadhil Imam Muda Masjid mukim Kadok, bersalam dengan YAM TT Kelamntan


tina, rinie dan malissa dikerumuni oleh adik-adik kecil menanti sampul raya.

anak-anak yang hadir dimajlis tersebut yang ingin melihat wajah TT dari dekat


suasana yang sungguh meriah.


sebahagian jawatankuasa bergambar kenangan dengan TT


sebahagian tetamu yang hadir


Presiden Majlis Senibudaya Kelantan memberi ucapan


orangramai sedang mendengar ucapan


tetamu kehormat



presiden majlis senibudaya kelantan (MASK)


asyik melihat persembahan kebudayaan


pertunjukan silat berkeris


silat oh silat



semasa ketibaan YAM Tengku Temenggong Kelantan.

menunggu keberangkatan tiba YAM TT


orangramai sedang menjamu selera


cik mek molek mengambil kueh mueh untuk dimakan


jawatankuasa sedang mendengar taklimat dimalam persiapan terakhir.

Majlis jamuan "AidilFitri" anjuran Yayasan Tengku Temenggong Kelantan bersama majlis Senibudaya Kelantan mendapat sambutan diluar dugaan. Kejayaan itu kerana ada kesepakatan dikalangan ahli-ahli jawatankuasa dan sokongan masyarakat setempat. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.