Monday, May 31, 2010

"Bayangan Ajal"

bukan tajuk cerita wayang gambar

Apabila jawatan bergaji diujudkan dalam memperkemaskan jentera PARTI seperti apa yang diujudkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan yang bernilai rm200 hingga rm5,000 setiap seorang pada setiap bulan, maka tugas pembangunan insan dan pembagunan asas akan dapat dilaksana dengan berkesan nanti.

Jasteru itu mereka yang dipilih dengan sokongan parti UMNO akan menjalankan tugas ikut selera UMNO dan mereka itu juga adalah orang yang berpontansi dipilih menjadi calun dalam pilihanraya yang akan datang. Sudah terang lagi bersuluh.

Dengan erti kata, UMNO di Kelantan telah ada wakil rakyatnya sendiri yang boleh meluluskan projek, dan mengambil tanggongjawab bagi menyelasaikan masaalah masyarakat dikawasan DUN masing-masing, mereka juga ada jentera yang bergaji atau diupah untuk membantu melaksanakan tugasnya, mereka juga akan dibantu oleh kontarktor kelas 'F' bagi mempastikan projek dapat dilaksanakan mengikut tempoh waktunya. Dan kadang-kadang berpakat untuk menikmati keuntungan.

Sekiranya mereka yang dilantik sebagai pegawai yang mewakili Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di DUN masing-masing itu tinggi ilmu politiknya maka cita-cita pemimpin UMNO untuk melihat kerajaan PAS tumbang di kelantan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti akan berjaya. Dan tidak mungkin hampa kerana orang yang dikenal pasti sebagai calun itu telah dibayar gaji bulanan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tapi cita-cita pemimpin UMNO akan hancur lebur sekiranya orang orang yang dipilih itu hanya mahu menerima gaji bulanan tapi tidak turun ke akar umbi untuk memberi khidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masaalah rakyat dengan usaha dan tekun.

Itulah diantara penyusunan yang telah dibuat oleh UMNO Kelantan, telah kenal pasti siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13nanti, maka soal perebutan calun sudah dapat diatasi yang tinggal lagi, gerak kerja memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih calun tersebut perlu diatur supaya kerajaan bayangan dan wakil rakyat bayangan itu dapat diterima oleh kebanyakan rakyat jelata.

UMNO adalah disarankan supaya membuat kerja pentadbiran parti saja, biarlah mereka yang mendapat upah dan bergaji itu turun membuat kerja membela rakyat dan membantu menyelesaikan masaalah rakyat sebagai wakil rakyat bayangan. UMNO tidak mahu kecundang lagi dalam impiannya untuk memerintah kelantan, itulah sebabnya UMNO adakan calun DUN bayangan dari sekarang.

Apa yang dibimbangkan ialah calun bayangan itu akan bertukar jadi "BAYANGAN AJAL" kepada UMNO apabila mereka hanya bergaya dengan pendapatan lumayan melalui rezeki yang ditaja oleh UMNO itu sedangkan rakyat tidak dapat menerima wataknya sebagai wakil rakyat. Waspadalah.

Saturday, May 29, 2010

Mahathir sokong saya?

Saya sokong Tun Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia kerana beliau sokong saya dalam isu Pekerja Asing. Memang diharapkan oleh pemilik perniagaan asing mengharapkan Kerajaan Malaysia membenarkan rakyat warga asing datang bekerja di Malaysia kerana seperti kata Tun Mahathir Kerajaan perlu sedikit bertolak ansur terhadap dasar tidak membenarkan pekerja asing bekerja dinegara ini.

Terutamanya pekerja diperingkat bawah (boroh/kuli) kerana gajinya murah dan tidak ada rakyat malaysia yang minat. Apabila tidak ada rakyat malaysia yang mahu bekerja diperingkat bawah maka masaalah pekerja dihadapi oleh majikan dan menyebabkan hasil pengeluarannya terjejas dengan sendirinya kedudukan syarikat terjejas.

Rakyat Malaysia sudah mencapai tahap pendidikan yang tinggi, yang boleh setanding dengan negara maju, jawatan boroh ataupun kuli sudah tidak minat lagi kerana sudah tidak sesuai dengan taraf pendidikan yang mereka perolehi. Maka tempat itu hendaklah diisi oleh rakyat asing terutamanya dari negara yang miskin yang berpendidikannya masih rendah.

Gaji pula kecil yang tidak memberi semangat kepada rakyat malaysia untuk bekerja sebagai boroh, kerana majikan tidak berupaya memberi gaji yang mahal kepada jawatan sokongan seperti boroh kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Buat apa majikan mahu memberi gaji yang mahal kepada boroh sedangkan dengan berbuat demikian syarikat akan rugi.

Walaupun waktu ini masih ada kelulusan yang diberi oleh kerajaan kepada majikan yang memerlukan boroh asing tapi ia tidak mencakupi semua sektor, oleh itu adalah diharapkan supaya kerajaan memberi kelulusan itu hendaklah jangan memilih kasih hanya membenarkan negara-negara tertentu saja yang dapat masuk bekerja di malaysia.

Apa yang berlaku hari ini Kerajaan membenarkan rakyat asing yang tidak berugama Islam datang bekerja di Malaysia tapi rakyat asing yang berugama Islam diharamkan. Contohnya Kerajaan membenarkan rakyat Vietnam, Nepal dan Kemboja tapi mengharamkan rakyat Bangladesh yang menjoitinya berugama Islam.

Malaysia dikenali sebuah negara Islam sepatutnya keutamaan hendaklah diberi kepada rakyat yang berugama Islam datang bekerja di Malaysia. Oleh itu adalah diharapkan saranan yang telah dibuat oleh Tun Mahathir Mohamed itu dapat perhatian oleh Kerajaan Malaysia kerana ada asas yang kukuh sekiranya berlaku ketidakan cukupan pekerja maka pengusaha asing akan menutup perniagaan disini dan boleh merugikan negara dan rakyat juga.

Biarlah rakat asing menjadi kuli, rakyat malaysia kita menjadi tuannya.

Friday, May 28, 2010

Pelaku tidak takut dosa


Derita seorang wanita bertaraf ibu, sekiranya cerita didalam gambar ini betul. Tapi ingat, pedih lagi perasaan Ibu setelah hatinya dilukai oleh anaknya sendiri. Pertama wujud ertinya ada. Bayangkanlah kesedihan dan penderitaan yang ditanggong. Dan apabila setitik airmata ibu jatuh kebumi, apa balasannya?. (renungan jumaat).

Thursday, May 27, 2010

Kenapa orang suka melakukan dosa?

Dalam semak ada duri
Macam Anjing dengan bayang-bayang.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, pangkat, darjat, miskin, kaya sama saja disisi Allah swt. Itulah nasihat yang beguna yang patut dipatuhi oleh ummat manusia yang cintakan kedamaian dan keharmonian dalam hidup sama ada di dunia ataupun diakhirat nanti.

Ada yang miskin harta, tapi kaya dengan budi bahasa dan amal ibadat, Ada yang yang harta tapi miskin dengan pahala yang ada hanyalah gelombang dosa kerana tidak patuh terhadap rukun Islam.

Semua orang takut dosa, tapi tiap-tiap hari terpapar didada-dada akhbar orang melakukan dosa. Dosa buang anak, dosa bunuh orang, dosa berzina, dosa berjudi, dosa kecil dan dosa besar. Sehingga baru-baru ini ada disiarkan oleh akhbar dosa yang dilakukan oleh ustazah.

Ustazah tahu dosa yang dia lakukan, tapi kenapa dia berminat melakukan dosa, kerana syaitankah, kerana ibliskah, atau kerana didikankah atau kerana ganja dan dadah.

Tapi dosa yang lebih besar adalah dosa yang dilakukan oleh orang yang dia betul-betul tahu dosa yang dia lakukan itu. Untuk itu apa sebenarnya mereka yang lakukan dosa itu mahu sedangkan mereka itu tahu bahawa apabila melakukan dosa tidak bau syurga.

Adakah kerana mereka menganggapkan dosa itu terbahagi kepada dua iaitu ada dosa kecil dan ada dosa besar, maka mereka berminat melakukan dosa. Aduh kenapa teramat ramai manusia ini sudah hilang akidah, terpesong jauh dan kenapa mereka itu terpesong, adakah kerana mereka itu suka ikut nafsu.

Kerana nasfulah manusia itu akan punah, manusia melakukan zina, judi, minum arak, lawan kata-kata orang tua (derhaka) berbunuhan dan sebagainya. Maknanya sudah teramat ramai manusia tidak takut melakukan dosa sedangkan mereka itu tahu dosa membawa mereka ke neraka.

Terutamanya dosa sebagai anak derhaka yang sudah pasti tidak akan berbau syurga. Tapi kenapa ada orang suka melakukan juga?.

Wednesday, May 26, 2010

Elaun RM5,000 sebulan, nak apa lagi?


Che Puan bersabarlah

SEMUA pihak digesa agar menghormati "kesendirian" (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan.

Meskipun Raja-Raja Melayu di Malaysia merupakan raja berperlembagaan, namun istana mereka dikawal oleh tradisi dan budaya yang tersendiri, yang tidak sama dengan tradisi dan budaya yang mengawal istana dan raja-raja di negara-negara lain, misalnya di England.

Melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah, meskipun daripada aspek tertentu perundangan merupakan sesuatu yang mungkin boleh dilakukan, namun dari segi tradisi dan budaya ia adalah suatu tindakan yang terpelanting jauh daripada adat dan tatasusila bangsa Melayu.

Merujuk keputusan penyemakan kes hak melawat suami oleh Che Puan Elia Suhana oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, suka saya memberi pendapat bahawa berasaskan hukum dan budaya Che Puan perlu menangguhkan dulu acara lawatan berkenaan sehingga kes dakwaan cerai oleh Tuanku Ismail Petra selesai dibicarakan.

Mana tahu kalau-kalau talak tiga sudah jatuh sebelum ini dan mereka berdua tidak lagi merupakan suami isteri.

Dalam syariat Islam, talak akan jatuh sebaik saja dilafazkan. Walaupun undang-undang keluarga Islam Kelantan mengatakan ia mesti disahkan oleh mahkamah kalau ia dijatuhkan di luar mahkamah tetapi undang-undang juga tidak menafikan bahawa talak seperti itu berlaku dari segi agama.

Memaksa istana untuk menerima lawatan beliau dalam keadaan seperti ini membangkitkan berbagai implikasi, termasuk hukum, budaya dan malah mungkin undang-undang sendiri.

Saya berpendapat, mahkamah yang memutuskan semakan itu tidaklah berniat untuk memaksa Istana Mahkota Kelantan menerima Che Puan masuk mengadap Tuanku, kerana Istana tersebut adalah tempat bersemayam Tuanku dan Permaisuri Baginda dan merupakan kediaman persendirian yang tidak boleh diceroboh kalau tidak dibenarkan masuk, apa lagi untuk mengatakan menghalang kemasukan Che Puan untuk mengadap Baginda.

Orang biasa pun mempunyai hak untuk mempertahankan kediaman masing-masing dari dimasuki oleh orang yang mereka tidak suka.

Ternyata sekali lawatan yang tidak dijemput ke Istana Mahkota Kelantan itu merupakan tindakan di luar budaya dan kesopanan Melayu dan sepatutnya dielakkan agar semua pihak dapat menjaga maruah masing-masing.

Dari segi agama juga mungkin ada persoalan yang timbul, kerana dari segi agama sebelum kita bertandang perlu meminta izin terlebih dahulu.

Saya bersedia untuk bertemu para peguam bagi kedua-dua belah pihak bagi membincangkan perkara tersebut agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar maruah Istana dan Raja-raja Melayu dapat diselamatkan.

Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid
Kuala Lumpur

Tuesday, May 25, 2010

Sidang tergempar DUN Kelantan?

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
&
Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN).

Satu tahun telah berlalu, KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim menjalani liku-liku hidup dengan berbagai-bagai kekalutan telah berlaku, tapi KDYMM Tuanku Sultan dapat menghadapi dengan tenang dan aman walaupun kadang-kadang perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya seperti dikepung oleh Unit Tindakan Khas (UTK) telah berlaku dan telah menjadi sejarah hitam kepada Tuanku Sultan dan dalam likungan kerabat Istana Mahkota, Kelantan.

Dengan izin Allah swt, Kegeringan yang menimpa KDYMM Tuanku Sultan yang pada mulanya ramai dikalangan Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Rakyat jelata tidak terfikir bahawa KEAJIBAN boleh berlaku terhadap KDYMM Tuanku Sultan kerana dilihat pada mata kasar tidak mungkin kesihatan KDYMM Tuanku akan berada dalam keadaan hampir sihat seperti hari ini kalau dibandingkan dengan awal serangan penyakit yang ditanggong oleh KDYMM Tuanku Sultan.

Itu semua adalah berkat sokongan sembahyang hajat dan doa oleh seluruh rakyat jelata tidak kira dimana mereka berada dari Malaysia sampailah ke Tanah Suci Mekkah Mukarammah, Kesihatan KDYMM Tuanku Sultan telah kembali semboh walaupun tidak 100% seperti sediakala dan mengikut Dactor yang merawat KDYMM Tuanku Sultan adalah proses kesembuhan telah memberi kesan yang baik pada tiap-tiap hari.

Rakyat jelata masih menunggu kabar gembira dari Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhubung dengan status kedudukan KDYMM Tunaku Sultan hari ini kerana banyak cerita-cerita dari mulut ke mulut disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggongjawab bersabit TAHTA D'Raja Kelantan ekoran setelah KDYMM Tuanku Sultan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) secara paksa baru-baru ini dan ditemuduga oleh 10 orang dactor.

Begitu juga dengan kenyataan Prof. dan penulis blog yang mencadangkan supaya ditabalkan Sultan baru ekoran kegeringan yang dihadapi oleh KDYMM Tuanku Sultan yang sudah satu tahun berlalu. Walaupun tidak disebut dalam perlembagaan Negeri Kelantan, apabila seseorang Sultan itu gering sehingga satu tahun maka Sultan baru hendaklah ditabalkan. Dalam hal ini hanya Dewan UndanganNegeri Kelantan saja yang boleh memimdakan undang-undang dan dijadikan sebahagian perlembagaan negeri. Orang-orang itu memberi pandangan dan bercakap tidak mengikut Perlembagaan kerana sebenarnya mereka itu tahu tapi terus berusaha secara jahil dan bersuara kerana ikut perasaan hati dan melakukan kerja bodoh.

Tahukah kita, dalam isu pertabalan Sultan, akibat tindakan yang tidak mengikut perlembagaan dan melanggar undang-undang tubuh maka hukuman yang akan dikenakan kepada orang yang merancang adalah teramat berat. Mereka yang merancang merampas tahta sama ada secara keras ataupun secara kempen senyap setelah didakwa dan didapati bersalah boleh dihukum 'BUNUH' kerana menghuruharakan sebuah Institusi yang dilindungi oleh Perlembagaan Negeri dan Negara.

Alhamdulillah, sehingga hari ini tidak ada perkara buruk yang menimpa Institusi D' Raja Kelantan, desas desus yang bertiup akan ada Upacara Pertabalan Sultan Baru di Kelantan hanyalah khayalan Khoja Hassan dan mereka yang bercita-cita untuk menguasai Istana Kelantan. Lapuran polis yang telah dibuat oleh kerabat dan rakyat tentang usaha hendak memalukan Institusi D'Raja Kelantan mungkin masih diteruskan oleh pihak berkuasa.

Boleh jadi juga nasihat secara senyap oleh Tok Guru Nik Aziz memberi kesan yang mendalam sehingga tidak berlaku desas desus yang ditimbulkan oleh orang ramai berhubung isu Pertabalan tersebut.

Setiausaha Majlis Perajaan Negeri hendaklah tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut kerana ianya boleh mengelirukan rakyat, jangan hanya sekadar nasihat secara senyap seperti Ton Guru Nik Aziz tapi hendaklah muncul dengan kenyataan yang boleh melegakan rakyat jelata. Itulah tugas dan tanggongjawab sebagai Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang telibat secara langsung dalam haraki Kesultanan Negeri Kelantan.

Lada itu pedas, walaupun pedas ada juga orang makan kerana ego ikut perasaan sedangkan buiserlah yang akan ditanggongnya nanti.

Monday, May 24, 2010

'the marriage is consumed'


Jawapan;

Tindakan saudara cuba untuk menghalalkan perbuatan saudara melalui kaedah ‘cina buta’ juga tidak betul.

Berdasarkan hukum, apabila seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak tiga jika dia hendak mengahwini bekas isterinya, isterinya mesti berkahwin dengan orang lain dulu. Selepas dia diceraikan suami keduanya barulah bekas isteri saudara boleh mengahwini saudara semula. Syarat untuk perbuatan ini diterima ialah perkahwinan itu berlaku tanpa ‘diatur’, bererti ia berlaku dengan kehendak hati tanpa diupah atau dipaksa. Sebab itu, timbulnya istilah ‘cina buta’.

Masyarakat Melayu dulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam – biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini bekas isterinya. Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung.

Maka, anak yang lahir dari hubungan saudara dengan isteri ini adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari apa yang saya pelajari dari kitab Muta’albadrin pula ialah perkahwinan saudara dengan bekas isteri saudara hanya sah jika isteri saudara diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Bererti ‘the marriage is consumed’.

Apa beza, 'CINA BUTA' dengan 'BERBUTA'.

Kelantan panas lagi, kali ini dengan isu penceraian, ini berkait dengan KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra dengan Elia Suhana yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah akan dibicara pada 13hb. June 2010 nanti yang mana lafaz cerai talak tiga yang diucapkan oleh Tuanku Sultan akan disahkan.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu membenarkan permohonan Elia Suhana untuk melawat suaminya tapi tidak berpeluang kerana suaminya menolak untuk bertemu dengannya sepertimana yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Penolakan itu diberitahu oleh Kolonal Zahari yang mendapat titah daripada KDYMM Tuanku Sultan, kerana katanya KDYMM Tuanku telah menceraikannya dengan TALAK 3.

Keputusan Mahkamah Syariah yang menetapkan hari perbicaraan pada 13hb. June nanti akan dapat mempastikan 'true story' apa yang dipertikaikan oleh Elia Suhana. Elia Suhana tak usahlah bersedih dan menangis dengan apa yang berlaku hari ini dan seterusnya kerana sudah lama Elia Suhana sedang gembira dan ketawa apabila dinobatkan sebagai isteri muda kepada KDYMM Tuanku Sultan. Tahukah Elia Suhana pada waktu itu ada insan lain yang sedang menangis.

Perceraian talak 3 dalam Islam sangat-sangat pedih sekiranya seseorang itu masih lagi ada hati untuk kembali bersatu mereka kena menjalankan proses amat memidihkan kerana mereka tidak dapat kembali bersama dengan membuat rujukan dimahkamah atau dihadapan saksi saja, apa yang memedihkan mereka itu kena 'BERCINA BUTA' iaitu terpaksa kahwin dengan orang lain dulu dan bercerai barulah boleh berkahwin semula dengan suami asalnya.

Biasanya lelaki yang sanggup "BERBUTA' itu akan dibayar pampasan yang secukupnya supaya benar-benar akan menceraikan isteri yang dinikahi itu kerana diupah. Ada juga berlaku silelaki pada mulanya setuju untuk mengambil upah 'BERBUTA' tapi oleh kerana layanan siperempuan itu berbalon maka hasrat untuk menceraikannya tidak ditunaikan bahkan menjadikan siperempuan itu sebagai isteri misteri yang sah.

Dalam hal Elia Suhana ini sekiranya mahkamah memutuskan lafas cerai KDYMM Tuanku itu sah dengan talak 3, maka Elia Suhana dengan sendirinya telah menjadi janda dan apabila lepas edah boleh berkahwin lain dan sekiranya Elia Suhana mahu merujuk balik kepada suaminya maka dia hendaklah 'BERCINA BUTA' terlebih dahulu.

Buat masa ini Elia Suhana telah diberi pampasan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bernilai sebanyak RM5,000 sebulan bermula dari tahun 2007 sejak menjadi isteri kedua dan cek telah disampaikan kepada beliau bulan lalu bernilai RM100,000 ribu lebih. Banyak lagi rakyat yang miskin yang memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sunday, May 23, 2010

INGAT BERINGATLAH !

"satu pandangan yang mencurigakan, apa sebenarnya yang tersirat. kupaslah semuga mendapat isinya, jangan biarkan ianya terlalu masak nanti busuk hasilnya. rakyat seharusnya didamaikan bukan digertak dengan sentimen kedaerahan. jujurlah dalam menrialisasikan 1Malaysia." (mohd soberi shafii)

Dompok: Status Sabah, Sarawak tak sama

Mei 23, 10 7:54am
Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia."Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.

Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung."Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.

"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua."Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.- Bernama.

Nota; Saya mengalu-alukan sekiranya anda ada pandangan dan pendapat berhubung isu ini dan e-maikan kepada saya untuk saya postingkan. salam.

Rombakan Kabinet, Siapa Gugur?

Bertiup kencang berita susunan baru menteri kabinet akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak berapa lama lagi. Tak ada angin pokok tidak bergoyang dan perlantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, bila-bila masa boleh dilakukan.

Apabila ada berita maka adalah ramalan-ramalan, ada yang dikatakan akan digugurkan dan ada yang akan dinaikkan pangkat dari Timbalan Menteri jadi Menteri penoh dan ada perlantikan menteri baru. Beberapa nama disebut-sebut akan dilantik termasuklah nama YB. Khairy Jamaluddin (KJ), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Apa pun yang bakal disusun oleh Perdana Menteri tentunya bagi menguatkan barisan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat dan membantu Perdana Menteri melaksanakan dasar-dasar yang telah diputus oleh kebinet.

Rakyat juga sedang memerhati, apakah menteri yang dikatakan sudah tidak relevan lagi mengikut peredaran zaman masih dikekalkan, apakah menteri yang dicop sebagai pengamal rasuah masih dikekalkan, apakah menteri yang hanya berlagak masih dikekalkan. Ini semua jadi perhatian rakyat yang mahu melihat menteri yang disusun oleh Perdana Menteri nanti adalah mereka yang benar-benar berjiwa rakyat, terutamanya menteri dari UMNO.

Rakyat berharap perlantikan menteri tidak dibuat seperti perlantikan senator oleh Perdana Menteri. Lantik Senator kerana nak lantik jadi menteri, kesilapan perlantikan dulu diharap tidak berulang lagi kerana masih ramai Yang Berhormat dari UMNO sedang menanti giliran untuk menjadi menteri.

Saya hanya berminat nak tahu siapa yang digugurkan.

Saturday, May 22, 2010

Kerana rebutan Sponsor, Piala Thomas terlepas.

Kekalahan Malaysia dalam kejohanan Piala Thomas memaksa Presidennya membuat pertemuan dengan pemain dan jurulatih dan mengumumkan hasil daripada perjumpaan tersebut dengan mengatakan kerana medialah punca kekalahan tersebut dan jurulatih pula menyalahkan pemain-pemain.

Biasalah apabila kalah ada saja alasannya tapi kalau menang tentunya diucapkan tahniah kepada pemain, pengurusan dan tak ketinggalan kepada media, kerana medialah membuat penyokong-penyokong membanjiri stadium, kerana medialah rakyat dapat mengikuti perkembangan kemajuan sukan badmintan, kerana medialah rakyat dapat mengenali pemain dan presidennya dan kerana medialah peminat badminton tanahira dapat mengetahui perbalahan Mohd. Nazmi Salleh dengan Bekas Setiausaha Agong BAM dan tahu puncanya.

Kekalahan Pasukan Badminton dalam merebut Piala Thomas bukan kerana media. Yang jelas kekalahan itu kerana pemian kita tidak dapat menandingi pemain negara lain, pemain kita kuat sebagai individu dan tidak menyengat dalam berpasukan. Akurlah sejauh mana sebenarnya kekuatan kita, kalau kita tidak kuat jangan salahkan pihak lain terutamanya media yang telah banyak membantu BAM dan pemain-pemainnya sekali.

Kalau tak pandai menari jangan salahkan tanah yang tidak rata, salahkan tuan yang ampunya tanah itu kerana tidak dapat mengurus tanahnya dengan bijak supaya menjadi rata, Pokoknya kerana Presidenlah yang membuat pasukan tidak kuat, gagal dalam memberi khidmat yang cemerlang kepada persatuan dan pasukan, asyik berkelahi kerana nak cari sponsor/penajaan tidak asyik untuk memberi tumpuan dan pemilihan pemain untuk memperkuatkan pasukan.

Akuilah kekalahan kita kerana pemain kita tidak sehebat seperti pemian cina, bukan kerana media ataupun jurulatih, kerana media dan jurulatih tidak masuk gelanggang yang masuk gelanggang ialah pemian. Jadi pemainlah yang patut disalahkan kerana tidak mampu mengatasi pemain negara lain. Oleh itu adalah disarankan supaya BAM mencari pemain pelapis yang boleh mengatasi kehebatan pemain cina dan Presidennya iaitu Mohd. Nazmi Salleh sepatutnya mengambil tanggongjawab besar dengan melepaskan jawatan Presiden kerana telah mengecewa harapan peminat Badminton negara.

Berundurlah secara terhormat sebelum banyak lagi orang bercakap pasal kita yang 'bukan melihat pasukan sebagai keutamaan tapi melihat siapa sponser yang akan memberi pulangan yang lumayan". Akuilah.

Friday, May 21, 2010

Siapa kah gerangan sidia?
nak tahu, tanya Dato ' Daud Mohamed

Kelantan Panas Terik.

Kedudukan Kerajaan PAS Kelantan semangkin kukuh, kepimpinan ulama terus mendapat tempat dihati rakyat Kelantan, slogan membangun bersama Islam dihidupkan semula, Tok Guru Nik Aziz dan Isterinya mula turun ke kampung semula menzairahi rakyat yang menghadapi masaalah dan susah, cakna dijadikan tunjang berkhidmat untuk rakyat.

Para Exconya pula dilihat low profile, tidak banyak kenyataan dikeluarkan agar tidak mengelirukan rakyat, krisis dalaman ditutup rapat supaya pihak SPRM tidak terhidu sebarang kesalahan yang telah mereka lakukan. Itulah kebijaksanaan yang ada pada mereka, pandai makan pandai simpan.

Pegawai Kerajaan dapat melakukan apa saja yang mereka mahu kerana Kerajaan dibawah pemerintahan PAS, parti tidak menguasai kerajaan dan tidak menjadi masaalah kerana rata-rata pegawai Kerajaan negeri adalah penyokong PAS, pembahangian rezeki diantara penyokong parti dan pegawai Kerajaan negeri adil dan sama rata.

Duit tak jadi masaalah kepada penyokong parti, hasil keluaran bumi menjadi rezeki kepada mereka yang pandai dan tahu mencarinya lagi pun penyokong PAS telah dihasut supaya tidak melatah dengan pengagihan rezeki Tuhan, mereka di tarbiah supaya mempercayai rezeki manusia itu ada dimana-mana dan telah ditetapkan oleh Allah swt hanya manusia kena berusaha untuk mendapatkannya.

Tambahan pula mejoriti rakyat Kelantan tidak kisah dengan pembangunan mereka lebih suka ke madrasah dan masjid untuk mendengar kuliah walaupun mereka tahu bahawa kuliah itu bukan kuliah ugama tapi kuliah kempen politik dan mereka suka kerana penceramah pandai bandingkan kehidupan didunia yang tidak kekal dengan akhirat yang ada syurga bagi ditempatkan kepada penyokong PAS.

Walaupun ada di kalangan wakil rakyat PAS dan pemimpin PAS yang tak boleh ditumpang sama ada didunia ataupun diakhirat tapi mereka mengambil sikap tak apa kerana perjuangan itu yang menjadi pegangan untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan demikian anak-anak muda kelantan juga berminat untuk menyertai PAS kerana mereka berpendapat diakhirat nanti syurga juga ditempatnya.

Walaupun syurga dibawah telapak kaki Ibu kadang-kadang anak-anak lupa.

Dan Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang setelah tidak mendapat keredhaan Allah apabila dalam negerinya berlaku pekara-pekara yang dimurkai oleh Allah swt dan akhir-akhir ini negeri Kelantan dilanda kepanasan cuaca yang teramat terik serta berbagai perkara yang bercanggah dengan ugama sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu sebagai negeri SERAMBI MEKKAH

Ini berlaku kerana ada perkara yang dulu tidak boleh tapi sekarang dah boleh seperti pertunjukkan pentas walaupun artisnya tidak bercampur lelaki dan perempuan diatas pentas tapi penuntun bercambur antara lelaki dan peremuann yang bukan muhrim berpimpin tangan dengan gairah ditempat gelap. Bukankah itu mendedahkan berlakunya maksiat.

Walaupun banyak perkara yang dilakukan oleh PAS, cakap tidak serupa bikin tapi Kerajaan PAS masih kuat dan gah kerana UMNO masih samar-samar dalam tindakannya. UMNO Kelantan dilihat seperti hidup segan mati tak mahu, ada pun kerana ada projek dan peruntukan untuk menjalankan aktiviti parti, kalau diharap dengan semangat dan perjuangan UMNO sudah hanyut dan tinggal nama saja.

Hanya ada sedikit ruang lagi kepada UMNO kerana Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah seorang menteri dan dilihat sebagai pemimpin yang prihatin kepada rakyat jelata dan sekarang ini sedang berusaha untuk memulihkan semangat perjuangan dikalangan ahli-ahli bawahan kerana beliau sedar akar umbi adalah kekuatan sebuah perjuangan.

Selagi semangat ahli UMNO Kelantan lesu, selagi itulah Kerajaan PAS boleh tersenyum dan relek dan Tok Guru Nik Aziz bolehlah menasihati KDYMM Tuanku Sultan secara senyap sehingga tak ada waktu untuk menzairahi Tuanku yang masih lagi gering.

Manakala Exco Kerajaan negeri yang telah menerima gelaran Dato' atas kurniaan KDYMM Tuanku Sultan tidak nampak batang hidung di Istana Mahkota, seolah-olah Tuanku sudah tidak diiktiraf sebagai Sultan Negeri Kelantan Darul'Naim. Apa motif disebalik tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tidak menzairahi KDYMM Tuanku Sultan? sedangkan dalam Islam adalah menjadi tanggongjawab kepada orang yang segar menzairahi orang yang uzur.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO Kelantan.

PANAS lagi.

Thursday, May 20, 2010

Zizie ketawa, suami dipenjara?

bung mokhtar dan isteri kedua seorang pelakun zizie izette

Zizie Izette seorang pelakun dan Isteri kepada ahli politik Bung Mokhtar kelihatan tersenyum diluar mahkamah syariah Kuala Lumpur setelah mahkamah menjatuhkan hukuman PENJARA terhadap suaminya selama sebulan kerana kesalahan berpoligami (berbini lebih daripada satu) tanpa kebenaran.

Akibat dari hukuman tersebut sekiranya mahkamah rayuan syariah mengekalkan hukuman penjara sebulan itu maka Bung Mokhtar akan kehilangan kerusi parliman dan wakil Rakyat yang mana SPR akan mengadakan pilihanraya kecil.

Sekiranya pilihanraya kecil berlaku, BN tidak mahu lagi kawasan tersebut kalah kepada parti pembangkang sebaliknya BN akan bercita-cita untuk menang besar bagi menghilang malu kerana menang kecil di Hulu Selangor dan kalah di Sibu Serawak.

Dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Bung Mokhtar itu saya percaya anak-anaknya akan merasa sedih begitu juga isteri pertama walaupun hati sudah terluka dengan kehadiran Zizie didalam kolam keluarganya. Tambah menyedih lagi apabila melihat Zizie begitu galak dengan senyuman sedangkan suaminya akan menjalani kehidupan didalam penjara sekiranya hukuman itu kekal.

Peristiwa ini adalah sebagai satu pengajaran kepada pembuat undang-undang apabila berdepan dengan hakim yang bernama Wan Mahyuddin Wan Muhammad dan juga menjadi satu pengajaran kepada sesiapa yang mahu beristeri muda jangan sekali-kali berkahwin tanpa mengikut undang-undang syariah nikah kahwin. Seperti juga kesalahan trafic boleh lari laju tapi apabila terkena perangkap denda mesti bayar, tak menjadi salah kalau tidak ditangkap walaupun undang-undang mengatakan salah.

Banyak lagi kes-kes kahwin tidak mengikut undang-undang dunia berlaku terutama oleh orang-orang besar dan berpengaruh tapi lepas dan bebas. Bung Mokhtar nasib tidak menyebelahinya walaupun sedap tapi terseksa. Zizie sedap ketawa.

Wednesday, May 19, 2010

Hukum Sebat.

pada pekerja asing yang lari dari majikan

"jangan ampunkan mereka dengan memberi pilihan istimewa"

Makmal Pengurusan Pekerja Asing akan mengemukakan 50 cadangan kepada Jawatankuasa Kebinet Pekerja Asing dan Pekerja Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada Khamis ini.

Cadangan itu melibatkan aspek utama iaitu penawaran dan permintaan, perundangan dan penguatkuasaan serta sistem dan proses yang mana semuanya adalah untuk menyelesaikan masaalah lambakan pekerja asing di negara ini yang kadang-kadang dianjurkan oleh orang yang berkuasa meluluskannya.

Sepertimana dalam hal pembantu rumah yang mana kerajaan akan membenarkan pasport dipegang oleh pembantu rumah. Ini memudahkan pembantu rumah itu lari dari majikan untuk mencari kerja lain termasuk menjadi pelacur dan majikan akan mengalami kerugian kerana wang telah dibelanjakan untuk pengurusan kemasukan pembantu rumah tersebut.

Apakah memberi pembantu rumah memegang pasport itu termasuk dalam 50 cadangan yang akan dikemukan esok. sekiranya termasuk dalam cadangan itu adalah sia-sia makmal pengurusan pekerja asing diujudkan kerana ianya lebih banyak memberi kesan buruk kepada negara dan majikan.

Begitu juga dengan ura-ura bahawa makmal pengurusan pekerja asing akan mencadangkan supaya pekerja asing yang didapati bekerja tanpa izin akan diberi keistimewaan iaitu usaha untuk pemutihan bagi memudahkan mereka akan menjadi pekerja yang diizinkan sedangkan mereka itu lari dari majikan dulu dengan tidak membawa dekuman yang sah.

Kerugian majikan dulu tidak diambil kira oleh kerajaan kerana pihak yang berkuasa akan mengambil kesempatan meluluskan permohonan kelulusan majikan baru yang dulunya melindungi pekerja tanpa izin. Dengan cara demikian maka syarikat 'Out Sourcing' akan mengalami kerugian teruk dan terpaksa menutup perniagaan. Apakah itu sebenarnya yang mahu dilakukan oleh ahli-ahli makmal untuk pekerja asing yang diizin dan tidak diizin.

Banyak lagi persoalan yang akan menyusahkan majikan sekiranya pengurusan hanya memikirkan cara saja tapi tidak menyentuh soal kepayahan untuk melayan kerenah pekerja dan penguatkuasa yang berterusan. Perlu diingat bahawa kerajaan tidak cukup kakitangan penguatkuasaan bagi membendung supaya pendatang tanpa izin tidak bermaharaja lela, oleh itu kerajaan perlu kepada pihak ketiga supaya bertanggongjawab kepada setiap orang pekerja yang datang kesini dari terus hilang dan menjadi pendatang tanpa izin.

walaupun sudah ada tanggongjawab kepada majikan tapi ianya masih tidak dapat dipertanggongjawab sepenuh kerana peraturan masih lagi longgar dan tidak ada perantaraan yang menasabah bagi menguruskan penempatan pekerja secara bersistem.

Walau bagimana pun usaha bersungguh-sungguh kerajaan bagi menyelesaikan masaalah pekerja asing dan pendatang tanpa asing ini yang sudah begitu lama kemelutnya adalah sangat-sangat dialu-alukan. Hanya yang tinggal lagi mungkin makmal pengurusan pekerja asing mengambil pendapat dan pandangan sebelah pihak dan tidak menyeluruh.

Apa kata sebelum diumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh makmal pengurusan itu terlebih dahulu dipamerkan untuk mendapat teguran, pandangan dan pendapat daripada majikan dan orangramai supaya ianya menjadi lebih telus dan berkesan.

Saya 100% TIDAK BERSETUJU sekiranya diberi pemutihan dan pengampunan kepada pekerja asing yang lari daripada majikan kerana amalan begitu seperti kita mengampunkan rakyat asing datang membuat jenayah dalam negara kita. Bagi mengelakkan supaya pekerja asing tidak lari dari majikan saya cadangkan hukuman sebat dikenakan kepada mereka sebelum dihantar pulang ke negara asalnya.

Tuesday, May 18, 2010

Susun semula ALP Agensi Kerajaan.

55 Kawasan Parlimen yang pengundinya terdiri daripada peneroka terutamanya peneroka Felda kini menjadi matlamat PKR untuk meneruskan agenda bagi menumbangkan Kerajaan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Masa selama 30bulan akan digunakan oleh PKR untuk menerjah peneroka supaya tidak menyokong BN.

Ini jelas kerana kawasan yang mejoriti bukan melayu mendorong kepada kekalahan BN sekiranya ilmu politik rakyat yang bukan melayu diambil dari trejadi SIBU Serawak. BN sudah tidak selamat dikawasan pengundinya bukan melayu. Oleh itu 55 kerusi parlimen yang bentengnya orang melayu menjadi rebutan bagi menjaminkan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan masa akan datang.

Sekiranya masaalah peneroka terutamanya pembelian hasil buah masih lagi tidak dapat diselesaikan maka peneroka akan membalas dengan undi dalam pilihanraya umum nanti, anak-anak peneroka sedang menanti peluang pihak mana yang akan dapat menjamin masa depan mereka dapat menjamin keselamatan dan sara hidup.

Kerana didalam tanah rancangan perbedzaan taraf hidup dan sosei-ekonomi sekarang sudah nampak ketara, mereka yang rapat dengan wakil rakyat sudah kelihatan mewah dan bergaya kerana rezekinya bertambah sedangkan masih ramai lagi peneroka terus menderita kerana hasil jualan masih jadi misteri.

Nampaknya agensi kerajaan terutamanya di kelantan seperti KESEDAR dan KADA masih tidak dapat menyakinkan rakyat supaya memberi sokongan kepada BN, sekiranya dua agensi ini mampu menyakinkan rakyat sudah pasti BN dapat menubuhkan kerajaan kerana dua agensi ini merangkumi lebih kurang 30 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dimana yang tak kena, oleh kerana pengurusan kah? atau Lembaga Pengarah kah?.

Monday, May 17, 2010

Berubahlah sebelum rakyat megubah.

Oarng Asli pun dah pandai berdemo!

Kekalahan BN dalam pilihanraya kecil di Sibu Serawak beberapa jam selepas YAB Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan insentif berguna kepada guru-guru sempena Hari Guru di Pahang membawa persoalan besar kepada kedudukan BN dimasa depan.

Kekalahan yang tidak diduga oleh rakyat dan pemimpin BN kepada DAP itu perlu diberi perhatian yang serius oleh pucuk pimpinan kerana kerusi tersebut adalah kerusi BN yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Tidak masuk akal BN boleh kalah kerana BN cukup jentera bagi memenangi kerusi tersebut dengan mudah.

Dengan kekalahan itu adalah jelas bahawa kaum bumiputra di Serawak tidak lagi meminati cara BN memerintah dinegeri tersebut, sama ada untuk memberi signal kepada pucuk pimpinan BN supaya gugurkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau secara totalnya kaum yang berbagai kaum di Serawak sudah jemu dengan pemerintahan BN keseluruhannya.

Walaupun UMNO tak ada di Serawak tapi dengan keputusan pilihanraya kecil ini ada berkait rapat dengan kepimpinan UMNO. Rakyat Iban, Khadazan, Mulut, Murut dan beranika etnik lagi sudah mendapat pendidikan moden melalui internet dan berita tanpa sempadan. Rumah panjang dan kampung pendalaman sudah mendapat khabar berita secara terus dan berita kadang-kadang boleh memusnahkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin.

Tingkah laku pemimpin, rasuah pemimpin, keegoan pemimpin, kebodohan pemimpin dan kekayaan pemimpin semuanya dapat diketahui oleh rakyat dengan mudah, maka rakyat yang sayang parti tidak akan kekal setianya kepada parti kerana mereka tahu kalau kemenangan diberi kepada parti maka pemimpin parti itu akan mengunakan kuasa dengan rakus dan kadang-kadang harta rakyat menjadi milik pemimpin.

Dengan itu adalah diharapkan pemimpin atasan BN supaya muhasabah diri, elakkan diri dari dilebalkan sebagai pemimpin 'jahat' dengan mengumpulkan kekayaan untuk meriakkan diri dan keluarga, Perdana Menteri hendaklah secara keras mengugurkan para menteri yang dilebalkan sebagai rasuah dan mengumpulkan kekayaan, layanlah rakyat dan ahli parti seperti melayan kaum kerabat dan keluarganya sendiri.

Rakyat akan muak dan terus muak selagi UMNO, BN dan Menteri tidak berubah sepertimana janjinya kepada rakyat dalam pilihanraya dan slogan 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan tapi tidak ditunjukan pelaksaannya, hanya retrorik tiap-tiap hari dicetuskan melalui media cetak dan media eletronik. Surat rakyat tidak dijawab, minta bertem u tidak dilayan dengan alasan sibuk tapi apabila taukeh cina dan kroni minta jumpa saat itu juga diberi masa dan eaktu untuk berjumpa. (Saya berani mengatakan ini kerana saya ada buktinya).

Pengumuman memberi wang kepada penjawat awam ataupun guru-guru seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin semalam tidak memberi makna apa-apa kepada parti, mereka tidakm akan beralih memberi sokongan kepada UMNO dengan berbuat demikian selagi para menteri tidak megubahkan perangainya yang betul-betul berjiwa rakyat dan melayan rakyat tanpa memilih bulu.

Berubahlah wahai para menteri dan pemimpin BN sebelum rakyat mengubahkan Kerajaan dalam pilihanraya UMUM ke 13nanti. Masa masih ada selama 30 bulan lagi.

Sunday, May 16, 2010

Cemas: Nazmi dan Musa dah boleh bersara.

Apabila Malaysia tidak layak le separuh akhir dalam kejohanan Piala Thomas, Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri melahirkan perasaan sedih dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah satu teladan yang baik sebagai pemimpin sukan yang bertanggongjawab. Pujian harus diberi kepada Datin Seri Rosmah kerana memahami perasaan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat Piala Thomas menjadi milik negara pada tahun ini.

Tidan seperti Mohd Nazmi Salleh, Presiden Bidminton Malaysia (BAM) yang hanya berpendapat kekelahan itu bukan kerana jurulatih tapi berpendapat supaya BAM mencari peluang untuk meningkatkan lagi kemampuan negara. Ini jelas beliau tidak mampu membawa pasukan Piala Thomas kemercu kejayaan, apa yang mampu beliau lakukan hanyalah memecat vSetiausaha Agong BAM kerana tidak serasi dengan beliau.

Khabarnya pemecatan itu kerana bergaduh soal penajaan kerana Setiausaha Agong terlalu hebat dapat mencari penajaan bertaraf dunia tanpa memberitahunya terlebih dahulu. dan sekiranya khabar itu betul adalah mengaibkan kepada BAM kerana masaalah kewangan jadi perkelahian diantara mereka berdua, sedangkan prestasi pasukan diabaikan.

Oleh itu adalah sudah sampai masanya Mohd Nazmi Salleh berundur dari menerajui BAM dan berilah kepada orang lain yang benar-benar berminat untuk melihat pasukan badminton negara akan memiliki Piala Thomas dua tahun yang akan datang

Begitu juga dengan pemain kalau dah merasa dirinya tua berundurlah, jangan membuat peminat dan rakyat menjadi cemas sepertimana perlawanan diantara Malaysia dengan Danmark. Cemas sebagaimana trajedi menimpa polis berhubung tembakan terhadap budak berumur 15tahun itu.

Cemas apabila polis bersenjata mengepung kereta KDYMM Tuanku dalam perjalannya untuk ke lapangan terbang menuju ke Singapore. cemas apabila DYMM Raja Perempuan terpaksa bertembung dengan polis untuk berada disisi Tuanku didalam wad di hospital HUSM Kubaang Kerian. Cemas apabila Menteri dan Perdana Menteri masih berdiam dalam insiden tersebut. Cemas takut perlembagaan negeri kelantan dipinda dalam sidang DUN akan datang untuk memenohi citarasa puak-puak tertentu.

Minta dijauhi dari anasir yang boleh mencemaskan rakyat .

Saturday, May 15, 2010

Lesen ke Neraka?

TAHNIAH !!!
Rakyat Kelantan
Berbangga Dengan Mu!


Kata-Kata itulah yang ada pada sepanduk yang digantung ditempat awam di Negeri Kelantan sehari dua ini. Semalam samasa saya sembahyang jumaat di Masjid Langgar,Kota Bharu terdapat sebidang sepanduk digantung dipaggar kubur Langgar dan orangramai mengerumuninya sebelum waktu jumaat.

Jelas ditulis dalam sepanduk itu memburuk-burukkan nama Dato' Awang Aderk Husein, Timbalan Menteri Kewangan berhubung kelulusan lesen judi 'Bolasepak Piala Dunia' yang sedang dipertikaikan oleh parti pembangkang. Terjejas atau tidak imej UMNO Kelantan akan dapat diukur dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dan sepanduk itu sudah pasti digantung oleh orang yang sokong parti pembangkang atau memang digantung oleh jentera parti pembangkang. Inilah saja satu isu yang dapat dipergunakan oleh PAS dan PKR di Kelantan bagi mencemuhkan UMNO dan Kerajaan Malaysia kerana judi dikaitkan dengan hukum haram kepada orang Islam.

Kerajaan pula nampaknya tidak sensitif soal judi kerana hasil pendapatan negara agak lumayan barangkali atau terpaksa akur dengan kehendak pihak-pihak yang memerlukan lesen judi bagi mendapat keuntungan jutaan ringgit. Entah apa masaalahnya sehingga UMNO terpaksa akur dengan pemberian lesen judi itu.

Nampaknya ada dua persoalan disini terutamanya untuk negara dan untuk ugama. Untuk negara lesen judi dibolehkan manakala untuk ugama judi diharamkan. Mengambil kira keperluan barangkali maka kerajaan meluluskan lesen judi yang terang bertentangan dengan hukum ugama dan ahli UMNO dikampung akan bermasaalah untuk berdebat dengan penyokong parti pembangkang dikedai-kedai kopi dimasjid dan dimadrasah.

Adalah belum terlambat bagi kerajaan membatalkan lesen judi 'Bolasepak Piala Dunia' walaupun perjudian secara haram akan terus berlaku. Tugas polis dan penguatkuasa lain untuk membenteraskan judi haram, jadi tak usahalah kerajaan beralasan "kalau tak beri lesen pun mereka akan berjudi juga".

Kelulusan lesan judi itu bukan dibuat oleh Dato' Awang Adek secara berkebetulan kerana Dato' Awang Adek adalah Timbalan Menteri Kewangan yang meluluskan lesen itu maka Dato' Awang Adek bercakap jadi tidak adillah Dato' Awang Adek dipersalahkan kerana sebenarnya beliau tidak ada kuasa untuk meluluskannya.

Dan ahli UMNO seluruh negara yang berugama Islam masih ada masa untuk mendesak kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut, masa masih ada dan belum terlambat, bersuaralah pemimpin UMNO diperingkat Bahagian dan Cawangan kerana inilah masanya untuk menyelamat maruah UMN O dari dicaci dan dihamun oleh bangsa sendiri dan bangsa lain yang bencikan judi.

kalau itulah alasannya, bagaimana pula dengan lesen pelacuran dan tak usah adalah pendakwaan terhadap mereka yang main belakang. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat kerana suara ini didengar dari akar umbi.

Mana pemuda UMNO Kelantan, sekatlah sepanduk yang menghina pemimpin UMNO Kelantan, ingatlah bahawa Dato' Awang Adek adalah Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pemuda UMNO ada tugas untuk membuang sepanduk tersebut dari digantung dimerata tempat.

Semasa Dato' Fatmi Haji Che Salleh jadi Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan saya adalah ahli Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri, sepanduk seperti itu tidak akan dibiarkan berkibar lama sekelip mata sudah hilang dari pandangan.

Friday, May 14, 2010

Kasihan SPRM, Ada Duri dalam Daging.

Bercakap pasal Rasuah, semua rakyat sokong usaha Kerajaan untuk membasmikan rasuah kerana rasuah adalah satu penyakit boleh melumpuhkan sesebuah negara, tiap-tiap hari ada berita pasal orang ditangkap kerana melakukan rasuah dan tak kurang juga yang didakwa dan dihadapkan ke mahkamah, ada yang didapati bersalah dan dipenjarakan dan banyak juga yang dilepas dan dibebaskan.

Keseriusan kerajaan untuk memerangai rasuah itu, kerajaan telah menugaskan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ihwal rasuah iaitu Dato' Nazri Aziz dan baru-baru ini kerajaan telah melantik seorang Dato' sebagai Pengerusi Jawatankuasa SPRM bagi memastikan SPRM telus dalam tindakan bagi megurangkan gejala rasuah dikalangan rakyat jelata.

Kes bekas Ketua Pengarah Imigresin didakwa dimahkamah menunjukkan bahawa SPRM tidak memilih bulu untuk membuat pendakwaan, sama ada orang yang didakwa itu bersalah atau tidak mahkamah akan memutuskan dan dalam pembicaraan tersebut ada saksi mengatakan bahawa ada wang yang akan diberi kepada menteri? dan adakah menteri itu telah menjadi bekas dan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa SPRM?.

Kalau itulah orangnya, alangkah malangnya sistem kerajaan untuk menghapuskan rasuah, sepatutnya orang yang dilantik yang ada kaitan dengan SPRM dan rasuah hendaklah orang itu dilihat bersih dan betul-betul bersih dan tidak menjadi persoalan kepada rakyat.

Kelulusan khas untuk membawa masuk pekerja warganegara Bangladesh dikaitkan dengan banayak berlakunya rasuah semasa menteri itu berkuasa, ada kelulusan yang diberi sewenang-wenangnya dan ini mencurigakan dan lebih curiga lagi apabila ada saksi dimahkamah mengaitkan seorang menteri dengan wang.

Adalah untuk membersihkan imej SPRM dan kerajaan, perlantikan pengerusi jawatankuasa SPRM itu hendaklah dikaji semula dan lantiklah orang yang tidak boleh dipertikaikan kebersihannya dengan rasuah dan adakah keguguran jawatan menteri itu semasa Pak Lah jadi Perdana Menteri disebabkan isu rasuah.

Kenapa perlantikan itu diberi kepada orang yang boleh dipertikaikan kejujuran dan kebersihannya?

dalam semak ada duri.

Laptop beronar. tak dapat up date kelmarin walaupun ada perkara yang hendak ditulis untuk dihayati bersama, tapi kini isu yang sepatutnya dipaparkan kelmarin sudah tidak sesuai lagi hari ini kerana kecelakaan trajedi pertembungan mobil ditengah jalanan. Wah dendam yang membara begitu lama telah tersembur keluar seperti nanah yang terkena dimuka sendiri.

Ibu, anak, adik abang, kakak, datok semua nama ditulis dimedia, untuk apa?.

Yang dapat didengar adalah suara sumbang pendendam yang diceritakan kepada orang surat kabar, sejak dari mula lagi sudah dengki kerana bonda terlebih memberi kasih sayang kepada adik ipar. Inilah peluang agaknya, maka nama-nama besar dikaitkan sebagai bukan dari keluarganya.

Ayat-ayat suci Al-Quran dijadikan rujukan bagi memperkuatkan hujjah, sedangkan tafsirannya tidak pernah terlekat diotaknya, itupun teks ucapannya boleh jadi dikarang oleh Khoja Hassan lalu dibaca depan orang surat kabar, Dia lupa bahawa ceritanya itu memakan diri kerana orang juga kenal dan tahu siapa dia itu. Tiap-tiap bulan dapat wang RM5,ooo daripada orang yang dicaci itu.

Sudah tidak ada budaya dan budi bahasa dalam hidupnya, tahu umurnya sudah lebih 60tahun tapi masih melalak macam budak hingusan yang berkelahi kerana berebut coklat, sepatutnya dimasjidlah tempatnya, berdoa semuga dosa dimasa muda diampunkan Tuhan. Siapa tak kenal dia yang masa mudanya orang kata 'lepas laku'. oh.....enaknya.

Aci.....aci.....

buka pintu, nana balik bawa hantu.........

ada dua disitu.

Dan dalam berita Sinar Harian hari ini, Polis suruh report polis.

Wednesday, May 12, 2010

Keluhan Suara rakyat, Suara Keramat.


PELAJARAN PERTAMA KEPADA HALIM HAMAT
1. PERBEZAAN DI ANTARA DOKTOR YANG MERAWAT DAN DOKTOR YANG MENILAI STATUS KESIHATAN PESAKIT.
(pendapat ini adalah pendapat ilmiah, untuk direnong oleh rakyat jelata, siapa sebenarnya yang mencetuskan 'kemelut Istana Kelantan'.)

DOKTOR YANG MERAWAT ADALAH DOKTOR YANG BERTANGUNGJAWAB DI DALAM RAWATAN SEHARIAN PESAKIT. BELIAU AKAN BERTANYA MASALAH-MASALAH TERKINI PESAKIT DAN AKAN MEMBUAT PEMERIKSAAN TERHADAP ANGGOTA BADAN. BELIAU JUGA AKAN MELAKUKAN UJIAN YANG DI FIKIRKAN PENTING SEPERTI UJIAN DARAH , AIR KENCING , X-RAY DAN SEBAGAINYA. KEMUDIAN BARULAH UBAT-UBATAN YANG DI FIKIRKAN PERLU BOLEH DIBERIKAN. PESAKIT HANYA AKAN DI BENARKAN BALIK KE RUMAH JIKA IANYA SEMBUH.

MANAKALA DOKTOR YANG MENILAI STATUS KESIHATAN PESAKIT ADALAH MEMPUNYAI FUNGSI YANG BERLAINAN. BELIAU HANYA DATANG BERTANYA SOALAN SOALAN TERTENTU, ATAU MELAKUKAN PROSEDUR TERTENTU DENGAN TUJUAN UNUTK MENILAI TAHAP KESIHATAN SESEORANG PESAKIT. AKAN KELUARLAH SOALAN SEPERTI BILAKAH OLIMPIK PERTAMA DI ADAKAN… SIAPAKAH PM SEMASA 13 MEI, SIAPA ITU CLEOPATRA. SIAPA ITU NELSON MANDELA. DUIT ITU UNTUK APA…. APA PENTINGNYA UNTUK BAYAR CUKAI DAN LAIN-LAIN…. DOKTOR INI TAK KISAH MACAMANA KEADAAN PESAKIT ITU. PESAKIT SIHAT KE, SAKIT KE, KUDIS BUNTUT KE, TRAUMA KE… DIA ORANG TAK KISAH KERANA ITU ADALAH TUGAS DOKTOR YANG MERAWAT DAN BUKAN TUGAS DOKTOR YANG MENILAI STATUS KESIHATAN PESAKIT.

UNTUK KES DYMM TUANKU SULTAN, DI KATAKAN HALIM HAMAD MEMBERI TAHU, TUJUAN UTAMA BAGINDA DI MASUKKAN KE HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA(HUSM) ADALAH KERANA BAGINDA MASIH GERING DAN TIDAK MAMPU UNTUK KELUAR NEGARA( SINGAPURA). OLEH ITU, BELIAU TELAH DIMASUKKAN KEDALAM HUSM DENGAN DI BANTU OLEH PASUKAN POLIS BERSENJATA DAN BERTOPENG UNTUK TUJUAN RAWATAN.

TETAPI APA YANG MENDUKACITAKAN KITA, ADALAH SEPERTI APA YANG DI NYATAKAN OLEH DR AMIR YANG DI SIARKAN DI DALM KOSMO BARU BARU INI ADALAH KEADAAN TUANKU MEROSOT SEMASA DI MASUKKAN KE HUSM. DARAH TINGGI MENJADI SEMAKIN TINGGI, KENCING MANIS MENJADI SEMAKIN MANIS, TIDAK DAPAT BERADU DENGAN SELESA DAN TENANG, TERMIMPI-MIMPI DENGAN PERISTIWA TAWANAN OLEH PASUKAN “UNIT TAK KISAH” (UTK) DENGAN SENJATA DAN TOPENG. KALAU NAK RAWAT TAKKAN SANGGUP USM BIARKAN TUANKU MENJADI GERING SEMULA?

SELEPAS LIMA HARI, KEJUTAN BERLAKU. WALAUPUN KEADAAN YANG MASIH TRAUMA , KEADAAN KESIHATAN YANG MASIH GERING( MENGIKUT HALIM), TIBA-TIBA BAGINDA TELAH DI BENARKAN KELUAR DARI HUSM. DIBERITAHU JAM 4 PETANG DAN BOLEH BALIK JAM 5 PETANG… CEPAT BETUL. PELIK BETUL! JADI APA TUJUAN TUANKU DI MASUKKAN KE HUSM. UNTUK TUJUAN RAWATAN ATAU MENILAI STATUS KESIHATAN…. KALAU MERAWAT TAKKAN TUANKU MASIH GERING (MENGIKUT HALIM) DAH DI HANTAR PULANG…. KALAU NAK RAWAT KENAPA USM GUNA DOKTOR DARI HRPZ2. MANA DOKTOR DOKTOR USM YANG HANDAL HANDAL. MANA PROFESOR PROFESOR ( HANYA 2 PROFESOR JE YANG NAMPAK).

MALULAH USM KALAU TUANKU DI MASUKKAN KE USM UNTUK RAWATAN TETAPI DOKTOR HRPZ2 PULA YANG DI AMBIL BEKERJA. MALULAH USM YANG BERFUNGSI SEBAGAI KILANG MENGELUARKAN DOKTOR2 MUDA TETAPI BILA TUANKU SULTAN NEGERI SENDIRI DI MASUKKAN TERPAKSA CARI DOKTOR LUAR… MALU .. MALU… TAK BERASA BANGGAKAH USM UNTUK MERAWAT TUANKU SULTAN. TAK RAMAI DOKTOR YANG BERKESEMPATAN UNTUK MERAWAT ORANG BESAR NEGERI SEPERTI TUANKU… BUSUKNYA NAMA USM SEKARANG DI SEBABKAN TERPALIT LUMPUR HALIM.

OLEH ITU,PADA FIRASAT SAYA YANG TAK BIASA BERCAKAP BOHONG NI, KEMASUKKAN KDYMM SULTAN KE HUSM INI ADALAH UNTUK MENILAI STATUS KESIHATAN TUANKU DAN BUKANNYA TUJUAN RAWATAN. SAUDARA HALIM HAMAD JANGAN DOK PELAWOK.

Tuesday, May 11, 2010

Awas Kaki 'Pelaga Orang' !


Kalaulah diri anda itu adalah Raja Perempuan
sejak mula menjadi permaisuri
ada orang-orang tidak berkenan dan selalu menfitnah dirinya
apa perasaan anda?

Apabila Tuanku gering
ada orang-orang datang
bukan untuk menzairahi
tapi membawa kabar fitnah
menyebabkan Tuanku tidak senang
apa tindakan anda?

Kini telah terbukti
ada orang-orang yang tidak senang
kerana permaisuri disayangi Tuanku.

Kalaulah diri anda itu Raja Perempuan
sukakah kalau ada orang-orang
berusaha untuk terus menghancurkan
kebahagian istana bahagia.

Isteri mana tak sayang suami
Ibu mana tak sayang anak
orang lain hanya pandai 'pelaga'.

Mana mungkin seorang ibu
jadikan anak seperti 'robot'.

Monday, May 10, 2010

Pensyarah Bodoh?

Saya setuju. Krisis Istana Kelantan melibatkan undang-undang sepertimana yang dikatakan oleh Pensyarah Kuliah Undang-Undang Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Shamrahayu A.Aziz dalam Utusan Malaysia hari ini.

Tapi lebih baik sekiranya saranan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia supaya kemelut Istana itu diselesaikan secara keluarga. kekalkan ahli Majlis Perajaan Negeri yang dilantik oleh KDYMM Tuanku. Lantik Pengelola Istana yang baru yang betul-betul ada krisma untuk melihat institusi D'Raja kelantan kembali aman dan tenang serta Mufti hendaklah memberi nasihat dari segi hukum ugama yang benar.

Saya secara peribadi selaku rakyat negeri kelantan yang berpayung dibawah naugan KDYMM Tuanku dan usrah D'Raja teramat tertekan emosi dengan kemelut yang berlaku hari ini sehingga orang diluar keluarga terdekat Sultan mengambl kesempatan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan mengadakan perjumpaan sulit bagi menghebahkan apa yang berlaku dalam Istana Kelantan.

Begitu juga dengan penjelasan Dr. Shamrahayu A.Aziz yang kurang jelas tentang kuasa Majlis Perajaan Negeri, Fasal berapa yang dirujuk oleh beliau bahawa MPN ada kuasa untuk melantik Sultan setelah Sultan gering lebih daripada satu tahun. Sekiranya Dr. Sham tidak memberi rujukan yang betul perkara ini boleh mencelarukan kefahaman rakyat dan adalah salah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tersohon memberi komen ikut perasaan hati dan mulut saja.

Lebih malang lagi kepada penutut dibawah penyeliaan beliau kerana mendapat seorang pensyarah yang tidak betul-betul memahami perlembagaan dan memberi pentafsiran yang salah yang boleh mengelirukan. Akan menjadi tidak baik walaupun memberi cadangan yang baik tapi pentafsiran yang salah.

Oleh itu untuk tidak mengelirukan orangramai adalah diharapkan Dr. Shamrahayu A.Aziz hendaklah mengemukakan hujah-hujan bersekali dengan rujukan dalam bab mana perlembagaan negeri kelantan mengatakan apabila Sultan gering lebih daripada satu tahun MPN bolehlah menabalkan seorang Sultan baru.

Tiada rawatan di HUSM oleh 10 pakar?

Semasa KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dirawat di Hospital Singapura sepanjang masa DYMM Tuanku Raja Perempuan Kelantan menempatkan dua orang alim dari Kelantan untuk terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran disamping Tuanku dan berdoa semuga kesihatan Tuanku akan beransur semboh. Dan dengan doa dari seluruh rakyat negeri Kelantan, Allah swt telah memberi taufik dan hidayat serta kesembuhan yang cepat kepada Tuanku.

Kini kesihatan Tuanku sudah hampir sembuh 80% mengikut kenyataan Dr. Amir, Dactor peribadi Tuanku yang menjaga Tuanku di Istana Mahkota Kelantan. Hari ini Tuanku telah kembali beradu di Istana Mahkota setelah tidak dapat beradu dengan aman semasa ditempatkan di Hospital Universiti Kubang Kerian secara paksa sejak 4hb. Mei lalu.

Harbeas Corpus yang difailkan pada jumaat lalu untuk membolehkan Tuanku tidak ditahan di Hospital USM Kubang Kerian sudah tidak perlu lagi yang sepatutnya didengar besok (hari isnin) dimahkamah khas kerana Tuanku sudsah pun berada di Istana Mahkota dan kelihatan ceria. Usaha untuk memisahkan Tuanku dengan YAM Tengku Temenggong Kelantan tidak berhasil.

Dengan kesihatan Tuanku yang semakin memberasangkan dan telah pun bebas dari gelisah di Hospital USM dan kini amat ceria didalam Istana, maka adalah diharapkan hasrat Tuanku yang disokong oleh Tengku Temenggong untuk meminta perintah dari Mahkamah Khas melalui Habeas Corpus supaya Tuanku dibenar pulang ke istana ditarik sesuai dengan semangat bahawa tujuan tindakan itu diambil adalah untuk membolehkan Tuanku pulang ke Istana kerana bukan tujuan untuk melawan sesiapa.

10 orang dactor pakar yang dilantik oleh kerajaan kelantan dan kementerian kesihatan telah menghadap Tuanku di Hospital USM tapi bukan untuk memberi rawatan, mereka menghadap untuk bertanya soalan yang mereka sediakan. Apakah tujuan tidak dapat dipastikan atau sengaja mahu melihat Tuanku secara beramai-ramai supaya Tuanku gembira kerana setelah selesai mereka bertanya nampak Tuanku suka dan gembira.

Adakah anda dapat menjawab soalan ini dengan segera:-

1. Tahun berapakah bermulanya sukan olyampik?

2. Dalam tubuh manusia, ada berapa saluran darah?

Sekiranya anda dapat menjawab dengan segera anda adalah "raja" dalam pengetahuan am kerana Sultan pun tak dapat menjawabnya dengan serta merta.

Adakah tugas penal doctor telah selesai dan apakah hasilnya yang sedang ditunggu oleh rakyat jelata. Tahap kesihatan Tuanku kini adalah satu keajaiban.

Sunday, May 9, 2010

Berita terkini, Kemelut Istana Kelantan.

Alhamdulillah. KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah selamat berangkat pulang ke Istana Mahkota Kelantan pada jam 5.00 petang ini setelah ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia. HUSM, Kubang Kerian bermula 4hb. mei lalu yang mana satu peristiwa hitam dalam sejarah kesultanan kelantan.

Esok mahkamah Khas tak payah bersidang, kerana tuntutan KDYMM Tuanku untuk pulang ke Istana telah dimakbulkan oleh Allah swt.

Mengakulah wahai saudaraku.

Pada 1 Mei, saya ada menulis bertajuk ' siapa berkuasa dalam UMNO Bahagian Ketereh' bersabit perlantikan PJJKP iaitu saudara Rozi, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh yang mana surat perlantikan beliau yang dikeluarkan oleh JPP dipegang oleh orang tertentu kerana hendak melantik orang lain. Nak tutup reziki orang.

Nampaknya ada orang tak senang duduk dengan pendedahan saya itu, lantas ada orang menyebarkan sms bagi menafikan peristiwa itu dengan mengatakan saya membuat fitnah. Soalan saya, adakah fitnah apabila saya membongkarkan peristiwa malang itu untuk dibincang oleh masyarakat umum kerana gelojuh kuasa oleh orang-orang tertentu.

Apakah fitnah namanya hanya angka wang yang salah diberitahu dari sedikit bertambah banyak. Sedangkan pokoknya adalah hak Rozi dinafikan apabila Rozi dipilih secara demokerasi dengan mejoriti 11 - 1. Rakyat sekarang bukan buta dan bodoh, apa saja alasan yang diberi adalah tidak boleh dipakai selagi hak Rozi dinafikan.

Berikut adalah sms yang disebarkan untuk menudung kesilapan yang dilakukan.

"jwp FITNAH dlm blg 1 mei. elaun pjjkp bkn 1600 tp 1800, pgrah dun n pylrs par tidak d panggil lg. 2. Rozi tdk naik utk trm watikah, yg trm watikah ckg wil wkl ts kb. Watikah rozi dia yg srh slps berbincang dgn rahim. Wtkh tu ada dgn ckg wil blh ambil kalau rs amat penting. 4 tidak ada siapa yg pecat rozi sampai kini cuma tunggu perbincangan dgn kt Bhg untuk buat kptusan muktamad. 5 tak ada sapa yg berkuasa besar dlm bhg Ktreh termasuk penulis fitnah ini kecuali ketua Bhg. 6. Perlantikan rozi di buat oleh UMNO Bhg ketereh melalui cam dlm mukimnya bkn oleh penulis ini yg suka buat fitnah dan ianya tidak berdasarkan puak jd tanda ty penulis smada penulis ini islam atau org bkn islam ?? tak dak siapa yg nak tutup rezeki siapa, nk bekrja utk umno d alu2kan sampai bl2. (Islamkah penyebar sms ini?).

Saya tak mahu komen banyak, terserah kepada pembaca untuk menilai sendiri, yang saya nak tegaskan rozi telah dipilih oleh UMNO Bahagian Ketereh untuk dijadikan pjjkp (penghulu mukim/tok penghulu) dan rozi telah berjumpa saya dan menceritakan bahawa beliau terpaksa membeli baju batik dan seluar slak untuk hadir dimajlis tersebut.

Ingin mendapat pengesahan apa yang saya tulis itu betul atau fitnah bolehlah menghubungi Cik Gu Mat Yani, Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh melalui telepon 012-9019269 atau Zudi, Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh 012-9883815. Kerana mereka berdua ada bersama semasa pertemuan dengan Tan Sri Anuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang mana Tan Sri mengesahkan bahawa nama rozi diangkat kepada JPP untuk dilantik dan tidak boleh ditukarkan kepada orang lain.

Saturday, May 8, 2010

Airmata IBU.

Esok Adalah hari Ibu. Sayangilah kedua Ibubapa Kita. Jauhkan diri dari Api Neraka.

Syurga di bawah telapak kaki ibu
Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID



    MASYARAKAT dunia menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, setiap tahun. Tahun ini, sambutan Hari Ibu jatuh pada 9 Mei. Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

    Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)

    Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah SWT telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah SWT berfirman:Maksudnya: "Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka." (Surah al-Qasasb : 13) Alangkah besarnya rahmat Allah SWT terhadap ibu. Dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir.

    Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan. Ada satu kisah dan iktibar yang dipetik dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.

    Atas dasar hadis-hadis itulah, umat Islam menyedari bahawa darjat ibu lebih tinggi daripada ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing-masing. Tidak diragukan bahawa ibu secara alamiah memiliki peranan yang cukup strategik dalam mendidik anak sejak kecil sehinggalah dewasa.

    Syariat Sa'i di antara bukit Safa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah adalah memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar (bonda Nabi Ismail) yang mana Siti Hajar penuh sabar dan tabah mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya. Pengorbanan itu adalah bukti yang nyata bahawa Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberi penghargaan yang abadi kepada golongan ibu dengan disyariatkan peristiwa itu dalam salah satu Rukun Islam yang kelima.

    Justeru itu, kita diperintahkan untuk memohon rahmat Ilahi yang tidak bertepi itu kepada kedua ibu bapa kita. Adalah wajar, kita memohon untuk kedua-duanya agar memperoleh lebih banyak daripada apa yang kita peroleh, membalas budi mereka melebihi budi mereka kepada kita. Bukankah kita diperintahkan untuk melakukan ihsan terhadap mereka berdua.

    Nyata dan jelas sebabnya mengapa Islam memberi penghormatan itu kepada wanita yang dipanggil ibu. Ia tidak lain kerana kedudukannya yang penting dan peranannya dalam setiap kehidupan manusia adalah amat besar. Wanita itulah yang menjadi sumber alam yang pertama bagi permulaan sesuatu kehidupan manusia setelah mereka keluar dari alam zuriat.

    Ibnu Batutta menyatakan seseorang ibu berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana susah payah yang dialaminya sendirian ketika hamil, bersalin dan ketika menyusukannya. Manakala bapa berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana kerjasamanya dengan ibu dalam memberi nafkah dan mendidik anak-anak.

    Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya. Al-Qurtubi juga menyatakan, jika berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anak-anaknya, maka ibulah yang lebih berhak diutamakan.

    Namun begitu, ibu tidak akan dapat menikmati kebaikan, kasih sayang dan penghargaan daripada anaknya, sekiranya dia gagal mendidik dan membimbing anak-anak dengan sempurna mengikut lunas-lunas yang dikehendaki oleh syarak. Menghormati ibu, mentaati, sedia berkhidmat kepadanya, tidak mengingkari perintahnya kecuali pada perkara yang bertentangan dengan syarak, adalah menjadi sebab seseorang itu dapat masuk ke syurga.

    Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yadim

    Friday, May 7, 2010

    Halim jangan marah.

    Bukan kerja saya untuk membuat andaian lebih-lebih, saya bersikap terbuka dan apa yang saya tulis ada kebenaran dan faktanya, bukan hanya untuk menyedapkan taukeh diatas, ampu tiap-tiap detik sehingga boleh memporak peranda satu keluarga yang besar dan ternama kerana ada dendam dan mengejar kemewahan.

    Walaupun kita selalu terima arahan kita juga perlu memberi pandangan supaya keharmonian keluarga sentiasa kekal, sekiranya arahan itu boleh merosakkan hati dan jiwa dalam keluarga maka kita hendaklah memberi pandangan yang berguna supaya suasana akan menyejukkan, bukan menyokong yang akan membawa lebih kepada keburukan dan kepanasan.

    Rakyat juga perlu diberi penjelasan yang betul supaya tidak ada sesiapa yang akan dicemuh, jangan pula kerana kita boleh bersuara maka kita menafikan perkara sebenar dengan menuduh bahaw ada orang tertentu yang menghalang daripada KDYMM Tuanku Sultan mendapat khidmat dactor pakar untuk merawat Tuanku. Ini merupakan satu tuduhan penghinaan kepada orang yang rapat dengan KDYMM Tuanku Sultan.

    Sudahlah Tuanku Raja Perempuan Kelantan dihina semasa waktu cemas dalam peristiwa sekatan UTK semasa rombongan Tuanku mahu ke Singapora dengan dilayan seperti 'penjenayah' (baca surat kabar kosmo semalam) kini ada pula semacam tuduhan bahawa Raja Perempuan menghalang dactor pakar merawat Tuanku.

    Mengikut Dr. Amir, pakar Perubatan yang 24jam mengawasi KDYMM Tuanku Sultan adalah satu pembohongan sekiranya ada sesiapa yang mengatakan bahawa Tuanku tidak dirawat oleh dactor pakar kerana pada tiap-tiap minggu doctor pakar datang untuk merawat Tuanku, Diantaranya ialah:;

    Dr. Shukri - Pakar Nephrologi.

    Dr. Azerin - Pakar jantung

    Dr. Mansor - Pakar jantung

    Dr. Nazri - pakar Bius

    Dr. Razin - Pakar Perubatan

    Dr. Mark - Pakar Saraf

    dan Pakar Rerhabilitasi dari Kuala Lumpur.

    Jadi adalah tidak betul kenyataan Halim Hamed yang menyebut bahawa ada orang tertentu di Istana Mahkota tidak membenarkan dactor pakar merawat KDYMM Tuanku dan adakah menasabah ada orang tidak mahu melihat KDYMM cepat semboh sedangkan seluruh rakyat kelantan siang dan malam berdoa meminta supaya Allah swt memberi kesembohan seperti sediakala kepada Tuanku.

    Boleh jadi Halim Hamed ada agenda dengan mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan Halim tidak perlu marah kepada saya kerana saya pun tidak marah apabila beliau membuat kenyataan akhbar terhadap diri saya satu ketika dulu begitu juga orang lain tak usah campur dalam urusan saya dengan Halim Hamed ini. Salam.

    Thursday, May 6, 2010

    Pelik, Gerun dan Menakutkan.

    Pelik apabila Halim Hamed Pengelola Istana Kelantan memberitahu pemberita supaya orangramai jangan mengikuti blog untuk mendapat berita Kemelut Istana Kelantan, ini menampakkan bahawa Halim tidak mahu orangramai percaya berita yang ditulis dalam blog-blog dengan erti kata penulis blog tidak boleh dipercayai.

    Jadi berita melalui blog yang ditulis oleh Tun Mahathir Mohamed, Tengku Razaaleigh Hamzah, MSO, Kickdefella dan lain-lain penulis blog jangan dituruti hanya Pejabat Pengelola Istana dan beliau saja yang boleh dipercayai. Ini adalah satu kenyataan yang amat memalukan kerana beliau hanya mendabik dada yang dia cakap saja betul sedangkan banyak kenyataan yang terpesong dan bohong.

    Kalau untuk memberi rawatan yang baik kepada KDYMM Tuanku, para dactor hendaklah bertanya kepada Tuanku sendiri bentuk rawatan yang bagaimana yang diingini oleh Tuanku dan doctor hendaklah berbincang dengan keluarga KDYMM Tuanku termasuk Raja Perempuan dan anak-anaknda Tuanku.

    Halim hendaklah keluarkan satu kenyataan bahawa KDYMM Tuanku sendiri bersetuju untuk dirawat di HUSM, Kubang Kerian dan Tuanku tidak mahu mendapat rawatan susulan di Singapura sepertimana yang telah dimaklumkan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan. Dan dactor HUSM hendaklah memberitahu rakyat bahawa KDYMM Tuanku amat selesa mendapat rawatan di HUSM tidak sepertimana yang dikatakan oleh Raja Perempuan Kelantan yang mana kesihatan Tuanku terjejas sejak ditempatkan HUSM. Kenapa mereka tidak buat kenyataan terbuka.

    Inilah kepelikan yang terdapat dari kenyataan Halim Hamed semalam yang menegaskan bahawa 'Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahndanya dan akan berusaha untuk membuat terbaik bagi keselamatan dan kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan "tubing", iaitu makanan melalui tiub". Betulkah Tuanku tidak makan melalui mulut sedangkan Halim Hamed tidak pernah berada disisi Tuanku sudah hampir satu tahun dan betulkan keselamatan Tuanku tidak terjamin berada di Istana Mahkota. terpaksa dikawal ketat di dalam wad sehingga peguam pun tidak dibenar berjumpa dengan anak guamnya. Ha...ha....ha. Pelik weh beb.

    Kenapa banyak persitiwa yang tidak menyenangkan berlaku disaat KDYMM Tuanku perlukan kedamaian dan keharmonian sedangkan sebelum Tuanku jatuh gering suasana keluarga D'Raja Kelantan dilihat berada dalam suasana harmoni dan aman. Apakah dengan kemuculan orang-orang yang suaranya terdapat dalam CD yang dirakam semasa pertemuan dengan wartawan maka suasana keharmonian Istana Kelantan jadi kucar kacir.

    Penulis blog sentiasa menyampaikan berita yang betul dan tepat yang tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan kerana sebab-sebab tertentu, jadi Halim Hamat tak usahlah cuba nak jadi hero dengan bermusuh dengan penulis blog dan janganlah hanya mereka cerita bagi memesongkan rakyat dari mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam 'kemelut Istana Kelantan' hari ini.

    Tindakan pihak berkuasa seperti apa yang dilapurkan oleh pengawal keselamatan Tuanku dan Tengku Temenggong berhubung dengan sikap semasa kereta yang membawa KDYMM Tuanku dan Raja Perempuan Kelantan keluar dari Istana Mahkota untuk ke laparangan terbang Pengkalan chepa sangat-sangat mengerunkan apabila senjata yang berpeluru diacu dan dihalakan.

    Dan sekiranya Kerajaan Malaysia tidak mengambil peduli diatas apa yang berlaku dan menimpa keatas KDYMM Tunaku Sultan dan Raja Perempuan Kelantan itu maka keselamatan rakyat biasa nanti akan berada dalam suasana menakutkan, kerana apabila perkara yang sebegitu rupa dapat dilakukan kepada Sultan apatah lagi kepada rakyat biasa.

    Yang saya mahu tahu, kenapa kenyataan Halim Hamed bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Raja Perempuan Kelantan berhubung dengan keadaan kesihatan Tuanku didalam hospital HUSM Kubang Kerian.

    Wednesday, May 5, 2010

    Tuesday, May 4, 2010

    Berita sedih dari Kota Bharu ii

    Jam 7.15 malam. KDYMM Tuanku Sultan dan Raja Perempuan Kelantan dan rombongan berlepas dari Istana Mahkota untuk ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bagi menaiki pesawat MAS yang dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada malam ini dan akan meneruskan penerbangan ke Singapura bagi mendapat rawatan susulan disana. Kerana jadual asal pagi tadi tidak jadi.

    Lebih kurang 15 minit kamudian saya mendapat berita mengatakan kenderaan yang membawa KDYMM Sultan dan Raja Perempuan Kelantan telah disekat dan orang-orang yang menyekat telah membawa Tuanku dan Raja Perempuan Kelantan entah kemana, manakala ahli rombongan yang lain disuruh pulang dengan kenderaan masing-masing. Yang menyekat adalah dipercayai anggota polis yang lengkap beruniform seperti UTK.

    Marilah sama-sama kita berdoa semuga kesihatan KDYMM Tuanku Sultan tidak terjejas dengan peristiwa yang berlaku itu. Amin.

    Tak boleh lapur banyak-banyak kerana kita adalah mentimun.

    Berita sedih dari Kota Bharu.

    Malaputaka apa agaknya sedang berlaku dinegeri Kelantan sekarang ini, cuacanya teramat panas memedihkan kulit dibakar matahari, didalam aircond pun panas masih bergelegak, Tok Guru disiasat oleh SPRM, kumpulan yang memburuk-burukkan Tun Abdullah Badawi melalui blog telah didedahkan oleh kicdefella termasuk dirinya sendiri, pistol mudah didapati untuk menembak dan agensi kerajaan sudah tidak menghormati Sultan.

    Hari ini berita yang amat sedih dirasai oleh sebilangan besar rakyat negeri kelantan yang mana KDYMM yang dijadual berangkat bagi menerima rawatan susulan di Singapura dengan pesawat khas tidak dapat meneruskan hasratnya kerana pesawat tidak dibenarkan mendarat di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengakalan Chepa.

    KDYMM Sultan Ismail Petra tidak dapat ke Singapura hari ini, sedangkan jadual keberangkatan Tuanku sudah diatur begitu lama dan keberangkatan Tuanku bukan untuk pergi main-main, pergi untuk meneruskan mendapat rawatan susulan bagi mempercepatkan kesembuhan penyakit yang dialami Tuanku kini. Kenapa dan apa sebenarnya berlaku?.

    Isteri mana yang boleh menahan sebak apabila hasrat untuk melihat suaminya akan pulih seperti sediakala dihalang, anak mana yang tidak kecewa apabila dapat tahu ada usaha untuk mencegah ayahndanya mendapat rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit tapi dihalang dan rakyat mana boleh menahankan emosi apabila dapat tahu bahawa agensi kerajaan sengaja menghalang keberangkatan Tuanku untuk meneruskan mendapat rawatan susulan.

    Kerajaan adalah hak rakyat, gaji kakitangan agensi kerajaan adalah hasil daripada bayaran cukai oleh rakyat, KDYMM Tuanku Sultan adalah payung rakyat, maka rakyat akan menuntut keadilan terhadap kerajaan supaya KDYMM Tuanku dilayan dengan sopan. Menghalang KDYMM Tunaku dari terus mendapat rawatan susulan bererti melahirkan golongan yang tidak menghormati institusi D'Raja, kerajaan 1Malaysia hendaklah adil melayani Al-Sultan. Pecat kakitangan p;erkhidmatan awan yang menerajui agensi kerajaan yang sabotaj keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan ke Singapura hari ini.

    Walau pun KDYMM masih gering, kerajaan dan agensi kerajaan hendaklah menghormati hak dan kehendak KDYMM, turutilah kemahuan Tuanku dan jangan layan Tuanku Sultan seperti rakyat kampung. Kerajaan mesti tegas bagi mengambil tindakan kepada agensi kerajaan yang tidak menghormati titah Tuanku Sultan.

    DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.

    Shaziman, Menteri yang rajin.

    Projek Sakit, kini sudah dapat diselamatkan kerana dari 3,737 projek yang telah diluluskan pada Rancangan Malaysia ke 9, sebanyak 99% berjaya disiapkan mengikut jadual, hanya 1% yang menjadi sakit dan kini sedang diusahakan oleh Kementerian dan Jabatan Kerja Raya bagi mengandakan usaha bagi menyiapkan.

    Ini jelas dapat dilihat bilamana Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Mansor turun padang bagi meninjau sendiri perlaksanaan projek sakit bagi mempastikan siap mengikut jadual. Kedatangan Dato' Shaziman ke Kelantan kelmarin sekurang-kurang boleh mengubati keresahan rakyat kelantan yang berharap tidak ada projek yang terbengkalai di kelantan dan harapan rakyat akan menjadi kenyataan dengan jaminan yang diberi oleh Dato' Shaziman itu.

    Dato' Shaziman berkata diantara sebab mengapa terdapat projek yang sakit ialah berpunca kerana kontraktor bermasaalah, bahan binaan, perubahan skop dan cuaca dan ini akan dapat diatasi setelah beliau akan berbincang dengan kementerian kewangan supaya kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kebolehan saja diberi kontrak.

    Saya teramat setuju dengan cadangan itu, tapi bolehkah dilaksanakan setelah ada campurtangan nanti dan bagaimana pula kontraktor yang baru mahu belajar dan baru dapat lesen. Inilah persoalan yang perlu diperhalusi kerana isu ini bukan baru tapi sudah lama dulu cadangan yang sama diwar-warkan oleh kerajaan.

    Adalah didapati syarikat atau kontraktor yang projeknya sentiasa sakit tapi terus menerus mendapat projek, buka satu tapi lebih bahkan dapat dengan cara runding terus pula tapi tidak juga siap dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan tapi lepas itu dapat pula kontrak secara runding terus dan sakit lagi. Kenapa ini berlaku, sebabnya ada rastu dari pihak atasan.

    Cuba siasat kontraktor di Kelantan yang mana banyak yang dapat projek besar-besar terbangkalai dan sakit kerana wang telah dikebas dulu dari sub kont dan setelah ditamat kontraknya, kontraktor itu jumpa menteri dan merayu, pusing-punya pusing terlepas yang itu pun dapat lagi yang baru. Jual lagi dan bergaya lagi, sakit tak apa boleh merayu lagi. Jadi bila projek akan siap mengikut jadual.

    Saya fikir projek yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya tidak menjadi masaalah kerana Dato' Shaziman tahu yang mana kontraktor yang dapat menyiapkan projek dan yang mana kontraktor yang cari untung cepat dengan menjualkan projek. Tapi projek yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan akan menghadapi masaalah selalunya kerana projek selalunya diberi kepada kontraktor kroni pihak atasan tak kira kontraktor itu menepati kehendek sepertimana saranan Dato' Shaziman, inilah yang akan memberi masaalah dan akan mewujudkan projek sakit.

    Sudah sampai masanya, bagi mempastikan setiap projek menempati masa untuk siap mengikut jadual sepatutnya peruntukan disalur terus kepada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya diberi tanggongjawab sepenuhnya untuk memilih kontraktor, tidak lagi melalui dan keputusan yang akan dibuat oleh Kementerian Kewangan. Ini adalah jalan yang wajar kerana kemenetrian Kerja Raya cukup arif dalam perlaksanaan projek.

    Dato' Shazima mampu bagi mempastikan projek siap mengikut jadual dan kontrator yang dipilih adalah kontarktor yang betul-betul layak dan mampu melaksanakannya. Kerana Dato' Shaziman adalah orang muda dan rajin turun ke lokasi projek bagi memantau sendiri setiap projek dibawa kementerian belaiu akan siap mengikut jadual.

    Saturday, May 1, 2010

    Siapa berkuasa dalam UMNO Bahagian Ketereh?

    Hari Khamis lalu, berlangsung majlis penyampian watikah perlantikan kepada penjawat awam melalui parti UMNO yang dikenali dengan bahasa mudah iaitu Pengarah pilihanraya Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Penggawa dan Penghulu mukim yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

    Disamping memberi watikah perlantikan disertakan juga sekeping cek sebagai bayaran gaji yang bermula daripada bulan januari 2010 hingga april 2010, di cek tersebut ada yang dapat dari RM1,600 hingga kepada RM 16,ooo seorang termasuklah dikalangan wakil rakyat UMNO yang menjawat jawatan Pengarah DUN.

    Rezeki yang diberi atas pilihan politik UMNO disetiap Bahagian di Kelantan itu sesuai dengan kehendak kerajaan supaya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, BN Kelantan akan dapat menjatuhkan Kerajaan PAS dan UMNO dapat menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan.

    Tentulah bergalak sakan mereka-mereka itu yang mendapat wang durian runtuh yang disampaikan oleh YB. Dato' Seri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, tapi dalam kesukaan hari tersebut ada juga yang duka dimalukan didepan orang ramai.

    Ceritanya berlaku kepada seorang ahli UMNO yang bernama Rozi dalam Bahagian Ketereh yang disenaraikan oleh JPP Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung, yang mana beliau telah naik menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Dato' Pa tapi malangnya setelah beliau turun dari pentas seorang yang berkuasa dalam UMNO Bahagian Ketereh telah meminta surat perlantikan itu dan memberi tahu bahawa beliau tidak dikehendaki sebagai Pengerusi JKKP dan akan diberi kepada orang lain.

    Alangkah malunya si Rozi diperlakukan sebegitu rupa oleh orang yang berkuasa itu, setelah dijemput datang oleh JPP tapi ada lagi orang yang lebih berkuasa daripada Jabatan Pembangunan Persekutuaan (JPP) yang mana orang itu tidak ada autoriti dari segi general order kerajaan.

    Dalam erti kata, Rozi dipecat tak sampai seminit setelah menerima perlantikan dan pemencatan bukan dilakukan oleh pihak Kerajaan tapi dilakukan oleh orang UMNO yang berlagak besar. Nasib kamulah wahai Rozi diperlakukan sebegitu rupa.

    Dalam hal ini saya sarankan supaya Tan Sri Anuar Musa selaku Ketua UMNO Bahagian segera kembali ke Kelantan dan selesaikan masaalah kecil itu supaya tidak merebak menjadi besar yang boleh menjejaskan UMNO Bahagian Ketereh, kerana saya dengar beberapa orang Ketua Cawangan tidak senang dengan tindakan yang dilakukan oleh orang besar pejabat UMNO Ketereh itu.

    Padahlah akan terjadi kepada UMNO Bahagian Ketereh sekiranya keputusan yang dibuat secara mufakat tiba-tiba digangu dan diubah mengikut kehendak peribadi orang yang menganggap dirinya lebih berkuasa dari Ketua UMNO Bahagian dan JPP. Dan saya syorkan supaya perlantikan orang besar di pejabat UMNO Ketereh itu dikaji semula oleh Anuar Musa supaya tidak akan menjadi penyakit kepada UMNO Ketereh.

    Walau apa pun alasan yang akan diberi diatas perlantik Rozi itu yang tidak disenangi oleh orang besar UMNO Ketereh itu, tapi adalah elok diberi peluang kepada Rozi menjalankan tugasnya dan sekiranya didapati beliau tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, maka pecatlah dia secara terhormat, jangan rebut kertas perlantikan yang telah diserahkan kepada beliau yang belum pun sempat menukarkan cek elaun yang telah diberi diatas namanya.

    Rozi hanya mendapat habuah sebanyak RM1,600 saja sedangkan orang berkuasa di pejabat UMNO Ketereh itu mendapat lebih kuran RM9,000, kenapa sanggup menutup rezeki Rozi yang juga sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Ketereh. Adik Mat Ketua Pemuda Bahagian dan Zuri Naib Ketua kenalah berjuang supaya Rozi dikekalkan, kalau tidak bacullah Pergerakan Pemuda UMNOL Bahagian Ketereh.

    Jangan kerana Rozi adalah penyokong Cik Gu Mat Yani yang juga dari DUN Melaor maka beliau mesti disingkirkan. Itu adalah tidak adil namanya.