Thursday, September 30, 2010

Siapa lawan Tengku Razaleigh di Galas.



'Apabila Ku Li jadi Pengarah Pilihanraya, Tok Pa tersepit'


Dato' Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

646 undi bukan satu angka yang besar dalam kemenangan piliharaya dan PAS tahu itu. Piliharaya kecil DUN Galas tentunya PAS akan berusaha lagi kuat untuk mengalas DUN Galas dalam pelukannya manakala UMNO akan menafikan hak PAS melalui perlantikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas kali ini.

Apakah kerana ada angkat 46 maka Tengku Razaleigh diberi peluang untuk mempastikan UMNO menang dalam piliharaya kecil kali ini sedangkan peranan yang lain nama Ku Li tidak ada dalam kepala pemimpin UMNO pusat. 46 adalah bekas parti yang ditubuhkan oleh Ku Li untuk mengalahkan UMNO/BN dalam piliharaya umum 1990.

Kenapa tiba-tiba UMNO memikirkan Ku Li telah mustahak, setelah Ku Li sekali lagi berada di pentas yang sama dengan pemimpin PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu-isu Kelantah terutamanya soal royalti minyak. Sedangkan UMNO tahu, pernah dizaman Tun Mahathir Mohamed Ku Li telah diberi kepercayaan untuk memulihkan UMNO Kelantan tapi gagal.

Apakah kerana Ku Li Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan DUN Galas berada dalam Bahagian tersebut maka diberi kepercayaan kepada beliau, itu adalah tidak logik kerana ditempat lain pun pernah berlaku piliharaya kecil tapi Ketua Bahagian tidak dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil ditempat tersebut, contohnya piliharaya kecil Manik Urai.

Ramalan saya yang kerdil ini, Ku Li diberi kepercayaan kerana nak ambil hati bukan kerana Ku Li dilihat sebagai pemimpin besar yang boleh meranapkan PAS di Kelantan ataupun di Gua Musang kerana kalaulah Ku Li dikira orang yang masih berkebolehan kenapa selama ini Ku Li disishkan dalam pentadbiran parti dan Kerajaan.

Nampaknya pemimpin UMNO takut kepada bayang-bayang Ku Li, sekiranya Ku Li tidak dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil nanti, parti UMNO akan kalah dan sesiapa yang menjadi Pengarah Piliharaya akan bertanggongjawab diatas kekalahan itu. Inilah nampaknya para pemimpin UMNO cuba nak elakkan kerana tak mahu tanggong malu.

Bagaimana nanti walaupun UMNO melantik Ku Li sebagai Pengarah Piliharaya tersebut BN kalah juga dan PAS akan menambah mejoriti tentunya Ku Li akan dikatakan sudah tidak berpengaruh lagi dan rakyat telah menolak Ku Li maka mudahlah Dato' Sri Mustapha Mohamed mengugurkan Ku Li sebagai calun Parlimen dalam piliharaya umum ke 13 nanti.

Sebab itukah Ku Li dilantik kerana UMNO tahu untuk mengalah parti pembangkang sekarang ini adalah terlalu sukar ditempat yang mana pembangkang telah menang kerana ditempat kerusi BN menang pun BN tidak dapat pertahankan. Dan di Dun Galas kali ini UMNO akan kalah lagi sekiranya PAS dapat menyusun jenteranya dengan lebih kemas dan tidak terlalu optimis seperti piliharaya kecil Manik Urai lalu.

PAS juga akan selesa kerana Ibrahim Ali, Presiden PERKASA tidak akan turun dengan secara agrasif kerana beliau juga mahu menguji kekuatan UMNO, apakah tanpa kuasa ketiga UMNO boleh mengalah PAS di Kelantan. Dan mungkin juga ada calun bebas yang ditaja oleh PERKASA nanti?.

Yang akan menjejaskan PAS nanti apabila ada pengundi di DUN Galas mempersoalkan, siapakah Pengarah Piliharaya nanti yang bakal berhadapan dengan seluruh jentara UMNO dan Kerajaan pusat. Apakah PAS akan mengekalkan Fatah Harun dan Cik Gu Wan Rahim, masih wajarkah PAS mengekalkan mereka berdua itu atau PAS akan melantik orang lain untuk menghadapi ribut yang akan dibawa oleh UMNO nanti.

UMNO sedang berdoa supaya PAS mengekalkan mereka berdua itu kerana UMNO sudah boleh baca taktik dan startegi PAS semasa piliharaya kecuil Manik Urai lalu dan UMNO yakin boleh menang bukan saja menang tapi menang dengan bergaya dan mejoriti yang besar. Tapi sekiranya PAS melantik orang baru maka susahlah UMNO hendak membaca tektik dan startegi PAS kelak.

Apa Ku Li akan kata dalam kempen piliharaya kecil nanti berhubung dengan isu royalti minyak, FDI yang Tok Pa tidak berkata betul dan melayu mesti ada kuasa ketiga, Apa Ku Li akan buat terhadap ahli-ahli UMNO yang kecewa apabila tidak dipilih sebagai calun sedangkan mereka sekarang sedang berangan-angan dan tak 'jenera tidur' untuk menjadi calun walau pun dia tahu sekiranya dia jadi calun BN akan kalah. Kerana jadi calun dalam UMNO sekarang ini dapat wang poket yang banyak dan lepas piliharaya boleh beli kereta baru, rumah baru dan boleh pergi 'makan angin' diluar negara.

Setelah UMNO umum Ku Li sebagai Pengarah Piliharaya, siapa pula dari PAS.


Tuesday, September 28, 2010

Kelantan serba baru. DUN Galas akan menentukannya.



DUN Galas, antara TGNA dan BN.


Al-Fatihah dirakamkan hadiah kepada Allahyarham Che Hashim Sulaiman, Bekas wakil rakyat DUN Galas dalam Perlimen Gua Musang yang telah meninggalkan kita lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin sekali gus akan diadakan pilihanraya kecil.

Diwaktu keluarga Allahyarham masih bersedih kerana kehilangan orang yang tersayang, para pemimpin parti politik dan ahli-ahli parti sudah sibuk berbicara soal piliharaya kecil di DUN Galas dan masing-masing mengeluarkan kenyataan yang optimis bahawa parti mereka akan menang dalam piliharaya kecil nanti.

PAS akan mempertahankan kemenangan yang telah didapati manakalah BN akan berusaha habis-habisan untuk memenangi kerusi tersebut. Kekalahan BN dengan undi 646 akan mencerahkan peluang BN untuk menawan kerusi tersebut sekiranya dibandingkan dengan keputusan pilihanraya kecil DUN Manik Urai dulu, walaupun BN tewas tapi BN berjaya mengurangkan jarak kekalahan yang BN kalah dalam pilihanraya umum 2008 lalu.

Di DUN Galas ini BN boleh melihat bagaimana undi orang-orang cina berpihak, sekiranya pengundi orang-orang cina berpihak kepada BN adalah tidak mustahil BN akan memperolehi kejayaan, itu pun sekiranya undi orang-orang melayu masih ramai menyokng BN.

Tapi melihat kepada kecekapan PAS berpolitik di Kelantan hari ini, bukanlah mudah untuk BN menewaskan PAS walaupun ratusan juta wang dibelanjakan bagi menarik minat pengundi di DUN Galas supaya menyokong BN, kecualilah BN dapat meletakkan seorang calun yang disukai ramai. Dan BN boleh menang sekiranya 'mood' rakyat Kelantan yang sukakan perkara baru ujud kepada pengundi dikawasan tersebut.

Kerana di Kekantan sekarang banyak perkara baru berlaku. Rakyat Kelantan telah mendapat Sultan baru, Tengku Mahkota baru, Ahli Majlis Perajaan pun ada yang baru, maka mungkin juga rakyat di DUN Galas mahukan wakil rakyat baru serta orang baru. Kalau wakil rakyat yang meninggal dunia itu dari calun PAS, apakah calun BN pula yang akan menjadi pilihan pengundi dikawasan tersebut.

Disinilah yang akan menjadi ujian kepada BN, kata-kata yang dilafaskan oleh kebanyakan pemimpin UMNO bahawa calun piliharaya akan datang akan diletak ataupun dipilih dikalangan calun yang disukai oleh rakyat tidak seperti dulu calun hanya dipilih kerana disukai oleh Ketua Bahagian saja. Siapakah agaknya calun BN nanti.

Adakah BN akan mengekalkan Saupi sebagai calun yang tewas kepada calun PAS pada pilihanraya umum lalu atau orang baru yang lebih berwibawa dan disukai oleh pengundi disitu. Inilah ukuran yang akan menentukan siapa yang akan dinobatkan sebagai wakil rakyat DUN Galas kelak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua UMNO Bahagian tentu lebih arif dalam menentukan calun kelak.

Di gelanggang DUN Galas ini akan menjadi petunjuk kepada BN, apakah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti UMNO dan BN mampu ada peluang untuk merampas Kelantan kerana sekiranya BN menang ahli-ahli UMNO akan disuntik semangat baru tapi sekiranya dalam pilharaya kecil nanti yang mejoritinya hanya 646 undi BN tidak dapat mengalahkan PAS usahlah diharap untuk UMNO/BN merampas Kelantan ditangan PAS dalam PRU umum ke 13 nantui.

Di DUN Galas, penjualan slogan juga penting untuk memikat hati pengundi, yang mana PAS akan membawa slogan 'Islam untuk semua' dan BN akan membawa slogan '1Malaysia, rakyat didahlukan', disamping isu-isu lain termasuk kenaikan harga gula dan petrol serta imbohan wang hariraya kepada kakitangan kerajaan.

Sekiranya UMNO tidak dapat mengambil peluang untuk mencari kemenagan di DUN Galas ini dan terus kalah apatah lagi sekiranya mejoriti PAS akan meningkat naik, maka bersiap sedialah UMNO Kelantan untuk melihat penghakisan pengaruh UMNO dan mimpi untuk menawan Kelantan akan hanya menjadi angan-angan.

Maka cita-cita Pakatan Rakyat untuk menuju ke PUTRAJAYA dalam PRU umum ke 13 nanti tidak boleh dipandang ringin dan mudah oleh UMNO/BN. Kemewahan, Keselesaan dan Kuasa yang ada dikalangan pemimpin Kerajaan BN hari ini tidak akan menjamin kekal kerana kekalahan pilihanraya kecil nanti akan menambahkan semangat dikalangan parti Pakatan Rakyat.

Yang membimbangkan kepada UMNO nanti apabila sebahagian besar ahli-ahli dan pengundinya akan berkata "Saya orang UMNO tapi saya belum tahu lagi mahu mengundi parti mana, lihatlah siapakah calun nanti". kerana semangat kepartian dikalangan ahli-ahli UMNO sekarang ini terlalu 'longar' tidak seperti ahli-ahli PAS dan pengundinya, Orang PAS tidak kira siapa calun, yang dipangkahnya adalah lambang bulan.

Kekalahan PAS di DN Galas nanti adalah sebahagian isyarat rakya Kelantan bahawa rakyat telah menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan selaki gus menolak kerajaan dibawah pentadbiran PAS.

Mampukah UMNO menyakinkan rakyat di DUN Galas untuk menolak PAS dan menerima UMNO atau PAS akan lebih berjaya lagi.




Monday, September 27, 2010

Anuar Musa, Duta ke Indonesia?


Semalam (26.9.2010) bertempat di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur dengan inisiatif Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dan kerjasama Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai Malaysia) dan Lembaga Persahabatan Indonesia-Malaysia (Prima Indonesia) telah berlangsung Majlis Makan Malam Amal dan Persembahan yang berjudul "PRIMADONA NUSANTARA" - BOB TUTOPOLY/JAMAL ABDILAH Sempena 50 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Indonesia, dengan tetamu kehormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berlangsung dengan jayanya.

Walaupun persembahan pentas dikira hambar dan makanan mula disaji agak lewat yang mana perut para tetamu bernyanyi lagu keroncong, tapi ucapan Tan Sri Anuar Musa selaku Pengerusi Pengelola mendapat pujian dikalangan yang hadir. Beliau menyampaikan ucapan dengan melingkar sejarah silam sejak Majapahit dan Hang Tuan serta simbol Keris Taman Sari dan hubungan kelamin antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Katanya, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga serta takkan putus air yang dicicang mendapat tepukan yang gemuruh. Itulah kelebihan Anuar Musa apabila copong pembesar suara berada ditangannya. Seorang pemimpin UMNO Bahagian Pasir Puteh yang bersama dimeja saya memuji kehebatan Anuar Musa mengupas persahabatan diantara rakyat Indonesia dengan Malaysia dan katanya Anuar Musa layak sekiranya Kerajaan Malaysia mencadangkan Anuar Musa menjadi Duta Malaysia ke Indonesia.

Saya sokong pendapat orang kuat UMNO Bahagian Pasir Puteh itu, kerana saya tahu Anuar Musa mempunyai ramai kenalan orang Indonesia sama ada orang biasa, bekas pemimpin pemerintah republik Indonesia ataupun yang sekarang jadi pembesar di negera jiran itu. Apatah lagi Anuar Musa mempunyai ramai peminatnya disana.

Oleh itu Kerajaan Malaysia yang sekarang ini menghadapi suasana yang tidak baik dengan rakyat Indonesia adalah perlu memikirkan supaya seorang Duta yang ada hubungan peribadi dengan rakyat Indonesia dipilih untuk mengantikan Duta yang ada sekarang bagi meredakan protes rakyat Indonesia di kedutaan Malaysia disana.

Kalau dulu Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat berjaya merapatkan perhubungan diantara Malaysia dengan Indonesia, saya percaya Anuar Musa juga boleh melakukannya dengan pengalaman yang beliau ada selain bekas seorang Menteri yang kaya beliau juga pandai mengambil hati rakyat Indonesia.

Tentunya Anuar Musa tidak akan menolak sekiranya Kerajaan memberi tanggongjawab sebagai misi negara walaupun beliau terpaksa mengorbankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh. Apa sangatlah jasa yang beliau boleh curahkan kepada negara dengan hanya menjadi Ketua Bahagian UMNO kalau hendak dibandingkan tenaga beliau diperlukan untuk ditempatkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bagi menjalinkan hubungan yang rapat untuk kepentingan negara Malaysia dengan Indonesia.

Kalau Jamaluddin Jarjis boleh jadi Duta ke Amerika Syarikat, Ibrahim Saad jadi Duta ke Filipina kenapa tidak Anuar Musa diberi tanggongjawab sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Beliau layak dan mampu menjadi seorang Duta terutamanya untuk ke negara Indonesia.

Sunday, September 26, 2010

Cukuplah 'berbalah tu' wahai Tok Him !


Pentas PERKASA di Pasir Mas kelmarin (25.9.2010) menjadi gelanggang menghentam pemimpin UMNO. Tidak seperti yang diharapkan semuga NGO PERKASA akan terus bersuara supaya Perlembagaan Persekutuan dipertahankan, Kedaulatan Undang-Undang tidak dicemari dan orang melayu diseru bersatu supaya kuasa melayu tidak akan menjadi milik orang lain.

Entah kenapa Presiden PERKASA masih lagi menyuarakan rasa tidak senang hati kepada pemimpin UMNO terutamanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB. Khairy Jamaluddin (KJ), YB.Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong UMNO dan YB. Nazri Aziz ahli MT UMNO sedangkan isu tersebut hampir reda.

Sedangkan yang hadir diperhimpunan itu bilangan besarnya ahli-ahli UMNO termasuk juga ahli Majlis Tertinggi UMNO YB. Tajuddin Rahman dan bekas Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamed. Menyerang pemimpin UMNO bererti mengetuk kepala ahli-ahli UMNO kerana sedikit sebanyak menjejaskan imej UMNO.

Yang peliknya ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli majlis tertinggi PERKASA bertepuk tangan apabila pemimpin UMNO di 'jeh' oleh Presiden PERKASA yang bukannya ahli UMNO, tergamak mereka itu bertepuk tangan menandakan setuju pemimpin UMNO dihentam didepan mereka dan didepan khalayak ramai. Sebagai ahli UMNO, walaupun kita tidak setuju dengan pemimpin kita janganlah pula kita menjadi tukang sorok untuk memalukan pemimpin kita.

Saya setuju dengan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA memberi amaran sama ada kepada KJ, Tengku Adnan Mansor dan Nazri Aziz supaya jangan jadi penghalang kepada tindakan PERKASA berjuang untuk kepentingan melayu kerana Ibrahim Ali bukannya ahli UMNO.

Tapi kepada pemimpin PERKASA yang ahli UMNO adalah terlalu janggal bersorok apabila bukan ahli UMNO menghentam pemimpin UMNO kerana sebagai ahli parti mereka kena tahu bahawa UMNO juga berjuang untuk mempertahankan kuasa melayu. Sekira begitulah sikap ahli-ahli UMNO yang sudah tergamak menghina pemimpin UMNO adalah lebih baik mereka itu keluar dari parti UMNO. Lebih 'gantelman' dan berprinsip.

Nampaknya dengan ujudnya PERKASA, UMNO menjadi tidak stabil, pemimpin UMNO berbelah bagi pendapat sama ada UMNO mesti sokong perjuangan PERKASA secara aktif ataupun menyokong PERKASA sebagai satu badan NGO yang berteraskan perjuangan untuk orang-orang melayu.

Dari segi politiknya keujudan PERKASA tidaklah menguntungkan UMNO dari menarik undi orang PAS dan Keadilan supaya menyokong UMNO tapi boleh meredakan keangkuhan parti parti politik yang bukan melayu yang cuba mengambil kesempatan dari slogan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu 1Malaysia.

Nasib baik ada melayu yang berani seperti Ibrahim Ali untuk menghadapi suara-suara sumbang rakyat malaysia keturunan bukan melayu, nak harapkan kepada pemimpin UMNO sekarang teramat lesu kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada meletakkan perjuangan dihadapan.

Ibrahim Ali hendaklah meneruskan perjuangan bersama PERKASA, tapi hentikanlah berbalah dengan pemimpin UMNO kerana UMNO juga sama berjuang seperti Ibrahim Ali iaitu untuk mempertahankan melayu supaya kuasanya tidak terhakis. Dan untuk memperkuatkan melayu apa salahnya Ibrahim Ali mengajak sama UMNO, PAS dan KEADILAN supaya duduk semeja berbincang soal perpaduan melayu. Ibrahim Ali akan lebih menjadi 'hero melayu' sekiranya dapat menyatukan pemimpin politik melayu bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan melayu.

Untuk kedamaian, KJ, Tengku Adnan dan Nazri Aziz lain kali janganlah 'celupar mulut tu' nak memberi kenyataan dan bercakap pandang-pandang dan dengarlah dulu, jangan nak jadi hero seperti pelakun wayang gambar purba, hidup kerana ada studio dan apabila studio ditutup hilanglah jawatan dan pekerjaan. kita tu bukan jenis manusia yang bersih sangat, ingat-ingatlah.

Takut nanti Anwar Ibrahim berjaya menuju ke PUTRAJAYA, tidak mustahil bukan?.

Saturday, September 25, 2010

Apa Ada Pada Nama.

Buat Para SAHABAT yang mengikuti Blog ini, tak kira fahaman politik parti mana ataupun pendapat peribadi yang membina, sukacita saya maklumkan sesungguhnya saya amat gembira membaca komen-komen para sahabat sama ada di c-bok ataupun kiriman email. Hanya izinkan saya nyatakan bahawa pendirian saya dalam apa isu sekali pun, saya tetap meletakkan keutamaan kepada realiti (yang mungkin anda tidak tahu lagi buat masa ini) pada pandangan dan pendapat saya. Saya akan tetap menyokong terutama kepada mereka yang dihina dan dimalukan serta dianiayai dan ditipu dalam apa sebarang isu sekali pun selagi saya merasa yakin dan benar.

Oleh itu saya tidak kisah sekiranya ada orang menuduh saya pembelot, derhaka atau penting diri sendiri, saya akan terus bersuara, kerana itulah saya. Dan saya akan terus bersuara walaupun pahit. Begitu juga dengan Sahabat sekalian, tentunya ada pendirian masing-masing, saya sangat menghormati, teruskan beri pendapat anda bagi memeriahkan c-box saya ini.

Kedepan, Isu-Isu yang panas dan sansitif akan saya terjahkan disini untuk mengajak rakyat malaysia faham "Apa Ada Pada Nama'.

Friday, September 24, 2010

UMNO boleh perintah Kelantan.


MENTERI Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah dilapurkan berkata Kerajaan dijangka memperuntukan bajet yang tinggi tahun depan melebihi RM191.5 billion apabila Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangnya diparlimen pada Oktober 2010 nanti.

Tentunya kepada ahli-ahli perniagaan sedang mengintai peluang untuk menerokai bidang perniagaan yang boleh menguntungkannya hasil daripada pengumuman yang akan diistihar oleh Kerajaan nanti ini termasuklah memperkenalkan berbagai-bagai projek yang boleh membuat untung yang lumayan.

Yang akan diperbincangnya nanti ialah kepada siapa keuntungan peruntukan kerajaan yang melebihi ratusan juta billion ringgit akan dikecapi, bagainmana dengan tahap pendapatan rakyat biasa hasil perbelanjaan kerajaan itu akan memberi nikmat. Atau keuntungan hanya akan melimpah ruah kepada ahli-ahli perniagaan yang menjadi kenalan rapat dengan mereka yang mempunayi kuasa untuk mengagihkan peruntukan nanti.

Apakah rakyat hanya sekadar boleh mengecapi kemudahan pasarana seperti pembesaran jalanraya, tambahan bangunan sekolah, masjid yang besar dan segala kemudahan asas yang dibina dengan peruntukan berjuta-juta ringgit tapi keuntungan kewangan menjadi milik taukeh-taukeh besar sedangkan pendapatan dan pebelanjaan rakyat biasa kekal seperti biasa.

Di Kelantan kecur apabila ada syarikat nak melabur RM4billion melalui PAS dan Kerajaan Kelantan. Ada-ada saja sejarah yang tercipta dinegeri Kelantan sejak akhir-akhir ini. Dan inilah yang menyebabkan Kelantan dikira sebagai sebuah negeri yang unik. Tak usahlah saya ceritakan apa yang unik itu kerana semua rakyat malaysia dan dunia juga tahu.

Yang dinanti-nantikan oleh rakyat kelantan, apakah kerajaan pusat akan memperuntukkan perbelanjaan kepada kerajaan kelantan sebanyak RM2billion sepertimana yang dituntut oleh kerajaan kelantan hasil daripada royalti minyak.

Cita-cita Kerajaan BN untuk merampas kelantan dari PAS akan berkesan sekiranya hak rakyat kelantan diambil kira dalam pengumuman bajet nanti. Sekiranya RM2billion yang dinanti-nantikan oleh rakyat kelantan itu dapat disalurkan dengan baik kepada negeri kelantan, maka tidak mustahil rakyat kelantan juga akan membalas jasa kerajaan pusat nanti.

Cara lain sudah tidak berkesan dalam memenangi hati rakyat kelantan, cara UMNO memujuk rakyat kelantan sudah basi dan beku serta tidak boleh dipakai lagi, makin banyak bercakap oleh Ketua UMNO Bahagian makin meluat rakyat kelantan mendengarnya, Semua percakapan pemimpin UMNO dianggap retorik oleh pengundi kelantan.

Sifir yang boleh dipakai di kelantan adalah dengan kerajaan BN bermurah hati menawarkan kerjasama dengan rakyat kelantan, beri hak mereka dengan cara telus dan minta mereka memberi undi kepada BN dengan menawarkan calun-calun yang boleh diterima oleh mereka, jangan lagi meletakkan calun BN yang telah ditolak oleh rakyat tempatan.

Kerajaan BN kena sayang kepada Tok Guru Nik Aziz sepertimana rakyat kelantan sayang kepada beliau, lagi pun Tok Guru Nik Aziz sudah sampai penghujungnya dalam politik kelantan, maka tidak akan hilang maruah UMNO sekiranya berbaik sangka dengan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ulama.

Sudah menjadi rahsia umum, rakyat kelantan menolak UMNO bukan kerana bencikan kepada parti UMNO, tapi ada perkara yang tidak menyenangkan hati rakyat kelantan yang telah ditunjukkan oleh UMNO. Ahli UMNO yang boleh mendamping rakyat dan disenangi oleh rakyat diketepikan oleh UMNO sedangkaan mereka yang telah ditolak oleh rakyat yang itulah UMNO pertahankannya.

Cuba ubah ikut selera rakyat kelantan nescaya UMNO masih ada tempat disudut hati rakyat kelantan, apatah lagi apabila royalti minyak yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat kelantan dipulangkan ke Kelantan sepertimana saranan yang telah dibuat oleh YBM tengku Razaleigh Hamzah.

Percayalah ratusan ribu rakyat kelantan yang berada diluar kelantan akan pulang mengundi UMNO apabila mereka melihat kerajaan pusat telah berlaku jujur kepada negerinya dan UMNO dapat meletakkan calun yang bersih yang boleh serasi dengan kehendak rakyat.

UMNO Kelantan kena ubah startegi dan penyususan semula pentadbiran Perhubungan dan Bahagian hendaklah dilakukan selepas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia nanti sekiranya pemimpin UMNO berhasrat supaya BN menjadi Kerajaan di Kelantan.

Kerana Kelantan sudah mula pembaharuan.


Thursday, September 23, 2010

Masih kukuhkah BN?.


Sekiranya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak leka dengan permainan orang-orang harapannya dalam Parti UMNO dan Kerajaan, kuasa yang ada ditangan beliau hari ini tidak mustahil akan terlepas kepada Pakatan Rakyat yang sedang merancang untuk menuju ke PUTRAJAYA pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Isu-isu kemewahan melampui yang didakap oleh sebahagian pemimpin parti diperingkat Bahagian dan sesetengah Menteri yang masih lagi berjawatan selain bekas-bekas menteri yang masih menayang kemewahan adalah menjadi salah satu isu yang akan diketengahkan yang boleh difahami dan yakini oleh rakyat bahawa pelakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih berlaku dalam kerajaan dibawah pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib secara meluas.

Kekayaan Ketua-Ketua Bahagian yang tidak mempunyai rekod perniagaan yang mutlat menyebabkan rakyat setempat mencurigai kekayaan yang ada kepada Ketua Bahagian tersebut kerana sistem pengagihan projek diletakkan dibawah bidang kuasa Ketua Bahagian. Bagaimana Ketua Bahagian menjadi kaya mendadak sedangkan tidak ada syarikat perniagaan yang dimiliki oleh Ketua Bahagian sebelum daripada ini.

Begitu juga gelagak para Menteri yang memilih untuk melayan ahli-ahli parti, mereka suka berurusan dengan ahli parti yang mempunyai jawatan penting seperti Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat, ahli biasa dan setakat Ketua Pemuda yang tidak koprat jangan diharap dapat layanan untuk bertemu dengan menteri secara mudah, kalau dapat pun kena cari cannel yang kena dengan menteri tersebut.

Para pemimpin kena ingat, Tugu yang dibina dengan kukuh akhirnya akan tumbang apabila rakyat berpakat untuk menumbangkannya, yang akan menjadi sedih apabila tugu itu ditumbang oleh rakyatnya sendiri kerana tidak puas hati dengan gelagak dan layanan oleh mereka yang diberi kuasa untuk mentadbira buat sementara.

Yang menjadi malang kepada ahli-ahli UMNO ialah apabila para pemimpin UMNO telah memberi peluang kepada penyokong parti lawan untuk mengalahkan UMNO dengan senjaga membuat perkara-perkara yang tidak disukai rakyat.



Wednesday, September 22, 2010

ada dosa disebalik keterampilan !!!


Pernah kita dengar perkataan 'Kasanova' satu istilah yang diberi kepada setiap lelaki yang menjadi pujaan dan kegilaan gadis-gadis kerana watak yang dilihat,kacak,menawan,kaya dengan lebih tepat lagi menampakkan KETERAMPILAN yang cukup menakjubkan.

Ertinya dalam dunia hari ini kepada sesiapa yang dapat membentuk personaliti diri dengan cara keterampilan yang megkagumkan semua orang akan percaya kepadanya dan menjadi pujaan serta mendapat pujian yang melangit daripada orangramai. Maka hiduplah dia dalam dunia yang belum tentu dapat tidur lena dengan lelapnya.

Banyak contoh yang telah ditunjukkan diatas dunia ini yang mana kemasyuhuran seseorang itu jatuh tersungkur kerana keterampilan bukan kerana hak semula jadi tapi diokestreat untuk mendapat sesautu dengan cara yang tidak menasabah. Seperti mana terdapat dalam cerita lagenda arahan P.Ramlee.

Maka sesuailah Rais Yatim selaku Menteri Penerangan dan Barang Purba untuk meneruskan kempen 'RUKUN NEGARA' supaya rakyat Malaysia dapat betul-betul menghayati setiap butir yang ditulis supaya nilai seseorang manusia itu bukan saja dapat diterima oleh masyarakat tapi juga akan kekal disyurga diakhirat nanti.

Memahami dan menghayati Rukun Negara akan membuat rakyat hidup dalam keadaan rasa bersyukur, damai dan senang dalam menumpang dunia ini, tidak akan ada manusia sanggup membunuh anak yang baru dilahirkan, tidak akan ada anak yang tidak mengenang jasa ibubapa, tidak akan ada kecurangan isteri terhadap suami, tidak akan ada permusuhan diantara kaum dan tidak akan ada watak-watak yang bercakap berpusing pusing yang boleh menyebabkan orangramai menjadi serbasalah dan tak tentu arah.

Rompak, Samun, Rogol dan membunuh secara kejam sudah menjadi perkara biasa buat masa ini, seakan-akan dunia sudah tidak aman lagi. Peristiwa ini akan berterusan kerana undang-undang terlalu longgar dan penguatkuasaan berlapik-lapik, tidak ada ketelusan dari orang-orang yang mempunyai kuasa sama ada daripada pihak yang melakukannya ataupun pihak yang memutuskan hukuman.

Oleh itu kita jangan selalu berjalan melengok kelangit oleh kerana keterampilan kita diagung-agungkan oleh orangramai, takut-takut nanti kita terpijak duri nibong yang akan menyebabkan kaki kita pula bernanah dan terpaksa dipotong, kerana diwaktu itu apabila rakyat sudah dapat menghayati RUKUN NEGARA maka putung-putung kayu yang membara akan menjadi basah dan tidak akan menyala-nyala.

Yang ruginya kita kerana alpa tidak tahu mengenag budi dan membalas budi kerana dikecek oleh orang disekeliling kita.



Tuesday, September 21, 2010

PENAWAR dah jadi RACUN?

YB.Tengku Adnan Mansor
Setiausaha Agong UMNO Malaysia

Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) itu adalah Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas yang menang bertanding diatas lambang PAS pada pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 di Parlimen Pasir Mas. Saya pernah menulis bahawa Ibrahim Ali adalah ahli politik yang paling berjaya di Malaysia bahkan mungkin juga didunia yang mana beliau menjadi wakil rakyat perlimen mewakili berbagai-bagai parti.

YB. Ibrahim Ali pernah mewakili Parti Semangat 46, UMNO dan PAS dalam parlimen dan kini beliau menjadi ahli Parlimen Bebas. Oleh kerana beliau tidak mempunyai parti maka lahirlah ilham untuk beliau bergerak dengan menubuhkan PERKASA yang asasnya untuk beliau jadikan sebagai tapak untuk beliau bergerak bagi menyokong UMNO dengan harapan umor politiknya akan dapat diteruskan pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Usaha dan kegigihan beliau telah berhasil. PERKASA yang ditubuhkan itu telah dapat mengumpul ahli yang agak ramai walaupun masa penubuhan PERKASA adalah terlalu baru, kini PERKASA telah diiktiraf oleh ahli-ahli UMNO yang mana boleh dikatakan 90% ahli PERKASA adalah terdiri daripada ahli UMNO. Itulah sebab saya katanya UMNO Delima.

Semua orang tahu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sdr Khairy Jamaluddin (KJ), Setiausaha Agong UMNO Malaysia Tengku Adnan Mansor dan Nazri Aziz tidak bersetuju ahli-ahli UMNO mendekati PERKASA dengan alasan BN akan hilang pengaruh daripada orang bukan melayu.

Tindakan mereka itu wajar kerana dalam pemuafakatan BN kepercayaan diantara satu sama lain dalam memperjuangkan semangat BN perasaan tiap-tiap kaum hendaklah dijaga. Diatas kepercayaan bahawa PERKASA hanya berjuang untuk orang-orang melayu saja yang mana isu yang dibawa oleh PERKASA kadang-kadang mecemaskan bangsa lain dan untuk mengelakkan kesepakatan BN tidak ugah, itulah menyebabkan KJ, Tengku Adnan dan Nazri Aziz mengambil usaha untuk UMNO dilihat tidak menyokong NGO yang dilihat berjuang untuk satu bangsa sahaja.

Yang peliknya sekarang ini, Ibrahim Ali yang tidak menjadi ahli UMNO di sokong sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli PERKASA dan di sokong juga oleh Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR) dengan meletakkan Ibrahim Ali lebih istimewa daripada Setiausaha Agong UMNO Malaysia.

Ugutan PENAWAR terhadap Tengku Adnan Mansor supaya beliau meminta maaf secara terbuka kepada Ibrahim Ali dan PERKASA dan sekiranya gagal meminta maaf Tengku Adnan Mansor diminta meletakan jawatan sebagai Setiausaha Agong UMNO itu telah mempamirkan seakan-akan satu kecelakaan akan berlaku terhadap UMNO.

Nah, begitu besarnya pengaruh PERKASA, sehingga Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang ahlinya berjuta-juta telah digertak oleh NGO PENAWAR yang ahlinya tidak sampai 5000 orang. Apa jenis NGO itu, perkara yang boleh diselesaikan secara meja bulat diantara Ibrahim Ali dan Tengku Adnan Mansor diletakkan sebagai satu masaalah besar kepada orang melayu.

Tahukah PENAWAR, Ibrihim Ali tidak menuntut supaya Setiauasaha Agong UMNO Malaysia memohon maaf secara terbuka, cukup dengan datang berjumpa dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku dalam mesyuarat diantara parti-parti kompenan BN, kerana Ibrahim Ali juga tahu, UMNO juga kena menjaga hati rakan-rakan bangsa lain dalam BN.

Ibrahim Ali bukan seorang manusia yang 'hagas' ataupun ego dalam 'bersaing', beliau adalah seorang rakyat biasa yang 'senang berkira dan mudah basa'. Lagi pun Ibrahim Ali tahu bahawa Tengku Adnan Mansor bukan benci kepada perjuangan Ibrahim Ali.

Oleh itu, janganlah adanya NGO melayu yang cuba berlebih-lebih yang nanti rakyat akan melihat UMNO sudah tidak dihormati lagi, harga UMNO terlalu murah apabila dibandingkan dengan PERKASA dan sekiranya rakyat berpendapat demikian buat apa lagi untuk rakyat menyokong UMNO, lebih baik sokong calun-calun PERKASA yang bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Mendesak supaya Tengku Adnan Mansor meletak jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada sebuah NGO yang belum teruji kehebatannya dalam piliharaya bererti mahu memalukan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang mana perlantikan Setiausaha Agong UMNO telah dibuat oleh Presiden parti.

Kalau PENAWAR nak tunjuk hebat lebih baik alihkan target kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Ab.Razak meminta supaya memecat terus Tengku Adnan Mansor dari memegang jawatan Setiausaha Agong. Manalah tahu kalau-kalau nanti salah seorang ahli PENAWAR akan diberi tempat mengantikan tempat Tengku Adnan Mansor.

Walaupun kurang sertuju tentunya Ibrahim Ali akan tersenyum.

Monday, September 20, 2010

UMNO Dilema?


Perdana Menteri Malaysia ke 6.

MUBARAK Kedah mempertikaikan pendirian Nazri Aziz berhubung isu PERKASA dan Tun Mahathir Mohamed yang mana Nazri Aziz mensifatkan Utusan Malaysia ada agenda terhadap Tun Mahathir Mohamed. Manakala Tengku Adnan Mansor Setiausaha Agong UMNO Malaysia pusing isu tersebut 360 darjah. Dan KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO masih belum bersuara.

Nazri Aziz yang suaranya selalu lantang memberi pendapat bukannya secara suka-suka, beliau tentunya ada sebab menuduh demikian, sekurang-kurangnya beliau mahu melihat UMNO dihormati oleh kerabat-kerabat BN yang lain termasuk kompenan BN di Serawak dan di Sabah selain MCA, Gerakan dan MIC.

Nazri Aziz bukannya tak suka kepada Ibrahim Ali atau pun PERKASA, tapi nampaknya beliau lebih meletakkan kepentingan sokongan kerabat dalam BN bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti kerana Nazri Aziz sedar tanpa sokongan kuat oleh MCA,Gerakan dan MIC serta parti-parti kompenan lain di Serawak dan Sabah nasib BN belum tentu akan dapat menubuhkan kerajaan kelak.

Begitu jugalah dengan Khairy Jamaluddin(KJ), beliau sudah dapat menghidu bahawa senerio politik Malaysia akan berubah kerajaan apabila parti-parti kompenan BN tidak dapat bersatu dalam pilihanraya umum nanti. Tentunya Nazri Aziz dan KJ tidak mahu melihat BN kecundang dalam piliharaya umum nanti disebabkan UMNO hanya keseorangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Diakui atau pun tidak, PERKASA memang hebat kini, kecerdikan dan keberanian Ibrahim Ali telah meletakkan Pertubuhan Peribumi Perkasa lebih hebat dari UMNO dalam mengenengahkan isu-isu untuk kepentingan melayu tambahan pula PERKASA disokong dan didokong oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO yang dengan cara tersendirinya telah melemahkan UMNO.

Apa tidaknya, setelah Tun Mahathir Mohamed berhenti daripada menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan BN dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmade Badawi sering dikritik oleh beliau secara terang dan bersungguh-sungguh sehinggakan rakyat telah menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam piliharaya umum ke 12 lalu.

Sebenarnya dengan ujudnya PERKASA telah menjadi harapan kepada orang-orang melayu untuk bersatu mempertahankan hak-hak orang melayu semuga tidak terhakis keistimewaannya. tapi sesuaikan kepada UMNO untuk bersama PERKASA dalam arus sekarang ini yang mana kerabat BN tidak begitu suka terhadap tindakan PERKASA dalam mempertahankan hak-hak orang melayu.

Sesungguhnya perhimpunan PERKASA pada 25hb. September 2010, di Station Keretapi Pasir Mas Kelantan nanti yang mana Tun Mahathir Mohamed akan memberi Ucapan Perdana akan diketahui apa yang tersirat disebalik perhimpunan itu. Adakah PERKASA akan didaftar sebagai sebuah parti politik menjelang piliharaya umum ke13 nanti setelah ahli-ahli UMNO beramai-ramai berhijrah menjadi ahli PERKASA . Tidak mustahil bukan?.

UMNO akan kehilangan ahli apabila PERKASA didaftar sebagai sebuah parti politik dan sekiranya UMNO tidak mahu PERKASA didaftar sebagai parti politik maka UMNO kena berkorban untuk meletakkan calun-calun dalam piliharaya nanti terdiri daripada pemimpin-pemimipin daripada PERKASA, inilah agaknya yang tidak digemari oleh Nazri Aziz dan KJ.

Dengan gelagak pemimpin UMNO yang ada hari ini dan kesombongan Menteri-Menteri UMNO tidak mustahil ahli-ahli UMNO akan berhijrah meninggalkan parti UMNO sebelum menjelang piliharaya kerana orang melayu dalam UMNO sudah ada banyak pilihan untuk menyertai parti politik melayu.



Saturday, September 18, 2010

Apakah UMNO akan tunduk kepada PERKASA?

KJ tak akan mudah mengalah
Khairy Jamaluddin (KJ), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah mula diasak oleh rakan-rakan dalam parti UMNO berkenaan isu PERKASA. Kini Ibrahim Ali tidak tersisih daripada pemimpin UMNO untuk terus mempromosikan PERKASA kepada rakyat Malaysia.

KJ sebelum daripada ini telah mendapat semangat untuk terus mengerakkan Pergerakan Pemuda BN setelah dia di sokong oleh Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong UMNO Malaysia dalam isu supaya ahli-ahli UMNO menjauhkan diri daripada PERKASA.

Musuh KJ dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah bersuara berhubung isu PERKASA dengan UMNO. Dua orang yang tewas kepada KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia nampaknya semacam berpakat tidak menyokong pendapat KJ dan Setiausaha Agong UMNO Malaysia.

Khir Toyol berpendapat PERKASA lebih baik daripada Pemuda UMNO dalam memperjuangkan kepentingan bangsa melayu dan Mukhriz Mahathir pula berpendapat perjuangan PERKASA selari dengan konsep BN dan tidak pernah menjejaskan kaum lain.

Sudah nampak jelas Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir tidak sependapat dengan KJ dan Tengku Andan Mansor dalam isu PERKASA. ini boleh diperdebatkan dalam forum UMNO kerana percangahan pendapat ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej UMNO itu sendiri. Nampak jelas bebas bersuara dikalangan pemimpin UMNO tidak menguntungkan parti. Apatah lagi sekiranya pendapat itu bukan boleh menguatkan parti tapi merupakan penghinaan kepada KJ dan Tengku Adnan, ertinya menyangah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Setiausaha Agong UMNO.

Sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Tengku Adnan Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO atas arahan Presiden UMNO maka adalah teramat malang sekiranya Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir tidak diambil tindakan, dibiarkan membuat kenyataan yang boleh memalukan air muka KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Tengku Adnan Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO Malaysia, kerena nanti apabila ada arahan dari KJ dan Tg.Adnan Mansor tidak akan ada sesiapa yang akan ikut. Ini amat memerahkan UMNO nanti.

Betulkah untuk memperjuangkan nasib orang melayu, PERKASA lebih kuat daripada UMNO atau UMNO sudah semakin hilang kepercayaan oleh orang melayu, atau orang melayu yang ramai sudah tidak mahu menyokong UMNO dan PERKASA kerana mengikut kata KJ bahawa 99% ahli PERKASA adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Apa-apa pun semua kenyataan yang dibuat oleh mereka itu, KJ, Tengku Adnan Mansor, Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir adalah merugikan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. kerana Kenyataan Khir Toyo dan Mukhriz akan memberi kesan kepada undi bukan melayu untuk mengundi BN dan kenyataan KJ dan Tengku Adnan akan merugikan BN kerana orang melayu yang sokong PERKASA sudah kecil hati dengan penghinaan terhadap PERKASA kerana memang betul ahli PERKASA adalah melayu yang sokong UMNO. Orang melayu yang sokong PAS dan Keadilan Rakyat tidak menyokong PERKASA.

Mungkin ada lagi pemimpin UMNO akan bercakap soal PERKASA, ada yang sokong PERKASA dan ada yang tidak menyokong, semua itu tidak menjadi masaalah kepada Ibrahim Ali kerana Ibrahim Ali ada strategi terakhir yang masih lagi dirahsiakan kemana sebenarnya beliau mahu membawa PERKASA.

Yang pasti PERKASA akan bersama Tun Mahathir Mohamed di Station Keretapi Pasir Mas pada 25hb. September ini dengan tujuan menghimpunkan orang Kelantan yang sudah tinggi semangat perjuangan Melayu.

Friday, September 17, 2010

Khas buat peminat c-box.

Yang ku lihat,
semasa melalui jalan Kuala Krai untuk ke Kuala Lumpur, sebelum masuk jalan ke Bukit Sireh ada 3 ekor beruk sedang berbincang diatas wayer. Apa yang mereka bincang manalah kita tahu kerana mungkin itu perbincangan 'sulit'. (lihat gambar).


Yang ku dengar,

Ada penafian berita berhubung 'penguguran' nama. Siapa yang salah membuat kenyataan itu, manalah kita tahu. Utusan Malaysia kena bertanggongjawab kerana ditulis yang tidak disuruh tulis.

Kepada rakan-rakan blog yang aktif di c-box, bacalah selagi mahu membaca tulisan saya, ulaslah ikut hati dan perasaan and, saya tidak ada masaalah, bahkan saya tersenyum apabila saya dicuit, saya sukakannya. Marilah kita berpesta dengan mengeluarkan hujah yang berniat baik, bernas dan berfakta. Hanya minta saya hindirkanlah menulis bahasa kesat dan berniat tidak baik.

Apa yang saya tulis semata-mata untuk berkongsi pandangan dengan anda semua, semuga dijadikan iktibar apa yang sepatutnya anda utamakan dan saya tahu tidak semua orang sukakan saya dan tulisan saya, tapi saya tetap akan berhujah sekiranya saya belum dapat jawapan sebenar. Ingat, mungkin saya salah anda betul dan mungkin juga saya betul dan anda salah.

Thursday, September 16, 2010

JENAYAH ?

Dato' Bakri Zinin

Kegembiraan sambutan Hari Raya tahun ini diselubungi dengan 2 peristiwa yang tidak menyenangkan. Pertama kes pembunuhan Sosilawati dengan kejamnya dan gelaran 'Tuanku' Sultan Ismail dan 'Tengku' pada Raja Perempuan Kelantan digugurkan.

Hari Raya Aidil Fitri datangnya satu tahu sekali setelah umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa sebulan dalam bulan ramadham dan setiap tahun itulah umat Islam menyambut kedatangan Syawal dengan perasaan syukur, gembira dan bersukaria tak kira dari golongan mana sekalipun, sama ada dari keturunan Raja, Bangsawan, Kenamaan, Kaya atapun Miskin, semuanya mahu gembira.

Tapi malangnya, Pembunuhan kejam terhadap Sosilawati dan rakan-rakannya mencetuskan kesedihan terhadap keluarga tersebut bah juga orangramai turut bersedih, kerena orangramai tidak mahu peristiwa kejam itu terteka terhadap keluarganya.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan polis D'Raja Malaysia terutamanya kepada Dato' Bakri Zinin, Pengarah Bahagian Jenayah PDRM kerena kecekapan kakitangannya sehingga dapat menangkap penjenayah terancang itu dan beserta dapat juga menyelesaikan kes-kes jenayah yang terdahulu sekiranya benar kehilangan beberapa individu ada bersangkut paut dengan pembunuh bersiri itu.

Sanak saudara mangsa bunuh termasuk keluarga Sosilawati tentunya tidak dapat menerima berita kematian itu dengan perasaan terbuka kerana kematian itu dengan cara yang tidak terduga, dibunuh dan mayatnya tidak dijumpai. Sekali lagi pihak polis patut diberi kepujian kerana dengan peralatan yang canggih mayat mangsa dapat ditemui walaupun sudah menjadi 'abu dan dihanyutkan disungai'.

Begitu juga dengan kesedihan dikalangan kerabat dan rakyat yang sayangkan kepada Sultan Ismail Petra, Kegembira Hari Raya dikejutkan dengan peristiwa hitam dan akan dicatitkan dalam sejarah Kesultanan Negeri Kelantan apabila Gelaran 'Tuanku' digugurkan dan begitu juga kepada Tengku Anis.

Dalam kedua-dua peristiwa ini, kesedihanya berbeza, Pada Sosilawti kita tidak nampak kesedihannya kerana dia telah pun sudah mati, tapi kita akan dapat melihat kesedihan yang dialami kepada orang yang masih hidup.

Sekiranya peristiwa tersebut kena kepada diri kita yang tanpa kerelaan. Bagaimana rasanya?

Tahniah kepada Polis D'Raja Malaysia, walau pun masih banyak perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan lagi tapi kadar jenayah dapat dikurangkan. Hanya yang membimbangkan terdapat segelintir anggota polis yang menjalankan tugas kerana desakan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.





Wednesday, September 15, 2010

Yang Mana hendak dipakai......

Hari ini telah masuk episod kedua dalam bab Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan, percanggahan pentafsiran mengikut undang-undang telah pun berkumandang, Seorang Peguam yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Dato' Sukri Mohamed mengatakan seperti yang ditulis dalam Malaysia Kini dibawah dan Seorang Pakar Perlembagaan.

Adalah diharap 'Kemelut Istana Kelantan' dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Oleh itu diharap tidak ada perkara yang tersirat dalam keghairahan orang yang meminta pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan majlis Pemasyhuran itu.

Di Kuala Lumpur , pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 63, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, sebarang kekeliruan tentang pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan boleh diperjelaskan di bawah Mahkamah Persekutuan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Perkara 63 menyebut Sultan Kelantan boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika sebarang keraguan ditimbulkan akibat salah tafsir berkenaan Perlembagaan Kerajaan Kelantan".

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan - Malaysiakini

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan - Malaysiakini: "Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah."

Tuesday, September 14, 2010

Mengikuti Perkembangan

Kenyataan Akhbar Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan adalah disedut untuk diulas selepas 15hb. September 2010 ini. Anda berpeluang mengikuti perkembangan mutakhir berhubung dengan 'Kemelut Istana Kelantan' yang sudah dikatakan krisis selesai oleh akhbar sinar harian, sedangkan hakikatnya "selesai pada orang yang tak tahu, tapi belum selesai pada orang yang tahu". Apa maksudnya anda bolehlah mengikuti lapuran akhbar yang dipetik dari kenyataan YAM Tengku Marjam Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Kekanda sulung kepada KDYMM Sultan Ismail Petra.

Saya teramat bersetuju dengan saranan YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan supaya isu PEMASYHURAN tidak dijadikan berita sensasi yang bermaksud 'rumah siap pahat tak usah lagi berbunyi'. Tapi oleh kerana ada kes-kes yang belum diputuskan diMahkamah, maka adalah perlu semua rakyat bertenang dan tunggulah keputusan muktamatnya.

Topiknya" 23A Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya. Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak' untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat dibawah bahagian ini.

Untuk pengatahuan semua, Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah merupakan peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai 2010 iaitu setelah Majlis Penasihat Raja yang bersidang pada 18 hb Julai 2010 telah menyembah nasihat ke hadapan YMM Pemangku Raja supaya menitahkan di bawah perkara 3 (2) meminda Bahagian Yang Kedua kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan melalui Perwawai.

Ingat, melalui PERWAWAI.

Ambil Perhatian

Monday, September 13, 2010

Ingat Pesan Ibu.


Hari ini 12hb. September awal-awal pagi keluar rumah bersama Isteri dan anak-anak menuju ke Golok Thailand dan terus kebandar YALA bagi mengiringi anak saudara yang sudi berkahwin dengan gadis melayu di YALA Thailand.

Pulang sampai dirumah jam 7.15malam, mandi, sembahyang dan berihat kerana ada temu janji disebuah hotel di Kota Bharu. Ramai orang Kelantan yang bekerja diluar berhimpum disitu dan macam-macam cerita dapat didengar, politik, NGO, rumah terbuka dan macam-macam lagilah... kadang-kadang serabut mendengarkannya.

Di YALA panas, di Kota Bharu pun panas juga. Di YALA panas kerana ada kumpulan yang tidak sokong Kerajaan manakala di Kota Bharu panas kerana ramai pakar undang-undang. Rata-rata orang bercakap pasal Perlembagaan Negeri Kelantan, ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh. Itu semua kenalah serahkan kepada Mahkamah memutuskan. Cerita ini keluar kerana ada berita didalam akhbar menyentuh kemelut Istana Kelantan.

Rakyat semakin hari semakin binggong mengenangkan nasib malang kerana nak makan dan minum pun susah, tapi ada orang yang senang apabila dapat melihat satu keluarga menjadi huruhara. Siapa yang sanggup jadi pembela Bangsa dan Negara, Kedaulatan Undang-Undang dan mempertahahkan perlembagaan Negara, kalau tidak kita sebagai rakyatnya.

Dimana para ilmuan, dimana para alim ulama, dimana bijak pandai anak bangsa yang telah kita lahirkan sejak ujudnya bumi ini. Dan masih berkiblat kepada Kaabah kah kita, setelah berlaku didepan mata semacam negeri akan ditelan geruda. Namapaknya para ilmuan,alim ulama kita meletakkan jari kedalam mata.

Bangkitlah, bersatu kerana dengan bersatu akan kita maju, jauhkan perpecahan kerana perpecahan akan membawa kepada kehancuran, sayangkanlah kepada kedamaian kerana dengan perdamaian kita akan mengecap kebahagian.


Dengarlah nasihat ibuku:

JANGAN ANAKKU DERHAKA

PADA IBUMU YANG TUA

MATILAH MASUK NERAKA

HUKUMAN TUHAN YANG MAHA KUASA.


Alfatihan untuk Ibu Kesayanganku.


Thursday, September 9, 2010

untuk semua

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI

Haji Mohd Soberi Shafii & Hajjah Mahani Abd. Ghani.

Untuk para sahabat-sahabat, walaupun kita tidak sempat bertemu dan zairah, percayalah ingatan saya terhadap anda, WALAUPUN JAUH DIMATA TAPI DEKAT DIHATI, semuga anda semua berbahagia dihari yang mulia.

Wednesday, September 8, 2010

Jangan dengar sebelah pihak.

KDYMM Tuanku Ismail Petra, Sultan Kelantan Darul Naim.

Hari ini (Rabu 8hb. Sept), Majlis Raja-Raja telah menetapkan supaya dilihat 'anak bulan' untuk menentukan sama ada besok (khamis) berhariraya ataupun hari jumaat umat Islam diMalaysia akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Kepada semua yang melihat Blog ini. newkk.blogspot.com saya ingin mengucapkan 'SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI' mohon maaf sekiranya sepanjang saya menulis ada yang tak sedap hati.

Terutama rakyat Kelantan yang telah dan akan pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, semuga berhati-hati dijalanraya dengan harapan selamat sampai untuk berhariraya bersama sanak saudara dan keluarga dalam keadaan riang

Juga kena berhati-hati dengan isu-isu di Kelantan supaya tidak termakan dengan berita rekaan dan fitnah sehingga kita akan membuat keputusan yang salah. Sama ada isu politik kepertian, isu kemelut Istana, Isu pembangunan, isu pembalakan, isu jenayah dan sebagainya, kerana silap kita menerima berita silap pula pengatahuan kita yang mengakibatkan kita menyampaikan dalam bentuk yang salah.

Kerajaan Negeri Kelantan telah lama ditadbir oleh YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, kerana parti PAS menang mejoriti yang mana parti BN hanya seperti ada nyawa ikan saja, tentunya dalam kesempatan rakyat Kelantan dari perantau pulang berbagai-bagai aktiviti oleh parti PAS dan UMNO akan dianjurkan, itu semua adalah untuk memikat hati pengundi rakyat Kelantan yang pulang berhariraya supaya dalam pilihanraya nanti parti-parti politik mengharapkan mendapat sokongan daripada mereka.

Kerana kepada PAS dan BN, rakyat atau pengundi luar dari kelantanlah yang akan menentukan kemenangan mana-mana parti dan akan dapat membentuk kerajaan. Pada pilihanraya 2008 ternyata pengundi yang berada diluar telah memberi kemenangan kepada PAS, walaupun BN telah berusaha dengan 'menghabiskan wang' begitu banyak melalui 'BROKER POLITI PITIH' yang bergelar Prof telah "SONGLAP" peruntukan tersebut.

Dan orang itu telah mula mengintai peluang sekarang ini, kerana 25bulan adalah masa yang tidak lama untuk menanti piliharaya ke 13 nanti. mana tahu kalau pemimpin BN masih buta mata dan buta hati lalu melantik dia lagi sebagai broker pengundi luar. Saudara Tarmizi Che Ahmad boleh menceritakan, siapakah orang yang dimaksudkan itu.

Begitu juga dengan isu polis UTK hijeck kenderaan KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra dengan mengunakan senjatapi lebih kurang 50 meter diluar Istana Mahkota, apa motif dan kenapa dilakukan keatas seorang Sultan yang disayangi rakyat. Isu ini juga kena diselidiki betul-betul supaya cerita yang didapati adalah benar. Mendengar cerita daripada Halim Hamat belum tentu ada kebenarannya.

Isu Kerajaan negeri tidak banyak yang diperdebatkan kerana sehingga kini rata-rata rakyat senang dengan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz, walaupun Kelantan tidak banyak berubah, rakyat senang dengan PAS bukan kerana PAS itu bagus sangat tapi UMNO dan BN dilihat lebih tidak bagus daripada PAS terutama dikalangan pemimpin UMNO. Itu isu yang sebenarnya kenapa rakyat masih tidak ramai berpihak kepada UMNO/BN di kelantan.

Yang saya nak tanya kepada Tok Guru Nik Aziz dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Kelantan, sempena menyambut HariRaya AidilFitri tahun ini, sudahkan mereka itu telah MENGHADAP KEBAWAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KELANTAN DAN RAJA PEREMPUAN KELANTAN, bagi melahirkan sikap KERAJAAN NEGERI yang masih bersultankan kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Kerana kepada saya, Perlembagaan Negeri Kelantan masih belum diubah.

Tuesday, September 7, 2010

Tindakan terhadap Musa Hassan?

Hishamuddin betul.
aksi polis semasa mengepong kenderaan Di'Raja. Didalamnya ada KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra dan DYMM Raja Perempuan Kelantan.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.
"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.
Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.
Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.


Cuba kita amati, kenyataan Musa Hassan diatas yang ditulis oleh Utusan Malaysia, pada 7hb. Sept.2010 yang dengan jelas melahirkan saya tersinggong beliau apabila tidak dimaklumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri semasa mengumumkan bahawa jawatan Ketua Polis Negera akan diganti oleh Timbalan Ketua Polis Negeri setelah tempoh kontrek Musa Hassan tidak akan disambung selepas 12hb. Sept. 2010.

Yang peliknya, kenapa Musa Hassan pertikaikan pengumuman yang dibuat oleh KDN, sedangkan beliau sendiri dah tahu bahawa kontrek beliau sebagai Ketua Polis Negara akan tempat pada 12hb. Sept 2010, nak bagi tahu apa lagi, betul dah Hishamuddin Tun Husein, umumkan itu, sekurang-kurangnya Musa Hassan boleh bercuti awal sikit

Dan juga Musa Hassan kata pihak PDRM selalu menerima tekanan dari orang politik dan orang tertentu, apa maksudnya itu. dalam bab mana beliau ditekan. Sekiranya beliau membiarkan pihak anggota dibawahnya melakukan perkara yang mengaibkan PDRM maka adalah wajar pihak-pihak tertentu yang ingin melihat imej polis bersih menegur perjalanan PDRM supaya tidak menjadikan negara ini seperti negara polis.

Contohnya, apa yang dilakukan oleh anggota UTK PDRM terhadap Kedaulatan KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan Darul Naim baru lalu, yang mana kenderaan Tuanku dikepong dan dihala mucung senjata kearah Tuanku oleh UTK PDRM, kerana perbuatan itu memalukan seluruh imej polis dan memalukan Kerajaan dan Majlis Raja-Raja Melayu yang mana nampak jelas pihak polis D'Raja tidak menghormati Kedaulatan Raja-Raja dan tidak mematuhi Perlembagaan Negara. Itulah perlunya Musa Hassan dipertanggongjawab dan eloklah beliau tidak disambung supaya pihak Kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap beliau.

Oleh itu campurtangan orang politik dan orang-orang tertentu bagi mempertahankan marwah Polis Di'Raja Malaysia, Kerajaan Malaysia, Kedaulatan Raja-Raja dan Keangungan Majlis-Raja-Raja Melayu adalah betul dan harus dipertahankan.

Pihak POLIS adalah diminta membuka kertas siasatan berhubung dengan tidakan pasukan UTK terhadap KDYMM Sultan Kelantan bagi membersihkan nama baik polis supaya rakyat tidak memikirkan dan menaruh buruk sangka terhadap kewibawaan pasukan polis Di'Raja kita.

Tindakan Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengumumkan bahawa Musa Hassan tidak disambung kontrek sebagai Katua Polis Negara adalah dialu-alukan kerana dengan pengumuman itu kegelisahan rakyat dan anggota polis dapat dibendongkan dan dengan sendiri melenyapkan kegelisahan orangramai terhadap kerakusan pihak polis dibawah pentadbiran Musa Hassan.

Kita nanti tunggu komen daripada Dato' Ramli Yusoff yang telah dibebaskan dari tuduhan rasuah, yang satu ketika dulu diura-urakan akan menjadi peneraju dalam pasukan polis Di'raja Malaysia.

Ezam Md.Noor tentu tahu perangai Musa Hassan.

Monday, September 6, 2010

Aduh...sedihnya.

KEDAULATAN RAJA-RAJA (SULTAN). Kepada siapa hendak diharapkan lagi?



klip dibawah ini, baca jangan tak baca dan fikirlah sendiri.

Sunday, September 5, 2010

Siapa benar?

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim menafikan mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media semalam bahawa pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".Beliau menjelaskan sehingga ini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000."Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Beliau berkata siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka. (berita dari malaysiakini).

Kenapa jadi begini, apa perlu sangat hendak dihebohkan siapa dapat dan beli no plat kereta daripada JPJ, Kan sejak lama dulu lagi untuk mendapat no plat kereta yang bagus mesti melalui sistem tendar terbuka. Dari mana agaknya akhbar The New Straits Times dapat berita yang dinafikan oleh Pengarah Jabatan Pengakutan Jalan Kelantan itu.

Dan tidak menasabah untuk mendapat nombor plat "DBQ 1" harganya sampai RM145.000, itu dah dapat sebuah rumah teres kelas A dan kalau rumah untuk rakyat miskin dah dapat 4 biji. Sungguh tidak menasabah.

Tapi kalau RM25,000 itu, boleh dipercaya.

Saturday, September 4, 2010

Salam Tok Pa', 'lama tak jumpa'. Sibuk ke?

YB.Dato' Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.


Saya merasa 'gah' apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Mustpaha Mohamed telah meletakkan perjuangan UMNO kini diatas landasan yang betul apabila beliau mengatakan:-

Pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya."Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat pejabat pelajaran Pasir Puteh, di Pasir Puteh malam semalam.

Dengan kenyataan beliau itu tentunya, UMNO Negeri Kelantan terutamanya telah bersedia dan akan terus digerakkan bagi mencapai cita-cita ahlinya untuk melihat Negeri Cik Siti Wan Kembang akan dikuasai oleh UMNO pada Pilihanraya umum ke13 nanti.

Terutama bagi menambah memenangi kerusi Parlimen yang kini hanya terdapat dua kerusi saja iaitu Parlimen Jeli (Dato' Mustapha Mohamed) dan Parlimen Gua Musang (YBM Tengku Razaleigh Hamzah) untuk dihadiahkan kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi mempastikan Kerajaan BN akan memperolehi mejoriti 2/3 di Parlimen kelak.

Tapi adakah ucapan Dato' Mustapha Mohamed itu akan menjadi kenyataan apabila pilihanraya diadakan nanti?. Itulah persoalan yang akan didebatkan oleh seluruh rakyat negeri Kelantan terutamanya ahli-ahli UMNO dan pengundi yang tidak berparti.

Saya yang tiap-tiap minggu turun kebawah akar umbi telah memerhati disetiap Parlimen di Kelantan belum pun mendapat jawapan yang boleh membanggakan bagi UMNO untuk menumbangkan kerajaan PAS apatah lagi bagi menambah kerusi Parlimen, kerana disetiap UMNO Bahagian masih terdapat secara serius pertelingkah diantara pemimpin UMNO Bahagian yang tentu ditahap membimbangkan.

Sebagai contoh, Parlimen Gua Musang akan jatuh ketangan pembangkang sekiranya dalam pilihanraya umum akan datang YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak campur tangan apabila beliau tidak lagi dinamakan sebagai calun BN. Dan buat apa beliau bertanding dan menang sebagai ahli parlimen sedangkan peranan tidak kemana, dan tak mungkin YBM Tengku Razaleigh Hamzagh mahu menjadi wakil rakyat hanya sekadar menerima elaun. tak mungkin.

Begitu juga dikawasan Parlimen yang dulunya dikuasai UMNO, seperti Pasir Puteh dan Kuala Krai, sehingga kini tidak nampak siapa dikalangan UMNO yang boleh ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat disitu tergila-gila mahukan orang itu sebagai wakil rakyat, orang yang mewakili UMNO. Jawabnya tidak ada. Kenapa? kerana UMNO sendiri gagal melahirkan seorang yang benar-benar boleh membantu rakyat secara terus kepada rakyat.

Sedangkan itu semua boleh dilakukan sekiranya pemimpin UMNO sama ada diperingkat negeri ataupun pusat mahu. Sayangnya sehingga hari ini belum pun berlaku, tak tahulah mungkin selepas Hariraya AidilFitri nanti ada sususan baru dan gerakan khas akan dilakukan oleh UMNO Negeri Kelantan.

Kalau tengok ke riak tu, UMNO Kelantan tidak dapat berfungi secara menyeluruh kini kerana masaalah setiausaha Kerja UMNO negeri pun tidak dapat diselesaikan, kerana penyingkiran Sdr Mohd Yassin pun bukan kerana prestasi kerja tapi kerana digambarkan terlalu 'bijak'. Jadi nampaknya dalam UMNO tak boleh ada orang bijik lebih daripada Ketua UMNO Bahagian?.

Eh..eh..eh, bagaimana hasrat Dato' Mustapha Mohamed akan jadi kenyataan, sedangkan jalan untuk memenangi kerusi Parlimen dan DUN masih ada tapi cadangan yang membina yang boleh menjurus kepada kemenangan tidak mahu dipakai.

Maka berbahagialah PAS dan PKR di Kelantan.

Friday, September 3, 2010

LOKMAN ADAM

cerita pasal Ezam Md.Noor

Lokman Adam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO malaysia.

Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.

Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.

Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Thursday, September 2, 2010

'Anugerah Khas' Kepada Ketua UMNO Bahagian !

Sebulan dalam bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti kebajikan diadakan, terutamanya penyampaian zakat, kepada fakir miskin dan anak-anak yatim piatu yang dianjurkan oleh badan badan amal, NGO dan juga parti-parti politik.

UMNO tentunya melipat gandakan aktiviti kebajikan dengan berbagai-bagai cara, disamping menyampaikan bantuan wang kepada orang miskin yang terpilih, ada juga dianjurkan majlis berbuka puasa dimadrasah atau pun masjid tidak ketinggalan juga majlis 'makan colek' dengan pemimpin Bahagian.

Umat Islam diseluruh pelusuk tanahair tidak ketinggalan menunaikan solat sunat Terawih, sama ada dimadrasah ataupun dimasjid dan para jemaah akan merasa bangga sekiranya dimadrasah atau pun masjid tersebut dihadiri sama oleh pemimpin, tak kiralah dari parti UMNO, PAS atau PKR. Suasana ditempat itu dikira meriah.

Oleh itu adalah dicadangkan kepada UMNO Malaysia, sempena dengan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia pada Oktober 2010 nanti satu 'Anugerah Khas' diberi kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang mana didapati Ketua UMNO Bahagian yang paling banyak bersembahyang sunat Terawih didalam kawasannya sama ada dimadrasah atau pun dimasjid akan menerimanya.

Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengambil tahu berapa kerapkah seseorang Ketua UMNO Bahagian turun ke madrasah atau pun ke masjid dalam Bahagian masing-masing didalam bulan ramadhan ini. Dan juga untuk peringatan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian supaya meluangkan masa bersama rakyat dikawasan masing-masing didalam bulan yang mulia.

Lepas sembahyang sunat terawih, Ketua Bahagian bolehlah beramah mesra dengan rakyat untuk mendengar masaalah setempat dan juga dapat menyampaikan amanat kepada rakyat supaya terus menyokong kerajaan dan mengupas isu-isu semasa supaya rakyat dapat penjelasan yang betul dalam suasana kekeluargaan.

Disini kita UMNO dapat tahu, yang mana Ketua Bahagian yang rajin turun ke madrasah atau pun ke masjid dan yang mana pula Ketua UMNO Bahagian yang paling malas. Jangan marah.

Wednesday, September 1, 2010

Sanggupkah Dolah dan Mat Zin berkorban?

Abdullah Mat Yassin (Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang) mangsa permainan politik orang atas.

Satu lagi UMNO Kelantan dapat memberi sumbangan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib dengan menghadiahkan Perlimen Rantau Panjang dalam PRU ke 13 nanti, ekoran perang saudara diantara kumpulan Abdullah Mat Yassin dan Mat zain, selesai dengan cara baik.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli UMNO Rantau Panjang, setelah krisis ini selesai dapatlah ahli-ahli parti membulatkan tekad bagi bekerja untuk memberi kemenangan kepada parti dalam pilihanraya umum nanti.

Semuga dengan penyelesaian ini tidak ada sesiapa yang disisih, semuanya ada peranan dan tugas. Masing-masing perlu hadap kepada PAS bagi menjamin BN dapat tawan semula kerusi Parlimen dan DUN Bukit Tuku serta Dun Gual Periok, biarlah DUN Meranti kekal ditangan Dato' Nasaruddin Speaker tidak menjadi masaalah kerana DUN tersebut tradisi PAS.

Yang tinggal lagi, kesesuaian calun bertanding yang perlu UMNO beri perhatian, rakyat Rantau Panjang juga sedang mematau siapakah yang akan mereka pilih untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat nanti. Tak kena pilih calun maka parti itu akan ditolak dalam pilihanraya umum. Oleh itu UMNO kena berhati-hati dalam memilih calun untuk bertanding kelak.

Muka-muka yang sudah ditolak dalam piliharaya lalu hendaklah direhatkan sebagai calun, berilah muka baru yang sebulu dengan kehendak rakyat, yang tersisih dari krisis, yang tidak terlibat dalam skandal dan penyiasatan rasuah. Ramai lagi yang ada dan berpontasi jadi wakil rakyat dikalangan UMNO.

Kalau perlu bawa balik anak tempatan yang berada di Kuala Lumpur yang dekat dengan rakyat walaupun tidak ada jawatan penting dalam parti, hatta orang yang sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO Bahagian Rantau Panjang secara langsung ataupun tidak langsung. Yang perlunya UMNO pasti menang.

Sekiranya gambar yang sama, cerita yang sama, penjual kacang butir yang sama dijaja seperti menjaja wayang gambar publik lesen pada zaman dulu maka UMNO tak usah mimpi mahu menang dalam pilihanraya nanti kerana watak-watak 2008 akan menjelma kembali yang akan mempastikan tokoh yang mereka sudah tolak tidak akan ada tempat di Parlimen ataupun DUN.

Kita jangan mudah bertepuk tangan dengan pengistihar yang dibuat oleh Abdullah Mat Yassin dan Mat Zin kelmarin, tapi yang perlu diberi perhatian apakah mereka yang terlibat dalam krisis UMNO Rantau Panjang itu berlapang dada sekiranya mereka tidak dipilih sebagai calun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sekiranya mereka ikhlas, dari sekarang mereka boleh berkata, "yang pentingnya bukan saya tapi parti oleh itu saya tidak akan menerima tawaran sebagai calun dalam puiliharaya umum nanti". Itulah perjuangan dan pengorbanan kepada parti namanya.

Jangan hantar Ezam Md.Nor jadi calun diRP sudahlah.