Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia - PAS dan UMNO ambil kesempatan


30hb. Oktober 2010 satu lagi sejarah akan dicatit oleh Pasukan Bolasepak Kelantan (KAFA) apabila bertemu diperingkat akhir Piala Malaysia. Tahun lepas Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 3 - 1 dan hari ini bolehkah Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan dan di nobatkan sebagai JUARA PIALA MALAYSIA.

Perlawanan akhir ini menyaksikan dua perkara yang dipercakapkan oleh peminat-peminat bolasepak khasnya rakyat kelantan yang ingin memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kelantan.

Pertama isu jualan tiket yang tak sampai satu jam habis dijual dan berleluasa perjualan tiket secara 'black market' di Kelantan dan disekitar Kuala Lumpur yang mana tiket terbuka berharga RM30.00 dijual sehingga RM70.00 sekeping manakalan tiket Pentas Utama yang berharga RM50.00 pula di jual sehingga RM150.00.

Kedua isu pengundi di DUN Galas, penyokong bolasepak didalam DUN Galas dibekalkan tiketpercuma dan kenderaan percuma oleh kedua-dua pihak. UMNO dan PAS mengambil kesempatan untuk menzahirkan kemurahan hati masing-masing untuk memikat pengundi di DUN Galas melalui membekalkan tiket bolasepak dan kenderaan secara percuma dan mungkin juga memberi wang poket untuk makan dan minum.

Oleh kerana minat dan untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Kelantan mereka itu tidak kisah walaupun terpaksa membeli tiket secara 'black market' dengan harga yang mahal walaupun hatinya sakit.

Dan pengundi di DUN Galas pula tidak kisah parti mana yang bekalkan tiket dan kenderaan percuma mereka itu sanggup terima asalkan dapat datang menuntun bolasepak tapi soal undi mereka belum membuat keputusan dan tentunya dalam perjalanan pulang nanti kempen bisik-bisik akan berlaku dikalangan peminat bolasepak.

Sebagai rakyat Kelantan, hari ini kita mahu melihat Kelantan menang dan tidak ada perkara yang buruk berlaku. Agak saya kelantan menang 3 - 2. KELANTAN MENANG.

Wednesday, October 27, 2010

Kempen pilihanraya kecil DUN Galas.




Startegi apa ini.













T-Shirt begini terdapat di kawasan pilihanraya kecil di DUN Galas , dipakai oleh anak-anak muda yang berada dipos-pos BN. Hanya perkataan "AMBO NOK PARTI KU LI" tertera didepan t-shirat dan taka ada lambang atau logo parti. Apakah di Galas ada parti peribadi tokoh selain parti BN dan PAS. Entahlah.....UMNO, apa dah nak jadi?.

DUN Galas: Jentera BN Lesu.

Lesu di Perhimpunan Agung UMNO membawa kepada lesunya semasa berada di GALAS Gua musang dihari penamaan calun pada 26hb. Oktober 2010 kelmarin. Menunggu untuk masuk ke Pejabat Jajahan Gua Musang dimana tempat pengistihran Calun yang layak bertanding lagi memenatkan. Setengah jam baru lah barisan penyokong PAS yang berarak ke Pejabat Jajahan baru reda itu pun ramai lagi yang tidak ikut serta berarak.

Kehilangan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya BN di DUN Galas selepas perarakan calun BN dan tidak kelihatan kelibat didewan tempat menunggu menjadi tandatanya pihak-pihak dalam BN. Dimana Ku LI? kenapa Ku Li tidak mahu masuk? dan tentunya banyak tukang-tukang pentafsir.

Disamping itu banyak lagi isu-isu yang menjadi persoalan kepada BN di DUN Galas sebelum dapat mengalas kerusi tersebut atau digalas orang diantaranya:-

1. Mampukah BN mengajak pengundi CINA supaya undi BN, walaupun masyarakat Cina dilihat menyokong Ku Li kerana pengundi Cina jua sokong Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan masyarakat Cina ada kepentingan dengan Kerajaan Kelantan terutamanya soal Tanah dan Balak.

2. Betulkah pengundi orang ASLI akan memberi undi kepada BN kerana dikepung oleh JHWOA kerana orang Asli terdahulu daripada ini cukup selesa dengan pemberian oleh Kerajaan PAS terutamanya 'garan tanah dan eluan-elaun khas' sedangkan bantuan 'ajaib' yang diberi oleh BN kepada mereka setelah berlaku pilihanraya kecil.

3. Projek Perumahan Rakyat bernilai RM180 juta yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang akan dibina diatas tanah milik KESEDAR di DUN Galas nampaknya tidak merubah sikap pengundi-pengundi di situ untuk terus berpihak kepada BN kerana rakyat juga sudah 'pening' kerana terdahulu daripada itu Dato' Mustapha Mohamed kata tidak akan ada projek pembangunan kerajaan akan diumumkan bagi menarik pengundi sedangkan Tan Sri Muhyidden Yassin datang ke Galas umum projek semasa nak berlangsungnya pilihanraya kecil.Rakyat Galas terasa mereka sedang ditawar gula-gula seperti budak-budak berhingus.

4. Sumbangan dan tawaran 1000 keping tiket bolasepak bagi menuntun perlawanan akhir bolasepak piala malaysia diantara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil pada 30hb. Oktober nanti kepada khasnya pengundi-pengundi didalam DUN Galas dan menyediakan 40buah Bas, bolehkan menjamin 1000 undi sudah tentu memangkah BN didalam pilihanraya kecil nanti.

Banyak lagi isu-isu yang perlu diselesaikan oleh BN bagi menjamin kemenangan BN di DUN Galas kerana berkemungkinan PAS akan menang dengan mejoreti yang lebih besar lagi pada kali ini. Sekiranya diukur dengan semangat dan gerak kerja teratur berada dipihak PAS hari ini masih sukar bagi pihak BN untuk menang di DUN Galas.

Saturday, October 23, 2010

*Usul Ekonomi tidak membela malayu?


Kelmarin- Persidangan Agung UMNO diselamatkan oleh gelagak Dato' Badaruddin, Pengerusi tetap apabila perbahasan usul ekonomi oleh wakil tiap-tiap negeri agak malap dan membosankan tidak seperti tahun-tahun sebelum daripada ini.

Kebosanan para perwakilan dan 'mengantuk' dapat diubati dengan gelagak pengerusi tetap apabila pengerusi tetap bercakap dalam bahasa 'cina'. Entah apa maksudnya percakapan beliau itu para perwakilan tidak faham dan beliau sendiri pun, boleh jadi tidak faham apa yang beliau cakap itu hanya nampak beliau membaca tulisan dikertas, itu pun belum tentu dikertas itu ada tulisan.

Walau bagaimana pun pujian harus diberi kepada Dato' Badaruddin kerana dengan gelagaknya itu boleh membuat perwakilan hilang 'mengantuk' dan membosankan sekurang-kurangnya dapat mengelak wakil perhubungan negeri di 'boo' oleh perwakilan. Perbahasan usul ekonomi tidak bermaya langsung kerana kebanyakan wakil negeri membaca text dan tidak diselit dengan nada yang boleh menyentuh hati dan buluroma perwakilan.

Hanya satu cadangan yang boleh diambil kira apabila ada wakil negeri yang berucap mensarankan supaya bagi merangsangkan ekonomi negara kerajaan hendaklah meluluskan lebih banyak pembukaan kilang-kilang. Betul itu, tapi sekiranya kilang dibuka tentunya mahu pakai pekerja sedangkan sekarang ini pun tenaga kerja sudah tidak mencukupi, apatah lagi mahu membuka kilang-kilang baru.

Rakyat Malaysia sudah tidak pandang lagi untuk bekerja dikilang-kilang, sudah tidak berminat untuk menjadi 'minah kilang ataupun mat kilang' kerana gajinya tidak sepadan dengan kelulusan yang mereka itu ada, kerana gajinya murah. Hanya ada satu cara saja yang boleh menyelamatkan supaya kilang yang ada tidak ditutup dan yang baru dapat dibuka sekiranya kerajaan membenarkan warga asing datang bekerja sebagai boroh ataupun pekerja am disini.

Memang sekarang ini pun kerajaan telah membenarkan warga asing datang bekerja di Malaysia tapi tidak mengcukupi, tidak cukup kerana dasar kerajaan berubah-ubah. dasar di Kemenetrian Dalam Negeri berhubung dengan pengambilan boroh asing dibuat seperti air bah. Ertinya dasar di KDN Bahagian Boroh Asing dibuat mengikut selera Menteri.

Menteri dulu beri kelulusan, Kerajaan kutip wang levi berjuta-juta ringgit dan apabila datang Menteri baru kemasukan boroh tertentu dibekukan walau pun dah beri kelulusan dan wang levi diambil. Apabila Menteri bertukar lagi ada pula dasar baru iaitu diharamkan kemasukan warga negara asing yang tidak negara sumber. Maka rugilah orang yang terlibat dalam perniagaan membekalkan boroh asing berjuta-juta.

Yang ruginya peniaga melayu, tapi dalam perhimpunan Agung UMNO masing-masing bercakap hendak membantu peniaga melayu dan hendak memertabatkan peniaga melayu sedangkan dalam masa yang sama menteri melayu lebih rela melihat peniaga melayu 'mampus' menanggong hutang kerana dasar diubah-ubah yang dibuat oleh menteri melayu.

Kalau orang melayu nak berniaga betul, macam-macam alasan diberi, sosial problem lah, lebihan tenaga kerja lah, mengugat keselamatan negara lah tapi sekiranya ada cadangan daripada mereka yang tidak mahu berniaga tapi ingin mendapat keuntungan kerana dapat 'kouta' dan menjualkan kepada ejen-ejen haram, maka yang itulah yang diberi keutamaan. Apatah lagi sekiranya cadangan itu datang dari 'Ah Siong atau pun Latuk Lau'.

Kerajaan BN didokong oleh UMNO, yang berniaga adalah ahli UMNO, Perhimpunan Agung UMNO bertepik nak sokong melayu terutamanya melayu UMNO. Tapi apabila melayu ahli UMNO nak minta tolong untuk mengelak dari kerugian perniagaan, Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Menteri Dalam Negeri Malayu dan Pengerusi Perhubungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu parti orang melayu, tidak mahu melayan untuk menolong.

Sekiranya, peristiwa sedih ini berlaku terhadap anda, bagaimana?.

Friday, October 22, 2010

Alwi 'anak mas' Tok Pa?

Alwi Che Mat, Jurucakap Kelantan. Ucapannya bagus tapi.....

Saya tidak faham dengan UMNO Kelantan, seperti sudah tidak ada orang lain yang boleh diberi tugas untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO. Saya sudah membuat saranan supaya pembahas usul tahun ini dipilih dikalangan perwakilan yang tidak menjadi pemimpin UMNO Bahagian. Supaya pembahas itu boleh memberi hujah dengan telus untuk menegur pemimpin yang diatas.

Sekiranya dipilih dikalangan pemimpin UMNO Bahagian walaupun membuat teguran kadang-kadang menjadi 'menempuk air didulang' kerana teguran yang dibuat terhadap pucuk pimpinan itu, itulah amalan sebenar jurucakap itu. Jadi perhimpunan Agung UMNO tidak dapat membuahkan hasil yang benar-benar boleh membantu bagi memperkukuhkan parti.

Dikalangan pemimpin UMNO Kelantan sehingga kini tidak ada seorang pun yang boleh bercakap dalam isu perpaduan, sedangkan perpaduanlah asas utama bagi memperkuatkan parti menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti kerana semua bahagian berhadapan dengan masaalah perpaduan. Sudah teramat teruk perpaduan dikalangan pemimpin UMNO Bahagian di Kelantan dan gejala ini tidak memungkinkan UMNO boleh tawan Kelantan.

Oleh sebab itu, Dato' Mustapha Mohammad tidak meletakkan agenda utama untuk merampas kelantan dari PAS, beliau hanya akan mempastikan Parlimen Jeli berada dalan 'zon selamat' dan memangnya agenda Tok Pa di Jeli itu menjadi. Kerusi Parliem Jeli selamat untuk Tok Pa sekiranya perpecahan dikalangan mereka tidak menjadi arus yang tsumani

Tidak seperti di Bahagian Ketereh, Api dalam Sekam, Gunting dalam Lipatan telah menjadi semakin galak kepada mereka yang sudah tidak suka kepada Tan Sri Anuar Musa, mahu Anuar Musa lepaskan jawatan Ketua Bahagian dengan berbisik-bisik dengan membiarkan dikalangan jawatankuasa Bahagian kritik Anuar Musa secara terbuka di kedai-kedai kopi "station" tempat minum.

Ahli UMNO diperingkat akar umbi mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya, mereka sanggup perhabiskan gula dan beras bagi menjamu orang kampung untuk menyokong UMNO dan ada yang luka dada kerana memanjat pokok kelapa bagi menaikkan bendera BN dipucak pokok, bersemangatnya ahli akar umbi untuk melihat BN/UMNO menang dalam pilihanraya.

Tapi pucuk pimpinan tidak berbuat demikian, mahu menang tapi ikut acuan sendiri tidak mahu ikut apa kehendak akar umbi akibatnya BN kalah dalam pilihanaraya kepada calun pembangkang yang tidak populor. Cara Tok Pa tadbir UMNO kelantan hari ini tidak seperti tahun 2004 lalu, jauh bezanya. Dulu Tok Pa tak ada anak mas sekarang dah ada beberapa anak mas.

Siapa Ikmal Hashim, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, adakah beliau pemilik AP Kenderaan?. dan Siapa Dato' Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, adakah beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang mengeluarkan AP kenderaan?. Semua ini bolehlah tanya Dato' Noor Zahidi, Ketua UMNO Bahagian Tumpat selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Thursday, October 21, 2010

Ahli UMNO dah jemu dengan 'Retorik' pemimpin.


Persidangan Agong UMNO akan bermula hari ini. Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah pun selesai kelmarin dengan beberapa rumusan disimpul untuk dilipat dan akan dikalamkan didalam buku penyata tahunan untuk tahun 2011.

Resolusi tahun 2009 belum lagi habis dilaksanakan dan ada yang tidak disentuh langsung oleh pimpinan sayap-sayap tersebut kini modal baru pula dicanang untuk dijual kepada ahli-ahli parti. Maka bertepuklah ahli-ahli apabila wakil daripada negeri-negeri berucap dan tepukan lebih bergemuruh apabila Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri berucap.

Selesailah sudah Persidangan untuk tiga peringkat yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Presiden UMNO dengan mencadangkan setiap pemimpin UMNO Bahagian termasuk Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri berserta dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa akan dinilai prestasi masing-masing dan kepada mereka yang didapati cemerlang akan diberi anugerah.

Bagi menilaikan prestasi tersebut pihak Ibu Pejabat UMNO akan sediakan 'buku rekod' bagi mencatitkan skor mereka, sistem ini sepertilah sistem menilai budak-budak sekolah dizaman dahulu kala, siapa yang dapat markah tertingggi akan diberi hadiah. Hanya yang ahli UMNO kurang pasti buku rekod itu akan dinilai ataupun akan diberi markah oleh siapa?

Dan adakah orang yang menilai untuk memberi markah itu, orang itu juga akan dinilai dalam erti kata sebenarnya 'Siapa yang patut nilai siapa'. Sekiranya Ketua dan Ahli Jawatankuasa dinilai prestasinya dilihat kepada Skor bagaimana untuk menilai Skor terhadap pemimpin tertinggi parti khasnya Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dimanakah letaknya keadilan dalam menilai Skor tersebut nanti, sedangkan Ibu Pejabat UMNO sendiri mengamalkan 'dauble standart' dalam membuat satu-satu keputusan ertinya amalan pilih kasih masih tebal diamalkan oleh Ibu Pejabat UMNO. Kerana walaupun menang Ahli Majlis Tertinggi tidak semestinya mereka itu boleh diterima oleh rakyat ditempatnya.

Sekali lagi suara 'Retorik' pemimpin UMNO berkumandang di dewan PWTC setelah Presiden UMNO sedang mempromosi 'UMNO dan Tranformasi' yang hanya sekadar sebuah ucapan tapi isi dan hala tujunya belum jelas. Banyak sangat ideal dikalangan pemimpin UMNO tapi hanya sekadar ucapan retorik yang mana tidak memberi kesan kepada akar umbi supaya rakyat lebih percaya kepada UMNO bagi menafikan cakap-cakap pembangkang bahawa Pakatan Rakyat akan tawan PUTRAJAYA pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Setelah Mahyuddin Yassin akan menyediakan buku rekod untuk dianalisa bagi menilai pemimpin diperingkat Bahagian dan akan diberi anugerah. Hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, apa pula YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO akan membawa ideal untuk dibahaskan oleh perwakilan bagi dimuatkan dalam catitan supaya dapat dibukukan bagi diberi kepada para perwakilan pada Persidangan Agong UMNO 2011.

Tentunya bag perwakilan UMNO pada tahun hadapan akan lebih berat daripada bag perwakilan pada tahun 2010 ini. Yang ahli-ahli UMNO mahu sekarang bukannya sebuah ucapan yang indah dari pemimpin tapi mereka mahu perlaksanaan pembelaan dan tindakan.


Tuesday, October 19, 2010

Kisah lucu TT.


Logik juga tulisan Hishamuddin Rais (TT) bukan Tengku Temenggong tapi Tukar Tiub yang mengatakan bahawa sekiranya setiap kawasan pilihanraya sama ada DUN ataupun Parlimen mahukan pembelaan dan pembangunan hendaklah terdapat pilihanraya kecil.

Kerana setiap tempat yang diadakan pilihanraya kecil berbagai-bagai janji yang rakyat akan dapat dan pembangunan segara dilaksanakan. Ini terbukti dimana terdapat pilihanraya kecil banyak peruntukan kerajaan dicurahkan tidak kira dari kerajaan BN ataupun kerajaan PR yang untungnya rakyat dikawasan dimana terjadinya pilihanraya kecil.

Untuk diadakan pilihanraya kecil lazimnya wakil rakyat ditempat tersebut meninggal dunia dan SPR mengumumkan diadakan pilihanraya kecil. Maka sekiranya terdapat tiap-tiap kawasan itu ada kematian wakil rakyat berpestalah rakyat dikawasan tersebut.



Nota: Daripada Hishamuddin Rais.

untuk yb yb

pengorban diperlukan

ialah tuan- tuan semua mati

seorang demi seorang

berkorban demi kesempurnaan kehidupan rakyat

pandulah kereta dengan cuai

makanlaaa gula banyak banyak

pergi mainlah tepi jalan

kalau ada masa minumlah racun tikus kah kah kah.

(dari blog tukar tiub)



Kematian wakil rakyat DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan sahaja gelanggang untuk mempelawa projek kepada rakyat dikawasan tersebut, tapi ada perkara yang lebih besar yang akan menjadi ukuran kepada penentuan perkembangan politik tanahair di masa akan datang terutamanya hasil keputusan pilihanraya Parlimen Batu Sapi.

Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ekoran kematian wakil rakyat BN akan menguji keutuhan sokongan rakyat kepada BN. Mampukah BN mempertahankan kerusi tersebut, masih mahukah rakyat dikawasan tersebut berlindung dibawah BN atau rakyat disitu akan memberi isyarat bahawa kerajaan BN di negeri Sabah akan diubah.

Betulkah laungan Pakatan Rakyat bahawa rakyat di negeri Sabah akan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dan Pakatan Rakyat akan menuju PUTRAJAYA serta betulkah keputusan pilihanraya kecil di Perlimen Batu Sapi nanti akan memalapkan pengaruh UMNO di Sabah dan akan menjalar ke Semananjung.

Manakala pilihanraya kecil DUN Galas tidaklah penting sangat kerana sehingga kini pun PAS masih mendahului UMNO. PAS guna semua jentera dan keadeh bagi mempertahankan kerusi tersebut. Jangan terkejut sekiranya PAS menurunkan Lela Bat dan Lela Angada kekawasan Galas bagi menyakinkan rakyat sebelum menjelangnya hari mengundi.

Manakala UMNO menyokong kerja PAS.

Sunday, October 17, 2010

Kejayaan Membalas Dendam !


Syed Ali Syed Hassan, Setiausaha Agong PERKASA dalam sidang akhbarnya meminta supaya Istana Kelantan memberi penjelasan kenapa gelaran 'Dato', Dato' Ibrahim Ali, Presiden PERKASA ditarik sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Nasihat saya kepada Istana Kelantan tak payah lah jawab gesaan Syed Ali itu kerana beliau tidak ada kena mengena dengan isu penarikan darjah kebesaran itu.

Lagi pun Syed Ali tidak ada kena mengena dengan Negeri Kelantan, Beliau hanya sebagai Setiausaha Agong kepada pertubuhan sukarela iaitu NGO yang memperjuangkan bagi mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang, Perlembagaan dan Institusi Raja-Raja Melayu supaya tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Kerjanya untuk MEMPERTAHANKAN, tak usah tanya kenapa dan meminta jawapan, sekiranya PERKASA merasakan Kedaulatan Raja-Raja dipermain dan dipersendakan adalah tugas dan tanggongjawab PERKASA untuk memperbetulkan. Usahalah supaya institusi Raja-Raja tidak diperalatkan oleh mereka yang hilang pedoman dan arah tuju untuk maju.

Walaupun ahli-ahli PERKASA rasa tersedu kerana penarikan darjah kebesaran itu dilakukan selepas Dato' Ibrahim Ali menzairahi tanda hormat kepada Sultan Ismail Petra dan menzairahi Baginda yang telah lama gering dan sudah mula beransur pulih, itu adalah rezeki Dato' Ibrahim Ali.

Sekiranya Syed Ali nak tahu juga, risik-risiklah dengan Ahli Majlis Penasihat Raja ataupun Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN) tentu sedikit sebanyak mereka itu tahu sebab dan kenapa. Lagi pun sosek-sosek dikalangan orangramai telah pun merebak keseluruh negara perihal orang-orang tertentu yang berdendam dan mengambil kesempatan sehingga terdapat seorang bergelar Dato' kerumah 'BOMOH' supaya kata-katanya menjadi masin dan diikuti.

Pertanyaan Syed Ali betullah tak payah jawab, tapi pertanyaan YBM Tengku Razaleigh Hamzah wajib kena jawab kerana YBM Ku Li adalah terdiri dari Kerabat dan lagi beliau adalah Timbalan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN).

Pertanyaan Ku Li berhubung dengan majlis Pemasyhuran itu hendaklah diperjelaskan secara detail bagi mengelak kekeliruan yang timbul. Dalam hal ini saya yakin YBM Ku Li tidak mempertikaikan kedudukan cucu saudara beliau tapi nampaknya menjurus kepada cara dan masa serta penglibatan, ekor-ekor-ekor, yang berdendam dengan Raja Perempuan Kelantan.

Saya juga yakin YAB Tok Guru Nik Aziz tidak berniat untuk mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa Tuanku Sultan Ismail Petra masih lagi makan melalui tube, tapi YAB Tok Guru Nik Aziz diberi kefahaman yang salah, ini kerana YAB Tok Guru Nik Aziz tidak pernah menzairahi Tuanku sejak Tuanku berada di Istana Mahkota selepas pulang dari mendapat rawatan di Singapore.

Setelah Dato' Ibrahim Ali mezairahi Tuanku dan dilapurkan beransur pulih, kenal orang, boleh berintraksi, ingatannya baik, maka eloklah Tok Guru Nik Aziz mengikuti jejak Dato' Ibrahim Ali dengan menzairahi Tuanku bagi mendapat jawapan yang sebenar, apakah pemberitahuan oleh Dato' Ibrahim Ali itu benar ataupun tidak.

Saya syorkan supaya YAB Tok Guru Nik Aziz menjemput Ketua Polis Negara untuk bersama-sama beliau menzairahi Tuanku supaya lapuran-lapuran polis yang dibuat sebelum daripada ini dan juga tindakan polis UTK menahan rombongan Tuanku ke Singapore dengan mengunakan senjata dapat diselesaikan dengan segera. Rakyat mahu tahu cerita disebalik peristiwa hitam itu.

Friday, October 15, 2010

Menjelang Perhimpunan Agong UMNO


Banyak perhatian yang hendak diikuti sekarang ini:-

  1. Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim -Antara bebas atau penjara
  2. Persidangan Parlimen - Budget 2011
  3. Mesyuarat Agong Cabang Parti Keadilan Rakyat - Hancur atau bertambah mantap
  4. Kemelut Istana Kelantan - Nasib ayahnda, bonda serta anaknda anaknda
  5. Imigrasen - ISA dan jerung
  6. KDN Pemutihan - Yang haram dijadikan halal.
  7. Pilihanraya kecil - Galas dan Batu Sapi.

Dan banyak lagi isu-isu sampingan yang boleh dijadikan modal untuk berbual di kedai-kedai kopi sambil minum dan hisap rokok, berhujah untuk mencari jawapan sebenar yang akhirnya tidak ada kesudahan kerana siapalah mereka itu.

1. KES PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM

Mahkamah akan memutuskan sama ada dakwaan Saiful itu benar ataupun tidak, sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman Anuar Ibrahim bersalah maka tentunya Anwar Ibrahim akan di pejarakan. Dalam usia sudah 62 tahun, malanglah Anwar Ibrihim terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak yang usia sebegitu sepatutnya hidup disamping keluarga.

2. PERSIDANGAN PARLIMEN

Rakyat tertunggu, apa keajaiban akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang boleh menentukan supaya rakyat terus kemas memberi sokongan kepada kerajaan sehingga pihak pembangkan tidak ada ruang lagi untuk mengkritik kerajaan.

3. MESYUARAT AGONG CABANG PKR

Riuh kekecohan berlaku dalam pemilihan pemimpin di mesyuarat agong cabang sehingga menjadi seperti dipasar borong. Orang UMNO melihat kekecohan itu sebagai alamat bahawa PKR sudah menuju kehancuran, cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan PUTRAJAYA akan tinggal angan-angan. Satu petanda perebutan kuasa sedang berlaku, masing-masing pemimpin PKR sedang berebut untuk jadi Perdana Menteri walhal kuasa belum ada.

4. KEMELUT ISTANA KELANTAN

Sejarah yang sepatutnya tidak berlaku, sehingga kini sudah 12 orang ditarik anugerah dari JP hinggalah kepada Dato' dan DK dan ada kes di mahkamah. Ada orang suka melihat ada orang yang ditarik gelaran. Petang kelmarin ada seorang Dato' bersama isteri muda kerumah 'BOMOH' di Tanah Merah meminta sesuatu untuk dirinya supaya boleh mengkontrol seseorang.

5. IMIGRASEN

Sembilan orang kakitangan imigrasen dan orang awam ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA kerana dengan sengaja dan rasuah meloloskan warga asing masuk ke negara ini secara haram. Puluhan ribu ringgit di kutip setiap hari. Rasuah kakitangan imigrasen itu tidaklah sebanyak mana kalau hendak dibanding kutipan atau jumlah wang yang terpaksa dibayar untuk mendapat 'kelulusan khas' membawa masuk pekerja asing, tapi tak ada pun penyiasatan dan tangkapan atau dikenakan tahanan ISA walaupun telah diberitahu. (Dato' Abdul Rahman Bakar, Timbalan Presiden PERKASA, tahu hal ini).

6. KDN & PEMUTIHAN

Pelik sungguh, orang yang masuk secara haram dan bekerja secara haram hendak diberi pengampunan supaya dapat tinggal dalam negara ini dengan selesa. telah saya tulis diblog ini kelmarin dan bacalah sehingga faham terutamanya ingatan Ketua Polis Negara.

7. PILIHANRAYA KECIL GALAS DAN BATU SAPI

Maklumat yang saya dapati sehngga kini UMNO ataupun BN belum boleh menang di DUN Galas lobi untuk menjadi calun BN masih berjalan. Begitu juga di Perlimen Baru Sapi, suasananya belum menentu bagi BN dapat mempertahankan kerusi tersebut, banyak isu dalaman di Sabah belum dapat dileraikan lagi. Nasib politik Ku Li bukan terletak manang atau pun kalah dalam pilihanraya kecil Galas, ianya tidak ada kena mengena dengan keputusan pilihanraya ini. Ku Li ada agenda sendiri dalam meletak dirinya dalam arena politik tanahair sehingga menjelang pilihanraya umum ke 13. Hari ini UMNO besok belum tahu.

UMNO dilihat kuat kerana sekarang ini ianya parti yang memerintah negara, ada kuasa dan ada banyak harta. Pemimpin UMNO meminta ahli-ahli parti supaya setia kepada UMNO, kenang jasa UMNO, berjuang untuk UMNO hendaklah diutamakan, elakkan berjuang untuk kepentingan peribadi. Hebat sungguh hebat seruan pemimpin UMNO.

Yang perlu ditanya, adakah pemimpin UMNO tahu bahawa ahli UMNO yang berjuang untuk parti UMNO tidak mengira penat dan lelah, habis tenaga dan harta tapi tidak pernah ditanya oleh pemimpin UMNO, masih bermayakah kamu?. Pemimpin UMNO kaya raya, hidup mewah tapi apabila ahli biasa yang meletakkan keutamaan parti dari segala-galanya, tinggal anak, tinggal isteri bagi lelaki dan tinggal suami bagi perempuan apabila minta sedikit pertolongan, layan pun tidak.

Pemimpin jenis apakah ini?

Thursday, October 14, 2010

Dato' Alias Ahmad, Ketua Pengarah Baru.


Jabatan Imigrasen Malaysia mendapat Ketua Pengarah Baru bermula 15hb. Oktober 2010 ini ia itu Dato' Alias Ahmad mengantikan Dato' Ab.Rahman yang ditukar ke Kementerian Dalam Negeri sebagai SUB Bahagian Imigrasen.

Tindakan polis dan SPRM terhadap kakitangan jabatan Imigrasen yang secara rasuah meloloskan pendatang tanpa izin masuk ke negara ini adalah satu tindakan yang amat terpuji dan boleh memulihkan imej jabatan tersebut terutamanya kakitangan jabatan itu yang berkhidmat secara jujur dan amanah.

Berita dibawah ini telah mengesahkan bahawa sudah terdapat warga asing yang masuk ke negara ini secara haram, entah berapa banyak tidak siapa ketahui angka sebenar, tapi tentunya banyak dan mungkin mencecah keangka ratusan ribu orang. Dan tentunya mereka yang datang tanpa izin itu ada berbagai-bagai perangai, ada yang datang untuk bekerja, berniaga, mencuri dan merompok, menipu dan membunuh.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri tahu itu terutamanya Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri, maka adalah elok sekiranya KDN yanag berhasrat untuk melaksanakan 'program pemutihan' kepada warga asing yang haram difikirkan semula ini kerana jika terlaksananya dasar tersebut bererti kita telah mengiktiraf orang yang masuk ke negara ini secara haram dan diberi keistimewaan pula dengan mendapat pengampunan.

Sekiranya kita faham dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa mereka yang diloloskan oleh kakitangan Imigrasen itu berkemungkinan terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam jenayah dan dadah dan boleh mengancam keselamatan negara dan dalam masa yang sama kerajaan memikirkan untuk menghalalkan kedatangan mereka dengan 'program pemutihan', amatlah tidak patut.

Percayalah sekiranya hari ini kita memberi pengampunan kepada mereka yang masuk ke negara ini secara haram lebih kurang 400,000 (agaknya) tidak mustahil dalam jangkamasa 5 tahun yang akan datang akan terdapat hampir sejuta orang yang menjadi pendatang tanpa izin didalam negara ini.

Apakah pada waktu itu mereka juga akan mendapat pengampunan, mahu tidak mahu dengan dasar itu kita seperti membuka peluang kepada warga asing untuk datang ke negara ini secara haram kerana akhirnya mereka akan dapat pengampunan. Oleh itu ADALAH DISARANKAN SUPAYA KERAJAAN melaksanakan konsep 'B O L E H' seperti berikut:-


  • 1 Batalkan hasrat untuk memberi pengampunan melalui 'program pemutihan' kepada PATI.
  • 2. Operasi memburu dan menangkap PATI secara bersungguh-sungguh.
  • 3. Laksanakan undang-undang secara serius.
  • 4 Elakkan amalan pilih kasih penempatan pegawai penguatkuasa dipintu-pintu masuk.
  • 5.Hendaklah melantik ejan-ejan/informa dikalangan orang awam sebagai mata dan telinga.


Berita dibawah ini amat mengerunkan bagi keselamatan rakyat dan negara.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing yang pihak berkuasa percaya mampu menggugat keselamatan negara.

Penahanan kesemua suspek yang dilakukan dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu itu turut melibatkan dua warga asing yang bagaimanapun tidak didedahkan identiti negaranya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan sembilan individu itu sekali gus berjaya membongkar dan mengekang aktiviti sindiket berkenaan daripada terus berleluasa."Pihak polis memandang serius terhadap kegiatan sindiket ini kerana aktiviti pembolosan yang dilakukan telah menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di pintu-pintu masuk negara.

"Kegiatan ini juga bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara malah di rantau ini sekiranya ia dibiarkan terus berleluasa. Jangan sesekali membiarkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah berat merentasi sempadan khususnya aktiviti keganasan, penyeludupan senjata api dan dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pendedahan polis itu jelas satu tamparan besar kepada Jabatan Imigresen apabila baru-baru ini, tujuh pegawainya ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penglibatan dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ismail menambah, tindakan polis ini juga selaras hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan manusia.

"Malah ini merupakan satu langkah untuk menghalang sebarang cubaan menjadikan negara ini sebagai 'transit point' bagi kegiatan tersebut," ujarnya.Minggu lalu, SPRM menahan dua pegawai Imigresen di jeti Port Dickson kerana dipercayai menyeludup PATI ke negara ini yang dikatakan meraih pendapatan sehingga RM33,600 seminggu.

Selang dua hari kemudian, SPRM menahan seorang pegawai Imigresen dan tujuh individu kerana dipercayai terlibat menyeludup masuk PATI melalui jeti Pulau Ketam setelah menerima suapan dikenali sebagai 'wang tunjuk' daripada kapten kapal. Ia disusuli dengan penahanan empat anggota termasuk seorang wanita. (utusan malaysia).

Wednesday, October 13, 2010

Rombongan ke Mekkah dengan BAS.

gambar kenangan semasa dikatil hospital


Musim Haji - Rakyat Malaysia sudah mula menuju ke Mekkah, bagi menunaikan rukun Islam semuga mereka dirahmati Allah dan mendapat Haji Mabrur. Tergerak dihati alangkah bahagianya sekira pada tahun ini sekali lagi saya dapat melihat rumah Allah. Insya Allah.

Pertama kali saya ke Mekkah, ada MSO-Mohd Sayuti Omar dan Isteri serta ada Rosmadi Ismail (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu) dan Isteri, saya juga bersama Isteri dan kali kedua pada tahun lepas (2009) saya ke Mekkah bersama Isteri serta dua orang puteri saya iaitu Rieni Fahada Natasha dan Milissa Nadhira.

Selesai saja mengerjakan Haji saya jatuh sakit, satu penyakit yang pelik yang jarang-jarang berlaku iaitu 'darah beku dalam pembuluh darah' (DBT) yang mengakibatkan bengkak dari paha ke kaki seperti daging masak yang dipanggang. Saya dimasukkan ke hospital King Faizal Mekkah pada sebelah petang dan awal pagi sesudah subuh saya dibawa ke bilik pembedahan.

Lebih kurang 3 jam saya dibilik bedah yang mana doctor membuang seluruh isi daging saya yang bengkak dan masak itu, saya hanya dapat melihat kaki saya berbalut sehingga kebetis. Umur saya masih panjang dan saya dibawa pulang ke Malaysia dalam keadaan luka parah, lesu serta tidak bermaya dan di Malaysia saya dirawat disebuah hospital swasta selama satu bulan. Ramai sahabat dan kenalan juga waris warah serta orang kampung melawat saya, terima kasih kepada mereka.

Semasa saya dirawat di hospital (Malaysia) ada kenangan yang istimewa buat saya dan ianya akan menjadi rahsia peribadi.

Alhamdulillah, sekarang luka pembedahan saya dari paha ke kaki sembuh, dan kini apabila berita pemergian orang ke Mekkah disiarkan melalui akhbar, radio, tv serta melalui blog, keinginan saya untuk ke Mekkah sekali lagi memucak, ke Mekkah adalah menjadi satu kegilaan baru saya kalau tak berkesempatan menunaikan Haji, Insya Allah saya akan menunaikan Umrah.

Ura-ura tahun ini YB. Haji Alwi Che Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga wakil rakyat DUN Kok Lanas akan ke Mekkah tapi pemergian beliau bukan dengan cara biasa iaitu menaiki kapalterbang dari KLIA ke Jeddah, pemergian beliau kali ini melalui darat yang mana menjadi satu sejarah jemaah Haji akan menaiki BAS melalui jalan darat dan mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke Mekkah, seramai 40 orang semuanya termasuk sahabat saya Cikgu Zuni dari kampung Batu Tinggi, Ketereh.

Mudah-mudahan pemergian mereka itu melalui jalan darat akan sampai pada waktunya, semuga tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku, hanya satu persoalan yang saya belum bertemu jawapan, kenapa hendak ke Mekkah melalui jalan jauh dan susah serta memenatkan, apakah kerana hendak mencipta sejarah (cipta sejarah lagi,,,) atau mahu melancong sambil mengerjakan Haji.

Haji Alwi tentu ada jawapannya.

Tuesday, October 12, 2010

Hero Manik Urai tidak di Galas.

Tan Sri Muhyideen Yassin

Langkah yang diambil oleh BN melantik YBM Tengku Razaleigh (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas adalah tindakan yang tepat, ini kerana Ku Li sebagai Ketua UMNO Bahagian tahu dimana kelebihan yang ada pada BN dalam menghadapi parti lawan nanti. Yang tidak patutnya ialah melantik Dato' Mustapha Mohamed (Tok Pa) sebagai Penolong Pengarah Pilihanraya Kecil kerana Tok Pa adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan juga Pengerusi BN Kelantan.

Akan berlakulah sedikit kekeliruan dalam proses memberi arahan daripada Pengarah Pilihanraya kepada anak buahnya dibawah, ini bererti dalam menjalankan keputusan jentera DUN Galas Tok Pa kena ikut arahan Ku Li dan apabila sampai arahan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri maka Ku Li kena ikut arahan Tok Pa. (seperti cerita wayang kulit jeh).

Sekiranya amalan melantik Ketua Bahagian ini berlaku di pilihanraya kecil DUN Manik Urai dulu, BN dah dapat tambah kerusi DUN kerana Ketua Bahagian tahu bagaimana kaedah yang patut digunakan disaat-saat akhir dan Ketua Bahagian tahu siapa yang patut diberi sebagai calun serta dapat menyusun jentera ikut acuah politik di kawasan tersebut. Apakah kerana pucuk pimpinan sudah sedar dari kesilapan di DUN Manik Urai maka bagi DUN Galas ini suara dan peranan yang besar hendaklah dipikul oleh Ketua UMNO Bahagian.

Maka Ku Li pun jadi mustahak kepada BN tidak semacam Dato' Romzi yang disisih secara terhormat dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai lalu, peranan Romzi selaku Ketua Bahagian hanyalah sebagai pengiring kepada pembesar parti yang datang untuk berkempen dan apabila BN kalah maka berbagai bagai tuduhan dilemparkan kepada Romzi dalam erti kata sejak mula letak kerja, Romzi sudah diketepikan.

Nampaknya kesilapan lalu telah di baiki untuk DUN Galas, tapi malangnya sikap pemimpin UMNO Kelantan dan pusat telah keterlaluan melayan Ku Li. Ini dapat dilihat dalam dua peristiwa iaitu kembalinya Ku Li dari luar negara disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan penyokong Ku Li di KLIA sedangkan sebelum daripada ini entah berapa puluh kali Ku Li ke luar negara tak ada siapa pun yang sambut semasa pulang melainkan Lokman dan beberapa orang yang rapat dengan Ku Li.

Yang keduanya, program lawatan Tan Sri Muhyidden Yassin ke Galas sepatutnya berlangsung pada 13hb. Oktober nanti, tapi dibatalkan kerana dengarnya pada waktu itu Ku Li tidak dapat berada di Galas kerana ada urusan lain di Kuala Lumpur? (mengikut sumber). Jadi betullah kata kawan-kawan kedai kopi, Ku Li itu adalah seorang negarawan. Negarawan apabila diperlukan.

Begitu juga dengan menentukan siapa calun yang akan dipilih, pucuk pimpinan parti telah memberi kuasa veto kepada Ku Li untuk memilih calun hatta sekiranya Ku Li mahu kepada dirinya sendiri sebagai calun pucuk pimpinan tidak akan menolak, walaupun dalam pilihanraya umum ke 12 lalu undi Ku Li juga tidak dapat mengatasi undi PAS di DUN Galas.. Itu semua dibuat kerana BN mahu menang, tapi kuasa pemilihan calun di DUN Manik Urai tidak datangnya dari Ketua Bahagian, boleh jadi itulah sebabnya BN kalah di Manik Urai.

Di DUN Galas ini, buatlah apa cara sekalipun, lantiklah siapa Pengarah Pilihanaraya, taburlah janji pembangunan berapa ratus juta sekali pun sekiranya BN tidak dapat memenangi pengundi cina dan mendapat sokongan pengundi wanita dan puteri adalah terlalu amat tipis untuk BN menang, mungkin PAS akan menang dengan mejoriti lebih daripada 646 undi.

Monday, October 11, 2010

Batu Sapi lebih mustahak untuk BN.

Mendiang Edmund.

Pilihanraya Kecil DUN Galas sudah tidak bermakna lagi buat BN ini kerana menang atau kalah tidak menjadi kudis gatal sama ada pihak BN atau pun PAS, sekiranya BN menang itu adalah logik kerana PAS hanya menang tipis saja dalam pilihanraya umum ke 12 dan sekiranya PAS menang balik kepada asal.

Sekiranya BN menang tidak memberi kesan dan gambaran apa-apa dalam pentas politik tanahair kerana Kerajaan Kelantan sekarang ini dimiliki parti pembangkang iaitu PAS tapi lainlah pula apa yang berlaku di Sabah nanti ekoran kematain Ahli Parlimen Batu Sapi iaitu Edmund Chong Ket Wah. Di Sabah kerusi parlimen tersebut adalah milik BN.

Mahu tidak mahu BN kena mempastikan bahawa kerusi parlimen Batu Sapi hendak dipertahankan kerana keputusan pilihanaray kecil tersebut akan berhubung rapat dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak nanti. Kerana isu di Sabah adalah sama dengan isu di Serawak. Sekiranya BN tewas di Batu Sapi itu menandakan alamat yang tidak baik kepada BN Serawak dan juga Sabah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Oleh itu seluruh jentera pilihanraya BN hendaklah dikerahkan ke Sabah bagi membantu calun BN supaya menang dan dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh BN melalui Parti Bersatu Sabah (PBS), sekiranya BN kalah wabnya akan berterusan kepada pilihanraya umum nanti, apatah lagi sekiranya kalah kepada calun Parti Keadilan Rakyat (PKR) maka semangat orang Sabah yang selalu menukar kerajaan akan berkobar-kobar untuk menuju ke PUTRAJAYA sepertimana hasrat pihak Pakatan Rakyat.

Kalau di Galas SPR telah menetapkan tarikh pada 26hb. Oktober hari penamaan calun dan pada 4hb. November hari mengundi, bilakah untuk pilihanraya kecil Parlimen Batu sapi.



Sunday, October 10, 2010

DUN Galas, Ku Li lawan Dato' Bentara Setia?.

gambar hiasan

Setelah YBM Tengku Razalegih Hamzah mengumumkan menerima perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas maka tertutuplah pintu teki teki selama ini berhubung dengan sikap YBM Ku Li terhadap UMNO untuk seketika. Kepada saya kesanggupan YBM Ku Li itu adalah semata-mata untuk melariskan populariti beliau dalam UMNO yang sedikit sebanyak telah dipertikaikan oleh ahli-ahli parti UMNO setelah beliau bersama PAS menuntut royalti minyak Kelantan.

Menang ataupun kalah BN di DUN Galas nanti bukan kerana siapa jadi Pengarah Pilihanaraya yang akan menentukannya ada pengundi disitu, sama ada pengundi masih mahu bersama Kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS ataupun mahu menukar selera setelah diberi kepercayaan kepada wakil PAS dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

YBM Ku Li adalah simbol kekuatan BN di Gua musang kerana sudah hampir 50tahun, YBM Ku Li menjadi wakil rakyat dsitu ertinya sekira beliau terhidu bau peluh seseorang, beliau tahu bau itu siapa orangnya, begitulah serasinya Ku Li dengan rakyat Gua Musang terutamanya pengundi melayu. Tapi tidak pengundi cina, buat masa ini.

Keputusan pilihanraya kecil kelak sekiranya berpihak kepada PAS itu bererti masyarakat melayu yang berugama Islam sudah sebati dengan slogan PAS 'Membangun Bersama Islam' dengan laungan Allahuakbar, laungan yang telah berjaya dibawa oleh Kerajaan PAS yang diketuai oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, masuk ke Istana.

Diharap laungan Allahuakbar akan terus kekal dan elok juga dilaksanakan di Istana-Istana lain yang mana Kerajaan negerinya diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu, Kelantan, Kedah dan Selangor kerana kalimah Allahuakbar adalah kalimah Memuji dan Memuja yang Maha Agung, Allah Rabuljalil. (tulis seorang sahabat).

Dalam Piliharaya Kecil DUN Galas ini juga adalah pentas bagi menentukan kekuatan sokongan rakyat sekiranya pengaruh Ku Li dan Nik Aziz hendak dijadikan ukuran dalam arena politik negeri kelantan, kerana dua orang tokoh ini ada kelebihan masing-masing. Ku Li yang dikenali oleh rakyat kelantan adalah 'Anak Raja Berjiwa Rakyat' manakalah Nik Aziz pula dikenali sebagai Tok Guru yang juga telah menjadi orang kuat Istana kerana baru mendapat gelaran baru iaitu Dato' Bentara Setia.

Walaupun dalam 6 peti undi yang telah sudah saya buat tinjauan berpihak kepada PAS tapi 7 peti undi lagi agaknya BN boleh mengatasi kekuatan PAS. UMNO dijangka boleh menang sekiranya amalan bersatu teguh dilaksanakan di situ oleh keseluruhan penyokong BN. Pihak PAS pula tentunya mengambil pendekatan yang lebih berkesan bagi menyakinkan pengundi di DUN Galas supaya kerusi yang dimiliki itu tidak terlepas.

Sosek-sosek di Gua Musang mengatakan bahawa pengundi orang asli dan orang cina telah beku untuk mengundi PAS, jadi UMNO kena bekerja keras dikelompok itu bagi menrungkaikan pemasaalah kenapa kelompok itu tidak senang dengan UMNO. Sekiranya UMNO berjaya merubah pegangan kolompok itu tidak ada sebab UMNO/BN tidak boleh menang.

Dalam pilihanraya kecil sekiranya BN menang tidak melemahkan semangat pengikut Pakatan Rakyat tapi sekiranya BN kalah dan PR menang ianya akan menyamarakkan semangat rakyat untuk melihat slogan PR menuju ke PUTRAJAYA akan berkobar-kobar.

Friday, October 8, 2010

Presiden PERKASA Menghadap Sultan.

mengapa harus terjadi


Tuanku gembira dan Dato' Ibrahim Ali pun gembira apabila pada petang tadi (8.10.2010) jam 5.30 petang Dato; Ibrahim Ali dapat menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota Kubang Kerian dalam suasana yang penuh ceria dan gelak ketawa.

Presiden PERKASA itu sempat ditemuramah oleh beberap orang wartawan dipintu pagar Istana Mahkota sebelum berlalu untuk pulang ke Kuala Lumpur, beliau telah melahirkan perasaan yang teramat gembira kerana Sultan masih lagi mengenali dan mengingati beliau dan sempat bergurau disamping memceritakan kisah-kisah yang lalu.

Sebelum meninggalkan tempat menghadap, Tuanku sempat berselora dengan Dato' Ibrahim, titah Tuanku 'Dato' nanti kita gi sekali keluar negeri, kita gi berihat', Dato' Him dan Tuanku menamatkan majlis menghadap itu dengan masing-masing ketawa.

Tirulah macam saya, Berani Kerana Benar.

Berada di Kelantan selama dua hari terutamanya mahu meninjau suasana politik bersabit dengan Pilihanraya Kecil DUN Galas, walaupun suasananya agak dingin tapi petugas di Pejabat UMNO Negeri dan pejabat Perhubungan PAS Kelantan telah membuat persiapan. Hari penamaan calun nanti tentunya akan menyaksikan suasana yang agak meriah.

Yang menarik selain dari tumpuan rakyat Kelantan terhadap pilihanraya tersebut yang masih menunggu hari besok (9.10.2010) seperti mana yang semua makluma bahawa YBM Tg.Razaleigh Hamzah akan membuat pengumuman berhubung dengan tawaran UMNO Malaysia untuk melantik beliau sebagai Pengarah Pilihanraya BN, ada lagi cerita kemelut Istana Kelantan.

Kali ini bukan soal Pemasyhuran, tapi soal permohonan Tuanku Ismail Petra dimahkamah berhubung pentafsiran Perlembagaan Negeri Kelantan, kini terdapat ada pihak yang mengelabah yang telah melahirkan kegusaran melalui blog 'Kelantan Insider' yang mana ekoran daripada lapuran yang telah dibuat oleh orang yang bernama Zahari berhubung dengan penulisan dalam blog tersebut soal ada pakatan hendak membawa Tengku Ismail Petra ke Selatan Thailand.

Kegelabahan tersebut boleh dilihat yang mana dituliskan bahawa blog saya newkk.blogspot.com dijadikan sasaran untuk menegak menang basah. Tapi sayangnya penulis blog itu tidak bernama, tidak berani menzahirkan siapakah dirinya. Bacullah kalau mahu mengata orang tapi berselindung disebalik IT. Kepada penulis blog Kelantan Insider sekiranya hujah-hujah yang ditulis itu ada kebenarannya MUNCUL dan Lahirkan Wajah supaya kita sama-sama dapat mengenali, siapakah orangnya.

Buat apa mengelabah dan "memaki hamun" Raja Perempuan Kelantan melalui blog yang tidak tahu kepunyaan siapa dan sekiraanya telus biarlah polis menjalankan penyiasatan seperti mana yang telah dilapurkan oleh orang yang bernama zahari itu.

Buatlah seperti saya yang mengeluarkan pendapat dan pandangan secara jujur dan ikhlas tanpa berselindung. Jangan jadikan blog untuk membaling batu sembunyi tangan.

Thursday, October 7, 2010

Tg.Razaleigh Hamzah tidak calun DUN Galas?


YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tidak layak jadi calun DUN Galas.

Isu Pilihanraya DUN Galas di Kelantan terutamanya di Kota Bharu masih sejuk dan dingin tidak rancak diperbahaskan di kedai kopi atau pun Coffce Housa, hanya bebeberapa soalan saja tersembur iaitu, YBM Tg.Razaligh akan terima kah perlantikan sebagai Penagarah Pilihanraya dan siapa agaknya calun BN.

Semuanya itu akan terjawab setelah YBM Tg.Razaleigh pulang dari luar negeri seperti mana yang beliau janji akan mengumumkan apabila sampai ketanahair nanti. Ada orang bersetuju sekiranya YBM Tg.Razaleigh terima dan ada orang tidak setuju. Yang setuju terima katanya apabila Tg.Razaleigh terima ianya akan mengurangkan kerenah dalaman dan kepada yang tidak bersetuju mengatakan taraf Tg.Razaleigh sepatutnya hanya jadi PENASIHAT kepada Jentera Pilihanraya.

Bibit-bibit menghalang orang luar untuk masuk berkempen telah pun bermula setelah ada program yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan terpaksa dibatalkan diatas kehendak orang kanan YBM Tg.Razaleigh. Tiba-tiba ada orang yang boleh mengarah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri supaya melarang mana-mana agensi kerajaan supaya tidak dibenarkan membuat apa-apa sebelum mendapat arahan dari orang itu.

Dah mula tunjuk kuasa dan saya percaya akan banyak lagi patang larang yang akan dikenakan kepada orang luar yang mahu masuk membantu BN dalam pilihanraya kecil DUN galas nanti, silap haribulan ada orang yang kena halau. Bersabarkah kepada Timbalan Menteri tersebut yang telah pun sampai ke Kelantan tapi programnya TERPAKSA dibatal atas arahan orang yang berkuasa dalam Bahagian Gua Musang itu.

Pilihanraya DUN Galas akan menjadi pengajaran kepada sesiapa saja yang datang dengan ikhlas mahu membantu. Tidak salah untuk membantu tapi mesti mendapat kebenaran dulu terutamanya kepada orang luar dari Kelantan. Kalau dasar ini terus berlaku yang ramai datang ke Galas nanti adalah sebagai penonton, Kalau BN menang bukan bantuan orang luar, tapi kalau sekiranya BN kalah itu kerana orang luar kelantan datang terlalu ramai dan menyusahkan rakyat Gua Musang.

Begitu juga nasib YBM Tg.Razaleigh sebagai Pengarah, sekiranya UMNO menang dikira OK dan YBM Tg.Razaleigh tidak kemana pun dalam arena politik UMNO hanya layak jadi Wakil Rakyat Parlimen seperti YB. Aziz Kadir Ketereh dan YB.Amran Tanah Merah tapi kalau kalah itu bererti orang Gua Musang pun sudah tolak YBM Tg.Razaleigh dan mudahlah untuk mengugurkan YBM Tg.Razaleigh sebagai calun BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti kerana disifatkan sudah tidak berpengaruh.

Pada pendapat saya YBM Tg.Razaleigh tidak akan jadi calun untuk DUN Galas dan mungkin Pengarah Piliharaya pun beliau tolak. Kerana biasanya dalam pilihanraya kecil sekiranya Ketua Bahagian dilantik jadi Pengarah Pilihanraya maka Pengerusi Perhubungan akan dilantik sebagai penasihat. Ini pelik sikit, Ketua Bahagian Jadi Pengarah pilihanraya, Pengerusi Perhubungan pula jadi Timbalan Pengarah. Hujan dah naik kelangit.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri boleh jadi Timbalan Pengarah Pilihanraya sekiranya Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden jadi Pengarah Pilihanraya. Itu baru logik, baru ada protokol.

Wednesday, October 6, 2010

Watikah Perlantikan Tengku Razaleigh telah siap.


Dua Peti Undi di DUN Galas yang akan menentukan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil nanti, kajian ini berdasarkan kedudukan sikap pengundi hari ini yang mana payah untuk BN memecah kubu PAS.

PAS telah pun berkubu di peti undi KAMPUNG PULAI dan KAMPUNG BAHRU yang mana didua peti undi tersebut terdapat kira-kira 2649 pengundi, dijangka PAS akan mendapat lebih kurang 2000 undi. Ini telah memberi petunjuk yang jelas bahawa PAS mempunyai harapan bagi mempertahankan kerusi DUN Galas ini.

Oleh itu BN hendaklah berusaha supaya didua peti undi tersebut tidak menjadi kawasan hitam kepada BN, sekiranya jentera piliharaya BN tidak dapat memecahkan kekukuhan PAS disitu maka agak sukarlah BN untuk mengalahkan PAS nanti. Analisa yang dikemukan ini adalah hasil dari risikan team saya yang telah ke kawasan tersebut.

Walau pun tanpa disuruh kerana minat untuk mengetahui secara dekat pilihanraya kecil DUN Galas ini saya dan team saya akan menjelajah keseluruh 13 peti undi semuannya. Setakat hari ini sudah 6 peti undi telah dirisik dan nampaknya jentera PAS lebih bersedia dari jentera BN.

Walau bagaimana pun, belum boleh dibuat ukuran kerana tarikh piliharaya belum lagi diputuskan oleh SPR dan risikan akan diperhebatkan apabila selesai penamaan calun nanti. Insya Allah peminat blog ini akan saya paparkan kedudukan terkini dari masa ke semasa bagi mendapat gambaran kedudukan dan sikap pengundi.

Dalam menanti bilakah piliharaya kecil DUN Galas ini bermula yang pastinya semua bilik hotel telah ditempah dan harga rumah sewa melambung naik. Peniaga kedai makanan pastinya akan mendapat keuntungan, serta broker-broker politik akan mendapar rezeki sama ada dari PAS ataupun BN.

UMNO Malaysia telah pun siap watikah perlantikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Piliharaya DUN Galas yang belum pasti adakah YBM Ku Li menerima perlantikan itu atau pun ada kejutan dan sejarah baru akan berlaku selepas 9hb. Oktober nanti. Sejarah baru lagi!


Tuesday, October 5, 2010

Nik Aziz boleh tambah sejarah Kelantan.

Bazlan bin Baharuddin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang
layak jadi calun.

Di DUN Galas, Gua Musang pengundi orang asli dianggarkan seramai 1,800 orang lebih kurang dan pengundi bangsa cina lebih kurang 1,600 orang ini bererti sudah ada 3,400 orang pengundi yang mana keseluruah pengundi dalam DUN Galas adalah seramai 11,300 orang lebih. Sekiranya pengundi orang asli masih bertuankan kepada 'RAJA' dan YBM Tengku Razalegih Hamzah terima menjadi Pengarah Pilihanraya maka BN tentunya akan dapat kemenagan undi orang asli.

Dan sekiranya orang cina menerima konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan maka BN juga akan mendapat undi dari pengundi orang-orang cina ini bererti dua kelumpok pengundi tersebut akan berpihak kepada BN dan mudahlah BN mengalahkan PAS dalam pilihanaraya kecil nanti kerana BN hanya perlu mencari undi melayu lebih kurang 3000 undi dari keseluran undi bagi menyokong BN.

Sekiranya sikap pengundi dikeseluranhan peti undi bersikap seperti pengundi di peti undi BIHAI yang mana didapati pengundinya akan memberi sokongan kepada BN 90% daripada keseluruhan undi maka agak senanglah BN mengalahkan PAS, tapi sekiranya sikap pengundi seperti terdapat di peti undi BALAR yang mana PAS mendapat undi lebih kurang 75% maka sukarlah untuk BN menawan DUN Galas walaupun YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya BN.

Topik yang hangat diperbincangkan oleh orang ramai berhubung dengan Piliharaya Kecil DUN Galas ini ialah faktor calun terutamanya di pihak BN. Apakah Negeri Kelantan akan menambah sejarah lagi apabila tajuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah dicadang untuk menjadi calun BN Dewan Undangan Negeri Kelantan. Logikkah YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menjadi YB Ahli Parlimen bertanding pula sebagai DUN, apabila menang akan menjadi wakil rakyat biasa dan apabila kalah dimana mahu letak kewibawaan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dalam arena politik tanahair.

Apakah YBM Tengku Razaleigh Hamzah sanggup menerima risiko kekalahan walhal kerusi Parlimen Gua Musang beliau telah menang dan tergamakkah PAS mahu menentang YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini berada diatas pentas bersama PAS mendesak Kerajaan BN supaya menyalurkan hasil royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran PAS.

Walau pun politik itu tidak ada musuh dan kawan yang kekal tapi percaturan politik di Kelantan buat masa ini dikira lebih unik. PAS minta supaya BN tak usah letak calun bertanding untuk memulakan langkah persahabatan dalam isu perpaduan melayu selain itu kata PAS boleh menjimatkan wang perbelanjaan sekiranaya tidak berlaku pertandingan.

Apa kata, PAS tak usah letak calun dan biarkan BN saja yang bertanding dengan syarat Kerajaan BN sanggup menyalurkan wang royalti minyak kepada Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai tanda bahawa PAS tidak penting sangat kerusi DUN Galas tapi lebih penting wang royalti minyak untuk pembangunan negeri Kelantan dan kesejahteraan rakyat Kelantan. Lagi pun memberi satu kerusi kepada BN tidak menjejaskan kuasa PAS dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Dan sekiranya ini berlaku, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan akan menambahkan satu lagi sejarah negeri Kelantan. Sekiranya ini boleh berlaku maka akan bermulalah perpaduan melayu dan dalam politik memang ada serba kemungkinan.

Monday, October 4, 2010

GALAS, PAS mulai gempur pengundi luar.

500 penyokong bolasepak Kelantan (yang kudengar) telah berhimpun di Nilai Negeri 9, sebelum berlepas ke Stadium Peroi bagi menyaksikan Perlawanan Bolasepak diantara Kelantan dan N9 yang berkesudahan seri 2 -2. PAS melalui YB. Dato' Husam Musa telah memulakan kempen pilihanraya kecil DUN Galas apabila bertemu dengan penyokong bolasepak pasukan Kelantan dan sekali gus menjadi penyokong PAS.

Dikabarkan juga 500 orang itu adalah sebilangannya mengundi di DUN Galas, kalau tidak mengundi pun mereka itu ada waris yang menetap di Galas serta menjadi pengundi, Husam Musa telah mengambil kesempatan awal bertemu dengan mereka yang dikira pengundi luar, kerana nak kumpul pemuda sebegitu banyak yang berada di lembah kelang dalam masa singkat agak susah, maka Husam Musa mencuri waktu mengambil kesempatan mereka berkumpul untuk ke Peroi N9 menuntun bolasepak.

Sedang UMNO masih lagi sibuk dan menunggu siapakah Pengarah Pilihanraya BN di DUN Galas walaupun Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan bahawa YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik tapi Tengku Razalegih sendiri belum lagi memberi kata putus bersetuju ataupun tidak dan jawapannya akan beliau beritahu setelah pulang dari luar negeri pada 9hb. Oktober nanti.

Itulah yang saya katakan bahawa sekiranya PAS melantik Pengarah Pilihanraya bukan Fatah Harun dan Cik Gu Rahim, sukar sedikit pada UMNO hendak membaca tektik PAS, dan perjumpaan Husam Musa dengan penyokong bolasepak kelantan yang boleh mengundi di DUN Galas adalah salah satu startegi PAS.

PAS tentunya akan bekerja keras bagi menentukan kerusi DUN Galas akan kekal ditangan PAS kerana perbedzaan undi hanya 646 undi, Ini kerana melihat kepada keputusan pilihanraya DUN Manik Urai yang berkesudahan PAS hampir kalah walaupun menang lebih daripada satu ribu undi pada piliharaya umum 2004.

Itulah yang membuat PAS gerun. Sekiranya pengundi muda berpihak kepada BN nanti berkemungkinan PAS akan kalah. Siang-siang lagi PAS sudah nampak itulah sebab Husam Musa memberi fokus kepada pengundi muda. Penyokong bolesepak Kelantan aggrasif dan sekiranya semangat itu yang dibawa balik oleh pengundi luar muda ke DUN Galas lemas juga nanti BN.

Ada pembaca blog ini minta pendapat saya berhubung dengan piliharaya kecil DUN Galas, jawabnya mudah salah satu parti akan kalah dan kekalahan itu adalah:

1. Pengundi muda dan pengundi luar tidak pangkah parti itu.
2. Pengundi Cina sokong parti mana yang banyak.
3. Pengundi orang asli masih setiakah pada raja.

Mana-mana parti dapat memberi tumpuan dan sasaran kepada golongan pengundi tersebut, maka parti itulah boleh menang nanti. Ingat 646 undi bukan banyak dalam piliharaya kecil dan tidak mustahil kemenagan PAS dengan mejoriti 464 boleh jadi kalah hampir 1000 undi. Analisa awal saya melalui peti-peti undi KAMPUNG PULAI dan KG BATU PAPAN ada asasnya.


Sunday, October 3, 2010

Sepintas lalu.

Makluman: kepada Tenaga Nasional (TNB) saya dapat sms dari seorang sahabat melahirkan perasaan bimbang kegiatan jenayah akan berlaku dikawasan Taman Nanyang, Jinjang Utara Kepong kerana lampu jalan dah tidak berfungsi selama 4malam. Ini membolehkan kegiatan curi dan samun berlaku diwaktu malam. Tindakan segera TNB sangat-sangat dialu-alukan semuga kegiatan jenayah tidak berlaku, jangan nanti nasi sudah menjadi bubur mahu membaiki kerosakan yang terdapat disitu.

Kepada Sdr Ahmad harap baca jawapan komen saya, elok sekiranya Sdr Ahmad dapat menulis dengan lebih terperinci dan memberi pendapat yang bernas diatas tajuk "Kelantan Cipta Sejarah" supaya saya dapat postkan dalam blog ini untuk dibaca oleh umum, mana tahu dengan tulisan Sdr Ahmad akan membuka kebenaran apa yang tersirat dalam tulisan saya.

Anjing adalah sejenis binatang. Ada anjing yang dipelihara oleh manusia dan ada anjing yang dibiar berkeliaran. Anjing yang dipelihara oleh manusia pandai menjaga hartabenda dan keselamatan tuannya bererti anjing pun tahu mengenang budi.

Manusia yang tidak tahu mengenag budi ertinya lebih teruk dari anjing. Itulah dalam pegangan hidup saya, BERBUDI, MEMBALAS dan MENGENANG BUDI akan saya amalkan sesama manusia didunia ini selain cari kerelaan Allah untuk ke Syurga.

Soalan cepumas, Majlis Rumah Terbuka Hariraya yang dianjurkan oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada dari orang kampung sehinggalah kepada pembesar negara, sekiranya dihitung berapa juta ringgitkah agaknya dibelanjakan. Mewahnya rakyat Malaysia.

Saturday, October 2, 2010

jelmalah wahai aku, tunjuk bagaimana rupamu.


untuk orang yang bernama aku.

tuhan anugerahkan akal
untuk berfikir dimasa hidup ini supaya mati tidak masuk 'NERAKA'

tuhan anugerahkan nafsu
untuk menahan kerakusan supaya teguhkan 'KEIMANAN'

buat apa dilihat berIMAN tapi diakhirat ahli 'NERAKA'
ada alim ulama, tapi buta mata buta hati.

untuk orang yang bernama aku.
tegur, bukan berani menentang
sekadar hamparkan jalan supaya jangan tersesat

'kaki masjid'
alhamdulliah dan biar semuanya begitu


untuk orang yang bernama aku
perli bodoh, ambo tak makan
kerana orang yang bernama aku itu pengecut.

aku bukannya nama hanya ganti nama
orang berani berhujuh biarlah ada nama dan ada rupa.

terima kasih kerana mengikuti newkk 'berkata benarlah'
syurga dibawah telapak kaki ibu.

Friday, October 1, 2010

Kelantan Cipta Sejarah.

YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra.


Sahabat saya, YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra tidak lagi akan dibayar elaun oleh Kerajaan Negeri Kelantan setelah gelaran 'Temenggong Kelantan' ditarik yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sabagaimana berita dibawah ini.

Manakala Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan dua enakman berkaitan kerabat Di Raja dengan sebulat suara yang mana Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra akan menerima elaun sara hidup tidak kurang daripada separuh elaun jumlah elaun yang baginda terima semasa memerintah.

Dan tentunya selepas daripada ini kekosongan gelaran 'Penglima dan Temenggong' akan diisi. Siapakah orangnya tentu dinanti-nanti oleh rakyat Kelantan dan alangkah gembiranya sekiranya orang yang akan menerima gelaran tersebut nanti adalah 'kaki masjid', sepertimana yang dikehendaki dan diceritakan oleh satu blog yang entah kepunyaan siapa.

Takbir 3x. (untuk abe dan mso).

Tarik gelaran Temenggong
Oleh YULPISMAN ASLIutusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Sept. - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, ditarik balik berkuat kuasa hari ini.Turut ditarik balik ialah Darjah Kebesaran Mahkota Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohd. Aiseri Alias berkata, penarikan balik gelaran dan darjah kebesaran tersebut telah dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry melalui sepucuk surat yang dihantar ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, hari ini.

Beliau berkata, surat itu yang ditandatanganinya telah disampaikan sendiri oleh pegawainya, Penolong Setiausaha (Kewangan), Mohd. Rusdi Ismail."Surat itu dihantar kira-kira pukul 10 pagi dan disampaikan kepada seorang kakitangan Istana Mahkota," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry merupakan adinda kedua Sultan Muhammad, selain Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri.Mohd. Aiseri berkata, berikutan penarikan balik anugerah dan pelantikan tersebut, semua elaun yang sebelum ini diterima oleh Tengku Muhammad Fakhry turut ditarik balik."Baginda ada sebab-sebab sendiri penarikan balik anugerah dan pelantikan tersebut," katanya ditanya sebab penarikan semua gelaran dan darjah kebesaran Tengku Muhammad Fakhry itu.

Sultan Muhammad dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang gering.

Pelantikan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar mengikut Perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Kelantan dibawah kepimpinan Tok Guru cipta sejarah lagi.