Monday, January 3, 2011

Keluhan 'bukan anak PERMATA' melalui email.


Sdra newkk,
Tertarik dengan posting dibawah, terpanggil saya untuk menambah rasa kekecwaan saya dengan keputusan yang telah dibuat oleh jabatan kerja raya mengenai satu projek Tender Terbuka di Johor yang telah diiklankan pada Ogos 2010 lepas.

Lebih seratus Kontraktor Kelas A telah menghadiri Lawatan Tapak dan 80 Kontraktor telah menyertai pembidaan Kontrak ini yang telah ditutup pada 30 Sept 2010.

Dengan penuh debaran, saya menunggu keputusan pembidaan ini dan dengan penuh kekecewaan dan kehampaan, saya dimaklumkan bahawa Kementerian dalam Negeri telah mengambil alih pengurusan Projek ini dan hanya 10 Kontraktor Kelas A telah dijemput untuk menyertai Tender Terpilih (Selected tender).

Tersangatlah hairan bin ajaib, bagaimana satu projek yang telah diurus oleh JKR, tiba-tiba diambil alih oleh KDN dan sepertimana saya dimaklumkan lagi, kesemua 10 Kontraktor yang ter'selected' adalah Kontraktor-Kontraktor yang 'rapat' dengan KDN.

Walhasilnya, kesemua 80 Kontraktor yang telah bersusah payah melawat tapak di Johor Bahru, membeli Tender Documents dengan harga RM1,000.00 dan membidanya dan menunggu keputusan Tender yang pastinya tidak berjaya.

Adalah wajar kalau pihak-pihak berwajib menyiasat kesahihan 'kes' ini dan kalaulah ianya didapati benar, tidakkah ada kemungkinan kesemua 80 Kontraktor yang telah membida projek ini, diberi pampasan yang setimpal dan pihak JKR dan/atau KDN diberi surat tunjuk sebab mengapa keadaan ini boleh berlaku?

Janganlah hendaknya slogan 'Rakyat Didahulukan" menjadi retorik semata-mata.

-- Luahan hati nurani Kontraktor Malang.

No comments: