Thursday, April 28, 2011

Anwar Ibrahim menghitung hari.

Angka 16 merupakan satu kecelakaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mana tidaknya, merancang untuk menjatuhkan Kerajaan BN pada 16hb. September tapi gagal dan baru-baru ini merancang untuk tumbangkan Kerajaan BN dalam PRN Sarawak juga gagal.

Satu lagi angkat 16 sedang menunggu nasib Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pada 16hb. Mei 2011 bagi memutuskan sama ada beliau perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful secara paksa.

Hujah kedua-dua belah pihak sudah pun berakhir, pihak pembela mendakwa bahawa zakar Anwar Ibrahim telah masuk ke dalam dubur Saiful.

Manakala pihak pembela pula berhujah tidak berlaku kejadian liwat secara paksa diantara Anwar Ibrahim dengan Saiful kerana 2 hari selepas kejadian barulah lapuran polis dibuat dan sebelum daripada lapuran polis dibuat Saiful sempat minum kopi dan makan karipap bersama Anwar Ibrahim.

Bagaimana boleh dikatakan paksa selepas “main” boleh duduk minum dan makan bersama dan tunggu masa lebih daripada 48jam baru lapuran polis dibuat, itu pun setelah berjumpa dengan beberapa orang tertentu.

Sekiranya zakar Anwar Ibrahim masuk kedalam dubur Saiful tidak dengan cara paksa bolehlah dianggap berlaku ‘homeseksual’ iaitu mengadakan perhubungan sejenis atas sifat suka sama suka.

Kalau dalam kes antara lelaki dan perempuan apabila ditangkap sedang berdua-dua suka sama suka mereka itu akan dituduh berkhalwat atau pun mukadimah zina dan jika didapati bersalah kedua-duanya akan dihukum.

Apabila berlaku perzinaan secara paksa yang mana pihak perempuan tidak mengizinkan itu dipanggil rogol. Dan tidak dipanggil rogol sekiranya perempuan itu boleh bersenang lenang, makan minum bersama dan pergi shopping terlebih dahulu dalam masa dua hari barulah buat lapuran polis.

Sekarang Anwar Ibrahim sedang meghitung hari, apakah beliau akan ke Sungai Buloh kerana didapati besalah atau boleh terus bersama penyokong-penyokongnya bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai.

Atau terpaksa tunduk dengan isu ‘Video Lucah’ yang sedang dipertontonkan kepada masyarakat seluruh dunia yang dikatakan pelakun didalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim sedang berzina dengan seorang gadis Cina.

Cukup sudah ‘pakej’ hubungan sex yang melibatkan lubang kerongkong, puki dan dubur dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Aduh sungguh mengaibkan. Apakah semua rakyat bersetuju perkara perkara yang mengibkan ini dihalal kerana politik?.

Apakah semua kejadian ini akan dibukukan dan akan menjadi mata pelajaran sejarah yang wajib dibaca oleh murid-murid sekolah akan datang. Jawabnya TIDAK sekiranya PUTRAJAYA diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Persoalan sekarang yang menjadi tandatanya. Apabila Anwar Ibrahim akan di PENJARA atau beliau tidak akan meneruskan sisa-sisa hidupnya dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat dan sekiranya ini terjadi.


Siapa akan ganti Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat?

Jawapannya ikuti blog ini pada 17hb. Mei 2011.

Monday, April 25, 2011

Monyet pun gila perempaun.



Monyet, Beruk, Kera adalah perkataan yang 'sikir' didengar, kadang-kadang orang Kelantan boleh 'bertetak' apabila perkataan itu digunakan bagi menghina seseorang, laki bini pun boleh bercerai. Tapi lain pula apa yang berlaku di Kapar Selangor.

TV3 dalam program Aduan Rakyat semalam mendedahkan bagaimana orangramai didearah tersebut berada dalam keadaan kegelisahan apabila monyet-monyet mengacam kedamaian hidup mereka sehari-harian.

Seorang perempaun menampilkan kegelisahan kerana monyet-monyet tersebut terlalu minat kepadanya, "Monyet disini tak boleh melihat perempuan, diterkam kepada perempuan kerana monyet tersebut minta kepada orang perempuan", saya pun diterkamnya juga, tegas perempuan itu. 'Seriau' bulu roma dibuatnya.

Manakalah seorang penternak ayam telur mengeloh kerana monyet-monyet itu serbu reban ayam tempat berterlur dan habis telur dimakan oleh monyet. Yang lucunya, monyet itu bertindak sebagai bidan apabila melihat ayam yang sedang mahu bertelur.

Monyet sanggup menunggu ayam yang mahu mengeluarkan telor dengan mengangkat ekor ayam dan apabila telur keluar monyet tersebut terus memakan telur tersebut, rakusnya monyet sekarang.

Monyet sekarang sudah tidak senang hidup dihutan, kerana kampung halamannya telah diterokai oleh manusia, hutan dah ditebang tebas kerana mengeluarkan balak untuk mendapat keuntungan wang yang banyak, kawasan hutan dibersihkan untuk diadakan projek-projek pembangunan. Monyet, Kera dan Beruk telah berhijrah dan kini sedang menguasai pinggir bandar Kapar. Selangor. Masaalah baru mengacam penduduk disitu.

Jelas disini bahawa monyet itu gilakan kepada perempuan dan telur, tak boleh 'kelibat' didepan mata, monyet mahu sapu, ada perempuan diterkam untuk dicium dan didakap manakala telur habis dimakan. Cerdik juga moyet itu. Samalah seperti dengan sesetengah ahli parti politik.

Banyak kita dengar skandal ahli-ahli politik terlibat dengan perempuan sama ada disimpan atau ditelanjang untuk sementara waktu, perangainya sepertilah monyet di Kapar, Selangor itu.

Begitulah juga berlaku dalam pemilihan kepimpinan dalam UMNO. Calun yang tak seberapa pun boleh menang dalam pertandingan kerana disogokkan dengan wang. Hari ini berjanji untuk menyokong satu-satu calun tapi apabila disaat akhir ditaburkan dengan wang maka sokonganpun beralih. Soal prinsip dan janji hilang dalam sekelip mata.

Sepertilah Monyet, Kera dan Beruk, 'setara' mana 'benkeng' pun apabila diberi telur akan 'kuyup'lah bulu 'benkeng' itu dan boleh dibuat permainan untuk kesukaan anak-anak, jadilah macam monyek serkas.

Cik Bak pun beerkata, Dalam politik sekiranya tak ada wang jangan percaya sangat orang akan sokong kita, kerana banyak orang yang kata nak sokong itu perangainya seperti Monyet, Kera dan Beruk dengan telur.

Monyet, Beruk dan Kera apabila melihat telur lalu didepan, mata pun 'juling'. Begitulah manusia dengan pitih.


Sunday, April 24, 2011

'Cinta Palsu' Ahmad Mazlan !

Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyebut bahawa satu hari nanti akan tiba masanya orang melayu yang majoriti penduduk negara ini akan bersatu tidak lagi berpecah belah kerana parti.

Ini adalah satu kesedaran yang boleh dipuji sekiranya semua sikap pemimpin melayu meletakkan keutamaan kesejahteraan rakyat melayu lebih daripada mengekal kuasa untuk mencari kesenangan dan kemewahan hidup dengan memperalatkan rakyat melayu.

Kesedaran Ahmad Mazlan itu diharap bukan sebagai satu retorik politik UMNO bagi menyedapkan hati rakyat melayu yang sekarang ini diresahkan dengan berbagai-bagai andaian akibat kemenangan besar parti DAP dalam PRN Sarawak lalu.

Beliau juga turut mengatakan, pintu rundingan kerajaan perpaduan dengan PAS sentiasa terbuka asalkan PAS sanggup meninggalkan PKR dan DAP. Sudah melencung pula budak Ahmad Mazlan ini dalam memberi penjelasan kerajaan perpaduan.

Kenapa ada syarat kepada PAS, kenapa PAS kena tinggalkan PKR dan DAP. Adakah kerana dalam PKR ada ahlinya orang Cina dan India maka PAS tak boleh bersama UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama.

Kenapa UMNO tidak terlebih dahulu meninggalkan MCA dan GERAKAN kerana parti itu tidak bersifat melayu sekiranya alasan oleh kerana ada bangsa lain bersama PAS maka tidak boleh diujudkan Kerajaan Perpaduan.

Nampak sangat bahawa Ahmad Mazlan tidak berminat kepada Kerajaan Perpaduan untuk kepentingan kuasa orang melayu dinegara ini. Ahmad Mazlan hanya mahu melihat perpaduan melayu akan ujud tanpa Anwar Ibrahim. Kenapa?

Kerana sekiranya Anwar Ibrahim ada bersama dalam Kerajaan Perpaduan, banyak perkara harus diperbetulkan, kepentingan pihak-pihak yang tidak menjalankan dasar kerajaan mengikut buku akan didedah dan diambil tindakan.

Senarai 17 orang yang berprofile tinggi yang dicadangkan oleh SPRM untuk pendakwaan akan diteruskan, skandal rasuah dan penyalahangunaan kuasa akan dibongkar, hak rakyat akan dikembalikan terutamanya royalti minyak untuk Negeri Kelantan.

Apa salahnya untuk kepentingan kuasa melayu, Kerajaan yang diterajui oleh UMNO melupakan detik-detik hitam sejarah silam. Berpakatlah diantara tokoh-tokoh politik melayu yang terdiri daripada UMNO, PAS dan PKR. Jangan ketepikan pengaruh Anwar Ibrahim terhadap orang melayu. Akuilah.

Sekiranya PM Najib, Mahyuddin Yassin, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang boleh duduk bersama, berbincang dalam semangat Islam untuk kepentingan anak cucu orang orang melayu dimasa depan. Insya Allah Kerajaan Perpaduan mudah untuk dibentuk.

Yang menjadi masaalahnya apabila ada pemimpin melayu takut kepada bayang-bayangnya sendiri, manakala yang jadi menteri bimbang digugurkan.

Saturday, April 23, 2011

'Windfall' di Kementerian Noh Omar.

YB. Datuk Seri Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

RM3.38 billion. itulah angka yang telah diumumkan oleh PM Najib bagi perbelanjaan mengurus dan projek-projek pembangunan pertanian pada tahun ini dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mana menterinya Noh Omar.

Noh Omar baru-baru ini telah melantik Alwi Che Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengantikan Azmi Ishak, Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh. Umum rakyat Kelantan tahu Pengerusi KADA adalah Anuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Adalah didapati jawatan Pengerusi KADA yang disandang oleh Anuar Musa sekarang ini edahnya tidak lama lagi. Penguguran Azmi Ishak dan ditukar kepada Alwi Che Ahmad tidak dimaklumkan kepada Anuar Musa oleh menterinya Noh Omar. Apa ertinya?.

Melihat kepada angka wang ringgit yang diumumkan oleh PM Najib itu terbayang sudah bahawa nasib para petani, penternak dan nelayan seperti mendapat ' durian runtuh'. Sekiraanya dibahagi-bahagikan kepada isi keluarga para golongan petani miskin tegar sudah terhakis kemiskinan dikalangan mereka.

Juga apabila melihat kepada angka 3.38 billion itu membuat ahli UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti sudah berkira-kira dan sedang mengintai peluang bagi mendapat projek-projek dibawah kelolaan Noh Omar. Akan berbarislah dikalangan kenalan rapat Noh Omar tertumpu di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Usaha kerajaan memberi perhatian dan keutamaan kepada bidang tersebut bagi mengelakkan berlakunya kritikal untuk kesejahteraan rakyat. Kepercayaan PM Najib kepada Noh Omar bagi meneruskan usaha mempertingkatkan hasil pengeluaran negara melalui bidang pertanian mengambarkan Noh Omar mampu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada kerajaan BN.

Yang tinggal akan menjadi persoalannya, siapakah yang akan mendapat nikmat dan keuntungan dari perancangan yang gigih itu agar sumber bekalan makanan tempatan dapat dipertingkatkan bagi menghalang kenaikan barang makanan yang tinggi menyebabkan inflasi.

Antara subsidi yang diberi oleh kerajaan ialah RM480 juta untuk harga padi, RM409 juta untuk baja padi dan inisiatif untuk meningkatkan hasil padi RM80 juta. RM150 juta untuk kos pembajakan dan baja tambahan, Harga beras RM167 juta, benih padi RM85 juta. Tapi malangnya harga beras terus mahal dan harga padi kekal murah.

Itulah peluang yang ada di Kementerian Noh Omar dan 'windfall' ini tentunya akan dapat kepada salah seorang Ketua UMNO Bahagian dari Negeri Kelantan menafaatnya.

Friday, April 22, 2011

Santai di 'pengkalan haram' selepas solat Jumaat.



MCA dan GERAKAN akan menjadi 'gajah puteh' kepada BN. Pengundi Cina sudah tidak percaya kepada perjuangan parti MCA dan GERAKAN lagi. Orang Cina telah menolak MCA dan GERAKAN sejak pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. MCA dan GERAKAN tidak boleh diharap.

UMNO marah apabila pengundi Cina menyokong DAP, tuduhan DAP adalah sebuah parti perkauman terus didendangkan termasuklah oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang terlupa bahawa UMNO adalah sebuah parti perkauman juga.

DAP berjaya menyatukan pengundi Cina yang menyebabkan parti itu menang banyak ditempatnya bertanding, manakalah UMNO pula tidak dapat menyatukan pengudi Melayu yang menyebabkan UMNO kalah banyak kerusi.

Sebenarnya kita tak payah takut kepada DAP, perti itu bukanlah kuat sangat kalau hendak dibandingkan dengan kekuatan yang ada pada Kerajaan BN. DAP hanya boleh berlagak buat sementara waktu sekiranya UMNO betul-betul dapat memikat hati rakyat supaya bersatu dibawah payung 'Kerajaan Perpaduan' yang berlandaskan kejujuran dan tradisi membela rakyat.

Kalau slogan kerajaan diubah daripada 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada 'Tradisi Membela Rakyat, Membangun Bersama Islam' maka natijah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan akan dapat dilaksanakan dan tentunya Melayu yang menjadi tuan kepada negara ini akan dapat meranapkan kemenangan DAP dalam pilihanraya umum ke 13.

Dan pada waktu itu, BN akan bertambah kuat kerana melayu sudah tidak banyak berpecah. Kerajaan Perpaduan akan ujud setelah UMNO, PAS dan PKR akan bergabung. Mahukah PM Najib dan pemimpim UMNO lain berkerja kearah itu?.

Sudah terang sekarang ini dimana kawasan yang majoritinya tidak dimiliki oleh melayu, BN akan kalah dalam PRU kerana MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan lain-lain sudah tidak kuat lagi, hanya UMNO satu-satunya parti dalam kemponan BN yang masih dipercayai oleh rakyat dan masih boleh kemenangan.

Kelewatan menyusun Kerajaan Perpaduan akan menyebabkan PAS dan PKR akan terus bersama DAP menerjah BN dalam PRU ke 13 nanti dan ini boleh menyulitkan kemenagan yang bergaya oleh BN terutamanya UMNO, tambahan lagi kawasan yang majoritinya melayu diberi pula kepada MCA, GERAKAN, MIC dan PPP bertanding yang menyebabkan BN akan terus menerima kekalahan.

Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO hanya ada dua pilihan bagi menyelamatkan kuasa dalam kerajaan iaitu sama ada ujudkan Kerajaan Perpadua yang terdiri daripada UMNO, PAS dan KEADILAN yang mana pemimpinnya melayu atau ajak DAP menyertai BN yang sudah dianggap parti perkauman. Dalam politik semuanya boleh jadi.

Kempen lah 'lagu mana' pun, orang Cina tidak akan menolak DAP buat masa ini kerana mereka boleh hidup senang dengan menikmati apa yang disediakan oleh kerajaan hasil daripada dasar berkonsepkan 1Malaysia. Yang akan merana adalah bangsa melayu kerana dihina dan dicaci oleh bangsa melayu sendiri.

Bukan rakyat tidak sedar bahawa kuasa melayu akan terhakis, tapi rakyat melayu lebih 'loya dan muak' dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri yang tidak melaksanakan tugas dan amanah sebagai profession membela rakyat. Apa yang berlaku kini mereka itu melaksanakan kuasa dengan rakus untuk kepentingan diri dan puak masing-masing.

PM Najib telah minta supaya pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian semuga mewujudkan pasukan dan jangan mewujudkan puak tapi malangkan saranan PM Najib itu masih tidak dapat dihayati oleh pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian. Berpuak-puak masih lagi menjadi amalan dibanyak Bahagian UMNO kini.

Menyerang DAP tidak kemana selagi dalam rumah sendiri masih berkecamuk, Teori mengata huduh, mencaci, maki hamun terhadap Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz tidak kemana bahkan bertambah semangat lagi mereka berdua itu untuk turun ke kampung dan desa mendekati rakyat bagi mendapat sokongan untuk meruntuhkan kerajaan BN dalam PRU ke 13.

Dan rakyat yang tidak ahli UMNO percaya PUTRAJAYA akan jadi milik Pakatan Rakyat apabila berlangsungnya Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

KPN rebah pengsan?

Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara

Berita yang baru diterima dari sebuah hospital swasta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah dirawat pagi ini kerana 'rebah pengsan' diperhimpunan bulanan pasukan PDRM di Bukit Aman. Kedaaan beliau masih belum dipastikan lagi.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan 'perpaduan ummah' dan bagi mengambil berkat hari yang mulia ini, marilah kita semua sama-sama memanjatkan doa daripada Allah swt semuga Tan Sri Ketua Polis Negara tidak akan mengalami apa -apa musibah tentang kesihatan beliau.

Walau pun tempoh bersara sudah hampir, tapi Tan Sri KPN masih meneruskan tugas seperti biasa kerana begitu prihatin kepada pasukan polis Di Raja. Beliau dijangka bersara pada mei ini sekiranya Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan PM Najib tidak berhasrat menyambung perkhidmatan beliau.

Ketua Polis Negara sebelum daripada ini disambung perkhidmatannya sehingga menjejas peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang lain.

Adalah elok Tan Sri Ismail Omar terus mengambil cuti kerana kesihatan adalah lebih penting daripada segala-galanya didunia ini sama ada pangkat dan kekayaan. Buat apa mengejar pangkat sekiranya kesihatan terjejas dan buat apa mengejar kekayaan sekiranya hasil kekayaan tidak deapat dinikmati kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Pinjam kata-kata Cik Bak (Kadok) buat apa ada harta berjuta-juta setelah tubuh badan dihingapi bermacam-macam penyakit, sepertilah katanya 'barang' sudah segar tapi bini pula mati.

Renungan untuk MELAYU Malaysia.

Peristiwa Sabra dan Shatila

01 Peristiwa Sabra dan ShatilaPenyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai “penghapusan kaum (genocide)” — satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Latarbelakang:
Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine “Palestine Liberation Organization (PLO).

Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam.

Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.

Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur.

2 Peristiwa Sabra dan Shatila

Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat.

Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan (lihat di bawah).

Kejadian:
Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel “Israel Defense Forces” (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.

Menjelang tengah hari Rabu, 15 September, pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelang tengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasuk Elie Hobeika, untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem. Pada pukul 4 petang, 1500 orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150 orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan perang “hatchet”.

Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDF menembak flare penerang di atas kawasan kem. Seawal pukul 8 malam hari Khamis, seorang pegawai Phalangist melaporkan pembunuhan seramai 300 orang awam kepada pusat kawalan Israeli. Pembunuhan ini berterusan sepanjang malam. Sebahagian daripada laporan telah dihantar ke Tel Aviv dan telah dilihat oleh beberapa pegawai kanan IDF.

1 Peristiwa Sabra dan Shatila

Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihan tersebut. Pada satu masa soalan melalui radio ditujukan kepada Elie Hobeika menanyakan apa yang hendak dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak telah dipintas oleh pegawai perhubungan Israeli (dia menjawap “Ini merupakan kali terakhir awak tanya saya soalan seperti itu, awak sudah tahu apa yang perlu dilakukan”, tentera Phalange di situ ketawa mendengarkannya). Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang, wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak).

Sesetengah tentera IDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka. Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalanges untuk berhenti mara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung.

Selepas itu pada waktu petang, perbincangan Majlis Pegawai Israeli memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepada pasukan Phalanges sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untuk menghentikan pasukan Phalanges. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan jentolak tambahan.

Orang bersenjata tidak keluar dari kem pada pukul 5 pagi Sabtu seperti diperintahkan; sebaliknya, mereka keluar pada pukul 10 pagi, selepas memaksa mereka yang masih hidup untuk beratur keluar dari kem, membunuh mangsa secara rawak, dan menghantar kebanyakan yang lain ke stadium untuk soal-siasat, yang berlarutan sepanjang hari. Pasukan IDF tidak memasuki kem ketika itu, untuk mengelak pembabitan. Pemberita asing pertama dibenarkan memasuki kem pada 9 pagi dan apabila menjumpai beratus-ratus mayat bergelimpangan merata-rata, kebanyakannya dikelar, memancarkan berita rasmi mengenai penyembelihan tersebut sekitar waktu tengah hari.

Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui. International Committee of the Red Cross (ICRC) menganggarkan sejumlah 2,750 mangsa. Jumlah Israeli, berasaskan perisikan IDF, meletakkan jumlah sehingga 700-800, jumlah yang sama dipetik oleh pihak berkuasa Lubnan dan kebanyakan sumber Barat, dan laporan lain menyebut antara 300 sehingga 3,000.

Tuduhan terhadap Israel:

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israeli, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israeli terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israeli telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri kabinet Israeli. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera. Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut:

“Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan. Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.”

Beberapa pihak seperti Noam Chomsky dan Robert Fisk telah mendakwa bahawa pihak Israeli memang menyedari akan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Selain itu, mereka mempertikaikan bahawa terdapatnya anggota PLO di dalam kem-kem berkenaan, seperti dakwaan (1) laporan Suruhanjaya Kahan bahawa IDF telah menghantar 150 Phalangist untuk menentang 2,000 anggota PLO (satu ciri taktik ketenteraan yang lemah) dan (2) pihak Phalangist cuma kehilangan dua nyawa, sesuatu yang mustahil dalam pertempuran yang berlanjutan selama 36 jam yang melibatkan 2,000 pejuang yang cukup berpengalaman [FT].

Beberapa pihak membantah analisis yang dilakukan oleh Chomsky dan menganggapnya sebagai sesuatu yang subjektif berdasarkan pandangan politik beliau yang dianggap sebagai radikal. Bagaimana pun, para pengkritik mempunyai pelbagai bantahan terhadap pandangan berkenaan. Menurut mereka, Israel tidak pernah mendakwa kesemua anggota PLO (berbanding pejuang Fatah) bersenjata atau cuba mengatur pertahanan; dalam kejadian-kejadian sebelumnya, pihak Phalangist telah dipanggil untuk menyaring anggota PLO daripada kumpulan Lubnan yang lain. Phalangist menunjukkan sikap yang baik dalam kes-kes seumpama ini.

Tambahan pula, Israel menyatakan bahawa Panglima Medan Phalangist, Elie Hobeika, pada ketika itu telah mempunyai hubungan dengan Syria (beliau secara terbuka berpaling tadah seketika kemudian). Ini menunjukkan bahawa beliau mungkin telah merencanakan penyembelihan itu sebagai provokasi politik terhadap sekutu Israeli beliau (satu tindakan yang tidak asing bagi dirinya). Akhirnya, Israel menekankan bahawa tentera Israeli tidak pernah menerima sebarang perintah (dalam kejadian ini atau yang lainnya) yang boleh menyebabkan kematian di pihak orang awam yang tidak bersenjata.

 Peristiwa Sabra dan Shatila

Namun begitu, Israel telah memberikan perakuan secara bertulis bahawa ia akan melindungi orang awam Palestine, kerana itu telah menjadi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa sebagai kuasa penakluk.

Berikutan dengan pilihan raya Sharon 2001 untuk jawatan Perdana Menteri Israel, satu saman telah dikemukakan di Belgium berkenaan peranannya dalam peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila. Mahkamah Agung Belgium memutuskan pada 12 February, 2003, bahawa Sharon (dan yang lain, antaranya adalah Yaron) boleh disabitkan di bawah tuduhan ini. Pengkritik saman ini menuduh bahawa ia di lakukan untuk tujuan politik.

Israel bertindak balas dengan bising “furor” terhadap keputusan ini dan mempersoalkan hak mahkamah Belgium untum membicarakan kes ini, walaupun rakyat Israel yang membawa kes (tidak berkenaan) pada mahkamahyang sama terhadapPalestin. Ramai yang mendapati mamlumat dalam saman itu memeranjatkan “disturbing”. Sebahagiannya berasaskan pada maklumat Suruhanjaya Kahan (Kahan commission) yang tidak pernah dibebaskan kepada umum (bahagian lapuran yang disita) tetapi diberikan kepada pendakwa Belgian oleh sumber Israel.



Read more: http://blog.uhs4all.ws/peristiwa-sabra-dan-shatila/#ixzz1KC4jaaIj

Thursday, April 21, 2011

Sokong Alwi, kecam Mustapha.

kerusi yang tak jadi rebutan.

Semuanya kerana kerusi, Mustapha Mohamed sanggup panggil Umi Halfida menjadi Penceramah Utama di Kawasannya kerana hendak mempertahankan kerusi sebagai wakil rakyat. Begitulah ragam didunia hari ini. Orang politik sanggup membuat apa saja untuk mempertahankan kedudukannya.

Isu kerusi ini hangat dibincangkan oleh rakyat sama ada berkenaan politik ataupun dalam perkhidmatan awam. Kerana kerusi, yang patut bersara tak mahu bersara. Dalam tahun ini ramai pegawai kerajaan yang akan bersara sama ada dalam jabatan perkhidmatan awam atau pun dalam pasukan yang beruniform. Mahu bersarakah mereka-mereka itu?

Berikut dibawah ini saya paparkan komen yang dihantar kepada saya menyokong tindakan Alwi Che Ahmad, Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang menolak undangan Mustapha Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk berceramah sepentas dengan Umi Halfida di Jeli baru-baru ini.

Salam Abang .. Jika disebut longkang, pasti semua orang tahu. Busuk, kotor dan bermacam-macam najis, sisa toksid, shit dan bangkai buangan terus mengalir melalui longkang. Baunya pun busuk sebusuk-busuknya, hanyir dan jika tersentuh pasti kena menyamaknya. Mungkin itulah boleh didifinasikan dengan longkang.

Jika saudara Alwi bertindak demikian dan menolak jemputan berceramah, saya menyokong tindakanya. Berceramah adalah yang pasti dalam politik untuk menyampaikan maklumat. Jika Ummi Hafilda dijadikan hos untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, topiknya sudah pasti untuk memburukan imej saudara Anwar Ibrahim.

Sudah pasti isu dubur dan air mani yang menjijikkan tentu akan terkeluar dari mulut perempuan sunda ini. Malu pendengar yang hadir termasuk muslim muslimat. Apakah rasionalnya pulak Datuk Pa memjemput selebriti ini (Ummi)? Apakah dengan kehadiran Ummi itu akan bertambah pendengar yang datang? Apakah Umno sudah ketandusan idea politik untuk berdepan dengan rakyat dan PAS? Apakah Umno sudah tidak ada penceramah yang intelek dan berwibawa sehingga sanggup mengunakan Ummi. Memang jelas di sini, Umno ketandusan penceramah sehingga sanggup mengunakan Ummi hanya untuk cerita pasal saudara Anwar, pasal liwat dan dubur.

Apakah dengan ceramah isu dubur dan liwat, Umno dapat kembali menawan Kelantan? Apakah milleage politik Umno hanya tertumpu pada dubur dan liwat. Bukankah di mana-mana Ummi berceramah, pengaruh dan karismatik saudara Anwar tetap unggul dan karier politiknya masih disokongi rakyat. Jika isu itu diterima dan dipercayai rakyat, karier politik Anwar sudah lama terkubur. Ini tidak, Anwar dilihat terus unggul dikaca mata persada politik tanah Air sehingga memenanggi kerusi Permatang Pauh. Jika rakyat percaya apa yang Saudara Anwar lakukan, sudah lama karier politik Saudara Anwar musnah ditelan zaman . Apa pun rakyat tetap dan masih mempercayai saudara Anwar berlandaskan personaliti dan latar belakangnya sebagai seorang pemimpin yang wibawa dan ketokohanya sebagai seorang pejuang yang berprinsip sehingga kini.

Cerita dubur atau liwat dianggap dongeng dan mengarut hanya untuk kepentingan politik tertentu. Jika saudara Alwi menolak jemputan terhadap beliau, itu adalah kebijakanya berpolitik... Berpolitik biarlah berlandaskan idea serta dasar yang akan diperlaksanakan kepada rakyat dan negara, bukan diatas topik dubur dan liwat hanya untuk mengekalkan kuasa. Rakyat hari ini bukan rakyat dizaman Pak Pandir atau zaman Jakun. Rakyat hari ini penuh dengan ilmu dan intelek dapat berfikir dan menilaikan yang mana benar dan salah. Pemimpin Umno seharusnya berpolitik, berceramah biarlah berlandaskan fakta, kejujuran demi kebaikan rakyat.

Bukan berlandaskan fakta palsu yang direka-reka cipta hanya untuk menegakkan benang yang basah. Gunakan idea-idea yang menarik untuk mendapat sokongan politik bukan hanya menjemput Ummi untuk berceramah dijalanan dengan isu-isu kotor sebagaimana kata -kata dalam artikel abang "Longkang dan Sampah". Semoga Abang memilih parti politik yang benar-benar membela kebenaran dan keadilan, jangan jadikan politik untuk kepentingan diri sebagaimana yang dituntut.

Wednesday, April 20, 2011

Longkang dan Sampah.

YB Alwi Che Ahmad.
UMNO Bahagian KETEREH 'retak menunggu belah'



UMNO Perhubungan "Bahagian Jeli" berjaya mengadakan majlis ceramah politik dengan menjaja pemidato utamanya Umi Halfida manakala Ustaz Harun Ab.Rahman sahabat ambo menjadi penceramah iringan.

Pada mulanya dikatakan YB. Alwi Che Amat, Setiausaha Barisaan Nasional Negeri Kelantan dijemput bagi menjadi penceramah iringan tapi Alwi menolak kerana tidak mahu duduk sepentas dengan Umi yang sudah jelas akan berceramah dengan mengatakan 'huduh' kepada Anwar Ibrahim.

Sikap Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian KETEREH menolak jemputan UMNO Jeli itu khasnya Mustapha Mohamed selaku Ketua UMNO Bahagian sedang hangat dibicarakan oleh pemerhati politik Kelantan. Alwi menolak pelawaan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Sebagai seorang yang tahu adat tentulah Alwi mempunyai asas yang kukuh untuk menolak jemputan berceramah bersama Umi. Alwi tidak sanggup mendengar dan melihat orang yang berada sepentas dengannya akan berceramah untuk menjatuhkan maruah sesama Islam, maki hamun dan mencaci. Alwi tahu Umi akan berceramah menyentuh peribadi Anwar Ibrahim seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh Umi disetiap tempat ceramah yang menjemputnya.

Alwi hanya akan berceramah dengan orang yang tidak mengunakan pentas dan pembesar suara untuk memaki hamun, Alwi berceramah untuk berhujah bagi menegakkan kebenaran parti yang diwakili iaitu UMNO, soal kebagusan menyokong UMNO dan matlamat perjuangan UMNO untuk membela rakyat. (ucapan biasa didengar dari penceremah dan pemimpin UMNO). Alwi tidak suka soal peribadi dijadikan modal berkempen dan berceramah kerana Alwi tahu banyak rakyat yang tidak suka cara demikian.

Tapi lain dengan Mustapha Mohamed, beliau sengaja menjemput Umi ke Bahagiannya untuk Umi menceritakan keburukan Anwar Ibrahim, untuk Umi menceritakan dengan tujuan mengaibkan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah Ismail dan apabila ada orang datang ke Jeli dengan memaki hamun Anwar Ibrahim maka Mustapha Mohamed merasa puas.

UMNO Kelantan sudah hilang pedoman, bukan UMNO Bahagian Jeli saja yang menjemput Umi Halfida untuk berceramah ada Bahagian lain lagi yang membawa Umi ke Bahagiannya, nampak jelas bahawa UMNO Kelantan sekarang sudah tidak ada penceramah yang berwibawa, sudah tidak ada tukang syarah yang boleh menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO, itulah sebabnya Umi menjadi 'idola' Mustapha Mohamed.

Alwi yang juga Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mahu bertanggongjawab dengan isu yang 'sengaja' mahu mengaibkan Anwar Ibrahim, bersekonkong dengan Umi yang diaggap oleh Alwi seperti 'LONGKANG dan SAMPAH'. Alwi malu sekiranya disebut dalam Dewan Undangan Negeri bahawa beliau adalah sampah dalam longkang Umi.

Itulah kebijksanaan Alwi berpolitik, tahu yang mana akar dan yang mana pucuk semenjak menjadi Ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama Anwar Musa yang menjadi Pengerusi KADA. Dah tak ada orang UMNO lain dah yang Noh Omar boleh lantik.

Dalam bab Umi Halfida ini, tindakan Alwi Che Ahmad adalah betul. Sokong.

Tuesday, April 19, 2011

PROMOTION


Jangan sampai pegawai kerajaan jadi 'malas' untuk bekerja. Peluang kenaikan pangkat disekat kerana telah menjadi practice. Apabila seseorang itu disayangi walau pun telah ditetapkan umor bersara tapi dilanjutkan tempoh persaraan wajib.

Semacam telah menjadi tradisi dalam perkhidmatan awam seseorang itu akan disambung perkhidmatan apabila 'orang atasan' berkenan untuk dikekalkan seseorang itu terus bertugas dengan diberi keistimewaan bagi menyambung perkhidmatan secara kontrak.

Sedangkan orang yang dibawah, yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan tidak berpeluang naik pangkat oleh kerana amalan yang kurang sihat yang telah menjadi kebiasaan dizaman ini.

Sudah ramai pegawai kerajaan yang sepatutnya bersara dengan jawatan yang lebih tinggi tapi tidak berpeluang kerana amalan menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya sudah bersara mengikut umor yang telah ditetapkan dalam kamus perkhidmatan.

Apakah di negara kita ini sudah kurang pegawai kerajaan yang bijak dan pandai untuk dinaikkan pangkat bagi mentadbir sesebuah kementerian sehingga seperti terpaksa menyambung yang patut telah bersara kekal ditempat itu. Atau dalam perkhidmatan awam pun ada kroni.

Sistem menyambung pegawai yang sepatutnya sudah sampai masa bersara tidak memberi keberhasilan yang lebih baik kepada sesebuah kementerian atau jabatan. Ini kerana mematah semangat kepada pegawai lain untuk memberi perkhidmatan sebaik mungkin kerana mereka akan terasa tawar hati apabila melihat sistem yang ada hari ini seolah-olah menyekat peluang kenaikan pangkat mereka.

Bukan seolah-olah lagi, memang betul cara amalan sekarang ini menyekat peluang kenaikan pangkat dan melemahkan semanagat kakitangan lain untuk terus memacu jentera kerajaan kearah lebih pro aktif selari dengan matlamat KPI dan NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan PM Najib.

Boleh jadi PM Najib terlepas pandang perkara ini kerana beliau sendiri tidak pernah menjadi penjawat awam (perkhidmatan awam). Mungkin PM Najib hanya bersetuju dengan saranan yang dubuat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa melihat kebawah akan keresahan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai cita-cita sejak dibangku sekolah lagi untuk menjadi pegawai kerajaan dengan jawatan setinggi mungkin.

Pegawai kerajaan juga ada cita-cita, sepertilah orang politik. Orang politik cita-citanya nak jadi Perdana Menteri dan pegawai kerajaan cita-citanya nak jadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) maka yang patut ada peluang naik pangkat hendaklah jangan disekat peluang itu barulah sesuai dengan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' kerana pegawai kerajaan itu juga rakyat.

Alasan menyambung Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) kerana untuk meneruskan program dan dasar negara dan dasar kementerian tidak masuk akal kerana orang yang akan dipilih untuk mengambil alih jawatan tersebut tentunya akan mampu melaksanakan tugas apabila diberi kepercayaan kelak.

Apakah oleh kerana mereka itu tidak disambung perkhidmatanya, dasar dan program yang telah dirancang tidak akan dapat dilaksanakan maka oleh sebab itu mereka disambung perkhidmatannya secara kontrak. Bagaimana kalau mereka itu mati?.


Monday, April 18, 2011

sepanjang perjalanan.

ingat

gembira didunia apabila jerat mengena, tapi akhirat belum tahu sekiranya banyak upah barangkali.


1. tenang.
2. gelabah
3. mutar ligat

Walau pun diasak kiri dan kanan, dihina diaib, difitnah, dimaki oleh musuh-musuh politik dan oleh 'longkang dan sampah politik' Anwar Ibrahim tetap gigih walau pun kadang-kadang pening dan 'mutar ligat' memikirkan kecenderongan musuh-musuh politiknya tergamak mengheretkan anak cucu dan isterinya kekancah mengaibkan keluarga.

Inilah (gambar diatas) nama-nama yang meniti dibibir rakyat jelata, sama ada yang memuji atau yang menghina dan mencarut dan ramai juga yang 'tak reti basa'. keluar dari adat dan sopan yang menunjukan kempen 'budi bahasa budaya kita' telah gagal.

Sunday, April 17, 2011

PRU 13: Kerusi PKR terancam?

Kekalahan PKR 46 kerusi (49) dan PAS 5 (5) dalam PRN Sarawak memberi banyak pengajaran untuk Pakatan Rakyat mengkaji dan mencari formula supaya momentum PRU 12 tahun 2008 tidak berubah bagi mengekalkan sokongan rakyat akan terus bersama dalam PRU ke 13.

Ini wajib diperhatikan supaya tsunami yang dianggap berlaku di Sarawak tapi tidak berlaku dengan sesungguhnya akan tempias ke semenanjung pada PRU nanti sekiranya Pakatan Rakyat masih bercita-cita untuk ke PUTRAJAYA. Atau tak payah buat apa-apa dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Apa yang berlaku di Sarawak sudah jelas jentera Pakatan Rakyat tidak begitu mantap kalau hendak dibanding dengan jentera pilihnaraya yang ada pada BN terutamanya jentera sokongan yang didatangkan khas dari semenanjung. Ini berlaku kerana jentera Pakatan Rakyat adalah serba terhad dan tidak nampak ada bantuan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sedangkan BN Sarawak mendapat sokongan dari seluruh jentera agensi kerajaan termasuk para menteri dan yang paling ramai adalah jentera UMNO terutamanya kempen dari rumah ke rumah oleh Wanita UMNO, yang tentunya memerlukan peruntukan kewangan yang banyak.

Kelincahan dan komitmen jentera UMNO membantu BN Sarawak menjadi penghalang kepada ujudnya tsunami politik pembangkang di Sarawak. Itulah kempen tersembunyi yang berlaku di Sarawak apabila semua orang UMNO diarah supaya tidak memakaikan pakaian atau pun logo UMNO semasa berada di sarawak.

Apatah lagi ratusan kenderaan yang dibekalkan diseluruh negeri Sarawak untuk BN oleh pemilik AP dari Kuala Lumpur yang tentunya kenderaan menjadi pengakutan yang wajib semasa pilihanraya diadakan, manakala pihak pembangkang tidak mencukupi kenderaan terutamanya pada hari mengundi untuk mengangkut pengundi.

Melihat kepada startegi UMNO di Sarawak yang bekerja untuk memalapkan PKR dan PAS 'menjadi' adalah sedikit sebanyak startegi itu boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada PKR dan PAS di Semenanjung sekiranya tidak diambil perhatian yang serius oleh Pakatan Rakyat.

PRU 13 nanti akan menyaksikan DAP akan terus dapat mempertahankan kerusi parlimennya dan boleh jadi akan bertambah tapi yang menyulitkan apabila kerusi Parti KEADILAN Rakyat akan terus merosot kerana tidak dapat dipertahankan disebab kekurangan logistik dan prestasi yang hambar.

Walau bagaimana pun kemenangan BN Sarawak tidak mengambarkan BN menang semua kerana peningkatan sokongan rakyat kepada pembangkang meningkat 8% dan pertambahan kerusi lebih 100% yang tentunya ada impak kepada pilihanraya umum ke 13 nanti terutama kerusi-kerusi parlimen.

Ramai rakyat Sarawak optimis kerusi perlimen nanti akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat kerana tentunya bantuan dari semenanjung tidak akan berlaku seperti PRN Sarawak kelmarin dan apabila kerusi parlimen dari Sarawak bertambah serta ditambah juga dari Sabah cita-cita parti dan pengundi pembangkang untuk menawan PUTRAJAYA akan tercapai.

Isu yang menyebabkan rakyat Sabah tidak seronok kepada kerajaan hari ini kerana mereka beranggapan kerajaan BN pilih kasih dalam membuat perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara sehari dua lalu. kepada rakyat Sabah calun yang paling layak adalah rakyat Sabah yang dianggap kanan dalam perkhidmatan PDRM tapi tidak diberi tempat yang selayaknya.

PR kalah bukan kalah semua.

Saturday, April 16, 2011

'GOBAR' pun hilang.

Selesai sudah pertarungan berat sebelah dalam Pilihanraya Dewan Undangan Sarawak dengan keputusan yang diduga dari awal-awal lagi, tapi oleh kerana melihat kepada sambutan rakyat yang hadir di majlis rapat umum dan ceremah Pakatan Rakyat telahan berubah dengan andaian berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Meyakinkan lagi andaian Pakatan Rakyat akan menang dengan menafikan 2/3 majoriti BN apabila seluruh jentera kabinet Kerajaan berpusat di Sarawak yang mana PM Najib dan TPM Mahyuddin serta seluruh menteri berkampung di Sarawak. Peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini.

Telah dijangka masyarakat Cina akan memberi sokongan yang padu kepada DAP dan terbukti dari 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP sebanyak 12 kerusi dimenanginya, tidak seperti Parti KEADILAN Rakyat yang menang hanya 3 kerusi daripada 49 kerusi yang ditandinginya manakala PAS kalah di semua 5 kerusi yang ditandinginya.

Kekalahan PAS di 4 kerusi yang ditandinginya tidaklah mengejutkan tapi kekalahan PAS di Benting Maro ada sedikit terasa kerana di DUN tersebut adalah menjadi harapan untuk meletakkan wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dimana silapnya?.

Kemenangan 15 kerusi Pakatan Rakyat tidak boleh dikatakan bahawa rakyat Sarawak telah menolak kepimpinan Taib Mahmud, ini jelas apabila PBB telah memenangi semua 35 kerusi yang PBB bertanding itu bererti PBB menang 100%. kalau betul rakyat Sarawak sudah menolak kepimpinan Taib Mahmud mana mungkin PBB boleh menang 100%, sekurang-kurangnya Taib Mahmud akan kalah di DUN yang beliau bertanding.

Bukan saja Taib Mahmud tidak kalah di kawasannya, bahkan majoriti undi beliau bertambah dari keputusan pilihanraya yang lalu. Ini semua akan merumitkan PM Najib kerana Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN telah pun mendesak supaya PM Najib percepatkan peralihan kuasa di Sarawak.

Apa pun, keputusan pilihanraya Sarawak sudah berakhir, sudah hilang 'GOBAR' dikalangan pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin UMNO kerana keputusan pilihanraya Sarawak sekiranya tidak berpihak kepada BN akan menjejaskan peluang BN menang besar dalam PRU 13 nanti.

Yang akan 'GOBAR' nanti adalah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kedah, apakah dapat dipertahankan kerajaan yang sedia ada itu yang tidak akan menerima nasib yang sama seperti kerajaan PAS di Trengganu dulu yang mana hanya satu penggal saja dapat memerintah.

Atau yang akan 'GOBAR' nanti adakah kerajaan Negeri Sembilan dan Trengganu yang telah diwar-warkan terdapat banyak sangat masaalah dalaman terdapat di negeri tersebut, manakala Kelantan dan Pulau Pinang sudah pasti akan kukuh mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

Mungkin PM Najib juga akan 'GOBAR' dalam mempertahankan kerajaan BN setelah melihat kawasan yang majoriti pengundi keturunan Cina dan India tidak akan berpihak kepada BN seperti telah terbukti sekarang. Dan bagaimana nasib di 42 kawasan parlimen yang majoritinya melayu tapi calunnya bukan melayu dari kompenan BN.

GOBAR jangan tak GOBAR.

'GOBAR'

PAS sudah menang di SARAWAK

Inilah Wira & Srikandi PAS Sarawak

Tepat jam 12.00 malam. Semua kempen berceramah dihentikan bagi mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihanraya. Hari ini (16hb. April 2011, Sabtu) rakyat Sarawak akan menunaikan tanggongjawab bagi memilih wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sebanyak 71 kawasan DUN akan menentukan pihak mana yang akan menubuhkan Kerajaan Sarawak, adakah BN akan kekal memerintah Sarawak atau PR akan diberi mandat oleh rakyat Sarawak bagi menubuhkan Kerajaan baru.

Mana-mana parti yang memperolehi kemenangan 36 kerusi akan dapat membentuk kerajaan, itulah yang menjadi 'gobar' kepada BN sebagai parti yang mempertahankan kerajaannya. Manakala PR sudah tidak sabar lagi menunggu hari esok yang akan menjadi satu sejarah apabila dapat menumbangkan kerajaan BN.

Kempen umpat mengumpat sudah pun berakhir hasrat parti-parti yang bertanding untuk menang dengan cara menghasut rakyat Sarawak juga telah berakhir, hanya rakyat Sarawak yang bijak akan menentukan parti mana yang akan dipilih dan diberi mandat untuk menubuh kerajaan. Malam ini akan menentukan segala-galanya.

Tukang kempen, sama ada yang diupah atau pun secara sukarela dari semenanjung akan pulang kerumah masing-masing. Nama mereka akan disebut oleh rakyat Sarawak sebagai tukang-tukang 'salak'. Ada yang beretika dan ada yang menampilkan kebodohan dirinya, semua itu akan dijadikan bahan ketawa oleh rakyat Sarawak.

Yang paling 'gobar' menunggu keputusan PRN Sarawak kali ini ialah PM Najib kerana keputusan pilihanraya Sarawak nanti akan ada kesan kepada PRU 13 dan BN. Taib Mahmud tidaklah terasa sangat kerana menang atau kalah kepadanya sama saja sebab telah diwar-warkan oleh PM Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak akan diganti dengan orang baru sekiranya BN menang.

BN mesti menang besar, menang lebih daripada yang lalu untuk menyakinkan PM Najib bagi mengadakan PRU 13 pada tahun ini. Sekiranya BN Sarawak hanya menang tapi kerusinya kurang dari dulu akan menyukarkan PM Najib untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat.

PM Najib bukan saja 'gobar' takut BN kalah di Sarawak yang lebih merungsingkan PM Najib akibat kekalahan di Sarawak akan menjalar ke semenanjung yang akhirnya boleh mengalahkan BN keselurahan dan menjurus kepada jatuhnya kerajaan BN dalam PRU 13.

Sudahlah Kelantan, Selangor, Kedah, Wilayah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan sekiranya Sarawak pula tumbang adalah menjadi 'signal' kepada BN untuk bersiap-siap bagi menyerahkan kerajaan kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Sekiranya BN Sarawak tidak dapat mempertahankan majoriti yang sedia ada, itu pun boleh menjejaskan kekuatan BN keseluruhannya, kerana dengan cara dan seluruh jentera kerajaan yang ditumpukan dalam PRN Sarawak ini tidak boleh mengurangkan sokongan rakyat kepada PR bermakna angin perubahan untuk melayarkan bahtera PR ke PUTRAJAYA sedang rancak dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Selamat mengundi rakyat Sarawak. Masa depan mu sedang berada ditangan mu.

HUBAYA-HUBAYALAH.