Sunday, October 30, 2011

Perdana Menteri Malaysia ke ?

gambar rakyat asing bangladesh sebagai hiasan.

Sudah sah seramai 37 orang rakyat Bangladesh telah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Ertinya mereka itu boleh mengundi untuk memilih wakil rakyat da juga mereka itu layak untuk bertanding sebagai wakil rakyat

Itulah salah satu kejayaan kerajaan BN dalam rancangan tranformasi untuk mendapat sokongan masyarakat antarabangsa bahawa negara Malaysia mengamalkan sikap terbuka sehingga tidak ada batasan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada rakyat asing.

Kejayaan kerajaan Bangladesh untuk menjajah Malaysia secara diplomasi nampaknya telah berjaya, dengan bermulanya lawak jenaka bahawa terdapat rakyat asing dengan mudah untuk menjadi warganegara Malaysia telah menjadi kenyataan. Perdana Menteri Bangladesh agaknya telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membenarkan rakyatnya bertapak di Malaysia ini.

Jadi tidak mustahil pada masa yang akan datang Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri keturuan Bangladesh. Apa yang sedapnya semua rakyat Malaysia menerima mereka itu sebagai rakyat Malaysia dengan dada terbuka termasuklah PERKASA yang dikenali sebuah NGO yang sensitif terhadap keistimewaan bangsa Melayu.

Anak-anak kita bermula dari sekarang hendaklah dihantar belajar bahasa Bangladesh supaya apabila Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri keturunan Bangladesh besuk senanglah anak-anak kita menyesuaikan diri dengan seorang Perdana Menteri daripada rakyat asing yang dicipta oleh pemerintah Malaysia hari ini.


Tuesday, October 25, 2011

Jangan sekat 'hak rakyat Kelantan".


Dato' Pa kata Kelantan akan maju sekiranya UMNO dapat memerintah. Kita setuju sangat dengan kenyataan itu kerana jelas UMNO masih berniat untuk terus menafikan hak rakyat Kelantan dan satu perkara yang menarik yang akan kita 'gempurkan' menjelang pilihanraya nanti apa yang sebenarnya pemimpin UMNO mahu.

Gambar-gambar kemewahan pemimpin UMNO Kelantan dalam simpanan akan kami keluarkan satu persatu untuk dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai perbandingan sekiranya UMNO Kelantan masih lagi bermain sendiwara dengan rakyat.

Betulkah Dato' Pa orang berjurus?.

Friday, October 21, 2011

Hadirlah beramai-ramai sambil berkenalan antara satu sama lain.

Cerdik atau Bodoh?

gambar kartoon ini ada makna disebaliknya gaddafi dibunuh.

Aziz Bari tidak dibenarkan menjejak kaki di Universiti Islam Antarabangsa UIA. semua surat kabar dan blog mengambil berita tersebut sebagai satu peristiwa yang tidak bertamaddun dalam sejarah akedemik negara. Satu sejarah yang malang dalam pentadbiran PM Najib.

Kerana otak kecik pengurusan UIA. PM Najib seperti diletak diatas bara api kerana anak muda di seluruh Universiti melihat bahawa tindakan UIA terhadap Aziz Bari adalah merupakan tindakan politik, paling tidak orang politik di belakang kerana umum mengetahui perlantikan pengerusi dan pengurusan UIA diuruskan melalui politik BN.

Bahan kebangkitan rakyat terutamanya anak muda sudah bermula. peristiwa kejatuhan kerajaan dunia lepas satu satu telah pun bermula, terbaru kejatuhan Gaddafi di Libya, kerana terlalu lama. Di Malaysia rakyat sedang menghitung hari bilakah pilihanraya diadakan. ada berpendapat akhir tahun. ada yang kata awal tahun 2012 dan ada yang optimis pada bulan mac 2012. sedangkan edah terakhir tarikh pilihanraya ialah pada April 2013.

Itu menunjukkan rakyat sudah tidak sanggup menunggu masa yang lama untuk mengundi dan memilih kerajaan ertinya rakyat berhasrat untuk memilih kerajaan baru dengan cara demokrasi hakikatnya rakyat Malaysia masih rasional dan tidak 'sepero'.

Selain dari isu Aziz Bari kita jangan lalai dengan isu kamasukan warga asing secara sah tapi menganggu ketenteramam rakyat setempat. Kemasukan gagak-gagak hitam dengan hanya semata-mata jadikan Malaysia sebagai tempat untuk mereka menipu seperti black money dan menjadi studen untuk kegiatan jenayah antarabangsa hendaklah diberi perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri KDN. Hishamuddin sebagai menteri jangan hanya berbangga untuk mengkayakan kroni dan pegawai kelilingnya saja sedangkan negara tiap tiap hari bocor secara sah.

Adalah amat memalukan apabila rakyat Malaysia dijadikan 'koli' kepada bangsa asing yang asalnya datang sebagai boroh disini. Perkara tersebut berlaku kerana dasar Kerajaan yang selalu berubah ubah melalui pertukaran menteri di kementerian. Ada Menteri mengunakan jawatan dan kuasa untuk mencari kemewahan dan kesenangan hidup dengan mempermudahkan kebebasan warga asing menentap dan bermaharaja lela di negara ini sehingga ada yang kahwin sampai 3 orang isteri rakyat Malaysia.

Terbaru ada bekas menteri berkongsi dengan warga asing melaksanakan sistem 6P dengan mendapat wang mudah, holur jari ambil duit. Kini warga asing yang membuat thamprin dengan syarikat tersebut terpingga-pingga kerana wang sudah dibayar sehingga RM600 tapi urusan membuat pasport dan untuk mendapat kerja belum dapat dilaksanakan lagi.

MALAYSIA BOLEH. RAKYAT DIDAHULUKAN TERMASUK RAKYAT ASING.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 17, 2011

Bolehkah UMNO menyertai PAS?

untuk sebuah negara Islam.

allahyarham tun dr. ismail


Nampaknya kebanyakan rakyat hari ini sudah tidak berminat untuk berbincang budget 2012 yang baru diumumkan oleh PM Najib dalam sidang Perlimen minggu lalu walau pun berbelion ringgit diperuntukan untuk membantu rakyat terutamanya kepada mereka-mereka yang tua dan telah bersara termasuklah askar dan orang awam.

Rata-rata mengatakan, apa yang hendak diberi oleh kerajaan itu adalah sudah menjadi tanggongjawan kepada mana-mana kerajaan yang memerintah untuk menjaga kepentingan rakyatnya. Hari ini BN memerintah sudah menjadi kewajipan kerajaan BN untuk menyediakan budget dan apabila Pakatan Rakyat PR memerintah maka menjadi kewajipan PR untuk menyediakan budget bagi diberi kepada rakyat.

Sebab itulah budget 2012 tidak banyak diperbincang oleh rakyat biasa. Budget 2012 hanya dibincang dikalangan pemimpin parti politik sahaja, dengan mengambil kira untung rugi kepada rakyat. Pihak kerajaan BN begitu ghairah mendabik dada bahawa budget 2012 akan memberi keuntungan politik kepada parti-parti politik BN manakala pihak pembangkang pula terlalu gembira kerana budget 2012 boleh menjejaskan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada BN kerana peluang pekerjaan agak tertutup dan boleh melambakkan pengangguran. Manakala yang tua pula bersunggut kerana terpaksa bekerja sehingga ke akhir hayat.

Nampaknya setiap pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan BN melalui PM Najib selalu mendatangkan penyakit kepada UMNO dan BN seperti yang terbaru apabila PM Najib menegaskan bahawa sekira BN menang dan boleh memerintah Pulau Pinang calun Ketua Menteri tidak daripada UMNO. Kalau tidak UMNO bererti tidak melayu.

Yang jelas sekarang ini, UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan oleh orang cina, adalah terang PRU 13 UMNO terpaksa bergantung kepada undi melayu. tapi malangnya undi melayu sudah melekat kepada PAS dan PKR, bagi menyelamatkan UMNO dari hanyut dalam PRU 13 nanti adalah elok UMNO berpakat dengan PAS dan PKR iaitu UMNO membuangkan egonya dengan menyertai PAS untuk memerintah Malaysia.

Ini adalah satu cara untuk mempertahankan kehebatan kuasa melayu, yang boleh diberi nama sebagai sebuah Kerajaan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya UMNO jujur supaya Islam dan Melayu kekal memerintah Malaysia, inilah formulanya untuk melayu terus gagah selepas PRU 13.

Thursday, October 13, 2011

Pendatang Asing dan Dadah, sama bahaya.

ini yang dapat ditangkap, yang dah terlepas, berapa banyak agaknya.


Warga Afrika yang pandu kereta kedua yang membawa teman wanita warga negara Nigeria sempat meloloskan diri. Lelaki Nigeria itu adalah pelajar kolej swasta yang telah berada diMalaysia hampir satu tahun. Ini adalah sedikit kisah bagaimana rakyat asing jadikan Malaysia sebagai tempat pengedaran dadah.

Manakala di Bukit Kayu Hitam pihak UPP telah berjaya menahan empat orang pendatang tanpa izin rakyat myanmar yang cuba menyeludup masuk ke negara ini dengan sebuah van, dua daripadanya bersembunyi didalam bonet belakang, manakala dua orang telah dapat meloloskan diri kedalam hutan.

Dua peristiwa diatas bolehlah disimpulkan bahawa skrip yang sama iaitu ada kelolosan. Apakah sebelum daripada ini sudah banyak peristiwa sedemikian berlaku. Sekiranya ada, adalah terlalu amat malang apabila ada warga negara asing jadikan Malaysia sebagai tempat mencari kekayaan dengan perniagaan dadah dan pekerja asing masuk secara haram masih lagi berlaku.

Nampaknya usaha Kementerian Dalam Negeri KDN dengan projek 6P untuk memastikan, tidak ada lagi pendatang asing di Malaysia setelah kerajaan buat pemutihan, nampaknya hasrat KDN tidak akan tercapai selagi pintu masuk dan sempadan negara bocor. Apakah akan ada tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pendatang asing supaya tidak mahu berada ataupun masuk ke negara ini dengan cara yang tidak sah.

Setakat senarai hitam dan kena denda kompoun tidak dapat mengajar manusia pendatang asing dari terus masuk ke negara ini dengan cara haram, oleh itu satu tindakan yang keras perlu digezetkan supaya tindakan itu akan memerikkan manusia asing yang lain dan takut untuk masuk ke malaysia secara haram.

Bagaimana sekiranya Kerajaan Malaysia melaksanakan hukuman rotan terhadap pendatang tanpa izin sebanyak 100 rotan seperti yang dijatuhkan kepada ADUKA dalam filem semerah padi apabila didapati bersalah dan terus usir ke negara asal.

Begitu juga dengan pemilik dadah warga asing, hukuman gantung sampai mati hendaklah dilaksanakan tidak kira banyak atau sedikit dadah yang dimiliki, apabila mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah, perlaksanaan hukuman mati hendaklah terus dilaksanakan tanpa melengah-lengahkan tindakan.

Hukuman sebegitu untuk mengelakan supaya orang asing tidak begitu gairah untuk jadikan malaysia sebagai tempat mencari kekayaan dengan mengedar dadah dan bukan tempat untuk menampung pendatang asing untuk datang berlumba mencari rezeki dengan rakyat tempatan.

Atau, masih berlakunya peristiwa yang saya catitkan ini kerana ada dalang di negara ini yang dikepalai oleh orang tempatan yang matlamatnya untuk hidup mewah dan mudah.

Tuesday, October 11, 2011

Isu-Isu terkini.


Isu Liwat, isu video lucah, isu Mat Indera, isu bazar Tok Guru, isu ladang rakyat sudah dikambus oleh rakyat Kelantan kecuali ada beberapa kerat pemimpin UMNO yang kehabisan modal untuk terus merancuni fikiran rakyat supaya menyokongnya dalam PRU 13 nanti.

Kini timbul pula isu Hukum Hudud dan dah nak mula tenggelam apabila Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang bijaksana telah meletakkan isu tersebut diatas landasan yang betul yang mana Kerajaan Kelantan akan meneruskan usaha supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Yang terbaru pula timbul isu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam- MPKB-BRI yang rata-rata rakyat 'mengeluh' kerana masih ada tempat-tempat tikus bersarang dan sisa pepejalnya masih ada lagi terbiar yang mencacatkan Bandar Kota Bharu yang diberi nama Bandaraya Islam.

Tentunya tidak lama lagi isu tersebut juga akan berkubur sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan menerima peruntukan yang wajib yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menampung kos yang ditanggong oleh MPKB bagi mempastikan Bandar Kota Bharu akan sentiasa dijaga dan akan menikmati kebersihan sesuai dengan namanya Bandaraya Islam.

Itulah diantara isu yang telah ditimbulkan oleh UMNO Kelantan, tapi kini sudah basi dan lesu kerana semua itu tidak diendahkan oleh rakyat Kelantan yang masih setia bersama PAS dan Tok Guru Nik Aziz kerana isu yang ditimbulkan oleh UMNO Kelantan tidak ada kebenaran yang mutlak, hanya sekadar isu politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Rakyat Kelantan lebih suka mahu mengetahui isu Cincin yang berharga 72 juta, rakyat Kelantan nak tahu nasib Sairul dan Azilah yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, rakyat kelantan lebih mahu tahu kes dimahkamah di sepanyol yang dikaitkan dengan komisen kapal selam yang dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Rakyat juga mahu tahu kes KPRZ yang melibatkan bekas menteri, kes khir toyo dan rasuah dan ada beberapa perkara lagi yang kami akan sentuhkan dalam pentas ceramah yang telah diatur untuk saya menjelajah Kelantan.

Siapa Ketua UMNO Bahagian di Kelantan yang paling kaya tapi tak ada kerja?.

Sunday, October 9, 2011

Budget 'memerah tenaga' manusia.

'apabila tenaga diperah yang muda nampak tua'.

Umur bersara dari 55 tahun dilanjutkan sehingga 60 tahun, itulah intipati yang diumumkan oleh PM Najib dalam pembentangan budget di Parlimen. Nampak macam bagus tapi disebaliknya meletakkan kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja berat adalah amat menyusahkan kerana pada waktu umur sepatutnya bersara masih kena meneruskan sisa-sisa hidup denga tugas dan tangggongjawab.


Bagaimana dengan mereka yang bekerja sebagai tukang kebun, driver, boroh dan lain-lain yang terpaksa mengunakan tenaga untuk terus berkhidmat tapi tenaganya sudah kurang. Sendi-sendi tulang telah lemah yang sepatutnya telah boleh berihat untuk menikmati wang pencen.

Sepatutnya mereka yang berkhidmat dalam sektor profosional saja yang dikehendaki bersara umur 60 yang mana jarang-jarang terdapat orang yang boleh menjalankan tugasnya seperti hakim, doktor, engineer, ahli ekonomi dll yang perlu.

Nenek yang umur 59 tahun sudah tidak sesuai untuk mencari fail dipejabat, kederatnya sudah kurang dan mata pun sudak tidak 'begari'. Apakah pengumuman budget menaikan umur bersara adalah sebenarnya kerajaan secara bijaksana untuk melupuskan beban bagi memberi wang pencen kepada kakitanganya.

Dari umur 55 tahun hingga 60 tahun kerajaan boleh melupakan untuk memberi wang pecen selama 5 tahun, adakah daripada beri wang pencen kerajaan lebih sanggup 'memerah' tenaga atuk dan nenek untuk terus berkhidmat. Mana janji kerajaan dalam slogan rakyat didahulukan, sepatutnya atuk dan nenek diberi masa untuk berihat bersama anak cucu dan cicit dengan mendapat wang pencen dan alangkah bahagia sekiranya pencen dinaikan dengan lebih realistik mengikut keadaan masa.

Apakah PM Najib memikirkan dengan mengumumkan umur bersara 60 tahun ramai kakitangan awam yang suka, jawabnya tidak. Mereka yang suka hanya terdiri daripada kakitangan yang bekerja tak perlu guna tenaga dan ada kuasa tapi tidak kepada mereka yang terpaksa mengunakan tenaga yang gajinya murah, begitu juga dengan kakitangan perempuan, mereka lebih suka ke surau atau masjid apabila masuk waktu sembahyang. Lainlah dengan orang politik yang tak mahu pencen walaupun sering kalah dalam pilihanraya dan mereka yang dilantik secara kontrek oleh parti UMNO yang tentunya tak mahu berhenti kerana tak buat kerja pun akan dapat gaji.

Oleh itu daripada naik umur bersara lebih baik naikkan wang pencen paling minimun rm1,500 seorang, itulah yang dinamakan rakyat didahulukan.

Monday, October 3, 2011

Peluang pengundi tolak MCA.

MCA telah memberi peluang kepada pengundi-pengundi melayu supaya tidak menyokong calun-calunnya dalam PRU ke 13 nanti. Ini ditegaskan oleh Presiden MCA Chua Soi Lek dalam Perhimpunan parti itu semalam dengan mengatakan bahawa ahli-ahli MCA tidak akan menerima jawatan menteri sekiranya parti itu kalah dalam pilihanraya umum kelak.

Kesempatan ini patut diambil oleh penyokong-penyokong NGO seperti PERKASA yang dilihat tidak begitu berminat untuk menyokong calun-calun dari kaum cina, lagi pun sekiranya MCA menang dalam PRU 13 nanti makin banyak tuntutan yang akan dibuat terhadap BN dan banyak perkara yang akan merugikan kepentingan melayu.

Pengundi-pengundi melayu hendaklah bersikap realistik dalam memberi sokongan kepada parti-parti BN, yang mana dilihat parti yang boleh merugikan kepentingan melayu hendaklah ditolak dan buat masa ini MCA adalah parti dalam BN yang sentiasa mendesak supaya kepentingan melayu dikurangkan.

Ngo-Ngo melayu hendaklah berperanan lebih bagi mendesak pengundi-pengundi melayu supaya menjauhkan diri dari menyokong MCA, manakala pengundi-pengundi keturunan cina bolehlah membawa arus untuk menyokong Pakatan Rakyat yang tentunya lebih selesa dalam melaksanakan kerangka Negara Berkebajikan dan Buku Jingga yang dilihat lebih bersikap kesamarataan untuk rakyat Malaysia.

Sebetulnya apakah muslihat politik yang hendak ditunjukkan oleh MCA kepada rakyat Malaysia, apakah MCA sudah dapat menghidu bahawa UMNO pun sudah tidak selesa dengan MCA atau MCA pun sudah dapat mengagakkan bahawa pada PRU 13 ini MCA hanya akan diberi bertanding dikawasan yang tentunya DAP boleh menang.

Boleh jadi MCA sudah boleh agak bahawa kerusi yang diberi untuknya bertanding memang susah untuk menang dan apabila kalah boleh dijadikan alasan oleh UMNO bahawa sebenarnya MCA sudah hilang pengaruh dikalangan masyarakat cina dan adalah tidak wajar jawatan menteri diberi kepada MCA,

Untuk mengelak dari dimalukan sebab itulah Presiden MCA awal-awal lagi berikrar bahawa MCA tidak akan membenarkan ahli-ahlinya terima jawatan menteri sekiranya MCA kalah dalam PRU. Atau Chua Soi Lek tahu bahawa beliau juga tidak akan dibenarkan bertanding dalam PRU nanti kerana isu peribadi masih lagi berkisar dalam fikiran rakyat malaysia.

Jadi lebih baiklah buat kenyataan awal-awal lagi.

Saturday, October 1, 2011

Scorpene dan Komisen RM 570 Juta. Percayakah kita?.

Komesin RM570 juta. Satu angka yang banyak kalau dapat kepada Penternak, Petani dan Nelayan yang hidupnya kais pagi makan pagi. Tapi tidak bererti kepada sesiapa yang mampu membeli cincin berlian yang berharga RM24 juta.

Kini kisah kapal selam SCORPENE muncul kembali apabila mahkamah di Perancis akan memula pendengaran kes tidak berapa lama lagi. Adalah didapati bahawa Joseph Breham, peguam yang dilantik oleh suaram (Suara Rakyat Malaysia) telah memberi taklimat di London kelmarin.

Scorpene membawa banyak trajedi. Anak bangsa Malaysia Azilah Hadi dan Sirul Umar telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah. tapi sehingga kini tidak ada siapa yang mengetahui nasib mereka berdua, masih hidupkah ataupun sudah meninggalkan kita semua. Yang pasti nama mereka berdua akan dicatit dalam sejarah mahkamah malaysia.

Keberanian Azilah Hadi dan Sirul Umar yang dikatakan mengunakan bom C4 di Pucak Alam akan sentiasa dipertuturkan oleh umat dunia terutamanya rakyat Malaysia dan Mongolia, kerana walaupun Sirul dan Azilah sudah didapati bersalah tapi masih lagi ada soalan yang belum terjawab. Untuk apa Sirul dan Azilah melakukan perbuatan tersebut?.

KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS.

Semua pemimpin PAS berhimpun di Dewan Melinium Kepala Batas hari ini. Dengan wadah perjuangan satu suara satu tekad menuju PUTRAJAYA. Semua Pemimpin serta semua ahli diharap mengambil sikap berjuang sehingga berjaya dengan meletakan asas kesabaran. kejujuran dan keberanian mematuhi perintah Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim.

Apakah ahli PAS mampu melangkah dan mampukah PAS meluaskan kerangka perjuangannya menuju PUTRAJAYA.
Published with Blogger-droid v1.6.8