Monday, November 28, 2011

Perhatian untuk YB DUN Kok Lanas, KETEREH.


Jalan yang diatas adalah terletak didalam DUN Kok Lanas, KETEREH. Jalan tersebut pecah walau pun baru disiapkan. Jalan yang dapat peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Tulisan dibawah ada orang yang berani hendak buat lapuran kepada SPRM. Tahniah semuga akan lahirlah kebenaran berhubung dengan projek jalan tersebut. Yang menarik dalam tulisan tersebut ialah 'siapa individu yang disyaki menerima komeisyen.

Kg Jambu Merah Melor
LAPORAN SPRM AKAN DILAKUKAN

1. Lapisan Tar nipis terutama bahagian tepi
2. Saliran longkang tidak di semin menyebabakan berlakunya aliran air dalam tanah
3. Jalan pecah2 walaupun belum dibuka penggunaanya.

laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat bila-bila masa dari sekarang terhadap ;
1. kontraktor - alif Qawiem SB
2. wakil pegawai penguasa - MZAH Perunding
3. Pegawai penguasa
4. individu yang disyaki menerima komeisyen

Tuesday, November 22, 2011

Tok Guru tetap disokong.


1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Monday, November 21, 2011

Jawatan Kosong Sebagai Blogger Upahan.

adakah diantara orang dalam gambar ini penulis facebook upahan BN?.
perhatikan no2 dari kiri yang duduk.


Pemblog pro BN dianggap 'askar baru' lawan pembangkang,. Inilah diantara senjata 'perang' kerajaan BN bagi menghadapi PRU13 nanti. Seramai 2000 orang dikedarkan diseluruh Malaysia. Nampaknya PRU13 semakin hampir. Yang tinggal lagi mampukah pemblog pro BN menulis menapis isu yang setiap hari tidak berpihak kepada Kerajaan BN.

Blog, Facebook, Twitter yang pro BN ada beratus-ratus kerana tak cukup dengan apa yang diberitakan oleh surat kabar dan TV. Itu mengambarkan pihak BN tidak begitu yakin bahawa segala perkara yang diwar-warkan oleh Kerajaan boleh membuat rakyat menyokong Kerajaan 100%. Apa yang tak kena?

Salah satunya, hari ini rakyat mendapat berita dengan cepat iaitu berita dihujung jari terutamanya bentuk penyelewangan dan kerakusan yang dilakukan oleh pihak BN. Berita-berita gelagak para pemimpin negara termasuk menteri-menteri dan pemimpin politik kompenan BN.

Nampaknya pihak parti pembangkang tak perlu menyiapkan jentera perang siber yang besar, cukup dengan apa yang ada kerana pihak-pihak yang secara sukarela menulis melalui Blog, Facebook atau Twitter menghentam kesalahan yang dilaklukan oleh pihak Kerajaan BN.

Isu Lembu, Isu Cincin, Isu kapal Selam, Isu KPRZ, Isu Khir Toyol, Isu Sungai Besi, Isu Felda, Isu Miti & AP, Isu Royalti, Isu Bermukah dll sentiasa dapat dibaca dalam media baru yang mana mejoriti pembacanya adalah pengundi. Kekalutan dalaman parti-parti dalam BN juga salah satu faktor yang boleh menghakiskan sokongan rakyat kepada BN.

Tun Mahathir juga sentiasa memberi ingatan kepada rakyat bahawa BN sekarang ini tidak kuat, pilihanraya UMUM tidak perlu diadakan dalam masa terdekat sekiranya Kerajaan BN mahu selamat. Itu tandanya bahawa Tun Mahathir sendiri pun mendapat maklumat dari bawah sekiranya PRU13 diadakan dalam masa terdekat akibatnya PR berjaya ke PUTRAJAYA.

Terdekat ini diwar-warkan bahawa populoriti PM Najib tinggi kalau dibandingkan dengan pemimpin parti pembangkang, ada pihak mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Azi Nik Mat dan Tok Guru Haji Haji Awang popularitinya merosot. Kenyataan ini nampaknya kenyataan yang hendak menghanyutkan Kerajaan BN dengan lebih cepat.

Berapa pula agaknya Kerajaan BN akan berbelanja untuk menyerang pembangkang melalui media baru iaitu Blog, Facebook dan Twitter kerana sudah menjadi rahsia umum terdapat blogger yang pro BN mendapat upah yang amat lumayan.

Friday, November 18, 2011

Cara UMNO mengalahkan Sharizat sebelum bertanding.

Mahyuddin Yassin & Sharizat Jalil

Dapat pinjaman RM181 juta. Kini dijadikan isu oleh Kerajaan BN secara tak langsung apabila projek ternakan lembu Fidlot Kebangsaan NFC menjadi perbualan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi muda yang akan menentukan sokongan kepada parti yang akan diberi kuasa untuk memerintah Malaysia pada PRU 13 ini.

Menteri Wanita Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO iaitu Sharizat Jalil menjadi 'mangsa' politik UMNO dan Pembangkang dalam isu 'LEMBU' itu yang menjadi kritikan oleh lapuran audit negara berhubung berlaku tidak kewajaran dalam pengunaan wang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

Disini sebenarnya bukan soal wang pinjaman yang hendak didedahkan tapi bagaimana cara pemimpin UMNO sesama mereka untuk menjayakan proses 'cah keting' atau pun jatuh menjatuh bagi merebut tempat dan kedudukan. Dalam hal ini Sharizat Jalil menjadi mangsa politik UMNO Wilayah Kuala Lumpur.

Perlu diingat Sharizat Jalil adalah Ketua Wanita UMNO Malaysia, kebiasaannya Ketua Wanita UMNO akan diberi tempat untuk bertanding dalam pilihanraya umum, tempat yang paling sesuai untuk Sharizat Jalil ialah Parlimen Lembah Pantai yang dulunya Sharizat jalil menjadi ahli Parlimen sebelum tewas kepada Nurul Azzah pada tahun 2008.

Oleh kerana sekarang ini Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai telah dilantik menjadi Menteri sudah tentulah beliau juga bercita-cita untuk bertanding dalam PRU 13 nanti, jadi bagi memudahkan perjalanan untuk di nobatkan menjadi calun pada PRU 13 ini, orang yang boleh menghalang atau menyusahkan hasrat dan cita-cita peribadinya haruslah dipadamkan dalam parti UMNO.

Cuba kita perhatikan, Ahli Parlimen yang pro Dato' Najib bersungguh-sungguh membangkitkan isu lembu ini dan mendesak supaya Sharizat Jalil disiasat dan diambil tindakan sekiranya didapati salah dan dalam masa siasatan dibuat Sharizat Jalil diminta berhenti daripada menjadi menteri, manakala Tan Sri Mahyuddin Mat Yassin, Timbalan Perdana Menteri mempertahankan bahawa Sharizat Jalil tidak bersalah.

Secara politiknya, sudah jelas ada permainan jatuh menjatuh dikalangan pemimpin UMNO, jadi kepada sesiapa yang menyalahkan pihak pembangkang hanya dengan sengaja menimbulkan isu untuk menjatuhkan Sharizat Jalil adalah tidak benar. Apa yang nyata pihak PR hanya tolong menyampaikan perkara sebenar tentang apa yang telah terjadi terhadap pinjaman RM181 juta dan pembelian appartment serta kemewahan keluarga Sharizat Jalil yang berselindung disebalik projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Jelas, usaha murni PR untuk membongkar bentuk penyelewangan dan kerakusan kuasa dikalangan pemimpin UMNO telah berjaya, PRU13 sedang dinantikan oleh rakyat jelata, setiap langkah dan setiap patah perkataan pemimpin negara sedang diperhati dan dinilai, rakyat sudah berjanji dengan hati mereka. Pengagihan wang dan janji budget 2012 bukan menjadi ukuran utama, yang rakyat mahu tahu ada lagikah pemimpin UMNO/BN yang jujur dan bersih untuk membela rakyat.

Tepuk dada tanya anak-anak muda kita. Kakitangan kerajaan dah malas hendak mengur menteri yang boros dan tunjuk kemewahan melampau didepan mata mereka, kertas-kertas rasuah lalu diatas meja dengan paksa. Boroh, Nelayan, Penternak dan Petani sudah muak dengan janji yang UMNO/BN tidak dikota. Polis, Askar. Bomba masih tidak terbela. Mereka ini hanya menunggu masa, cepat diadakan PRU maka cepatlah kerajaan BN menerima putaka kalau tak cara.

Menjelang pilihnaraya umum, banyak lagi cerita berhubung kait dengan pemimpin negara.


Thursday, November 10, 2011

Arjuna -Arjuna Upahan dalam UMNO.

Tan Sri Mahyuddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO dibelasah teruk oleh seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Demikian berita yang didengar hari ini dan apabila membelik berita daripada 'ways to get the latest news' maka terpaparlah kisah bahawa Mahyuddin dianggap sebagai pemimpin UMNO yang lemah sekiranya dibandingkan dengan Rosmah Mansor.

Demikian ditulis apa yang boleh difahami dari kata-kata Mohd Lukhman Ghani, Pegawai Khas kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah apabila membandingkan populoriti dalam carta orang yang diberi prioriti dalam UMNO didapati Mahyuddin kebawah kalau dibandingkan dengan Rosmah dan Maznah.

Itulah yang berlaku dalam UMNO, ahli jawatankuasa Bahagian sendiri sudah muak dengan kepimpinan yang berada dalam UMNO apatah lagi YB-YB UMNO yang kurang berminat dengan permainan politik dalaman sedang membina tapak untuk diterjah dalam PRU 13 terhadap kerakusan para pemimpin dan bini pemimpin UMNO untuk mengejar kemewahan.

Dalam perkembangan terbaru semasa ketiadaan PM Najib dalam negara kerana menunaikan ibadat haji banyak peristiwa berlaku yang boleh menghakiskan kuasa melayu dari terus bertapak di bumi Malaysia ini. Oleh itu adalah mustahak satu kesedaran dikejutkan kepada pemimpin politik melayu supaya cepat insaf bahawa negara sedang diambang keruntuhan.

PM Najib hendaklah mengambil sikap tegas supaya 'arjuna-arjuna upahan' berhenti daripada memaki hamun pemimpin pembangkang melayu dan menabur fitnah seperti apa yang dilakukan terhadap YAB Tok Guru Nik Aziz serta Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya bangsa lain sedang bersorak apabila setiap kali tulisan daripada 'arjuna-arjuna upahan' melayu tertera dalam blog ataupun facebook serta twitter.

UMNO akan kalah pada PRU13 nanti, bukan kerana UMNO tidak kuat, tapi UMNO gagal menawarkan orang yang benar-benar berjiwa rakyat untuk membela rakyat, ertinya diseluruh parlimen UMNO gagal meletakkan calun yang bersih daripada rakus kuasa dan berkepentingan diri terutamanya di Kelantan.

Gelombang PRU 13 ini bukan datangnya dari Kuala Lumpur tapi datang dari Kelantan yang semua rakyat berugama Islam mahu kesucian ugama Islam wajib dipertahankan. Runtuhnya parti PAS bererti runtuhlah parti yang memperjuangkan Ugama Suci Allah dan rakyat sudah bertekad akan mempertahankan Islam melalui menerajui Kerajaan Malaysia.

Arjuna-arjuna upahan yang secara sedar mengaibkan pemimpin melayu sepatutnya boleh dikurung tapi bukannya dalam 'sangkar madu' kerana walaupun swastika buta, tidak bererti tidak mampu melawan pemfitnah terhadap kekasihnya.

Wednesday, November 9, 2011

PKR 'agah' & PRU 13.

UMNO tumPAS

Lama tak menulis, sibuk dan direhatkan. Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan terkawal dan baik, tambahan pula disertai oleh doa ikhlas dari para sahabat dari dekat dan jauh merintasi sempadan himalaya dan laut cina selatan.

UMNO tumPAS yang sangat popular dalam wall facebook waktu ini telah dapat melahirkan banyak ahli-ahli yang tidak berkepentingan diri, sama ada mereka itu ahli PAS, UMNO atau PKR dan juga yang tak 'reti' berparti, semuanya telah memberi sumbangan, kadang-kadang boleh menjejaskan ketenteraman seseorang terutamanya para pemimpin politik Kelantan.

Yang banyaknya, kritikan dan teguran dalam wall UMNO tumPAS telah mendatangkan hasil yang baik kepada rakyat, dengan adanya teguran yang berbunyi keras tapi membina telah banyak masaalah rakyat dapat diselesaikan, yang bertanggongjawab prihatin dengan teguran dan terus mengambil tindakan sehingga masaalah 'air car' pun dapat diselesaikan.

Begitu juga dalam menyelesaikan isu masyarakat dan hukum, baru-baru ini pada 5.11.2011 bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu, group UMNO tumPAS telah berjaya mengadakan 'BICARA HUDUD' yang mana pentas diisi oleh Mat Kamil Awang (MKA) sebagai pengerusi dan ahli penalnya ialah Dato' Mat Iraqi (Ulama), Dato' Dr. Mohd Fadhli, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Sdr Tarmizi seorang peguam muda.

Bicara Hudud dikira berjaya kerana rakyat Kelantan yang hadir bersepakat menerima hasrat dan niat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, yang tak setuju pula tidak melahirkan pendapat dan hujah diwaktu majlis bicara hudud dilangsungkan tapi terus pertikai dalam facebook kerana yang hendak melaksanakan Hukum Hudud bukannya dari UMNO. Ertinya mereka yang menyokong UMNO secara buta dan tuli saja tak sokong Hukum Hudud.

Yang ada sikit panas dalam wall facebook UMNO tumPAS minggu ini berkaitan dengan YB.Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, soal calun PRU 13 dalam PAS, Kota Bharu. Encik Zawawi Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan (hero subsidi baja) dalam isu 'wang mayang' dan calun BN Pasir Puteh serta 'Agah'nya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kisah pembahagian daging lembu di Bachok.

Semua isu tersebut hanya sekadar percambahan minda dan percerahan maklumat untuk dihayati oleh penyokong dan diambil tindakan oleh yang disasarkan. YB Wakaf Baru, Tumpat ternyata amat prihatin menyelesaikan kepayahan rakyat.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil-Adha.

gambar semasa jadi calun BN pada tahun 1995.