Monday, May 28, 2012

Sekiranya PR tidak 'tuli dan buta'.

tenggelamkah sebuah kerajaan?


Tinggal lagi 9 bulan, edah bagi kerajaan mengadakan PRU 13. Kecuali ada perkara-perkara diluar jangka berlaku. Sebelum ini bermacam-macam andain telah dibuat berhubung dengan tarikh PRU13 tapi semua tidak menepati dengan apa yang ada dalam fikiran PM Najib.

Bagusnya PRU13 dilewatkan sehingga ke penghujung edahnya kerana tentu banyak lagi 'durian runtuh' akan menimpa rakyat, BR1M yang kedua boleh jadi akan ditaburkan lagi dengan menambah pemberian, mungkin kali ini BR1M akan diberi sebanyak RM1000 untuk satu keluarga, RM500 untuk ibubapa dan RM500 untuk anak-anak yang berumur 21 tahun keatas.

Begitu juga untuk anak-anak peneroka yang sudah berumahtangga dan umurnya 21 tahun keatas juga akan diberi RM5000. Polis pecen dan tentera akan diberi elaun tambahan sehingga meninggal dunia (kerana orang mati dah tak boleh mengundi), beginilah agaknya akan terjadi sekiranya PRU13 lambat lagi.

Ini semua kerana kepintaran rakyat, rakyat tahu bahawa kerajaan BN sudah terdesak dan semakin 'nazak' ekoran kesedaran rakyat bahawa banyak sangat keborasan dan ketirisan berlaku kini, rakyat mahu sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, rakyat akan menolak sebuah kerajaan hanya mementingkan kroni dan puak, rakyat mahu sebuah kerajaan yang sentiasa cakna kepada mereka.

Isu PTPTN, Lembu, Kapal Selam, Kapal Terbang, Cincin, Bag Tangan dll adalah satu perkara yang tak boleh dimaafkan oleh rakyat, kenyataan penafian oleh pihak kerajaan sudah tidak diterima pakai oleh rakyat bahkan rakyat 100% percaya apa yang didedahkan oleh pembangkang adalah benar.

Rakyat sebenarnya tidaklah benci kepada UMNO tapi rakyat benci kepada orangnya, kerana secara terang-terang pemimpin UMNO bercakap lain buat lain seolah-oleh rakyat malaysia ini masih jakun, sedangkan rakyat hari ini lebih pintar dan cerdik sekiranya dibandingkan sesetengah menteri dalam kebinat PM Najib.

Kerana menteri dalam kebinat PM Najib ada yang lebih jakun dari jakun, banyak skandal moral yang membuat rakyat telah muak dan akan berpihak kepada pembangkang dalam usaha untuk mencuba sebuah kerajaan baru. Ini kerana fenomena tukar kerajaan sedang berlaku disekitar negara malaysia, contoh terdekat ialah Indonesia dan Thailand.

Rakyat juga menaruh kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertukar, satu ketika nanti negara Myanmar akan lebih demokrasi daripada Malaysia. Melihat kepada apa yang terjadi diakhir-akhir ini apabila kerajaan dilihat gagal bertindak terhadap samseng-samseng NGO dan politik sehingga dapat melakukan kebiadapan secara terang-terangan didepan mata, adalah dibimbangi 'demokrasi' hanya sebagai alasan untuk terus menindas rakyat.

Pertukaran kerajaan akan menjadi kenyataan sekiranya PR tidak tuli dan buta manakala UMNO/BN masih leka dengan pengampu-pengampu dan masih mengekalkan Ketua-Ketua Bahagian yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU12 sebagai calun.

Komisen kapal Selam akan menegelamkan sebuah kerajaan?



Friday, May 25, 2012

Lepasan SPM wajib sertai PLKN?


Program Latihan Khidmat Negara sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan, bermacam-macam peristiwa berlaku ada yang suka dan ada yang duka. Oleh itu Majlis Latihan Khidmat Negara akan mencadangkan kepada kerajaan supaya pelajar2 yang tamat peperiksaan SPM diwajibkan menyertai latihan tersebut.

Alasanya program PLKN adalah lengkap, ia mengajar tentang displin, tentang sejarah kerajaan , tentang pentadbiran kerajaan. Persoalannya betulkah alasan tersebut, kerana pelajar2 telah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah disekolah-sekolah, sudah dilengkapkan dengan ilmu rukun negara. Atau ada kilasan lain.

Lapurnya program ini berjaya dan disukai oleh ibubapa. sekiranya ramai ibubapa dan anak2 menyukainya, kenapa harus dipaksa, buatlah secara sukarela supaya nanti tidak timbul perkara2 yang tak diingini berlaku, seperti rogol dan mati.

Sejak program khidmat negara diadakan sudah 17 orang pelatih telah meninggal dunia, seorang telah dirogol, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan disalahkan kepada pihak kerajaan adalah lebih baik program khidmat Negara ini jangan dipaksa dan biarlah ia menjadi amalan rakyat malaysia secara sukarela untuk mengikuti latihan dipusat khidmat negara.

Kecualilah ada agenda lain, seperti untuk memberi peluang kepada kroni-kroni membina dan mengurus kem-kem latihan, membekalkan makanan dan uniform dll. Kalau tidak kerana tersebut adalah elok kerajaan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sama ada mahu menyertai kem latihan khidmat negara secara percuma atau pun tidak.

Eloknya, kem latihan tersebut disediakan kepada mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan gejala dadah dan pil-pil kuda yang sekarang semakin serius serangan terhadap gulongan muda mudi dan juga kepada pesalah traffic yang menyertai lumba-lumba haram yang sengaja menempah maut dijalan-jalanraya.


Tuesday, May 22, 2012

Tazkirah 'Boikot Petronas'.


Mujur ada pertandingan akhir piala FA di stadium bukit jalil, 7000 tandatangan dapat dikumpul disebidang spanduk bagi menutut supaya kerajaan malaysia memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan. Tahniah kerana berani menyuarakan hasrat rakyat kelantan kepada kerajaan BN melalui kumpul tandatangan disebidang sepanduk.

Tujuannya untuk menyampaikan makluman kepada seluruh dunia bahawa rakyat kelantan sedang berusaha untuk mendapat royalti minyak yang disekat oleh kerajaan BN, yang secara terang telah melakukan perkara yangt tidak adil kepada kerajaan kelantan dan rakyat kelantan. Usaha sebegini perlu diteruskan walaupun kerajaan kelantan telah membawa perkara ini ke mahkamah.

Kepada saya kempen tersebut telah berjaya kerana untuk mendapat 7000 tandatangan bukan senang, sekiranya tak berlaku pertandingan akhir piala FA yang melibatkan pasukan kelantan mungkin tandatangan tersebut tidak tercapai 7000. Ini dikira banyak kerana kehadiran rakyat kelantan di stadium bukit jalil melebihi 70,000 orang. 10% dikira besar sekiranya hendak dibandingkan aktiviti yang dilakukan oleh setengah NGO yang pro kerajaan setiap kali diadakan kempen tandatangan tak sampai pun 1000.

Kempen untuk menuntut royalti disokong oleh seluruh rakyat kelantan tanpa kira fahaman politik, ini kerana rakyat tahu bahawa wang royalti itu adalah hak mutlak kerajaan dan rakyat kelantan dan dengan wang royalti itu rakyat tahu kerajaan kelantan dapat mengunakan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat sebaik mungkin.

Berlainan dengan kempen 'Boikot Petronas' yang masih samar-samar tujuan asalnya, apakah 'Boikot Petronas' satu usaha untuk mendesak kerajaan sekiranya hak rakyat kelantan tidak diberi (iaitu royalti) maka usaha Boikot Petronas akan berlarutan sehingga pam-pam station minyak juga akan jadi sasaran supaya ditutup dan rakyat kelantan diminta supaya tidak mengunakan jenama petronas dalam kehidupan sehari-hari.

Atau sekadar nak tulis dalam FB untuk suka-suka cari 'glamur' lepas seminggu hilang begitu saja. 'Boikot Petronas' adalah satu nama yang populor dalam FB terutamanya dalam wall UMNO tumPAS, ada yang sokong dan ada yang menasihati supaya ianya tidak tercacat tujuan asal berhubung dengan kempen royalti minyak.

Yang tentu berjaya dalam kempen 'Boikot Petronas' ialah sekiranya rakyat termakan dengan hasutan tersebut, rakyat tak akan beli minyak petronas dan akan menjejas pendapatan pemilik2 pam minyak petronas dan kempen boikot petronas akan lagi lebih berjaya sekira semua pam-pam minyak petronas di kelantan ditutup.

Sedangkan semua rakyat didunia tahu hanya kerajaan BN saja boleh menyelesaikan masaalah royalti minyak dan tentunya selagi kerajaan PAS masih berkuasa di kelantan mustahil kerajaan BN akan melepaskan royaliti yang kini dianggarkan melebihi 7 billion ringgit, kecualilah dapat perintah mahkamah atau pun kerajaan BN jatuh.

Untuk menjatuhkan kerajaan BN rakyat hendaklah ramai menyokong PR dan bagaimana rakyat nak sokong pakatan rakyat sekiranya rezeki mereka dihalang oleh sekumpulan orang tapi pihak PR tak menegah perbuatan boikot rezeki mereka.

Oi, orang-orang tersebut tak ada kena mengena dengan parti, jadi apakah tujuan 'Boikot'tersebut diadakan, Apakah tujuannya supaya rakyat yang terlibat dengan petronas tidak menyokong PR dan kerajaan BN terus menang. Ertinya terkuburlah pam minyak petronas dan wang royalti pun tak merasa. Apakah begitu tujuannya?

Orang yang ghairah untuk 'Boikot Petronas" tentulah mereka ada alasan tersendiri, yang paling mustahaknya semua tindakan yang hendak diambil perlu ada perkiraan untung rugi. Apakah kempen boikot petronas ada kena mengena dengan tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri kelantan. Sekiranya ada kaitan maka kempen boikot petronas itu sebenarnya boleh merosak usaha kerajaan untuk menarik semua rakyat menyokong tuntutan royalti tersebut tak kira dari golongan mana sekali pun, hatta taukeh2 pam minyak petronas diminta sokong kempen royalti.

Kecualilah kempen 'Biokot Petronas' tak ada kena mengena dengan tuntutan royalti minyak, maka usaha 'Boikot Petronas' boleh diteruskan kerana, boleh suka-suka dan dapat melihat hasilnya nanti, adakah pam minyak petronas akan ditutup atau pendapatannya merosot dan ada pengusaha petronas terpaksa membuang pekerja. Maka kita pun suka dan puas.

Sunday, May 20, 2012

Anuar Musa., peluang jadi calun cerah.

Anuar Musa sedang tandatangan 'sokong tuntut royalti' di stadium bukit jalil sempena pertandingan akhir piala FA, kelantan lawan Sime Darby (19.5.2012). Kelantan menang 1 - 0.

Kelantan juara piala FA dengan mengalahkan Sime Darby 1 - o dengan gol penalti. Kemenangan yang tidak menyeronokkan oleh lebih 70,000 penyokong kelantan kerana tidak menang 'jantan'. Walau bagaimana pun penyokong bolasepak kelantan menzahirkan perasaan gembira terhadap Tan Sri Anuar Musa kerana berjaya membawa pasukan bolesepak kelantan ke persada negara dengan meletakkan pasukan kelantan terhebat buat masa ini.

Tentunya Anuar Musa rasa gembira dengan kejayaan tersebut, sekurang-kurangnya boleh mengubat hati yang duka kerana terpaksa berada jauh dengan pasukan kelantan akibat dikenakan tindakan displin oleh FAM selama 30 bulan. Suka dalam duka.

Peliknya kejayaan kelantan dimegahkan oleh balaci-balaci UMNO seperti pasukan bolasepak kelantan hak UMNO, tak malukah mereka itu nak berak atas pusu sedangkan dalam UMNO sendiri tak begitu berminat kepada Anuar Musa. Saya tahu bagaimana susahnya Anuar Musa semasa menerajui KAFA pada permulaan dulu, masaalah kewangan dan sokongan daripada UMNO kelantan sendiri tidak ada kerjasama yang jitu. Saya tahu kerana pada waktu itu saya adalah Pen. Bendahari KAFA.

Hari ini, apabila pasukan bolasepak kelantan menyerlah, adalah muka2 pemimpin UMNO nak menonjol, kononnya bolasepak kelantan milik UMNO. Apakah oleh kerana UMNO tahu bahawa sokongan rakyat kelantan kepada UMNO adalah semakin sepi, maka UMNO terpaksa menumpang dengan baju merah yang menjadi jersey rasmi pasukan bolasepoak kelantan.

Sekiranya UMNO betul2 menghargai kejayaan pasukan kelantan yang diterajui oleh Anuar Musa, maka eloklah UMNO pada waktu sekarang mengistiharkan bahawa Anuar Musa adalah calun BN kawasan Parlimen KETEREH pada PRU13 ini kerana kejayaan membawa pulang piala FA ke kelantan.

Begitu juga seorang lagi yang menjadi tulang belakang yang berjaya membawa pulang piala FA tersebut ialah Naib Presiden KAFA yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Sdr Rosmadi Ismail harus diumumkan juga layak dicalunkan kerusi Parlimen Koita Bharu.

Kejayaan pasukan kelantan membawa pulang piala FA kerana pemian2 kelantan yang cekap dan bersemangat, pemain itu bukannya ahli UMNO dan penyokong UMNO semuanya begitu juga dengan penyokong yang memenohi stadium bukit jalil, apabila ada bendera PAS dikibarkan dalam stadium itu bermakna ada orang PAS yang menyokong pasukan kelantan.

Oleh itu balaci-balaci UMNO tak payah mendabik dadalah bahawa piala FA tersebut hak milik UMNO kerana tanpa pemain yang bermain bermati-matian sudah pasti piala itu tidak akan berada dikelantan sekiranya hanya Anuar Musa saja yang menjadi sandara.

Saranan Dato' Dusuki Ahmad, bekas setiausaha politik Tun Mahathir dalam FB beliau supaya piala FA diarak dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia ke Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan sebagai cadangan 'perli' kepada balaci-balaci UMNO yang begitu mengharapkan diatas titik peloh orang lain untuk mencari glamour dan nama kerana UMNO kelantan itu sendiri sudah hilang punca untuk melawan PAS.

UMNO kelantan tak akan menang dalam PRU13 kerana piala FA dan Anuar Musa, tapi UMNO kelantan boleh menang bebarapa kerusi kerana kerja kuat dan kerajinan Dato' Mustapha Mohamed (Tok Pa) dan AGAHnya PKR serta KEDEKUTnya PAS.

Mimpi UMNO nak tawan kelantan jauh bumi dengan langit.

Thursday, May 17, 2012

Adios - Anuar Musa.

Affandi, Anuar Musa dan Rosmadi Ismail

Panas lagi, kali ini ekoran terdapat mengatakan FAM boleh ambil tindakan susulan terhadap Tan Sri Anuar Musa, kerana ada lapuran yang mengatakan Anuar Musa masih aktif dengan Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA walaupun pihak FAM telah mengenakan hukuman gantung jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA selama 30 bulan.

Betul atau tidak tuduhan tersebut bergantung kepada lapuran daripada 3 orang ahli majlis FAM yang berasal dari Kelantan yang mana dua orang adalah pegawai daripada Persatuan Bolasepak Kelantan iaitu KAFA sendiri, mereka adalah Dato' Affandi yang juga Timbalan Presiden KAFA merangkap ahli Majlis FAM dan Rosmadi Ismail Naib Presiden KAFA yang juga ahli Majlis FAM manakala Takiyuddin Hassan adalah ahli majlis FAM.

Apakah benar tuduhan yang mengatakan Anuar Musa masih aktif berperanan dalam KAFA tentulah Dato' Affandi dan Rosmadi lebih mengetahui, kerana mereka berdua adalah orang yang paling rapat dengan pasukan bolasepak KAFA. Dan tentunya lapuran mereka akan diambil kira oleh FAM.

Nampaknya kedudukan mereka berdua berada dalam keadaan serbasalah sekiranya benar tuduhan tersebut kerana mereka berdua terlibat secara langsung dengan FAM dan tidak cuba menghalang supaya KAFA tidak dikenakan tindakan dengan membelakangkan keputusan FAM terhadap Anuar Musa kerana mereka tahu kedudukan sebenar.

Persolaannya adakah Dato' Affandi dan Rosmadi terlibat sama dengan membiarkan Anuar Musa masih campur tangan dalam membentuk pasukan kelantan sedangkan hukuman yang dikenakan terhadap ANUAR MUSA SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARI TERLIBAT DENGAN KAFA DAN PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN tidak dihiraukan.

Tidak mungkin Dato' Affandi dan Rosmadi membelakangkan perlembagaan FAM dan keputusan lembaga displin FAM, tentunya mereka berdua menasihati Anuar Musa perkara yang boleh dan tidak boleh dicampur oleh Anuar Musa, jadi adalah tidak menasabah Anuar Musa masih melibatkan diri secara aktif dalam pasukan bolasepak kelantan.

Sekiranya Anuar Musa sengaja melanggar syarat2 hukuman yang dijatuhkan kepadanya, itu menandakan bahawa Anuar Musa sudah bertekat untuk melupakan penglibatan beliau dalam arena bolasepak tanahair dan apakah Anuar Musa sekali lagi mahu cuba nasib dalam politik & akan berusaha bangkit untuk dirinya dicalun dalam PRU13 nanti setelah gagal mencapai cita2 melalui bolasepak.

Pada PRU12 lalu Anuar Musa kalah kepada YB Aziz Kadir lebih kurang 400 undi sedangkan pada waktu itu beliau adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Ada orang kata kekalahan Anuar Musa kerana ada sabotaj dari penyokong rapatnya sendiri yang kini tergila2 nak dicalunkan di kerusi Parlimen.

Rata2 pemerhati politik dalam Parlimen Ketereh berpendapat pada PRU13 nanti Anuar Musa tidak akan dicalunkan dikerusi Parlimen, kerana beliau bukan orang PM Najib, sekiranya ini berlaku nasib sekali lagi tidak berpihak kepada UMNO kerana adegan kerat mengerat akan lebih hebat berlaku.

Sudah sampai masanya bagi Anuar Musa bersiap untuk bersara dari pada bolasepak dan politik, nampaknya sejarah gemilang Anuar Musa akan ditutupi dengan awam yang hitam, tidak mendong dan tidak juga hujan seakan-akan sedang membakar kesilapan yang lalu dan kini.

Harap-harap selepas PRU13 ini, Anuar Musa tidak berdepan dengan mimpi ngeri.

Tuesday, May 15, 2012

Silap langkah PR kecundang.

inilah tanda awal kejatuhan kerajaan.

Gila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.

Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.

Melihat kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.

Yang jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak 56 kerusi Parlimen Melayu.

Itu saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.

Apa saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00, bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan dan duit tersebut adalah duit rakyat.

Rakyat tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.

Tumbangnya kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.

Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.

Fasa kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.

Lagi cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan kroni sebagai calun.





Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh, "Sayang Bertompok, Benci Merata" .


"durian runtuh akan meruntuhkan sebuah kerajaan"

Hari ini (8.5.2012) Pedana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah dengan senyumnya mengistiharkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 kepada setiap keluarga FELDA.

Ketua peneroka atau Suami mendapat wang tunai RM5,000 dan isteri RM5,000 serta anak yang digelar genarasi kedua sebanyak RM5,000. Nampaknya tarikh pilihanraya umum ke 13 hampir tiba kerana sebanyak 112,000 peneroka seluruh negara dicurahkan dengan wang ringgit.

Manakala kakitangan FELDA pula akan mendapat bonos 2bulan setengah, dari jawatan yang paling tinggi sehingga kepaling rendah yang boleh mengalahkan kakitangan awam jabatan perkhidmatan kerajaan yang lain.

PM Najib telah berjaya membahagikan wang kepada peneroka dan kakitangan FELDA setelah terdahulu daripada ini rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 diberi wang sebanyak RM500,oo yang dikenali sebagai BR1M manakala pengagihan kepada peneroka hari ini dipanggil BRUM kerana 10 kaki ganda dengan apa yang didapati oleh rakyat baru-baru ini..

Kita kena tabik kepada PM Najib kerana usahanya telah meletakkan peneroka FELDA akan memikir untuk mengunakan wang tersebut dan dengan harapan semua peneroka FELDA akan mengundi BN pada PRU13 nanti dalam erti kata 56 keusi Parlimen yang terdapat rancangan FELDA diseluruh Malaysia akan berpihak kepada BN.


Yang menjadi persoalan, apakah sebanyak 166 kerusi lagi akan terus menyokong BN sedangkan telah jelas UMNO dan BN hanya memberi tumpuan yang istimewa kepada kawasan yang pengundinya boleh dibayar, sedangkan nelayan, penternak, pemandu taksi, kerani, polis dan tentera tidak dapat 'durian runtuh' yang istimewa. Sedangkan polis lebih berjasa kepada keselamagtan rakyat jelata.

Begitu juga dengan peneroka tanah rancangan lain, mereka juga sebagai peneroka yang memerlukan wang untuk berbelanja, kenapa mereka tidak dijadikan juga sebagai peneroka istimewa, apakah undi mereka tidak diperlukan oleh UMNO dan BN.

Slogan 'sayang bertompok, benci merata' telah dengan sendirinya dizahirkan oleh pemimpin UMNO dan Kerajaan, kegembiraan hari ini tentunya tidak lama, bubar saja perlimen, rakyat yang tahu erti kebenaran akan berpaut rapat dan terus maju bagi menuju untuk membentuk sebuah kerajaan rakyat yang adil dan bertanggongjawab.

'Durian runtuh' hari ini dengan mudah meruntuhkan kerajaan yang sedia ada bagi menuntut hak yang sama adil dan sama rata, kenapa peneroka FELDA dapat wang untuk suami, isteri dan anak, sedangkan rakyat yang lain tidak ada keistimewaan sedangkan undi sama satu undi.

Mereka berkata tunggulah PRU13 nanti, tahulah jawapannya.

Sunday, May 6, 2012

Relakah kita.

Sekiranya terjadi kepada anak anda, suami anda dan anda sendiri, apakah anda masih mampu ketawa. Ini adalah salah satu trajedi. Harap2 gambar video ini tidak berlaku di Malaysia, tidak berlaku keatas rakyat Malaysia. Besar mana dosa lelaki itu sehingga diperlakukan sebegitu rupa.

Itulah perlakuan yang dapat dilihat, yang telah dirakam. tapi adakah orang yang berkuasa kisah, dulu kita ihat rakaman video sebegini berlaku di plastin, kita lihat ditunisia, kita lihat dilibya, kita lihat di mesir.

Relakah kita sekiranya anak kita, suami kita atau pun kita diperlakukan sedemikian rupa.


http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Ffeature%3Dplayer_embedded%26v%3D9ivd1yWgH8o&h=IAQFBzrWAAQHpbA4DQIv-rB2s1udliMaFYmHxiGYI--nYcg

Thursday, May 3, 2012

Tertunaikah tuntutan rakyat.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah,
"Silap Mata".

Esok 4.5.2012 Perdana Menteri YAB Dato' Mohd Najib Tun Ab.Razak akan menjejak kaki sekali lagi di Negeri Kelantan Darul Naim, yang mana sebelah pagi akan bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang dan petangnya rasmi TEMAN di Bandar Baru Tunjung.

Adakah kedatangan Najib ke Kelantan kali ini merupakan kedatangan terakhir Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia atau kedatangan kali ini merupakan usahnya untuk memujuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk terus kekal bertanding di Parlimen Gua Musang atas tiket BN.

Najib tahu bahawa sekarang ini YBM Tengku Razaleigh telah longgar sokongan kepada BN kerana apa yang Tengku Razaleigh mahu untuk berbakti kepada rakyat dan negeri Kelantan satu pun tidak ditunai oleh Najib.

Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka minta supaya Kerajaan BN memulangkan wang royalti minyak kepada negeri Kelantan tapi Najib memekakkan telinga, beberapa kali disuarakan oleh Tengku Razaleigh tapi tidak diendahkan oleh Najib sehingga lah pada bulan lalu apabila UTTV menganjurkan Bicara UT6, PRU13, Amanah dan Perjuangan YBM Tengku Razaleigh mendapat sambutan dan pada waktu itu Tengku Razaleigh melahirkan sokongan beliau kepada himpunan BERSIH 3.0.

Apakah Najib telah terhidu sekiranya beliau terus memekakkan telinga cita2 dan impian BN nak rampas Kelantan akan berkecai dan besar kemungkinan PUTRAJAYA akan jatuh dengan mudah, lantas pendekatan yang diambil oleh Najib ialah dengan turun ke Gua Musang dan meluluskan apa yang diminta oleh Tengku Razaleigh.

Esok (4.5.2012) mungkin Najib akan meluluskan:-
Peruntukan sebanyak RM3 juta untuk masjid Razaleigh Gua Musang.
Pembinaan lebuhraya.
Royaliti minyak untuk Kelantan dan
mengumumkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan kekal calun BN di Gua Musang.

Walau apa pun berlaku, rakyat Kelantan sudah tekad dan bulat untuk menolak sebuah kerajaan yang meminggirkan pejuang-pejuang terdahulu dan sudah bulat untuk turun menyokong Pakatan Rakyat PR pada PRU 13 nanti kerana rakyat mahu sebuah kerajaan yang Adil berlandaskan ajaran Islam dan menolak kerajaan yang mengamalkan kemungkaran, rasuah dan kronisma.

PRU13 akan tertubuhkan sebuah kerajaan rakyat. PUTRAJAYA milik PR.


'

Tuesday, May 1, 2012

PAS jangan KEDEKUT, PKR jangan AGAH.

YB. Amran Ahli Parlimen Tanah Merah.
Jangan disisih

Selepas BERSIH 3.0 berjaya menonjolkan satu himpunan suara rakyat menuntuk pilihanraya bersih akan berlaku pada PRU13. Kerajaan mengumumkan gaji minimun RM900.00 sebulan kepada pekerja kakitangan. Satu lagu usaha memujuk rakyat supaya menyokong UMNO/BN dalam PRU13.

Berlalu sudah pengagihan bantuan berupa wang ringgit kepada rakyat yang mana terakhirnya pemberian BR1M sebanyak 500 ringgit kepada yang berpendapatan kurang daripada 3000 sebulan. Tapi hasilnya seramai 300,000 orang turun ke Dataran Merdeka bagi memberi sokongan kepada anjuran BERSIH 3.0

Ertinya usaha kerajaan BN/UMNO untuk menyogok rakyat dengan berbelanja begitu banyak tidak mendatang hasil politik yang bagus, rakyat sudah bersedia dengan persediaan minda yang telah diputuskan untuk menolak kerajaan BN pada PRU13. Keputusan telah dibuat.

Yang perlu diperhalusi ialah adakah keputusan yang telah tersemat dalam minda rakyat itu dapat diubah semasa PRU13 berlangsung nanti. Menukar keputusan sering terjadi dalam politik sekiranya terbukti keputusan yang hendak dibuat itu jauh terpesong dengan apa yang berlaku sebenar. Rakyat semakin bijak dan setiap yang disokong itu mereka tidak menyokong membabi buta.

Bersempena dengan deman BERSIH 3.0 bagi menentukan kerajaan BN akan terkubur dalam PRU13 nanti, pihak PR juga hendaklah membersihkan diri supaya rakyat betul2 yakin bahawa dalam PR juga tidak akan ada unsur2 yang boleh mencemarkan harapan rakyat untuk melihat kerajaan bertukar dan PR berjaya ke PUTRAJAYA.

Untuk ke PUTRAJAYA, kerusi perlimen hendaklah berpihak kepada PR sebanyak 112 kerusi paling sedikit, apa yang perlu PR lakukan supaya kerusi yang sudah ada dapat dikekalkan dan menambah kerusi baru yang telah dikenal pasti pontasinya untuk menang bagi membantu PR berjaya ke PUTRAJAYA.

Tapi beringat bahawa UMNO dan BN sedang berusaha untuk merampas kembali kerusi yang telah dimenangi oleh PR pada tahun 2008 terutamanya di Kelantan, kerana ada tempat2 yang boleh dihujah memang menjadi target oleh UMNO/BN untuk merampas kembali terutamanya kerusi yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat PKR.

Kerusi Parlimen Macang, Ketereh dan Tanah Merah menjadi idaman oleh UMNO/BN. dan bagi mengelak kerusi tersebut tidak kembali kepada UMNO/BN seperti tahun 2004 adalah dinasihatkan supaya PKR tidak AGAH dan PAS tidak KEDEKUT supaya pada PRU13 nanti kerusi Parlimen di Kelantan disapu BERSIH oleh PR.

Sekiranya PR tak cukup kerusi untuk ke PUTRAJAYA kerana kerusi yang sekarang ini menang tiba2 kalah kerana pemimpin pakatan rakyat ambil mudah dan masing-masing AGAH dan KEDEKUT alangkah kecewa bagi rakyat yang benar-benar berjuang untuk melihat sebuah kerajaan baru terbentuk di negara ini.