Monday, June 25, 2012

Satu petanda ancaman baru kepada BN.

Kelihatan dalam gambar Dato' Dr.Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis bersama YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Lihatlah anugerah Allah.
Bukan dirancang atau diatur oleh manusia, Beliau tahu menghormati orang tua, ulama dan pemimpin, kerana ilmu ugama mengatasi kehendak peribadi. Adalah molek sekiranya menjadi contoh kepada ulama muda UMNO supaya tidak menjadi bentang kemungkaran pemimpin UMNO dan BN. Memilih berjuang untuk menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran adalah pilihan beliau.

Monday, June 18, 2012

Raja dan Rakyat berpisah tidak.

Tuanku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor melahirkan pandangan rasa dukacita kerana kritikan yang dilemparkan kepada istana oleh golongan melayu. Teguran dan rasa terkilan Tengku Mahkota Johor itu hendaklah diberi perhatian oleh semua rakya Malaysia terutamnya orang-orang melayu, kerana teguran itu ada baiknya untuk memperingatkan orang-orang melayu supaya berhati-hati dalam membuat teguran.

Kepada saya teguran boleh dibuat tapi biarlah tidak menjejaskan insitiusi raja dan istana sesuai dengan slogan 'raja adalah payung rakyat'. Begitu jugalah barang kali yang dimahukan oleh Tengku Mahkota Johor. Begitulah yang patut berlaku diantara raja dan rakyat, saling sayang menyangi.

Biasanya banyak peristiwa yang berlaku diantara raja dan rakyat di Malaysia ini berpunca dari media dan orang politik, jarang sekali rakyat biasa terlibat dalam perdebatan dalam isu istana. Sejarah menunjukan dimana ada kisah kuasa raja ditarik, ada kisah dibawah pokok keterah dan ada kisah untuk mengambil kesempatan untuk membalas dendam.

Ada juga gambar-gambar dan perkataan yang tidak patut disuarakan kepada raja. Oleh itu adalah amat sesuai peringatan dibuat supaya dalam keghairah untuk menegur istana bahasa dan adat hendaklah diutamakan. Sultan juga ada hati dan perasaan, begitu juga rakyat.

Yang pentingnya kepada orang-orang yang berada hampir dengan istana, janganlah memanaskan satu-satu isu. Sedangkan Allah mengampuni umatnya. Pastikan insitiusi istana dan raja dipertahankan supaya tidak ada mana-mana pihak boleh mengugat.


Thursday, June 14, 2012

YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan PRU13.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan ceria lain macam.


YBM Tengku Razaleigh Hamzah, masih sayang kepada UMNO, menceritakan kehebatan UMNO dizaman Tengku Ab.Rahman dan Tun Razak, Pemimpin dulu berjuang untuk rakyat, lain dengan pemimpin sekarang teruatamnya dizaman Tun Mahathir.

Selagi Mahathir ada, selagi itulah royalti minyak untuk Kelantan tak akan dapat. PM Najib tak dapat nak mengatasi kekekangan Mahathir dalam mencairkan pengaruhnya dalam Petronas, rakyat Kelantan akan terus tidak terbela, hanya satu cara yang paling dekat untuk rakyat Kelantan mengecapi nikmat melalui royalti iaitu PRU13 kalahkan kerajaan BN.

Tengku Razaleigh termenong apabila saya mengatakan selepas PRU13 nanti kerajaan Malaysia akan diperintah oleh Kerajaan Rakyat iaitu PR, termenong antara percaya atau tidak dan Tengku Razaleigh tersenyum apabila saya ceritakan kedudukan UMNO dan BN di Sabah.

Ujarnya, Sabah ambo ada sahabat, ambo baru balik dari melawat Sabah minggu lalu.

Cerita pasal politik Kelantan, Tengku Razaleigh suka sekiranya Negeri Kelantan ada Lebuhraya, Dapat Royalti Minyak, Lapangan Terbang Antarabangsa, Pelabuhan dan tempat pendaratan minyak seperti yang dititahkan oleh Sultan Mohamed ke V. Katanya tugas rakyat Kelantan berjuang untuk mendapatkan semua itu.

Yang paling berjaya dalam pertemuan saya dengan YBM Tengku Razaleigh apabila beliau minat untuk mendengar sehingga keakhir penerangan yang saya lontarkan tentang nasib bangsa melayu selepas PRU13 tetap akan lebih terbela sekiranya PR berada di PUTRAJAYA.

Apabila Tengku Razaleigh tidak membantah, saya akan menyusul lagi.

Wednesday, June 13, 2012

RM1.5 juta mempercepatkan kejatuhan BN.


Bila Pilihanraya umum ke 13? tidak ada sesiapa pun yang berani meneka sekarang ini, hanya yang ada bercakap tanpa fakta ertinya ikut selera, ada yang kata bulan julai, lepas septembar, bulan november, tahun depan dan macam2 lagi. Hakikatnya PM Najib masih mencari waktu yang boleh menentukan BN menang.

Susah untuk memastikan BN menang, tiap-tiap perlimen yang dimenangi oleh BN ada masaalah terutamanya kawasan yang diwakili oleh MCA dan Gerakan, kerusi tersebut akan beralih kepada PR, pengundi sudah bertekad untuk melihat kerajaan BN tewas dalam PRU13 ini.

Ada lapuran mengatakan paling banyak BN nak menang pada PRU13 ini ialah 118 kerusi, termasuk kerusi MCA 8 di Johor, 2 di Pahang. Sekiranya kerusi MCA tidak dapat dipertahankan ini bererti BN hanya akan tinggal 110 dan sudah tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan yang mana PR akan dapat 112 kerusi.

Sekiranya diambil hakikat bahawa 2 kerusi Gerakan dan 1 kerusi MIC di Johor akan hilang ini bererti PR akan memiliki sebanyak 115 kerusi pada PRU13 ini. Maka rakyat malaysia akan berada dibawah kerajaan baru iaitu yang dikenali kerajaan rakyat.

Banyak isu yang kerajaan tak boleh pertahankan sekarang ini iaitu isu PTPTN isu cincin, isu scopene, isu lembu, isu MAS, isu kehilangan wang berbillion, isu bersih 3,0. isu boroh asing, isu enjin kapal perang, isu projek anak menteri, isu zahida rafik, isu majlis peguam dan macam-macam lagi.

Manakala pembelian untuk rakyat terus menyokong kerajaan melalui habuan kepada anak-anak sekolah RM100 seorang, RM200 untuk buku, RM500 untuk BR1M, RM5000 untuk peneroka, RM5000 untuk isteri peneroka, RM5000 untuk anak peneroka, Beras, Biskut, Kain Lamping, Susu, projek melalui wang mayang semuanya tidak melemahkan rakyat untuk terus mengundi PR.

Kesimpualannya berapa billion wang ditaburkan untuk membeli rakyat supaya mengundi BN ianya tidak memberi kesan, kerana rakyat tahu wang itu adalah wang mereka, yang rakyat mahu adalah sebuah kerajaan yang bersih, adil dan tidak rasuah dan tidak memperkayakan kroni-kroni dengan melesapkan wang khazanah negara.

Terkini adalah didengar bahawa setiap Ahli Parlimen BN akan diperuntukkan RM1.5 juta bagi memperkayakan mereka sebelum berlakukan pilihanraya umum. Wang itulah yang akan menjadi malaputaka kepada BN dalam PRU13 nanti.

Thursday, June 7, 2012

Serah cangkul.


Semalam sebuah NGO yang menyokong UMNO Kelantan telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kononnya untuk diwakafkan bagi membina lebuhraya rakyat Kota Bharu ke Kuala Krai yang hebat dibicarakan oleh rakyat Kelantan.

Sumbangan berupa kereta sorong buruk dan cangkul telah diterima oleh wakil YAB Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak pejabat Menteri Besar tahu bahawa sumbangan tersebut 'sengaja' dianjurkan oleh balaci-balaci UMNO untuk mencari publisiti murahan untuk menghina hasrat Kerajaan Kelantan membina Lebuhraya Rakyat KBKK.

Apa yang menarik dari pemberian tersebut terdapat beberpa cangkul yang sengaja diberikan untuk Kerajaan Negeri simpan bagi digunakan selepas PRU13 bagi memudahkan rakyat Kelantan mengali kubur untuk 'Semadikan UMNO Kelantan' buat selama-lamanya.

Kerana cangkul sememangnya diguna untuk mengali kubur. Sebab bagi membina Lembuhraya sekarang ini cangkul tidak digunakan lagi. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh NGO tersebut apabila niat buruk dilakukan terhadap niat yang baik dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Semua perilaku tersebut akan merosakkan imej UMNO dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sudah tidak mampu mengawasi gelagak penyokong yang tidak memikirkan baik buruknya tindakan yang hendak ditunjukkan itu. UMNO Kelantan nampak benar hilang fokas bagi memikat pengundi-pengundi dan rakyat Kelantan bagi menyokong UMNO.


Tuesday, June 5, 2012

Bila tarikh PRU13.

salah siapa?

Apabila rakyat menegur kenapa konsert K- pop dibenarkan membuat persembahan 'half sexy', macam macam alasan diberi, apabila seniman menegur kenapa artis-artis tempatan tidak diberi peluang bagi mendapat bayaran lebih RM900.000 yang dibelanjakan. Semuanya kelu tak terkata-kata.

Tiba-tiba muncul gambar beberapa orang gadis cina sedang menari yang mana latar belakang diatas pentas adalah gambar logo parti KEADILAN, yang hairannya serangan dan pertanyaan dihala kepada PAS.

Apa agaknya pendirian PAS dan pendokong2 pembangkang mengenai majlis nyanyian Dan tarian separuh bogel anjuran PKR. Apakah hukum berubah berasaskan ideologi politik dan kelompok yg didokong?


Bagaimana kematangan politik boleh diukur, isu yang dilontar hanya mahu memuaskan citarasa, tak ada bezanya dengan lontaran yang ditulis oleh mereka-mereka yang menyamar dalam FB yang gambarnya tak dapat dikenal pasti siapakan tuannya.

Nampak sangat tak ada isu untuk mematahkan serangan rakyat terhadap kelalian kerajaan dalam mengurus sambutan dan keramaian yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit. Kebimbangan mulai dirasa apabila rakyat bersatu menjayakan program duduk dan bantah BERSIH 3.0 dan terbaru himpunan hijau ke PUTRAJAYA yang berlangsung di Stadium Darul Aman ,Kedah yang baru lalu.

Dimana-mana orang politik pergi, tak kira mereka itu orang PAS, PKR atau UMNO pertanyaan bila PRU13 akan diadakan menjadi persoalan pertama, kenapa? kerana rakyat sudah tak sabar untuk mengundi dan menukarkan kerajaan.

Sunday, June 3, 2012

Nik Abduh patut diberi peluang bertanding PRU13.


Sudah menjadi kebiasaan dalam politik Malaysia anak-anak pemimpin politik turut dicalunkan bertanding dalam pilihanraya umum, sama ada semasa berkuasa atau pun selepas berkuasa terutamanya apabila anak-anak itu terlibat secara aktif dalam parti yang diketuai oleh orang tuanya.

PM Najib adalah anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO Begitu juga Dato' Hishamuddin Tun Husein Onn, Dato' Mukhris Mahathir, Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Mazlan Harun anak kepada bekas Menteri Besar Selangor telah di beri peluang dan menang dalam pilihanraya dan ramai lagi, begitu juga dari parti DAP dan PKR.

Tidak menjadi isu dan satu kelainan sekiranya PAS juga pada PRU13 ini memberi laluan kepada Nik Abduh Nik Aziz, iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bertanding sekiranya dilihat kepada kemampuan beliau sama-sama memimpin Pemuda PAS kearah mejatuhkan Kerajaan BN dalam PRU13 nanti.

Jangan kerana beliau adalah anak Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menjadi penghalang untuk diberi laluan kepada beliau bertanding dalam PRU13. Anak muda yang ada kebolehan dan krisma sepatutnya diberi peluang dan ruang bagi mengasah bakat untuk PAS melahirkan pemimpin pelapis dimasa akan datang.

Sekiranya ada dikalangan pemerhati politik PAS bimbang sekiranya Nik Abduh diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri akan mejadi isu bahawa PAS pun sebagai sebuah parti anak-beranak, bolehlah buat pertama kalinya Nik Abduh diberi tempat bertanding di kerusi Parlimen kerana rakyat kelantan kini masih memerlukan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.