Wednesday, September 26, 2012

Vedio klip Ucapan Imam Muda, mukim Kadok.

Ucapan imam muda Zudi Hj Ismail, dihari majlis persaraan Imam tua mukim Kadok, Imam Haji Mohd Zain bin Harun. Imam  Hj Mohd Zain telah berkhidmat sebagai imam mukim Kadok selama 55 tahun dan beliau minta diberhentikan kerana kesihatan.

Perdana Menteri ke 7. Masihkah Najib.

Semuanya semakin tipis, hasrat dan harapan pula dalam samar-samar. Impian dibayangi oleh serba salah. Mungkin tidak tercapai dan jauh menjadi kenyataan. begitulah inti pati yang dapat disimpulkan apabila kesepakatan telah digengam erat, bayangan dari akar umbi bukan lagi menjadi sumber utama bahkan kertas dibangkul sampah hanya hasrat dan kerakusan menguasai segala-galanya.

Perdana Menteri Dato' Seri Najib masih belum merasa penat, cita-cita untuk melihat sebuah transformasi akan berlaku di negara yang bernama Malaysis setiap detik dibajai, walau pun kadang2 ianya tersasar dari arus kemahuan yang sedang ditunggu oleh sebilangan banyak rakyat jelata. Usaha masih diteruskan juga.

Nampaknya PM Najib tidak mudah mengaku kalah, sebagaimana tidak mengaku kalahnya Anwar Ibrahim dalam mengharungi liku-liku perjuangannya untuk dinobat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Dulu Anwar ,menjadi boss kepada PM Najib diwaktu hayat pemudanya, kini PM Najib menjadi Ketua kepada Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Di Parlimen PM Najib menjadi ketua kertajaan manakala Anwar menjadi ketua pembangkang.

Kedua-duanya sedang berlumba sekarang yang mana penamatnya hampir tiba. tapi bila?. tentunya PRU13 tetap akan diadakan, selepas budget atau tahun depan, PRU 13 tetap diadakan. Yang pasti 222 kerusi perlimen akan memutuskan siapakah perdana menteri Malaysia ke 7. PM Najib atau Anwar?

Melihat pada 'mood' rakyat, nampaknya Anwar Ibrahim mempunyai peluang untuk melangkah kaki ke PUTRAJAYA, tapi hakikatnya bagaimana? kerana belum nampak arus yang benar-benar membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini ditimbus oleh ledakan yang menyinggung perasaan rakyat.

Setengah orang kata, Budget yang akan dibentang oleh PM Najib di Parlimen pada 28hb. September ini akan memutuskan hala tuju kehendak mejoriti pengundi, betulkah? atau dengan pengumuman budget tersebut tak ada apa-apa kejutan berlaku dan rakyat akan berada ditahap biasa. Ertinya rakyat akan tunggu siapa wakil rakyat mereka mahu, bukan parti menjadi pilihan utama.

Sekiranya rakyat akan memilih  individu sebagai pilihan utama, maka keputusan PRU 13 tidak terjadi seperti yang diduga. Ini bermakna rakyat kena tunggu setelah perlimen dibubarkan dan nama-nama calun diistiharkan, barulah dapat dihitung siapakah yang akan dinobat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 nanti.

Dalam hal ini nampaknya kelebihan berpihak kepada BN kerana sudah jelas tidak akan berlaku pemilihan calun dikalangan kroni, tidak seperti apa yang dilihat yang akan diketengahkan oleh pihak PR walaupun desas desus ada calun-calun tertentu yang sudah ditolak oleh rakyat tapi masih ditonjolkan kerana terlalu mempertimbangkan kronisma dan anak buah.

Dalam masa BN membuang perangai 'AGAH' dan ;KEDEKUT', nampaknya PR pula berlebih-lebih.

Wednesday, September 19, 2012

Bukan hanya sekadar mengata.

Parlimen Malaysia.

Pilihanraya ke 13 tetap tiba, hanya tunggu waktu parlimen dibubarkan, yang pertahan kuasa sedang menarik nafas lega, yang ingin merampas kuasa sedang mencari punca untuk mengalah pihak yang berkuasa. Itulah yang terjadi kini.

PM Najib ke hulu ke hilir bagi mempastikan jentera parti BN dan rakyat terus kekal menyokong BN, manakala Anwar Ibrahim menjelajah untuk menarik sokongan bagi menumpas sebuah kerajaan yang bertahan 66tahun.

Kerajaan BN menarik nafas lega apabila kini terdapat tidak ada kesefaham parti Pakatan Rakyat dalam beberapa isu dengan harapan PR akan hancur dan berkecai menjelang bubarnya parlimen. Sebagai contoh, isu hudud tak pernah selesai. Karpal Singh selalu mencanggah pendapat yang di war-warkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Begitu juga dengan pengaihan kerusi dibeberapa negeri, bukan soal kemenangan yang diperdebatkan tapi masih tamak kepada banyaknya bilangan kerusi yang dipertandingkan. Dan apabila isu ini diperbincangkan, maka rakyat yang mahu menyokong PR mulai gelisah.

Gelisah kerana bimbang cita-cita mahu melihat sebuah kerajaan baru di Malaysia tidak menjadi kenyataan, kerana disaat ini nampaknya, bukan soal kemenangan yang menjadi agenda utama tapi perebutan kerusi menjadi matlamat, sehingga ada parti daripada PR mengekalkan keputusan yang tidak sehaluan dengan pengundi.

Manakala BN sudah menerima acuan yang terbaik dari kalangan mereka dengan masih mempunyai harapan yang tinggi bahawa di Sabah, Serawak dan Johor akan terus memberi kemenangan besar kepada BN. PM Najib tentunya akan membuat apa saja keputusan bagi menuruti kehendak rakyat khasnya pengundi bagi menjamin BN terus cemerlang pada PRU13 nanti.

Sedangkan pihak PR hanya berangan-angan dengan merasakan bahawa PRU13 ini adalah pilihan rakyat yang mahu dan bertekad untuk menumpaskan BN dan akan membentuk sebuah kerajaan baru dibawah pentadbiran PR. Apakah angan-angan akan menjadi kenyataan. Boleh terjadi sekiranya apabila Parlimen dibubarkan para pemimpin PR duduk secara ikhlas berbincang dan mengambil pendekatan bahawa perjuangan utama adalah tawan PUTRAJAYA yang mana para pemimpin PR hendaklah buang sifat angkuh dan meletakkan calun2 yang boleh menang disetiap Parliman.

Rakyat dah bersedia, tapi nampaknya pimpinan PR masih belum bersedia untuk tunduk kepada kehendak rakyat, sedangkan yang boleh memberi kemenagan dan kekalahan kepada sesautu parti dan calun itu adalah rakyat iaitu pengundi.

Kita tahu BN kalah pada 2008 kerana calunnya terdiri daripada musuh rakyat dan kroni para pemimpin dan nampaknya PRU13 nanti, pihak PR pula beriya-iya nak pertaruhkan kroni sebagai calun. Perlu diingat walaupun wang sudah berada dalam kocek baju, belum tentu wang itu kita punya.


Saturday, September 15, 2012

Terkapai-kapai, mengigit jari.

Dr. Hatta Ramli,
Ahli Parlimen Kuala Krai yang disenangi oleh rakyat.
Pengarah Pilihanraya PAS.

16hb September adalah hari memperingati pembentukan negara Malaysia. dan pada minggu hadapan perlimen Malaysia akan bersidang serta janji PM Najib untuk membentang budget. Selepas itu kemungkinan YDP Agong akan membubarkan parlimen atas nasihat kerajaan. Inilah masanya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Manakala parti-parti politik sedang menyiapkan nama-nama calun untuk diadili oleh rakyat. BN akan pertaruhkan apa saja bagi memastikan kuasa masih diberada ditangan, manakala PR akan terus berusaha bagi memastikan PUTRAJAYA jatuh dan kerajaan bertukar.

Bermodalkan dengan 140 kerusi parlimen, kedudukan BN masih dikira mampu mempertahankan kerajaannya, tapi apabila diukur dengan sokongan rakyat jelata kedudukan 140 kerusi yang dimiliki oleh BN agak tergugat dan terus kecundang. Manakala 82 kerusi yang dimiliki oleh PR masih boleh bertahan sekiranya ada percaturun yang tidak 'Agah dan Kedekut' oleh pucuk pimpinan.

Pihak BN benar-benar bimbang terhadap fenomena yang berlaku di Sabah dan Serawak kini, Simpanan tetap kerusi parlimen untuk BN di negeri tersebut telah cair dan pihak BN tidak boleh tidur dalam angan-angan lagi dan pada waktu yang sama negeri Johor juga telah dibajai oleh angin perubahan. Aduh nampaknya nasib BN tidak selamat.

Sementara pihak PR sedang rancak mengantur langkah ke PUTRAJAYA dan menguncar ngacirkan kekuatan BN di Sabah, Serawak dan Johor bagi mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk berjaya ke PUTRAJAYA kini didapati ada tanda-tanda kealpaan bahawa tidak semua kerusi yang telah dimenangi itu akan terus kekal dikuasai kembali pada PRU13 ini.

Lebih malang lagi kepada PR SEKIRANYA HASRAT RAKYAT UNTUK MELIHAT SEBUAH KERAJAAN BARU YANG DITERAJUI OLEH PR TIDAK KESAMPAIAN APABILA PR TIDAK DAPAT 112 KERUSI KERANA KERUSI-KERUSI YANG TELAH DIMENANGI PADA TAHUN 2008 JATUH PADA BN EKORAN TIDAK PEKANYA PUCUK PIMPINAN TERRHADAP PANDANGAN DAN KEHENDAK PENGUNDI DIKAWASAN TERSEBUT.

Perlu diingat rakyat kini bukan saja menyokong parti tapi juga menyokong calun yang bertanding. Silap perhitungan 'akan tergigit jari'.

Thursday, September 6, 2012

Tukar suami tak heboh pun.



Heboh pasal bendera. ada yang mencadangkan supaya diambil tindakan kepada mereka yang pamerkan bendera lain selain daripada bendera jalur gemilang, habis modal untuk mengampu Kerajaan BN sehingga lupa pada sejarah.
Parti PAS telah beberapa kali tukar bendera dan lambang dari bulan bintang kepada bulan penuh purnama, tak jadi masaalah pun, kenapa hari ini isu mengibarkan bendera selain daripada bendera jalur gemilang menjadi semacam satu kesalahan besar, kononnya nak tunjuk setia. Setia kepada siapa?. Apakah orang yang beriya-iya meminta supaya kerajaan mengambil tindakan kepada rakyat yang mengibarkan bendera tidak jalur gemilang sebenarnya teramat setia kepada Allah.
Jadi sekiranya perlaksanaan hukum hudud pun tidak dapat dilaksanakan,tak usahlah bercakap pasal kesetiaan, kerana pertukaran bendera boleh berlaku bila-bila masa dan orang yang menang boleh melakukannya, begitu juga dengan sejarah kerana sejarah itu ditulis oleh orang yang menang.
Tukar bendera, tukar parti tak jadi masaalah dan tak menjadi kesalahan asalkan jangan tukar ugama Islam. Hari ini kita ada bendera jalur gemilang boleh jadi selepas PRU13 kita diminta mengibar bendera lain pula sebagai tanda merayakan sebuah negara yang Adil untuk semua.
Ingatkah kita disatu masa dulu dinegara kita ini waktu pun diubah, jadi apa masaalah dengan tukar bendera, orang yang suka bermuka-muka sahaja yang menghebuhkan pasal tukar kibar bendera. yang tukar suami tak dihebuh pun.