Thursday, July 9, 2009

Guru tak hormati Menterinya.

Singgah di Manik Urai Baru. sempat solat Maghrib bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahyuddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Beliau dalam rangka lawatan kempen pilihanraya kecil DUN Manik Urai. Diantara pembesar parti yang hadir ialah Tok Pa, Dato' Awang Adek, Dato' Ramzi, Ikhmal Hisham dan Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Tan Sri Mahyuddin mengimamkan sembahyang dirumah Ketua Cawangan dalam Peti Undi Manik Urai Baru yang mana UMNO Bahagian Ketereh menjadi bapak angkat sebab itulah Alwi Che Mat ada bersama walaupun sebelum daripada ini Alwi Che Mat adalah orang yang paling tidak suka kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Mengikut lapuran. Peti Undi itu akan menang besar kerana kerja kuat jentera parti yang dibawa khas dari Ketereh untuk membantu jentera tempatan. Ramai orang atas pagar memberi kesanggupan untuk mengundi UMNO/BN pada kali ini, kerana wakil rakyat PAS yang lalu gagal membawa pembangunan dikawasan tersebut.

Penduduk Manik Urai masih hidup seperti katak dibawah tempurung dibawah wakil rakyat PAS yang tidak berbuat apa-apa, kata salah seorang jemaah yang turut sama solat dengan Tan Sri Mahyuddin, dah tentunya beliau adalah penyokong UMNO, maka lapuran yang aku dengar itu tidak boleh dipercayai 100%, kena tapis dulu.

Yang aku percaya 100% ialah tentang suami isteri kunci rumahnya dan lari kerana tidak mahu beri kerjasama dengan penduduk tempatan lain untuk dijadikan rumahnya tempat menyediakan makan malam kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Aku percaya kerana ditunjukkan rumah itu dan memangnya berkunci dan gelap.

Suami isteri itu adalah pasangan guru yang mengajar didaerah Kuala Krai, seorang mengajar di Sekolah Menengah Manik Urai dan seorang lagi mengajar di Sekolah Menengah Lakloh, rumah mereka besar dan mewah, tambahan pula anak tempatan dan mengejar dalam likungan dekat dengan sekolah.

Disini nampaklah bahawa masih ada dikalangan guru-guru yang 'out date' kerana tidak menyokong UMNO/BN mereka rela tidak mahu menerima seorang pemimpin negara naik kerumahnya yang pelik lagi mereka tidak sedikit pun memberi muka kepada Menteri Pelajaran iaitu majikannya untuk bertemu mata.

Itulah yang dikatakan penganut parti yang kolot, yang bodoh, yang tidak ada nilai kemanusiaan, dah lah mujur dapat mengejar didepan rumah, ditunjuk pula dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Kerajaan, Hagas, Hagas benar (Sombong benar). Tapi orang UMNO Kuala Krai tak ada batu kalu.

Hal beginilah patut Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan bertindak, asakkan Kementerian, KSU dan Pengarah Pendidikan Kelantan supaya pandai mengajar semuga para guru ada tata budaya, Menteri datang ke tempat kita patut disambut, bukan ditutup pintu pagar dan lari. Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan jangan hilang fokus.

Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan tidak berkerja untuk membuat lapuran polis pasal Nik Aziz menteri besar Kelantan, pasal surat kabar Keadilan dan lain-lain. Pergerakan Pemuda mesti dilihat fokus kepada matlamat perjuangan parti, bagaimana untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan, bagaimana peranan untuk memikat rakyat supaya undi UMNO dalam pilihanraya umum nanti.

Apakah nama Anuar tidak serasi untuk menjadi pemimpin UMNO Kelantan.

No comments: