Wednesday, July 1, 2009

Jangan tersalah pilih !!!

Yang ku dengar,

Manik Urai akan menerima ratusan bahkan ribuan orang luar berkunjung ke seluruh kampung dalam Dewan Undangan Negeri tersebut. Mereka akan datang menyibuk, berkempen untuk membantu calun masing-masing. Mereka datang berkhemah dan ada juga menyewa rumah untuk dijadikan markas.

Itu hanya akan berakhir setelah selesai hari mengundi, mereka itu pun pulang ke rumah masing- masing dan Manik Urai akan kembali sunyi, orang kampung ditinggalkan dengan sejuta janji, Wakil Rakyat yang menang akan mengadakan kesyukuran tapi yang jelasnya kudis semasa kempen pilihanraya tidak mudah reda.

Diharap Pilihanraya kecil Manik Urai tidak akan ada trajedi, tidak akan ada perkara yang tidak diingini berlaku, maka adalah dipercayai pihak berwajib yang diberi tanggongjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam telah secara serius berada di kawasan tersebut. Rakyat Manik Urai jangan mudah termakan dengan hasutan daripada orang luar. Pilihanraya sebenarnya untuk menyokong orang dan kita sebagai penyokong jangan dijadikan alat untuk orang yang memerlukan sokongan. Bijaklah memilih dan jangan tersalah pilih.

No comments: