Tuesday, July 14, 2009

Manik Urai - 'bergocah' juga pagi ini.

Hari ini rakyat DUN Manik Urai keluar mengundi bagi menentukan siapakah wakil rakyat yang akan mereka pilih, sama ada Fauzi dari PAS atau Tuan Aziz dari UMNO. Masih ada penyokong yang tuli dan buta di Manik Urai, masih mahu bergadoh (bergocah) kerana nak tolong orang. sepatutnya mereka sudah sedar bahawa yang menang dan dapat gaji adalah calun yang bertanding, itu pun belum tentu orang yang menang dapat mencurahkan khidmat bakti seperti yang dijanjikan. Oleh itu buat apa untuk mereka menyusahkan diri masing-masing.

Dalam cerita yang aku dengar:-

Sekiranya PAS menang bukan bererti orang Manik Urai suka kepada PAS sangat tapi pengundi termakan dengan isu-isu yang dibawa oleh PAS berhubung dengan konsep Membangun bersama ISLAM dan pendedahan perjanjian Kerajaan Pusat berhubung dengan Royalti Minyak yang harus dapat kepada rakyat Kelantan.

PAS menghuraikan isu Royalti Minyak bukan untuk digunakan oleh Kerajaan Negeri, PAS dapat memberi kepercayaan kepada rakyat bahawa Royalti Minyak itu adalah wang yang mesti dapat kepada rakyat dalam ertinya wang Royalti Minyak itu adalah wang rakyat maka rakyat berhak mendapatnya.

Kenapa rakyat Sabah dan Serawak dapat royalti daripada hasil pengeluaran minyak sedangkan rakyatnya tidak mejoriti ISLAM manakala Kelantan yang terkenal dengan negeri Serambi Mekkah dinafikan haknya untuk mendapat hasil pengeluaran minyak. Isu ini boleh menyakinkan rakyat bahawa selagi UMNO memerintah maka rakyat kelantan akan terus dipinggirkan.

Manakala sekiranya UMNO Menang, bukan kerana rakyat Manik Urai mahu sangat kepada UMNO tapi kerana mereka akan menurut cakap kepada individu yang sering membantu dan memberi pertolongan kepada rakyat semasa individu tersebut menjadi pemimpin dikawasan tersebut dimasa yang lalu.

Kekalahan UMNO pada pilihanraya lalu di DUN Manik Urai hanya 1000 undi lebih dan kekalahan itu bukan kerana kekuatan PAS tapi disebabkan orang atas pagar dan orang UMNO yang kecewa tidak mengundi UMNO. Maka pilihanraya kecil kali ini memberi peluang kepada UMNO untuk menang kerana orang UMNO sudah tidak ada yang kecewa dan orang atas pagar sokong UMNO dan sekiranya ini berlaku UMNO boleh menang dengan mejoriti lebih daripada 100 undi.

Yang jelasnya kemenangan UMNO di Manik Urai kelak (hari ini) kerana kemunculan bekas tokoh UMNO Kuala Krai yang sekarang tidak lagi menjadi ahli UMNO, orang itu ialah Nik Sofian bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai, seorang usahawan yang sering membantu orang susah dikampung-kamupng. Beliau telah berjaya mengumpulkan seramai 400 orang atas pagar yang dulunya tidak mengundi UMNO tapi berikrar akan mengundi UMNO pada kali ini dan juga berjanji akan membawa bersama anak beranak daripada PAS untuk menyokong UMNO.

Aku diberi briefing panjang lebar semalam dan aku yakin sekiranya keadeh itu berjalan dan orang yang dikatakan 'atas pagar' itu betul dan senarai pengundi yang ditunjukkan itu adalah pengundi di Mani Urai yang dulunya tidak mengundi UMNO maka tidak ada sebab UMNO tidak boleh menang di Manik Urai.

Kemenangan UMNO di Manik Urai kerana ada kejujuran semua pihak, tapi sekiranya PAS masih lagi menang dan mejoriti bertambah itu menunjukkan UMNO Kelantan sekali lagi perlu diubati kerana penyakit lama masih lagi belum semboh.

No comments: