Monday, July 6, 2009

"Perang" bukan berperang !

Perang pun bermula.

Di Manik Urai perang poster diantara UMNO dan PAS telah mulai menampak, setiap ceruk kampung gambar-gambar calun dinaikkan sehingga sampai kepucak pohon nyior, biasalah gambar calun UMNO/BN orangnya bersongkok dan calun PAS gambarnya berkopiah itu menandakan pendokong Nasionalis bagi pihak UMNO/BN dan Islam bagi pihak PAS.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah, setiap parti mengatur bermacam-macam ceramah, kalau UMNO/BN tempat ceramah akan diadakan disekolah-sekolah manakala PAS akan adakan ceramah di madrasah-madrasah. UMNO/BN akan adakan ceramah dengan cara kerahan sementara PAS pula adakan ceramah dengan cara kuliah dan kecil-kecilan. Inilah yang sentiasa berlaku dalam pilihanraya di Kelantan dan cara inilah yang menyebabkan PAS selalu menang.

YAM Tengku Temenggong Kelantan juga telah memulakan perang terhadap isterinya Manohara, semalam TT telah menfailkan saman kepada Manohara di Mahkamah syariah Kota Bharu bagi menuntut isterinya kembali taat (Nusyuz) dan tuntutan supaya membayar balik pinjaman serta barang-barang yang diambil oleh Manohara tanpa izinnya.

Perang TT dengan Manohara bukan setakat ini saja, bulan lalu TT telah membuat lapuran polis berhubung tuduhan FITNAH dan PEMBOHONGAN terhadap dirinya yang telah dilamparkan oleh Ibu Mertuanya Desy Fajarina dan Manohara dan jika disabit kesalahan mereka itu boleh didenda mengikut seksyen 499 akta keseksaan yang akan menerima hukuman mengikut seksyen 500 iaitu 2 tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Begitu juga saya, hari ini 6hb dan 7hb Julai 2009 akan berperang dengan Syarikat MARA Holdings Sdn. Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan taksiran gantirugi berhubung dengan kes yang telah berlarutan selama 13 tahun. Walau pun kes tersebut telah berpihak kepada saya tapi masa yang begitu lama untuk mendapat hasilnya adalah tidak mengembirakan. Entah berapa lama lagi harus ditunggu.

Diharapkan dengan slogan 1 Malaysia, rakyat diutamakan kes saya ini yang telah mengambil masa begitu lama akan segera selesai kerana dua orang yang terlibat secara langsung dalam kes ini telah pun meninggal dunia. Jangan pula saya tidak dapat mengecap hasil perjuangan yang panjang ini. Ya Allah kepadamu aku berserah. Amin.

No comments: