Friday, July 3, 2009

tiris lagi

anyaman satu malaysia

tubuh melayu dicincang

pak teh masih kelaut

pak da masih tanam tembakau

pak cu masih ke sawah

dan wak kekal ditanah rancangan.


tiris lagi
bangsa melayu
tidak bersatu
ada umno,pas dan pkr
masing-masing nak acu
tapi
akhirnya melayu jadi abu.

tiris lagi
tiris lagi
tiris lagi
melayu basah dan
tak akan mampu bangun lagi
kalau sekarang masih tidak bersatu'

aku
disingapura
melihat melayu
berteduh dalam tiris.

Singapura 3hb. Julai 2009 (jumaat).

No comments: