Friday, August 13, 2010

Baru bunyi guruh Kelantan dah banjir !

Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan sekarang ini tidur lena tak payah pakai bantal hanya beralaskan lengang dah pun berdekur. Itulah gambaran kekuatan PAS negeri Kelantan dan kerajaan negeri apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan komen ulasan Tok Pa berhubung dengan FDI.

Guruh baru berbunyi di Gua Musang, kawasan Parlimen Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Tanah Merah telah ditenggelami air sehingga paras hidung. Itulah gambaran kekuatan PAS di Kelantan buat masa ini. Walau pun didalam PAS ada masaalah tapi didalam UMNO masih bersapah masaalah.

Isu pemecatan (diberhenti ataupun minta berhenti) Setiausaha Kerja UMNO Kelantan iaitu Sdr Yassin bekas Pengarah Biro Tata Negara (BTN) menjadi isu secara senyap dikalangan pemerhati politik kelantan. Apakah Yassin juga menjadi belulang kering seperti Haji Alwi dan Dato'Ramzi Ab.Rahman kerana mereka itu adalah orang Pak Lah, (Tun Abdullah Ahmad badawi) seperti yang ditulis oleh MSO.

Tentunya semua ini akan dijadikan model oleh PAS dan PKR menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti, bagaimana rakyat biasa yang menyokong UMNO hendak menumpang sedangkan mereka yang terbukti berjasa pada UMNO pun disingkirkan.

Persoalan yang dikemukakan di warung makan colek malam tadi dikalangan anak-anak kelantan di Chow Kit depan masjid pakistan ialah, apa untungnya menyokong UMNO sekarang setelah dilihat parti tidak lagi dapat menguasai kerajaan.

Ini yang patut diperjelaskan oleh Ezam Md.Noor daripada mencabar Wan Azizah yang satu ketika dulu dianggap sebagai kakak.

1 comment:

Putra 7 Gunung said...

sdr Haji Sabree...kpd saya memang wajar Yassin di pecat dan dijauhkan dari pejabat Umno. I pernah bercakap dgn beberapa ketua bahagian dan juga dengar kelohan ketua wanita dan pemuda...Yassin kadang 'melebih2' - kata pepatah lebih sudu dari kuah...cakapnya tk bertapis2...Apa lebihnya yassin...