Kerajaan BN masih kuat walaupun terdapat beberapa isu yang diketengahkan oleh masyarakat dimasa ini berhubung dengan beberapa dasar kerajaan yang dipertikaikan.
Betulkah BN akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi parlimen yang dimenanginya hari ini ataupun akan memperolehi kelebihan kemenagan dalam pilihanraya yang akan datang ataupun.......(minta dijauhkan).
Apabila harga minyak naik, harga gula naik, ikan ,sayur naik, tol naik sedangkan harga padi dan getah tidak naik. Adakah pengundi akan mengundi BN nanti.
Apabila peneroka FELDA tahu, harga hasil kelapa sawit yang dijual oleh pemilik persendirian mendapat hasil yang lebih jauh lumayannya sekira dibandingkan dengan harga yang peneroka dapat hari ini. Apakah pengundi peneroka FELDA akan mengundi BN nanti.
Apabila guru-guru dibenarkan aktif politik, adakah mejoreti guru-guru akan mengundi BN nanti dan adakah ibubapa rasa senang hati apabila prestasi sokolah anaknya menurun disebabkan kerajaan membenarkan guru-guru aktif berpolitik dan sekiranya itu berlaku adakah ibubapa akan mengundi BN nanti.
Itulah diantara isu-isu yang sedang diperdebatkan oleh rakyat disemua tempat sama ada didalam teksi, kedai kopi, coffece house, lobby lounge, surau, masjid, kantik sekolah dan dipejabat-pejabat swasta serta pejabat kerajaan. Apakah BN akan boleh terus memerintah negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.
Sedangkan semua dasar yang kerajaan BN buat itu adalah untuk menolong rakyat supaya kehidupan rakyat dapat yang terbaik, tapi kenapa topik mempersoalkan relevan lagikah BN memerintah negara terus diperdengar dan diperdebatkan oleh orangramai.
Tentu ada yang tak kena yang dibuat oleh kerajaan sehingga topik yang menyakitkan telinga orang-orang UMNO dibincangkan oleh pengundi, tak kira pengundi itu cina, india atau pun melayu sendiri. Adakah kerajaan sedar bahawa rakyat sedang berbincang mengenainya.
Atau pemimpin kerajaan tidak mahu mempedulikan perbincangan rakyat itu kerana mereka sudah selesa duduk diatas dengan mengecap nikmat hidup yang serba mewah, gaji besar, kereta besar, rumah besar nilai berjuta-juta ringgit sehingga mereka tidak dapat menyelami perasaan dan hati rakyat.
Apakah kakitangan kerajaan akan mengundi BN nanti sedangkan dasar kenaikan pangkat mereka disekat dengan hanya diberi keutamaan kepada mereka yang disukai oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Dan adakah KSN (Ketua Setiausaha Kerajaan) akan terus disambung secara kontrak perkhidmatan dalam kerajaan sedangkan dengan melakukan demikian akan menyekat kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai lain.
Apakah pemimpin kerajaan tidak sedar perkara ini atau tahu tapi tidak mahu mengambil tahu kerana merasa selamat duduk diatas dan merasakan isu-isu yang dibangkitkan disini tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada BN dalam pilihanraya umum ke 13 kelak.
Sekiranya betul anggapan kerajaan bahawa isu-isu ini tidak akan mengubah pendirian rakyat untuk terus menyokong BN, Alhamdulillah.
Yang paling ditakuti oleh ahli-ahli kompenan BN, Pada pilihanraya umum ke 13 kelak Kerajaan BN ditumbangkan kerana isu 'Saman Ekor' yang mana pemilik kenderaan belum lagi dijatuhkan hukuman salah oleh mahkamah sudah tidak dibenarkan untuk memperbaharui Road Tax, sedangkan kerajaan selalu promosi bahawa setiap kesalahan itu belum didapati bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah.
Zalimkah kerajaan?
1 comment:
kes saman ekor memang unik sekali. pernah semak di internet dan terdapat 1 saman ekor walaupun tidak pernah mendapat surat sebelum ini (dah nama ekor kan?). Sebelum nie bila di semak amaun hanya RM200 dan kemudian telah bertukar menjadi RM300 kerana masih belum di jelaskan. Di akui kelambatan membayar, masalahnya kenapa tidak di hantar surat? Bagaimana mereka yg tidak mempunyai kemudahan internet & pengetahun utk semak secara online? Secara tiba2 keluar waran tangkap kerana sudah bertimbun saman yg tak berbayar.
Post a Comment