'tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
kalau penyakit tak boleh diubat
tak mungkinkah bini akan lari'
Dalam bulan puasa pun, ramai yang makan durian, hasil para petani tidak kira musim, ada barang adalah pembelinya, yang menjadi masaalah apabila hasil itu berlambak harga pula jadi murah, tak apalah itu rezeki halal sudah ditakdirkan.
Yang menariknya kata seorang sahabat, dulu kita makan durian hasil tanaman kita sendiri, sekarang durian kita tak boleh makan, kerana pokon telah dipanah lintar (petir). Apatah nak makan buah durian, nak buat berteduh pun dah tak boleh kerana daun durian pun sudah tidak ada, kata Zuhaimi Ab.Kadir (Zuha) dan disokong oleh Sdr Yusof Daud.
Yusof Daud pula menambah, tak kena buat, sekiranya kita lalu dibawah pokok yang sudah dipanah lintar itu, dahan pula yang patah, sekali dengan kita-kita akan ditelan bumi. Inilah diantara senario politik tanahair sekarang ini. Benar atau tidak, Ezam Md.Noor boleh mengulasnya.
Perdebatan dikedai Pok Pa Kelantan di Chow Kit sebelah King Hotel mencetuskan satu perkara yang serius untuk dipertimbangkan, bagaimana hendak mengekalkan supaya rakyat hari ini akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dibawah pimpinan YAB. Dato' Sri Mohd Najib, yang rata-rata berpendapat terlalu banyak percangahan diantara pemimpin parti UMNO.
Selain dari isu royalti minyak yang dibangkit dan dituntutkan oleh kerajaaan PAS Kelantan dipertahankan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah kini timbul pula isu FDI yang mana YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga menyangkal kenyataan menteri MITI, Dato' Sri Mustapha Mohamed. Nampak jelas pemimpin UMNO Kelantan tidak sealiran pendapat dalam isu nasional.
Disamping isu kemelut dalaman UMNO dibeberapa negeri disemenanjong yang dipimpin oleh Naib-Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Husein di Trengganu, Shafie Afdal di Kedah dan Ahmad Zaid Hamidi di Pulau Pinang. Kemelutnya belum selesai sepertilah pokok durian dipanah lintar (petir). Sudah tidak berbuah dan berdaun hanya tunggu masa dahan akan patah.
Semua gejala ini akan berterusan sampai pilihanraya umum ke 13 sekiranya pucuk pimpinan tidak serius untuk menyelesaikan, Konsep 1Malaysia tidak menjamin kemenangan kepada BN dalam pilihanraya umun ke 13 nanti sekiranya kemelut dalam UMNO dibiarkan berterusan tanpa mengambil tindakan. Selagi pemimpin parti meletakkan puak aku dan puak kamu dalam pergolakan yang berlaku selagi itulah masaalah tidak dapat diselesaikan.
Ketelusan hendaklah dijadikan sebagai landasan dalam mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan disetiap Bahagian UMNO dan Negeri yang bergolak, jangan ayat ketelusan dinobat sebagai retorik semata-mata untuk didengar saja, walhal setiap langkah tindakan yang diambil sudah jelas tidak menampakkan ketelusan.
BN telah kehilangan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan tradisi Kelantan, jangan pula oleh kerana kemelut dalaman tidak dapat diselesaikan sehingga negeri Trengganu jatuh pula ketangan pembangkang dalam PRU ke `13 nanti. Apa yang berlaku di Melaka dimana pasar Ramadhan dilanda ribut hendaklah diambil sebagai ingatan, mungkinkah ribut sebegitu akan melanda politik malaysia pada PRU ke 13 nanti.
Ezam Md.Noor pun tidak akan dapat selamatkan Selangor.
No comments:
Post a Comment