Friday, October 1, 2010

Kelantan Cipta Sejarah.

YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra.


Sahabat saya, YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra tidak lagi akan dibayar elaun oleh Kerajaan Negeri Kelantan setelah gelaran 'Temenggong Kelantan' ditarik yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sabagaimana berita dibawah ini.

Manakala Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan dua enakman berkaitan kerabat Di Raja dengan sebulat suara yang mana Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra akan menerima elaun sara hidup tidak kurang daripada separuh elaun jumlah elaun yang baginda terima semasa memerintah.

Dan tentunya selepas daripada ini kekosongan gelaran 'Penglima dan Temenggong' akan diisi. Siapakah orangnya tentu dinanti-nanti oleh rakyat Kelantan dan alangkah gembiranya sekiranya orang yang akan menerima gelaran tersebut nanti adalah 'kaki masjid', sepertimana yang dikehendaki dan diceritakan oleh satu blog yang entah kepunyaan siapa.

Takbir 3x. (untuk abe dan mso).

Tarik gelaran Temenggong
Oleh YULPISMAN ASLIutusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Sept. - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, ditarik balik berkuat kuasa hari ini.Turut ditarik balik ialah Darjah Kebesaran Mahkota Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohd. Aiseri Alias berkata, penarikan balik gelaran dan darjah kebesaran tersebut telah dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry melalui sepucuk surat yang dihantar ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, hari ini.

Beliau berkata, surat itu yang ditandatanganinya telah disampaikan sendiri oleh pegawainya, Penolong Setiausaha (Kewangan), Mohd. Rusdi Ismail."Surat itu dihantar kira-kira pukul 10 pagi dan disampaikan kepada seorang kakitangan Istana Mahkota," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry merupakan adinda kedua Sultan Muhammad, selain Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri.Mohd. Aiseri berkata, berikutan penarikan balik anugerah dan pelantikan tersebut, semua elaun yang sebelum ini diterima oleh Tengku Muhammad Fakhry turut ditarik balik."Baginda ada sebab-sebab sendiri penarikan balik anugerah dan pelantikan tersebut," katanya ditanya sebab penarikan semua gelaran dan darjah kebesaran Tengku Muhammad Fakhry itu.

Sultan Muhammad dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang gering.

Pelantikan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar mengikut Perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Kelantan dibawah kepimpinan Tok Guru cipta sejarah lagi.

7 comments:

akulah69 said...

salam, tahniah, tuan satu-satunya melayu marhaen menentang raja kelantan yg baru. Tahniah juga kerana tidak menerima kaki masjid sebagai pemimpin anda.....

Berita dari gunung said...

Temenggong agak keterlaluan dan Sultan tentu tidak berkenan.

newkk said...

BDG- Kita mata memandang.

newkk said...

aku- tak betul tu saya menentang raja dan tidak menerima kaki masjid sebagai pemimpin. Orang macam kamu ni lah yang merusakkan minda. Antara pandangan dan hasrat lain tau.

Saya hanya nak perbetulkan fakta supaya ada orang bercakap jangan retorik dan hupokrit dalam megnagur isu yang besar.

Rosak satu keluarga kerana alim ulama sudah tertupa mata dan hati.

newkk said...

aku- tak betul tu saya menentang raja dan tidak menerima kaki masjid sebagai pemimpin. Orang macam kamu ni lah yang merusakkan minda. Antara pandangan dan hasrat lain tau.

Saya hanya nak perbetulkan fakta supaya ada orang bercakap jangan retorik dan hupokrit dalam megnagur isu yang besar.

Rosak satu keluarga kerana alim ulama sudah tertupa mata dan hati.

Ahmad said...

NEWKK- Tulisan dan pandangannya syok sendiri. Semuanya dia yang betul, orang lain semua salah. Mengapa menyindir kelantan dibawah nik Aziz mencipta sejarah, sedangkan DUN kelantan yang ada pembangkang meluluskan undang-undang sebulat suara. Malah UMNO kelantan pun mengalu-alukan Pemasyuran sultan Muhamad V. Anda sahaja yang nampak macam mengadu-domba. Semak baliklah tulisan-tulisan anda mengenai kemelut Istana Kelantan. Sekarang anda nampak kecewa kerana anda rasa orang ramai dah tahu anda tu bukan siapa-siapa pun yang nak jadi magkut tambah dalam istana kelantan

newkk said...

Sdr Ahmad.
Sdr boleh berkata apa saja yang sdr suka kerana itu hak saudara, beitu juga saya.

Apa yang saya nak ketengahkan supaya rakyat kelantan tidak menyokong kerajaan membabi buta saja, sama ada kerajaan PAS, Pakatan Rakyat (PR) atau pun BN.

Bukan seperti sdr dan aku, apa saja orang dilihat alim semuanya betul. Tolong bezakan antara sokong untuk kepentingan politik dan sokongan kemanusia. Saya pilih untuk menyokng 'kemanusia' dan sdr sokong untuk merng9ikuit apa yang sdr suka, saya tidak marah, terpulang hak masing-masing.

Tak suka apa yang saya tulis tak mengapa, tapi saya berbahagia kerana sdr membuka blog saya, sekurang-kurangnya sdr dapat juga info kebenaran. Salam persaudara dan saya yakin sdr juga MELAYU danb ISLAM, yang ada tatasusila, sudi bahasa dan takutkan neraka,lebih leih lagi neraka JAHANAM.

Bukan 6 jahanam tapi 3 JAHANAM.