Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang: Kalau PAS menang, pun tipis.

'Siapa yang tak TENANG'
Apabila saya posting cerita kisah ditempat ceramah PAS di Kampung Felda Tenang dalam Facebook semalam. Sahabat saya Sdr Rahime Yusof, Bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa semasa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar telah memberi komen, katanya dizaman Nabi Nuh - hujan lebat itu untuk golongan yang persenda Islam.

Beliau memberi komen tersebut kerana dalam posting saya itu ada mengatakan bahawa terdapat hujan yang mengiringi ceramah PAS oleh Ustaz Idris Ketua Penerangan PAS Pusat. Mungkin apabila saya melapurkan tempat ceramah PAS ada hujan maka Sdr Rahime pun mengeluarkan perbandingan suasana dan keadaan hujan dizaman Nabi Nuh.

Sebagai penyokong UMNO tegar, Sdr Rahime hendak mengatakan bahawa kerana orang PAS mempersendakan Islam maka Allah turunkan hujan sebagaimana yang telah berlaku dizaman Nabi Nuh. Walhal pada malam semalam bukan hanya di kampung Felda Tenang saja yang hujan bahkan seluruh Jajahan Segamat dan Labis hujan tidak henti-henti daripada petang lagi.

Dan ditempat UMNO adakan ceramah pun terdapat hujan bahkan lebih lebat lagi daripada tempat Ustaz Idris mengadakan ceramah, Konsert M.Nassir di Air Puteh pun dibanjiri hujan walaupun dianjur oleh UMNO dan dihadir oleh Zahid Hamidi.. Sdr Rahime telah dengan tidak sengaja barangkali menuduh bahawa di DUN Tenang terdapat umat Islam telah mempersendakan Islam yang menyebabkan hujan sepanjang ceramah diadakan.

Saya sebenarnya tidak berapa faham dengan sikap Sahabat saya seorang ini, nak kata kuat ugama kurang jelas, nak kata pengulas politik nampak berat sebelah tapi sekurang-kurangnya beliau berani memberi hujah dan pendapat, ada prinsip katakan.

Setelah berada di Tenang sehari suntuk dan sampai dirumah jam 5.30 pagi ini, ada kesimpulan yang boleh saya kongsi bersama berhubung dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN). Mungkin berlaku kejutan.

Sekiranya gambar calun Cikgu Mala dijadikan asas kepada pengundi untuk mengundi calun yang disukainya maka akan ada kejutan bahawa Cikgu Mala boleh menang dalam PRK DUN Tenang ini kerana lebih 70% rumah yang terdapat didalam DUN Tenang penghuninya memiliki gambar Cikgu Mala didalam rumahnya walaupun diluar rumah terpacak dan berderet gambar calun BN dan gambar Dato' Najib berserta logo 1Malaysia.

Sekiranya pengundi cina terjermahkan kehadiran mereka di pos-pos Pakatan Rakyat dan tempat ceramah PR kepada undi maka 80% undi keturunan cina akan berpihak kepada Cikgu Mala sedangkan undi India tidak berubah dan masih setia iaitu 55% berpihak kepada Cikgu Mala.

Walau bagaimana pun, Faktor takut dikalangan pengundi Peneroka dan Kakitangan kerajaan akan menentukan nasib Cikgu Mala pada hari ini, ditambah lagi dengan asakan-asakan isu peribadi melalui blog-blog yang pro BN dan poster serta jentera BN yang masih lagi tidak bertammadun seperti mana yang berlaku di Kampung Felda Tenang semalam.

Sedang Ustaz Idris memberi ceramah, jentera BN diseberang jalan melaungkan kata-kata kesat dan membuat bising dengan tujuan mengagalkan ceramah tersebut, tapi dengan penuh berhemah dan 'cool' Ustaz Idris dapat meneruskan ceramahnya sehingga akhir dengan bertanya kepada juak-juak BN tersebut, Apakah rakyat Johor dapat bantuan khairat kematian seperti mana yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan dan Selangor, diulangnya pertanyaan itu berkali-kali.

Barulah terpadam suara bising dan melampau daripada juak-juak BN di Kampung Felda Tenang itu dan malam ini akan diumumkan siapakah yang akan diamanahkan untuk menjaga DUN Tenang sehingga Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan bagi diadakan pilihanraya umum ke 13 nanti. Sekiranya BN menang dengan kurangnya majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham sahabat saya Sdr. Sulaiman Taha bererti BN kalah pada moralnya.

Dan sekiranya BN kalah itu menandakan kubu kuat UMNO di Johor telah pecah dengan ertikata UMNO dan BN sudah tidak selamat lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak dan PUTRAJAYA semakin hampir akan ditakluki oleh Pakatan Rakyat (PR).

3 comments:

Martoiriat said...

Salam..
Saya nak tanya abang satu soalan. Kenapa orang2 melayu masih lagi memberi kepercayaan dan mengundi Umno? Sedangkan pemimpin2nya hidup penuh dengan rasuah dan sandiwara. Mungkin abang sendiri pun sudah tahu bagaimana kezaliman Umno terhadap orang2 melayu sebagaimana apa yang terjadi terhadap abang sendiri sewaktu dalam Umno. Begitu juga dengan biasiswa ditarik balik, pemimpin2nya pentingkan diri sendiri dan banyak lagi kezaliman Umno jika dikatakan di sini. Kebanyakan pemimpinnya perasuah tapi tidak diambil tindakan seterusnya. Kalau dalam perhimpunan saban tahun semuanya berhimpun untuk memuja pemimpin bukannya untuk membawa usul mencari kebaikan untuk rakyat malah perhimpunan itu hanya untuk mencari kesalahan pembangkang bukan untuk memperbaiki kelemahan2 Umno yang tersedia ada. Tapi ahli2 bawahnya masih lagi menyokong Umno sedangkan jika harga barang naik bukan saja ahli2 pas yang harus membayar lebih tapi ahli2 Umno juga menerima nasib yang sama. Adakah anak2 ahli2 Umno jika kepusat pengajian tinggi dapat biasiswa atau dapat membeli barang dengan harga yang murah? Jika harga barang naik atau pemimpin yang begitu ramai rasuah, pembangunan ekonomi akan terbantut, lemah dan yang susah seluruh rakyat tidak kira dari mana asal usul rakyat itu. Tapi masih ada lagi juak-juak yang menyokong Umno sebagai wadah perjuangan bangsa melayu. Kenapa begitu..?

newkk said...

Ada banyak sebabnya kenapa orang-orang Melayu masih lagi menyokong UMNO.
1. Kerana asal usulnya.
2. Masih belum yakin ada parti Melayu yang boleh mengalahkan UMNO.
3. Kerana kepentingan peribadi.
4. Kerana taksub kepada pemimpin.
5. Masih rasa selesa dengan kehidupan harian.
6. Faktor berkawan.

Rozy said...

banjir bertambah buruk di Johor pada hari ini ..... mungkin saudara Rahimie kena dengar ucapan MB Johor kot ... yang mempersendakan Agama, bukan setakat Labis je tapi banjir dah melarat ke Johor Bahru, Kluang dan Segamat jg.