Wednesday, February 23, 2011

merayu pada yang berkuasa, tolonglah.

Minggu lepas, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein (kenalan saya) telah mengumumkan bahawa Jabatan Imigresen akan melalui plan transformasi yang menyeluruh yang diyakini mampu menjadi agensi yang lebih berintergriti.

Sekali gus akan menafikan elemen jabatan tersebut yang dikaitan dengan amalan rasuah dan juga akan terlibat secara langsung dalam usaha membenteras jenayah merentas sempadan yang mana jabatan Imigresen akan berkerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Di Raja Malaysia, Kastam di Raja Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara. Semuga jabatan Imigresen dapat dilihat berkeupayaan melaksanakan agenda mewujudkan negara berpendapatan tinggi dengan mengambil kira peranan penting jabatan sebagai salah satu insitusi yang menjana hasil dalam negara.

Tergambar oleh saya berbellion ringgit wang akan dikutip oleh jabatan Imigresen setiap tahun untuk dimasukkan kedalam khazanah negara sekiranya tidak ada ketirisan kemasukan rakyat asing ke negara ini. Hitungkan berapa juta orang telah datang bekerja di Malaysia dan berapa agaknya kutipan wang levi dapat dikumpul. Tapi berapa ringgit wang ada dalam simpanan jabatan Imigresen?.

Meneliti kepada target yang hendak dicapai sepertimana yang diumumkan oleh Menteri KDN itu, adalah memerlukan komited yang tinggi daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresen terutamanya Dato' Alias Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sudah tentu Dato' Alias Ahmad memerlukan orang dibawahnya yang tidak mudah jemu melaksanakan kerja dan memerlukan disiplin yang tinggi.

Kerana kehendak Menterilah boleh jadi, apa yang saya dengar di jabatan Imigresen mesyuarat diadakan seawal pagi hinggalah kadang-kadang diadakan diwaktu malam bagi memastikan segala agenda transformasi dapat dicapai sekurang-kurangnya sebelum PRU ke 13. Jadi pegawai Imigresen kena bertugas lebih 15 jam sehari. agaknyalah.

Semua itu adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang jadi pelanggang kepada jabatan Imigresen seperti tempoh permohonan visa, pas dan permit untuk semua ketogeri apatah lagi untuk menyiapkan pasport antarabangsa hanya mengambil masa tak lebih daripada satu jam.

Perancangan itu akan berbaloi sekiranya kakitangan jabatan Imigresen mengamalkan sikap budaya budi bahasa yang baik terutamanya yang berkhidmat dikaunter-kaunter. Dato' Alias Ahmad selaku Ketua Pengarah akan merasa megah sekiranya kakitangan dibawahnya melayan rakyat dengan muka manis dan bersopan santum, tapi tentunya Dato' Alias Ahmad tidak akan terasa senang sekiranya ada pegawai yang melayan tetamu dengan 'perangai huduh' ego, sombong dan angkuh.

Ada seorang pegawai Imigresen (Perempuan) di kaunter 'Visa Bahagian Pelajar' huduhnya perangai (Tuhan saja yang tahu) apabila saya bertanya tentang seorang pegawai, dia sanggup menjatuhkan maruah airmuka kawan sepejabat dengan mengatakan bahawa pegawai lelaki iaitu 'bosnya' tidak ada kuasa, dan melayan saya dengan mukanya 'cengeh' dan terus berlalu meninggalkan kaunter membuat saya terpingga-pingga. Itukah sikap yang sepatut ada kepada pegawai yang berurusan dengan orangramai, maklumlah saya orang kampung.

Disamping bekerja tujuh hari seminggu bagi meningkatkan imej jabatan, perkara-perkara yang saya sebutkan diatas itu perlulah juga diambil perhatian. jangan hanya Pengarah-Pengarah jabatan saja yang bertungkus lumus melayan rakyat seperti Dactor melayan pesakit, kakitangan di kaunter lebih- lebih lagi hendaklah berbudi pekerti yang tinggi, letaklah yang bertugas disitu orang yang tidak sombong, tidak ego dan tidak angkuh.

Hishamuddin juga telah mengatakan bahawa jabatan Imigresen perlu melaksanakan penstruktutan dengan meningkatkan sistem, mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan dalam menyelesaikan isu pengurusan warga asing terutama warga asing tanpa izin.

Walau pun penguatkuasaan itu perlu dan amat penting, terdengar juga bahawa KDN berhajat untuk memberi 'pengampunan' kepada warga asing yang berada di negara ini tanpa izin, apa hasrat tersirat tidak ada siapa yang tahu kecualilah pihak yang berkuasa dan adakah jaminan bahawa yang datang tanpa izin itu perangainya baik-baik sehingga Kerajaan kita sanggup memberi permit untuk mereka bergerak bebas disini.

Sedangkan warga asing yang telah berpuluh tahun berada disini dek kerana melakukan sedikit kesalahan terus disenarai hitam dan tidak dibenarkan masuk lagi walaupun beberapa rayuan telah dibuat sehingga tidak ada ruang untuk mengampuni pesalah tersebut. Lagikan Tuhan ampun umatnya, walaupun dosa itu termasuk dalam bab neraka. Imigresen tak bolehkah.

Saya yakin jabatan Imigresen akan dapat melaksanakan amanah yang diberi oleh Hishamuddin Tun Husein selaku Menteri KDN dan Kerajaan dengan adanya Dato' Alias Ahmad sebagai Ketua Pengarah yang berpengalaman yang meletakkan keutamaan bekerja disamping Pengarah-Pengarahnya sentiasa komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab.

Sekadar bertanya, bila agaknya sistem biometrik akan dilaksanakan oleh jabatan Imigresen, siapa kontrektornya. Inilah persoalan yang sedang diperbincangkan oleh orangramai kerana sudah lama isu ini dihebahkan kepada khalayak.

No comments: