Thursday, March 31, 2011

Percayakah kita.

Bala apa pula yang nak terjadi di Malaysia ini, apabila ada seorang yang bernama Mat Zain bin Ibrahim telah menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara bersabit isu Video Lucah. Mat Zain Ibrahim ialah bekas pegawai kanan PDRM berpangkat SAC II pada ketika itu yang pernah menjadi Ketua Penyiasat 'Mata lebam' Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor.

Beliau mendedahkan satu lapuran yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim yang mengaitkan orang-orang besar ketika itu termasuklah Tun Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail (Peguam Negara) berhubung perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

Lapuran polis Tun. H.S.Lee report 2251/99 bertarikh 28/8/1999 yang melibatkan Rahim Tamby Chik telah ditutup.

Mat Zain Ibrahim terdahulu daripada ini telah pun menulis surat terbuka kepada Datin Kelsom seorang penulis buku bertajuk "THE SHAFEE YAHYA STORY" yang membongkarkan dakwaan pemalsuan keterangan dalam kes 'mata lebam' Anwar Ibrahim.

Disini kita dapat melihat bagaimana seorang bekas pegawai polis kanan secara terang-terang menceritakan apa yang tidak betul telah berlaku (pada pendapat beliau) dengan melampirkan butiran secara terperinci terutamanya berhubung dengan kredibaliti Gani Patail sebagai Peguam Negara. Semua orang tahu bahawa sesautu kes itu untuk dibuat pendakwaan atau pun tidak mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara.

Apakah Mat Zain Ibrahim ini orangnya kebal dan mengatasi undang-undang lebih daripada "Raja" kerana dalam surat terbuka beliau itu jelas diasak berkemungkinan akan berlaku pendakwaan terpilih daripada pejabat peguam negara. Atau pihak berwajib tidak boleh mengambil tindakan kerana isi didalam surat beliau itu adalah perkara benar berlaku.

Baca surat terbuka beliau ini dan buatlah andaian sebarang kemungkinan

http://anwaribrahimblog.com/2011/03/28/video-lucahsurat-terbuka-kepada-ketua-polis-negara/#more-15098


Surat ini bukan main-main, ianya akan menimbulkan polimik dan kesan mendalam dalam soal kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

1 comment:

blogenstarz said...

Ianya dilakukan kerana beliau kecewa tidak mendapat tempat didalam kerajaan selepas pencen !

BANGKAI !