Friday, October 21, 2011

Cerdik atau Bodoh?

gambar kartoon ini ada makna disebaliknya gaddafi dibunuh.

Aziz Bari tidak dibenarkan menjejak kaki di Universiti Islam Antarabangsa UIA. semua surat kabar dan blog mengambil berita tersebut sebagai satu peristiwa yang tidak bertamaddun dalam sejarah akedemik negara. Satu sejarah yang malang dalam pentadbiran PM Najib.

Kerana otak kecik pengurusan UIA. PM Najib seperti diletak diatas bara api kerana anak muda di seluruh Universiti melihat bahawa tindakan UIA terhadap Aziz Bari adalah merupakan tindakan politik, paling tidak orang politik di belakang kerana umum mengetahui perlantikan pengerusi dan pengurusan UIA diuruskan melalui politik BN.

Bahan kebangkitan rakyat terutamanya anak muda sudah bermula. peristiwa kejatuhan kerajaan dunia lepas satu satu telah pun bermula, terbaru kejatuhan Gaddafi di Libya, kerana terlalu lama. Di Malaysia rakyat sedang menghitung hari bilakah pilihanraya diadakan. ada berpendapat akhir tahun. ada yang kata awal tahun 2012 dan ada yang optimis pada bulan mac 2012. sedangkan edah terakhir tarikh pilihanraya ialah pada April 2013.

Itu menunjukkan rakyat sudah tidak sanggup menunggu masa yang lama untuk mengundi dan memilih kerajaan ertinya rakyat berhasrat untuk memilih kerajaan baru dengan cara demokrasi hakikatnya rakyat Malaysia masih rasional dan tidak 'sepero'.

Selain dari isu Aziz Bari kita jangan lalai dengan isu kamasukan warga asing secara sah tapi menganggu ketenteramam rakyat setempat. Kemasukan gagak-gagak hitam dengan hanya semata-mata jadikan Malaysia sebagai tempat untuk mereka menipu seperti black money dan menjadi studen untuk kegiatan jenayah antarabangsa hendaklah diberi perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri KDN. Hishamuddin sebagai menteri jangan hanya berbangga untuk mengkayakan kroni dan pegawai kelilingnya saja sedangkan negara tiap tiap hari bocor secara sah.

Adalah amat memalukan apabila rakyat Malaysia dijadikan 'koli' kepada bangsa asing yang asalnya datang sebagai boroh disini. Perkara tersebut berlaku kerana dasar Kerajaan yang selalu berubah ubah melalui pertukaran menteri di kementerian. Ada Menteri mengunakan jawatan dan kuasa untuk mencari kemewahan dan kesenangan hidup dengan mempermudahkan kebebasan warga asing menentap dan bermaharaja lela di negara ini sehingga ada yang kahwin sampai 3 orang isteri rakyat Malaysia.

Terbaru ada bekas menteri berkongsi dengan warga asing melaksanakan sistem 6P dengan mendapat wang mudah, holur jari ambil duit. Kini warga asing yang membuat thamprin dengan syarikat tersebut terpingga-pingga kerana wang sudah dibayar sehingga RM600 tapi urusan membuat pasport dan untuk mendapat kerja belum dapat dilaksanakan lagi.

MALAYSIA BOLEH. RAKYAT DIDAHULUKAN TERMASUK RAKYAT ASING.
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

Martoiriat said...

Salam Abang..
Amat malang dan cukup kecewa dimana pakar undang-undang perlembagaan negara Saudara Aziz Bari digantung tugas dari UIA. Sepatutnya beliau merupakan aset negara kerana berani mengatakan sesuatu yang benar dalam konteks perlembagaan. Tetapi oleh kerana campur tangan politik maka
kebebasan akademik secara jelas telah dicabul dan memang satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam konteks dunia akademik.

Tetapi UIA terpaksa menurut kehendak orang-orang politik kerana rektor UIA pun mungkin dilantik oleh tangan-tangan gaib politik. Sesuatu yang amat malang dan dukacita adalah campur tangan politik dalam dunia akademik kita. Sepatutnya Setiap ahli akademik bebas bersuara dan berhak untuk berbicara jika mereka berbicara berasaskan fakta dalam konteks demokrasi dan perlembagaan negara.

UIA adalah institusi pendidikan tinggi patut mempertahankan saudara Aziz Bari atas dasar kebebasan berpendapat dan prinsip kebebasan dunia akademik memandangkan saudara Aziz Bari adalah lambang kemegahan UIA yang berani kedepan berbicara berlandaskan prinsip kebenaran yang termaktub dalam konteks perlembagaan. Memandangkan beliau juga merupakan pakar undang-undang perlembagaan seharusnya beliau perlu dihormati dan dilindungi bukan dengan mempolitikan isu ini sebagai agenda tertentu. Apa pun jika dunia akademik dicampur aduk dengan dunia politik akan jadilah sebuah negara dongeng yang undur kebelakang persis negara di zaman jakun. Lambat laun jadilah negara ini sebagaimana terjadinya di negara-negara teluk.