Thursday, October 4, 2012

Tolak calun yang hanya memanaskan kerusi.

Kedua-dua pihak sedang memasang perangkap. BN sedang menyusun program bagi menyalurkan wang negara kepada rakyat dan pengundi melalui pembentangan budget 2013 manakala PR sedang menyusun majlis penerangan bagi mendedahkan bagaimana cara kerajaan mengunakan wang negara untuk kepentingan kroni-kroni mereka.

Mana-mana orang yang mengikuti perbahasan disidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang tentunya mahu tergelak melihat akan gelagat ahli perlimen terutamanya dari BN yang langsung tidak menunjukkan kebijaksanaan apabila membahas satu-satu isu yang menyentuh pembelaan kepada rakyat. Apa yang lebih mereka lakukan ialah mahu menonjolkan diri untuk dipilih semula menjadi calun pada PRU13 nanti.

Nampak sangat ucapan membodek PM Najib sehingga kadangkala tidak menempati jajaran isu yang harus diperdebatkan, semuanya menjurus kearah serangan peribadi kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga menampakkan apa yang dibuat oleh PM Najib semuanya betul.

Ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sedikit pun tidak ditegur oleh ahli dewan yang mewakili BN, sedangkan banyak perkara yang mereka boleh tegur dan perbetulkan. sepertimana projek2 mega yang tersalah urus dan juga sepatutnya meraka juga menyebut bagaimana janji2 yang telah diumumkan pada pembentangan bugdet 2012 lalu sudahkah dilaksanakan.

Nampak benar ahli dewan rakyat BN ketandusan ideal pada persidangan kali ini, sebenarnya ramai juga dikalangan ahli parlimen BN yang mampu menyuarakan denyut nadi rakyat, tapi nampaknya mereka menguncikan pintu hati kerana edah parlimen ini adalah penghujung sebelum PRU13. Jadi mereka memaksakan diri mereka untuk menjadi seorang pengampu supaya terus dikekalkan sebagai calun dalam pilihanraya.

Apabila kepentingan diri diutamakan, maka mutu perbahasan terus malap, begitu juga ramai terdapat ahli parlimen yang hanya memanaskan kerusi, datang ke parlimen untuk mempastikan mendapat elaun kehadiran. Dengan parti-parti politik masih mencalunkan wakil rakyat yang tidak berkemampuan berhujah maka sudah tentu parlimen akan bertambah malap.

YB. Nurul Izzah, contoh ahli perlimen yang berwibawa.

Jasteru itu dalam PRU13 ini tentu banyak perangkap-perangkap akan dipasang, Siapa yang kurang arif akan menjadi mangsa kepada perangkap politik. Yang pasti nanti ahli parlimen PRU13 tentunya akan dihasilkan kepada mereka-mereka yang tahu memainkan peranan sebagai ahli parlimen bukan hanya sebagai pak pacak wayang kulit yang bergelar 'tok mat siko;.

No comments: