Monday, December 30, 2013

Dimana ada bunyi disitu ada dia.

Sunday, December 29, 2013

kembali.

Jumpa saya tahun baru 2014.
setelah lama direhatkan.
saya gagahkan diri, lawan keletihan dan kesakitan
dengan izin Allah, kini semuanya ok.

tak dinafikan tidak seperti dulu,
faktor umur, kesihatan
yang semakin hari semakin berubah.

tabah untuk bertemu
kerana saya percaya dengan pertemuan ini
saya akan gagah dan ceria.

salam. tunggu 1.1.2014 insya Allah
akan muncul hendaknya.

Tuesday, May 28, 2013

Tamrin ditangkap lagi.

Sebelum Tamrin ditangkap, beliau bersama saya dan Arif Sabri Ahli Parlimen Raub, Sayuti Omar dan Dato' Dr.Wan Suhaimi minum di restoran 'cucur' di KLCC, kami berpisah sebelum jam 7.00 malam kerana Tamrin hendak balik sembahyang maghrib di masjid dekan rumahnya di Ampang.

Jam 7.15 sebelum masuk waktu maghrib, Tamrin telepon saya memberitahu sepasukan polis sudah berada dirumahnya untuk membawa beliau pergi ke Balai Polis Dang Wangi, ini adalah tangkapan kali kedua terhadap beliau dalam seminggu ini. Adakah tangkapan untuk ditahan atau hanya mahu merakamkan kenyataan belum pasti.

G to G kesepakatan 'GILO'.

Cerita warga Bangladesh akan tiba untuk berkerja diladang-ladang di Malaysia kini mendapat perhatian dikalangan rakyat. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Terutama dikalangan penyokong parti politik.

Isu Bangladesh bukan isu baru, sudah lama warga Bangladesh jadi mangsa orang politik sehingga kedatangan warga Bangladesh ke Malaysia dilihat memudaratkan negara, kerana selain dikaitkan dengan penyakit sosial ianya dikaitkan juga dengan pengundi hantu. Kasihan Bangla yang datang secara jujur untuk mencari rezeki dengan hahal.

Kini kedatangan warga Bangla ke Malaysia diurus oleh agensi pekerja di negaranya, di Malaysia pula diurus oleh Kementerian Sumber Manusia, ianya diberi nama G to G bagi mengelakkan orang tengah mencari keuntungan diatas kehadiran pekerja Bangladesh di Malaysia.

Salah satu sebab mengapa Kerajaan Malaysia membekukan pengambilan pekerja Bangladesh disebabkan bagi mengelakan orang tengah mendapat keuntungan, bukan kerana masaalah sosial atau pun kebanjiran warga asing di Malaysia.

Ertinya kerajaan tak suka sekiranya akan ada orang menjadi senang apabila berusaha membawa masuk pekerja asing warga Bangladesh secara sah. Ekoran daripada tindakan kerajaan membekukan kemasukan pekerja ASING WARGA BANGLADESH ITU MENGAKIBATKAN KERAJAAN MELAYSIA MELALUI AGENSI FELDA DAN AGENSI KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAR DALAM PERELADANGAN TIDAK DAPAT MEMUNGGUT HASIL DAN RUGI HASIL PENDAPATAN BERPULOH JUTA RINGGIT SETAHUN. semua itu kerana ada perasaan dengki dikalangan yang berkuasa dalam kerajaan.

Sedangkan yang mendapat peluang dari pengambilan pekerja Bangladesh adalah terdiri dari ahli-ahli UMNO yang mendapat surat kelulusan khas daripada pejabat menteri. tapi entah kenapa kerajaan mengharamkan pengambilan pekerja Bangladesh sejak tahun 2009. tentu ada muslihat disebalik pembekuaan itu.

Kini kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh, tapi dengan syarat G to G, kenapa pekerja negara lain tidak G to G, dan kenapa hanya untuk sektor perladangan saja, tidak untuk sektor lain-lain. Tentu ada perkara yang tersembunyi, yang menjadi tandatanya kenapa berpusat di Kementerian sumber manusia tidak seperti pekerja asing dari negara lain. (Ingat, menterinya pada masa itu siapa)

Pihak kerajaan hendaklah berhati-hati dengan lakunan program G to G, kerana tentunya tidak lama  lagi program G to G ini akan gagal dari matlamat yang tertulis kerana tak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan setelah puluhan ribu warga asing datang bekerja disatu sektor ianya tidak akan menghilangkan diri (lari ditempat kerja, terutama kerja ladang) dan apabila ada dikalangan mereka lari, pada masa itu lah akan melahirkan lambakan pekerja asing yang haram akan bertambah.

Jaminan pihak kerajaan Bangladesh berhubung dengan program G to G jangan diambil mudah kerana yang akan menerima beban kelak adalah kita di Malaysia ini yang tentunya akan berhadapan dengan lambakan pendatang tanpa izin warga Bangladesh, kita tak boleh salahkan pekerja yang lari dari majikan perladangan kerana apabila mereka tiba di Malaysia banyak lagi sektor yang menawarkan gaji yang lebih mahal daripada perladangan.

Mereka datang mahu mencari rezeki, bekerja diladang gaji murah, bekerja di sektor pembuatan gajinya jauh lebih mahal. Sekiranya anda jadi mereka disektor manakah yang akan anda pilih. Hati-hatilah Tan Sri Muhyuddin selaku Pengerusi Pekerja Asing dan Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri, silap percaturan negara akan menampung lambakan PATI DAN BOLEH MENCECAH 5 JUTA DALAM MASA LIMA TAHUN LAGI. walau bagimana pun pengambilan pekerja asing amatlah perlu kerana negara kita kekuranagan tenaga kerja dan bagi mengelakkan dari kurangnya pendapatan agensi kerajaan dan negara.

Orangramai hendaklah faham bahawa sekarang ini negara mengalami krisis tenaga boroh, ianya perlu diatasi bagi mengelakan sektor perniagaan negara tidak menjadi muram. pengambilan pekerja asing perlu disokong, hanya cara yang ada sekarang sangat lemah dan harus dipertingkatkan terutamanya kawalan dari pihak penguatkuasa jangan ada ketirisan.

Saturday, May 25, 2013

Tamrin, Ibrahim & Tajuddin, bekas Exco Pemuda UMNO.

Alhamdulillah. Tamrin tidak terus tidur didalam lockup walaupun ada percubaan daripada pihak polis untuk terus menahan beliau untuk beberapa malam setelah mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak polis.

Baru satu malam berada dilookup sebanyak tiga kali bangun mandi, cerita Tamrin kepada rombongan saya berjumpa dan bertanya kabar perihal peristiwa beliau ditangkap semasa makan tengahari dibangsa pada 23hb. lalu. Hari ini dalam sejarah.

Tamrin anak kepada Negarawan. Allahyarham Tun Ghafar Baba, ditangkap polis, aduhhhh. tak masuk akal betul kerana Tamrin tak akan lari sekiranya pihak polis mahu ambil kenyataan diatas apa ucapan beliau dipentas ceramah. Lepas itu sekiranya pihak polis mahu dakwa, bolahlah buat pendakwaan dan bicaralah di mahkamah terbuka dan sekiranya mahkamah mendapati Tamrin melakukan kesalahan, penjaralah dia. Tak mahu menghormati kepada beliau pun, bukan cara budaya melayu buat tangkapan semasa makan.

Saya membela Tamrin kerana saya cukup tahu bahawa bukan perangai Tamrin untuk menghancurkan negara Malaysia, dan bukan cara Tamrin untuk mengelak diri dari pada polis, Tamrin ramai kawan dalam polis dan beliau sentiasa memberi kerjasama kepada polis apabila diminta, jadi untuk merakamkan sebarang pernyataan daripada beliau, tak payahlah pihak polis nak tangkap semasa makan, panggil saja kebalai atau ke Bukit Aman, saya yakin beliau akan memberi kerjasama.

Mendengar cerita Tamrin semasa di lockup, ada juga hiburannya, Dari hotel lima bintang terpaksa beralaskan sejadah untuk tidur, tiga kali bangun mandi, dalam keadaan berdebar debar, bimbang takut polis didepan tu 'gay'. Walaupun tidur tidak bertilam tapi nampak Tamrin masih bersemangat. Berani kerana benar.


Ketiga-tiga sahabat akrab saya merasai lookup dan dua daipadanya telah merasai ISA, semuanya kerana aktif politik. Dua telah menikmati hasil perjuangan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Malaysia, hanya Tamrin saja yang belum kerana dibayangi oleh Tun Ghafar Baba pada masa itu.

Juga kerana perjalanan Tamrin sebagai pejuang baru bemula.

Thursday, May 23, 2013

Tamrin 'menghasut'? tuduhan yang daif.

Abang Zainal telepon, Tamrin Ghafar telah ditangkap, mahu kepastian, tengok fb Sayuti Omar MSO, sah Tamrin ditangkap, Telepon Polis minta pengesahan, sah dan berada di balai polis Jinjang, sebelah rumah sahabat ambo. Bukan saja saya yang mencari 'kaki' tapi Dato' Ibrahim Ali juga turut mencari kaki, Itulah erti persahabatan. yang  betul harus dipertahankan.

Ramai rakan-rakan dalam UMNO dan ahli Parlimen sahabat saya  terkejut dengan pengangkap Tamrin kerana mereka tidak terfikir Tamrin manghasut. Saya sendiri yang dikira rapat dengan beliau tidak pernah mendengar bahasa hasutan dari mulutnya. Apa sebenarnya erti menghasut?

Ucapan dipentas politik, tidak boleh dikira menghasut sekiranya tidak ada ayat mengajak orangramai menghancurkan kerajaan secara haram, ujudkan pasukan untuk menentang kerajaan, Tamrin tidak mampu untuk melakukan demikian, Tamrin bukan 'crowd puller', Tamrin bukan Najib atau Tun Mahathir, Tamrin tidak berpengaruh seperti Tok Guru Nik Aziz, ucapan beliau tidak boleh menaikkan semangat orangramai untuk meruntuhkan kerajaan.

Ucapan Tamrin sanggup membongkar kepalsuan dan ketidakadilan dalam kerajaan BN, bagaimana salah laku para pemimpin UMNO, sekiranya ucapan Tamrin itu salah dan berniat jahat, pihak yang dituduh oleh beliau buatlah pendakwaan.

Jangan kerana Tamrin adalah anak kepada pengasas negara kita Allahyarham Tun Ghafar Baba, kita jadikan beliau sebagai mangsa 'kerakusan' untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa keraajaan tak kira siapa, yang perlu ditangkap akan ditangkap, sekiranya lepas ini mahkamah mendapati beliau tidak bersalah dimana muka kerajaan hendak letak. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak sanggup berada dibawah pentadbiran kerajaan yang rakus dan bacul.

Saya sebagai rakyat mahu melihat, ketua-ketua di surat kabar dan televison ditangkap dan didakwa dibawah akta hasutan, kerana disitulah bertapaknya sarang 'menghasut' terutamanya menghasut melalui iklan2 sehingga suami tak boleh tidur malam. Hasut membeli.

Monday, May 20, 2013

Najib dan Anwar memiliki perangai yang sama?

Jangan pertikai berhubung perlantikan 7 orang menteri dari ugama krestian kerana masih ramai lagi menteri yang berugama Islam dan ada juga menteri yang berugama lain. Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya boleh mengamalkan ugama berbagai-bagai. Tak salah.

Lagi pun Yang DiPertuan Agong dah setuju, rakyat mesti menghormati sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem berpelembagaan. Mempertikaikan menteri yang dilantik berada dalam kabinet bererti tidak setuju dengan apa Yang DiPertuan Agong setuju, itu tidak molek, sebagai rakyat yang diasuh supaya bertatasusila.

Apa yang boleh dipertikai ialah kenapa Bung Mokhtar yang dah lama menjadi ahli Perlimen tidak dilantik sebagai Menteri, Beliau juga berasal dari Sabah, kenapa wakil daripada PRS hanya ditawar sebagai Timbalan Menteri sedangkan beliau juga dah lama jadi Timbalan Menteri kenapa tak dinaikkan pangkat jadi Menteri, beliau juga berasal dari Serawak.Itulah kuasa namanya

Apa yang terjadi adalah kerana kuasa. Sesiapa yang berkuasa dan jadi ketua akan mengunakan kuasanya ikut citarasanya, itulah terjadi dalam pembentukkan kerajaan hari ini, oleh kerana Najib sebagai ketua dan berkuasa, beliau lakukan atas pertimbangannya, sama ada orang suka atau tidak suka, beliau peduli apa kerana dia sebagai ketua dan berkuasa.

Begitu juga semasa hendak memberi watikah kepada mereka yang dicalunkan semasa PRU13 lalu, sama ada BN atau PR sama saja, cakap saja akan meletakkan calun yang berwibawa tapi apabila sampai masa semuanya lantik keluarga dan temna rapat sebagai calun, cakap lain buat lain, kerana dialah ketua dan dialah berkuasa.

Sebab itu dalam PRU13 lalu, BN hilang 7 kerusi dan PR hilang 15 kerusi, semua itu kerana ketua tidak tunai janji, tidak meletakkan calun yang disukai oleh pengundi ertinya antara PM Najib dan Anwar Ibrahim sama saja 'gila guna kuasa'. oleh itu PRU 14 kelak selagi ketua tidak berubah, keputusan PRU pun tidak akan berubah.

Saturday, May 18, 2013

Serawak 'the hero'.



Negeri yang banyak rakyatnya dilantik sebagai Menteri


Parlimen Malaysia kali ini akan dikuasai oleh pihak pembangkang setelah beberapa orang yang tidak disenangi telah dilantik sebagai Menteri dan seorang menteri yang racist terutamanya yang tidak mewakili parti politik. Siapa dari kalangan ahli parlimen yang akan mempertahankan menteri atau timbalan menteri sekiranya dibelasah oleh ahli parlimen pembangkang dalam persidangan parlimen nanti. Kerana ianya tidak ada parti yang boleh membantu.

Tentunya dewan akan hangat apabila seorang menteri atau timbalan menteri di 'boo' dalam perlimen, tambahan pula menteri atau timbalan menteri yang tidak mesra dengan ahli parlimen yang rata-rata tidak akan senang hati dengan menteri yang tak payah bersusah payah tapi terus dilantik kedalam kabinet.

88 orang ahli Parlimen UMNO yang dipilih oleh rakyat hanya beberapa kerat saja dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan yang malangnya mereka tidak diiktirah oleh PM Najib setelah sekian lama berkhidmat untuk mempertahankan BN tapi tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai Menteri, contohnya Bung Mokhtar dan yang sudah jadi menteri pun digugurkan seperti Shaziman Mansor dan Noh Omar.

Menteri baru yang dilantik tidaklah nampak hebat benar. Tunggu persidangan dewan rakyat nanti, mampukah menteri yang diluar parti dapat menghayati nadi kerajaan atau hanya sekadar pak pacak yang dapat keistimewaan atas anugerah PM Najib.

Berita terbaru, BN akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen setelah parlimen bermula, sama ada menjadi ahli parlimen bebas atau join PR belum dapat pengesahan, sekiranya ia bermula dari serawak tentunya akan mengubah percaturan politik tanahair. Ertinya 133 - 6 -4 untuk parlimen dan bagaimana pula di Negeri Trengganu, Kedah dan Perak yang menang tipis.

Mungkin 3 negeri iaitu Kedah, Perak dan Trengganu akan bergelora sekiranya angin perubahan datang dari negeri Serawak dan negeri dibawah bayu. Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

Wednesday, May 15, 2013

Menterikah KJ.

Hari ini PM Najib  akan umumkan barisan Kabinet baru  (15 mei) untuk tempuh lima tahun sehingga PRU14. Mereka itu akan menentukan Kerajaan BN akan terus diterima oleh rakyat. Ramai anak-anak muda sedang menanti nama YB Khairy Jamaluddin berada sebagai menteri terutamanya pemuda UMNO yang mahu melihat kekuatan parti, tapi tidak kepada pemuda yang berkepenting diri.

Apa yang penting diberi perhatian, siapakah yang akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, adakah YB,Dato' Hishamuddin Tun Husein akan kekal, sekiranya beliau masih kekal adakah ada rombakan dalam Kementerian KDN kerana banyak perkara yang berlaku dalam KDN tidak menempati kehendak rakyat.

Sebagai contoh, masih berlaku dengan terang lambakan pendatang asing di Malaysia. Rakyat asing yang tak ada kerakyatan berlambak ditepi jalan, ditempat maksiat dan sebagainya, tambahan lagi ada warga asing yang diberi PR berlagak sombong lebih daripada rakyat Malaysia. Dah lah perempuan melayu dibalun kerana dijadikan isteri tapi tidak menghormati perlembagaan negara ini.

Sekiranya KDN masih terus membiarkan kedatangan pendatang asing, menjelang tahun 2014 nanti negara akan menampung warga asing dengan angka mencecah 5 juta orang, jalan jalan dan lorong dibandar-bandar besar akan dipenohi oleh pendatang asing begitu juga dipusat-pusat rumah urut dan karaaoke,

Yang anihnya, pusat-pusat hiburan, rumah urut dan karaoke tiap-tiap bulan ada yang baru dibuka sedangkan tangkapan sentiasa dibuat. boleh dikatakan tiap-tiap malam TV tayangkan berita tangkapan ada yang berpuloh kali ditangkap tapi masih bergiat aktih. kenapa berlaku demikian.

Dengan adanya Ketua Polis baru dan Timbalan baru adalah diharapkan tidak ada lagi berita tangkapan dibuat ditempat yang sama. maksudnya tempat yang telah dibuat tangkapan yang menjalankan perniagaan maksiat dan menggunkana pendatang asing yang menyalahan visa hendaklah ditutup terus dan tak akan ada lagi lesen dikeluarkan dipremis tersebut.

Kerjasama Polis, Imigresen, dan PBT hendaklah dipereratkan dengan menghantar pegawai-pegawai jang jujur. Jangaan hantar pegawai yang lapar wang kerana sekiranya wang mengatasi bidang tugas maka hasrat Kerajaan untuk menghapus perbuatan mungkar tidak akan berjaya.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada idola saya, Dato Bakri diatas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Selamat Maju Jaya.


Tuesday, May 7, 2013

Demi Ugama Bangsa dan Negara. 133 + 21 = 154.

Selesai sudah PRU 13 dengan keputusan BN mendapat 133 kerusi dan PAS mendapat 21 Kerusi, rata-rata orang mempertikaikan kerana tidak ada kesepakatan Melayu, maka DAP agak menang besar dikalangan PR.

Jika betullah BN dan pemimpin Melayu mahukan sebuah kerajaan yang membela kepentingan bangsa, maka inilah masanya, yang jauh didekatkan yang rapat dierat-eratkan, ahlu UMNO yang meninggalkan UMNO hendaklah meminangkan semula dengan memberi tugas dan tanggongjawab untuk mendekati masyarakat melayu untuk mewujudkan kesepakatan bagi memperkuatkan kuasa melayu dalam parlimen.

Saya tidak bercadang menulis banyak, cukup dengan sifir 133 campur 21, itu sudah memadai bagi menguasai Parlimen Malaysia lebih daripada 2/3 demi Ugama, Bangsa dab Negara. 

Monday, April 29, 2013

Friday, April 26, 2013

Cuba kerajaan PR pula. Inikali lah.

Apakah rakyat Malaysia bersetuju sekiranya PR memerintah Malaysia. Sekiranya bersetuju PR menawarkan berbagai-bagai kemudahan untuk rakyat seperti yang diumumkan pemimpin PR sekiranya menang PRU 13 ini, hari ini menang besok harga minyak turun.

Bukan itu saja rakyat juga akan dapat menikmati rumah mampu milik, saman AES akan dibatalkan dan hapus cctv AES, caj eletrik murah manakala pendidikan percuma itu akan menghapuskan pinjaman PTPTN, begitu juga dengan kemudahan asas kesihatan percuma, air juga akan di caj rendah.

Bantuan kebajikan masyarakt akan dinaikan kepada RM500 seorang, Lynas akan ditutup, kepada rakyat yang mengunakan lebuhraya Tol akan dihapuskan, inilah yang dinamakan kerajaan rakyat, dari rakyat kepada rakyat yang tentunya rasuah dan penyalahan kuasa akan terhapuds dengan sendirinya.

Kepada golongan muda yang berhasrat untuk memiliki kenderaanm janji PR apabila diberi mandat nanti ialah harga kereta akan diturunkan dan tidak membebankan rakyat dari dihambat oleh bank-bank yang memberi pinjaman. Tentunya akan memberi kepuasan kepada seluruh rakyat.

Dengan jelas telah dinyatakan akan perkara yang akan berlaku setelah PR diberi mandat, yang peliknya Kerajaan BN sekarang baru mahu buat akujanji, tahukah kita bahawa kerajaan BN telah 56 tahun memerintah malaysia, kenapa perlu ada akujanji, laksanakanlah apa yang hendak dibuat, kenapa mahu tunggu selepas PRU sedangkan kuasa sudah berada ditangan.

Nampak benar satu lagi corak hendak menipu rakyat, rakyat malaysia sudah matang dan cerdik, ini malaysia bukannya negeri afrika yang masih dicekam kemiskinan. Oleh itu inikalilah.
jawapan sebenar.

Thursday, April 25, 2013

PAS Style.

Berhiburlah dulu hari ini.

PKR Style

Berhiburlah hari ini.

DAP Style.

berhiburlah dulu hari ini.

Wednesday, April 24, 2013

Tsunami melanda BN.

Husam Musa, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang akan menentukan sama ada PUTRAJAYA akan dimiliki oleh PR pada 6hb. Mei 2013. Inilah kawasan yang menjadi senjata kepada PR bagi menentukan harapan rakyat kerajaan Malaysia akan berubah dari BN kepada PR.

Kerusi inilah akan menjadi sifir terujudnya sebuah kerajaan baru selepas PRU, calun-calun PR dilihat berkerja keras bagi menghadiahkan harapan rakyat Malaysia setelah kerusi-kerusi lain yang ditandingi PAS, PKR dan DAP sudah pasti akan mendapat kemenangan cemerlang.

Kebangkitan rakyat untuk Ubah PUTRAJAYA sudah meningkat dengan jayanya, pemimpin UMNO yang disisihkan oleh Najib secara terbuka menjadi kempen kepada PR manakala ahli-ahli UMNO dicawangan menghadiahkan wang dan tenaga kepada pejuang PR, satu kejadian yang tak pernah berlaku secara hebat sebelum daripada ini.

Tawaran wang, jawatan, elaun dan kenaikan gaji tidak melemahkan semangat rakyat untuk menukar kerajaan, rakyat mahu bernaung dibawah sebuah kerajaan yang baru. Rakyat mahu membandingkan apakah kerajaan baru akan lebih baik daripada BN.

Insya Allah, tunggulah dah tak lama, sama ada tiang seri BN masih kukuh atau dihanyut oleh badai semalam.



Monday, April 22, 2013

Hanya Syaitan yang dikenali boleh menyelamatkan BN.

Diantara peristiwa yang nakal dalam PRU 13 ini adalah Negeri Melaka iaitu peristiwa di Parlimen Kota Melaka, yang mana calun DAP Sim Tong Him, yang bertanding sebagai calun DAP di Perlimen Koya Melaka dia juga bertanding sebagai calun bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksemana dalam Parlimen yang sama.

Di Kelantan BN menyerah kalah sehingga Allah membekukan otak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas yang diberi surat watikah untuk di calunkan sebagai calun Parlimen Pasir Mas tidak mampu menyerahkan borang pencalunan walau pun sudah berada didewan penamaan calun.

Manakala di Trengganu, Pulau Pinang dan Sabah PAS dan PKR meletakan calun masing-masing untuk bertanding dan menyerahkan borang penamaan calun. Entah apakah malaputaka akan menimpa pada politik Malaysia ke 13 ini.

Kejadian ini tak boleh diangap suka-suka mungkin ada perkara yang akan berlaku elepas PRU 13 nanti kerana semua parti politik yang besar tak dapat mengawal ahli masing-masing sehingga UMNO parti yang tersebar melahirkan beberapa tokoh bertanding atas tiket bebas termasuklah Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Lagi pelik selepas penamaan calun ada lagi tokoh UMNO menyertai kempen PR dan menyertai PAS termasuklah Tan Sri  Mahuhammad Taib bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan bekas Menteri Besar Selangor. Nampaknya BN sudah sampai ketahap teramat tenat sekiranya pada PRU nanti tidak dibantu oleh syaitan yang dikenali.

Sunday, April 21, 2013

Malu dan memalukan.

Seperti yang dijanjikan. dilabuhkan serba sedikit catitan peristiwa PRU ke 13. Ada dua perkara yang hendak saya catitkan hari ini. Pertama cerita yang memalukan Dato' Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dimana watikah yang diberi kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas disia-siakan oleh Johan Che Pa, Tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO ahlinya sanggup memalukan sebuah parti yang terbesar di Malaysia. Dimana Tok Pa nak letak muka.

Tak perlu beralasan itu adalah sebagai tektik, buat apa tektik kalau budak sekolah pun boleh suka, alangkah eloknya dari awal lagi UMNO beri laluan kepada Dato' Ibrahim Ali untuk bertanding atas tiket Dacing, kan lagi memantapkan sokongan rakyat kepada UMNO kerana membalas jasa Dato' Ibrahim mempertahankan seluruh ahli BN.

Cara yang Johan Che Pa buat itu merosakkan nama Tok Pa dan PM Najib dan juga mengalakkan tuduhan bahawa Johan Vhe Pa dibayar dan boleh dibeli. Fikirlah sendiri yang cerdik tj, jangan ikut apa yang di cakap oleh balaci UMNO yang tidak bermaruah dan bacul.

Perkara kedua pula pri hal Parlimen Ketereh. Saya sempat singgah di Ketereh petang tadi dan didatangi oleh beberapa orang yang anti BN, terutamanya Tan Sri Anuar Musa. Mereka membisiki kepada saya bahawa Anuar Musa akan kalah lebih kurang 3000 undi, saya terdiam dan kelu seketika diantara percaya dengan tidak kerana melalui telepon pagi tadi sahabat saya yang terdiri daripada kakitangan KEMAS memberi tahu Anuar Musa akan menang 3000 undi.

Yang mana satu hendak saya percaya. Adakah benar apa yang diberitahu itu, tunggulah sedikit masa lagi kerana kepada saya bukan angka kemenangan yang saya ingin tahu tapi yang paling pentingnya, berjayakah PR ke PUTRAJAYA. kerana saya pun dapat menghidu bau siapa yang akan dinobatkan sebagai ahli Parlimen Ketereh pada 5hb. Mei 2013 nanti.

Sunday, April 14, 2013

Nanti jumpa lagi

Salam.

Blog ini akan diaktifkan semula pada 20hb. April 2013 bersama hari penamaan calun bagi pilihanraya yang ke 13. Insya Allah saya akan menterjemahkan kedudukan sebenar kerusi-kerusi Parlimen kesemua 222 tampat yang boleh menentukan parti politik mana yang akan memerintah Malaysia nanti.

Siapa agaknya yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 nanti. Adakah Dato' Seri Najib Tun Razak akan dapat mengekalkan jawatan PM atau pun Tan Sri Mahyuddin Yassin sekiranya BN Menang tipis atau BN akan kalah dan peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim jad Perdana Menteri atau ada nama lain yang tiba-tiba mencul. Entahlah.

Wednesday, February 13, 2013

Cara melamar.

tenangkan fikiran, diluar kotak politik kepartian.

Thursday, January 31, 2013

Negara Selamat, Rakyat Makmur dibawah PR.

UMNO baru selesai berkampung diPWTC menilai kemampuan bagi mempertahankan kerajaan BN dalam PRU 13. PAS pula sedang memperkemaskan jentera diperingkat akar umbi bagi mempastikan kerusi yang ditandingi menang dengan sempurna manakala PKR dan DAP sedang menilai calun-calun yang setia pada perjuangan.

Semua bergerak kearah pilihanraya. terbaru kejutan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang mana Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibuburkan selepas tahun baru cina. Ertinya pilihanraya akan berlaku selepas sambutan tahun baru cina, kalau pun Parlimen tidak dibubarkan tapi Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubarkan, ertinya SPR terpaksa mengumumkan tarikh pilihanraya dan pembuangan undi pasti berlaku.

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tentunya ada perhitungan yang menyakinkan bahawa PR akan terus memerintah negeri Selangor lagi pun sekarang ini UMNO dan BN Selangor masih gagal untuk menonjolkan calun menteri besar sekiranya BN menang di Selangor. Rakyat Selangor tentunya bijak apabila terus mengekalkan PR memerintah untuk tempuh lima tahun lagi.

Rezeki rakyat Selangor akan terus melimpah ruah kerana PRU13 nanti kerajaan Malaysia pun akan diperintah oleh PR, ,ini diakui sendiri oleh beberapa tokoh UMNO yang secara tidak sengaja telah mendedahkan rahsia bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan PM Najib adalah tersangat lemah.

Apabila bekas-bekas Perdana Menteri dan bekas menteri terpaksa bercakap untuk tolong berkempen dalam pilihanraya nanti itu bermakna UMNO dan BN sedang berada dalam kesakitan seolah-oleh berada dalam nazak antara hidup dan mati. Orang yang paling takut apabila BN kalah dan PR dapat membentuk kerajaan ialah Tun Mahathir dan Ibrahim Ali. Mereka berdua nampak sangat takut kepada PR.

Walau bagaimana pun peluang untuk BN terus berkuasa masih dapat diselamatkan, apabila UMNO dan BN berjaya memecahkan perpaduan yang disepakati oleh PR diantara parti PAS, PKR dan DAP. memecahkan kesepakatan diantara PAS dan DAP hanyalah satu-satu peluang yang ada pada UMNO dan BN.

Maka tidak hairanlah UMNO begitu beria-ia benar menjadi jurucakap kepada Nasaruddin Mat Isa apabila Nasa dilucutkan sebagai ahli Majlis Syura PAS, sedangkan pemimpin UMNO tidak ambil kisah langsung terhadap ahlinya yang dibuli oleh pemimpin UMNO di peringkat Bahagian seperti apa yang berlaku di Bahagian Tanah Merah dan Ketereh.

UMNO lebih rela mempertahankan 'ahli politik yang jahat' dari  bertindak adil terhadap ahli yang dibuli oleh pemimpin diperingkat Bahagian, jasteru itu UMNO hanya mengharapkan kepada isu yang cuba dicetuskan supaya pakatan rakyat berpecah belah. Dan separuh daripada gerakan UMNO dan BN itu telah berjaya hari ini setelah Nasaruddin dan Hassan Ali diperkudakan oleh UMNO.


Tapi isu Nasaruddin dan Hassan Ali tidak merosakkan kesepakatan PR, bahkan semua isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO dan BN telah dipadamkan dengan sekelip mata oleh kebijaksaan Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru membuat lawatan ke kediaman Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan dan kerumah Karpal Singh.

Isu hudud dan isu pengunaan nama Allah terus terpadam. Kebijaksaan Tok Guru itu apabila beliau secara simbolik mengajar rakyat iaitu bukan payah untuk berbaik-baik dengan musuh dan terlalu mudah untuk bermusuh dengan kawan baik. PR tidak mungkin akan berpecah dan akan tetap utuh kerana PAS, PKR dan DAP melayari satu matlamat iaitu kalahkan UMNO dan BN dalam Pilihanraya umum nanti.

Apabila UMNO dan BN kalah, negara akan selamat danrakyat akan makmur.

Tuesday, January 29, 2013

Jentera PDM UMNO kuat.

Pemimpin UMNO sedang giat turun ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan mengarahkan semua bilik gerakan dibuka. Tanda-tanda awal Pilihanraya umum sudah dekat. Semua masaalah awal di PDM diselesaikan teruatamanya bahan-bahan logistik PRU.

Banyak aktibiti yang melibatkan kewangan dirancang, terbaru pengagihan wang untuk pelajar yang dibuat dikawasan sekolah, itu pun dijadikan sebagai aktibiti PDM dan tentunya sebelum PRU nanti pembahagian BR1M akan dianjurkan secara besar-besaran bagi memikat rakyat supaya terus menyokong BN.

Sebelum wang BR1M dibagi-bagi kepada rakyat, pihak pemimpin UMNO akan mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada yang hadir, sekurang-kurang 2 jam masa diambil untuk menjaja BN kepada rakyat, beri ucapan bagai-bagai pemalsuan akan direka untuk menfitnahkan PR kerana sekarang ini teramat susah rakyat untuk mempercayai kepada BN.

Tentunya isu rakyat akan berdepan dengan masalah sekiranya PR memerintah Malaysia akan dicetuskan, isu yang sering diwar-warkan oleh pemimpin UMNO dan BN ialah Kerajaan PR iaitu PAS dan PKR akan jadi kuda tunganggang oleh DAP dan DAP pula dikaitkan dengan bangsa cina.

Isu DAP memperalatkan PAS seakan-akan boleh dipercayai, kerana banyak sangat percangghan kenyataan oleh pemimpin DAP dan PAS berlaku, yang mana isu yang tak patut dibincang secara terbuka dibincang dengan lajak sehingga membuat orang atas pagar yang ingin menyokong PAS terkedu.

Isu nama Allah, Isu Hudud adalah hak mutlak bagi orang Islam dan hanya PAS yang layak menterbiahkan rakyat, kenapa DAP beria-ia sangat nak campur dan memberi kenyataan yang kadang-kadang boleh mengusarkan rakyat yang berugama Islam, tak bolehkah DAP mengambil sikap tunggu dan lihat, biar PAS yang berhadapan dengan UMNO dan BN dalam isu ini.

DAP sepatutnya mengajak rakyat keturunan cina meninggalkan MCA yang terang-terang sudah tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat cina, yang hanya menjadi pak turut kepada pemimpin tertinggi MCA sahaja yang telah muflis ideal.

Pihak PR jangan mengambil mudah untuk menghadapi BN dalam pilihanraya nanti, jangan hanya mengharapkan gelombang yang datang kerana UMNO sedang kuat mempersiapkan bentang bagi menghalang gelombang besar yang datang. Perlu diingat genarasi muda tidak terikat dengan sistem kepatian, genarasi muda kini bebas untuk memilih siapa yang  mereka suka dan percaya, hari ini orang muda boleh suka kepada PM Najib dan esok orang muda boleh maki Najib.

Hari ini orang muda tak mengambil berat soal pakaian Rosmah tapi esok orang muda boleh puji Wan Azizah cara berpakaian yang islamic dan bersopan yang tak mampu dipakai oleh Rosmah secara konsisten. Isu-isu begini akan mempengaruhi kepada keputusan pilihanraya umum ke 13. Parti belum tentu memberi jaminan untuk menang tapi calun adalah menjadi faktor besar satu-satu parti itu boleh memberi kemanangan.

Peristiwa 2004 yang dialami oleh PAS Kelantan hendaknya jangan berulang, pucuk pimpinan PAS tahu akan kebenarannya. Rakyat sedang memerhati, bukan saja di Kelantgan tapi berlaku juga di Kedah,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang retak hendaklah ditapung, jangan retak terbelah. sayang.

Sunday, January 27, 2013

PR. langkah jangan sumbang.

Di Pasir Gudang Johor ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman, di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada di calunkan pada pilihanraya umum nanti.

Di Melaka bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti untuk keluar UMNO.

Pilihanraya semakin hampir, UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang, apa agaknya akan berlaku selepas pilahanraya umum ke 13 ini. Apakah malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.

Menolak dan menghukum mereka yang lakukan rasuah dan menzalami rakyat, membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak, tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta ,membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan, meagihkan kekayaan negera dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.

Tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan rakyat terbanyak dan sebuah kerajaan itu akan jatuh dengan cepatnya apabila rakyat bangkit menentang, begitulah nampaknya bakal dihadapi oleh kerajaan BN kini, rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi, rakyat sedang bangkit untuk merubah kerajaan hanya masa yang menentukan.

Yang bagusnya rakyat Malaysia ada tatasusila, tahu adab dan bersopan santun, sabar dan bersedia menunggu. Rakyat sedang menunggu pembubaran parlimen, rakyat sedang menunggu tarikh mengundi dan rakyat sedang menunggu hari menyambut ketibaan kerajaan baru, kerajaan PR. Bila?

Rakyat tahu, peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan tenang, rakyat tahu kuasa melayu tidak terhakis, rakyat tahu bangsa lain akan menghormati bangsa melayu dan rakyat tahun Islam adalah ugama rasmi negara Malaysia. Dan rakyat sedang menunggu janji.

Janji kerajaan PR untuk menurunkan harga minyak serta merta, janji menghapuskan pinjaman PTPTN, janji gaji guru dinaikkan, janji bekas tentera akan dapat tanah, janji peneroka FELDA tak payah bayar pinjaman pembelaian saham, janji pinjaman tekun tidak dikenakan kadar feadeh, janji kereta tak ada duti import, janji keadilan untuk semua dan banyak lagi janji untuk kesejahteraan rakyat.

Dalam masa lima tahun rakyat akan dapat menilai, sekiranya janji tinggal janji, rakyat akan terus bangkit dan bangkit diwaktu itu adalah bangkit dengan kemarahan, tentu kita tahu, apa akan terjadi apabila rakyat bangkit dengan kemarahan. bangkit menuntut janji.

Oleh itu janji PR bukan janji main-main, janji pakatan rakyat bukan janji yang tidak akan ditepati, janji PR adalah janji yang akan dikotakan, kerana PR tahu akan kemampuan untuk menyediakan keadilan kepada rakyat, harta negara adalah harta rakyat, harta negara adalah untuk dinikmati oleh rakyat, sebab itu kerajaan PR akan menjadi sebuah kerajaan rakyat yang menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Wilayah adalah paksi pemerinatah PR, disusuli oleh Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan akan didokong oleh Pahang,Trengganu dan Johor. Biarlah Melaka dan Serawak untuk sementara waktu tidak bersama PR. Natijahnya BN tumbang secara sedar. walaupun dalam politik angin perubahan boleh bertukar bila-bila masa.

PR diingatkan jangan melangkah sumbang.


Friday, January 25, 2013

Polis sahabat kita,. bukan musuh kita.

Kematian adalah satu kemestian.

Semua manusia mesti berhadapan dengan kematian pada satu hari nanti, hari-hari kita menerima berita kematian kadang-kadang yang mati itu berlaku berdekatan dengan kita, orang yang kita kenali, orang yang kita sayangi dan juga  orang yang kita paling benci.

Kematian berlaku dengan bermacam-macam suasana, ada yang mati secara biasa, ada yang mati kerana sakit, ada yang mati kerana kemalangan, ada yang mati kerana dibunuh, ada yang mati kerana mempertahankan negara dan bermacam-macam sebab lagi berlaku kematian.

Yang paling sedih apabila orang tersayang tiba-tiba mati, selapas 'beselora' dengan gelak ketawa tak berapa lama kemudian terima berita kematian. Antara percaya atau tidak, kematian terpaksa diterima kerana kematian tetap akan terjadi tak kira kepada siapa.

Dimusim deman pilihanraya ini, kematian telah menjadi tumpuan terutamanya oleh pemimpin poilitik tanahair, tak kiralah pemimpin parti mana terutamanya orang yang selalu pasang body, bercita-cita nak bertanding dalam pilihanraya umum ke 13. Pantang dengar kematian pasti muncul dikhalayak ramai, ejen-ejen diberi tugas khas untuk memaklumkan kematian. Hipokret politik.

Zairah kematian (melawat) sudah menjadi budaya kepada pemimpin PAS, orang PAS sentiasa sibuk mengurus jenazah apabila ada kematian, mengurus sejak mula jenayah hendak dimandi, hinggalah kedalam kubur, dalam bab itu orang-orang PAS adalah juara dalam pengurusan jenazah dikampung kampung sehinggalah menjadi 'shikh' waktu majlis tahlil. Hebatnya orang PAS.

Perkara ini jarang jarang menjadi kebiasaan kepada orang-orang UMNO, para pemimpin UMNO hanya mampu menzairahi ketika diminta menzairahi oleh orang-orangnya saja dan bermusim, seperti sekarang ini apabila ada berita kematian dikawasannya baru nampak wajah kerana pilihanraya dah hampir tiba, musim deman pilihanraya, katakan.

Yang tidak patut berlaku juga sedang berlaku, yang mana ada wakil rakyat cuba mengambil kesempatan diatas penderitaan kematian. contoh, oleh kerana mahu terus populor dan mahu bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 ada wakil rakyat sanggup bersama menyokong mendesak supaya mayat-mayat dibedah untuk kali kedua. Bukan apa sebenarnya, itu hanya kerana nak berlakun menunjukan bahawa dia prihatin kepada rakyat.

Sedangkan wakil rakyat tersebut tahu yang simati itu terlibat dalam banyak kes jenayah yang menyusahkan orangramai, disini kita harus bertanya, apakah orang ini patut dipilih lagi sebagai wakil rakyat kerana sudah jelas mengambil kesempatan diatas kematian dan snggup membela sipenjenayah melawan polis  serta menyusahkan rakyat.

Jangan kerana mahu memikat undi, ada bakal-bakal calun atau wakil rakyat sanggup mengambil kesempatan memperlekehkan kerja polis, Polis bertugas menjaga kepentingan awam dan orangramai, menjaga rakyat yang tidak melakukan kesalahgan, Polis wajib bertindak terhadap pengacau ataupun mereka yang boleh mengakibatkan harta dan nyawa orang awam dan dalam menjalankan tugas ada kadang-kala berlaku peristiwa diluar jangka.

Tidak ada seorang polis pun yang sengaja mahu bertindak hendak membunah orang semasa menjalankan tugas kecuali orang itu penjenayah merbahaya. Polis sekadar menjalankan tugas untuk menghalang berlakunya perkara yang boleh menjejaskan keharmonian orangramai, apabila berlaku pergelutan dan kejar mengejar serta tembak menembak maka tentulah ada perkara accident yang berlaku.

Janganlah kerana kesalahan yang tidak ada niat dan tidak diduga berlaku itu dijadikan alasan untuk menghina pasukan polis dan bertindak bagi mempertahankan mangsa yang terang melakukan kesalahan semata-mata mahu memikat undi. Ingat polis pun ada undi, keluarga polis pun ada undi.

Kebiasaannya wakil rakyat dari PR selalu mengambil kesempatan untuk menjadi hero dalam kes kematian yang melibatkan pasukan polis, wakil rakyat seperti ini sepatutnya tidak diberi peluang untuk bertanding sekali lagi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat seperti ini bukan sebenarnya pejuang untuk keadilan, keamanan dan membela rakyat, orang seperti ini adalah seorang yang hipokret politik hanya sengaja mencari kesempatan diatas kematian orang.

Harus diingat selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, pasukan polis diraja Malaysia adalah pasukan polis kerajaan PR.


Thursday, January 24, 2013

Ubah Sekarang, cuba yang baru.

Sejak hidup ini hanya kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia, tidak dinafi negara berada dalam  keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara hanya peristiwa 13 mei tercetus selapas pengumuman pilihanraya pada tahun 1969.

Kini pilihanraya umum ke 13 hampir tiba, Kerajaan BN akan ditentang secara satu lawan satu oleh gabungan parti pembangkang yang dikenali dengan pakatan rakyat (PR) yang dianggotai oleh parti PKR, PAS dan DAP, yang mana semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.

Bagi mengelak kejatuhan kerajaan BN, parti-parti kompenannya yang diterajui oleh UMNO sedang giat mengatur kempen bagi menghalang pengundi dari memberi sokongan kepada PR dan beberapa isu dilontarkan bagi menyekat kemaraan PR. Diantara isu yang hangat ialah sekiranya PR dapat memerintah Malaysia maka DAP lah yang akan berkuasa.

DAP berkuasa bererti orang cina yang berkuasa kerana sejak dulu lagi rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa parti DAP adalah parti yang dikuasai oleh kaum cina. yang disamakan dengan kerajaan Singapore iaitu parti PAP memerintah Singapura. Apakah BN lupa siapa yang keluarkan Singapora daripada gagasan Tanah Melayu, bukankah pemimpin UMNO.

Rata-rata diberitahu oleh penceramah BN terutamanya UMNO bahawa sekiranya PR boleh memerintah Malaysia maka terhapuslah kuasa melayu, maka DAP lah yang akan banyak kuasa, maka jatuhlah maruah orang melayu, maka akan terjadilah seperti negara Singapora yang mana orang cina akan jadi Perdana Menteri.

Tapi pada masa yang sama penceramah UMNO menyokong kepimpinan MCA yang mana cina adalah orangnya, Ketuanya cina dan ahli pun cina, begitu juga penceramah UMNO menyokong MIC iaitu parti perkauman India ertinya penceramah UMNO secara terang ingin menipu pengundi supaya BN akan kekal memerintah. UMNO sokong cina tak apa, tapi PR sokong DAP tak boleh, apakah pada orang UMNO, CSL Presiden MCA itu bukan orang cina?.

Jelas, UMNO sekarang mengunakan isu-isu yang boleh memudaratkan percambahan minda rakyat supaya tidak terbuka dan tidak mengambil keputusan yang bijak, sepatutnya UMNO dan BN berkempen untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara lebih tersusun yang tidak memperkayakan kenalan dan orang yang rapat saja, sepatutnya kerajaan melebarkan dasar kesihatan yang lebih baik, dasar pendidikan yang lebih telus dan dasar yang berterusan bukan dasar BR1M dan lain-lain berupa taburan wang untuk memikat undi.

Setelah sekian lama rakyat didodoi dibawah kerajaan BN, maka sudah sampai masanya rakyat yang hidup hanya dibawah pentadbiran kerajaan yang satu-satunya ini diberi ruang untuk memilih dengan secara teratur dan bijaksana, Rakyat perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti untuk mengubah cara hidup dengan corak yang lain pula.

kalu sekarang rakyat hidup dibawah kerajaan yang dinamakan kerajaan BN yang rakyat dah tahu kemampuan dan keberkesanan serta mengalami taraf hidup seperti hari ini, maka tidak menjadi kesalahan bagi rakyat untuk bernaung dibawah kerajaan baru iaitu dibawah PR, mahu melihat janji-janji yang dibuat oleh  PR adakah mampu dan lebih baik daripada yang dinikmati oleh keseluruhan rakyat seperti hari ini.

Sekiranya tidak banyak berlaku perubahan dan nasib rakyat seperti apa yang terdapat sekarang tidak juga berubah maka lima tahun lagi rakyat berpeluang memberi sokongan kepada parti dimasa itu yang difikirkan lebih baik dan mampu memperkasakan rakyat dan negara.

Ertinya pertukaran kerajaan tidak memberi kesan kepada pertukaran kepimpinan negara daripada orang melayu kepada bangsa lain kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah berkenan perlantikan Perdana Menteri dan tentunya mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Dalam PRU13 adalah dipercayai ahli parlimen melayu akan menguasai parlimen malaysia. jadi tak ada sebab rakyat perlu takut untuk memberi sokongan kepada PR. Rakyat yang tahu akan kerakusan pemimpin BN dan sudah puas berada dibawah kerajaan BN maka bolehlah cuba untuk berada dibawah kerajaan PR.

Monday, January 21, 2013

Ustaz Mat Harun dan Lembu UMNO

Minggu mezairahi sahabat-sahabat yang cedera dan sakit serta pembedahan di Kota Bharu. Berbagai-bagai cerita menarik boleh didengar disebalik duka kesakitan yang sedang dihadapi oleh mereka-mereka yang sedang dirawat. Yang mati pun ramai sejak tahun 2013 bermula.

Saya sempat menzairahi sahabat lama dalam UMNO iaitu Ustaz Mat Harun Ab.Rahman, di kampung Tegayung, Aril, Melor. Ustaz Mat Harun adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh yang mana Tan Sri Anuar Musa adalah Ketua UMNO Bahagian manakala YB. Haji Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Kedua-dua orang pemimpin UMNO Bahagian Ketereh ini sedang giat menampilkan diri untuk dicalun sebagai calun  Parlimen Ketereh. Perlu diingat Parlimen Ketereh buat masa ini dipunyai oleh YB.Aziz Kadir dari parti Parti Keadilan Rakyat PKR yang mana pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 Tan Sri Anuar Musa di kalahkan.

Tahun 2004 kerusi Parlimen Ketereh adalah milik UMNO apabila Haji Alwi mengalahkan Ustaz Mohamed Mustapha penyandang pada tahun 1999. Ustaz Mohamed Mustapha berjaya mengalahkan Tan Sri Anuar Musa yang mana pada waktu itu Anuar Musa adalah seorang menteri. 

Rakyat Ketereh masih menunggu berita, siapakah UMNO akan memberi tanggongjawab bagi mengalahkan YB.Aziz Kadir pada pilihanraya yang ke 13 nanti kerana UMNO sedang membuat ramalan bahawa salah satu kerusi yang mereka akan menang adalah kerusi Parlimen Ketereh. Dan apabila saya turun kebawah minggu lalu adalah didapati UMNO masih mengigau di Ketereh.

Cita-cita dan kerja keras UMNO untuk merampas kerusi Parlimen Ketereh hanya sebagai 'gembar gembur' sahaja kerana rakyat Ketereh sudah tahu akan berlaku permainan wayang oleh tokoh-tokoh UMNO di Ketereh apabila bermulanya penamaan calun pilihanraya. Kedudukan YB.Aziz Kadir tidak tergugat.

Kedudukan politik Ketereh seperti 'paund sembeleh lembu' apabila sampai masanya ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada calun yang diangan-angan untuk bertanding tapi tidak dicalunkan oleh UMNO mereka akan bersedia untuk mengalahkan calun yang tidak disukainya ibarat lembu disembelah diatas paund.

Kisah lembu juga terjadi terhadap Ustaz Mat Harun yang mana beliau telah ditimpa 'kecelakaan' sebulan lalu apabila lembu yang dipelihiranya telah menjadi ganas dengan tiba-tiba dan 'merembah' beliau sehingga luka parah dipaha dan terpaksa dimasukkan ke wad di hospital HUSM.

Oleh kerana berita itu saya baru tahu, maka saya telah menzairahi beliau, walaupun kini kami berlainan parti tapi tidak menjejaskan persahabat kami yang begitu lama, beliau faham dan menerima kedatangan kami dengan sambutan yang mesra. Tapi saya boleh agak dalam banyak cerita kisah silam dan masa terkini ada kekecewaan terbayang diwajahnya apabila saya bertanya adakah Anuar Musa dan Haji Alwi hadir menzairahi beliau. Jawabnya ringkas, tak mari pun.

Sebelum balik saya bersama beliau dan rakan2 saya yang lain dibawa kekandang lembu untuk melihat dari dekat lembu yang ganas itu yang mana lembu itu saya namakan lembu UMNO kerana mangsanya adalah ahli jawatankuasa UMNO., dan saya sempat berselora, lembu yang tak kenal orang ini patut disembeleh sepertilah pemimpin yang tak peduli kepada anak buahnya patut disembeleh dalam pilihanraya ini. Kami ketawa beramai-ramai.

Thursday, January 17, 2013

Nikmati 2 zaman kerajaan.


Langkah demi langkah, detik perdetik.
 Setelah pusingan pertama ceramah diseluruh negeri Kelantan, kini akan bermula pusingan demam pilihanraya. Bermula awal Februari 2013, jadual ceramah dipadatkan dengan turun ke upu diseluruh negeri Kelantan.

Tumpuan menjurus ke kawasan yang dimiliki oleh UMNO, iaitu Parlimen Jeli dan Gua Musang yang dikatakan kawasan kebal buat UMNO seperti mencurah air didaun keladi. Tapi dalam politik semua boleh terjadi, hari ini biru, besuk kelabu dan akhirnya bertukar menjadi hijau.

Genarsi orang muda yang mempunyai semangat untuk merasai hidup dalam dua zaman kerajaan sudah tidak boleh disekat lagi, semangat yang berkobar-kobar untuk melihat sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan mereka bagi membalas budi kedua orang tua sedang resah bertanya, adakah pilihanraya ke 13 nanti kerana angka 13 dikatakan membawa sial.

Niat anak muda untuk mendapat sebuah kerajaan yang boleh membela nasib mereka sedang direncanakan oleh PR yang mana terbentuknya sebuah kerajaan baru yang dipimpin oleh PKR. PAS dan DAP. Mereka yang sebenarnya sudah merasai kehidupan dibawah kerajaan sekarang telah buat keputusan untuk mencuba sebuah kerajaan yang berlainan resepinya.

Mereka telah merasai janji-janji UMNO dan BN, kini mereka mahu pula merasai janji-janji yang ditaburkan oleh PR iaitu PKR, PAS dan DAP. Sesungguhnya pru13 adalah masa yang sesuai untuk anak-anak muda dan rakyat malaysia seluruhnya merasai nikmat yang akan disediakan oleh kerajaan baru. 

Melalui UMNO dan BN selama 55 tahun mereka telah merasai dan akan memberi peluang kepada sebuah kerajaan baru selama sekurang-kurangnya 55 tahun juga.

Bahagia rakyat Malaysia kerana dapat menikmati hidup didalam dua buah kerajaan dimasa usianya masih hidup.


Wednesday, January 16, 2013

KS Biwani lebih hebat daripada Nala & Gobala.

Rakyat keturunan India dikatakan tidak ramai menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat pada 12hb. Januari 2013 di Stadium Merdeka lalu, hanya masyarakat Melayu dan Cina membanjiri Stadium Merdeka dengan melaunkan 'Merdeka Rakyat' sebanyak 7 kali yang dketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Nampaknya pemain keturunan India menjadi fokas kepada isu nasional sehari dua ini dalam membidas isu politik tanahait. Isu Gobalakrisna keluar PKR menjadi ahli Parlimen bebas dan Isu Nalakurupan keluar PKR dan menubuh parti politik baru untuk kaum India serta menyerang peribadi Anwar Ibrahim telah menjadi sokongan kaum India terhadap PR menjadi 'senget' seketika.

Kini rakyat sedang menunggu pendedahan yang akan dibuat oleh seorang lelaki keturunan India iatu Deepak Jaikaishan terhadap keluarga Dato' Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan berbagai-bagai isu termasuk isu pembunuhan dan rasuah yang sentiasa hangat dibicarakan oleh seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Terbaru muncul pula seorang srikandi keturunan India yang bernama KS Bawani yang mencetuskan satu rekod baru dikalangan peminat facebook dan youtube setelah beliau dilihat boleh mencabar kewibawaan pengajur yang dibayar untuk mempertahanakan kerajaan BN.

Apakah dengan tersebarnya berita-berita yang dibawa oleh Deepak Jaikishan dan KS Bawani ini sokongan masyarakat kepada PR akan kembali pulih setelah terdingin seketika apabila masyarakat India dicurahkan dengan berbagai-bagai janji manis oleh kerajaan BN termasuklah mewarganegarakan kaum India yang tidak ada kad pengenalan.

Kehebatan KS Bawani bercakap benar dalam majlis yang dipenohi oleh pelajar yang diwartakan sebagai penyokong pertubohan  yang pro BN tersebut patut diberi sokongan yang padu oleh seluruh genarasi muda dan mahasiswa dinegara ini kerana keberanian seorang perempuan yang bercakap atas dasar kebenaran dan hak keadilan.

Apakah dengan adanya peristiwa yang terbatu ini, masyarakat India akan beralih pula memberi sokongan dan kembali bersama PR dalam PRU13, apakah masyakarat India melihat kepada janji yang belum tentu ditepati atau masyakarat India di Malaysia hari ini tidak seperti lembu yang boleh dicucuk hidung.


Apakah masyarakat India mempunyai moral yang rendah seperti yang ditunjukan oleh Nalakurupan dan N.Gobala atau mempunyai jiwa yang hebat seperti yang ditunjukan oleh KS Bawani.

Tuesday, January 15, 2013

Najib ajar Muhyuddin.

TURN. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara tidak langsung mengajar Tan Sri Muhyuddin Yassin supaya cakap beradap dan bersopan santum sesama melayu dan Islam apabila PM Najib melahirkan rasa hormat kepada Pakatan Rakyat diatas kejayaan mengadakan perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 dengan jayanya tanpa berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebelum daripada ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyuddin Yassin dengan menzahirkan moral beliau yang rendah telah melebalkan perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 sebagai Perhimpunan Shamsidar' kenyataan kebudak-budakan.

Beza diantara pemimpin UMNO itu sangat ketara dari segi sikap dan budi bahasa menjelang pilihanraya umum ke 13. Kenyataan yang dibuat oleh Muhyuddin agak merapu dan tidak senonoh manakala kenyataan PM Najib seperti persiapan bagi mengiktiraf PR akan dapat membentuk kerajaan selepas PRU nanti.

Serangan pihak pemimpin kerajaan terhadap PR telah berbeza oleh kerana edah pilihganraya semakin hampir, ada pemimpin yang sedang membeli insuran dan ada pemimpin persiapkan 'tali gantung politik' sedang mencanang berita-berita palsu dan fitnah bagi mengekalkan kuasa.

Tiap-tiap hari sokongan rakyat terhadap PR bertambah dan tiap-tiap detik pula kerajaan dihujani dengan berbagai bagai masaalah dan isu. Pemerhati politik sedang memerhati perkembangan yang sedang berlaku di 3buah negeri iaitu Sabah, Serawak dan Johor. Yang ketara sekali sedang berlaku di Sabah, setiap kali Dato' Seri Anwar Ibrahim turun disetiap program dibanjiri oleh rakyat yang mana tidak pernah berlaku sebelum daripada ini.

Keghirahan rakyat Sabah untuk meruntuhkan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO nampak jelas sekarang ini apabila setiap minggu ada saja tokoh-tokoh politik Sabah yang dulunya menyokong UMNO telah secara terbuka menentang UMNO dan menyokong PR.

Begitu juga berlaku di Johor sekarang ini sehingga MCA sanggup menyerahkan kerusi yang diperuntukkan kepadanya rela diserah kepada parti lain sekiranya parti tersebut boleh memberi jaminan kemenangan. Kerosakan sokongan rakyat Johor terhadap BN menyerlah apabila ramai tokoh-tokoh politik keturunan cina di Johor meninggalkan MCA dan menyertai PR. Manakala peneroka FELDA sedang berkira-kira untuk menjual saham yang semakin hari semakin susut dan boleh merugikan dan menjadi beban kepada generasi FELDA yang akan datang.


Riak-riak air yang kelihatan berkocak sudah mula membadai, hanya tunggu bila parlimen dibubar. kerana diwaktu itu, Tanah, Air, Api, Angin akan beradu dipersimpangan empat bercabang tiga. yang pasti tarikh lahir UMNO semua rakyat ketahui tapi tarikh mati saja yang belum pasti. Bilakah tarikh mati UMNO yang dilahirkan pada 11hb. Mei 1946.