Saturday, July 16, 2011

UMNO tumPAS kerana...


Kemana saja pergi, sama ada dihotel, kedai kopi, kopitiam, soalan yang selalu ditanya sekarang ini adalah berhubung bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan dan betulkan Rosmah Mansor isteri PM Najib beli cincin berharga 72 juta ringit.

Soalan yang payah untuk dijawab, kerana hanya Allah swt dan PM Najib saja yang tahu. Pilihanraya UMUM tetap akan diadakan setelah genap 5 tahun edah pilihanraya, yang pastinya paling lewat bulan April 2013.

Manakala cincin berlian yang dihebahkan oleh blog, portel berita, facebook dan twitter yang dikaitkan dengan nama Rosmah Mansor boleh jadi ada kebarangkalian cincin itu dibawa masuk ke malaysia kerana ada kertas kastam yang tentunya tidak boleh dipadamkan.

Soal milik siapakah cincin tersebut sudah tidak menjadi isu lagi kerana diatas kertas kastam itu tertulis nama Rosmah Mansor dan lapuran yang dibuat kepada SPRM bukan kerja suka-suka kerana lapuran itu ada risikonya sekiranya palsu.

Apabila Tun Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN menang besar pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerana Tun Abdullah dilihat bersih dan berimej ugama tapi setelah Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ianya dikaitkan dengan isu menantunya Khairy Jamaludin (KJ).

Yang membuat BN kalah lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). BN hilang negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Gelombang kekalahan tersebut kerana rakyat benci kepada KJ yang dikatakan mengambil kesempatan dari jawatan Perdana Menteri bapa mertuanya.

Sepatutnya apabila Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib maka pilihanraya UMUM ke 13 nanti BN akan beroleh menang besar dan kekuatan BN akan kembali kuat kepada asal. tapi nampaknya BN akan lebih lagi susah untuk menang, bahkan sudah nampak culanya BN akan tumbang dalam PRU 13.

Bukan rakyat benci pada PM Najib sangat, tapi orang sekeliling PM Najib yang membuat rakyat muak kepada BN dan UMNO, tambahan pula dengan isu isteri PM Najib yang boros berbelanja apabila keluar negara. Isu beg tangan yang harganya puluhan ribu ringgit, shopping berbakul-bakul dan terkini isu cincin berharga jutaan ringgut. Semuanya merosakkan PM Najib.

BN jatuh dizaman Tun Abdullah dikatakan kerana menantunya Khairy Jamaluddin (KJ), apakah BN akan tumbang dizaman PM Najib kelak kerana isteri barunya bernama Rosmah Mansor. Siapakah dikalangan pemimpin UMNO yang akan suka dan gembira sekiranya PM Najib jatuh dalam arena politik hari ini. Saya tahu orangnya.

No comments: