Tangguh lagi. Itulah pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berhubung proses Pemutihan Program Penyelesai Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing tanpa izin (6P) sehingga April 2012.
Betul juga tu, kerja untuk menentukan keselamatan negara bukan boleh buat main-main, biar lambat asal selamat. Tangguhlah seberapa lama pun rakyat tak marah, asalkan negara tidak diancam oleh pendatang tanpa izin.
Persoalannya, adakah tangguh itu kerana tidak cukup alat persedian untuk menguruskan pendaftaran pekerja asing tanpa izin, kerana semasa nak buat 6P dulu macam-macam syarat dikenakan, dan berpuloh syarikat dilantik untuk mengutip wang dari pekerja asing yang boleh dikatakan kaya mendadak.
Syarikat yang dibenarkan mengurus pula adalah dikalangan kroni menteri, sehingga ada syrikat yang tak cukup syarat pun diberi kelulusan. tak apalah kerana urusan pendaftaran pekerja asing tanpa izin itu mudah, bukan perlu pun kepada kemahiran atau pengalaman. Yang mana menteri teringin nak tolong dapat lah perlantikan. Itu rezeki mereka.
Tangguh sehingga bulan April 2012 itu, adakah berhubung kait dengan tarikh Pilihanraya UMUM, adakah perkara tersirat sedang diatur yang ada hubung kait apa yang diwar-warkan oleh parti pembangkang bahawa terdapat warga asing yang boleh mengundi?. Saja-saja tanya, puas dok saja.
Atau sekiranya PM Najib tak bubar parlimen pada atau sebelum April 2012, maka pihak Kementerian Dalam Negeri (KDA) akan istihar Pemutihan 6P akan dilanjutkan lagi dan berbagai-bagai alasan akan diberi yang akan nampak ketidak kecapan pihak kerajaan mengurus sistem yang sendiri rancang tapi sendiri tak boleh laksanakan.
Yang pasti akan berlaku KETIRISAN diperairan sempadan dengan kemasukan pendatang tanpa izin berterusan yang tentunya membebankan negara dan rakyat kerana terlalu ramai pendatang tanpa izin berkeliaran didalam negara.
Sekarang pun flat-falt murah dan sekitar penempatan setingga telah dipenuhi oleh warga asing tanpa izin yang tidak ada dekuman sah ataupun pasport yang visanya telah mati, tapi hidup bebas lebih pada hidup dinegara sendiri. Tambah pula ada 'pelindung' yang terdiri daripada kumpulan yang menyokong kerajaan.
Pihak pembesar negara asyik bercakap, meeting selepas subuh, tapi rakyat semakin hari semakin tertekan dengan gelagat pendatang tanpa izin yang tak segan silu melolong dan melalak serta melakukan perkara yang bertentangan dengan budaya orang Malaysia.
Hari2 dalam TV atau Akhbar, orang asing dicekup dan ditangkap, di rumah pelacuran, karoaka dan yang paling takut melihat gelagak' Gagak Hitam' seperti bermaharajlela melakukan kegiatan jenayah dan memperalatkan rakyat Malaysia untuk mereka hidup mewah.
Tahukah Hishamuddin Husen, Menteri Dalam Negeri akibat kerajaan memperkenal sistem 6P, ada syarkat bumiputra terpaksa gulung tikar kerana pekerja lari disebabkan mudah untuk tukar majikan dan sektor pekerja. Sistem 6P memberi kekayaan kepada kroni yang tidak pernah berniaga tapi membangkrapkan syarikat melayu yang telah berkecimpung dalam urusan out sourcing.
sekiranya 200 orang sehari pendatang masuk secara haram, bermakna kita kena teriam lebih kurang 1200 orang pendatang tanpa izin sehingga Apri 2012.
No comments:
Post a Comment