Wednesday, July 11, 2012

Apabila keputusan hakim tidak nampak adil?


Saranan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, supaya rakyat memahami tugas dan tanggongjawab peranan hakim di Malaysia ini amat-amat dialu-alukan. "BOLEH KRITIK, TAPI BUKAN MENGHINA. pesanan yang sangat-sangat diminta supaya mengerti.

Memang tugas dan amanah para hakim teramat berat, keputusan kadang-kadang meranakan manusia, jadi adalah amat tepat permintaan Ketua Hakim Negara supaya sesiapa saja boleh mengkritik badan kehakiman tapi biarlah berasas dan bukan dengan niat menghina.

Walaupun ada peruntukan undang-undang bagi mempertahankan mahkamah tapi dengan ujudnya media baru tanpa sempadan, banyak kita dapati medan tersebut digunakan oleh mereka yang tidak berani untuk menghina badan kehakiman.

Persoalannya bagaimana dan isu berbentuk apa yang boleh dianggap menghina, apakah menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesautu keputusan yang telah dibuat oleh hakim boleh dianggap menghina. Sebagai caontoh, rakyat biasa yang dituduh menerima rasuah RM200.00 telah didapati bersalah dijatuhkan hukuman 1 tahun penjara manakala bekas pembesar pula didapati bersalah kerana melakukan rasuah berjuta-juta juga dihukum selama 1 tahun juga. Apakah isu itu dianggap menghina atau mengkritik.

Dan apabila sesautu kritikan itu tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan, maka orang ramai akan bercakap, setelah medan percakapan dibuka dikedai-kedai kopi tentulah ada perkataan yang tak puas hati terhadap badan kehakiman diperkatakan terutama kepada mereka yang pernah didapati bersalah oleh mahkamah.

Satu perkara yang harus diperbetulkan, apabila para hakim hanya dibenarkan terbang dengan ekonomi class, apakah ini bukan satu penghinaan terhadap hakim-hakim, apakah kerajaan sudah tidak ada wang untuk menanggong perbelanjaan perjalanan para hakim. Hakim harus dimartabatkan, bukan dibuat basahan.

Oleh itu pihak kerajaan juga harus kembalikan maruah badan kehakiman supaya rakyat penuh yakin kepada setiap keputusan yang dibuat oleh hakim, seperti dulu-dulu para hakim dihormati oleh masyarakat kerana keputusan yang dibuat oleh para hakim nampak adil walaupun kadang-kadang tidak berlaku adil.




No comments: