Tuesday, November 3, 2009

Sokong Kerajaan Perpaduan.

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersuara bersetuju sebuah Kerajaan Perpaduan dengan Kerjasama PAS dapat diujudkan bukan kerana kepentingan politik tapi memenohi tuntutan Agama. Jelas UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak bersikap mementingkan diri dan sanggup berkongsi kuasa untuk pengukuhan Agama.

Semangat yang ditunjukkan oleh YAB Dato' Mohd Najib itu hendaklah disokong oleh semua rakyat Malaysia yang bergelar Melayu dan beragama Islam terutamanya kepada pemimpin parti politik Melayu tak kira dari PAS ataupun Keadilan, kerana peluang ini tidak selalunya datang apatah lagi untuk mengagihkan kuasa.

Sudah tentu sekiranya PAS atau pun Keadilan sanggup menerima tawaran yang dihulurkan oleh Dato' Seri Mohd Najib untuk membentuk Kerajaan Perpaduan pastinya satu atau dua kerusi untuk jawatan Menteri akan diberi kepada orang yang akan mewakili parti PAS atau Keadilan.

Apabila Kerajaan Perpaduan terbentuk maka kuasa melayu akan terus kukuh untuk mentadbirkan Kerajaan dan rakyat akan mendapat keuntungan dan keistimewaan kerana percangahan dikalangan pemimpin politik melayu akan terhapus. Negara Malaysia akan terus aman dan makmur dan rakyat akan hidup dalam rukun dan damai. Inilah kehebatan gaya kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib sekiranya impian dan cita-cita beliau menjadi kenyataan.

Yang jelas Dato' Mohd Najib ada keyakinan untuk membina sebuah Kerajaan yang kukuh dan gagah serta jujur untuk melihat perpaduan melayu menjadi kenyataan yang mana apabila melayu bersatu maka perpaduan kaum juga akan terus utuh bagi membina sebuah negara yang dikenali sebagai 1Malaysia.

Tinggal lagi sejauh mana sambutan lirik yang dicipta oleh Dato' Seri Mohd Najib itu dapat dinyanyikan oleh pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang serta pemimpin Keadilan Anwar Ibrahim yang juga diketegorikan sebagai pemimpim Islam. Apakah mereka itu pemimpin pembangkang ada cita-cita yang sama dengan Dato' Seri Mohd Najib untuk melihat rakyat Malaysia bersatu dan berpadu demi Agama dan Negara.

Sekiranya seruan Dato' Seri Mohd Najib itu tidak disambut dan mendapat reaksi dingin oleh pemimpin melayu dari parti pembangkang, itu bermakna nasib orang melayu di Malaysia ini masih ditahap yang sama, masih memerlukan subsidi untuk terus hidup, masih tidak dapat mendabik dada dengan gah ditanahair sendiri kerana kuasa ekonomi masih dibelit oleh bangsa yang bukan namanya melayu.

Apa pun adalah diharapkan, Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib itu hendaklah disokong oleh seluruh rakyat jelata, kerana dengan cara itulah kuasa melayu akan dapat dipertahankan dibumi Malaysia ini, tidak ada cara lain lagi dimusim hadapan untuk membenarkan kata-kata laksamana Hang Tuah bahawa Melayu tak akan hilang didunia, tapi sekiranya saranan dan cetusan yang dibuat oleh Dato' Seri Mohd Najib itu tidak dapat diamalkan percayalah hanya nama Melayu saja yang tidak hilang didunia tapi kuasanya akan ditelan zaman.

Melayu akan menangis dibumi sendiri setelah jari-jari pemimpin melayu hanya satu yang menunding kedepan dan empat lagi menunding ke diri sendiri. Malayu akan terbakar dan dibakar. Menangis tidak berguna lagi.

No comments: