Sunday, June 3, 2012

Nik Abduh patut diberi peluang bertanding PRU13.


Sudah menjadi kebiasaan dalam politik Malaysia anak-anak pemimpin politik turut dicalunkan bertanding dalam pilihanraya umum, sama ada semasa berkuasa atau pun selepas berkuasa terutamanya apabila anak-anak itu terlibat secara aktif dalam parti yang diketuai oleh orang tuanya.

PM Najib adalah anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO Begitu juga Dato' Hishamuddin Tun Husein Onn, Dato' Mukhris Mahathir, Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Mazlan Harun anak kepada bekas Menteri Besar Selangor telah di beri peluang dan menang dalam pilihanraya dan ramai lagi, begitu juga dari parti DAP dan PKR.

Tidak menjadi isu dan satu kelainan sekiranya PAS juga pada PRU13 ini memberi laluan kepada Nik Abduh Nik Aziz, iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bertanding sekiranya dilihat kepada kemampuan beliau sama-sama memimpin Pemuda PAS kearah mejatuhkan Kerajaan BN dalam PRU13 nanti.

Jangan kerana beliau adalah anak Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menjadi penghalang untuk diberi laluan kepada beliau bertanding dalam PRU13. Anak muda yang ada kebolehan dan krisma sepatutnya diberi peluang dan ruang bagi mengasah bakat untuk PAS melahirkan pemimpin pelapis dimasa akan datang.

Sekiranya ada dikalangan pemerhati politik PAS bimbang sekiranya Nik Abduh diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri akan mejadi isu bahawa PAS pun sebagai sebuah parti anak-beranak, bolehlah buat pertama kalinya Nik Abduh diberi tempat bertanding di kerusi Parlimen kerana rakyat kelantan kini masih memerlukan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

No comments: