Saturday, June 4, 2016

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Rakyat sedang menanti dan ingin melihat akan kesudahan episod dukalara Parti Keadilan Rakyat PKR yang masih sayang kepada PAS melalui PR dan juga sayang kepada ANANAH dan DAP melalui PH.

PKR tidak meletakan calun kerana kecewa dengan PAS yang beriya benar untuk berlawan dalam PRK tersebut sedangkan PKR ada percaturan untuk melihat pilihanraya tersebut akan berlaku satu lawan satu diantara PR/PH lawan BN.

Kini PAS dan AMANAH serta BN telah pun istihar calun masing masing. Untuk mengupas kemelut PRK ini tunggu setelah tahu siapa calun dan parti mana yang pasti bertanding.

Thursday, January 30, 2014

Tengku Razaleigh ganti Dato' Pa.?

Dibawah kepimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Kerajaan PAS ditumbang oleh UMNO. Selepas daripada itu apabila PAS ambil pemerintahan tidak ada siapa dikalangan pemimpin UMNO dapat tumbangkan PAS.

Semasa Tun Mahathir Mohamed jadi Pengerusi UMNO Kelantan pun PAS tak boleh ditumbangkan, apatah lagi semasa Anuar Musa jadi Pengerusi kekalahan UMNO semakin teruk. PAS hampir hampir tumbang semasa Dato' Pa jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Permaianan dan penyakit biasa dalam UMNO Kelantan ialah tak boleh lihat seseorang pemimpin itu baik dan terserlah prestasinya, perasaan dengki pun mula membara didada, itulah yang selalu terjadi dalam UMNO Kelantan sejak dulu dan terbaru kini. Kebolehan Dato' Pa mula dipertikaikan, hasutan mula dijaja diperingkat ahli-ahli terutamanya dikawasan Parlimen Ketereh, isunya Dato' Pa bukan jadi Pengerusi UMNO Negeri tapi menjadi Pengerusi UMNO Jeli.

Story lama dicanang, kerana tak ada isu lain yang boleh memadamkan pengaruh Dato' Pa di dalam UMNO Kelantan, kekuatan Dato' Pa bekerja dan melayan ahli UMNO tak boleh dibanding dengan Ketua UMNO Negeri yang terdahulu darinya. Maka Dato' Pa perlu disingkirkan dengan alasan Dato' Pa sibuk untuk mengurus negara dan sibut di Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Antara nama yang disebut-sebut yang boleh ambil alih tempat Dato' Pa adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Li telah terbukti boleh mengalahkan PAS di Kelantan lagi pun pengaruh Tengku Razaleigh bukan saja kuat di Kelantan bahkan masih kuat di seluruh negeri disemenanjung dan  termasuk Sabah serta Serawak. Usaha pun baru bermula.

Yang paling suka sekarang ini adalah PAS kerana kemelut dalam PAS tak ada tempat dihati pemimpin UMNO. Iulah yang menjadi senjata dan kekuatan kepada PAS kerana UMNO mempunyai penyakit yang tak boleh disembuhkan.

Tengku Razaleigh dikatakan akan dapat menyatukan ahli-ahli UMNO dan rakyat yang dulunya menyokong PR kembali menyokong UMNO dalam PRU14 nanti, tapi desas desus sekarang bukan PRU 14, ianya akan berkisar sebelum PRU apabila ahli UMNO sudah siapsiaga untuk menukar Perdana Menteri Najib.

PM Najib sekarang ini dilihat lemah, seperti komen Tun Mahathir cara Najib lebih lemah daripada Pak Lah, ertinya Najib pun harus berhenti sebagai Perdana Menteri seperti juga Pak Lah atas kehendak Tun Mahathir. Ini dapat dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku dimutakhir kini.

Komen Tun Mahathir terhadap Najib adalah salah satu dan lagi apabila YBM Tengku Razaleigh disediakan pentas oleh PERKASA Malaysia yang mana Tengku Razaleigh dijemput merasmikan mesyuarat agung PERKASA berikutnya pula kenyataan panas yang terbuka oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi supaya Perdana Menteri Najib letak jawatan

Apakah nanti Pilihanraya Kecil DUN Kajang petanda akan berlaku transformasi dalam UMNO dari atas kebawah?. Sejak awal-awal lagi PAS telah diberi kemenangan dan akan disusuli oleh PR. Kalaulah ini terjadi.






Monday, January 27, 2014

Isu Kalimah Allah, Orang Asli dan ISA.

 sekira ISA masih ujud
mereka yang tak puasa hati isu kalimah Allah
boleh diamankan di kemunting.

Dah lama isu kalimah Allah diperdebatkan, sehingga melibatkan mahkamah dan sultan serta agong. Berapa ramai penganut ugama kristian di Malaysia kalau hendak dibanding dengan penganut ugama lain seperti Buddha dan Hindu, sekiranya mahu dibanding dengan penganut ugama Islam. Tentunya penganut ugama Islam lebih ramai dan lebih hebat.

Tindakan yang betul telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan ugama dinegara ini. Kerajaan hendaklah cepat-cepat menyambutnya tanpa mengambil kira fahaman politik kerana agak sukar sebelum daripada ini untuk duduk semeja dikalangan pemimpin politik.

Akhir-akhir ini nampaknya ada usaha oleh mereka-mereka yang ketandusan pemikiran yang cuba mahu mencari publisiti murahan dengan mengaitkan isu kalimah Allah dengan peristiwa 13 mei. sedangkan isu tersebut tidak ada kena mengena dengan perbalahan kaum. Kalau saya ada kuasa, orang yang mencetuskan isu 13 mei akan didakwa dan dihukum.

Sebelum terjadi perbalahan yang lebih besar dikalangan penyokong politik, apabila isu kalimah Allah sedang dijaja oleh ahli-ahli parti politik, kemunculan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP & PKR mengajak pemimpin Kerajaan berusaha untuk melihat isu tersebut secara serius kerana bimbang ianya boleh menjejas perpaduan kaum. Perlu disambut baik dan disokong oleh semua golongan rakyat.

Ternyata disini Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih memberi keutamaan kepada kedamaian dan ketenteraman kepada rakyat dan negara. Tawaran untuk  'pelan damai' dibuat diwaktu negara memerlukan seorang tokoh yang berani menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku ekoran ada pihak yang tidak mematuhi keputusan mahkamah dan tidak menjunjung titah sultan dan agong.
Pihak yang ada kuasa seperti Majlis Ugama Islam, sama ada diperingkat pusat atau negeri nampaknya telah gagal menjalankan tugas sehingga ada penganut agama lain dengan cara agrasifnya boleh melakukan apa saja sehingga seakan-akan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoniyang boleh mencetuskan kearah kehancuran perpaduan kaum disebabkan perbedazaan pendapat pengunaan nama Allah.

Sebenrnya penganut agama (rakyat) yang berada di Malaysia sebelum ini tidak ada masaalah diantara satu sama lain tetapi disebabkan akta ISA dimansuhkan ada suara-suara sumbang yang mempersendakan mahkamah, sultan dan agong yang dikesan dan dengan sendiri menampakkan mempersendakan undang-undang negara.

Sekiranya akta ISA masih ujud, saya yakin dan percaya isu kalimah Allah tidak akan berpanjangan seperti hari ini kerana mereka yang masih mempertikaikan arahan mahkamah dan tidak akur dengan titah sultan dan agong bolehlah direhat di kem kemunting buat sementara waktu untuk mereka MUHASABAH DIRI dengan aman.

Yang malangnya badan-badan ugama Islam sebelum daripada ini gagal menjalankan dakwah terhadap bangsa dan ugama lain. Contohnya bagaimana orang-orang asli di Malaysia ada yang tidak berugama Islam walhal orang asli adalah dalam kawalan kerajaan dan badan dakwah dibawah kerajaan pusat dan negeri mempunyai cukup kepakaran untuk berdakwah mengislamkan mereka itu.

Apabila ada ugama lain yang berjaya membawa orang asli menganut bukan ugama Islam kita orang Islam tidak sedikitpun merasa irihati, bahkan seperti tidak ada usaha dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau ada pun secara ala kadar. Betul dalam Islam tak ada paksaan, tapi sekira cara berdakwah dilakukan dengan bersunggug-sungguh tentunya boleh mendatangkan hasil yang baik.

Persoalannya, kenapa ugama lain disukai oleh orang asli?.

Sunday, January 26, 2014

Majlis merisik.

Hajjah Rieni Fahada Natasha

 

Thursday, January 23, 2014

Kenapa disebut negara SABAH.?

Membaca posting sahabat saya Sdr Musli Oli dalam fb.
 Musli Oli


Apakah RUKUN NEGARA gagal di SABAH

Anthony Tibok: Patutlah Tuan Mohamad Hatta Abdullah ahkirnya pulang juga ke Malaya, walaupun lama di negara Sabah! Tidak dapat menyesuaikan dgn budaya dan cara hidup di sini kot?, lebih sesuai dan serasi dgn cara dan budaya hidup kampung halaman sendiri di Malaya!

Anthony Tibok


  1. "Knp saya tinggal lebih 30 tahun di Sabah? Di kampung, Kelantan ada tanah, rumah pesaka. Tapi suka hidup sini. Org tak gaduh pasal agama. Bangsa bebas bergaul dan boleh kawin. Belum ada org tempatan mengaku TUHAN mcm Tuhan Harun atau Ayah Pin. Saya kawan org Bajau, Dusun, Brunei, Cina, Irranun, perangai sama..very open minded dan tdk ada buruk sangka mcm di Semenanjung". Kata kawan lama, waktu sembang2 sebentar tadi.
    Like ·  · 
    • 34 people like this.
    • Nurfalyzah Abdullah itu la keunikan d pepol Sabah negeri d bawah bayu ... humble ... lebih mementingkan perpaduan dan kemasyarakatan ... hormat menghormati dan tolong menolong adalah amalan sejak dulu ... ngheee ...i lv SABAH...!
      4 hours ago · Edited · Like · 2
    • Mohamed Hatta Abdullah Biasa lah tu di mana2 pun sama jer 'luar lian di hati lain'mcm orng dok kata 'tidur stu katil tpi mimpi berlainan'huhu!!!.
    • Musli Oli Hatta tinggal Sabah lebih 20 tahun tapi dia tdk tahu buat perbezaan..nak kata apa.
    • Mohamed Hatta Abdullah Hehehe mna boleh xtahu!!!!saya ada di sana zaman Tun Datu Mustapha lagi. . . zaman Tun Fuad Stephens. . . zaman Tan sri Harris Salleh,Musli masih di 'Primary schoo 'huhuhu!
    • Musli Oli Kalau tahu...takkan kata mana2 pun sama..itu ayat org tdk pernah tinggal di Sabah!
    • Mohamed Hatta Abdullah Sebenar nya di Semenjung pun sama gak mcm di Sabah & Sarawak masa dulu2. . .Guru2 sekolah saya pun tidak ada Melayu,kecuali yng mengajar 'Bahasa Melayu'lain nya India,Cina & Punjabi!!!semenjak ada nya DAP & kemudian PKR. . .baru lah jdi 'huru-hara'. . .di Technical Institute tempat saya belajar dulu ada seramai 300 penuntut "cina"100 "melayu" & 100 "india"kami semua tinggal di asrama yng sama. . .mandi sama mkn pun sama. . .tidur sahaja berlainan 'katil'. . .kalau dah satu 'katil'jdi lah mcm kawan politik kita tu!!!huhuhu. . .semasa di Sabah pulak. . .ada saorng calon dari Tuaran arwah M.A.Rahman yng mahu bertanding di Tanjung Aru,Kota Kinabalu,apa orng Tanjuna Aru kata:'mana bolih bah dia kan orng 'luar'tanya itu si Rahman Bidin yng msih hidup kalau saya cerita 'dongeng'beliau kan orng 'Tanjung Aru'!!!. . .semasa saya bertanding di Sembulan pulak. . . semua orng kata saya 'orang Malaya'huhuhu. . .nak berhujah mesti ada 'faktor'serta 'pengalaman'yng amat luas. . . yng tidak di ajar di mana2 "Universiti"pun di seluruh Dunia ini walaupun di "Oxford"di tempat Khairy Jamalluddin belajar,Menteri Belia & Sukan kita sekarang nie!!!.
      3 hours ago · Like · 2
    • Musli Oli Bohongi diri ni salah satu cabang penyakit juga ni bang Hatta...tak pasti klu tergolong dalam mental defeciency..
    • Mohamed Hatta Abdullah Di 'face book'nie susah nak membohongi sesiapa!!!,jika ada beberapa kawan lama yng menjadi 'friend' serta mengikuti kata2 kita seharian. . .Tuan Hj Ibrahim Abd Latiff sesama saya semasa di Primary School di Johor Bahru. . . Tuan Hj Abd Latiff Mohamad bersama saya di Technical Institute,Jalan Maxwell,Kuala Lumpur,begitu juga Tuan Haji Wan Mokhtar,Saudara Shahril Hassan (room-mate)saya semasa di ITM,Dato Kamarul Bahrin Abas(ahli Parlimen Teluk Kemang)& juga orng kuat PKR juga kawan rapat saya & tinggal di asrama yng sama di Petaling Garden. . .saya adalah Presiden pertama 'Kesuma'ITM & Basar Juraimi adalah Persiden kedua. . .bukan boleh main 'kelentong2'mcm si Anwar Ibrahim yng kata ada 'tangan ghaib'dari Umno yng menghalang dia masuk ke Negara Jepun!!!!.Nampak nya ramai juga bekas ahli2 Umno yng termakan 'hasutan'dri orang yng bernama 'Anwar Ibrahim'ini!!!huhuhu!!!!!.
      3 hours ago · Like · 1
    • Farahaneesz Farhana Musli Oli agree .... 100% 
      2 hours ago · Like · 2
    • Musli Oli Ke politik pulak Hatta ni. Alahai...
    • Maljan Sogon Betul2 org sabah terbaik dlm semua hal...nak ulas lebih tak cukup masa.
    • Roslan Mayahman Bicara soal agama Dan keharmonian di sabah ..di Sabah suku kaum bersatu padu soal penggunaan nama Allah s.w.t sesiapa pun boleh menngunakan.. Yg peliknya di Malaya tak boleh gunakan bagi yg bukan Islam..tapi d Sabah boleh di gunakan....persoalan nya apa perbezaan Sabah Dan Malaya..?
    • Ejul Sam Kubur org islam pun bersebelahan (berjiran) org2 bukan islam.
    • Roslan Mayahman Itu tanda nya di Sabah hidup harmoni dan 1 Sabah dari dulu hingga skrg...
    • Nixon Hj Habi Bezanya sdra Roslan, Sabah sejarahnya lain, Malaya pun lain. Hanya digabungkan pd 1963. Macam orang kahwin juga agaknya, kalau sudah tidak serasi dan sehaluan, cerai saja. Buat apa bergabung dengan yang banyak masalah. Ada yang tidak mahu orang lain guna perkataan tertentu, tapi mahu ambil harta orang lain. Against law of nature.
      55 minutes ago · Like · 3
    • Anthony Tibok Patutlah Tuan Mohamad Hatta Abdullah ahkirnya pulang juga ke Malaya, walaupun lama di negara Sabah! Tidak dapat menyesuaikan diri dgn budaya dan cara hidup di sini kot?, lebih sesuai dan serasi dgn cara dan budaya hidup kampung halaman sendiri di Malaya!
      31 minutes ago · Edited · Like · 4