Thursday, January 30, 2014

Tengku Razaleigh ganti Dato' Pa.?

Dibawah kepimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Kerajaan PAS ditumbang oleh UMNO. Selepas daripada itu apabila PAS ambil pemerintahan tidak ada siapa dikalangan pemimpin UMNO dapat tumbangkan PAS.

Semasa Tun Mahathir Mohamed jadi Pengerusi UMNO Kelantan pun PAS tak boleh ditumbangkan, apatah lagi semasa Anuar Musa jadi Pengerusi kekalahan UMNO semakin teruk. PAS hampir hampir tumbang semasa Dato' Pa jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Permaianan dan penyakit biasa dalam UMNO Kelantan ialah tak boleh lihat seseorang pemimpin itu baik dan terserlah prestasinya, perasaan dengki pun mula membara didada, itulah yang selalu terjadi dalam UMNO Kelantan sejak dulu dan terbaru kini. Kebolehan Dato' Pa mula dipertikaikan, hasutan mula dijaja diperingkat ahli-ahli terutamanya dikawasan Parlimen Ketereh, isunya Dato' Pa bukan jadi Pengerusi UMNO Negeri tapi menjadi Pengerusi UMNO Jeli.

Story lama dicanang, kerana tak ada isu lain yang boleh memadamkan pengaruh Dato' Pa di dalam UMNO Kelantan, kekuatan Dato' Pa bekerja dan melayan ahli UMNO tak boleh dibanding dengan Ketua UMNO Negeri yang terdahulu darinya. Maka Dato' Pa perlu disingkirkan dengan alasan Dato' Pa sibuk untuk mengurus negara dan sibut di Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Antara nama yang disebut-sebut yang boleh ambil alih tempat Dato' Pa adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Li telah terbukti boleh mengalahkan PAS di Kelantan lagi pun pengaruh Tengku Razaleigh bukan saja kuat di Kelantan bahkan masih kuat di seluruh negeri disemenanjung dan  termasuk Sabah serta Serawak. Usaha pun baru bermula.

Yang paling suka sekarang ini adalah PAS kerana kemelut dalam PAS tak ada tempat dihati pemimpin UMNO. Iulah yang menjadi senjata dan kekuatan kepada PAS kerana UMNO mempunyai penyakit yang tak boleh disembuhkan.

Tengku Razaleigh dikatakan akan dapat menyatukan ahli-ahli UMNO dan rakyat yang dulunya menyokong PR kembali menyokong UMNO dalam PRU14 nanti, tapi desas desus sekarang bukan PRU 14, ianya akan berkisar sebelum PRU apabila ahli UMNO sudah siapsiaga untuk menukar Perdana Menteri Najib.

PM Najib sekarang ini dilihat lemah, seperti komen Tun Mahathir cara Najib lebih lemah daripada Pak Lah, ertinya Najib pun harus berhenti sebagai Perdana Menteri seperti juga Pak Lah atas kehendak Tun Mahathir. Ini dapat dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku dimutakhir kini.

Komen Tun Mahathir terhadap Najib adalah salah satu dan lagi apabila YBM Tengku Razaleigh disediakan pentas oleh PERKASA Malaysia yang mana Tengku Razaleigh dijemput merasmikan mesyuarat agung PERKASA berikutnya pula kenyataan panas yang terbuka oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi supaya Perdana Menteri Najib letak jawatan

Apakah nanti Pilihanraya Kecil DUN Kajang petanda akan berlaku transformasi dalam UMNO dari atas kebawah?. Sejak awal-awal lagi PAS telah diberi kemenangan dan akan disusuli oleh PR. Kalaulah ini terjadi.






No comments: