Thursday, September 3, 2009

Permudahkan Dasar kemasukan pekerja asing.

Malaysia ketandusan pekerja walaupun ramai rakyatnya menganggur. Bekerja sebagai pembantu rumah dipandang rendah oleh rakyat negara ini begitu juga dengan gaji agak kecil kalau dibanding dengan kerja lain, maka tidak ada rakyat malaysia yang hendak menjadi orang gaji dan ini menimbulkan masaalah kepada majikan yang memerlukan pembantu untuk urusan rumah dan menjaga anak-anak. Terutamanya dikalangan mereka yang berpendapatan lumayan.

Biasanya rakyat Indonesia yang mahu datang untuk memberi perkhidmatan sebagai pembantu rumah, tapi baru-baru ini Pemerintah Indonesia membekukan rakyatnya datang bekerja di Malaysia kerana berlaku sedikit penderaan terhadap pembantu rumah oleh Majikan yang hilang ingatan dan tidak berperi kemanusiaan. Maka diadakan berbagai-bagai syarat untuk membolehkan rakyat Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah disini sehingga memaksa diadakan mesyuarat diantara kerajaan dengan kerajaan.

Lain pula dengan pekerja sebagai boroh asing, walaupun terdapat banyak kilang-kilang ataupun majikan memerlu tenaga kerja boroh asing bagi mempastikan pengeluaran dapat dihasilkan mengikut jadual tapi kerajaan sengaja mengetatkan syarat dan mengharamkan pekerja dari sesetengah negara datang berkerja di Malaysia.

Dasar kemasukan pekerja asing sebagai boroh berubah-ubah, lain Menteri lain cara dan keadehnya sehingga kadang-kadang keputusan yang dibuat ternampak zalim kepada orang yang mahu datang bekerja di Malaysia terutamanya warganegara Bangledesh. Asas kemanusia tidak dipertimbangkan, alasan mendatangkan penyakit sosial diwar-warkan sedangkan ada rakyat negara lain yang lebih teruk perangainya dijadikan negara sumber.

Begitulah resam yang terjadi sekarang ini, Kementerian Sumber Manusia mahu polisinya dipatuhi walaupun kadang-kadang polisi itu boleh menjejaskan kerancakan ekonomi negara, banyak pengeluaran tergendala kerana majikan tidak cukup pekerja yang tentunya mengecewakan pengusaha tambah-tambah lagi pengusaha dari luar negara yang datang untuk merangsangkan ekonomi negara.

Begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa asyik tidak berkenan dengan kemasukan pekerja asing walhal kerajaan tahu bahawa tenaga boroh masih berkurangan di negara ini walaupun ramai rakyat yang menganggur. Ini terjadi kerana rakyat kita memilih pekerjaan dan menghitung pendapatan. Adalah lebih baik Kerajaan membukakan pintu kemasukan pekerja asing tapi mesti dikemas kini cara kemasukan mereka itu, tidak hanya memberi kelulusan sesuka hati seperti yang dilakukan Menteri yang terdahulu itu. (Bukan Syed Hamid Albar). Walaupun tak ada kilang tapi kelulusan diberi. contohnya.

Dasar kemasukan pekerja sebagai pembantu rumah hendaklah dipermudahkan, Rakyat Indonesia boleh datang minta permit kerja di Malaysia tak usah ada agen dan orang tengah, ada majikan dah cukup sebagai syarat untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Senang dan ringkas dan boleh mengatasi masaalah kekurangan pembantu rumah. Rakyat malaysia suka hati dan pekerja Indonesia juga suka hati. suka sama suka. Beres.

No comments: