Monday, September 7, 2009

Amah Indonesia, kemasukan tanpa syarat?

Pihak Indonesia mahu rakyatnya yang datang bekerja sebagai Amah di Malaysia dibayar gaji minima sebanyak RM800 sebulan, itulah diantara beberapa syarat yang dituntut bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil Amah Indonesia untuk bekerja di Malaysia. Kerajaan Malaysia kerana menghormati Indonesia telah menghantar beberapa orang Pegawai Tinggi dari Kementerian Dalam Negeri ke Jakarta bagi merunding perkara tersebut.

Kenapa ada syarat bagi membolehkan rakyat Indonesia datang bekerja di Malaysia, sedangkan kita mahu memberi razeki kepada rakyat serumpun bagi memperolehi pendapatan untuk membaiki nasib mereka yang berpendapatan tidak menentu di negara mereka. Biarlah mereka yang mahu datang bekerja membuat pilihan sendiri, sekiranya mereka suka datang bekerja sebagai Amah di Malaysia biarlah mereka itu memutuskan sendiri berapa gaji yang mereka mahu.

Kalau susah sangat, cukuplah Kerajaan Malaysia melayan kehendak mereka, sekiranya rakyat Indonesia tidak mahu datang bekerja di Malaysia, biarkan saja kerana masih ramai rakyat negera lain yang mahu datang bekerja di Malaysia tanpa syarat, bahkan mereka rela membayar levi dan tambang sendiri untuk datang bekerja disini. Apa sepcial sangat mereka itu sehingga kita terpaksa akur kehendak mereka.

Saya syorkan, supaya Kerajaan Malaysia melalui KDN yang bertanggongjawab mengeluarkan permit kepada pekerja asing pembantu rumah supaya permudahkan syarat dengan membenarkan rakyat Indonesia yang mahu datang bekerja sebagai Amah di Malaysia diberi kelulusan Khas setelah majikan mereka memohon kepada KDN semasa mereka sudah berada disini. Kepada mereka yang mahu bekerja bolehlah terlebih dahulu datang ke Malaysia dengan mengunakan pasport pelancong dan proses untuk mendapat permit kerja boleh dibuat disini.

Biar orang berkata, Kerajaan Malaysia mudah basa dan senang bekira dalam usaha untuk mempermudahkan rakyat Malaysia untuk mendapat pekerja Amah dari negara Indonesia dan kos perbelanjaan untuk mendapat pekerja Pembantu rumah tidaklah semahal seperti sekarang dan gaji boleh ditetapkan oleh majikan dan pekerja tersebut secara suka sama suka. Syarat yang patut diketatkan ialah hukuman terhadap majikan yang mendera dan memperalatkan tenaga manusia secara zalim, majikan yang mengambil kesempatan dengan kemudahan yang kerajaan beri hendaklah dihukum penjara mendotori dan sebat.

Yang nak bekerja dipersilakan datang, yang tak mahu dan bersyarat tak usah datang. Apa susah sangat Kerajaan kita terpaksa berbelanja untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi beruding hanya untuk memuaskan pihak tertentu yang sengaja mahu menyusahkan proses pengambilan pekerja Amah rakyat mereka. Kita alu-alukan sekiranya perundingan itu menjurus kepada bagi menjaga keselamatan pekerja supaya tidak dianaiya atau didera oleh majikan tapi tidak meletakan syarat yang tidak logik yang sengaja untuk membebankan rakyat kita.

Cukuplah berunding perkara yang tidak logik, yang menghabiskan masa dan perbelanjaan, lebih baik pegawai kita tumpukan kepada perkara yang lain yang lebih utama, banyak lagi perkara yang mustahak yang hendak dilaksanakan oleh pegawai kita. Jangan meletihkan pegawai kita dengan kerja-kerja yang tidak masuk akal.

Kaedah mempermudahkan untuk mendapat tenaga kerja sebagai Amah hendaklah disegerakan, bagi membantu rakyat kita supaya urusan rumahtangga tidak tergendala, itulah yang dikatakan 'Satu Malaysia, Rakyat diutamakan'.

No comments: