Saturday, December 3, 2011

UMNO hidup dengan slogan.

keluar UMNO, bukan dipecat.

Pengulungan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mahyuddin Yassin dalam Perhimpunan Agong UMNO yang ke 62 di Dewan Merdeka PWTC adalah amaran yang jelas kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya jangan mengambil mudah untuk menuju ke PUTRAJAYA.

Tidak pernah didengar sejak saya menjadi Perwakilan UMNO sebelum saya keluar dan menyertai PAS ada pemimpin tertinggi UMNO mengulas secara jelas wadah perjuangan parti UMNO iaitu, BERSATU, BERSETIA dan BERKHIDMAT yang menjadi pegangan kepada ahli-ahli parti yang mengerti erti perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Sekiranya 3.2 juta ahli UMNO betul-betul meghayati akan saranan dan arahan Mahyuddin Yassin itu dan dapat diterjemahkan pada PRU13 nanti, maka hasrat PR untuk mengambil alih PUTRAJAYA bukan senang dan mudah, banyak liku-liku dan halangan yang akan menanti didepan.

Saya tidak mahu mengulas slogan keramat UMNO itu kerana sekarang saya bukan ahli UMNO,tambahan pula saya adalah seorang yang diberi tempat oleh PAS dipentas ceramahnya untuk menerangkan kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO sekarang sudah tidak boleh diharap lagi untuk menerajui Kerajaan.

Saya ingin memperingatkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) bahawa ucapan Timbalan Presiden UMNO itu jangan diambil mudah, PR kena kaji dan buat persediaan balas untuk memberi gambaran bahawa jangan risau terhadap ucapan Mahyuddin Yassin itu kerana dalam UMNO sekarang sebenarnya tidak ada amalan 'bersatu,bersetia dan berkhidmat'. Itu jelas sekarang ini dan kerana itulah juga saya meninggalkan UMNO.

Yang jelas perhimpunan Agong UMNO tahun ini telah meletakkan UMNO dalam keadaan tidak stabil, banyak isu-isu tidak dijelaskan oleh pucuk pimpinan yang menyakinkan rakyat bahawa UMNO sedang berdepan dengan banyak masaalah, tapi pengalaman PM Najib dapat menutup isu tersebut buat sementara waktu.

Seperti biasa dalam perhimpunan, para perwakilan memuji pucuk pimpinan dan pucuk pimpinan memuji pemimpin, mereka gelak ketawa dan pulang dengan kosong. Ketua Bahagian masih berhati-hati terhadap Timbalan dan Timbalan mencari peluang untuk mempercepatkan proses mengambil alih jawatan Ketua Bahagian.

Retorik, Berjuang untuk kepentingan parti bukan untuk kepentingan diri bergema lagi, istilah itu akan lebih menyakinkan Ketua Bahagian untuk tidak bekerja bagi kekuatan parti kerana slogan itu boleh melelapkan ahli UMNO dari terus mempertikaikan ketidakjujuran pemimpin UMNO diperingkat Bahagian. Hasilnya PRU13 UMNO akan kalah lagi.

Akhirnya PRU13, PUTRAJAYA milik Pakatan Rakyat (PR).

No comments: