Thursday, April 26, 2012

Anak siapakah yang bakal, dilahirkan?


Belum pasti anak itu lelaki atau perempuan, tapi ibu yang sedang mengandungnya sudah membuat kata putus bahawa anak yang sedang dikandung kini sekiranya dilahirkan dan masih hidup, beliau mahu menyerahkan kepada sesiapa yang ingin menjaga dan membesar budak tersebut.

Itulah cerita yang diberitahu kepada saya semalam oleh seorang lelaki yang minta simpati kerana bakal ibu itu berada dalam keadaan tertekan dan berdukacita kerana lelaki yang bertanggongjawab terhadap sibakal ibu telah melarikan diri dan tidak mahu bertanggongjawab.

Kini budak perempuan yang masih belajar itu sedang mengandung lima bulan dan tidak pulang kerumah orang tuanya. Dia mahu kepastian bahawa anak yang dikandongnya akan ada tempat yang selamat kerana dia masih bercita-cita untuk meneruskaa pelajarannya.

Kepada sesiapa yang berhajat dan bermurah hati untuk menyelamatkan anak dalam kandungan selama 5 bulan ini adalah dialu-alukan, kerana anak dalam kandungan itu sememangnya tidak berdosa. Siapa lelaki yang tidak bertanggongjawab itu akan didedahkan sekiranya lelaki itu sehingga akhirnya tidak mahu bertanggongjawab.

UTTV akan berperanan untuk mencari jalan supaya kisah ini akan berakhir dengan baik.


No comments: