Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh, "Sayang Bertompok, Benci Merata" .


"durian runtuh akan meruntuhkan sebuah kerajaan"

Hari ini (8.5.2012) Pedana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah dengan senyumnya mengistiharkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 kepada setiap keluarga FELDA.

Ketua peneroka atau Suami mendapat wang tunai RM5,000 dan isteri RM5,000 serta anak yang digelar genarasi kedua sebanyak RM5,000. Nampaknya tarikh pilihanraya umum ke 13 hampir tiba kerana sebanyak 112,000 peneroka seluruh negara dicurahkan dengan wang ringgit.

Manakala kakitangan FELDA pula akan mendapat bonos 2bulan setengah, dari jawatan yang paling tinggi sehingga kepaling rendah yang boleh mengalahkan kakitangan awam jabatan perkhidmatan kerajaan yang lain.

PM Najib telah berjaya membahagikan wang kepada peneroka dan kakitangan FELDA setelah terdahulu daripada ini rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 diberi wang sebanyak RM500,oo yang dikenali sebagai BR1M manakala pengagihan kepada peneroka hari ini dipanggil BRUM kerana 10 kaki ganda dengan apa yang didapati oleh rakyat baru-baru ini..

Kita kena tabik kepada PM Najib kerana usahanya telah meletakkan peneroka FELDA akan memikir untuk mengunakan wang tersebut dan dengan harapan semua peneroka FELDA akan mengundi BN pada PRU13 nanti dalam erti kata 56 keusi Parlimen yang terdapat rancangan FELDA diseluruh Malaysia akan berpihak kepada BN.


Yang menjadi persoalan, apakah sebanyak 166 kerusi lagi akan terus menyokong BN sedangkan telah jelas UMNO dan BN hanya memberi tumpuan yang istimewa kepada kawasan yang pengundinya boleh dibayar, sedangkan nelayan, penternak, pemandu taksi, kerani, polis dan tentera tidak dapat 'durian runtuh' yang istimewa. Sedangkan polis lebih berjasa kepada keselamagtan rakyat jelata.

Begitu juga dengan peneroka tanah rancangan lain, mereka juga sebagai peneroka yang memerlukan wang untuk berbelanja, kenapa mereka tidak dijadikan juga sebagai peneroka istimewa, apakah undi mereka tidak diperlukan oleh UMNO dan BN.

Slogan 'sayang bertompok, benci merata' telah dengan sendirinya dizahirkan oleh pemimpin UMNO dan Kerajaan, kegembiraan hari ini tentunya tidak lama, bubar saja perlimen, rakyat yang tahu erti kebenaran akan berpaut rapat dan terus maju bagi menuju untuk membentuk sebuah kerajaan rakyat yang adil dan bertanggongjawab.

'Durian runtuh' hari ini dengan mudah meruntuhkan kerajaan yang sedia ada bagi menuntut hak yang sama adil dan sama rata, kenapa peneroka FELDA dapat wang untuk suami, isteri dan anak, sedangkan rakyat yang lain tidak ada keistimewaan sedangkan undi sama satu undi.

Mereka berkata tunggulah PRU13 nanti, tahulah jawapannya.

No comments: