Tuesday, November 9, 2010

UMNO rusak kerana pemimpinnya?


Kesesakan nafas semasa berada dalam UMNO kini berasa lega seperti lepas hutang berjuta-juta, inilah nikmat yang Tuhan anugerahkan setelah saya keluar dari UMNO pada 1hb. Nov 2010 lalu. UMNO yang satu masa dulu membuat saya menjadi pengikut yang setia yang sentiasa meletakkan semangat perjuangan untuk Ugama, Bangsa dan Negara kini hanya tingggal sejarah.

UMNO dulu tidak seperti UMNO hari ini bahkan tidak akan selama-lamanya, kerana sudah jelas UMNO sekarang bukan lagi sebagai alat untuk memperkasakan Bangsa tapi UMNO sekarang dijadikan alat oleh pemimpin mencari KUASA dan KEKAYAAN untuk KEMEWAHAN.

Rupa-rupanya ahli-ahli hanya dijadikan alat untuk mereka mengejar kemewahan, Menteri UMNO apabila ahli minta tolong dijawabnya tidak ada kuasa tapi untuk keroninya apa apa boleh saja. Lain dengan pemimpin UMNO terdahulu sentiasaa peka dengan masaalah ahli-ahlinya, bersuara saja lantas dihulur khidmat untuk membereskan masaalah.

Kini jutaan ahli-ahli UMNO sudah nampak mereka diperbodohkan, mereka hanya tunggu masa untuk mengajar keangkuhan pemimpin diatas, sudah pasti kuasa satu undi pada mereka akan digunakan untuk memberi padah kepada Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti. Mereka bukan tidak sayang pada UMNO tapi mereka lebih benci melihat gelagat pemimpin UMNO.

Mereka bukan tidak mengenang budi dan jasa Kerajaan BN, tapi mereka mahu menurun pemimpin UMNO melalui piliharaya, kerana tidak ada cara lain lagi untuk mengajar mereka. Mereka mengambil contoh, bagaimana Tun Mahathir menurunkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, tapi oleh kerana mereka terikat dengan jawatan kerajaan mereka tidak keluar UMNO seperti Tun Mahathir, Bukan mereka tidak berani tapi mereka pandai waspada.

Buat apa mereka setia kepada orang yang mereka tidak suka, mereka tahu tepuk bahu dan berpeluk-pelukan semasa bertemu dengan pemimpin itu hanya mainan lakunankan saja tapi hatinya kotor lebih daripada 'air car' longkang yang busuk nak muntah.

Dalam UMNO, apabila Dato' Seri Najib jatuh sakit ada pemimpin lain yang gairah dan sukaria.

1 comment:

DTok Alang Ali said...

Assalammualaikum,

Saya baru dapat mengenali tuan walaupun telah hidup lebih enam puluh tahun lamanya. Insa Allah akan saya ikuti tulisan dan pandangan tuan melalui blog ini.

Dalam politik saya meminati Tengku, Mahathir, Anwar dan TGNA. Hanya Tengku dan Anwar sahaja yang pernah saya lihat dari dekat. Yang lainnya hanya dari paparan akhbar dan TV sahaja.

Alhamdulillah, kini telah ada tulisan-tulisan yang berani menyatakan kebenaran dengan nafas yang bersih, disamping luahan kebencian atas sebab-sebab yang nyata. Benarkah UMNO itu busuk sampai ke dalam ?. Tentunya tuan sendiri lebih mengetahuinya kerana begitu lama tinggal sebumbung.

Ceritakanlah agar kami semua tahu sememangnya apa yang diperkatakan terdahulu itu bukan suatu fitnah. Tujuan kita adalah untuk memperbaiki disamping mahu membina, membentuk, memaju, meninggi dan memperkukuhkan ketokohan pemimpin dan rakyat Melayu yang amanah dan berwawasan. Juga, agar dapat diketahui nama siapakah yang patut tercatit dalam sejarah bangsa.

Apakah benar hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan bangsa ?. Wassalam.