Monday, January 24, 2011

Merlimau: Hadiah untuk Zahid Md.Arip ?

'antara sahabat dan perjuangan'.

Di DUN Tenang sudah selesai. Salah seorang calun iaitu Cikgu Mala Sudirman atau Azhar Ibrahim akan dinobat sebagai pemegang amanah rakyat di Tenang Labis, Johor dan akan meneruskan kewajipan yang telah dibuat oleh Allahyarham sahabat saya Sdr. Sulaiman Taha.

30hb. januari akan memutuskan siapa yang dipilih oleh rakyat. Dan salah seorang yang dipilih hendaklah memikul tanggongjawab mengikut acuan parti masing-masing supaya pemilihan yang dibuat oleh rakyat hari ini akan dapat disambungkan dalam PRU ke 13 kelak.

Jangan dalam Pilihanraya Kecil dapat kemenangan tapi apabila bertanding dalam pilihanraya umum kalah teruk sepertimana yang berlaku di DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan pada pilihanraya umum 2008 lalu.

Kini parti politik beralih arah ke Melaka pula yang mana kekosongan kerusi DUN Merlimau dalam Daerah Jasin akan menjadi rebutan. UMNO/BN sedang meneliti calun untuk ditawarkan kepada rakyat Merlimau dan Pakatan Rakyat sedang merisik calun yang boleh diketengahkan untuk dipilih oleh rakyat.

Di Melaka agak payah bagi Pakatan Rakyat untuk mengalahkan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil kerana kehebatan YAB Datuk Wira Ali Rastam memerintah Melaka tidak dapat dipertikaikan oleh seluruh rakya Melaka. Orang baik dan bersih.

Hanya ada sedikit dicalar oleh sesama orang UMNO semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO lalu. Orang Melaka dan rakyat Melaka tahu budi pekerti Ali Rastam, orangnya lurus, lemah lembut dan mudah mesra serta rajin yang membuat parti Pakatan Rakyat tak ada celah untuk melawannya.

Sekiranya Pakatan Rakyat ada cita-cita untuk menambah kerusi di Melaka salah satu caranya dengan memberi menang percuma kepada Ali Rastam dan tumpukan gerakan kepada kerusi Parlimen dalam Pilihanraya umum nanti. Jangan biarkan rakyat Melaka boleh mengukur kekuatan sebenar Pakatan Rakyat di Melaka, kerana selalunya pilihanraya kecil banyak berpihak kepada parti Kerajaan.

Fokus kepada kerusi Parlimen hendaklah diperhebatkan kerana sudah tidak banyak lagi kerusi yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat bagi mencapai kejayaan menawan PUTRAJAYA. Pilihanraya kecil Merlimau tidak mustahak yang mustahaknya memikat hati Ali Rastam dan rakyat Melaka supaya bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 13.

Apa kata sebagai hadiah kepada anak muda yang telah berjuang melalui Parti KEADILAN Rakyat dan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi FELDA iaitu Sdr Zahid Md.Arip diberi peluang oleh UMNO/BN sebagai calun menandakan kebaikan UMNO/BN menerima penghijrahan beliau kedalam UMNO. Lagi pun beliau adalah anak negeri Melaka.

No comments: