Wednesday, January 26, 2011

Tolong ingat, adik kakak.

Seorang peminat blog saya menulis panjang lebar menyokong tajuk Bila Pemimpin 'Main Wayang' ditulisnya lebih menyeluruh. Tapi apa yang hendak saya sampaikan disini soal amanah yang dipegang oleh seorang pemimpin atau pun ketua.

Jangan kerana kita diberi tempat yang ada kuasa dan ada suara kita sudah lalai siapa kita sebenarnya, kerana jawatan dan kuasa tidak kekal, hari ini kita hina orang, kita tekan orang, kita aibkan orang, kita sekat peluang orang mungkin besuk atau lusa nasib kita pula dibalas menjadi lebih hina, terhina dan tersisih yang boleh membuat kita akan jadi 'gila sepera'.

Ingatlah wahai mereka-mereka yang sekarang duduk dibawah ketiak menteri-menteri, apabila parti menteri kamu itu kalah pada PRU 13 nanti kemana kamu semua mahu melarikan diri dengan membawa semua dosa dan noda yang kamu lakukan diatas muka bumi ini.

Dibawah ini disedut daripada komen yang saya terima walau pun diminta supaya tidak disiarkan, tapi kerana isi bahasanya benar dan sedap didengar, saya beri peluang untuk disiarkan. Terima kasih pada anda yang memberi ulasan dan harap maaf kerana saya tidak menunaikan permintaan anda sepenuhnya. salam dari newkk.

Assalammualaikum Tuan. Di Malaysia ianya boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang politik, di jabatan dan syarikat awam lainnya pun serupa, mungkin dididik oleh para motivasi yang sama. Pegawai bank, pejabat tanah, majlis tempatan, balai polis, pentadbir universiti, klinik kerajaan (kecuali klinik Kerajaan di Kelana Jaya, penjawatnya memang sentiasa ceria), malah di pejabat agama namakan saja. Di sebuah balai Polis saya terpaksa menunggu lebih empat jam hanya untuk menunggu seorang sarjan membuat siasatan lapuran kemalangan kecil saya. Dikatakan sarjan sibuk kerja di luar, rupa-rupanya sarjan tua yang perlu saya jumpa dok lama berbual dengan taukey woksop. Yang terjadi ialah, Selamba saja datin koperal mengambilnya, kami yang duduk menunggu hanya tersenyum sahaja. Di satu pejabat majlis tempatan seorang peon keluar masuk lebih tiga kali meinterview saya dikaunter nak jumpa siapa, dari mana, urusan apa, macam cerita dato’ penghulu nak jumpa Pak Belalang. Saya bukan penghulu boleh terus menerjah masuk. Hajat saya akhirnya tidak kesampaian dikatakan bos ada meeting. Banyak lagi kalau nak sambung ?. Nak dapatkan tandatangan pengesahan guru besar sekolah pun azab macam masuk interview kerja. Cerewetnya macam nak dapatkan borang biasiswa. pejabat tanah jangan cakaplah. Itu pun saya orang yang boleh dikatakan terpelajar jugak, kalau petani kampung entah macam mana pula?. Semuanya kerana kita bukan kroni seperti yang tuan sebutkan. Mereka menganggap setiap orang yang menemuinya akan menambahkan lagi bebanan kerja. Syukurlah tuan telah sedar dan mahu menyedarkan orang lain. Kalau orang politik semuanya teruk belaka, itulah negara kita. Anehnya mereka terdiri dari penjawat melayu islam. Mungkin orang kita anutan agamanya hanya celup-celup belaka. Jauh bezanya dengan cara kerja penganut agama lain yang dikatakan kafir. Mungkin sekarang ini kita dah tua yang sepatutnya sudah bersara. Wassalam

No comments: