Friday, April 8, 2011

Airmata di sweet beach.

Menangis, menangis dan menangis lagi.

Seorang pemimpin UMNO Bahagian mengunakan pentas syarahan kepada ahli-ahlinya untuk terus menangis bagi mendapat simpati. Lakunan yang menjemukan ahli-ahlinya itu terus dipertontonkan di lokasi kursus pemimpin UMNO Cawangan di tepi pantai laut cina selatan.

Minggu lalu saya berada di Kelantan, meninjau kemajuan kegiatan parti-parti politik yang akan bertarung dalam PRU ke 13. PAS akan mempertahankan kerajaannya dan BN akan berusaha untuk merampasnya, dalam tinjauan tersebut terserempaklah saya dengan orang UMNO yang baru pulang dari menghadiri kursus anjuran UMNO Bahagian Ketereh bertempat di Sweet Beach, Tok Bali, Kelantan.

Seperti biasa, pentas kursus dijadikan tempat Anuar Musa dan Alwi Che Mat meluahkan perasaan hati dan dijadikan tempat melepas geram menghentam ahli-ahli UMNO Bahagian Ketereh. Tapi kali ini nada Anuar Musa agak berbedza dengan nada Alwi Che Mat.

Anuar Musa dalam ucapannya telah cuba muhasabah diri hasil kekalahan tipis dalam PRU ke 12 lalu kepada bekas anak buahnya YB. Aziz Kadir dengan hanya kalah 400 undi manakala undi rosak 999 undi.

Beliau menyalahkan ahli-ahli UMNO Ketereh yang tidak mengundi beliau yang menyebabkan beliau kalah. katanya, beliau tidak kalah kerana orang PAS dan orang atas pagar tidak mengundinya tapi beliau kalah kerana ahli-ahli UMNO yang berada dalam dewan ini yang mengalahkan beliau.

Anuar Musa tahu, beliau kalah kerana ahli UMNO tidak mengundi beliau dan beliau tahu siapa orangnya yang tidak mengundi itu dan beliau juga tahu siapa orangnya yang berkempen supaya jangan undi beliau dalam PRU 12 lalu. Tapi Anuar Musa takut untuk mengambil tindakan. Kenapa?

Dalam pilihanraya 1999 lalu, Anuar Musa kalah juga dalam pilihanraya dan Anuar Musa telah pecat seramai 22 orang termasuklah YB. Aziz Kadir. Kini Aziz Kadir telah menjatuhkan maruah Anuar Musa digelanggang politik UMNO Ketereh. Kerana kalah kepada Aziz kadir lah maka pada minggu lalu buat pertama kalinya Anuar Musa mengaku bahawa kekalahan beliau kerana terdapat ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak undi beliau kerana ahli-ahli UMNO pun benci kepadanya termasuk orang yang paling dekat dan paling beliau percaya dalam politik UMNO Ketereh.

Alwi Che Mat atas sifatnya Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang disebut-sebut terlibat dalam usaha untuk mengalahkan Anuar Musa bersama abangnya dalam PRU 12 lalu tidak menyentuh dan mengulas pasal kekalahan Anuar Musa dalam ucapan di Sweet Beach lalu.

Tapi Alwi Che Mat mengunakan pentas ucapan untuk 'menangis' yang mana tangisannya menjadi tandatanya seribu persoalan. Menangis kerana malukah, menangis kerana menyesalkah atau menangis kerana berkemungkinan hajat tidak akan kesampaian.

Semua orang tahu Alwi Che Mat mengidam untuk bertanding kerusi Parlimen, sedangkan Anuar Musa selaku Ketua UMNO Bahagian dan pengaruhnya dalam UMNO lebih besar daripada Alwi Che Mat masih mahu mencuba buat kali terakhir untuk bertanding dalam PRU sebagai calun parlimen. Kekalahan 400 undi menjadi asas utama kepada Anuar Musa untuk menebus kekalahan kerana faktor bertukar ganti kalah dan menang seperti menjadi kemestian dalam PRU di parlimen Ketereh.

Sudah tentu satu gerakan diujudkan bagi mempastikan kerusi yang ditandingi oleh Anuar Musa dan Alwi Che Mat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti akan dikalahkan, kerana kemenangan mereka berdua tidak menguntungkan rakyat dalam Parlimen Ketereh terutamanya yang setia kepada UMNO.

Jangan menangis teringatkan kepada pramugari sudahlah.

No comments: